sains ting 1-bab 1

  • View
    22

  • Download
    7

Embed Size (px)

Text of sains ting 1-bab 1

Apa Itu Sains?

Sains ialah kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi tentang bagaimana ianya memberi kesan kepada kita dan juga persekitaran kita.

Fenomena alam semulajadi yang berlaku di sekeliling kita boleh dijelaskan melalui sains. Seekor berudu yang bertukar menjadi seekor katak dewasa, sebiji buah kelapa yang jatuh ke tanah dan seketul ais yang sedang mencair, adalah merupakan antara contoh-contoh fenomena alam semula jadi.

Semua ini boleh difahami melalui kajian sains. Pengetahuan saintifik sentiasa berkembang. Pengetahuan ini boleh diperolehi melalui pemerhatian yang teliti, kajian yang mendalam dan juga melalui penyelidikan secara saintifik.

Sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Makanan, pakaian serta peralatan yang kita gunakan juga mempunyai dengan sains.

Sains juga banyak membantu kita dalam menghasilkan lebih banyak makanan, bahan-bahan baru serta peralatan-peralatan yang berguna bagi kita.

Melalui kajian sains juga, banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi. Ini dapat meningkatkan taraf hidup serta kualiti alam sekitar kita.

Sains meliputi bidang kajian yang sangat meluas. Antaranya adalah seperti berikut:

Bilologi - Kajian mengenai benda-benda hidup.

Fizik - Kajian interaksi antara bahan dan tenaga.

Kimia - Kajian mengenai komposisi dan sifat-sifat bahan kimia serta tindak balas mereka, dan penggunaannya.

Geologi Kajian mengenai batuan dan mineral.

Astronomi Kajian mengenai bintang-bintang dan planet-planet.

Meteorologi Kajian mengenai cuaca dan iklim.

Sains juga menawarkan pelbagai pilihan kerjaya. Orang yang berkerjaya lazimnya memilih bidang kerjaya bergantung kepada kepentingan serta apa yang mereka minati dalam bidang sains.

Bidang perubatan dan bidang kejuruteraan adalah merupakan antara contoh kerjaya yang menjadi pilihan ramai.Makmal Sains

Kita juga boleh mempelajari sains di makmal sains.

Makmal sains adalah merupakan sebuah bilik atau bangunan dimana penyelidikan secara saintifik dijalankan.

Kebanyakan sekolah mempunyai makmal-makmal dimana pelajar boleh menjalankan eksperimen.

Adakah anda tahu tentang peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi apabila anda berada di dalam makmal sains?

Adakah anda tahu mengapa anda perlu mengikut peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan tersebut?

Peraturan am dan langkah-langkah keselamatan

1. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.

2. Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.

Peraturan-peraturan keselamatan dan langkah berjaga-jaga di dalam makmal

1. Anda cuma boleh masuk ke dalam makmal sains hanya dengan kebenaran guru sahaja.

2. Anda tidak boleh membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal sains.

3. Anda tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik persediaan dan stor.

4. Anda tidak boleh membawa alat radas atau bahan kimia keluar dari makmal.

5. Anda cuma boleh menggunakan alat radas dan bahan kimia hanya dengan kebenaran guru sahaja.

6. Semua alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan mestilah mengikut seperti apa yang diarahkan oleh guru anda sahaja.

7. Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.

8. Anda tidak boleh merasa apa-apa bahan kimia kecuali guru anda meminta untuk berbuat demikian.

9. Anda mesti sentiasa memeriksa label pada botol untuk memastikan bahawa anda menggunakan bahan kimia yang betul.

10. Jika berlaku keadaan bahan kimia secara tidak sengaja termasuk kedalam mulut, anda hendaklah meludah keluar bahan tersebut dan basuh mulut anda dengan air bersih berulang kali.

11. Jika bahan kimia terkena pada kulit atau pakaian anda, basuh dengan menggunakan air.

12. Anda hendaklah melaporkan semua kemalangan dan kecederaan (contoh: seperti luka atau terbakar) kepada guru anda dengan segera.

13. Anda tidak boleh bermain atau bergurau di dalam makmal.

14. Anda tidak boleh bermain dengan alat radas dan bahan kimia.

15. Alat-alat radas yang biasa terdapat di makmal sains16. Terdapat pelbagai jenis alat radas di dalam makmal sains. Rajah di bawah menunjukkan beberapa jenis alat radas yang biasa digunakan.

Anda harus tahu apa itu alat radas. Anda juga perlu mengetahui tentang kegunaan am pelbagai alat radas.

17.

18. Mangkuk pijar (Crucible)

19. Kegunaan: Untuk memanaskan bahan kimia.

20.

21. Tabung uji (Test tube)Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia.

22. Mangkuk penyejat (Evaporating dish)Kegunaan: Untuk mengewap cecair daripada larutan.

Penyubat gabus & penyumbat getah (Cork & rubber stopper)Kegunaan: Digunakan untuk menyumbat tabung uji atau kelalang kon.

23.

24. Pemegang tabung uji (Test tube holder)Kegunaan: Untuk memegang tabung uji.

Picagari (Syringe)Kegunaan: Untuk memindahkan cecair dalam jumlah yang kecil.

25.

26. Slaid kaca (Glass slide)Kegunaan: Untuk meletak spesimen bagi tujuan pemerhatian di bawah mikroskop.

Jam randik (Stop watch)Kegunaan: Untuk mengukur masa.

Bikar (Beaker)Kegunaan:Untuk mengisibahan kimiadan cecair.

Kelalang kon (Conical flask)Kegunaan:Untuk mengisibahan kimiadan cecair.

Kelalang berdasar rata (Flat-bottomed flask)Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia yang digunakan dalam penyediaan gas yang mana proses tersebut tidak memerlukan pemanasan.

Corong penuras/penapis (Filter funnel)Kegunaan: Untuk menapis campuran pepejal dan cecair.

Kasa dawai & tungku kaki tiga (Wire gauze & tripod stand)Kegunaan: Untuk menyokong radas semasa pemanasan.

Penunu Bunsen (Bunsen burner)Kegunaan: Untuk menyediakan nyalaan.

27.

28. Rak tabung uji (Test tube rack)Kegunaan: Untuk memegang tabung uji dalam kedudukan yang tegak.

Rod kaca (Glass rod)Kegunaan: Digunakan untuk mengacau larutan didalam bekas.

29.

30. Kaki retort & pengapit (Retort stand & retort clamp)Kegunaan: Untuk memegang alat radas semasa eksperimen dijalankan.

Buret (Burette)Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Balang gas (Gas jar)Kegunaan: Untuk mengisi gas.

Penyepit mangkuk pijar (Crucible tongs)Kegunaan: Untuk memegang objek panas.

31.

32. Pipet (Pipette)Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Silinder penyukat (Measuring cylinder)Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Jangka suhu (Thermometer)Kegunaan: Untuk menyukat suhu.

Simbol-simbol Amaran Tentang Bahaya

Bahan kimia yang terdapat di dalam makmal sains mestilah dikendalikan dengan berhati-hati.

Sesetengah bahan kimia yang amat berbahaya dan juga boleh membahayakan kesihatan kita. Ada yang meletup, menghakis, sangat mudah terbakar atau beracun/toksik.

Kita boleh mengetahui sifat bahan kimia tersebut dengan melihat label pada bekas atau botol yang mengandungi bahan-bahan kimia.

Rajah di bawah menunjukkan beberapa simbol yang terdapat pada label bekas atau botol yang mengandungi bahan-bahan kimia.

Menghakis (Corrosive)

Contoh: Hidrogen peroksida, asid hidroklorik pekat dan natrium hidroksida.

Sangat mudah terbakar (Highly flammable)

Contoh: Fosforus putih, kuning fosforus, petrol, minyak tanah, etanol.

Meletup (Explosive)

Contoh: Natrium, kalium.

Toksik / Beracun (Toxic / Poisonous)

Contoh: Raksa, plumbum, sodium cyanide, hidrogen sulfida.

Berbahaya atau Perengsa (Harmful or Irritant)

Contoh: Ammonia, klorin, klorofom.

Radioaktif (Radioactive)

Contoh: Uranium, torium, radium.

Langkah-langkah Dalam Penyelidikan Saintifik

Saintis melakukan penyelidikan saintifik dalam mendapatkan pengetahuan saintifik. Ini melibatkan penyelidikan yang bersistematik untuk mengetahui sebab-sebab fenomena saintifik.

Langkah-langkah yang perlu diambil dalam melakukan penyelidikan saintifik adalah seperti di bawah;

1. Menentu serta memastikan apa yang ingin kita ketahui.

2. Membuat andaian yang bijak bagi menceritakan permasalahan.

3. Rancang penyelidikan yang bersistematik untuk mengetahui samada andaian kita adalah benar.

4. Tentukan apa yang perlu diubah semasa melakukan penyelidikan.

5. Catat segala apa yang diperhatikan.

6. Dapatkan maksud atau pengertian atas pemerhatian yang dilakukan.

7. Tentukan samada andaian yang kita buat adalah benar.

8. Tulis sebuah laporan penyelidikan saintifik.

Kuantiti Fizik Dan Unit-unitnya

Kuantiti fizik (physical quantity) adalah kuantiti yang boleh diukur. Kuantiti fizik bukan sahaja digunakan dalam kajian saintifik tetapi ianya juga penting dalam kehidupan seharian kita.

Terdapat lima kuantiti fizikal yang kerap digunakan dalam pengukuran.

1. Panjang (Length)

2. Jisim (Mass)

3. Masa (Time)

4. Suhu (Temperature)

5. Arus Elektrik (Electric current)

Setiap kuantiti fizikal yang diukur dalam unit SI (International System of Units @ SI units), yang mana ianya adalah unit yang seragam digunakan dalam pengukuran di kebanyakan negara.

Kuantiti fizik dan unit SI

Kuantiti fizikUnit SISimbol unit

Panjangmeterm

Jisimkilogramkg

Masasaats

SuhukelvinK

Arus elektrikampereA

Simbol dan nilai prefix

Imbuhan awal (Prefix)SimbolNilai berangka (numerical)

megaM1 000 000

kiloK1 000

centiC0.01

milliM0.001

micro0.000 001

Nilai sesuatu kuantiti boleh ditulis dengan 'imbuhan awal@awalan' (prefix). Setiap imbuhan awal mempunyai simbol-simbolnya tersendiri. Kita