Sejaran Dan Cara Bermain Dam Ular

  • Upload
    wei-kai

  • View
    115

  • Download
    33

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dam ular

Citation preview

SEJARAH DAM ULAR Dam Ular adalah permainan yang diperkenalkan dan dimain oleh orangorang India sejak dahulu kala. Di India, Dam Ular popular dengan nama MOKSHA PATAMU yang diberikan oleh Guru Spiritual Hindu. Permainan ini disebut "Leela" dan mencerminkan kehidupan Hindu di mengharungi kehidupan sehari-hari.

Nama lainnya adalah "Tangga Keselamatan" yang telah dibawa ke Victoria Inggris di mana versi baru telah dibuat dan diperkenalkan oleh John Jacques di tahun 1892. Selepas itu, Dam Ular dibawa ke Amerika oleh seorang pembuat mainan bernama Milton Bradley di tahun 1943 dan telah diberi nama "Snakes n Ladder" yang bermaksud "Tangga Ular".

Moksha Patam dikaitkan dengan Falsafah Tradisional Hindu bererti: "Karma dan Kama" atau yang bermaksud dengan "Takdir dan Keinginan". Permainan ini juga berkaitankan dengan Pembelajaran Kesan dari Perbuatan Baik Melawan Perbuatan Buruk. Tangga mewakili kebaikan seperti kemurahan hati , iman , dan kerendahan hati (diri). Ular mewakili keburukan dan kejahatan seperti nafsu, kemarahan, pembunuhan, dan kecurian.

Moral pengajaran daripada permainan ini adalah Moksh, seseorang dapat mencapai keselamatan melalui berbuat baik. Sementara itu, dengan melakukan sesuatu yang jahat akan mengalami kelahiran semula ke bentuk kehidupan yang rendah.

Jumlah tangga kurang daripada jumlah ular sebagai peringatam bahawa jalan ke arah kebaikan adalah jauh lebih sukar daripada berbanding dengan jalan dosa. Biasanya angka "100" diwakili Moksha (keselamatan).

Di Andhra Pradesh, Dam Ular dimainkan dalam nama Vaikuntapali.

CARA BERMAIN: 1. Setiap kumpulan mempunyai 5 orang pemain 2. Setiap pemain perlu memilih buah masing-masing.3.Semua pemain akan bermula dari petak START dan pemain pertamaakan membuat pusingan pada buah dadu. Buah pemain akan bergerak pada petak mengikut bilangan yang diperolehi dari buah dadu. Jika nilai6 diperolehi, pemain perlu membuat pusingan tambahan pada buahdadu. 3. Pemain lain bermain seperti arahan di 2. 4. Apabila buah pemain termasuk ke dalam petak kaki tangga, buah pemain akan menaik mengikut tangga tersebut..Apabila buah pemain termasuk ke dalam petak mulut ular, maka buah pemain akan menurun mengikut perut ular tersebut..Pemain yang mencecah petak FINISH adalah pemenang yang dicari.

ALATAN

HADIAH Bajet hadiah yang sebanyak RM20 telah diambil dari tabung kelas masing-masing. Ahli jawatankuasa telah memilih hadiah yang sesuai untuk pemenang permainan masing-masing. Hadiah Cuma disediakan oleh satu pemenang sahaja.

Pemenang: 5 PISMP SN2 Dengan mengambil masa yang tersingkat sampai ke penamat.