Skema Percubaan Selangor 2010 (STPM SEJARAH K2)

Embed Size (px)

Citation preview

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1Bahagian A Jawab dua soalan sahaja

1

Jelaskan hirarki sistem politik Melayu tradisional sebelum campur tangan British.

2

Bincangkan struktur feudal masyarakat Melayu tradisional sebelum 1874.

3

Bincangkan kebangkitan gerakan anti British di Perak dan Pahang pada abad ke -19.

4

Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu

dari tahun 1870 hingga 1942.

5

Huraikan reaksi penduduk pribumi terhadap campur tangan British di Sabah dari akhir abad ke -

19 hingga awal abad ke- 20.

6

Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa dari tahun 1957

hingga tahun 1963.

Bahagian B Jawab dua soalan sahaja

7

Bincangkan adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan Cina sebelum kedatangan Barat.

8

Bincangkan struktur masyarakat feudal yang terdapat di negara China dan Vietnam sebelum

penglibatan kuasa-kuasa Barat.

9

Jelaskan dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun pada abad ke-19.

10

Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa barat di India dan Vietnam pada abad ke-19.

11

Bandingkan faktor meletusnya revolusi yang berlaku di China 1911 dan Siam 1932.

12

Jelaskan ciri pemerintahan republik antara China dengan Indonesia dari tahun 1949 hingga 1960.

1

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1 SOALAN 1:Jelaskan hirarki sistem politik Melayu tradisional sebelum campur tangan British. PENDAHULUAN ( 3m) Sebelum Perjanjian Pangkor, 20 Januari 1874, British telah pun terlibat dalam negeri Melayu, misalnya; Palau Pinang (1786), Singapura (1819) dan Melaka (1825). Pada tahun 1874, British terlibat di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan ( Sungai Ujong ). Pada tahun 1887, Pahang; 1909, Kedah dan Perlis. Pada tahun 1910, Kelantan; 1914, Johor dan 1919, Terengganu.

B.

SISTEM POLITIK MELAYU SEBELUM CAMPUR TANGAN BRITISH (20m)

Sistem Politik Negeri Melayu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat: Negeri, Daerah/Jajahan dan Kampung. 1. Negeri (7m) (a) Kuasa tertinggi dalam politik terletak pada Yang Dipertuan/Sultan: misalnya, Sultan Kedah, Sultan Perak dan Sultan Selangor, Yang Dipertuan Negeri Sembilan dan Sultan Kelantan. (b) Baginda dibantu oleh Pembesar. Misalnya di Perak dikenali dengan Orang Besar Empat ( Raja Bendahara, Orang Kaya Besar diraja Penghulu Bendahari, Orang Kaya Temenggung Paduka Raja dan Orang Menteri Paduka Tuan ), Delapan ( Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tan Lela Putra, Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota, Orang Kaya-Kaya Sri Adika Raja Syahbandar Muda, Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Sri Amar Bangsa Diraja, Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Sri Amar, Orang Kaya-Kaya Syahbandar Paduka Indra, Orang Kaya-Kaya Sri Agar Diraja dan Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan ), Enam Belas dan Tiga Puluh Dua. Selain itu baginda juga dibantu oleh Raja Muda. Kelantan ( misalnya, Raja Bendahara, Raja Temenggung, Perdana Menteri dan Engku Besar Jeram ). Kedah ( misalnya, Tunku Bendahara dan Tunku Temenggung ). Terengganu ( Dato Seri Lela Diraja, Tengku Nara Wangsa, Dato Bija Sura dan Dato Indera Guru ). (c) Sultan pemerintah yang dikaitkan dengan daulat. Barangsiapa ingkar titah Sultan atau melakukan sesuatu yang dilarang pada adat sultan ia akan terkena tulah. Pakaian kuning hanya untuk Raja sahaja. Selain itu tiap-tiap sultan memiliki alat-alat kebesaran. Walaupun terdapat perbezaan, tetapi pada asasnya sama: gendang nobat, serunai dan nafiri; obor (payung), surat ciri, mohor raja, puan (tepak sirih), tali pinggang dan rantai, mahkota, batil emas, geluk, agok, dokoh, kancang halkah, sundang, pedang, keris panjang dan lembing. (d) Apabila sultan mangkat, bakal waris raja biasanya bergelar Raja Muda/Yang Dipertuan Muda/Tengku Mahkota/Tengku Besar akan dilantik oleh pembesar sebelum jenazah sultan dimakamkan. Dalam adat penggantian, kecuali Perak, putera sulung sultan yang bergelar bakal sultan akan dilantik sebagai pengganti. Perak, sistem penggantian mengikut giliran: Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda dan Sultan. Apabila sultan mangkat, Raja Muda diangkat sebagai sultan; Raja Bendahara diangkat sebagai Raja Muda dan Raja Di Hilir sebagai Raja Bendahara. Namun begitu dalam perlaksanaan, apabila Sultan Ali mangkat di Sayong pada tahun 1871, Raja Muda Abdullah dilantik sebagai pengganti; sebaliknya Raja Bendahara Ismail dilantik sebagai Sultan Perak. (e) Sebelum campur tangan British di Johor, Johor mengisytiharkan Undang -

2

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1Undang Tubuh pada tahun 1895. Begitu juga dengan Terengganu pada tahun 1911. Undangundang ini di antara lain menyentuh penggantian sultan dan perjalanan pentadbiran. 2. Peringkat Daerah/Jajahan (7m) (a) Peringkat ini ditadbir oleh pembesar yang mendapat tauliah daripada sultan/Yang Dipertuan. Misalnya Long Jaafar dan Menteri Ngah Ibrahim di Larut, Dato Maharaja Lela di Pasir Salak dan Dato Sagor di Kampung Gajah. Begitu juga Raja Jumaat di Lukut dan Raja Abdullah di Selangor. Long Ismail di Kampung Laut dan Temenggung Aria Pahlawan Long Tan di Galas di Kelantan. Dato Bahaman dan Dato Purba Jelai di Jelai. (b) Pembesar daerah/jajahan ini akan bertanggungjawab kepada sultan Yang Dipertuan. Penghulu ini dilantik dan ditauliahkan oleh sultan/Yang Dipertuan. (c) Pentadbiran mereka bergantung kepada peruntukan dalam surat tauliah yang dikurniakan. Mereka dibenarkan memungut cukai yang mana menjadi pendapatan mereka. (d) Kekuasaan dan pengaruh pembesar lazimnya berdasarkan kepada jumlah pengikutnya. Jika ramai berpengaruh, jika kecil sebaliknya. Pengikut terdiri: hamba berhutang dan sukarela. 3. Peringkat terakhir dalam susunan politik ialah kampung (6m) (a) Pemimpin di peringkat ini dikenali sebagai Penghulu (Tok Kweng di Kelantan). (b) Mengikut adat, penghulu dipilih berdasarkan keturunan. Mereka yang dipilih akan dilantik oleh sultan dengan anugerah surat tauliah. Penghulu ini akan bertanggungjawab kepada pembesar. Namun begitu pada masa pemerintaan Sultan Omar Terengganu, Penghulu bertanggungjawab terus kepada baginda. Kesimpulan (1 @ 2) Sebelum kedatangan kuasa barat Negeri-negeri Melayu telah mempunyai sistem politik yang sistematik.Ini jelas daripada pembahagian kuasa diperingkat pusat, daerah dan kampung. Setelah campurtangan kuasa barat system politik di Tanah Melayu telah mengalami banyak perubahan kerana pihak barat menghadkan kuasa golongan pemerintah tradisional Melayu.

SOALAN 2:Bincangkan struktur feudal masyarakat Melayu tradisional sebelum 1874. PENDAHULUAN ( 3 m) Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istana. Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba.

3

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1ISI (20m) Golongan diperintah 1) Raja/sultan/Yang Dipertuan Besar Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri. Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri. Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar. Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri. Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa raja Menjalinkan hubungan luar. Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna kuning hanya untuk raja, payung putih untuk sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop mohor diraja, alat kebesaran seperti kendi.

2) Keluarga dan kerabat diraja Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja. Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah. Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan. Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera. Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah jajahan takluk Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja. Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.

3) Golongan Bangsawan dan pembesar a) Golongan bangsawan Terdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabat Sangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir. Membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan. Menjadi penasihat/pembesar di daerah-daerah tertentu. b) Pembesar daerah Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui surat tauliah oleh sultan yang bercop mohor. Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah. Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya. Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan dan menjadi perantara sultan dengan rakyat. Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan kegiatan ekonomi. Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah mereka. Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan serah. Contoh Membina istana.

4

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1c) Golongan ulama dan pendeta

i) Golongan ulama Berketurunan Arab Melayu dan merupakan cendikiawan dalam bidang agama. Berkedudukan istimewa dan sangat berpengaruh dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Contoh jawatan mufti, kadi Penasihat sultan dalam hal ehwal agama/hukum syarak.

ii) Golongan pendeta Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja. Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan di istana. Merupakan penulis dan perawi diraja.

Golongan diperintah Terdiri daripada rakyat biasa /merdeheka. a) Rakyat biasa Petani, nelayan, dagang dan tukang. Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dal;am pentadbiran. Mengamalkan tradisi gotong-royong. Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir. Bebas menjalankan kegiatan ekonomi- pertanian, perikanan, perlombongan dan perdagangan. b) Golongan hamba Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti masyarakat seperti gotong-royong. Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya. Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya. Terdapat tiga jenis hamba: i) Hamba raja o o Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba lain Terdiri daripada bekas tawanan perang/banduaan

ii) Hamba berhutang o Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan sehingga berjaya melangsaikan hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasa

iii) Hamba biasa o o Menjadi hamba seumur hidup. Terdapat tiga jenis hamba biasa hamba abdi, hamba dengan dan biduanda.

5

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1KESIMPULAN (2m) Adanya hierarki dalam masyarakat Melayu tradisional adalah untuk membezakan kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah untuk membezakan kedudukan dan penghormatan. Dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Namun begitu, susun lapis ini mengalami perubahan selepas kedatangan campur tangan British.

SOALAN 3:Bincangkan kebangkitan anti British di Perak dan Pahang pada abad ke -19. Pengenalan (3m) Selepas British campur tangan secara rasmi di Negeri-negeri Melayu mereka telah mengambilalih pentadbiran dengan memperkenalkan sistem residen pada tahun 1874. Residen bertindak sebagai penasihat raja-raja Melayu dari segi pentadbiran dan ekonomi. Sistem ini telah diperkenalkan di Perak pada tahun 1784 dengan J.W.W Birch sebagai residen yang pertama dan di Pahang pada 1888 dengan J. Rodger sebagai residen pertama.Tujuan utama sistem ini diperkenalkan untuk membantu dan menasihati Raja-raja Melayu dari segi pentadbiran dan ekonomi serta mengembalikan keamanan di Perak dan Pahang. Walau bagaimanapun pengenalan sistem Residen telah mendapat tentangan daripada masyarakat Melayu di Perak dan di Pahang. Isi. Faktor-faktor kebangkitan di Perak. (10m) 1. Kelemahan Perjanjian Pangkor. Walaupun Perjanjian Pangkor ditandatangani pd 20 Jan 1874 , tetapi Birch hanya memulakan tugasnya sebagai Residen British di Perak pd 4 Nov 1874 iaitu hampir 10 bulan kemudian. Ini membolehkan pembesar-pembesar Perak yang tidak berpuas hati dengan sistem residen telah menentang Raja Abdullah. Sultan Abdullah telah mengambil peluang drpd kelewatan tersebut utk memerintah Perak dgn sebebas-bebasnya. Baginda byk menghabiskan masa dgn berjudi, sabung ayam dan menambah hutang. Perjanjian Pangkor membolehkan Sultan Abdullah dilantik sebagai sultan. Dlm masa yg sama terdapat masalah tuntutan takhta oleh Raja Ismail dan Raja Yusuf. Raja Ismail juga tidak mahu menyerahkan alat-alat kebesaran negeri yg menjadi syarat . Birch melanggar syarat yg diperuntukkan dlm Perjanjian Pangkor. Mengikut perjanjian tersebut, sempadan Dinding dan Pangkor dan diserahkan kpd pihak British mengikut perjanjian Low akan dikembalikan semula, walaubagaimanapun utk menyelesaikan masalah ini, kaw seluas 200 bt persegi termasuk bahagian Selama yg mempunyai byk b/ timah dimasukkan ke dlm pentadbiran British.,tindakan ini menimbulkan rasa tidak puashati dalam kalangan pembesar Perak. 2. Kelemahan peribadi Birch. a. Birch tidak mempunyai pengalaman dalam urusan pentadbiran di NNM. Beliau tidak bil bertutur dlm bahasa Melayu serta tdk memahami budaya dan adat resam melayu. Kekurangan ini menyebabkan beliau sukar utk menjalinkan hubungan dengan sultan dan pembesar Melayu. Birch juga dilihat tdk sabar

6

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1dan tdk mahu bertolak ansur apabila berurusan dgn sultan dan pembesar. Ia bertentangan dengan adat Melayu yg menjunjungi tinggi sultan dan pembesar sebagai pemimpin yg dihormati. b. Pembaharuan yg dilakukan tanpa berunding dgn Sultan Abdullah. Birch mengarahkan Sultan Abdullah berdiam diri selepas Sultan Abdullah memberitahu Birch utk berunding dahulu sebelum melakukan apaapa pembaharuan. Tindakan ini menyebabkan Sultan Abdullah memutuskan wakil iaitu Raja Idris ,Laksamana dan Muhammad Arshad utk bertemu Sir Andrew Clarke tetapi tidak dilayan, malah Birch telah mengugut akan menyerahkan jawatan sultan kepada Raja Yusuf sekiranya baginda enggan menandatangani perisytiharan tersebut. 3. Pembaharuan-Pembaharuan Birch a. Antaranya ialah pungutan cukai , sistem kewangan dan perlembagaan. Birch telah membatalkan pajakan Kuala Sg Perak yg dibuat Sultan Abdullah dengan Lee Cheng Tee dengan kadar 2600 ringgit setahun selama 10tahun. Birch mengarahkan saudagar tersebut memohon semula pajakan berkenaan. b. Birch juga telah membatalkan cukai bijih timah di Batang Padang yg sebelum ini dinikmati oleh sultan dan diganti dgn bayaran royalty 9 ringgit bg setiap barang yg dipungut di Kuala Perak. Bagi mendapatkan wang kerajaan negeri, telah memusatkan pungutan cukai dgn meletakkannya dibawah pegawai Eropah yg dilantik oleh residen, sbg wakil sultan dibenarkan mengutip cukai. Pembesar lain tidak dibenarkan dan ini bercanggah dengan nilai-nilai yg diwarisi sejak turun temurun.,misalnya Datok Maharaja Lela dan Datok Sagor mendapat hasil dari perahu yg keluar masuk. c. Dlm melaksanakan peraturan cukai ini, Birch bertindak keterlaluan dgn membakar rumah Raja Ngah di Bidor kerana memungut cukai drpd pelombong Cina di situ, Raja Ngah adalah saudara kpd Raja Ismail. Sebelum ini baginda bersifat berkecuali, tetapi tindakan tersebut menimbulkan kemarahan beliau. d. Birch juga telah campur tangan dlm soal perhambaan yg diamalkan di Perak .Sistem ini menjadi kebanggaan pembesar Perak sejak sekian lama. Kebanyakan hamba yg lari adalah wanita yg diberi perlindungan oleh Birch di rumah kediamannya di Bandar Bahru. Hamba-hamba ini tidak dikembalikan kpd tuannya sehingga menimbulkan syak wasangka tentang moral Birch. Beliau dikatakan menyeludup seorang perempuan Melayu ke Pulau Pangkor.Tuntutan sultan Abdullah terhadap hamba-hamba ini tidak dilayan oleh Birch. e. Penubuhan Balai-balai Polis di Kuala Kurau, Beruas, Kota Setia, Durian Sebatang, Tanjung Piandang, Bidor, Kuala Kangsar, Trong dan Lumut telah menyebabkan pegawai polis mengambilalih kuasa pentadbiran di peringkat tempatan. Jawatan penghulu yg dilantik oleh sultan dan Pembesar dgn menggunakan sistem warisan telah terjejas. f. Birch juga telah menyusun semula cukai-cukai pajak, candu, arak, judi , permit balak, cukai perahu, senjata, padi dan memotong atap. Cukai-cukai turut dikenakan ke atas perahu dan perahu dagang. Perahu nelayan yang boleh membawa 3 orang di dalamnya dikenakan cukai 50 sen . Perahu dagang dan tongkang dikenakan $ 1.00. Sesiapa yang melanggar arahan akan didenda $ 25.00 dan perahu mereka akan dirampas. TINDAK BALAS DI PERAK 1. Tindak balas masyarakat Melayu terhadap British berlaku ekoran daripada rasa tidak puas hati rakyat terhadap pembaharuan 2 yang cuba dilakukan oleh Birch di Perak.

7

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S12. Pada 20 Januari 1875 di Kampung Durian Sebatang Sultan Abdullah telah mengadakan satu pertemuan dan perbincangan sulit dengan pembesar-pembesar Perak termasuk Datuk Maharaja Lela dan Datuk Sagor. Mereka bersepakat untuk menyerahkan tugas membunuh Birch kepada Datok Maharaja Lela dan Datok Sagor kerana pada masa itu Birch akan mengadakan lawatan ke daerah Pasir Salak di bawah pentadbiran Datuk Maharaja Lela 3. Tugas membunuh Birch kemudiannya diserahkan kepada orang suruhan Datuk Maharaja Lela iaitu Pandak Indut dan Seputum. Akhirnya Birch telah berjaya dibunuh ketika sedang mandi di Sungai Pasir Salak. Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati British yang kemudiannya menghantar tentera menangkap mereka yang terbabit dalam pembunuhan tersebut. 4. Akhirnya British berjaya menangkap mereka yang terlibat. Setelah dibicarakan, mereka telah dijatuhkan hukuman gantung. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Datuk Bendahara, Datuk Temenggung dan beberapa pembesar lain telah dibuang negeri ke Pulau Seycheles.Raja Ismail pula dibuang negeri ke Johor, sementara Raja Yusof dilantik sebagai sultan Perak yang baru. 5. Setelah pembunuhan Birch Biritish telah melantik Hugh Low sebagai residen kedua Perak dan ternyata kebijaksana serta sikap tolenransinya dengan sultan dan pembesar Perak telah berjaya menjadikan Perak negeri yang termaju di Tanah Melayu pada waktu itu Faktor-faktor kebangkitan di Pahang. (10m) a.Perasaan tidak puas hati Sultan akibat kehilangan kuasa politik. Rasa tidak ouas hati Sultan Ahmad yang hilang kuasa mentadbir serta memungut cukai. Pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri pula hanya meletakkan raja sebagai pengerusi menyemarakkan lagi perasaan tidak puas hati sultan. Lagipun British tidak menyukai Sultan Ahmad dan ungin menggantikan Tengku Mahmud sebagai Sultan yang baru. Keadaan ini menyebabkan Sultan telah memanggil pembesarpembesar Pahang untuk bermesyuarat di Pulau Tawar. b. Perasaan tidak puas hati pembesar. Para pembesar juga menentang kerana mereka dilarang daripada memungut cukai, menyimpan hamba abdi, mengamalkan sisyem kerah dan menghakimkan kes-kes sivil dan jenayah di daerah masingmasing. Pembesar-pembesar juga tiada kuasa dalam majlis Mesyuarat Negeri serta hilang punca pendapatan. Sebagai ganti, mereka akan dibayar elaun bulanan sahaja. Keadaan I ni telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar-pembesar Melayu. Dato Bahaman pula berasa tidak puas hati ekoran daripada tindakan British yang membelakangkan beliau dalam pentadbiran di kawasan Semantan terutama apabila British membina balai polis di Lubuk Terua. Beliau telah menghantar surat bantahan kepada E.A.Wise. Walau bagaimanapun, British tidak mengendahkan bantahan Dato Bahaman. Dato Bahaman juga tidak Dato Bahaman juga tidak puas hati dengan jumlah elaun iaitu 70 ringgit sebulan yang dibayar oleh British kepada pembesar berlapan termasuk Dato Bahaman. Tok Gajah dan Mat Kilau juga menentang kerana kegagalan Majlis Mesyuarat Negeri membenarkan orang-orang Melayu Pahang menangguhkan pembayaran cukai tanah. Elaun yang ditawarkan kepada mereka juga rendah.

8

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1c. Perasaan tidak puasa hati rakyat Rakyat Pahang juga menentang kerana sistem cukai, lesen , dan permit yang membebankan mereka. British juga melarang orang Melayu Pahang membawa atau memakai keris ketika keluar dari rumah. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati kerana Biritsh tidak memahami soal adat resam Melayu. Keadaan ini menyusahkan rakyat. Ia menyebabkan timbul penentangan terhadap British. Pada ketika itu juga timbul perasaan anti asing di kalangan masyarakat Melayu terutama terhadap pegawai-pegawai British, askar-askar British dari Punjab serta polis dari India yang dianggap sangat sombong, tidak memahami Bahasa Melayu dan bersikap biadap terhadap orang-orang Melayu. Tindak balas di Pahang 1. Penentangan bermula apabila Dato Bahaman dan pengikut-pengikutnya telah menyerang rombongan Ceb-desdorough di Pekan. Pada awal 1892 Sultan Ahmad dan pembesar-pembesar Pahang telah mengadakan perjumpaan sulit di Pulau Tawar untuk membincangkan masalah pentadbiran dan hubungan dengan British. Pada Mac 1892, Dato Bahaman telah menyerang British di Temerloh dan berjaya menawan Temerloh. Kemudian pada April 1892 , Panglima Muda Jempol telah menyerang Pekan dan berjaya membunuh 2 pegawai Brirish bernama Haris dan Steward. 2. Dato Bahaman kemudiannya telah bergabung dengan Tok Gajah dan Mat Kilau untuk menyerang British di Kuala Lipis. Walau bagaimanapun, serangan ini berjaya di patahkan oleh British. Dato Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan pengikut telah melarikan ke Hulu Terengganu. Di sini mereka telah mengambil keputusan untuk menyerang British di Pahang bagi kali kedua setelah mendapat keizinan daripada Tokku Paloh Serangan kali kedua ini menyebabkan orang Melayu Pahang memperolehi kemenangan setelah menyerang balai polis Jeram Ampai. British membalas serangan tersebut dan akhirnya Dato Bahaman serta pengikutnya telah mengalami kekalahan. Dato Bahaman melarikan diri ke Kelantan dan kemudiannya ke Siam sementara Tok Gajah dan Mat Kilau ke Hulu Terengganu. Walaupun gagal menetang British tetapi semangat perjuangan orang-orang Pahang telah membuka mata British terhadap reaksi mereka terhadap perubahan-perubahan British. Kesimpulan (2m) Dengan ini jelas menunjukkan bahawa penentangan masyarakat Melayu di Perak dan Pahang telah menyebabkan British mengubah pelaksanaan sistem Residen pada tahun 1896. Mulai tahun 1896 hingga 1909, British cuba memperkenalkan satu pentadbiran baru iaitu negeri-negeri Melayu Bersekutu. Penentangan tersebut juga telah menjadi titik tolak kepada wujudnya semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah Melayu.

9

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1 SOALAN 4:Bincangkan faktor-faktor yang memepengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dari tahun 1870 hingga 1942. Pengenalan (3m) Pada peringkat awal, penanaman getah tidak mendapat sambutan yang menggalakkan di Tanah Melayu. Penanaman kopi dan tebu yang berharga tinggi pada ketika itu lebih menguntungkan. Mulai 1839 permintaan, permintaan terhadap getah telah meningkat berikutan penciptaan tayar motokar oleh Goodyear. Penanaman getah juga bertambah akibat daripada kemerosotan harga kopi dunia. Terdapat beberapa faktor yang mendorong peladang-peladang menanam getah secara besar-besaran di Tanah Melayu. Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah (20m) 1. Sumbangan H.N.Ridley Perlantikan H.N.Ridley sebagai Peng. Botonical Garden di Singapura pada tahun 1888 melahirkan era baru bagi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab dalam perkembangan penanaman getah di Tanah Melayu. H.N.Ridley telah berusaha sedaya upaya untuk memperkenalkan getah kepada penduduk tempatan dengan memberi biji-biji benih getah. Beliau juga memujuk peladang-peladang kopi dan tebu supaya menanam getah. Tindakan Ridley berjaya memujuk seorang Cina bernama Tan Choy Yan menanam 16 hektar getah pada tahun 1896. adik-beradik Kinderley juga dipengaruhi oleh Ridley dan menanam 5 ekar getah di Kajang. Pada tahun 1897 Ridley berjaya memperkenalkan satu cara penorehan saintifik iaitu sistem tulang ikan herring atau ibedem. Cara ini dapat mengeluarkan susu getah yang banyak dan berterusan tanpa merosakkan pokok getah. Ridley juga memperkenalkan satu cara yang selamat untuk mengangkut anak benih getah iaitu dengan membungkusnya dalam arang batu yang lembap. Cara pengangkutan ini membolehkan anak benih getah dihantar ke kawasan yang lebih jauh. Ia dapat membantu pembukaan ladang-ladang getah yang baru. 2. Dasar Kerajaan Pada tahun 1897, cukai tanah yang rendah iaitu sebanyak 10 sen dikenakan ke atas tanah yang berukuran seekar untuk 10 tahu pertama ditanam dengan getah. Selepas 10 tahun , cukai cukai ini dinaikkan menjadi 50 sen seekar. Duti sebanyak 2.5% dikenakan ke atas getah bagi 15 tahun yang pertama. Selepas 15 tahun duti ini dinaikkan kepada 5%. Sesiapa yang membuka tanah untuk penanaman getah akan diberikan hak milik yang kekal. Akibatnya ramai pelabur melibatkan diri dalam kegiatan penanaman getah di Tanah Melayu. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga telah membaiki sistem perhubungan iaitu jalan raya dan landasan keretapi untuk menghubungkan kawasan ladang dengan bandar dan pelabuhan. Pada tahun 1899 kerajaan telah menguntukkan wang berjumlah RM4000 bagi menjalankan eksperimeneksperimen getah dan lain-lain tanaman.

10

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S13. Kemerosotan harga kopi Kemerosotan harga kopi turut membantu memperkembangkan perusahaan getah di Tanah Melayu. Di antara tahun 1896-1900 harga kopi di pasaran telah mengalami kemerosotan. Kejatuhan harga kopi adalah disebabkan penawaran kopi adalah lebih daripada permintaan di pasaran dunia, kopi di Tanah Melayu menghadapi persaingan hebat daripada kopi Brazil. Pokok kopi juga diserang oleh penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu Beehawk. 4. Tambahan permintaan getah dunia akibat perkembangan perusahaan yang menggunakan getah. Perkembangan perindustrian di Eropah dan Amerika Syarikat pada abad ke-20 mengakibatkan penggunaan getah dunia meningkat. Penciptaan tayar angin oleh J.B.Dunlop pada tahun 1888 dan perkembangan perusahaan motokar membantu menaikkan permintaan getah. Pada masa yang sama harga getah turut melambung tinggi. Malahan penggunaan terhadap getah juga meningkat akibat perkembangan dalam industri kasut, pakaian, perubatan, perabot, tayar dan peralatan elektrik. 5. Bekalan buruh yang murah untuk bekerja di estet-estet. Orang India selatan yang berhijrah secara beramai-ramai ke Sem.Tanah Melayu telah membekalkan tenaga buruh yang murah bagi perusahaan getah. Malahan, buruh-buruh India adalah yang mudah dikawal dan rajin bekerja. Kewujudan mereka telah membolehkan pembukaan banyak estet getah yang besar oleh orang Eropah. 6. Pelaburan Orang Eropah dan penyelidikan saintifik membolehkan pengeluaran getah secara besar-besaran Syarikat Eropah seperti Harrisons and Crosfield, Guthries, Sime Darby dan lain-lain telah melabur secara besar-besaran dalam perusahaan getah. Dengan pengelibatan orang Eropah penyelidikan getah telah bertambah. Pada tahun 1926, Institut Penyelidikan Getah telah ditubuhkan oleh kerajaan bagi memajukan perusahaan getah. Penyelidikan telah dibuat untuk menaikkan mutu getah serta mencari kegunaan-kegunaannya yang baru. Kesimpulan (2m) Walaupun berlaku zaman kemelesetan, perusahaan getah masih kekal sebagai perusahaan terpenting di Tanah Melayu. Perusahaan getah semakin berkembang sehingga pada tahun 1914. semenanjung Tanah Melayu telah membekalkan lebih setengah daripada bekalan getah dunia.

SOALAN 5:Huraikan reaksi penduduk pribumi terhadap campur tangan British di Sabah dari akhir abad ke -19 hingga awal abad ke- 20. Pengenalan (3m) Perluasan kuasa British di Sabah bermula apabila seorang pegawai British, Alexander Dalrymple berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu pada tahun 1761. Menurut perjanjian itu British diberi kebenaran mendirikan pusat perdagangan di kawasan takluk Sultan Sulu iaitu

11

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1Timur Kimanis. Seterusnya Sabah telah ditadbir oleh Syarikat Borneo Utara (SBBU) sejak 1881. Namun pentadbiran SBBU juga menerima tentangan daripada penduduk-penduduk tempatan. Penentangan di Sabah 1. Kebangkitan Malingkote ( Tahang ) ( 1891 ) (6m) Pada tahun 1891, orang-orang Murut dari daerah Padas telah bangkit menentang kerajaan British. Ia dimulakan oleh seorang ketua yang dipercayai mempunyai kuasa ghaib dan kebal. Ia perlu membayar keistimewaan yang ada pada dirinya dengan memusnahkan binatang ternakan dan tanaman. Kebangkitan ini merebak hingga ke kawasan pedalaman dan berjaya menyatukan beberapa kumpulan yang bermusuhan sebelum ini. Kebangkitan ini berlanjutan selama setahun dan dapat dikawal oleh kerajaan British. 2. Penentangan Mat Salleh(1895) (8m) Mat Salleh berasal daripada keturunan Bajau dan Sulu. Beliau dianggap sebagai pemimpin yang alim dan mempunyai ilmu yang luar biasa. Antara sebab penentangan Mat Salleh ialah beliau tidak puas hati terhadap campur tangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di kawasan beliau. Cukai-cukai yang baru yang dikenakan oleh syarikat seperti cukai kepala dan lesen perahu membebankan rakyat. Syarikat tidak mengendahkan permintaan beliau untuk tidak campur tangan di kawasannya malahan Syarikat bertindak menyerang dan membakar kampungnya. 1894 pengikut-pengikut Mat Salleh telah membunuh dua orang pedagang di Sungai Sugut. Mat Salleh enggan menyerahkan pengikutnya kepada syarikat. Mat Salleh terpaksa melarikan diri apabila Syarikat menyerang kampungnya di Pulau Jambangan. Penentangan bermula apabila Mat Salleh pergi ke Sandakan pada Ogos 1895 untuk berunding dengan British mengenai cukai kepala, lesen perahu dan tindakan keras serta kasar egawai British terhadap rakyat. Namun kedatangan beliau tidak dilayan, malah British cuba bertindak menghalang dan menyerang Mat Salleh serta kampungnya dimusnahkan. 1897 Mat Salleh memimpin orang Bajau di Sungai Inanam dan Mengkabang untuk menyerang dan memusnahkan pelabuhan Syraikat di Pulau Gaya. Beliau mendirikan kubu yang kuat di Ranau. Syarikat terus menyerang kubu Mat Salleh dan memusnahkan harta benda rakyat di sepanjang Sungai Inanam. Tetapi gagal menawan kubu Ranau lalu bertindak membakarnya. Sekali lagi Mat Salleh terpaksa melarikan diri ke Kawasan pedalaman. November 1897 Mat Salleh bersama-sama kaum Suluk, Suku Bajau, Prisan, dan Illanun menyerang British di Ambong. Mat Salleh berjaya membakar rumah dan pejabat Residen tetapi kubunya dimusnahkan oleh syarikat. Pihak British putus asa dan akhirnya meminta perdamaian dengan Mat Salleh. April 1888 pengarah Urusan Syarikat William Cowie telah menandatangani satu rundingan damai dengan Mat Salleh. - Mat Salleh diberi kuasa mentadbir Tambunan dengan bebas. - -Syarikat berjanji mengampunkan pengikut-pengikutnya. Namun British mungkir janji dan bertindak mengambil semula Tambunan. Tindakan ini menyebabkan Mat Salleh meneruskan penentangan. Dalam pertempuran sengit Mat Salleh tertembak dan akhirnya meninggal dunia pada Feb. 1900. pengikut-pengikutnya berjuang secara gerila sehingga berjaya dipatahkan pada 1905. 3. Kebangkitan Rundum ( 1915 ) (6m) Kebangkitan ini dipimpin oleh seorang pembesar Murut bernama Antanum. Beliau mendapat sokongan daripada orang Murut di kawasan pedalaman Sabah. Antara sebab kebangkitan ialah cukai ke atas beras dan ubi kayu merupakan bahan untuk membuat tapai, menghapuskan amalan memburu kepala, larangan ke atas orang Murut untuk menebas hutan rimba dan membuka tanah secara bebas menyebabkan pertanian padi huma merosot, larangan menjalankan pertanian pindah dengan bebas dan orang Murut juga dipaksa membina jalan di kawasan pendalaman tanpa upah.

12

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1Mereka percaya pembinaan jalan boleh menyinggung dan menimbulkan kemarahan roh datuk nenek mereka. Mereka seterusnya mara ke Rundum tetapi disekat oleh askar Syarikat. Mereka membina kubu di Sungai Selangit. British dengan pasukan askar yang lengkap bersenjata menyerang kubu Antanum di Sungai Selangit. Antanum dan 400 pengikutnya terkorban. KESIMPULAN (2m) Kesimpulannya semua tentangan terhadap orang British di Sabah dan Sarawak berpunca daripada tindakan British dalam hal ehwal penduduk tempatan. Namun begitu tentangan ini berjaya ditumpaskan.

SOALAN 6Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antara bangsa dari tahun 1957 hingga tahun 1963. A. PENGENALAN (3m) Fungsi utama dasar luar negara bertujuan mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara serta menentuakan kesejahteraan sosial ekonomi negara tercapai. Sebagai sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan seperti Tanah Melayu, kepentingan negara, keselamatan serantau, perpaduan antara negara-negara serta kesejahteraan sejagat merupakan fokus utama dalam perhubungan serantau. Dalam tempoh 1957-1963 yng begitu singkat, Tanah Melayu telah terlibat dalam pertubuhan serantau seperti Persatuan Asia Tenggara (ASA), MAPHILINDO, Pertubuhan Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu. B. PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN SARANTAU (20m)

Southeast Asian Friendship and Economic Treaty (SEAFET) Januari 1959 semasa lawatan rasmi ke Filipina, Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan pembentukan Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara (SEAFET) hasil rundingannya dengan Presiden Filipina Carlos P.Garcia. SRAFET dianggotai oleh Tanah Melayu dan Filipina. Negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Kemboja, Loas, Vietnam Selatan dan Myanmar dijemput untuk menyertai pakatan SEAFET tetapi mendapat sambutan dingin. Walaupun Thailand dan Vietnam Selatan mengalu-alukan penubuhan SEAFET tetapi Indonesia menolak undangan menyertai pertubuhan itu kerana Malaysia dan Filipina dikatakan mempunyai hubungan dengan penjajah. Filipina menjadi anggota SEATO dan Malaysia mempunyai perjanjian dengan AMDA Indonesia berpendapat selagi ada negara di Asia Tenggara yang menyertai pakatan Pertahanan sedemikian, negara itu tidak akan dapat berperanan dengan bebas. Persatuan Asia Tenggara ( ASA ) a. Selepas Perang Dunia Kedua, rantau Asia Tenggara dijadikan kawasan tumpuan perebutan kuasa-kuasa Barat yang terlibat dalam Perang Dingin. Ancaman komunis turut terasa oleh kebanyakkan rakyat negara Asia Tenggar seperti Tanah Melayu,Thailand, Filipina, Indonesia dan Vietnam. Ekonomi negara rantau ini masih berbentuk kolonial. Pembentukan satu pakatan kerjasama serantau seperti kerjasama dalam ekonomi, kebudayaan dan sosial perlu untuk menangani masalah yang sedang dihadapi. Dengan ini ASA yang dianggotai oleh Tanah Melayu, Thai, dan Filipina dibentuk pada Ogos 1961 di Bangkok.

13

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1b. Antara maklumat ASA seperti menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan sosial, mewujudkan keamanan dan keselamatan serantau, mempertingkatkan pengajian berkenaan Asia Tenggara. c. Rombongan kebudayaan antara negara, pertukaran tenaga pengajaran antara universiti, kegiatan pelancongan, perjanjian penerangan antara anggota ASA diaturkan. d. ASA hanya mencapai maklumat terhad dengan dianggotai oleh 3 buah negara. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dikecam oleh Indonesia dan Filipina sehingga hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia dan Filipina terputus. MAPHILINDO a. Pakatan kerjasama serantau kedua ditubuhkan pada Ogos 1963 bertujuan mengadakan hubungan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan, kemasyarakatan serta mencari jalan menamatkan persengketaan berkaitan penubuhan Malaysia. b. MAPHILINDO memohon Suruhanjaya PBB ( Suruhanjaya Michealmore ) meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap pembentukan Malaysia. c. Indonesia dan Filipina enggan menerima hasil tinjauan penduduk Sabah dan Sarawak. Konfrontasi tercetus, tuntutan Filipina ke atas Sabah menyebabkan hubungan antara negara renggang. Sehingga MAPHILINDO dibubarkan. PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM KOMANWEL. a. Menyertai pertubuhan ini pada tahun 1957 memandangkan negara amat bergantung kepada bantuan Britain dalam soal pertahanan dan keselamatan. Perjanjian Pertahanan Britain-Tanah Melayu membolehkan bantuan tentera kepada Tanah Melayu dalam membanteras ancaman komunis dan ancaman luar. b. Rancangan Colombo yang menyediakan bantuan biasiswa membolehkan pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke negara Komanwel. Bantuan kewangan dan bantuan kepakaran turut diberikan kepada Tanah Melayu. c. Tanah Melayu memberi sumbangan kepada Komanwel dalam teknologi getah. Kecaman Tanah Melayu terhadap amalan Dasar Apertheid mengakibatkan Afrika Selatan Tersingkir dari Komanwel pada tahun 1961.

PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU. a. Tanah Melayu diiktiraf sebagai negara berdaulat pada peringkat antarabangsa berikutan diterima sebagai anggota PBB ke-82 pada 17 Sept 1957. b. Malaysia terlibat secara aktif dalam PBB untuk keamanan dunia. Misalnya pada tahun 1957, Tanah Melayu mengecam Republik Rakyat China kerana menakluki Tibet. Pada tahun 1961, Malaysia menghantar pasukan tentera menyertai pasukan perdamaian PBB ke Congo ( kini Republik Zaire ) untuk mengekalkan keamanan dan mendamaikan Perang saudara (1960 1963 ) c. Pelbagai faedah diterima oleh Malaysia melalui agensi-agensi PBB seperti bank Dunia, FAO, UNESCO, ILO dan lain-lain.

14

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1C. KESIMPULAN (2m) Malaysia telah menganggotai pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa telah berjaya memainkan peranannya secara berkesan dan sistematik. Sememangnya Malaysia telah berjaya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan serantau dan antarabangsa secara berkesan. Malaysia turut mendapat kepentingan untuk membangunkan ekonomi dan menstabilkan pertahanan Negara dengan bantuan pertubuhan dunia dan serantau yang Malaysia sertai.

Bahagian B

SOALAN 7:Bincangkan adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan Cina sebelum kedatangan Barat. Pendahuluan: ( 3 m ) Adat mempunyai pertalian rapat dengan masyarakat . Membentuk satu sistem nilai dan mewujudkan satu peraturan untuk mengawal perlakuan anggota masyarakat sebelum kedatangan barat, China dan India telah mempunyai sistem adat yang tersusun dan teratur yang diamalkan secara turuntemurun. Isi: Adat di China: ( 10m ) 1. Wanita hamil Tidak dibenarkan menyertai sebarang majlis sosial seperti perkahwinan dan pengkebumian dari mula hamil sehingga 100 hari selepas bersalin 2. Adat perkahwinan -Diatur sejak kecil lagi bertujuan agar hubungan kekeluargaan tidak terputus -Anak yang dilahir dianggap menyambung keturunan generasi orang tua mereka -Majlis akan diadakan di pihak lelaki sahaja -Sekiranya tiada anak tidak akan ada persembahan bagi memuja roh ibu bapa mereka dan ini dianggap memalukan generasi terdahulu 3. Kiraan umur bayi -Anak yang dilahirkan dikira satu tahun dan sewaktu satu tahun ia dikira 2 tahun 4. Adat bebat kaki -Untuk tujuan kecantikan dan mengawal pergerakan anak gadis -Kaki anak gadis dibebat antara umur 4 hingga 8 tahun -Menyebabkan kaki anak gadis menjadi kecil dan tidak seimbang dan hanya mampu melangkah kecil -Lenggok jalan seperti pokok willow dianggap cantik 5. Adat pemujaan nenek moyang -Sangat menghormati nenek moyang -Dianggap sebagai ketua keluarga dan nama baiknya harus dijaga -Penghormatan dilakukan pada hari-hari tertentu seperti menyambut Tahun Baru 6 Tilikan dan Feng Shui -Sangat percaya tilikan untuk menentukan nasib seseorang mengikut empat pusingan hidup iaitu masa lahir, nama, rupa dan Feng Shui

15

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1-Feng Shui amat mempengaruhi kehidupan masyarakat China seperti menentukan tapak rumah, kubur, bangunan dan sebagainya 7 Adat berkenaan anak lelaki - Masyarakat China tradisional mementingkan anak lelaki kerana akan mengekalkan nama keluarga - Anak perempuan yang telah berkahwin akan menggunakan nama keluarga suaminya - Kelahiran anak lelaki disambut meriah berbanding anak perempuan 8 Adat Kow Tow -adat ini merupakan satu cara menghormati raja ketika mengadap raja -rakyat akan meniarap sembila kali di hadapan maharaja sebagai penghormatan kepada pemerintah. Adat ini diguna pakai kepada orang barat yang datang ke China Adat di India: ( 10m) Masyarakat di India mengamalkan sistem adat dalam seluruh kehidupan sejak lahir sehingga saat kematian 1. Adat ibu mengandung -Ibu yang hamil mempunyai banyak pantang larang kerana ditakuti akan mempengaruhi bayi dalam kandungan seperti tidak boleh melakukan perbuatan yang tidak baik: mengumpat, bergaduh, dengki. 2. Adat kelahiran -Masyarakat India tidak menyukai kelahiran bayi perempuan. Oleh itu mereka melakukan adat pembunuhan bayi perempuan. Ini untuk mengelakkan ibu bapa menanggung penderitaan dan malu. -Selepas kelahiran, bibir bayi akan disapu madu dan minyak sapi yang dilakukan oleh golongan Brahmin. 3. Adat perkahwinan -Sebelum berkahwin mereka akan menetapkan hari yang baik untuk melangsungkan perkahwinan. -Ia dilakukan oleh golongan Brahmin. -Pihak perempuan hendaklan memberikan dowri kepada pengantin lelaki. 4. Adat Sutte -Adat ini diamalkan apabila seorang isteri kematian suaminya. Merupakan pengorbanan diri oleh balubalu dengan merelakan diri mereka dibakar bersama suami. Diamalkan sebgai bukti kesetiaan. -Pada 1818 seramai 800 balu telah menjalani adat ini dipedalaman Benggal. -Adat ini telah dihapuskan oleh Willian Bentick melalui Akta 1829. 5. Adat balu membenarkan perkahwinan semula -Balu dilarang berkahwin semula selepas kematian suami, oleh itu larangan menghias diri dan hanya membenarkan pemakaian sari berwarna putih sahaja. -Balu juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri. 6. Adat Thuggee -Dilakukan oleh golongan Tug di Wilayah Timur Laut India. Merupakan satu system rompakan dan pembunuhan di jalan raya. -Diamalkan oleh kumpulan-kumpulan agama bersenjata yang menyamar diri dan mencekik pengembara sehingga mati atas nama Dewi Kali. -Pada 1829 William Bentick membentuk sebuah badan untuk hapuskan golongan Thunggee.

16

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S17. Sistem kasta (vama) -membahagikan masyarakat kepada golongan tertentu bertujuan menjaga keturunan yang dianggap mulia dan dihormati 4 kelas masyarakat iaitu kysatria (perwira,aristocrat), Brahmin (sami), iii) vaisya (pedagang) iv) sudra (rakyat biasa) Kesimpulan (2m) Adat dan hukum adat di China dan India mempunyai peranan dan garis panduan yang harus diikuti oleh setiap anggota masyarakat. Adat di China tertumpu kepada golongan pemerintah sedangkan di India lebih kepada system nilai yang membentuk keperibadian masyarakat.

SOALAN 8Bincangkan struktur masyarakat feudal yang terdapat di negara China dan Vietnam sebelum penglibatan kuasa-kuasa Barat. A. Pengenalan ( 3m ) Masyarakat China dan Vietnam bersifat feudal iaitu satu bentuk kerajaan yang dijalankan oleh individu tertentu bukan kerajan pusat. Strukturnya berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Pada Dinasti Ching ( 1644-1911 ) masyarakat China terdiri daripda lima kelas iaitu sarjana, p , tukang mahir, saudagar dan askar serta pelakon. Isi: Masyarakat feudal China (10m) Masyarakat menduduki tunggak kerajaan. Maharaja dianggap sebagai Anak dari syurga yang mendapat mandat daripada Tuhan untuk memerintah. Maharaja dipertangggungjwabkan sebarang malapetaka alam yang berlaku seperti banjir, kemarau, gempa bumi, kebuluran dan penyakit sampar yang menimpa rakyat. Kegagalan maharaja untuk melindungi rakyatnya bermakna maharaja telah hilang mandatnya daripada tuhan. Maharaja tersebut akan digulingkan melalui pemberontakkan dan digantikan dengan pemerintah yang baru. Golongan pemerintah di bawah maharaja ialah pembesar atau bangsawan. Mereka ditauliahkan kuasa pemerintahan wilayah oleh maharaja. Maharaja juga menganugerahkan tanah kepada bangswan dan pembesar. Penduduk negara China dianggarkan melebihi 362,000,000 orang pada abad ke-19, terbahagi kepada lima golongan mengikut pekerjaan masing-masing. Golongan terpelajar ( sarjana ) mempunyai darjat yang paling tinggi. Golongan terpelajar ini dipilih sebagai pegawai kerajaan berdasarkan kepada tahap peperikssaan awam yang mereka lulus. Peperiksaan ini diperkenalkan sejak Dinasti Han mempunyai empat tahap peperiksaan iaitu peperiksaan Bandar, peperiksaaan jajahan, peperiksaan wilayah dan peperiksaan istana yang dijalankan oleh maharaja sendiri. Peperiksaan ini bertujuan memilih golongan sarjana yang layak memegang jawatan pegawai dalam perkhidmatan kerajaan. Lulus peperiksaan awam bermakna anak kunci kekayaan dan pangkat rasmi yang penting.

17

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1Petani merupakan golongan yang kedua. Lebih kurang 80% penduduk China adalah petani. Bertanggungjawab mengeluarkan makanan yang cukup bagi seluruh penduduk China. Merekalah yang menentukan kemampuan di dalam negara yang serta mencukupi itu. Tukang-tukang mahir menduduki golongan ketiga. Ini diikuti oleh saudagar. China mengalkan dasar tutup pintu yang anti perdagangan. Kegiatan perdagangan dianggap sebagai pekerjaan hina. Golongan yang paling bawah kedudukannya ialah askar dan orang gaji. Askar terdiri daripada banduan yang dijatuhkan hukuman. Masyarakat Feudal China (10m) a. sistem pemerintahan berasaskan sistem pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat b. hierarki sosial masyarakat Vietnam terdiri daripada maharaja, golongan cendikiawan (quan atau mandarin) dan petani c. golongan cendikiawan mempunyai kedudukan paling tinggi dan berpengaruh dalam masyarakat Vietnam , kerana mereka merupakan pemerintah sebenar yang bertanggungjawab menjalankan tugas2 maharaja d. golongan quan atau mandarin mendapat pendidikan tinggi berdasarkan ajaran Confucius e. rakyat biasa yang pintar serta berpengetahuan dalam ajaran Confucius secara mendalam berpeluang menjadi pegawai2 tinggi awam f. golongan bangsawan tidak mendapat tempat dalam perkhidmatan awam kesan daripada pembaharuan Maharaja Gia Long yang menamatkan keistimewaan dan pengaruh politik golongan bangsawan dan keluarga diraja g. golongan petani menduduki hierarki sosial yang paling rendah di mana mereka menjalankan kegiatan ekonomi sara diri iaitu menanam padi sawah h. Kesimpulan (2m) Sistem feudal yang diamalkan oleh masyarakat Asia dimansuhkan setelah berlakunya imperialisme kuasa barat pada abad ke 19 dan awal abad ke-20.

SOALAN 9Jelaskan dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun pada abad ke-19. Pengenalan (3m) -Dasar isolasi atau pemencilan diamalkan oleh kebanyakan negara-negara Asia termasuk China dan Jepun. Melalui dasar ini kedua-dua negara memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang hubungan persahabatan atau diplomatik dan enggan mengadakan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa barat -Keengganan China dan Jepun mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan menyebabkan barat telah menjalankan dasar agresif terhadap kedua-dua negara yang menyebabkan akhirnya mereka terpaksa menamatkan dasar tutup pintu. Isi: DASAR ISOLASI DI JEPUN (10m) -Jepun telah menamatkan dasar buka pintu pada tahun 1638. Jepun menjalankan dasar tutup pintu yang relatif dari dunia luar kira-kira 250 tahun. Menurut dasar ini orang Jepun dilarang menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa asing khasnya kuasa-kuasa barat dan pedagang-pedagang luar juga tidak boleh berdagang di Jepun.

18

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1-Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Jepun mengamalkan dasar isolasi iaitu: a) Wujud perasaan syak wasangka terhadap kejujuran barat dan bimbang barat akan mengambil kesempatan untuk campurtangan dalam politik tempatan b) Perkembangan agama Kritian dijadikan landasan oleh kuasa barat untuk menjatuhkan dan melemahkan masyarakat tempatan seperti yang berlaku di Filipina dan China c) Orang-orang asing sering mencetuskan huru hara di Jepun yang dianggap mengancam keamanan negara d) Jepun tidak bergantung kepada orang barat kerana sebagai sebuah negara pertanian Jepun mampu memiliki segala keperluan yang dikehendaki e) Kerajaan Jepun juga bimbang pembesar-pembesar seperti Daimyo Tozama dan Ronin yang tidak berpuas hati akan meminta bantuan senjata dan askar dari luar untuk menentang kerajaan -Berpunca dari faktor-faktor tersebut akhirnya Jepun mula menyekat kemasukan orang-orang Barat ke Jepun malah mubaligh-mubaligh Kristian yang ketika itu berada di Jepun telah diusir keluar dan rakyat tempatan juga turut dilarang melawat ke luar negara terutama negara-negara barat -Pada tahun 1825 Shogun telah mengeluarkan satu perintah bahawa jika kapal-kapal asing menghampiri mana-mana bahagian Jepun pada bila-bila masa maka penduduk Jepun akan mengusir mereka keluar. Sekiranya mereka mendarat mereka akan ditawan, dibunu dan kapal mereka akan dimusnahkan -Dasar ini mendapat perhatian barat: pada tahun 1884 Raja Belanda telah menasihati Shogun agar menghentikan dasar tersebut tetapi gagal. Stamford Raffles juga berusaha mengadakan hubungan tetapi gagal -Amerika Syarikat turut memberi perhatian kepada Jepun kerana aktiviti maritim yang sering dijalankan oleh mereka terutama di Lautan Pasifik sering menghadapi masalah iaitu anak-anak kapal yang menjalankan aktiviti peangkapan ikan paus dan anjing laut sering menghala ke Jepun terutama apabila berlaku cuaca buruk atau semasa kapal karam dan mendapat layanan buruk apabila mendarat di Jepun. Kapal-kapal Amerika juga menggunakan pelabuhan Jepun sebagai persinggahan terutama untuk membaiki kerosakan ataupun memerlukan bekalan makanan. -Apabila Amerika mengumumkan dan menghantar misi ke Jepun dalam tahun 1853, Britain menyokong penuh dan berharap ia berjaya merintis jalan ke arah pembabitan mereka di Jepun - Dasar isolasi Jepun hanya berakhir dengan kehadiran Komodor Mathew C. Perry pada 1 Julai 1853. Utusan ini menekankan aspek persahabatan dan perdamaian tetapi menegaskan bahawa Amerika Syarikat akan menggunakan kekerasan sekiranya Jepun masih menganggap Amerika sebagai musuhnya -Walaupun maharaja, pembesar istana dan daimyo menentang permintaan Amerika tetapi mereka sedar jika ianya tidak dipenuhi Jepun akan senasib dengan China. Akhirnya Perjanjian Kanagawa ditanda tangani pada 31 Mac 1854 antara Jepun dan Amerika Syarikat dan sekaligus menamatkan dasar isolasi Jepun DASAR TUTUP PINTU DI CHINA (10m) -Pada peringkat awal China menjalankan hubungan dengan kuasa kuasa barat, namun hubungan tersebut tidak kekal lama. Hubungan yang terjalin dengan kuasa-kuasa barat sejak abad ke 16 mulai dingin pada abad ke 19. Negara China di bawah pemerintahan Dinasti Manchu mula menjalankan dasar isolasi

19

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1-Beberapa peratran perdagangan yang ketat telah dikenakan ke atas pedagang-pedagang barat.Dasar ini dilakukan oleh China kerana : a) Bimbang kuasa barat akan mengunakan peluang dari hubungan ini untuk campurtangan dalam hal ehwal politik tempatan b) Perluasan agama Kristian dan budaya barat dikuatiri akan mencemarkan agama dan adat istiadat tempatan di samping merosakkan akhlak masyarakat Cina c) Negara China dianggap sebagai Middle Kingdom atau Pusat Tamadun Dunia oleh itu semua negara kecil perlu tunduk di bawah kuasanya. Konsep persamaan taraf yang diamalkan oleh orang-orang barat akan menjatuhkan imej Cina d) Orang-orang Cina memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding orang-orang barat yang dianggap barbarian atau tidak bertamadun e) Masyarakat dan kerajaan China menganggap perdagangan merupakan satu pekerjaan yang hina. Oleh itu perdagangan tidak digalakkan dengan kuasa barat. Keadaan ini ditambah lagi dengan China yang mengamalkan ekonomi sara diri. Oleh itu China tidak memerlukan barangan dari barat kerana mereka mempunyai kawasan yang luas dan kaya dengan pelbagai sumber -Bermula pada abad ke 19 kuasa-kuasa barat mula memperlihatkan keinginan yang kuat untuk menjalankan perdagangan di China iaitu untuk menjadikan China pasaran barangan keluaran mereka atau mendapatkan barang-barang dagangan seperti teh dan sutera -Perdagangan di China sangat terikat dengan perdagangan Canton dan sistem perdagangan ini bukan sahaja menggambarkan dasar ekonomi tertutup tetapi juga anggapan China bahawa mereka adalah negara Middle Kingdom yang tidak memerlukan perdagangan dan barangan luar -Sistem di Canton memperlihatkan sifat monopoli. Kerajaan telah memebrikan kuasa perdagangan hanya kepada 13 buah firma komersil yang dikenali sebagai Hong yang bertindak sebagai agen jualan. Antara firma yang penting ialah Tungfoo dan Kwonglei -Firma yang mengendalikan pedagang-pedagang dari Eropah dan Amerika Ayarikat dikenali sebagai Wai Yang. Bagi Asia Tenggara pula dikenali sebagai Peng Kang Hang. Untuk mengukuhkan firma ini maka pertubuhan pedagang yang dikenali sebagai Cohong telah ditubuhkan dan menjalankan aktiviti mereka berdasarkan 13 perkara tentang harga barangan dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan perdagangan -Sehubungan itu pelbagai sekatan telah dikenakan oleh pihak China. Maharaja Chien Lung telah mengeluarkan Lapan Peraturan yang menghadkan perdagangan orang-orang barat di China antaranya: a) Orang-orang barat hanya dibenarkan berdagang di Pelabuhan Canton sahaja b) Orang-orang barat dikehendaki berdagang melalui Cohong yang merupakan wakil perdagangan yang dilantik untuk mengendalikan perdagangan dengan orang-orang asing c) Cohong bertanggungjawab memonopoli perdagangan, mengenakan tarif barangan, serta menguruskan pengedaran barang dagangan d) Saudagar-saudagar barat dikehendaki pulang ke Macao setelah tamat musim perniagaan e) saudagar-saudagar dilarang mengahwini wanita tempatan f) Saudagar-saudagar barat tidak membawa masuk isteri dan senjata api ke China

20

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1g) Orang-orang juga tidak dibenarkan mempelajari Bahasa Cina h) Orang-orang asing tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas dan hanya dibenarkan melawat Taman Bunga sahaja -Peraturan-peraturan ini menyukarkan pedagang-pedagang barat untuk menyebabkan hubungan kedua-duanya tegang dan perang telah meletus. KESIMPULAN ( 2 M ) -China terpaksa membuka pintu melalui peperangan Candu 1 dan 2, manakala Jepun menerusi Perjanjian Kanagawa. Selepas dasar buka pintu China terus dicerobohi oleh kuasa-kuasa asing dan terpaksa menyerahkan konsesi-konsesinya sementara Jepun telah muncul sebagai sebuah negara moden melalui Pemodenan Meiji berdagang dan

SOALAN 10Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa barat di India dan Vietnam pada abad ke-19 A. Pengenalan (3 m)) 1. Pengilhakan merupakan satu kaedah perluasan kuasa barat di Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan. Perluasan kuasa melalui kaedah pengilhakan melibatkan kekerasan seperti peperangan, ugutan dan sebagainya. 2. Antara negara yang terlibat dengan perluasan kuaa Barat melalui kaedah ini ialah Vietnam yang diilhakan oleh Perancis dan India oleh British. 3. Tindakan pengilhakan yang dilakukan adalah didorong oleh kepentingan perdagangan. B. Isi : (20 m) 1. Pengilhakan kuasa British di India (10 M): a) Dasar pengilhakan Lord William Bentick (1824-1835) - Semasa Lord William Bentick menjadi Gabenor Jeneral India, beberapa wilayah telah diilhakan oleh beliau. - Beliau menggunakan alasan penyalahtadbiran untuk mengilhakan Cacar,Coorg dan Mysore. - Raja Cacar mangkat tanpa waris. Atas permintaan penduduk tempatan,Bentick mengilhakan kawasan tersebut. - Di Coorg dan Mysore, Bentick menggunakan alasan penyalahtadbiran pembesar tempatan untuk menjalankan pentadbiran dengan adil dan stabil. Penduduk tempatan menyokong tindakan Bentick b) Dasar pengilhakan Lord Ellenborough (1836- 1846) - Lord Ellenborough telah mengilhakan wilayah Sind dan Gwalior - Sejak tahun 1809 , Sind telah menjalinkan hubungan dengan British. Pada tahun 1823, satu perjanjian telah ditandatangani antara Sind dan British. Melalui perjajian ini pedagang dan saudagar Inggeris dibenarkan menggunkan sungai dan jalanraya, tetapi kapal dan tentera bersenjata tidak boleh menggunakan negeri tersebut - Syarat ini telah dicabuli semasa peperangan Afghan di mana Lord Auckland telah mengarahkan tenteranya berbaris melalui Sind - Ellenborough ingin merampas wilayah Sind dengan membuat beberapa tuduhan . Charles Napier telah dihantar untuk menyiasat. Beliau mengadakan satu perjanjian baru dengan Amir Sind. AmirAmir dipaksa menyerahkan bahagian yang lebih besar di wilayah mereka serta melepaskan hak mereka untuk membuat wang mereka sendiri. Hanya mata wang British yang diakui sebagai mata wang sah.

21

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1- Tindakan itu menyebabkan Amir marah dan bertindak menyerang residensi British. Amir telah ditewaskan dalam peperangan di Miani dan Dabo. Sind telah dirampas dan diletakkan dalam Empayar British di India. - Ellenborough juga telah mengilhakan wlayah Gwalior dan Paniar setelah kematian Daulat Rao Sindhia, Ketua Puak Maratha yang digeruni.

c) Dasar Pengilhakan Lord Dalhousie (1846-1856) - Lord Dalhousie melaksanakan dasar pengilhakan melaui tiga kaedah iaitu hak menakluki kuasa agung oleh Syarikat Hindia Timur British, Doctrin of Lapse (Undang-undang Lesap Waris) dan keinginan untuk melanjutkan kebaikan-kebaikan tanpa faedah yang dibawa oleh pemerintah British ke atas wilayah-wilayah yang dibelenggu masalah penyelewengan atau penyelewangan pemerintah tempatan. - Melalui kaedah hak menakluki kuasa agung , beliau telah menakluk Punjab dengan mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan mengalahkan mereka di Gujerat. Punjab telah diilhakan. - Kaedah Docrin of Lapse paling kerap digunakan Dalhousie. Menurut doktrin ini, mana-mana pemerintah yang tidak meninggalkan waris untuk meneruskan pemerintahan selepas mangkat, maka negeri atau wilayah itu akan jatuh ke bawah kuasa agung dengan sendirinya. - Beliau tidak mengiktiraf hak seseorang pemerintah untuk melantik seorang waris yang bukan keturunannya. Contohnya di Jhansi, pelantikan anak angkat sebagai pewaris, dianggap tidak sah oleh British. Wilayah-wilayah lain yang dilhakan melalui cara ini ialah Satara, Jaitpur, Baghat, dan Sambalpur. - Kaedah kebaikan untuk diperintah berlaku atas alasan penganiayaan, kezaliman dan ketidakadilan politik dalam sesebuah negeri. Misalnya, Qudh telah diletakkan di bawah naungan SHTI. Pentadbiran Qudh dikuasai oleh Nawab Khan dalam keadaan huru-hara dan amalan rasuah berleluasa. Dalhousie mengadakan perjanjian dengan Qudh. Dalam perjanjian itu, SHTI akan mengambilalih Qudh, manakala Nawab akan dibenarkan mengekalkan gelaran dan dibayar 15 juta rupee. Apabila Nawab enggan menandatangani perjanjian tersebut, Lord Dalhousie telah mengambil keputusan menjalankan dasar pengilhakan atas alasan penyelewengan pemerintah tempatan

2. Pengilhakan kuasa Perancis di Vietnam : (10 m) a) Pengilhakan Tourane dan Saigon: - Perancis menjalankan hubungan baik dengan Vietnam semasa pemerintahan Maharaja Gia Long. - Namun begitu pengganti-pengganti Gia Long tidak menjalinkan hubungan baik dengan Perancis, sebaliknya mereka bertindak melakukan kekejaman terhadap mubaligh-mubaligh Kristian dan membuat undang-undang yang melarang kemasukan mubaligh-mubaligh Kristian ke Vietnam. - Permusuhan Perancis-Vietnam telah memuncak pada zaman pemerintahan Maharaja Tu Duc. Pada masa pemerintahan beliau kegiatan anti-Kristian semakin meluas dan kejadian pembunuhan mubaligh Kristian semakin bertambah. - Kegiatan ini menyebabkan Raja Perancis Napoleon III telah mengambil tindakan menakluki Vietnam dengan menggunakan peristiwa pembunuhan Bishop Diaz, seorang paderi Sepanyol di Tongking, sebagai alasan menyerang Vietnam. - Pada 31 Ogos 1858, Perancis menyerang Tourane bersama angkatan Perancis-Sepanyol di bawah pimpinan Rigault ge Genouilly dan pada 2 September 1858 Tourane jatuh ke tangan Perancis. Seterusnya Perancis menyerang Saigon yang merupakan kawasan penanaman dan pengumpulan padi yang utama di Vietnam. Saigon telah jatuh ke tangan Perancis pada 17 Febuari 1859. - Peristiwa ini menyebabkan seluruh selatan Vietnam jatuh ke tangan Perancis. - Tu Duc akhirnya mengaku kalah, dan menandatangani perjanjian dengan Perancis pada Jun 1862

22

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1b) Pengilhakan Tongking: - Kepentingan ekonomi menyebabkan Perancis terlibat di Tongking sebagai jalan meluaskan perniagaannya di Negara China melalui Sungai Merah. - Perancis juga merasa bimbang dengan persaingan kuasa barat yang lain seperti Jerman, Itali dan Amerika Syarikat. - Penindasan Maharaja Tu Duc juga telah memaksa Perancis menakluki Tongking. - Sewaktu Perancis bertapak di Cochin-China, keadaan huru-hara telah tercetus di Tongking akibat kemasukan orang-orang pelarian. - Perdana Menteri Perancis telah memutuskan untuk menamatkan keadaan huru-hara di Vietnam dan menjadikannya sebagai naungan Perancis. - Pada bulan April 1882, angkatan laut Perancis tiba di Hanoi. Perancis menakluki Tongking pada tahun 1883.

C. KESIMPULAN (2 m): 1. 2. 3. Perancis dan British telah berjaya menggunakan kaedah pengilhakan untuk meluaskan kuasa di Vietnam dan India. Campurtangan Perancis dan British telah menyebabkan perubahan-perubahan berlaku dalam politik, ekonomi dan sosial di Vietnam dan India. Cara perluasan kuasa ini menyebabkan wujudnya perasaan tidak puas hati rakyat tempatan yang membawa kepada berlakunya tindak balas seperti Dahagi India 1857.

SOALAN 11Sejauh manakah kelemahan institusi beraja di Thailand dan China telah mencetuskan revolusi pada awal abad ke 20. A. Pengenalan (2@3 M): Revolusi China meletus pada tahun 1911 telah mengakibatkan runtuhnya Dinasti Manchu yang memerintah negara China sejak tahun 1944. Revolusi ini di pimpin oleh Dr. Sun Yat Sen. Revolusi Siam meletus pada tahun 1932 tanpa pertumpahan darah. Revolusi tersebut dipimpin oleh Pridi Panomyong telah berjaya menamatkan kuasa autokratik Raja. Kedua-dua revolusi tersebut berpunca dari kelemahan institusi beraja disamping faktor-faktor lain. B. Isi (20M): 1. Revolusi China (10M): Kelemahan institusi beraja Pengaruh dan kuasa kerajaan Mancu mulai merosot pada pertengahan abad ke-19. Kerajaan Mancu tidak cekap dan rasuah serta gagal membaiki taraf hidup dan kebajikan rakyat China. Populariti raja-raja China merosot apabila berlaku pencerobohan barat dan China kalah dalam beberapa siri peperangan. Kerajaan Mancu juga tidak mempunyai pemimpin yang cekap dan bijaksana pada awal abad ke-20. a.Masalah Cukai dan Rasuah Pegawai-pegawai China melakukan penipuan di peringkat wilayah. Hanya sebahagian kecil pungutan cukai di wilayah diserahkan kepada kerajaan pusat. Rasuah di kalangan pegawai-pegawai kerajaan bermaharajalela. Cukai-cukai yang dikenakan kepada rakyat 5 kali ganda daripada yang ditetapkan. b.Kekalahan Tentera Manchu dalam peperangan dan pembayaran ganti rugi Tentera Manchu mengalami kekalahan di dalam Perang Candu 1 dan 2; Perancis pada tahun 1884; Perang China-Jepun 1894-1895; dan Boxer 1900. Kekalahan-kekalahan ini memalukan China. Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani untuk menamatkan perang merugikan China.

23

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1Ganti rugi peperangan menyebabkan China memikul beban hutang. China terpaksa membayar 200 juta tael kepada Jepun selepas perang China-Jepun. Pemberontakan Boxer menyebabkan China terpaksa membayar 450 juta tael kepada asing. Kekalahan dalam Perang Candu 1 pula China terpaksa membayar sebanyak 21 juta tael dan Perang Candu Kedua sebanyak 6 juta tael. c.Pertambahan Penduduk dan Kesengsaraan rakyat China Bilangan penduduk China bertambah dari 377 juta orang kepada 430 juta orang antara tahun 18851911. Pertambahan penduduk tidak selari dengan pertambahan tanah pertanian. Akibatnya rakyat China bertambah miskin. Bencana alam seperti banjir dan kemarau yang merosakkan tanaman menambahkan lagi kesengsaraan rakyat China. Kerajaan Manchu mengenakan cukai tinggi untuk membayar hutang luar negeri, ganti rugi peperangan, dan membiayai jalan kereta api. Tambahan pula pendapatan petani merosot akibat kemasukan barangbarang asing. Petani tidak mampu membayar cukai tinggi, mereka terpaksa menjual tanah kepada orang kaya. (e) Sentimen anti-Manchu Sentimen anti- Manchu semakin menebal di kalangan orang Cina. Orang Manchu bukan orang Cina asli tetapi mereka datang dari Manchuria dan menggulingkan Dinasti Ming pada tahun 1664. Orang Cina tidak mahu tunduk kepada kerajaan Manchu. Cogan kata mereka Hapuskan Manchu, Kembalikan Dinasti Ming. Orang Manchu juga tidak memberi tempat kepada orang Cina di dalam pentadbiran. Mereka curiga dengan kesetiaan orang Cina. Jabatan kerajaan dimonopoli oleh orang Manchu. (f) Kemunculan Golongan Intelektual Pada pertengahan kedua abad ke 19, Kerajaan Mancu menghantar pelajar-pelajar ke luar negeri. Mereka terpengaruh dengan idealogi-idealogi baru seperti demokrasi, sosialisme, liberalisme, kebebasan, dan hak-hak asasi manusia. Kejayaan Perancis, Gerakan Penyatuan Jerman dan Itali, kejayaan Peter The Great serta kejayaan Meiji telah menjadi ilham kepada pelajar-pelajar untuk melancarkan revolusi. Dr. Sun Yet Sen memainkan peranan penting dalam gerakan menjatuhkan kerajaan Manchu dengan digantikan kerajaan Republik. Dr. Sun dengan Tiga Prinsip Rakyat sebagai falsafah revolusi, iaitu nasionalisma, demokrasi, dan kebajikan sosial dapat mempengaruhi rakyat. Antara 1895-1911, Dr. Sun dan pengikut-pengikutnya melancarkan 10 pemberontakan. Walaubagaimanapun , pemberontakan itu gagal tetapi maruah kerajaan Manchu mulai merosot. Kekacauan bermula apabila kerajaan Manchu cuba memiliknegarakan perkhidmatan keretapi dan pinjaman dari kuasa asing. Landasan keretapi yang menghubungkan Canton-Hankow dan HankowChengtu, memberi peluang kepada kuasa asing menguasai sistem pengangkutan dan kedaulatan wilayah Negara China. 2. Revolusi Siam (10 M) a. Kelemahan institusi beraja Sistem monarki di Siam mulai merosot semasa pemerintahan Raja Vajiravudh. Vajiravudh berusaha mengukuhkan lagi kuasa monarki mutlak. Kabinet menteri jarang bersidang Ketidakcekapan pentadbiran dan korupsi berleluasa Vajiravudh lebih berminat dalam bidang kesenian berbanding pentadbiran dan suka berfoya-foya Beliau menjalankan dasar pilih kasih Penubuhan pasukan Harimau Liar menambahkan perasaan tidak puas hati golongan tentera sehingga golongan tentera cuba menggulingkan Vajiravudh pada tahun 1912 dan 1917 tetapi gagal. Kuasa monarki semakin merosot pada zaman Raja Prajadhipok. Raja Prajadhipok memecat menteri-menteri dan pegawai kerajaan yang dilantik oleh Vajiravudh. Jawatan menteri telah diserah kepada putera-putera raja sehinga pegawai-pegawai awam merasa tidak puas hati.

24

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1Raja Prajadhipok melaksanakan langkah-langkah yang tidak popular seperti memecat pegawai dan mengurangkan bayaran gaji serta memperkenalkan cukai baru. Golongan pegawai awam dan tentera tidak berpuas hati. Krisis politik yang berlaku antara Menteri Peperangan (Putera Bavoradej) dengan Menteri Perdagangan ( Putera Purachatra) melemahkan lagi sistem monarki. b. Peranan golongan intelektual perkembangan pendidikan barat sejak zaman Mongkut dan Chulalongkorn telah melahirkan golongan intelek berpendidikan barat di Siam golongan berpendidikan barat terpengaruh dengan idea demokrasi barat, fahaman anti monarki dan sistem pemerintahan barat golongan pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Eropah khasnya di Perancis dan German mula mengkritik dan menganggap sistem monarki sebagai lapuk dan menghalang permodenan Siam golongan intelek terlibat memimpin revolusi bagi tujuan memodenkan negara Siam c. Kemelesetan ekonomi dunia Ekonomi dunia mengalami kemerosotan pada tahun 1920 an dan 1930 an. Kemelesetan ekonomi memberi kasan besar terhadap ekonomi Siam Siam mengalami kekurangan belanjawan sehingga memaksa kerajaan menjalankan langkah berjimat cermat yang menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat khasnya pegawai awam dan golongan tentera. C. Kesimpulan (2@3 M): Kedua-dua revolusi telah berjaya menjatuhkan kerajaan monarki. Sistem pemerintahan ala barat diperkenalkan di China dan Thailand. Bagaimanapun, revolusi ini uga mendorong kepada perebutan kuasa yang sering berlaku di Siam dan China.

SOALAN 12Bandingkan ciri pemerintahan republik antara China dengan Indonesia dari tahun 1949 hingga 1960. A. PENGENALAN Pada 27 Disember 1949 Belanda telah menyerahkan kedaulatan dengan rasminya ke atas seluruh kawasan Hindia Timur Belanda yang dahulunya tidak termasuk Irian Barat kepada Republik Indonesia yang baru manakala negara China telah membentuk Republik Rakyat China pada 1 OKT 1949. B. ISI ISI PENTING. 1. Republik China 1.1. Republik yang dibentuk diketuai oleh Parti Komunis China yang mempunyai cirri-ciri demokratik. 1.2. Struktur Republik terdiri daripada Majlis Kerajaan Rakyat Pusat ( Central Peoples Government Council ) yang menjalankan tugas-tugas eksekutif,perundangan dan kehakiman. Ianya terdiri dari pengerusi ( Mao Tze Tung), 6 orang Timbalan Pengerusi ( Perlembagaan 1953 tinggal satu ), 56 orang yang dipilih oleh Majlis Perhubungan Politik Rakyat ( Peoples political Consulative Council ) 1.3. Kuasa juga diagihkan kepada Majlis Pentadbiran Negeri. Ianya diketuai oleh Tsung Li dan pembantu-pembantunya. Di bawah mereka ada 4 jawatankuasa iaitu Hal Ehwal Poltik dan Perundangan, Ekonomi, kebudayaan dan Pendidikan. Setaraf dengan Majlis Pentadbiran

25

Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1Negeri ini ialah People Supreme Court dan Procurator-generals Office.terdapat juga pentadbiran di peringkat provincial dan daerah ( district ) 2. Republik Indonesia Republik Indonesia mempunyai tiga pihak yang berkuasa iaitu Presiden, Kabinet, dan Dewan Perwakilan. Semua perundangan biasa memerlukan persetujuan dari ketiga-tiganya. Perundangan darurat memerlukan persetujuan serta-merta daripada Presiden serta Kabinet dan kebenaran terakhir dari parlimen. 2.2. Kuasa Presiden adaah sangat luas. Ia berkuasa membubarkan Dewan Perwakilan dan mengarahkan pilihanraya yang baru. Presiden juga boleh membentuk kementerian-kementerian dan melantik kabinet yang lain. 2.3. Jawatan Presiden dipegang oleh Sukarno manakala Naib Presiden dipegang oleh Mohamad Hatta. Kementerian kementerian di bawah menteri dan pegawai-pegawainya akan melaksanakan tugas eksekutif. 2.4. Majlis Desa ditubuhkan di Jogjiakarta. Tugas Majlis Desa ialah melantik ahli Dewan Perwakilan rakyat ( 50 orang ahli ). Jika berlaku perselisihan di antara ahli Dewan Perwakilan dengan pegawai-pegawai keraja desa, perselisihan itu akan dikemukakan kepada Majlis Desa yang akan bersidang sekurang-kurangnya 3 bulan sekali. 3. Persamaan dan Perbezaan. Kedua-dua negara menggunakan gelaran yang berbeza. Bagi Indonesia, ketua negara dipanggil Presiden manakala bagi negara China dipanggil Pengerusi (Chairman ) Di negara China terdapat pengagihan kuasa di provincial dan daearh-daerah. Dipusat wujud National Peoples Congress ( Perlembagaan 1953 ) yang mempunyai kuasa tertinggi yang diketuai oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Wakil Majlis Negeri, Majlis Keselamatan, Supreme Peoples Court dan Supreme Peoples Procuratore, berbanding dengan pentadbiran di Indonesia yang terdiri daripada Presiden, Kabinet ( kementerian-kementerian ) Dan Dewan Perwakilan Rakyat ( wakil-wakil parti ) Di negeri China, parti yang berkuasa ialah Parti komunis China manakala di Indonesia Dewan Perwakilan terdiri daripada wakil daripada parti-parti yang bergabung. C. KESIMPULAN Kesimpulannya pentadbiran Republik bagi kedua-dua buah negara ini mempunyai struktur yang amat berbeza. Negara China dikuasai oleh satu parti politik iaitu Parti komunis China manakala negara Indonesia menerima perwakilan daripada parti-parti yang dipilih oleh rakyat.

26