48
PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015 MAKSUD NASIONALISME Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan negara dan bangsa. Perasaan tersebut membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja, tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan pengaruh kebudayaan asing. Gerakan nasionalisme juga merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Penentangan masyarakat tempatan didorong oleh hasrat untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah. Penentangan terhadap British telah dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula telah bermula pada awal abad ke-20. Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 1

Sejarah 3 SPM 2015

  • Upload
    ckg-rmy

  • View
    6.641

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sumbangan Barisan Guru Sejarah Bachok Kelantan

Citation preview

Page 1: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

MAKSUD NASIONALISME

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan negara dan bangsa. Perasaan

tersebut membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak terhad

kepada pembebasan kuasa politik sahaja, tetapi juga pembebasan daripada

cengkaman ekonomi dan pengaruh kebudayaan asing.

Gerakan nasionalisme juga merupakan usaha masyarakat tempatan

menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa

luar. Penentangan masyarakat tempatan didorong oleh hasrat untuk membebaskan

negara mereka daripada kuasa penjajah.

Penentangan terhadap British telah dilakukan oleh pemimpin dan rakyat

tempatan sejak abad ke-19. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula telah

bermula pada awal abad ke-20.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 1

Page 2: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

LATAR BELAKANG PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Penentangan terhadap British oleh pemimpin dan rakyat tempatan bermula pada

abad ke-19. Gerakan penentangan ini berlaku pada awal kedatangan British ke

Malaysia. Gerakan ini merupakan reaksi masyarakat tempatan untuk menjaga

kepentingan mereka daripada dicerobohi oleh orang luar. Penentangan berlaku

disebabkan dasar penaklukan British terhadap daerah mereka.

Penentangan berlaku di Naning, Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak

dan Sabah. Antara pemimpin penentangan itu termasuklah Penghulu Dol Said, Dato’

Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh dan lain-lain. Walaupun penentangan tersebut tidak

mencapai kejayaan, namun ia menjadi pemangkin kepada kebangkitan nasionalisme

selepasnya.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 2

Page 3: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

SEBAB PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP PENGLIBATAN BRITISH

Penentangan terhadap British adalah disebabkan dasar penaklukan British

terhadap Negeri-Negeri Melayu. Dasar tersebut bertujuan untuk mengukuhkan

kedudukan politiknya. Dengan itu tanah jajahannya menjadi luas dan kawasan tersebut

akan terikat dengan perintah dan peraturannya. Contohnya Naning dipaksa menjadi

tanah jajahan British dan dikehendaki membayar ufti. Penghulu Dol Said menentang

kehendak British dan hal ini menyebabkan berlakunya peperangan.

Pihak British juga ditentang kerana hasrat mereka untuk menguasai sumber

ekonomi tempatan. Mereka menguasai sumber ekonomi melalui perjanjian dengan

pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat

dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah. Hal ini

menimbulkan kemarahan penduduk tempatan.

Penentangan oleh pemimpin tempatan adalah kerana British telah memaksakan

pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. British telah memperkenalkan sistem

cukai, undang-undang dan peraturan tanah. Contohnya di Terengganu, British telah

menetapkan setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah

mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai tanah. Peraturan ini sangat

bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.

Penentangan juga berlaku kerana campur tangan British dalam adat resam

tempatan. British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang bertentangan

dengan amalan budaya masyarakat tempatan. Sebagai contohnya di Perak, J.W.W.

Birch telah melarang amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan beliau itu

ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 3

Page 4: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan

kehilangan kuasa memungut cukai. Mereka juga kehilangan pengaruh ke atas anak

buah dan kawasan pegangannya. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di

kalangan pemimpin tempatan dan mendorong mereka menentang British.

Penentangan juga berlaku kerana kesulitan yang dialami oleh penduduk

tempatan. Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British.

Kesetiaan kepada pembesar tempatan menyebabkan mereka memberikan kerjasama

untuk menentang British.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 4

Page 5: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN PENGHULU DOL SAID DI NANING

Penentangan oleh Penghulu Dol Said berlaku antara tahun 1831 – 1833. Beliau

tidak bersetuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebagai jajahan takluknya.

Dol Said enggan menghantar satu persepuluh hasilnya sebagai ufti kepada British di

Melaka.

British menghantar tentera untuk menakluki Naning pada tahun 1831. Pasukan

British ditentang oleh Penghulu Dol Said. Penghulu Dol Said yang dibantu oleh

Penghulu Rembau, Penghulu Remai, Dato’ Kelana Sungai Ujong dan Penghulu

Gemencheh telah berjaya mengalahkan tentera British

British menyerang Naning sekali lagi pada tahun 1832. Pada kali ini Penghulu

Dol Said tidak dibantu oleh sesiapa pun. Penghulu Dol Said mengalami kekalahan.

Penghulu Dol said terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Melaka.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 5

Page 6: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN LINGGIR, RENTAP DAN SYARIF MASAHOR DI SARAWAK

James Brooke menjalankan dasar penaklukannya ke atas daerah Saribas pada

tahun 1849. Linggir sebagai pemimpin kaum Iban di Saribas enggan menyerahkan

daerah tersebut menyebabkan beliau bertindak menentang James Brooke. James

Brooke dan Kapten Farquhar telah menghalang pelayaran Linggir di sungai Saribas.

Linggir bertindak menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar namun beliau dan

pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.

James Brooke juga berusaha menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang.

James Brooke menganggap orang Iban di sungai Skrang sebagai lanun. Rentap telah

menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman itu.

Rentap berjaya menghalau James Brooke. Tentera James Brooke telah bertindak balas

dengan membakar kampung Rentap. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok.

Mereka diserang sekali lagi oleh tentera James Brooke. Tentera James Brooke berjaya

mengalahkan Rentap pada tahun 1861. Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai

Entabai dan serangannya semakin lemah.

James Brooke berusaha menguasai Sungai Rajang. Tindakan James Brooke itu

menyebabkan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur kehilangan kuasa

memungut cukai dan kehilangan pengaruh terhadap penduduk tempatan. Oleh itu,

mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka. James Brooke telah

membina sebuah kubu di Kanowit. Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut.

Beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapur kemudiannya menyerang James Brooke di

Kuching. Walau bagaimanapun penentangan mereka gagal. Syarif Masahor melarikan

diri ke Brunei. Beliau diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 6

Page 7: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN MAT SALLEH DI SABAH

Pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh sebagai pemerintah

daerah Tambunan dan Sungai Sugut. Pihak SBUB bukan sahaja menduduki daerah

Tambunan dan Sungai Sugut tetapi mereka juga telah memperkenalkan cukai kepala

dan surat perahu. Pegawai SBUB juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan.

Mat Saleh pergi ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB, tetapi beliau tidak

dilayan dilayan. Gabenor Beaufort telah bertindak menyerang dan membakar kampung

Mat Saleh menyebabkan Mat Salleh terpaksa melarikan diri.

Pada tahun 1897, Mat Saleh dan pengikutnya membuat serangan mengejut

terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. SBUB mahu berdamai dengan Mat Saleh dan

sanggup menyerahkan Tambunan kepada Mat Saleh. Bagaimanapun, SBUB telah

mungkir janji menyebabkan Mat Saleh menyerang semula. SBUB menyerang balas

kubu Mat Salleh dan Mat Salleh terkorban.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 7

Page 8: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN DATO’ MAHARAJA LELA DI PERAK

Penguasaan British di Perak telah ditentang oleh pembesar dan sultan.

Penentangan tersebut berlaku kerana residen telah memungkiri fungsinya sebagai

penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor. Para pembesar menolak

sistem cukai yang menghapuskan hak mereka. Para pembesar juga menolak

penguasaan British terhadap kawasan mereka. Para pembesar menolak campur tangan

British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan. J.W.W. Birch tidak menghormati

sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.

Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja Lela dan pembesar Melayu Perak membantah

campur tangan British. Dato’ Maharalela membina kubu di Pasir Salak. Dato’ Maharaja

Lela bermesyuarat dengan pembesar Melayu di Durian Sebatang. Mereka membantah

undang-undang British. Dato’ Maharaja Lela juga bermesyuarat dengan Sultan Abdullah

dan pembesar Melayu di Belanja. Dato’ Maharaja Lela mengambil tanggungjawab

untuk membunuh J.W.W. Birch.

J.W.W Birch dibunuh di Pasir Salak oleh Seputum, Pandak Lam dan lain-lain atas

arahan Dato’ Maharaja Lela. British menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela dan

Dato’ Sagor melarikan diri ke Kota Lama. Dato’ Maharaja Lela. Dato’ Sagor, Pandak

Lam, Seputum dan Pandak Induk dihukum mati. Sultan Abdullah, Menteri Ngah

Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana dibuang negeri ke Pulau Sychelles.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 8

Page 9: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN YAMTUAN ANTAH DAN DATO’ SYAHBANDAR ABDULLAH TUNGGAL DI SUNGAI UJONG

Yam Tuan Antah menentang British kerana British menduduki Sungai Ujong.

Yam Tuan Antah menentang Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman yang mengundang

British untuk menyelesaikan pertelingkahannya dengan Dato’ Syahbandar Abdullah

Tunggal. British dibenarkan menduduki Terachi dan Paroi. British menyerang Yam Tuan

Antah dan berjaya menawan Bukit Putus, Jempol dan Terachi. Yam Tuan Antah

dipaksa menandatangani perjanjian damai dengan British

Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal dan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman

berebut kawasan sempadan memungut cukai. Dato’ Kelana meminta British campur

tangan dalam pertikaian tersebut.

Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal enggan menandatangani perjanjian dengan

British pada 21 April 1874. Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal menyerang Dato’

Kelana Syed Abdul Rahman kerana mempelawa British campur tangan. Dato’

Syahbandar dikalahkan oleh Dato’ Kelana yang dibantu oleh British.

Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal berundur ke Selangor. Dato’ Syahbandar

dijemput pulang ke Sungai Ujong. Beliau dipaksa menandatangani perjanjian dengan

British. Beliau bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura. Sungai Ujong

dikuasai oleh Dato’ Kelana di bawah penguasaan British.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 9

Page 10: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN DATO’ BAHAMAN DI PAHANG

Dato’ Bahaman menentang undang-undang British yang bertentangan dengan

adat resam tempatan. Contohnya sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem

cukai dan penubuhan pasukan polis luar. Ini adalah kerana undang-undang tersebut

telah menghakis kuasanya sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.

Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Imam Rasul bersatu menentang British. Pada

tahun 1890, Dato’ Bahaman menentang pembinaan balai polis di Lubuk Terua. British

telah menangkap anak buah Dato’ Bahaman. Pada tahun 1892, Dato’ Bahaman

menyerang British dan berjaya menawan balai polis Lubuk Terua. Beliau juga

menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

Dato’ Bahaman diserang oleh British dan beliau berundur ke Kelantan. Dato’

Bahaman mendapat perlindungan daripada pembesar Kelantan dan Terengganu. Dato’

Bahaman menetap di Hulu Kelantan manakala Tok Gajah menetap di Hulu Terengganu.

Dato’ Bahaman ke Bangkok dan diberi perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn.

Beliau menetap di Chieng Mai dan diberi wang sara hidup 1,000 baht.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 10

Page 11: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGAN TOK JANGGUT DI KELANTAN

Tok Janggut membantah pelaksanaan Sistem Penasihat di Kelantan. Tok

Janggut juga membantah pelaksanaan sistem cukai ke atas penduduk tempatan.

Beliau enggan membayar cukai. Namun, bantahan Tok Janggut tidak dilayan oleh

Pegawai Daerah Pasir Puteh.

Pihak polis diarah supaya menangkap Tok Janggut tetapi gagal. Pada tahun

1915, Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said

dan Che Ishak telah menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya. Mereka

membentuk kerajaan dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut

Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

British membawa masuk pasukan tentera dari Negeri Selat dan membuat

serangan ke atas Kampung Saring. Tok Janggut terkorban dalam serangan itu.

Mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 11

Page 12: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

PERISTIWA PENENTANGANHAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG DI TERENGGANU

Haji Abdul Rahman Limbong membantah sistem cukai dan undang-undang tanah

yang diperkenalkan oleh British. Pada bulan Julai dan Ogos 1922, Haji Abdul Rahman

Limbong mengetuai penduduk kampung membuka tanah di Kuala Telemong tanpa

menghiraukan peraturan tanah. Pada bulan Mei 1925, beliau sekali lagi berkumpul dan

membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah tetapi dapat disuraikan oleh British.

Kemarahan kepada British menyebabkan penduduk tempatan melancarkan

serangan bersenjata pada 1928. Mereka berjaya menduduki bangunan kerajaan di

Kuala Berang. Penduduk Kuala Telemong juga bersiap sedia menunggu arahan untuk

menentang British.

Dengan menggunakan nama Sultan, British menghantar pembesar dan berjaya

menawan semula Kuala Berang. Sepasukan polis menyerang Kuala Telemong dan

berjaya menangkap Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau dibuang negeri ke Makkah.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 12

Page 13: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

CARA PENENTANGAN YANG DILAKUKANOLEH PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH

Bentuk penentangan yang dilakukan oleh pemimpin tempatan terhadap British

ialah mengingkari arahan British. Sebagai contohnya, Penghulu Dol Said enggan

menghantar satu persepuluh hasil padi Naning sebagai ufti kepada British di Melaka.

Tok Janggut enggan membayar cukai apabila British memaksakan penduduk Pasir

Puteh menerima pakai sistem cukai British.

Selain itu, pemimpin tempatan mengambil langkah berunding dengan pihak

British untuk menyelesaikan masalah pelaksanaan sistem cukai. Sebagai contohnya

Mat Salleh pergi ke Sandakan untuk berunding dengan pihak SBUB mengenai

pelaksanaan cukai kepala dan surat perahu. Tok Janggut pergi berunding dengan

Pegawai Daerah Pasir Puteh tentang pelaksanaan sistem cukai di Pasir Puteh.

Di samping itu, pemimpin tempatan bertindak menyerang British. Sebagai

contohnya Linggir bertindak menyerang kapal Nemesis yang melalui sungai Saribas.

Rentap telah menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang dan berjaya

mengusirnya. Syarif Masahor menyerang kubu James Brooke di Kanowit. Syarif

Masahor bersama Datu Patinggi Abdul Gapur juga menyerang James Brooke di

Kuching.

Bentuk penentangan lainnya ialah pemimpin tempatan bertindak menguasai

bangunan pentadbiran kerajaan. Sebagai contohnya Dato’ Bahaman dan pengikutnya

menyerang dan menguasai Balai Polis Lubuk Terua. Tok Janggut, Engku Besar Jeram,

Tuan Ahmad, Penghulu Adam dan lain-lain menyerang dan menguasai Pejabat Tanah

Pasir Puteh.

Selain itu, pemimpin tempatan membunuh pegawai British. Sebagai

contohnya Seputum dan Pandak Lam membunuh J.W.W. Birch di Pasir Salak atas

arahan Dao’ Maharaja Lela. Tok Janggut dan pengikutnya telah membunuh pegawai

polis British iaitu Sarjan Che Latiff.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 13

Page 14: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

LANGKAH PIHAK BRITISH MENANGANI PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Pihak British menangani penentangan pemimpin tempatan dengan cara

menyerang daerah tersebut. Sebagai contohnya pihak British menyerang Naning yang

enggan membayar ufti kepada British di Melaka. James Brooke bertindak menyerang

dan membakar kampung Rentap di Nanga Skrang apabila Rentap berusaha

menghalang kezalimannya ke atas orang Iban.

Pihak British juga menggunakan tipu muslihat untuk mematahkan penentangan

pemimpin tempatan. Contohnya pihak SBUB menawarkan pelan damai kepada Mat

Salleh. Mereka sanggup menyerahkan Tambunan kepada Mat Salleh apabila mereka

diserang mengejut. Bagaimanapun pihak SBUB mungkir janji.

Pihak British telah menggunakan nama sultan untuk mematahkan penentangan

pemimpin tempatan. Contohnya, pihak British menggunakan nama Sultan Kelantan

untuk membawa masuk tentera dari Negeri Selat untuk menyerang Tok Janggut di

Kampung Saring. Pihak British menggunakan nama Sultan Terengganu untuk menawan

semua Kuala Berang setelah ditawan oleh Haji Abdul Rahman Limbong.

Pihak British bertindak memburu habis-habisan pemimpin tempatan. Sebagai

contohnya, pihak British memburu Rentap sehingga Rentap terpaksa berundur ke Bukit

Sadok dan akhirnya ke Ulu Sungai Entabai.

Pihak British menangkap pemimpin tempatan yang mengetuai penentangan.

Contohnya pihak British menangkap Penghulu Dol Said dan dibawa ke Melaka. Pihak

SBUB menangkap Datu Patinggi Abdul Gapur walaupun beliau melarikan diri ke Betawi.

Pihak British membuang negeri pemimpin tempatan yang menentangnya.

Contohnya pihak British telah membuang negeri Sultan Ismail, Sultan Abdullah, Menteri

Ngah Ibrahim ke Pulau Sychelles. Pihak British juga membuang negeri Haji Abdul

Rahman Limbong ke Makkah.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 14

Page 15: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

Pihak British membunuh pemimpin tempatan. Contohnya pihak British telah

menjatuhkan hukuman mati ke atas Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Seputum,

Pandak Lam dan Pandak Induk. Pihak British juga membunuh Tok Janggut dan Mat

Salleh dalam pertempuran antara kedua-dua pihak.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 15

Page 16: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

SEBAB PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TIDAK MENCAPAI KEJAYAAN

Penentangan pemimpin tempatan terhadap British tidak berjaya kerana

masyarakat tempatan tidak bersatu. Pemimpin dan rakyat tidak bersatu hati. Berlaku

juga perpecahan dalam kalangan pengikut.

Selain itu, penentangan juga tidak berjaya disebabkan penentangan bersifat

setempat. Penentangan tidak berlaku di seluruh negeri. Contohnya, penentangan

terhadap British di Kelantan hanya berlaku di daerah Pasir Puteh sahaja. Manalaka,

penentangan di Perak hanya berlaku di Pasir Salak sahaja.

Pemimpin tempatan tidak mempunyai organisasi yang tersusun. Mereka tidak

menubuhkan badan yang boleh menyatukan masyarakat tempatan dalam satu

organisasi. Perkara ini menyebabkan mereka tidak dapat merancang strategi

penentangan secara berkesan.

Strategi penentangan kurang berkesan. Penentangan hanya dilakukan secara

terbuka. Masyarakat tempatan tiada kubu untuk bertahan. Taktik serangan tidak

dirancang dengan teliti.

Teknologi persenjataan kurang canggih. Masyarakat tempatan hanya

menggunakan senjata tradisional seperti keris, tombak, pedang dan sebagainya.

Peralatan senjata tersebut tidak dapat menewaskan senjata moden yang digunakan

oleh pihak British.

Pemimpin tempatan terpedaya dengan tipu muslihat British. British

menggunakan nama Sultan untuk mematahkan serangan kerana mereka tahu orang

Melayu sangat taat kepada baginda. British menawarkan pelan damai walaupun pada

akhirnya mereka mungkir janji.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 16

Page 17: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

STRATEGI UNTUK MEMASTIKAN PENENTANGAN TERHADAP BRITISH BERJAYA

Penentangan pemimpin tempatan terhadap British pasti akan berjaya sekiranya

menggunakan strategi penentangan yang berbagai-bagai. Contohnya melakukan

penentangan secara terbuka, penentangan secara gerila, serangan mengejut, tunjuk

perasaan, perbincangan dan sebagainya. Penentangan juga perlu dilakukan secara

serentak di pelbagai tempat supaya pihak British tidak berupaya mengagih-agihkan

tenteranya.

Strategi yang kedua ialah mengukuhkan semangat perpaduan masyarakat

tempatan. Pemimpin tempatan patut membangkitkan kesedaran masyarakat tentang

keburukan tindakan yang dilakukan oleh pihak British.

Strategi yang berikutnya ialah mengadunkan penggunaan kelengkapan

senjata tradisional dan senjata moden. Senjata tradisional digunakan untuk

melakukan serang hendap. Mereka juga boleh mengubahsuaikan senjata tradisional

supaya dapat digunakan untuk pertempuran jarak jauh.

Strategi yang seterusnya ialah menambahkan bilangan penentang. Pemimpin

tempatan hendaklah melatih golongan muda kerana mereka lebih agresif dan

bersemangat. Pemimpin juga perlu menyediakan latihan ketenteraan dengan cara

mengajar taktik peperangan dan kemahiran menggunakan senjata.

Strategi lainnya pula ialah mendapatkan sokongan istana. Pemimpin tempatan

hendaklah sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan sultan agar mereka mengetahui

tipu muslihat British yang menggunakan nama Sultan. Sokongan istana juga

menyebabkan pihak British lebih berhemah dalam tindakan mereka.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 17

Page 18: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

TINDAKAN BRITISH TERHADAP PEMIMPIN TEMPATAN ADALAH TIDAK WAJAR KERANA MEREKA BUKAN PEMBERONTAK

Tindakan British yang menghapuskan penentangan pemimpin tempatan

dengan melalui kekerasan adalah. Pemimpin tempatan menentang British kerana

mempertahankan kedaulatan wilayah mereka. Contohnya, Penghulu Dol Said

mempunyai alasan apabila beliau enggan membayar ufti kepada British di Melaka. Hal

ini adalah kerana Naning adalah wilayah yang merdeka, bukannya tanah jajahan British.

Tindakan pihak British menyerang dan membakar kampung adalah perbuatan

yang melampau. Pemimpin tempatan menentang British kerana membela penduduk

tempatan daripada dizalimi oleh pihak British. Contohnya, Rentap menentang James

Brooke kerana menghalang kezaliman James Brooke yang hendak menghapuskan

orang Iban di Sungai Skrang.

Tindakan British membunuh pemimpin adalah perbuatan tidak bermoral.

Syarikat Borneo Utara British (SBUB) telah membunuh Mat Salleh di Sabah. Pihak

British juga membunuh Tok Janggut dan menggantungkan mayatnya kepala ke bawah

dianggap menghina tokoh agama tempatan. Kedua-dua tokoh tersebut tidak

memberontak. Mereka membantah pelaksanaan cukai yang membebankan penduduk

tempatan. Mereka cuba berunding, tetapi tidak dilayan. Sebaliknya, mereka ditentang

dan dibunuh.

Tindakan British membunuh Dato’ Maharaja Lela, Pandak Lam, Seputum dan

Pandak Induk adalah terlalu zalim. Pemimpin tempatan tersebut cuba menghalang

British melaksanakan dasar mereka yang bertentangan dengan budaya tempatan.

Contohnya, J.W.W. Birch cuba menghapuskan amalan orang suruhan yang diamalkan

dalam budaya orang Melayu. Mereka juga cuba mempertahankan kuasa Raja Melayu

yang semakin hilang akibat pelaksanaan Sistem Residen.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 18

Page 19: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

Tindakan British membuang negeri Sultan Abdullah dan Menteri Ngah

Ibrahim ke Pulau Sychelles adalah tidak wajar. Ini adalah kerana mereka cuba

mempertahankan kedaulatan tanah air mereka daripada dikuasai oleh British. Tindakan

British membuang negeri Haji Abdul Rahman Limbong ke Makkah adalah tidak wajar

kerana beliau tidak bersetuju dengan peraturan tanah Barat yang bertentangan dengan

amalan masyarakat tempatan.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 19

Page 20: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

PERANAN PELAJAR MEMUPUK SEMANGAT NASIONALISME

Untuk memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan rakan-rakan

di sekolah, saya akan menggalakkan mereka belajar bersungguh-sungguh mata

pelajaran yang berkaitan nasionalisme seperti mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Sivik

dan Kewarganegaraan dan menjalankan Kajian Sejarah Tempatan. Langkah tersebut

dapat membangkitkan perasaan bangga menjadi warganegara Malaysia dalam

kalangan pelajar.

Di samping itu, saya menggalakkan rakan-rakan melibatkan diri dalam

kegiatan kokurikulum seperti menyertai aktiviti Kelab dan Persatuan Sejarah. Melalui

aktiviti Bicara Tokoh Negara, mereka mengetahui pahit jerih tokoh tempatan

mempertahankan kedaulatan tanah air. Melalui aktiviti perkhemahan badan beruniform

sekolah pula, semangat perpaduan dapat dipupuk untuk mewujudkan masyarakat

Malaysia yang bersatu-padu.

Selain itu, saya akan menganjurkan program berbentuk patriotik di peringkat

sekolah. Kami akan mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Melalui program tersebut, kami akan mengibarkan Jalur Gemilang yang menjadi

kebangggaan negara. Kami akan mengulas Lagu Negaraku yang diperdengarkan, serta

menyanyikannya dengan penuh semangat. Langkah tersebut akan membangkitkan

semangat cinta akan negara.

Saya juga akan menganjurkan lawatan sambil belajar. Kami akan melawat

muzium, Memorial Tunku Abdul Rahman dan mengikuti persidangan Parlimen. Di

muzium, kami dapat mengkaji penglibatan tokoh nasionalis dalam sejarah kemerdekaan

tanah air. Di Parlimen, kami mengetahui bagaimana proses penggubalan undang-

undang dilakukan dalam pemerintahan dan pentadbiran negara. Pengetahuan yang

diperoleh dapat melahirkan semangat untuk mengekalkan dan mempertahankan

pemerintahan demokrasi di negara kita.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 20

Page 21: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

Saya juga akan menganjurkan program kemasyarakatan seperti Khidmat

Masyarakat. Kami akan menyertai misi memberi bantuan kepada masyarakat yang

terjejas akibat banjir, ribut, gempa bumi dan sebagainya. Kami akan membantu

menjalankan kerja pembersihan semula kawasan yang terjejas. Penglibatan ini dapat

menanam perasaan saling membantu dalam jiwa pelajar.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 21

Page 22: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT NASIONALISME

Pihak sekolah menerapkan nilai-nilai patriotik dalam kalangan pelajar di sekolah.

Usaha tersebut dapat dilaksanakan dengan memberi kesedaran kepada pelajar melalui

Kem Jati Diri. Pihak sekolah menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam

program sambutan’Bulan Kemerdekaan’ di sekolah.Para pelajar didedahkan dengan

program mengenang jasa tokoh pejuang negara. Selain itu pihak sekolah mengisi

program mata pelajaran sejarah dengan Kuiz Sejarah,Pertandingan Ikon

Sejarah,menghasilkan Buku Skrap Tokoh Nasionalis Tanah Air dan lain-lain agar pelajar

dapat mengambil iktibar daripada perjuangan mereka.

Ibubapa berperanan memupuk semangat patriotisme di peringkat akar umbi.

Ibubapa haruslah menyerlahkan semangat patriotisme dengan memasang bendara jalur

gemilang di rumah dan kenderaan apabila menjelang hari kemerdekaan supaya menjadi

contoh yang boleh diteladani anak-anak.

Pihak kerajaan patut menjayakan Konsep 1 Malaysia melalui kursus Biro

Tatanegara ( BTN) kepada penjawat awam. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

patut diteruskan kerana program ini melahirkan semangat jati diri yang tinggi dalam

kalangan generasi muda. Kementerian Penerangan Malaysia perlu menyuburkan

semangat patriotik melalui televisyen dan radio. Jabatan Penerangan perlu

mengadakan kempen cinta negara kepada masyarakat. Media arus perdana hendaklah

memperbanyakkan tayangan filem yang berunsurkan patriotisme seperti filem Bukit

Kepong, Paloh, Leftenan Adnan, Sarjan Hasan dan lain-lain.

Anggota masyarakat digalakkan mengadakan majlis rumah terbuka sempena

sambutan perayaan kaum masing-masing. Majlis tersebut membolehkan masyarakat

beramah mesra yang akan mengeratkan hubungan sahabat handai, jiran tetangga dan

masyarakat pelbagai kaum. Hubungan yang erat menjadi simbol perpaduan,

kemakmuran dan keamanan negara.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 22

Page 23: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

Masyarakat Malaysia juga hendaklah bersama-sama menyambut Hari

Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September sebagai hari

perpaduan negara. Sepanjang sambutan itu, kita akan sama-sama menyanyikan Lagu

Negaraku serta mengadakan persembahan kebudayaan pelbagai kaum. Kita akan

menjayakan kempen mengibarkan Jalur Gemilang dan menyertai aktiviti perarakan

kemerdekaan. Penyertaan ini akan membangkitkan perasaan bangga menjadi warga

Malaysia.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 23

Page 24: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

SEMANGAT PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN YANG WAJAR DICONTOHI

Semangat pemimpin tempatan yang wajar kita contohi ialah sanggup

berkorban demi bangsa dan negara. Mereka sanggup mendahulukan kepentingan

bangsa dan negara daripada kepentingan diri dan keluarga. Penjawat awam patut

mencontohi semangat ini dalam menjalankan urusan pentadbiran kerajaan.

Penjawat awam mestilah mengelakkan pembabitan keluarga dalam urusan

kerajaan.

Pejuang-pejuang tempatan memiliki semangat taat kepada raja dan negara.

Mereka sanggup mengorbankan nyawa menentang pihak British demi mengekalkan

kelangsungan institusi beraja di Malaysia. Remaja disarankan memiliki sikap

sedemikian agar mereka sanggup mempertahankan sistem pemerintahan

Demokrasi Berparlimen dan Raja Beperlembagaan berkekalan.

Pejuang Kemerdekaan juga berjiwa kental dalam perjuangan. Sifat ini perlu

diterapkan kepada generasi muda melalui Program Latihan Khidmat Negara

(PLKN), kursus Biro Tata Negara, Kem Bina Semangat dan sebagainya.

Pejuang masa lalu juga menunjukkan sikap kerjasama yang amat tinggi.

Pemimpin tempatan menyedari mereka tidak dapat menandingi senjata moden

pihak British semasa penentangan mereka. Namun disebabkan kerjasama antara

pemimpin dengan rakyat, mereka dapat member tentangan sengit. Masyarakat hari

ini patut mengambil iktibar bahawa perpaduan akan menyebabkan kita menjadi

kuat.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 24

Page 25: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

CARA MENZAHIRKAN SEMANGAT NASIONALISME

Pihak Sekolah dan Pelajar

Pihak sekolah menerapkan nilai-nilai patriotik dalam kalangan pelajar di sekolah.

Usaha tersebut dapat dilaksanakan dengan memberi kesedaran kepada pelajar melalui

Kem Jati Diri. Pihak sekolah menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam

program sambutan’Bulan Kemerdekaan’ di sekolah.Para pelajar didedahkan dengan

program mengenang jasa tokoh pejuang negara. Selain itu pihak sekolah mengisi

program mata pelajaran sejarah dengan Kuiz Sejarah,Pertandingan Ikon

Sejarah,menghasilkan Buku Skrap Tokoh Nasionalis Tanah Air dan lain-lain agar pelajar

dapat mengambil iktibar daripada perjuangan mereka.

Ibu Bapa dan Keluarga

Ibubapa berperanan memupuk semangat patriotisme di peringkat akar umbi.

Ibubapa haruslah menyerlahkan semangat patriotisme dengan memasang bendara jalur

gemilang di rumah dan kenderaan apabila menjelang hari kemerdekaan supaya menjadi

contoh yang boleh diteladani anak-anak.

Kerajaan

Pihak kerajaan patut menjayakan Konsep 1 Malaysia melalui kursus Biro

Tatanegara ( BTN) kepada penjawat awam. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

patut diteruskan kerana program ini melahirkan semangat jati diri yang tinggi dalam

kalangan generasi muda. Kementerian Penerangan Malaysia perlu menyuburkan

semangat patriotik melalui televisyen dan radio. Jabatan Penerangan perlu

mengadakan kempen cinta negara kepada masyarakat. Media arus perdana hendaklah

memperbanyakkan tayangan filem yang berunsurkan patriotisme seperti filem Bukit

Kepong, Paloh, Leftenan Adnan, Sarjan Hasan dan lain-lain.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 25

Page 26: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

Masyarakat

Anggota masyarakat digalakkan mengadakan majlis rumah terbuka sempena

sambutan perayaan kaum masing-masing. Majlis tersebut membolehkan masyarakat

beramah mesra yang akan mengeratkan hubungan sahabat handai, jiran tetangga dan

masyarakat pelbagai kaum. Hubungan yang erat menjadi simbol perpaduan,

kemakmuran dan keamanan negara.

Masyarakat Malaysia juga hendaklah bersama-sama menyambut Hari

Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September sebagai hari

perpaduan negara. Sepanjang sambutan itu, kita akan sama-sama menyanyikan Lagu

Negaraku serta mengadakan persembahan kebudayaan pelbagai kaum. Kita akan

menjayakan kempen mengibarkan Jalur Gemilang dan menyertai aktiviti perarakan

kemerdekaan. Penyertaan ini akan membangkitkan perasaan bangga menjadi warga

Malaysia.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 26

Page 27: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

CIRI WARGANEGARA YANG MEMPUNYAI SEMANGAT NASIONALISME

Warganegara yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi sentiasa

menghargai jasa tokoh pejuang tanah air. Mereka sentiasa menyanjung perjuangan

Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Bahaman, Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan lain-

lain. Mereka tidak bersikap memperlekehkan perjuangan tokoh-tokoh tersebut.

Warganegara yang patriotik sentiasa mempertahankan nama baik negara.

Mereka tidak akan sekali-kali memburukkan nama negara. Mereka akan memberikan

penerangan sejelas-jelasnya jika ada pihak yang cuba menjatuhkan imej negara.

Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme ialah mereka yang

menghormati lambang negara. Mereka menghormati Lagu Negaraku dan lambang-

lambang negara yang lain. Mereka akan mengutuk sesiapa sahaja yang bertindak

menghina lambang negara seperti memijak bendera, mengubah lirik atau nada Lagu

Negaraku dan sebagainya.

Rakyat Malaysia yang cintakan negara adalah mereka yang sentiasa

mendokong prinsip Rukun Negara. Mereka menghayati nilai yang terkandung dalam

falsafah Rukun Negara agar perpaduan kaum dapat diperkukuhkan.

Warganegara yang setia mestilah taat kepada raja dan pemimpin negara. Hal ini

adalah kerana ketaatan tersebut dapat memastikan pembangunan negara berjalan

dengan lancar.

Selain itu warganegara yang baik ialah mereka yang menjaga adat dan nilai

masyarakat tempatan daripada budaya asing. Amalan terhadap budaya kita sendiri

dapat memperkukuhkan jati diri seseorang.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 27

Page 28: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

KEJAYAAN YANG DICAPAI HASIL PENGHAYATAN SEMANGAT NASIONALISME

Kejayaan Malaysia hasil pengamalan semangat patriotik ialah Malaysia

mengungguli acara sukan antarabangsa. Sebagai contohnya kejayaan pasukan hoki

menduduki rangking terbaik di peringkat dunia. Dato’ Nicol David dan Dato’ Lee Chong

Wei muncul sebagai pemain skuasy dan badminton nombor satu dunia.

Malaysia berjaya menyerlahkan semangat “Malaysia Boleh” apabila mencipta

kejayaan dalam penampilan solo dalam berbagai-bagai bidang. Dato’ Azhar Mansor

menjulang nama negara apabila berjaya belayar mengelilingi dunia secara solo. Dato’

Abdul Malik Mydin pula berjaya menyeberangi Selat Inggeris, manakala Dato’ Maznah

Zulkifli berjaya dalam ekspedisi menawan kutub Utara.

Malaysia menempa kejayaan dalam seni bina dan perancangan bandar.

Pembinaan menara Petronas dan Menara Berkembar KLCC yang muncul sebagai

binaan tertinggi di dunia pada zamannya. Bandar Putrajaya tersohor sebagai pusat

pentadbiran moden yang bercirikan seni bina bandar terancang.

Malaysia juga berjaya menerokai angkasa lepas. Dato’ Dr. Sheikh Muzaffar

muncul sebagai angkasawan pertama negara ke angkasa lepas. Malaysia berjaya

melancarkan beberapa buah satelit untuk membolehkan kita bersaing dalam bidang

penyiaran di peringkat global.

Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan NGO di peringkat antarabangsa banyak

menempa kejayaan. Kelab Putra Malaysia dan Pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia

menghantar sukarelawan untuk membantu negara yang terjejas akibat pergolakan

politik, bencana alam, krisis kemanusiaan dan sebagainya.

Malaysia berjaya menghasilkan pakar ekonomi bertaraf dunia iaitu Dato Seri

Zetty Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara menerima anugerah gabenor bank negara

terbaik dunia.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 28

Page 29: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

GEJALA YANG MENUNJUKKAN SEMANGAT NASIONALISME SEMAKIN LUNTUR

Gejala yang menunjukkan semangat nasionalisme semakin luntur dapat dilihat

apabila terdapat segelintir masyarakat di negara kita yang menghina pemimpin negara

secara terbuka. Sikap ini menyebabkan maruah tokoh negara jatuh dan imej negara

tercemar.

Sikap membelakangkan undang-undang negara menjadi budaya baru dalam

masyarakat kita hari ini. Masyarakat kita hari ini sering menganjurkan perhimpunan

haram untuk menyatakan perasaan tidak puas hati mereka, padahal banyak cara lain

yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Keadaan ini boleh mencetuskan huru-hara

dan menjejaskan perkembangan ekonomi negara.

Kakitangan kerajaan tidak amanah dalam menjalankan tugas. Banyak penjawat

awam mengamalkan rasuah dalam melaksanakan tugas pentadbiran mereka. Rahsia

kerajaan dibocorkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Keadaan ini

menyebabkan pentadbiran negara menjadi tidak cekap serta menghilangkan keyakinan

pelabur luar untuk melabur modal di negara kita.

Semangat Nasionalisme rakyat Malaysia semakin luntur kerana kurang perasaan

cinta akan budaya sendiri. Perkembangan Teknologi maklumat dan komunikasi

mempercepatkan penyebaran budaya luar. Rakyat yang tidak mempunyai jati diri akan

mudah terpengaruh dengan budaya asing yang bersifat negatif seperti budaya punk,

black metal, hippies dan sebagainya. Perkembangan ini akan meruntuhkan nilai-nilai

budaya baik masyarakat.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 29

Page 30: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

KESAN YANG BERLAKU JIKA RAKYAT TIDAK MEMILIKI SEMANGAT NASIONALISME

Sekiranya rakyat tidak memiliki semangat nasionalisme, masyarakat akan

berpecah belah. Keamanan dan keharmonian negara tergugat. Keadaan ini akan

melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri. Mereka akan menggunakan situasi

masyarakat yang berpecah belah dengan isu perkauman yang boleh meruntuhkan

kestabilan politik negara.

Sekiranya rakyat tidak memiliki semangat nasionalisme, ekonomi negara tidak

berkembang. Pertumbuhan ekonomi tergendala. Kemakmuran negara tergugat kerana

pembangunan negara terbantut.

Sekiranya rakyat tidak memiliki semangat nasionalisme, politik negara menjadi

tidak stabil. Pentadbiran negara akan kucar-kacir. Demonstrasi jalanan menjadi budaya

baru. Pentadbiran yang kucar-kacir tidak dapat membendung situasi demikian.

Kedaulatan negara akan terancam. Negara mudah terdedah kepada campur tangan

kuasa asing

Sekiranya rakyat tidak memiliki semangat nasionalisme, rakyat tidak menghormati

pemimpin. Imej pemimpin dan negara terjejas di mata dunia.

Sekiranya rakyat tidak memiliki semangat nasionalisme, Masyarakat hilang jati diri.

Minda masyarakat dijajah. Mereka mudah terpengaruh dengan budaya asing. Dengan

itu, budaya baru bersifat negatif lahir dalam masyarakat. Perkara ini akan meruntuhkan

tamadun bangsa yang kaya dengan nilai ketimuran.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 30

Page 31: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

SEBAB WUJUD SIKAP MEMPERKECILKAN SUMBANGAN PEJUANG TEMPATAN

Terdapat pihak yang mempertikalkan perjuangan dan sumbangan tokoh

pemimpin tempatan. Mereka tidak belajar sejarah menyebabkan mereka tidak

memahami fakta sejarah. Mereka tidak mengenali tokoh pejuang tanah air

menyebabkan mereka tidak menghargai jasanya.

Terdapat juga pihak tertentu yang sengaja memutarbelitkan fakta sejarah untuk

kepentingan politik. Mereka menggunakan media baru untuk memesongkan pemikiran

dan tanggapan generasi muda terhadap perjuangan tokoh nasionalis dahulu. Hal ini

menimbulkan sikap prejudis terhadap sumbangan tokoh negara tersebut.

Sikap mempertikaikan perjuangan tokoh tempatan berlaku disebabkan

penjajahan minda oleh penjajah yang sekian lama tertanam dalam fikiran sebahagian

masyarakat kita. Penyebaran ideologi politik menyebabkan masyarakat berpegang

kepada doktrin penjajah yang mengatakan bahawa tokoh yang menentang British

adalah pemberontak dan pengkhianat bangsa.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 31

Page 32: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

CARA MENGELAKKAN TANGGAPAN NEGATIF TERHADAP PEMIMPIN TEMPATAN

Tanggapan negatif terhadap perjuangan pemimpin tempatan dapat dielakkan.

Kurikulum pendidikan mestilah menekankan aspek sejarah tanah air. Mata pelajaran

Sejarah patut diperkenalkan di peringkat sekolah rendah supaya sejarah negara

diketahui sejak kecil lagi. Langkah Kementerian Pendidikan menjadikan mata pelajaran

wajib lulus dalam SPM adalah langkah yang berkesan kerana berjaya menanamkan

semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

Selain itu, kempen mengenali dan menyanjung tokoh negara mestilah

sentiasa dilancarkan. Pertandingan mengarang dan menghasilkan buku skrap berkaitan

ketokohan pemimpin perlu diadakan bukan sahaja dijalankan di sekolah sahaja, malah

boleh diperluaskan. Cara ini dapat menanam semangat cinta akan tanah air dalam diri

remaja.

Dalam hal-hal tertentu, penguatkuasaan undang-undang amat perlu untuk

mendisiplinkan masyarakat agar tidak memperlekehkan jasa pejuang tempatan. Mereka

yang menghina tokoh pemimpin negara hendaklah disaman dan dibawa ke muka

pengadilan. Undang-undang yang tegas dikuatkuasakan supaya menjadi iktibar kepada

masyarakat.

Kerajaan patut mengawal selia laman sosial yang digunakan untuk

memesongkan pemikiran masyarakat. Langkah ini dapat mengurangkan penyebaran

maklumat palsu dan bersifat negatif. Maklumat yang sahih tentang tokoh negara patut

disampaikan kepada rakyat melalui media perdana agar masyarakat lebih mengenali

jasa dan perjuangan tokoh negara.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 32

Page 33: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

KEPENTINGAN MENGHAYATI SEMANGAT NASIONALISME

Penghayatan semangat patriotisme dalam kalangan warganegara dapat

melahirkan semangat cinta akan negara dan dapat memupuk masyarakat yang

sanggup berkorban demi kepentingan negara. Penghayatan semangat nasionalisme

menyebabkan kita mempunyai jati diri yang tinggi dan sanggup menjaga maruah

bangsa. Setiap rakyat berani mempertahankan kedaulatan negara daripada belenggu

penjajah.

Penghayatan semangat nasionalisme juga dapat melahirkan rakyat yang

berfikiran positif. Kita bersedia dengan fikiran terbuka untuk menerima unsur baik dari

luar yang boleh memberi kepentingan kepada negara. Rakyat juga akan bersifat kreatif.

Mereka berfikir secara kritis untuk menghasilkan sesuatu yang lebih inovatif.

Semangat nasionalisme akan mewujudkan negara yang aman dan harmoni serta

melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Semangat toleransi kaum diamalkan sesuai

dengan prinsip Pakatan Murni yang berasaskan kontrak sosial semasa kita menuntut

kemerdekaan dahulu. Semangat perpaduan yang kukuh dapat menjana kemajuan

ekonomi negara. Perkembangan ekonomi yang mapan akan menyebabkan

kemerdekaan negara dapat dikekalkan.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 33

Page 34: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

PENTINGNYA KEAMANAN NEGARA

Keamanan dan keharmonian perlu dikekalkan untuk menarik pelabur asing

melabur di negara kita yang dapat memastikan pendapatan negara terus meningkat.

Hasilnya, rakyat hidup dalam makmur dan tenteram. Keamanan juga dapat menjamin

keselamatan negara dan pada masa yang sama akan dikunjungi pelancong asing.

Industri pelancongan akan meningkat sekaligus menambahkan lagi pendapatan negara.

Keamanan dan keharmonian perlu dikekalkan untuk mewujudkan negara dan

bangsa yang berdaulat. Justeru, generasi akan datang dapat mewarisinya. Di samping

itu, keamanan dan keharmonian juga membolehkan pembangunan negara dapat

dilaksanakan dengan jayanya yang sekaligus akan meningkatkan imej negara.

Keamanan dan keharmonian membolehkan negara diiktiraf dunia luar dan

dikenali di mata dunia. Contohnya, Malaysia pernah dipilih menjadi ahli Majlis

Keselamatan PBB dan Tan Sri Razali Ismail telah dilantik sebagai Pengerusi

Perhimpunan Agung PBB.

Selain itu, keamanan dan keharmonian boleh memajukan negara selaras dengan

hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 tercapai. Malahan,

kemerdekaan dapat dipertahankan kerana anasir-anasir luar yang cuba menjatuhkan

kerajaan dapat ditangkis.

Keamanan dan keharmonian juga patut dikekalkan agar kerajaan dapat menjalin

hubungan serantau dan antarabangsa. Dengan itu, Malaysia akan mendapat bantuan

sekiranya ditimpa musibah dan masalah.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 34

Page 35: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

CABARAN YANG DIHADAPI UNTUK MEMPERKASAKAN SEMANGAT NASIONALISME

Cabaran yang dihadapi dalam usaha memperkasakan semangat nasionalisme

dalam kalangan generasi muda ialah pengaruh budaya luar. Budaya LGBT, K-Pop,

punk dan black metal bukan sahaja menjadi gaya hidup mereka, tetapi juga telah

menghakis nilai-nilai tradisi masyarakat Timur.

Cabaran yang kedua ialah fenomena kurang minat untuk menguasai ilmu

pengetahuan. Perkara ini menyebabkan wujudnya fenomena buta sejarah dalam

kalangan masyarakat kita. Oleh sebab mereka tidak mengetahui hal-hal kenegaraan,

sudah tentulah tidak akan terbit perasaan cinta akan negara dan bangsa dalam jiwa

mereka.

Cabaran yang berikutnya ialah gejala keruntuhan akhlak remaja. Fenomena ini

mengundang berlakunya gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas,

merosakkan harta awam dan sebagainya. Pengamalan budaya bersifat negatif ini akan

melunturkan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri generasi muda.

Cabaran yang seterusnya ialah penyebaran dakyah politik berhaluan kiri yang

bertujuan untuk meruntuhkan pemerintahan negara. Generasi muda cepat terpengaruh

dengan ideologi baru menyebabkan berlakunya gejala yang bersifat perkauman yang

memecahbelahkan masyarakat seperti pergaduhan kaum, provokasi tentang hak kaum

tertentu dan sebagainya.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 35

Page 36: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

CADANGAN MENGATASI CABARAN UNTUK MEMPERKASAKAN SEMANGAT NASIONALISME

Pihak sekolah menerapkan nilai-nilai patriotik dalam kalangan pelajar di sekolah.

Usaha tersebut dapat dilaksanakan dengan memberi kesedaran kepada pelajar melalui

Kem Jati Diri. Pihak sekolah menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam

program sambutan’Bulan Kemerdekaan’ di sekolah.Para pelajar didedahkan dengan

program mengenang jasa tokoh pejuang negara. Selain itu pihak sekolah mengisi

program mata pelajaran sejarah dengan Kuiz Sejarah,Pertandingan Ikon

Sejarah,menghasilkan Buku Skrap Tokoh Nasionalis Tanah Air dan lain-lain agar pelajar

dapat mengambil iktibar daripada perjuangan mereka.

Ibubapa berperanan memupuk semangat patriotisme di peringkat akar umbi.

Ibubapa haruslah menyerlahkan semangat patriotisme dengan memasang bendara jalur

gemilang di rumah dan kenderaan apabila menjelang hari kemerdekaan supaya menjadi

teladan kepada anak-anak.

Pihak kerajaan patut menjayakan Konsep 1 Malaysia melalui kursus Biro

Tatanegara ( BTN) kepada penjawat awam. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

perlu diteruskan kerana program ini melahirkan semangat jati diri yang tinggi dalam

kalangan generasi muda. Kementerian Penerangan Malaysia perlu menyuburkan

semangat patriotik melalui televisyen dan radio. Jabatan Penerangan perlu

mengadakan kempen cinta negara kepada masyarakat. Media arus perdana hendaklah

memperbanyakkan tayangan filem yang berunsurkan patriotisme seperti filem Bukit

Kepong, Paloh, Leftenan Adnan, Sarjan Hasan dan lain-lain.

Anggota masyarakat digalakkan mengadakan majlis rumah terbuka sempena

sambutan perayaan kaum masing-masing. Majlis tersebut membolehkan masyarakat

beramah mesra dan mengeratkan hubungan sahabat handai, jiran tetangga dan

masyarakat pelbagai kaum. Hubungan yang erat mewujudkan perpaduan, kemakmuran

dan keamanan negara.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 36

Page 37: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

Masyarakat Malaysia juga hendaklah bersama-sama menyambut Hari

Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September sebagai hari

perpaduan negara. Sepanjang sambutan itu, kita hendaklah sama-sama menyanyikan

Lagu Negaraku serta mengadakan persembahan kebudayaan pelbagai kaum. Kita perlu

menjayakan kempen dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan menyertai aktiviti

perarakan kemerdekaan. Penyertaan ini akan membangkitkan perasaan bangga

menjadi warga Malaysia.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 37

Page 38: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

NILAI / IKTIBAR YANG BOLEH DIPELAJARI DARIPADA PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Kita patut mencontohi pemimpin tempatan masa lampau yang mempunyai

semangat juang yang kental. Kita patut belajar daripada sifat pemimpin masa lampau

yang tidak mudah berputus asa dalam perjuangan. Sifat tersebutlah yang menyebabkan

mereka gigih berjuang hingga mencapai kejayaan.

Kita juga patut mencontohi sikap pemimpin tempatan yang mematuhi ajaran

agama. Mereka berani menegakkan kebenaran. Mereka menolak pengenalan sistem

cukai dan undang-undang British kerana pembaharuan tersebut bercanggah dengan

budaya dan nilai tempatan. Mereka memiliki jati diri yang tinggi menyebabkan mereka

tidak mudah menerima pengaruh luar.

Kita patut mencontohi sifat pemimpin masa lampau yang mempunyai semangat

setia negara yang tinggi menyebabkan mereka sanggup berkorban untuk bangsa dan

tanah air. Mereka sedia mempertahankan kedaulatan tanah air walaupun menghadapi

pelbagai halangan daripada pihak British.

Kita patut mencontohi sifat pemimpin tempatan yang mempunyai disiplin yang

tinggi menyebabkan mereka dapat mewujudkan kerjasama antara pemimpin dengan

pengikutnya.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 38

Page 39: Sejarah 3 SPM 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH SPM 2015

KESIMPULAN (i) Pengetahuan daripada tugasan (ii) Nilai Murni kepada diri, bangsa dan negara (iii) Unsur patriotisme (iv) Harapan menjadi bangsa dan negara Malaysia cemerlang

Pengetahuan

Daripada tugasan yang saya laksanakan, saya dapat mengetahui tentang konsep

nasionalisme dari kaca mata masyarakat kita. Saya juga dapat mengetahui tentang

sebab-sebab pemimpin tempatan menentang British. Saya mengetahui bahawa mereka

bukanlah pemberontak sebaliknya merekalah tokoh yang mempertahankan kedaulatan

tanah air dan nilai tempatan.

Nilai / Iktibar

Nilai yang boleh dipelajari untuk diri saya, negara dan bangsa ialah kita mestilah

mempunyai semangat juang yang kental agar kita sentiasa bersedia untuk

mempertahankan tanah air. Selain itu, kita mestilah berani menegakkan kebenaran agar

kita sanggup mempertahankan kedaulatan tanah air dan nilai-nilai masyarakat kita.

Unsur Patriotisme

Unsur patriotisme yang kita boleh hayati daripada tugasan yang dibuat ialah kita

hendaklah memiliki semangat setia negara yang tinggi supaya kita tidak mudah

berputus asa dalam perjuangan. Kita hendaklah memiliki jati diri yang tinggi supaya kita

tidak mudah menerima pengaruh luar.

Harapan

Saya berharap negara kita akan menjadi negara yang maju agar bangsa Malaysia dapat

menikmati taraf hidup yang tinggi. Saya berharap negara kita akan kekal merdeka agar

bangsa Malaysia dapat menikmati hasil kekayaan negara.

Barisan Guru Sejarah (BAGUS) PPD Bachok@gzakariasejarah2015/SEJARAH3 39