sejarah ting 4

  • View
    39

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

exam

Text of sejarah ting 4

  • 1

  • 2

    SPM SEJARAH KERTAS 3 1294/3 (2015)

    TEMA / TAJUK 10.2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

    Tema Umum: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

    Nasionalisme di Malaysia berakar umbi daripada gerakan penentangan pemimpin tempatan terhadap campur

    tangan British dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak

    Tema Spesifik: Berdasarkan Fokus Kajian Berikut:

    (i) 2.1 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British (Abad ke 19)

    (ii) 2.2 Gerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua (Abad ke 20)

    PANDUAN PERUNTUKAN MASA MENGIKUT ASPEK/KONSTRUK

    Format Aspek/Konstruk Markah Masa

    1. Pengenalan 1. Memahami 5 Markah 10 minit

    2. ISI Dan HURAIAN 2. Memahami 30 Markah 50 minit

    3. Menganalisis 15 Markah 20 minit

    4. Mengaplikasi 10 Markah 15 minit

    5. Menilai 10 Markah 15 minit

    6. Mencipta 10 Markah 15 minit

    7. Menjana Idea 10 Markah 15 minit

    8. Nilai / Iktibar / Patriotisme 5 Markah 10 minit

    3. Kesimpulan 9. Merumus 5 Markah 10 minit

    Jumlah Keseluruhan 100 Markah 2 jam 40 minit

    Catatan: Pelajar disarankan untuk mematuhi panduan ini supaya pelajar dapat menjawab kesemua soalan. Gunakan

    20 minit lagi untuk menyemak jawapan anda.

    TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 3

    1. Pastikan anda membawa buku teks dan bahan ilmiah serta bahan bercetak yang berkaitan dengan tajuk. 2. Pastikan anda menulis nombor soalan. 3. Jawapan mesti ditulis dengan ayat yang lengkap. Jawapan dalam bentuk poin dilarang sama sekali. 4. Mulakan jawapan anda dengan pangkal ayat atau kehendak perincian soalan.

    Contoh soalan. Jelaskan latar belakang gerakan nasionalisme.

    Contoh jawapan. Latar belakangan gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat.

    5. Jawapan perlu ditulis dalam struktur ayat lengkap.

    6. Sebaiknya satu isi merangkumi fakta, huraian dan contoh. 7. Mengaikan isi denga isi berikutnya menggunakan penanda wacana. 8. Jawpan KBAT perlu ada penyambut/ huraian/ keterangan atau ayat berlapis. 9. Tidak perlu ayat yang panjang dan meleret-leret.

  • 3

    PANDUAN MENJAWAB SOALAN SPESIFIK

    Soalan 1: Pengenalan [5 Markah]

    (a) Jelaskan maksud dan latar belakang nasionalisme

    Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara. Perasaan ini akan mencetuskan gerakan

    untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Contohnya penjajahan British di Tanah Melayu.

    Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk penjajahan oleh

    kuasa luar. Penentangan di dorong oleh hasrat membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Di Malaysia

    penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19.

    Gerakan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka daripada oleh penjajah. Contohnya sejak abad

    ke-19, penentangan telah dilakukan oleh beberapa pemimpin tempatan seperti Dol Said, Dato Maharajalela, Rentap dan Mat Salleh. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh telah bermula pada awal abad ke-20.

    Soalan 2: Memahami [15 markah]

    Soalan 2a: Sebab-sebab / faktor-faktor penentangan

    (i) Huraikan sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British di Tanah Melayu, Sabah dan

    Sarawak pada abad ke-19.

    Antara sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu ialah dasar penaklukan

    British. Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan oleh dasar penaklukan British

    di daerah mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Dasar penaklukan British

    terhadap Negeri-Negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kuasa politiknya. Melalui dasar ini,

    penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.

    Contohnya, Penentangan Dol Said terhadap British kerana mengambil alih Melaka daripada Belanda. Ini kerana

    Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.

    Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan menjadi sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap

    British di Tanah Melayu. Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan

    bagi kepentingannya. Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan

    pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti

    perlombongan dan perdagangan bijih timah . Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

    Seterusnya, perlaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan. British memperkenalkan sistem

    cukai, undang-undang, dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Peraturan British

    juga bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan. Contohnya, tanah boleh dibuka mengikut keperluan

    mereka dan tidak perlu membayar cukai. British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk

    tempatan. Sebagai contoh, di Terengganu, penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah

    yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mesti mendapat kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.

    Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan penduduk tempatan.

    British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya

    masyarakat tempatan. Misalnya di Perak, J.W.W. Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu,

    iaitu amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat

    tempatan.

    Di samping itu, pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh. Ini kerana British telah mengambil

    kawasan pentadbiran mereka. Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan untuk

    mentadbir kawasan tersebut. Perlantikan ini memberi kuasa untuk kepada mereka untuk menjaga hal ehwal

    daerahnya seperti soal pentadbiran, ekonomi dan sosial.. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati

    dalam kalangan pemimpin tempatan sehingga mendorong mereka menentang British.

  • 4

    Akhir sekali, kesulitan penduduk tempatan. Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang

    British yang menyulitkan kehidupan mereka. Mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin

    tempatan. Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua turut mendorong penduduk tempatan memberikan

    kerjasama dalam menentang British.

    Soalan 2b: Faktor-faktor pemangkin / kebangkitan / pencetus semangat nasionalisme

    (i) Huraikan faktor-faktor pemangkin nasionalisme sehingga perang dunia kedua

    Faktor-faktor pemangkin kebangkitan semangat nasionalisme ialan tindakan Sir Andrew Clarke telah

    memperkenalkan sistem politik barat. Ini telah memusnahkan sistem politik tradisional tempatan. British telah

    meletakkan seorang residen yang mengambil alih pentabdiran negeri daripada pembesar tempatan. Para pembesar

    diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British. Bagi orang tempatan perubahan ini

    mencabar sistem atau amalan tradisi mereka dan juga menjatuhkan maruah mereka. Hal ini membangkitkan

    kebencian penduduk tempatan terhadap British.

    Faktor pemangkin seterusnya ialah sistem pendidikan Inggeris dan vernakular Melayu yang diperkenalkan

    pada akhir abad ke-19, telah melahirkan golongan intelek melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan

    bangsanya. Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu.

    Mereka telah menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.

    Selain itu, dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu telah menggalakkan sesiapa sahaja yang datang

    untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu. Ramai orang asing telah datang ke

    Tanah Melayu dan menetap di sini. Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran

    dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan. Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam

    bidang perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan. Orang Melayu mula kekal dengan pertanian

    padi yang tidak dimajukan oleh British.

    Seterusnya, British juga telah membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang Melayu

    tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan. Kemajuan ekonomi seperti perniagaan serta

    kewujudan prasarana contohnya elektrik, perkhidmatan pos, telefon, sekolah, hospital dan lain-lain telah

    meningkatkan taraf hidup di bandar. Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar

    bandar dengan imigran dan penduduk di bandar. Ternyata, dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang

    Melayu. Hal ini disedari oleh golongan intelek melayu dan mereka menjadikannya isu gerakan nasionalisme

    Melayu.

    Faktor pendudukan Jepun juga menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pihak

    Jepun dengan konsep kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan Negara-negara Asia untuk

    menentukan kemajuan masing-masing. Dengan konsep ini Jepun menggalakkan orang tempatan berkerjasama

    dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka. Bagaimanapun kesengsaraan hidup akibat kekurangan

    makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan sebilangan besar penduduk Tanah

    Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur. Bagi mereka semua penjajah te