Sejarah Fotografi

  • View
    630

  • Download
    10

Embed Size (px)

Transcript

M5: AKTIVITI 3 Sejarah Fotografi

*Kamera Mammoth - 1900 Senifoto ialah lukisan menerusi cahaya. Tanpa cahaya senifoto tidak boleh berfungsi. Istilah Photography diperkenalkan pada tahun 1839. Ketika teknologi senifoto terus berkembang bersama dengan tamadun manusia, ilmu amat penting bagi menjana mutu kerja pengamal senifoto. Dalam era ledakan ICT perkembangannya amat ketara sekali apabila senifoto telah diadun bersama teknologi ICT dan wujudnya Kamera Digital yang telah merobah dunia senifoto. Senifoto tradisional masih dibenarkan berkembang bersama dengan perkembangan ledakan teknologi ICT. Senifoto tidak dapat dipisahkan dengan tradisi tradisionalnya. Kamera digital telah dapat diterima dengan meluas namun senifoto menggunakan filem masih ada tempat dikalangan pengamal senifoto. Kamera mula diperkenalkan ketika para pelukis menghadapi masalah untuk merakamkan imej potrek sekitar abad 17 dan 18.Justeru itu mereka telah mencipta kamera Abscura untuk kemudahan merakam imej. Tahun 1900 seorang Jurugambar telah mencipta kamera Mammoth (lihat gambar diatas). Kamera ini amat besar ukurannya dimana beratnya 1,400 pound. Lens seberat 500 pound. Sewaktu mengubah atau memindahkannya tenaga manusia seramai 15 orang diperlukan!. Kamera ini menggunakan filem sebesar 4 x 8 kaki dengan bahan kimia sebanyak 10 gallons digunakan ketika memprosesnya. Abscura telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera Kodak oleh George Eastmen pada tahun 1888. yang lebih kecil. Pada zaman ini wujud kamera lebih kecil dan yang terkini ialah kamera digital.

Kamera jenama Kodak Diawal kewujudan kamera digital tidak ramai menggemarinya terutama kalangan profesional. Ini kerana kamera digital generasi awal sekitar hujung tahun 1980an, masih menggunakan ciri-ciri kamera kompak. Kamera digital waktu itu kecil, ringan dan kemampuan imej tidak memenuhi kehendak profesional. Namun begitu sekitar awal 2000 kamera digital direka dengan mengambil kira selera profesional. Akhirnya kita telah memperolehi kamera digital dalam format SLR (Single Lens Reflex). Walaubagaimanapun harganya mesih mahal dan tidak semua orang mampu memilikinya namun terdapat kamera digital yang menyerupai SLR boleh dibeli dengan harga agak murah.

Kamera digital jenis kompak Kamera digital SLRKamera dan Alat Tambahan

Kamera SLR dan Lens

Untuk menghasilkan kerja-kerja senifoto yang baik, peralatan berikut diperlukan. 1. Kamera dan peralatan tambahan 2. Cahaya 3. Bakat

Pada peringkat awal perkembangan kamera, jenis-jenis berikut telah diperkenalkan. i. Ukuran Separuh ii. Ukuran Leica iii.Ukuran 6x6 i. Ukuran Separuh: Kamera jenis ini boleh merakam gambar sebanyak dua kali ganda dari jumlah filem. Setiap exposer filem hanya separuh digunakan. Jika filem yang digunakan 36 exposer anda akan perolehi sebanyak 72 exposer. Kamera jenis ini tiada lagi di pasaran. ii. Ukuran Leica: Kamera jenis ini boleh diperolehi dalam bentuk negatif 24x56 mm. Shutter kamera jenis ini dibentuk dalam dua jenis; Shutter Lens dan Shutter Focal Plane. Terdapat dalam kumpulan ini Kamera Single Lens Reflex (SLR) iii. Ukuran 6x6: Ukuran jenis ini boleh diperolehi dalam format View Kamera. Terdapat dalam jenis Rengfinder Shutter Lens , Single Lens Reflex. Dalam kamera seumpama ini yang menggunakan jenis Twin Lens Reflex (TLR). Terdapat dalam kumpulan-kumpulan ini ialah kamera Twin Lens Reflex (TLR) dan Single Lens Reflex (SLR).

i). TLR ialah kamera dua lens yang mempunyai peranan masing-masing. Lens yang dibawah berfungsi untuk membawa cahaya masuk ke filem. Manakala lens di atas berfungsi membawa cahaya ke Viewfinder.

ii). SLR ialah kamera yang berfungsi dengan satu Lens dan satu cermin pembalikan. Hasilnya apa yang dilihat pada tingkap penenang (Viewfinder) akan sama dengan rakaman di filem. Alat tambahan kamera bertujuan memudahkan kerja-kerja senifoto yang berat. Kebanyakan kamera SLR dan kamera View disediakan alat tambahan. Alat tambahan kamera bertujuan memudahkan kerja-kerja senifoto yang berat. Kebanyakan kamera SLR dan kamera View disediakan alat tambahan. Berikut ialah sebahagian alat tambahan pada sebuah kamera. i. Lens ii. Exposer Meter iii. Flash iv. Filter v Tripod i. Lens: Lens amat penting pada sebuah kamera. Lens mesti bersih dari debu dan kesan calar. Oleh itu penjagaan lens perlu diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air. Jenis - Jenis Lens: Berikut ialah jenis-jenis lens. a. Wide Angle Lens b. Standard Lens c. Telephoto Lens d. Zoom Lens a. Wide Angle Lens - Merupakan Lens yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas. Dalam ketogeri ini, Wide Angle terbahagi pula kepada Super Wide. Berikut ialah jenis Lens Wide Angle. 16mm, 18mm, 20mm, 24mm, 35mm, Jika lebih kecil angkanya bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya. Namun perlu diingatkan sudut yang luas akan memberi kesan lengkung. b. Standard Lens - Ialah lens yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia. Lens ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret Contoh: 50mm, 55mm, 70mm.

c. Telephoto Lens - Ialah lens yang memiliki sudut pandang yang sempit. Ia amat sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh. Telephoto Lens juga berperanan untuk crouping gambar. Contoh Lens: 135mm, 200mm, 300mm,500mm, 1000mm d. Micro Lens - Ialah lens yang boleh merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambar-gambar mikro atau close-up. Lens ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lens Standard dan Telephoto. Contoh: 55mm, 105mm, 200mm Lens 55mm boleh merakam gambar pada jarak dekat. Lens 105mm dan 2000mm boleh merakam gambar mikro pada jarak jauh.

e. Zoom Lens - Ialah lens yang menggabungkan beberapa ciri lens yang tersenarai diatas. Ini bermakna, dalam satu lens terdapat dua atau tiga sudut lens. Contoh: 25mm - 55mm, 70mm -135mm, 80mm -200mm. Pada sebuah lens terdapat fungsi-fungsi berikut. a. Focusing Ring b. Aperture a. Focusing Ring - Peranan Focusing Ring ialah untuk mencari jarak yang tepat agar gambar tidak kabur. b. Aperture - Ialah alat bukaan lens yang juga dikenali sebagai f/stop. Tanpa f/stop gambar tidak terhasil dengan baik. f/stop membantu menapis kemasukkan cahaya ke filem. Lobang f/stop yang besar ditanda dengan angka kecil. Manakala f/stop yang kecil diwakili oleh angka yang besar. Contoh Aperture analog: f32,f22,f16,f11 - lobang kecil f8,f5.6,f4 - lobang sedarhana f3,f3.5,f2,f2.8 - lobang besar Setelah wujudnya kamera digital, Aperture telah berubah dan bertambah jumlah bacaannya. Contoh tambahan yang berlaku: f32,f30,f22,f20,f16,f12,f11 - lobang kecil f10,f8,f5,f5.6,f4 - lobang sedarhana f3,f3.5,f2,f2.8 - lobang besar Angka Aperture yang berwarna merah merupakan tambahan pada kamera digital.

Aperture 16

Aperture 5.6 Depth Of Field

Aperture 4

i. Aperture berfungsi untuk menghasilkan gambar yang bermutu. Untuk mendapatkan gambar yang tajam (Sharp), gunakan Aperture yang kecil agar Depth Of Field menjadi tajam. Depth Of Field ialah keadaan gambar Out Focus atau In Focus Jika mahukan gambar yang kabur dibahagian latarbelakang, gunakan Aperture yang sederhana. Keadaan gambar akan menimbulkan kabur dibahagian latarbelakang. Namun penggunaan jenis lens juga akan memberi kesan yang baik untuk teknik ini. Contoh Lens yang dimaksudkan ialah Micro, atau Telephoto. Penggunaan Aperture juga boleh mempengaruhi keadan gambar menjadi Soft atau High Contras. Ketika menggunakan flash sila pastikan penggunaan Aperture yang betul agar gambar yang anda rakam tidak over atau under exposes. Shutter Speed: Shutter Speed ialah Kelajuan Bukaan Lens. Shutter Speed ditanda dengan angka. Contoh Shutter Speed ialah: 1/B - Shutter Speed paling perlahan 1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30 - Shutter Speed perlahan 1/60,1/125,1/250 - Shutter Sederhana 1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju Jika pada kamera digital terdapat perbezaan Shutter Speed seperti yang ditandakan pada warna merah. 1/B - Shutter Speed paling perlahan 1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30,1/40- Shutter Speed perlahan 1/60,1/80,1/125,1/250,1/300- Shutter Sederhana 1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju 1/1 bermaksud bukaan selama 1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000. Ini bermakna 1/1 merupakan Shutter Speed paling lama bukaannya. 1/4000 merupakan Shutter Speed paling laju. Namun terdapat satu lagi Shutter Speed yang boleh dibuka seberapa lama yang anda mahu, iaitu Shutter Speed 1/B

Shutter Speed

Penggunaan Shutter Speed yang tepat dengan Aperture akan menentukan penghasilan gambar yang baik. Jika tidak gambar akan under atau over expose. Fungsi Aperture Dan Shutter Speed ii. Shutter Speed digunakan untuk rakaman gambar yang bergerak. Contohnya merakam sebuah kereta yang sedang bergerak gunakan Shutter Speed yang laju (1/250) oleh itu kereta yang dirakamkan akan terhenti di dalam gambar. Teknik Panning boleh digunakan dengan menggerakkan kamera mengikuti pergerakan kereta hasilnya latarbelakang gambar akan kabur. Latar belakang yang kabur itu disebabkan oleh pergerakan kamera.

Dua contoh gambar yang menggunakan Shutter Speed

ii. Exposer Meter:

Exposer Meter untuk bacaan di luar kamera. Cahaya studio dan cahaya matahari

Exposer Meter merupakan alat tambahan yang membantu bagi mendapatkan gambar yang baik. Jika sebelum wujud Exposer Meter penggiat senifoto perlu mahir memahami keupayaan cahaya. Exposer Meter boleh mengukur cahaya dengan tepat dan pantas. Terdapat dua jenis Exposer Meter di pasaran a. Exposere Meter Binaan Dalam b. Exposere Meter Bebas Guna. a. Exposere Meter Binaan Dalam- Exposer Meter jenis ini mudah digunakan. Komponennya dibina didalam kamera. Namun anda perlu mahir menggunakannya jika tidak gambar akan under expose. Contoh jika mengambil gambar di kawasan berlatar belakangkan cahaya yang kuat. Cahaya yang dimaksudkan seperti di pantai bilamana latar belakangnya adalah langit dan air laut pada waktu siang. Objek yang berada di sekitarnya akan h