11
SELOK EM K SI R ND NG

Seloka Emak Si Randang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Perbentangan Seloka Emak Si Randang, Komponen sastera tingkatan 4.

Citation preview

Seloka Emak Si Randang

Seloka Emak Si RandangMaksudSeloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela menanakkan nasi untuk orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup merobohkan rumahnya untuk dijadikan kayu api. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi.TemaSikap anggota masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding dengan ahli keluarga sendiri.Persoalan1. Rasional ketika melakukan sebarang tindakan. 2. Pembaziran yang perlu dielakkan . 3. Tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.BentukTerdiri daripada satu rangkap.Terdiri daripada lapan baris.Setiap baris terdiri daripada 3-5 patah kata.Bilangan suku kata dalam baris adalah antara 8-11 suku kata.Rima akhirnya tidak sama iaitu abbbbcac.Bentuknya bebas.Disampaikan dalam bentuk gurau senda.

Gaya BahasaNilaiPengajaranKita haruslah menggunakan pertimbangan akal secara rasional sebelum mengambil sesuatu tindakan.Berikanlah sumbangan secara berpada-pada dan mengikut kemampuan diri.Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga sendiri.

SoalanSekiranya anda sahabat Emak Si Randang, apakah dua nasihat yang akan anda berikan kepadanya? [2 markah] 2. Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam seloka ini. [3 markah]Jawapan- Saya akan menasihatinya supaya berfikir baik-baik sebelum bertindak. - Saya akan menasihatinya supaya mengutamakan ahli keluarga sendiri.

2. - Kepentingan sikap berpada-pada dalam melayan tetamu. - Nasib malang yang menimpa akibat sikap terburu-buru semasa bertindak. - Mengutamakan ahli keluarga sendiri daripada orang lain.Sekian, terima kasih.