40
PANDUAN PROGRAM PENILAIAN KEUPAYAAN & KEMAMPUAN KONTRAKTOR (SCORE)

(SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

  • Upload
    others

  • View
    18

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

PANDUAN PROGRAM PENILAIAN

KEUPAYAAN & KEMAMPUAN

KONTRAKTOR

(SCORE)

Page 2: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

2

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN .................................................................................................................. 4

2.0 LATAR BELAKANG ............................................................................................................. 5

2.1 KRONOLOGI ....................................................................................................................... 6

3.0 OBJEKTIF ............................................................................................................................ 8

4.0 PUNCA KUASA DAN UNDANG-UNDANG ....................................................................... 8

5.0 TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN SCORE ............................................................ 9

6.0 SKOP PENILAIAN ............................................................................................................. 10

6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan ....................................................................................... 11

6.1.1 Pendapatan / Hasil Tahunan ................................................................................ 11

6.1.2 3 Tahun Kadar Pertumbuhan ............................................................................... 12

6.1.4 Order Book ............................................................................................................. 14

6.1.4 Maklum Balas Pelanggan ..................................................................................... 14

6.2 Skop 2 - Keupayaan Kewangan................................................................................... 15

6.2.1 Aset Tetap .............................................................................................................. 16

6.2.2 Aset Semasa .......................................................................................................... 18

6.2.3 Nilai Tanggungan Semasa .................................................................................... 19

6.2.4 Pendapatan Tahunan ............................................................................................ 20

6.2.5 Kos Jualan / Perbelanjaan Kontrak ...................................................................... 20

6.2.6 Perbelanjaan Mengurus ........................................................................................ 20

6.3 Skop 3 - Keupayaan Teknikal ...................................................................................... 21

6.3.1 Pekerja Profesional................................................................................................ 22

6.3.3 Quality Assessment System in Construction (QLASSIC) .................................. 23

6.3.4 Tempoh Siap Kerja ................................................................................................ 24

6.4 Skop 4 - Pengurusan Projek......................................................................................... 25

6.4.1 Manual Piawaian Prosedur Operasi (SOP) ......................................................... 25

6.4.2 Information and Communication Technology (ICT) ............................................ 26

Page 3: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

3

6.4.3 Pengurusan Risiko................................................................................................. 27

6.4.4 Pengurusan Kualiti................................................................................................. 28

6.5 Skop 5 - Pengurusan Perolehan .................................................................................. 30

6.5.1 Jaminan Kualiti (Quality Assurance (QA) ............................................................ 30

6.5.2 Kawalan Kualiti (Quality Control (QC) .................................................................. 30

6.5.3 External Testing ..................................................................................................... 31

6.5.4 Persijilan Produk (Product Certification) .............................................................. 31

6.5.5 Polisi Perolehan ..................................................................................................... 31

6.5.7 Dasar Pelupusan Usang ....................................................................................... 32

6.5.7 Kadar Stok Minima ................................................................................................ 32

6.5.8 Masuk Dulu Keluar Dulu (First In First Out) ....................................................... 32

6.5.9 Polisi Tepat Pada Masanya (Just in Time Policy ................................................ 32

6.6 Skop 6 - Amalan Terbaik .............................................................................................. 33

6.6.1 Pematuhan Terhadap Piawaian ........................................................................... 34

6.7 Skop 7 - Keupayaan Pengurusan ................................................................................ 36

6.7.1 Carta Organisasi Syarikat ..................................................................................... 36

6.7.2 Fungsi Tugas Kakitangan ( Job Description ) ..................................................... 36

6.7.3 Visi Syarikat ............................................................................................................ 37

6.7.4 Inovasi..................................................................................................................... 37

6.7.5 Kod Etika ................................................................................................................ 37

7.0 SKEMA PEMARKAHAN ................................................................................................... 38

7.1 Definisi Penilaian Bintang .................................................................................................. 39

Page 4: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

4

1.0 PENDAHULUAN

Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) yang di

perkenalkan oleh Lembaga merupakan satu program khusus yang dibangunkan oleh CIDB

dengan kerjasama SME Corp bagi mengukur keupayaan dan kemampuan kontraktor

tempatan dan asing di Malaysia bagi mempertingkatkan imej industri pembinaan selaras

dengan Program Transfomasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 bersesuaian dengan

teras ‘Meningkatkan Kualiti, Keselamatan dan Professionalisme Industri Pembinaan’.

SCORE-CIDB dilaksanakan terhadap kontraktor tempatan melalui analisa terhadap

jawapan-jawapan yang diberikan oleh kontraktor terhadap 7 parameter yang ditetapkan. 7

parameter tersebut adalah :

i. Prestasi Perniagaan

ii. Keupayaan Kewangan

iii. Keupayaan Teknikal

iv. Pengurusan Projek

v. Pengurusan Perolehan

vi. Amalan Terbaik

vii. Keupayaan Pengurusan

Maka, Buku Garis Panduan SCORE ini diterbitkan bagi tujuan rujukan kontraktor

gred G2 – G7.

Page 5: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

5

2.0 LATAR BELAKANG

Pelan Induk Industri Pembinaan Malaysia (CIMP) 2006-2015 telah dilancarkan

bertujuan menambahbaik industri pembinaan Malaysia pada masa hadapan. Di dalam

CIMP terdapat 7 teras strategik telah dikenalpasti yang menjadi asas kepada saranan utama

CIMP.

Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) CIDB merupakan salah

satu elemen dalam 7 teras strategik CIMP iaitu memantapkan imej industri pembinaan yang

mana ia merupakan teras strategik yang kedua.

. Susulan daripada CIMP ini, Majlis Tindakan Negara telah menetapkan supaya CIDB

membangunkan satu kaedah penilaian bagi mengukur keupayaan dan kemampuan

kontraktor bagi tujuan pembangunan kontraktor dan seterusnya menangani masalah projek

sakit.

Perkara ini ditekankan lagi apabila pindaan Akta 520 yang telah diwartakan pada 1

Jun 2015 menyatakandi bawah Seksyen 25A (1) bahawa Lembaga boleh mengakreditasi

kontraktor mengikut cara dan bentuk yang ditetapkan dibawah peraturan-peraturan yang

dibuat di bawah akta ini.

Manakala, Seksyen 25A (2) menyatakan bahawa Lembaga boleh, bagi maksud

akreditasi kontraktor mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

Page 6: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

6

2.1 KRONOLOGI

Pembangunan kaedah penilaian initelah dimulakanpada bulan Mac 2008

sebagai Fasa 1 iaitu bina dan uji dimana sesi perbincangan diadakan diantara pihak

CIDB dengan SME Corporation - Malaysia. Hasil perbincangan tersebut, CIDB telah

berjaya membangunkan satu kaedah penilaian bagi mengukur keupayaan dan

kemampuan kontraktor yang dikenali sebagai Penilaian Keupayaan dan Kemampuan

Kontraktor (SCORE) CIDB.

Bagi mencapai matlamat tersebut, program penilaian ini telah dijadikan

sebagai projek perintis yang pertama,di dalam Anugerah Kecemerlangan Industri

Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2008. Semua kontraktor yang ingin menyertai

anugerah ini diwajibkan melalui proses penilaian SCORE. Untuk memastikan sistem

SCORE ini berfungsi dengan lebih berkesan, sistem ini telah diuji bagi kali kedua

pada Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2009.

Hasil daripada keputusan penilaian projek perintis dalam Anugerah

Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2008 dan 2009, pihak

pengurusan telah bersetuju untuk mewajibkan kepada semua kontraktor gred G7

membuat penilaian SCORE bermula pada Januari 2010. Pada bulan Mac 2011,

surat edaran telah dikeluarkan kepada kontraktor gred G6 untuk menggalakkan

syarikat kontraktor mengambil bahagian dalam penilaian SCORE dan seterusnya

pada Mac 2012, kepada kontraktor gred G5.

Melihat kepada keberkesanan program ini, satu surat pekeliling telah

dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) melalui pekeliling Bil. 8 / 2012

bertarikh 21 Mac 2012 mengarahkan semua projek Jabatan Kerja Raya (JKR)

bernilai melebihi RM10 juta dan ke atas perlu mengambil kira penilaian SCORE di

dalam penilaian tender.

Di dalam Memorandum Jemaah Menteri bil. (10) KKR.BPPK.(R) 100-19/5/1-

12 pada tahun 2012 di bawah Program Pengukuhan Kontraktor Bumiputera telah

mensyaratkan SCORE di dalam permohonan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

dan Sijil Taraf Bumiputera (STB). CIDB telah mula mengenakan syarat pendaftaran

SPKK seperti mana arahan Jemaah Menteri pada bulan Januari 2013.

Page 7: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

7

Pada 29 Ogos 2016, di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan

Tertinggi (JPT) telah menetapkan penggunaan SCORE kepada semua kontraktor

gred G7 yang ingin memperbaharui Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK).

FASA 1 : BINA & UJI

Rajah 1 : Kronologi SCORE – Fasa 1 (Bina & Uji)

FASA 2 : PERLAKSANAAN

Rajah 2 : Kronologi SCORE – Fasa 2 (Perlaksanaan)

Page 8: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

8

3.0 OBJEKTIF

Terdapat empat (4) objektif utama penilaian SCORE – CIDB:

3.1 Untuk memberi pengiktirafan kepada kontraktor yang mempunyai keupayaan

dan kemampuan dalam aspek Prestasi Perniagaan, Keupayaan Kewangan,

Keupayaan Teknikal, Pengurusan Projek, Pengurusan Perolehan, Amalan Terbaik

dan Keupayaan Pengurusan.

3.2 Untuk mengenalpasti jurang prestasi dan membantu meningkatkan

keupayaan dan kemampuan kontraktor.

3.3 Untuk membangunkan profil industri bagi mengenal tahap keupayaan

kontraktor tempatan dan mengukur perbandingan antara kontraktor tempatan dan

kontraktor asing.

3.4 Untuk membantu pihak klien dalam pemilihan kontraktor yang berkaliber.

4.0 PUNCA KUASA DAN UNDANG-UNDANG

Peruntukan undang-undang di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri

Pembinaan (Akta 520, Pindaan 2011) yang digunapakai di dalam program SCORE adalah

seperti berikut:

i. Seksyen 25A (1) : Lembaga boleh mengakreditasi kontraktor mengikut cara

dan bentuk yang ditetapkan dibawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

akta ini.

ii. Seksyen 25A (2) : Lembaga boleh, bagi maksud akreditasi kontraktor

mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

Kuasa undang-undang berkenaan dengan program SCORE tidak hanya terhad

kepada peruntukan undang-undang seperti yang dinyatakan di atas, ia juga meliputi

peraturan serta prosedur sedia ada seperti Manual Prosedur SCORE.

Page 9: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

9

5.0 TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN SCORE

Berikut adalah terma dan syarat yang perlu dipatuhi oleh kontraktor dalam

permohonan SCORE:

i. Permohonan SCORE ini terbuka kepada semua kontraktor yang telah berdaftar

dengan CIDB dan masih di dalam tempoh sahlaku pendaftarannya. Yuran

proses permohonan SCORE adalah sebanyak RM50.00.

ii. Pihak Lembaga berhak untuk membuat pemeriksaan terhadap premis/tapak

binaan kontraktor atau memanggil syarikat kontraktor ke Pejabat CIDB untuk

menjalani sesi Semakan Pematuhan Kontraktor (CCA) bagi membuktikan

kesahihan maklumat yang diberikan.

iii. Syarikat kontraktor dibenarkan mengemukakan rayuan terhadap keputusan

SCORE dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Surat Keputusan dikeluarkan

dan Lembaga akan mengenakan yuran proses permohonan rayuan sebanyak

RM 200.00. Sebarang permohonan rayuan selepas tempoh tersebut TIDAK

AKAN dipertimbangkan. Keputusan SCORE selepas rayuan adalah

MUKTAMAD.

iv. Keputusan penilaian SCORE adalah MUKTAMAD, sekiranya sesi naziran

SCORE atau Semakan Pematuhan Kontraktor (CCA) dijalankan ke atas

syarikat tuan.

v. Permohonan Baru hanya boleh dikemukakan selepas tempoh TIGA (3) bulan

dari Surat Keputusan dikeluarkan.

vi. Kontraktor boleh mencetak Sijil SCORE secara maya melalui laman

sesawang CIDB secara percuma selepas surat keputusan dikeluarkan.

Page 10: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

10

6.0 SKOP PENILAIAN

SCORE-CIDB dilaksanakan terhadap kontraktor melalui analisa terhadap jawapan-

jawapan yang diberikan oleh kontraktor terhadap tujuh (7) parameter yang ditetapkan. Tujuh

(7) parameter tersebut adalah :

Rajah 3 : Skop Penilaian

Parameter Diukur

PrestasiPerniagaan

KeupayaanKewangan

KeupayaanTeknikal

PengurusanProjek

PengurusanPerolehan

AmalanTerbaik

KeupayaanPengurusan

Page 11: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

11

6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan

Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk

menjalankan operasi syarikat. Ia juga boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk

meyakinkan pihak yang mempunyai kepentingan seperti bank, pemiutang dan

pelabur.Antara yang dinilai dalam prestasi perniagaan adalah seperti rajah di bawah:

Rajah 4 : Prestasi Perniagaan

6.1.1 Pendapatan / Hasil Tahunan

Merujuk kepada jumlah perolehan yang didapati daripada kerja-kerja

kontrak dan lain-lain pendapatan dalam tempoh satu (1) tahun bagi tahun

terkini.

PrestasiPerniagaan

KeuntunganTahunan

Kadar Pertumbuhan

Kewangan

StrategiMemperolehi

Kerja

Status Order Book

KepuasanPelanggan

Page 12: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

12

6.1.2 3 Tahun Kadar Pertumbuhan

Purata kadar pertumbuhan pendapatan bagi 3 tahun mengikut kiraan

seperti di bawah:

PT - PS + PS – PD

PS PD X 100

2

Nota: PT - Pendapatan Tahun Terkini

PS - Pendapatan Tahun Sebelum

PD – Pendapatan Terdahulu

6.1.3 Strategi syarikat memperolehi perniagaan/kerja

Bagi memastikan perniagaan terus berkembang, strategi syarikat

dalam memperolehi perniagaan/kerja sangat penting. Antaranya melalui:

i) Hubungan rangkaian

- Hubungan rangkaian adalah peralatan perniagaan yang

memainkan peranan penting untuk kejayaan syarikat. Sekiranya

syarikat mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna luaran dan

dalaman, ia akan menjadi mudah untuk syarikat memperolehi

kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah

mengenai perniagaan mereka. Hubungan rangkaian yang baik

membolehkan mereka mendapatkan sokongan dan kerjasama dari

lingkaran rangkaian.

ii) Penyertaan Dalam Misi Perdagangan

- Pameran perdagangan dan misi perdagangan merupakan

wadah yang sangat bernilai untuk mempamerkan produk dan

perkhidmatan syarikat kepada bakal pembeli dan juga menjadi

platform bagi menambah hubungan.

Page 13: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

13

iii) Pengiklanan dan Promosi

- Promosikan perniagaan adalah satu perkara paling penting

yang mesti dilakukan setelah membuka peniagaan baru untuk

memajukan dan memperkembangkan perniagaan dengan

memastikan produk perniagaan yang murah, mutu produk yang

berkualiti dan produk yang dikenali ramai. Cara berkesan untuk

mempromosikan perniagaan adalah dengan pengiklanan berterusan

yang boleh dilakukan secara online atau pengiklanan offline. Contoh

poromosi perniagaan adalah melalui risalah brochure, kad perniagaan

atau banner, media sosial, website, tempat-tempat menunggu, surat

dan lain-lain.

iv) Risikan Pasaran

- Risikan pasaran adalah penting dalam mengumpul maklumat

pesaing dan peluang perniagaan yang boleh dijadikan potensi

perniagaan.

v) Pasaran Unggul

- Kepakaran syarikat dalam sesuatu bidang sebagai contoh

pendaftaran dengan Suruhanjaya Tenaga (ST), Suruhanjaya

Perkhidmatan Air Negera (SPAN) dan lain-lain.

vi) Paparan di laman

- Memaparkan maklumat syarikat di laman sesawang untuk

memudahkan klien/pelanggan mendapatkan maklumat syarikat.

vii) Strategi Penentuan Harga

- Memperolehi peluang kerja/perniagaan melalui penyertaan

tender.

viii) Kerjasama

- Syarikat memperolehi kerja/perniagaan melalui usahasama

dengan syarikat lain seperti JV projek.

Page 14: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

14

6.1.4 Order Book

Kontrak pembinaan yang masih dalam tempoh pembinaan dengan

merujuk kepada jangka masa siap yang terpanjang bagi sesuatu kontrak.

6.1.4 Maklum Balas Pelanggan

Merujuk kepada kaedah yang digunapakai oleh syarikat dalam

memperolehi maklumbalas daripada klien dan tempoh masa yang diambil

untuk bertindak terhadap maklum balas tersebut.

Page 15: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

15

6.2 Skop 2 - Keupayaan Kewangan

Keupayaan kewangan merujuk kepada keupayaan syarikat dalam mengawal

sumber kewangan untuk menjalankan operasi syarikat seperti membayar hutang,

membeli aset syarikat, membayar gaji pekerja, dan lain-lain perkara yang melibatkan

penggunaan wang.Keupayaan Kewangan diukur berdasarkan kepadaperkara

berikut:

Rajah 5 : Keupayaan Kewangan

Berikut adalah formula pengambilan nilai di dalam laporan audit :

a. Nilai Aset Tetap = Total Non Current Assets/ Total Fixed Assets

b. Nilai Aset Semasa = Total Current Assets

c. Nilai Jumlah Aset = Q6 + Q7

d. Nilai Tanggungan Semasa = Total Debt (Borrowing @ Overdraft @ Hire

Purchase @ Term Loan)

e. Nilai Modal Saham = Total Equity ( share + reserves )

f. Pendapatan = Revenue + other income

g. Untung Kasar = Q11 – Cost of sales @ Cost of Contract

h. Untung Bersih = Profit @ Loss before Tax

i. Baki Pendapatan = Accumulated Profit @ Losess

KeupayaanKewangan

Current Ratio

Gearing Ratio

Gross Profit Margin

Return On Invesment

Net Profit Margin

Return On Equity

Page 16: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

16

6.2.1 Aset Tetap

Aset Tetap merupakan aset yang mempunyai bentuk fizikal yang

nyata dan boleh disentuh serta disimpan untuk digunakan dalam operasi

biasa syarikat seperti pembinaan atau produk-produk atau perkhidmatan

untuk disewakan kepada orang lain atau untuk tujuan pentadbiran atau

penyelenggaraan dan dijangka boleh digunakan selama lebih daripada satu

tempoh perakuan.

Pengambilan nilai di dalam laporan audit terkini adalah jumlah aset tetap.

ASET TETAP TAKRIF

TANAH DAN BANGUNAN

Ini terdiri daripada tanah dan bangunan milik syarikat untuk digunakan dalam operasi harian, untuk disewakan kepada orang lain atau untuk tujuan pentadbiran dan dijangka dapat digunakan untuk lebih daripada satu tempoh perakaunan.

LOJI, JENTERA / MESIN DAN PERALATAN

PENYELENGGARAAN

Segala peralatan yang digunakan oleh pengusaha untuk menjalankan perniagaan – tidak termasuk stok / inventori di mana beliau membeli atau membuat untuk dijual kembali; tetapi semua barang dan barang bergerak; tetap atau boleh dipindahkan, hidup atau mati, yang diandaikan terus digunakan dalam perniagaan bagi sesebuah syarikat. Ini termasuk peralatan yang digunakan untuk menyelenggara aset-aset.

PERALATAN PEJABAT

Terdiri daripada komputer – hardware & software, mesin

fotokopi, mesin pencetak, pengimbas, kalkulator, telefon dan faksimili, projektor dan lain-lain peralatan yang berkaitan.

Page 17: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

17

J

a

d

u

a

l

1

:

Jenis-jenis aset tetap

UBAHSUAI, PERABOT DAN KELENGKAPAN

Ubahsuai meliputi kerja-kerja dilakukan pada bangunan untuk tujuan pembaikan atau keadaaan dan penampilan yang lebih baik. Perabot dan kelengkapan pula meliputi meja, kerusi, kaunter, dinding penyekat, bilik dll dan alat kelengkapan seperti penghawa dingin, pemampat angin, panel, almari, rak, papan tulis dan lain-lain perabot dan kelengkapan yang berkaitan.

KENDERAAN

Terdiri daripada segala jenis kenderaan atau pengangkutan milik syarikat atau pemilik syarikat. Ini termasuk kereta, trak dan motosikal.

Page 18: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

18

6.2.2 Aset Semasa

Sumber dana yang dimiliki syarikat dan atau sumber dana untuk

kegunaan operasi harian, dan kebiasaannya boleh ditukar menjadi wang

tunai dalam masa kurang daripada satu tahun.

Jadual 2 : Jenis Aset

ASET SEMASA TAKRIF

STOK/INVENTORI i) Stok bahan mentah ii) Stok bahan binaan di tapak kerja

PENGHUTANG

i) Para pelanggan ii) Kontraktor utama (jika pemohon adalah

sub-kontraktor) iii) Penghutang-penghutang lain

DEPOSIT DAN BAYARAN

PENDAHULUAN

i) Deposit yang telah dibayar ii) Sebarang bayaran pendahuluan yang telah

dibuat iii) Bon kontrak dan lain-lain

SIMPANAN TETAP Termasuk simpanan tetap di bank, amanah saham ( e.g : Amanah Saham Bumiputera) dll.

TUNAI DAN BAKI DI BANK Meliputi baki tunai ditangan atau di bank

Page 19: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

19

6.2.3 Nilai Tanggungan Semasa

Secara amnya, merupakan hutang yang ditanggung oleh syarikat,

termasuklah hutang kepada pemiutang, agensi kerajaan (contoh : MARA ,

SME Corp) dan bank dan komitmen-komitmen yang lain.

JENIS LIABILITI TAKRIF

PEMIUTANG

Merupakan baki hutang yang perlu dibayar oleh syarikat kepada :

i) Para pembekal ii) Sub – kontraktor iii) Pemiutang lain

DEPOSIT / PENDAHULUAN DITERIMA DAN

PERBELANJAAN BELUM BAYAR.

i) Deposit dan / atau Pendahuluan diterima dari pihak ketiga;

ii) Perbelanjaan Terakru – merupakan perbelanjaan yang belum dibayar

iii) Peruntukan – Merupakan peruntukan yang dibuat oleh syarikat untuk sesuatu perbelanjaan yang dijangkakan akan berlaku.

OVERDRAF BANK Kemudahan overdraf yang diberikan oleh bank.

PINJAMAN SEWA BELI

Pengguna (Penyewa) membayar pinjaman pokok dan faedah secara ansuran kepada syarikat sewa-beli (cth: bank) berdasarkan tempoh yang dipersetujui. Status pemilikan akan diberi kepada penyewa selepas pinjaman selesai dibayar. Contoh : Pembelian kereta melalui pinjaman

LAIN-LAIN PINJAMAN SELAIN DARIPADA

PINJAMAN SEWA BELI

Pinjaman dan kemudahan lain yang diberikan oleh institusi kewangan / bank, koperasi, persatuan dll. Contoh : pinjaman berjangka (seperti Bank, MARA, SME Corp, dll), jaminan bank, resit amanah, kemudahan kredit dan lain-lain.

Jadual 3 : Jenis Liabiliti dan Takrif

Page 20: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

20

6.2.4 Pendapatan Tahunan

Jumlah pendapatan yang diperolehi daripada kerja-kerja kontrak dan

lain-lain perniagaan. Ini terdiri daripada jumlah hasil pendapatan seperti

invois, bil/bayaran kemajuan dan/atau pesanan kerajaan.

6.2.5 Kos Jualan / Perbelanjaan Kontrak

Merupakan belanja dikeluarkan untuk menjalankan sesuatu kontrak.

Contoh :

i) Pembelian bahan mentah

ii) Bayaran Pekerja buruh, sub-kontraktor

iii) Pengangkutan

iv) Sewa mesin dan peralatan

v) Kos-kos lain terlibat secara langsung dalam menjana

pendapatan

6.2.6 Perbelanjaan Mengurus

Sebarang kos terlibat dalam menjana pendapatan, dimana

perbelanjaan dikeluarkan untuk kegunaan perniagaan – tidak termasuk

perbelanjaan telah diambil kira dalam Perkara 6.2.5 di atas.

Page 21: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

21

6.3 Skop 3 - Keupayaan Teknikal

Keupayaan teknikal merujuk kepada keupayaan syarikat dalam menyediakan

tenaga kerja yang mencukupi termasuk kaedah perlaksanaan peningkatan kualiti

syarikat. Keupayaan teknikal diukur berdasarkan kepada perkara berikut :

Rajah 6 : Keupayaan Teknikal

KeupayaanTeknikal

PengalamanSyarikat

PekerjaProfessional

StrategiPeningkatanProduktiviti

Tempoh SiapProjek

Penilaian

Qlassic

Page 22: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

22

6.3.1 Pekerja Profesional

Kakitangan syarikat yang berdaftar dengan badan profesional seperti

jadual berikut :

JURUSAN BADAN PROFESIONAL

KEJURUTERAAN

LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA (BOARD OF ENGINEERS MALAYSIA)

AWAM

ELEKTRIKAL

MEKANIKAL

SENIBINA

PERSATUAN ARKITEK MALAYSIA

LEMBAGA ARKITEK MALAYSIA ( BOARD OF ARCHITECTS)

UKUR BAHAN

LEMBAGA JURUUKUR BAHAN MALAYSIA (BOARD OF QUANTITY SURVEYORS

MALAYSIA)

THE ROYAL INSTITUTION OF SURVEYORS MALAYSIA (RISM)

AKAUNTAN

ASSOCIATION OF CHARTERED CERTIFIED ACCOUNTANTS ( ACCA)

MALAYSIAN INSTITUTE OF ACCOUNTANT

(MIA)

PEGUAM MAJLIS PEGUAM (BAR COUNCIL)

Jadual 4 : Jenis Jurusan dan Badan Profesional

Page 23: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

23

6.3.2 Peningkatan Produktiviti/Kecekapan Dan Kualiti Projek

a) Menerapkan Teknik Pembinaan Baru

- Jenis teknik pembinaan baru yang digunapakai oleh syarikat dalam

tempoh 5 tahun terkini.

b) Menerapkan Bahan Pembinaan Baru

- Jenis bahan pembinaan baru yang digunapakai oleh syarikat dalam

tempoh 5 tahun terkini.

c) Proses Kecekapan

- Penambahbaikan proses, penggunaan teknik & bahan baru, inovasi

dan lain-lain yang digunakan di dalam projek bagi meningkatkan

produktiviti/menjimatkan kos/masa dan kebergantungan kepada

pekerja.

d) Menaiktaraf Jentera

- Mengubahsuai jentera/alatan yang sediaada untuk menambah

fungsi jentera/alatan.

6.3.3 Quality Assessment System in Construction (QLASSIC)

Quality Assessment System in Construction (QLASSIC) merupakan

satu proses penilaian kualiti yang dilaksanakan oleh CIDB terhadap projek

pembinaan bangunan.

Page 24: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

24

6.3.4 Tempoh Siap Kerja

Tempoh siap kerja merujuk kepada tarikh siap sebenar berbanding

tarikh siap dalam kontrak atau letter award.

TEMPOH SIAP KERJA TAKRIF

MENDAHULUI MASA Merujuk kepada tarikh siap kerja/projek sebenar sebelum tarikh siap dalam kontrak atau letter award.

MENEPATI MASA Merujuk kepada tarikh siap kerja/projek sebenar sama seperti tarikh siap dalam kontrak atau letter award.

MELEWATI MASA Merujuk kepada tarikh siap kerja/projek sebenar melewati tarikh siap dalam kontrak atau letter award.

KONTRAK DITAMATKAN Merujuk kepada penamatan kontrak kerja yang dikeluarkan oleh klien kepada kontraktor dilantik.

Jadual 5 : Tempoh Siap Kerja

Page 25: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

25

6.4 Skop 4 - Pengurusan Projek

Pengurusan projek merupakan satu pengurusan yang melibatkan

pembangunan, perubahan dan inovasi dalam kerja operasi. Ia merangkumi aktiviti

seperti merancang dan pengawalan sesuatu projek dengan bergantung kepada

kekangan belanjawan supaya projek dapat disempurnakan dalam tempoh masa

yang ditetapkan. Pengurusan projek dinilai berdasarkan kepada perkara berikut :

Rajah 7 : Pengurusan Projek

6.4.1 Manual Piawaian Prosedur Operasi (SOP)

Merupakan satu proses kerja yang didokumentasikan bagi

menerangkan tugas bagaimana, bila, dimana dan oleh siapa yang harus

melaksanakan tugasan tersebut.

Contoh :

a) Manual Quality

b) Project Quality Plan (PQP)

c) Method of Statement

d) Project Quality Assurance Plan

PengurusanProjek

PematuhanSOP

PenggunaanICT

PengurusanRisiko

PengurusanKualiti

Page 26: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

26

6.4.2 Information and Communication Technology (ICT)

ICT ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yan g digunakan untuk

mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan

mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Contoh-contoh perisian yang sering digunakan adalah seperti di bawah:

PERKARA JENIS PERISIAN

PROJECT MANAGEMENT Primavera, Microsoft Project

DESIGN PACKAGES AutoCAD, CAM

ACCOUNTING SYSTEM UBS, MYOB, SAP, ORACLE, SQL

INVENTORY SYSTEM UBS

DOCUMENT CONTROL EDMS

HUMAN RESOURCES SOFTWARE

UBS, Payroll

QS SOFTWARE Master Build

REMOTE PROJECT MONITORING

CCTV

VIRTUAL REALITY SOFTWARE

BIM

OFFICE TOOLS Word, Excel, PowerPoint,

LAIN-LAIN PERISIAN Selain daripada di atas

Jadual 6 : Jenis Perisian

Page 27: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

27

6.4.3 Pengurusan Risiko

Pengurusan risiko didefinisikan sebagai penyelarasan aktiviti

organisasi secara bersepadu melalui penetapan hala tuju dan kawalan dalam

menghadapi risiko. Ia adalah satu proses berterusan untuk mengenalpasti,

menganalisa, menilai dan memantau segala kemungkinan bagi mengelakkan

daripada berlakunya insiden yang tidak diingini ketika di tapak projek dan

dalam pejabat.

PERKARA MAKSUD

POLISI INSURAN Polisi yang digunakan untuk melindungi pekerja

semasa di tapak projek.

DEDICATED PROFESSIONAL

Seorang pegawai yang diiktiraf oleh syarikat

bagi menguruskan pengurusan risiko sekurang-

kurangnya seorang Safety Officer yang

mempunyai Green Book/ Orang Yang Kompeten

(Lif) Gred 1.

DEDICATED UNIT

Unit yang diwujudkan oleh syarikat bagi

menguruskan pengurusan risiko. Boleh dirujuk

melalui Carta Organisasi atau lain dokumen

yang boleh dibuktikan.

RISK ASSESSMENT TOOL

Kaedah yang digunakan dalam menguruskan pengurusan risiko. - Hazard Identification Risk Assessment Risk

Control (HIRARC) - Hazard and Operability Study (HAZOP) - Hazard Analysis Critical Control Points

(HACCP) - Aspect and Impact – ISO 14000 - Hazard Analysis – OHSAS 18000 - Failure Mode and Effect Analysis (FMEA) - Kaizen - Poka Yuke

METHODOLOGY / SOFTWARE

- Brainstorming

- Soal selidik

- Benchmarking

- Analisa persekitaran

Jadual 7 : Definisi Pengurusan Risiko

Page 28: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

28

6.4.4 Pengurusan Kualiti

Pengurusan kualiti adalah suatu tindakan mengawasi semua aktiviti

dan tugas-tugas yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kecemerlangan

yang dikehendaki. Ini termasuk mewujudkan dan melaksanakan

perancangan, kawalan dan peningkatan kualiti.

PERKARA MAKSUD

TOTAL QUALITY MANAGEMENT

(TQM)

Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) adalah

satu pendekatan menyeluruh dan berstruktur dengan pengurusan organisasi yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.

Ia juga merupakan satu proses pengurusan kualiti yang berorientasikan pelanggan, digunakan secara berterusan dan melibatkan semua aspek dalam organisasi.

ISO 9001

ISO 9001 merupakan satu sistem pengurusan

kualiti yang tergolong dalam keluarga ISO 9000. Piawaian ini memberi panduan kepada syarikat dan organisasi yang ingin memastikan produk dan perkhidmatan mereka sentiasa memenuhi keperluan pelanggan, dan kualiti yang lebih baik secara konsisten.

Jadual 8 : Jenis Pengurusan Kualiti

Page 29: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

29

PERKARA MAKSUD

QUALITY PLAN

Pelan kualiti adalah dokumen yang digunakan dalam menentukan standard kualiti, amalan, sumber, spesifikasi, dan turutan aktiviti yang relevan kepada sesuatu produk, perkhidmatan, projek, atau kontrak.

LAIN-LAIN

5s -Amalan 5S merupakan alat pengurusan

persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S‟ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

OHSAS - OHSAS 18001 berfungsi membantu

organisasi mewujudkan sistem pengurusan untuk mengurus dan mengawal risiko kesihatan dan keselamatan dan meningkatkan prestasi OH&S mereka.

EMS - Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) adalah satu set proses dan amalan yang membolehkan organisasi untuk mengurangkan kesan alam sekitar dan meningkatkan kecekapan operasi.

Jadual 8 : Jenis Pengurusan Kualiti (smbg)

Page 30: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

30

6.5 Skop 5 - Pengurusan Perolehan

Merujuk kepada kaedah yang digunapakai oleh syarikat dalam memastikan

bahan yang diperolehi menepati spesifikasi yang ditetapkan dengan merujuk kepada

polisi pemilikan juga polisi pengurusan stok simpanan yang dilaksanakan di dalam

syarikat.Antara kriteria yang dinilai dalam pengurusan perolehan adalah seperti

berikut:

Rajah 8 : Pengurusan Perolehan

6.5.1 Jaminan Kualiti (Quality Assurance (QA)

Jaminan kualiti adalah apa-apa proses sistematik untuk memeriksa

dan melihat sama ada produk atau perkhidmatan yang dibangunkan adalah

memenuhi keperluan yang ditetapkan.

6.5.2 Kawalan Kualiti (Quality Control (QC)

Kawalan kualiti adalah satu prosedur atau set prosedur bertujuan

untuk memastikan bahawa produk yang dihasilkan atau perkhidmatan yang

dilakukan mematuhi kriteria kualiti dan memenuhi keperluan pelanggan.

PengurusanPerolehan

PematuhanSpesifikasi

Bahan

KetepatanKos Bahan

Ketepatan Kos Projek

PolisiPerolehan

Polisi StokSimpanan

Page 31: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

31

6.5.3 External Testing

Ujian terhadap bahan yang dilakukan oleh pihak ketiga bagi

memastikan bahan tersebut memenuhi spesifikasi.

6.5.4 Persijilan Produk (Product Certification)

Merujuk kepada perakuan yang sah bahawa produk yang diperolehi

telah lulus dan telah melalui ujian prestasi dan jaminan kualiti untuk

memenuhi standard kualiti tempatan atau antarabangsa.

6.5.5 Polisi Perolehan

Merupakan satu syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh

organisasi untuk mentadbir proses dalam mendapatkan barangan atau

perkhidmatan yang diperlukan oleh organisasi agar ia dapat berfungsi

dengan lebih cekap. Polisi ini merujuk kepada proses pembelian bahan,

peralatan atau jentera dan juga mendapatkan sub-kontraktor.

6.5.6 Pengurusan Stok Simpanan

Pengurusan stok simpanan penting bagi memastikan kelancaran

dan rekod stok simpanan teratur melalui kaedah seperti berikut :

i) Mengamalkan penyenaraian stok iaitu melalui bin card,

buku dan lain-lain.

ii) Sistem Inventori asas adalah dengan membuat rekod stok

melalui penggunaan office tools (word,excel).

iii) Sistem Inventori Sendiri adalah penggunaan perisian khas

bagi merekod stok simpanan.

iv) Sistem Pengurusan Rangkaian Inventori Bersepadu

Page 32: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

32

6.5.7 Dasar Pelupusan Usang

Merupakan satu polisi dan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi

untuk mengurus bahan-bahan binaan yang telah usang dan tidak boleh

digunakan. Sebagai contoh peralatan, bahan binaan, bekalan dan perabot

pejabat yang tidak lagi boleh digunakan boleh dijual, didermakan atau

dimusnahkan mengikut polisi yang telah ditetapkan oleh organisasi.

6.5.7 Kadar Stok Minima

Merujuk kepada kaedah penyimpanan stok yang dipraktikkan oleh

syarikat dengan menentukan kadar minima yang perlu ada di dalam

simpanan sebelum tempahan atau perolehan dilakukan dengan mematuhi

syarat polisi perolehan yang ditetapkan.

6.5.8 Masuk Dulu Keluar Dulu (First In First Out)

Merujuk kepada kaedah perolehan, penyimpanan dan penggunaan

stok yang mana syarikat mengamalkan stok barangan yang dibeli dahulu

akan digunakan terlebih dahulu manakala barangan yang dibeli kemudian

menjadi simpanan stok untuk digunakan kemudian.

6.5.9 Polisi Tepat Pada Masanya (Just in Time Policy)

Tepat pada masanya (Just-in-time (JIT) adalah satu strategi inventori

syarikat yang digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan

pembaziran dengan penerimaan barang-barang sebaik sebelum ia diperlukan

untuk mengurangkan kos inventori.

Page 33: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

33

6.6 Skop 6 - Amalan Terbaik

Amalan terbaik adalah teknik atau kaedah yang digunapakai untuk

mendapatkan hasil kerja yang memenuhi kehendak organisasi. Istilah ini kerap

digunakan dalam pelbagai bidang seperti :

i Sistem Pentadbiran

ii Pengurusan Projek

iii Persekitaran

iv Kesihatan dan Keselamatan

v Penglibatan dengan masyarakat setempat (Tanggungjawab sosial)

Amalan terbaik dinilai berdasarkan kepada kriteria berikut:

Rajah 9 : Amalan Terbaik

AmalanTerbaik

PeningkatanBerterusan

ISO 9001

Environmental 14000

OHSAS 18001 / MS 1722

(CIP)

Anugerah AntarabangsaAnugerah

kerajaan

Anugerah/ Penghargaan

Klien

CSR

ACGS

SLI1M

Page 34: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

34

6.6.1 Pematuhan Terhadap Piawaian

Ia merujuk kepada kepatuhan syarikat atau organisasi terhadap

piawaian bagi memastikan produk atau perkhidmatan mereka sentiasa

memenuhi keperluan pelanggan dan kualitinya sentiasa mematuhi piawaian

secara konsisten. Contoh-contoh piawaian yang sering digunapakai oleh

syarikat atau organisasi dalam sektor pembinaan adalah:

Jenis Piawaian Maksud

ISO 9001

International Organisation for Standardization (ISO) merupakan satu aspek pengurusan kualiti yang mengandungi beberapa piawaian ISO . Piawaian ini memberi panduan kepada syarikat dan organisasi yang ingin memastikan produk dan perkhidmatan mereka sentiasa memenuhi keperluan pelanggan dan kualiti yang lebih baik secara konsisten.

Environmental 1000

ISO 14000 adalah satu siri Piawaian Pengurusan Alam Sekitar yang dibangunkan dan diterbitkan oleh International Standard Organization (ISO) untuk

organisasi. Standard ini menyediakan satu garis panduan atau rangka kerja yang sistematik bagi meningkatkan usaha dalam pengurusan alam sekitar.

OHSAS 18001

OHSAS 18001 merupakan satu piawaian keselamatan dan kesihatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi membantu organisasi dalam mengawal risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

MS1722

MS1722 adalah bersamaan dengan OHSAS 18001 merupakan satu piawaian yang dikeluarkan oleh Badan Standard Malaysia. Pengauditan dan persijilan piawaian ini boleh dijalankan secara serentak bersama persijilan OHSAS 18001.

Page 35: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

35

CIP (Corporate Integrity Pledge)

Menandatangani Ikrar bebas rasuah/integriti bersama agensi/ syarikat yang berkaitan.

Corporate Sosial Responsibility (CSR)/SL1M

CSR merujuk kepada tanggungjawab sosial syarikat terhadap masyarakat dan komuniti berkaitan alam sekitar, pembiayaan kepada rumah anak yatim, rumah ibadat dan juga pendidikan seperti biasiswa dan pengambilan pelajar untuk latihan industri.

Attestation of

Company Good Standing (ACGS)

Merupakan kepatuhan syarikat terhadap akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

SL1M

Skim Latihan 1Malaysia merupakan program kebolehpasaran yang memberi keutamaan kepada graduan menganggur bagi membantu meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mengasah ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk memperoleh pekerjaan.

Jadual 9 : Jenis Piawaian

Page 36: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

36

6.7 Skop 7 - Keupayaan Pengurusan

Keupayaan pengurusan merujuk kepada keupayaan syarikat atau organisasi

dalam mengendalikan syarikat termasuk penyediaan fungsi tugas setiap kakitangan,

pemberian penghargaan kepada staf seperti bonus, insentif dan pakej percutian.

Selain itu, syarikat juga mempunyai jadual latihan yang terancang untuk tujuan

pembangunan kompetensi kakitangan.Keupayaan pengurusan dinilai berdasarkan

kepada kriteria berikut :

Rajah 10 : Keupayaan Pengurusan

6.7.1 Carta Organisasi Syarikat

Carta organisasi merujuk kepada carta keseluruhan organisasi

pentadbiran syarikat dan juga carta kakitangan di pejabat operasi di tapak

bina.

6.7.2 Fungsi Tugas Kakitangan ( Job Description )

Fungsi tugas kakitangan merujuk kepada analisis kerja atau huraian

kerja yang mengandungi klasifikasi dan keperluan untuk kerja bagi setiap

jawatan, yang digunakan dalam pengambilan dan meletakkan bakal pekerja.

KeupayaanPengurusan

StrukturPengurusan

Perbelanjaan

R & D

PenghargaanKakitangan

PenggunaanTeknologiMaklumat

LatihanKakitangan

Kod Etika

Page 37: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

37

6.7.3 Visi Syarikat

Visi syarikat merujuk kepada apa yang organisasi ingin capai dalam

jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Ia sebagai panduan kepada

semua kakitangan syarikat untuk berkhidmat atau bertugas berpandu kepada

visi yang telah ditetapkan.

6.7.4 Inovasi

Kaedah atau usaha untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan

yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia

adalah hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek

kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi dan

kehidupan masyarakat.

6.7.5 Kod Etika

Garis panduan yang dikeluarkan oleh sebuah organisasi kepada

pekerja-pekerja dan pengurusan untuk membantu mereka menjalankan

tindakan mereka selaras dengan nilai-nilai utamanya dan piawaian etika.

Page 38: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

38

7.0 SKEMA PEMARKAHAN

Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE – CIDB) diukur

mengikut skema pemarkahan seperti Jadual 1 di bawah :

BIL SKOP MARKAH

1 Prestasi Perniagaan 30

2 Keupayaan Kewangan 30

3 Keupayaan Teknikal 30

4 Pengurusan Projek 30

5 Pengurusan Perolehan 30

6 Amalan Terbaik 30

7 Keupayaan Pengurusan 30

JUMLAH 210

Jadual 10 – Skema Pemarkahan

Daripada keseluruhan markah tersebut, syarikat akan diberi penarafan

bintang mengikut peratusan markah seperti Jadual 2 berikut :

PERATUS (%) PENCAPAIAN

MARKAH SETIAP PARAMETER

BINTANG

0 - 10

0

11 – 30 1

31 – 50 2

51 – 70 3

71 – 84 Min 10 4**

85 - 100 Min 15 5*

Jadual 11 – Skema Penarafan Bintang

Page 39: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

39

*Syarat Layak Mendapatkan Penarafan 5 Bintang

Bagi penarafan 5 bintang, syarikat hendaklah memperolehi :

i Peratus Pencapaian Markah Keseluruhan (PPMK) 85% dan ke atas.

ii Markah Setiap Parameter (MSP) tidak kurang daripada 15 markah.

**Syarat Layak Mendapatkan Penarafan 4 Bintang

Berkuatkuasa mulai 01 Januari 2017, bagi penarafan 4 bintang, syarikat hendaklah

memperolehi :

i Peratus Pencapaian Markah Keseluruhan (PPMK) 71% dan ke atas.

ii Markah Setiap Parameter (MSP) tidak kurang daripada 10 markah.

Contoh:

Jika syarikat mendapat PPMK melepasi 85% tetapi markah salah satu (1) daripada

tujuh (7) parameter mendapat 15 markah atau lebih maka penarafan syarikat akan

ditetapkan kepada 5 bintang. Jika sebaliknya syarikat mendapat salah satu (1)

daripada tujuh (7) parameter kurang daripada 15 markah, maka penarafan syarikat

akan diturunkan kepada 1 bintang.Begitulah juga kaedah yang digunapakai dalam

menentukan penarafan 4 bintang mengikut syarat yang telah ditetapkan di atas.

7.1 Definisi Penilaian Bintang

TIADA BINTANG

Memenuhi syarat-syarat pendaftaran &

asas operasi.

Mempunyai asas pengurusan & keupayaan

teknikal

Berkemampuan dalam

pengurusan dan keupayaan teknikal

Baik dalam pengurusan dan

keupayaan teknikal, pematuhan terhadap amalan terbaik dan pengurusan projek

yang baik

Pengurusan dan

kemampuan teknikal yang cekap, mematuhi amalan

terbaik, inovatif, mempunyai sistem berintergrasi &

pengurusan projek yang baik. Mampu mengekspot perkhidmatan ke pasaran

luar negara

Boleh dicontohi, syarikat yang

kukuh, cekap dalam pengurusan dan keupayaan teknikal, mematuhi amalan terbaik, mempunyai sistem

berintegrasi dan pengurusan projek yang baik. Aktif dalam mengekspot perkhidmatan ke

pasaran antarabangsa.

Page 40: (SCORE)€¦ · Amalan Terbaik Keupayaan Pengurusan. 11 6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk menjalankan operasi

40