Sistem Doktrin Pengasingan Kuasa Pemerintahan Amerika Syarikat Dan Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Sistem Doktrin Pengasingan Kuasa Pemerintahan Amerika Syarikat Dan Malaysia

    1/4

    SISTEM DOKTRIN PENGASINGAN KUASA PEMERINTAHAN AMERIKA SYARIKAT

    DAN MALAYSIA

    Pembahagian kuasa atau dalam bahasa Inggeris disebut separation of powers merupakan satu doktrin

    dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga cabang utamaiaitu Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman. Ia untuk mengelak atau

    menghindari bahaya kezaliman (tyranny), di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi)

    dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan

    (despotisma) dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check

    and balance) antara kuasa tersebut. Doktrin pengasingan kuasa adalah suatu doktrin yang menjadi asas

    kepada kebebasan atau lebih dikenali sebagai liberalisme. Ini adalah kerana apabila kuasa dalam sistem

    pemerintahan dihadkan dan mempunyai garis panduan yang tersendiri, maka, ia dapat mengelakkan

    dari berlakunya kezaliman. Kuasa yang telah dihadkan menjadi satu batasan kepada setiap bidang untuk

    bertindak lebih jauh dalam menjalankan sistem pentadbiran. Ia boleh mengelakkan dari berlakunya

    pertindihan kuasa antara satu-satu bidang yang mengawal pentadbiran negara.

    Doktrin Pengasingan Kuasa Dalam Demokrasi di Amerika Syrarikat (US)

    Untuk ini kita akan lihat bagaimana pengamalan doktrin pengasingan kuasa atau separation of power

    ini dilakukan di Amerika Syarikat (US) yang merupakan sebuah negara memperjuangkan demokrasi.

    Penduduk di US lebih mementingkan ideologi liberalisme yang membawa kepada hak kebebasan

    individu agar setiap individu berhak untuk bersuara supaya tidak wujud penindasan, kezaliman dan

    ketidakadilan kepada rakyat. Cabang-cabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling

    bergantung antara satu cabang dengan lain. Misalnya hakim dilantik oleh ketua Eksekutif, manakala

    undang-undang yang berpunca dari cabang legislatif akan digunakan oleh badan kehakiman untuk

    membuat keputusan, manakala pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan undang-undang tersebut.

    Tiga bidang kuasa ini telah diwujudkan dalam perlembagaan US. Dalam bidang legislatif, ia merujuk

    kepada dua dewan yang dikenali sebagai House Of Representative dan Senate yang telah diwartakan

    dalam Artikel 1 dalam perlembagaan US. Cabang kuasa Eksekutif, yang dianggotai oleh kumpulan

    Presiden, Timbalan Presiden, dan juga jabatan-jabatan yang menjalankan kuasa pemerintahan utama

    telah diwartakan dalam Artikel 2 dalam perlembagaan. Cabang kehakiman yang dianggotai oleh

    Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi telah diwartakan dalam Artikel 3 dalam perlembagaan.

    Setiap bidang yang dipecahkan dalam pengasingan kuasa ini ada bidang kuasa tersendiri dan setiap

    darinya mempunyai had dan batasan kuasa yang tersendiri. Setiap dari kuasa yang telah diwartakan

    telah diperiksa oleh satu badan bebas yang lain. Sebagai contohnya, sekiranya presiden telah melantik

    hakim untuk memegang jawatan dalam Mahkamah Persekutuan dan juga Mahkamah Tinggi dan dalam

    masa yang sama presiden juga telah melantik setiausaha untuk untuk jabatan pemerintahan. Tetapi

  • 7/29/2019 Sistem Doktrin Pengasingan Kuasa Pemerintahan Amerika Syarikat Dan Malaysia

    2/4

    perlantikan ini haruslah diluluskan dan mendapat kebenaran daripada Senate. Kongres juga berhak

    untuk meluluskan satu rang undang-undang, namun, presiden mampu dan berhak menolaknya jika rang

    yang dibuat dan diluluskan itu boleh mendatangkan kerumitan dalam jangka masa panjang kerana

    presiden mempunyai kuasa veto dalam menentukan hala tuju negara.

    Kesemua semak dan seimbang ini walau bagaimanapun tidak efisien. Ini menggalakkan kewujudan dan

    kehadiran liberalisasi dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di US. Ini adalah kerana dengan

    pengasingan kuasa setiap bidang dalam kerajaan telah dihadkan kepada kuasa masing-masing. Ini

    bermakna tiada pemusatan kuasa dalam setiap cabang pemerintahan seterusnya tiada satu bidang pun

    yang mendominasi bidang kuasa yang lain. Sebagai contoh, dalam kes presiden Nixon, dalam skandal

    Watergate. Walaupun beliau ialah seorang presiden, namun, beliau tetap disiasat oleh badan kehakiman

    kerana disyaki terlibat dalam skandal Watergate. Ini jelas menunjukkan liberalisme berlaku dalam sistem

    pemerintahan dan juga sekaligus menjalankan keadilan kepada rakyat. Badan eksekutif tidak berhak

    mencampuri urusan yang telah dikendalikan oleh badan kehakiman walaupun Nixon adalah ketua dalam

    bidang eksekutif sekaligus sebagai pemimpin kepada negara yang di tadbir.

    Dalam pentadbiran negara Amerika Syarikat, teori pengasingan kuasa diterima sepenuhnya kerana ia

    dianggap sebagai salah satu ciri-ciri demokrasi yang perlu dijalankan. Pengasingan kuasa yang dijalankan

    menurut para falsafah, ia mendukung ciri-ciri demokrasi selaras dengan dasar yang dijalankan di

    Amerika Syarikat. Selain daripada itu, dikatakan teori pengasingan kuasa ini menyokong penuh

    liberalisme di Amerika Syarikat. Oleh itu, dalam Negara yang mengamalkan demokrasi dan pengasingan

    kuasa pasti mengamalkan budaya liberalisme secara tidak langsung agar faktor-faktor tertentu

    terpelihara. Penduduk dan rakyat di Amerika Syarikat lebih mementingkan hak kebebasan individu. Oleh

    itu, para pemimpin US juga haruslah sentiasa peka akan rakyat yang sentiasa menuntut hak kebebasandan hak asasi manusia yang dijunjung tinggi sekian lamanya di US.

    Doktrin Pengasingan Kuasa Dalam Demokrasi di Malaysia

    Perkara asas dalan doktrin pengasingan kuasa adalah dalam sistem pemerintahan dihadkan dan

    mempunyai garis panduan yang tersendiri mengikut pengasingan yang menjadi tunjang perlaksanaan

    konsep separation of power . Selari sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi,

    Malaysia juga mengamalkan doktrin pengasingan kuasa, tetapi sejauhmanakah pengamalan dan

    perlaksanaan doktrin pengasingan kuasa diguna pakai di Malaysia dalam mengelakkan pemusatan kuasa

    pemerintahan di dalam tangan sesuatu kumpulan tertentu.

    Di Malaysia, pengasingan kuasa ini telah dipecahkan kepada tiga cabang atau organ kerajaan iaitu badan

    perundangan (legislatif), badan pentadbiran (eksekutif) dan badan kehakiman (judiciary). Badan

    perundangan atau legislatif adalah badan yang menggubal, meminda dan meluluskan sesuatu undang-

  • 7/29/2019 Sistem Doktrin Pengasingan Kuasa Pemerintahan Amerika Syarikat Dan Malaysia

    3/4

    undang. Ianya didokong oleh dua buah dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat, yang mana

    keahlian Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya manakala Dewan Negara keahliannya

    dipilih oleh Yang Dipertuan Agong mengikut kepakaran bidang masing-masing. Badan pentadbiran atau

    legislatif merupakan badan yang melaksanakan undang-undang, serta menjalankan pentadbiran

    mengikut perlembagaan dan undang-undang yang terdiri daripada barisan menteri kabinet yang

    diketuai oleh Perdana Menteri. Manakala, badan kehakiman atau judiciary pula yang mentafsirkan

    undang-undang melalui sistem kehakiman di Malaysia dalam Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen,

    Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

    Walau bagaimanapun doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia berbeza daripada doktrin

    yang asal. Malaysia mengamalkan doktrin yang mengutamakan kuasa relatif antara badan perundangan,

    badan eksekutif dan badan kehakiman. Yang Dipertuan Agong (YDPA), sebagai ketua negara mempunyai

    kuasa tertinggi dalam ketiga-tiga badan berkenaan, ini kerana Malaysia mengggunakan konsep

    Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Kuasa tertinggi di atas ketiga-tiga badan itu terletakpada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong adalah

    sekaligus merupakan ketua kepada ketiga-tiga cabang kerajaan. Menurut Perlembagaan, baginda bukan

    sahaja memegang kuasa eksekutif malahan juga kuasa perundangan. Perkara 39 Perlembagaan

    Persekutuan iaitu kuasa memerintah Persekutuan dan Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan iaitu

    kuasa perundangan Persekutuan. Di sini, Raja Berperlembagaan adalah raja yang memerintah secara

    terikat mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan. Baginda memerintah berdasarkan kuasa yang

    telah diberikan kepada baginda. Ini bermakna, baginda tidak boleh untuk memerintah secara mutlak

    mengikut kehendak hatinya sendiri. Baginda memerintah mengikut nasihat jemaah menteri yang

    diketuai oleh Perdana Menteri dan mengikut budi bicara baginda sendiri yang termaktub dalam

    Perlembagaan, Artikel 40, Perkara 2.

    Disamping itu, jika kita lihat pengamalannya di Malaysia, badan perundangan (perundangan) dan badan

    pentadbiran (eksekutif) tidak terdapat pengasingan secara ketat diantara kedua-duanya dan dan ianya

    tidak selari dengan konsep seperation of power di mana kuasa tersebut hendaklah dipecahkan atau

    diasingkan. Di sini, badan eksekutif yang mentadbir juga merupakan orang yang terlibat dalam badan

    legislatif yang membuat perundangan untuk dilaksanakan. Ini kerana ahli yang terlibat dalam

    perundangan dalam Dewan Rakyat juga merupakan ahli dalam badan pentadbiran (legislatif). Pihak

    Eksekutif sepatutnya tidak boleh menjadi seorang ahli badan perundangan (legislatif) dan badankehakiman semestinya bebas dari campurtangan pihak Eksekutif dan Legislatif. Pada masa yang sama

    Perlembagaan Persekutuan - Perkara 122 B juga memperuntukkan bahawa perlantikan kehakiman ke

    mahkamah-mahkamah Tertinggi adalah dibuat oleh pihak Eksekutif yang menunjukkan ada kawalan

    tidak langsung terhadap badan kehakiman. Pihak Eksekutif pula dikawal oleh Parlimen dan

    bertanggungjawab kepadanya. Oleh yang demikian sistem pengasingan kuasa berserta dengan Konsep

  • 7/29/2019 Sistem Doktrin Pengasingan Kuasa Pemerintahan Amerika Syarikat Dan Malaysia

    4/4

    Kawalan dan Imbangan nampak kepentingan dalam mengelakkan pemusatan kuasa pemerintahan di

    dalam tangan sesuatu kumpulan tertentu sahaja.

    Maka itu, idea terpenting mengenai pengasingan kuasa ialah orang yang sama tidak harus

    bertanggungjawab bagi membuat undang-undang, menguatkuasakannya dan menghukum orang-orangyang melanggarnya. Ini bermakna doktrin tersebut melibatkan pembahagian kuasa pemerintahan yang

    jelas antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman tanpa sebarang pertindihan. Doktrin ini

    menjelaskan bahawa badan yang membuat undang-undang hanya dibenarkan membuat dan tidak boleh

    menyerahkankuasa itu kepada badan-badan lain serta tidak boleh mempunyai kuasa-kuasa lain. Badan

    yang memerintah hanya dibenar menjalankan pemerintahan negara dan tidak boleh membuat undang-

    undang dan menjalankan kuasa kehakiman. Begitu juga dengan badan kehakiman yang hanya dibenrkan

    melaksana kuasa kehakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa

    pemerintahan. Matlamat doktrin pengasingan kuasa ialah untuk mengelakkan pemusatan kuasa di

    dalam tangan mana-mana pihak.