38
Sistem Suria

Sistem Suria Bentang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SURIA

Citation preview

  • Sistem Suria

  • TEORI SEMULA JADI SISTEM SOLARSistem solar terjadi daripada kepulan gas- gas dan debu- debu yang besar.Ahli astronomi menamakan awan- awan gas ini sebagai Nebula.Nebula ini kemudiannya mengecut dan runtuh. Keruntuhan ini berlaku disebabkan oleh graviti yang menarik setiap objek- objek dan jasad- jasad yang terdapat di sekitarnya.

  • Sambungan Kepulan debu dan gas di dalam Nebula ini mula menarik antara satu sama lain untuk menjadikannya lebih tumpat, lebih padat dan berjisim.Kepulan awan ini akan mengecut dan pada masa yang sama, ianya juga berputar (spinning).Sampai pada satu tahap, ianya bertukar menjadi piring (disk) yang tebal dengan unjuran yang besar di tengah- tengahnya.Unjuran yang berada di tengah- tengah tersebut akan memastikan ianya tetap mengecut bagi memastikan keadaan menjadi bertambah tumpat dan padu.

  • Sambungan Apabila ianya semakin tumpat, maka ianya menjadi panas dan mempunyai haba yang tinggi.Haba tersebut datangnya dari tenaga yang dihasilkan daripada perlanggaran zarah- zarah.Apabila nebula itu runtuh, keabadian momentum sudut bermakna ia berputar semakin laju dan semakin panas.Campuran daya-daya graviti, tekanan gas, medan magnet dan putaran menyebabkan nebula yang mengecut itu mula mendatar menjadi cakera protoplanet berputar dengan protobintang yang semakin mengecut di tengah.

  • Sambungan Matahari, planet- planet dan jasad- jasad lain mula terbentuk apabila kepulan awan ini runtuh (collapsed) di bawah pengaruh graviti.Daripada awan serta gas dan debunya, pelbagai planet terjadi.Teori nebula ini mengatakan bahawa Sistem Suria terjadi akibat kemusnahan graviti awan gas yang dipanggil nebula suriaSelepas 100 juta tahun, tekanan dan ketumpatan hidrogen di tengah nebula runtuh menjadi cukup besar untuk protomatahari tersebut memulakan pelakuran termonuklear, yang akan berterusan sehinggalah keseimbangan hidrostatik diperolehi. Angin suria Matahari baru itu kemudiannya membersihkan semua gas dan debu dalam cakera protoplanet dengan meniupnya ke ruang antara najam, dan demikian mengakhiri pertumbuhan planet.

  • BIMA SAKTIMerupakan salah satu daripada 500 juta galaksi di alam semesta.Merupakan sekumpulan bintang, planet yang berputar mengelilingi alam semesta ini.Juga dikenali sebagai Milky WayTerdapat sistem suria di dalam galaksi ini.Merupakan sistem bintang berbentuk piring rata.Terdapat berjuta- juta bintang dan salah satunya ialah Matahari.Bimasakti berbentuk pusar

  • Sistem Suria terdiri daripada Matahari, 9 buah planet, asteroid, komet, meteor dan meteoroit.

    Matahari adalah pusat Sistem Suria dan jasad-jasad yang lain dalam Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari.

    AHLI-AHLI SISTEM SURIA

  • Matahari adalah jasad yang terbesar dalam Sistem Suria. Matahari mengandungi lebih daripada 99 % jumlah jirim dalam Sistem Suria.

    Matahari terletak pada pusat Sistem Suria dan semua jasad dalam Sistem Suria beredar mengelilinginya.

    Matahari bukan satu sfera pejal. Matahari dibentukkan oleh gas-gas yang amat panas, hampir semuanya hidrogen dan helium.

    MATAHARI

  • Permukaan Matahari mempunyai tompok-tompok hitam.Tompok hitam adalah kawasan yang lebih sejuk. Di sekeliling tompok hitam, terdapat letusan gas yang disebut nyala suria. Nyala suria berlaku secara tiba-tiba dan hanya kekal selama beberapa minit.

    Adakala Matahari juga menghasilkan pancutan gas yang boleh mencapai jarak beribu-ribu kilometer. Pancutan gas ini disebut prominen.

    Matahari membekalkan haba dan cahaya iaitu keperluan asas bagi hidupan di Bumi. Cahaya Matahari amat penting kepada hidupan kerana cahaya Matahari memberikan tenaga kepada tumbuh-tumbuhan untuk membuat makanan.

  • PLANET-PLANET DALAM SISTEM SURIA

  • Planet ialah nama yang diberikan kepada jasad besar berbentuk sfera yang beredar mengelilingi Matahari.

    Terdapat sembilan planet dalam Sistem Suria.

  • Planet ini kecil dan paling dekat dengan matahari. (57.9 km)Mengambil masa selama 88 hari untuk membuat satu edaran mengelilingi matahari.Satu putaran Utarid atas paksinya dijangka mengambil masa 59 hari.Suhu permukaan kira- kira 360 CPlanet ini berputar dalam orbit yang agak membujur menyebabkan jarak tersebut berubah dari 0.31 hingga ke 0.47 AU.

    UTARID

  • Zuhrah adalah planet yang kedua dari Matahari dan merupakan planet yang keenam besar dalam Sistem Suria.Diameternya berukuran 12 100 km.

    Permukaan Zuhrah tidak dapat dilihat dari Bumi kerana diseliputi awan-awan yang tebal.

    Lapisan tebal atmosfera Zuhrah merangkap haba daripada cahaya Matahari dan menjadikan suhu permukaan Zuhrah paling panas dalam Sistem Suria.

    Suhu di permukaan Zuhrah adalah di antara 430 C dan 480 C.

    Atmosfera zuhrah adalah terdiri daripada karbon dioksida dan titisan-titisan asid sulfurik.

    Planet Zuhrah berputar sebanyak 243 hari mengelilingi matahari dengan arah ke belakang (retrograde)

    ZUHRAH

  • BUmi ialah planet yang ketiga dari Matahari dan merupakan planet yang kelima besar dalam Sistem Suria.Mengambil masa 365 hari untuk mengelilingi matahariMengambil masa 24 jam untuk membuat satu putaran lengkapBerputar mengikut arah lawan jam.Bumi kita ialah planet tunggal di Sistem Suria yang menyokong kehidupan dan mempunyai air dalam bentuk cecair pada permukaannya.Bumi mempunyai satu Bulan.

    Atmosfera Bumi terdiri daripada 78 % nitrogen dan 21 % oksigen serta sedikit karbon dioksida, argon dan air.

    BUMI

  • Marikh ialah planet yang keempat dari Matahari dan merupakan planet yang ke tujuh besar dalam Sistem Suria.

    Diameternya lebih kurang 6 670 km.

    Marikh kelihatan merah kerana permukaannya mengandungi banyak karatan besi.

    Marikh mempunyai polar putih pada kedua-dua kutubnya yang dibentukkan oleh karbon dioksida pejal.

    Atmosfera Marikh amat nipis dan terdiri daripada karbon dioksida dan sedikit nitrogen.

    Marikh mempunyai dua Bulan yang dinamakan Phobos dan Deimos.

    MARIKH

  • Musytari ialah planet yang kelima dari Matahari dan merupakan planet yang terbesar dalam Sistem Suria.

    Diameter planet ini adalah lebih kurang 14 300 km.

    Musytari tiada permukaan pejal.

    Musytari dibentukkan daripada gas hidrogen dan helium.

    Atmosfera luar Musytari mempunyai jalur-jalur berwarna dan satu tompok merah besar

    ( tiga kali saiz Bumi).

    Musytari mempunyai 16 Bulan.

    MUSYTARI

  • Zuhal ialah planet yang keenam dari Matahari dan merupakan planet yang kedua besar dalam Sistem Suria.

    Diameternya berukuran 120 400 km.

    Zuhal mempunyai lingkaran-lingkaran lebar dan cerah mengelilinginya yang terbentuk daripada ketulan-ketulan ais.

    Permukaan Zuhal dibentukkan daripada gas hidrogen dan helium.

    Atmosfera Zuhal terdiri daripada gas hidrogen , helium dan sedikit metana.

    Planet yang berwarna kuning ini mempunyai banyak Bulan ( sekurang-kurangnya lebih daripada 23 Bulan).

    ZUHAL

  • Uranus ialah planet yang ketujuh dari Matahari dan merupakan planet yang ketiga besar dalam Sistem Suria.

    Planet yang berwarna biru hijau ini mempunyai 15 Bulan.

    Planet Uranus mempunyai sekurang-kurangnya 24 satelit-satelit. Dua daripada mereka yang terbesar sekali dikenali sebagai Titania dan Oberon. Ia dikelilingi oleh beberapa gegelang halus yang terdiri daripada ais bergaris-pusat beberapa meter, yang gelap dan tidak begitu berkilat.

    URANUS

  • Neptun ialah planet yang kelapan dari Matahari dan merupakan planet yang keempat besar dalam Sistem Suria.

    Atmosfera Neptun terdiri daripada gas hidrogen, helium dan metana.

    Planet yang berwarna biru ini mempunyai 8 Bulan.

    NEPTUN

  • Pluto ialah planet yang paling jauh dari Matahari dan merupakan planet yang paling kecil dalam Sistem Suria.

    Pluto mempunyai 1 Bulan.

    Pluto ditemukan oleh Clyde William Tombaugh, seorang astronom muda di Observatorium Lowell, pada 18 Februari 1930

    PLUTO

  • Jenis PlanetPlanet BumianPlanet BergasUtaridZuhrahBumiMarikhMusytariZuhalUranusNeptun

  • Perbezaan di antara Planet Bumian dan Planet Bergas.

    Planet BumianPlanet BergasKecil dan padatSaizBesar dan kurang padatAtmosfera yang nipis dan wujud di semua planet bumian kecuali UtaridLapisan atmosferaLapisan atmosfera yang nipis wujud di semua planet bergasTinggiKetumpatanRendahDekat antara satu dengan yang lainJarak orbit di antara planetJauh antara satu dengan yang lainBerdekatan dengan matahariJarak dari matahariJarak yang sangat jauh daripada matahariBerada dalam lingkungan asteroidLingkungan asteroidBerada di luar lingkungan asteroidUtarid, Zuhrah, Bumi dan MarikhContoh planetMusytari, Zuhal, Uranus dan Neptun

  • OBJEK-OBJEK LAIN DALAM SISTEM SURIA

  • Asteroid adalah batu atau logam yang beredar mengelilingi Matahari dalam satu jalur di antara Marikh dan Musytari.

    Ada lebih kurang 100 000 asteroid dalam Sistem Suria.

    Asteroid mempunyai pelbagai bentuk dan saiz.

    Asteroid yang terbesar ialah Ceres yang mempunyai diameter 1000 km.

    Asteroid253 Mathilde, asteroid jenis-C berukuran 50 km . Gambar diambil pada 1997 oleh prob NEAR Shoemaker

  • Meteor boleh dilihat dari Bumi sebagai tahi bintang pada waktu malam.

    Sebenarnya tahi bintang adalah sebutir batuan kecil dari angkasa lepas yang sedang jatuh ke Bumi.

    Geseran antara meteor dan atmosfera Bumi menyebabkan meteor itu berbara dan kelihatan sebagai satu coret cahaya.

    Satu meteor yang besar tidak dihapuskan dalam lintasannya melalui atmosfera Bumi dan dapat sampai ke permukaan Bumi. Meteor yang sampai ke Bumi disebut meteorit.

    Satu meteor besar yang menghempas Bumi boleh menghasilkan kawah yang besar pada permukaan Bumi.

    Meteor dan MeteoritMeteorit adalah meteor-meteor yang sampai ke permukaan Bumi

  • Komet adalah ketulan ais dan debu yang beredar mengelilingi Matahari.

    Apabila suatu komet menghampiri Matahari, komet dipanaskan lalu melepaskan gas dan debu.

    Pantulan cahaya Matahari daripada gas dan debu itu kelihatan sebagi ekor komet.

    Ekor sebuah komet sentiasa menghala menjauhi Matahari.

    KOMETSebuah komet

  • Matahari berusia 5 bilion tahun.Jisimnya 332 000 kali jisim Bumi.Diameternya 1.4 juta km. Suhu permukaannya 6000 C. Matahari adalah 150 juta km dari bumi.

    Semua planet dalam Sistem Suria tidak memancarkan cahaya sendiri. Planet-planet kelihatan bersinar kerana memantulkan cahaya dari Matahari.

    Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun dinamakan Raksaksa Bergas kerana keempat-empat planet itu amat besar dan dibentukkan oleh gas terutamanya gas hidrogen dan helium.

    TAHUKAH ANDA ?

  • Dari manakah datangnya meteor-meteorit ? Kebanyakan meteorit dipercayai berasal daripada asteroid. Ada juga beberapa meteorit yang berpunca daripada komet.

    Komet yang paling terkenal ialah Komet Hally. Komet ini boleh dilihat dari Bumi sekali setiap 76 tahun.

    Bulan juga dikenali sebagai satelit semulajadi Bumi.

    TAHUKAH ANDA ?

  • Semua planet dalam Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari dalam arah yang sama dan pada waktu yang sama berputar pada paksi masing-masing dalam arah yang sama.

    Bumi mengambil masa satu tahun untuk membuat satu pusingan yang lengkap mengelilingi Matahari.

    Peredaran Bumi mengelilingi Matahari menyebabkan kejadian 4 musim ( Musim Bunga, Musim Panas, Musim Luruh dan Musim Sejuk).

    TAHUKAH ANDA ?

  • Bumi mengambil masa satu hari untuk membuat satu putaran lengkap pada paksinya.

    Putaran bumi pada paksinya menyebabkan kejadian siang dan malam.

    TAHUKAH ANDA ?

  • TAHUKAH ANDA ?

    Jarak Bumi dari Matahari150 juta kmTempoh setahun365 hariTempoh sehari24 jamDiameter Bumi12 760 kmSuhu purata di permukaan Bumi22 C

  • PERBANDINAGAN ANTARA PLANET-PLANET

    PlanetTerdiri daripadaJarak dari Matahari (km)Bilangan BulanLingkaranUTARIDBatuan58 juta0TiadaZUHRAHBatuan108 juta0TiadaBUMIBatuan150 juta1TiadaMARIKHBatuan228 juta2TiadaMUSYTARICecair dan gas778 juta16AdaZUHAL Cecair dan gas1427 juta18AdaURANUSCecair dan gas2800 juta15AdaNEPTUNGas beku4500 juta8AdaPLUTOBatuan dan ais5900 juta1Tiada

  • KUAR ANGKASA YANG DIHANTAR KE PLANET MARIKH

    TAHUNNAMA KUAR ANGKASAPENCAPAIAN1965Mariner 4 dari Amerika SyarikatMelalui Marikh1971Mariner 9 dari Amerika SyarikatMengelilingi Marikh untuk kali yang pertama. Mengambil banyak gambar foto.1976Vikings 1 & 2 dari Amerika SyarikatPendaratan pertama di marikh. Mengumpul banyak data dan gambar foto.

  • KUAR ANGKASA YANG DIHANTAR KE PLANET MUSYTARI

    TAHUNNAMA KUAR ANGKASAPENCAPAIAN1973Pioneer 10Melalui Musytari untuk kali pertama1974Pioneer 11Melalui sahajaMac 1974Voyager 1Terbang berdekatan Musytari untuk mengambil gambar foto planet itu dan 5 Bulannya.Julai 1979Voyager 2Sama dengan Voyager 1

  • KUAR ANGKASA YANG DIHANTAR KE PLANET ZUHAL

    TAHUNNAMA KUAR ANGKASAPENCAPAIAN1979Pioneer 11Melalui Zuhal untuk kali yang pertama.1980Voyager 1Terbang berdekatan planet untuk mengambil gambar foto planet,lingkaran dan Bulan.1981Voyager 2Sama dengan Voyager 1

  • Kita akan jumpa lagi dalam penerokaan yang seterusnya.!