3
1 Untuk Siaran Segera SKMM TERUS TINGKATKAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF DI SABAH & SARAWAK Kota Kinabalu, 30 Disember 2011 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), salah satu badan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang bertanggungjawab untuk membangunkan industri kreatif negara akan bekerjasama dengan RTM untuk memajukan industri kreatif di Sabah dan Sarawak. SKMM bersama-sama RTM, akan memberi tumpuan kepada usaha tersebut dengan memperuntukan sejumlah RM5 juta kepada syarikat- syarikat pembekal kandungan yang berkelayakan untuk membangunkan kandungan kreatif tempatan untuk negeri Sabah. Wang tersebut adalah sebahagian daripada peruntukan Dana Pembangunan Industri Kreatif (DPIK) SKMM. SKMM juga akan mengagihkan sebahagian peruntukan DPIK lagi pada awal bulan Januari 2012 kepada syarikat-syarikat pembekal kandungan kreatif di negeri Sarawak. “Kerjasama ini diharap akan menjadi pendorong atau ‘impetus’ kepada kerancakkan pertumbuhan industri kandungan di Sabah dan Sarawak dengan memberi serta menyediakan peluang pekerjaan kepada semua pihak yang terlibat dalam industri kandungan di Sabah dan Sarawak seperti para pelakon, jurugambar, penyedia peralatan, kakitangan teknikal, penulis skrip dan sebagainya,” kata YBhg Dato’ Mohd Nazri Abdullah, Pegawai Tugas-Tugas Khas 1 kepada YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dalam ucapannya di majlis menandatangi perjanjian di antara SKMM dan syarikat-syarikat pembekal kandungan bagi TVi. Menurut beliau, pihak Kementerian turut meletakkan syarat bahawa keutamaan mestilah diberikan kepada syarikat-syarikat serta tenagakerja kreatif dari Sabah dan Sarawak dalam projek kerjasama yang strategik seperti ini.

SKMM TERUS TINGKATKAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF … · SKMM TERUS TINGKATKAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF DI SABAH & SARAWAK Kota Kinabalu, 30 Disember 2011 – Suruhanjaya Komunikasi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SKMM TERUS TINGKATKAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF … · SKMM TERUS TINGKATKAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF DI SABAH & SARAWAK Kota Kinabalu, 30 Disember 2011 – Suruhanjaya Komunikasi

1

Untuk Siaran Segera

SKMM TERUS TINGKATKAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF

DI SABAH & SARAWAK

Kota Kinabalu, 30 Disember 2011 – Suruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia Malaysia (SKMM), salah satu badan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang

bertanggungjawab untuk membangunkan industri kreatif negara akan bekerjasama dengan RTM untuk memajukan industri kreatif di Sabah

dan Sarawak.

SKMM bersama-sama RTM, akan memberi tumpuan kepada usaha tersebut dengan memperuntukan sejumlah RM5 juta kepada syarikat-

syarikat pembekal kandungan yang berkelayakan untuk

membangunkan kandungan kreatif tempatan untuk negeri Sabah. Wang tersebut adalah sebahagian daripada peruntukan Dana

Pembangunan Industri Kreatif (DPIK) SKMM. SKMM juga akan mengagihkan sebahagian peruntukan DPIK lagi pada awal bulan

Januari 2012 kepada syarikat-syarikat pembekal kandungan kreatif di negeri Sarawak.

“Kerjasama ini diharap akan menjadi pendorong atau ‘impetus’ kepada

kerancakkan pertumbuhan industri kandungan di Sabah dan Sarawak dengan memberi serta menyediakan peluang pekerjaan kepada semua

pihak yang terlibat dalam industri kandungan di Sabah dan Sarawak seperti para pelakon, jurugambar, penyedia peralatan, kakitangan

teknikal, penulis skrip dan sebagainya,” kata YBhg Dato’ Mohd Nazri Abdullah, Pegawai Tugas-Tugas Khas 1 kepada YB Menteri Penerangan

Komunikasi dan Kebudayaan dalam ucapannya di majlis menandatangi

perjanjian di antara SKMM dan syarikat-syarikat pembekal kandungan bagi TVi.

Menurut beliau, pihak Kementerian turut meletakkan syarat bahawa

keutamaan mestilah diberikan kepada syarikat-syarikat serta tenagakerja kreatif dari Sabah dan Sarawak dalam projek kerjasama

yang strategik seperti ini.

Page 2: SKMM TERUS TINGKATKAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF … · SKMM TERUS TINGKATKAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF DI SABAH & SARAWAK Kota Kinabalu, 30 Disember 2011 – Suruhanjaya Komunikasi

2

Pemeterian perjanjian pada hari ini di antara SKMM dan pembekal-pembekal kandungan untuk saluran TVi ini juga dilihat sebagai langkah

awal Kerajaan menerusi SKMM dan RTM untuk membangunkan industri kreatif di kedua-dua negeri berkenaan. Kedua-dua negeri tersebut

dilihat mempunyai potensi yang besar dalam pembangunan kandungan kreatif Negara kerana keunikan dan kepelbagaian budaya masyarakat

setempat.

Majlis tersebut juga dihadiri oleh Tengku Zaib Raja Ahmad, Ketua

Pegawai Perkhidmatan dan Sokongan SKMM, yang mewakili Pengerusi SKMM, wakil-wakil daripada syarikat-syarikat pembekal kandungan

yang berkenaan.

[Tamat]

Nota kepada Editor:

Sekiranya organisasi anda ingin memetik kenyataan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia Malaysia (SKMM) untuk sesuatu artikel mahupun bahan berita, petikan tersebut

haruslah merujuk kepada SKMM sebagai sebuah organisasi dan bukan mana-mana pegawai

SKMM melainkan sekiranya jurucakap rasmi SKMM ada dinyatakan di dalam kenyataan akhbar

atau sebarang maklumbalas rasmi kepada media. Harap maklum. Terima kasih.

Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia Malaysia 1998 (AKM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar

kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. SKMM mengawalselia dan

menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang

telekomunikasi, penyiaran, dan juga perkhidmatan internet, pos dan pensijilan digital.

AKM mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar, manakala kuasa

membuat keputusan tentang dasar diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga

mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.skmm.gov.my

Page 3: SKMM TERUS TINGKATKAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF … · SKMM TERUS TINGKATKAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF DI SABAH & SARAWAK Kota Kinabalu, 30 Disember 2011 – Suruhanjaya Komunikasi

3

Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi:

Muhamad Tahir Muhamad Noor

Pengarah, Jabatan Komunikasi Korporat

Rahayu Abdul Aziz

Timbalan Pengarah, Jabatan Komunikasi Korporat

Tel: +603 8688 8000 Faks: +603 8688 1007 E-mel: [email protected]