23
1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SKP/SH/34/2017 SEBUT HARGA KONTRAK PUSAT BAGI PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERABOT BERASASKAN LOGAM BAGI PEMEROLEHAN KELENGKAPAN BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS DAERAH (BOSD), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA , ZON SABAH Penyebut harga diingatkan supaya melindungi dokumen ini sepertimana yang termaktub di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972

SKP/SH/34/2017 - moe.gov.my · Lampiran K7 Jika Ada 15 Surat Akuan Pembida ditandatangani dan dicop syarikat - Tandakan sebagai Lampiran K8 Wajib 16 Surat Perwakilan Kuasa - Tandakan

Embed Size (px)

Citation preview

1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SKP/SH/34/2017

SEBUT HARGA KONTRAK PUSAT BAGI PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERABOT BERASASKAN LOGAM

BAGI PEMEROLEHAN KELENGKAPAN BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS DAERAH (BOSD),

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA , ZON SABAH

Penyebut harga diingatkan supaya melindungi dokumen ini sepertimana yang termaktub di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972

2

SENARAI SEMAK DOKUMEN SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERABOT BERASASKAN LOGAM BAGI PEMEROLEHAN KELENGKAPAN BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS DAERAH (BOSD), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA , ZON SABAH

Bil Perkara Catatan

Ditanda Oleh

Penyebut Harga

(√)

Ditanda Oleh Jawatankuasa

Pembuka

Dokumen Teknikal

1 Borang T1 Pematuhan Spesifikasi Teknikal Wajib

2 Borang T2

Senarai kontrak yang telah

dijalankan mulai tahun 2015

sehingga kini (Membekalkan

perabot pelbagai jenis Sahaja)

Jika Ada (sertakan

surat setuju terima)

3 Borang T3

Senarai kontrak yang sedang

dijalankan (Membekalkan perabot

pelbagai jenis Sahaja)

Jika Ada (sertakan

surat setuju terima)

4 Borang T4 Maklumat syarikat Wajib

5

Profil syarikat yang terkini - Tandakan sebagai Lampiran T5

Wajib

Dokumen Kewangan

7 Lampiran Q Wajib

8 Borang K1 Syarat-syarat kontrak Wajib

9 Borang K2 Borang akuan sebut harga Wajib

10 Borang K3 Ringkasan Tawaran Harga Wajib

11 Salinan sijil pendaftaran dengan Kementerian

Kewangan - Tandakan sebagai Lampiran K4 Wajib

12 Salinan sijil Pendaftaran Bumiputera dengan Jika Ada

3

Bil Perkara Catatan

Ditanda Oleh

Penyebut Harga

(√)

Ditanda Oleh Jawatankuasa

Pembuka

Kementerian Kewangan - Tandakan sebagai

Lampiran K5

13

Salinan penyata bulanan bank bagi tiga bulan terakhir iaitu : i. Mei, Jun dan Julai 2017 atau

ii. Jun, Julai dan Ogos 2017

Tandakan sebagai Lampiran K6

Wajib

14

Surat pengesahan perkhidmatan (testimonial)

daripada dua (2) agensi kerajaan - Tandakan sebagai

Lampiran K7

Jika Ada

15 Surat Akuan Pembida ditandatangani dan dicop

syarikat - Tandakan sebagai Lampiran K8 Wajib

16 Surat Perwakilan Kuasa - Tandakan sebagai

Lampiran K9 Wajib

* Dokumen yang diperlukan oleh Kerajaan hendaklah ditanda seperti yang dinyatakan dalam senarai semak di atas dan dijilid dengan kemas.

4

Sebut harga adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal bumiputera/yang berdaftar dengan

Kementerian Kewangan Malaysia di dalam bidang 020101 yang masih berkuat kuasa untuk

menyertai sebut harga.

Bil. Tawaran

SKP/SH/34/2017

Perkhidmatan

PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERABOT BERASASKAN LOGAM BAGI PEMEROLEHAN KELENGKAPAN BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS DAERAH (BOSD), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA , ZON SABAH

Lokasi

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Aras 1, Wisma Jabatan Pendidikan

Jalan Punai Tanah

88450 KOTA KINABALU, SABAH

Kod Bidang 020101

Sesi Taklimat Dan Lawatan

Tapak Tiada

Tarikh Tutup Sebut Harga

18 September 2017 ( hari Isnin ) sebelum 12.00 tengahari

KENYATAAN SEBUT HARGA

5

1.0 PERIHAL SEBUT HARGA

1.1 Sebut harga ini adalah sebut harga kepada kontrak pusat bagi Perkhidmatan

Membekal Dan Menghantar Perabot Berasaskan Logam Bagi Pemerolehan

Kelengkapan Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Daerah (BOSD),

Kementerian Pendidikan Malaysia, Zon Sabah.

1.2 Sebut harga ini terikat kepada Syarat Am dan Syarat Khas serta syarat-syarat lain

yang dikembarkan bersama-sama dokumen Sebut harga ini. Semua penyebut

harga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai sebut

harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan

menyebabkan tawaran sebut harga tersebut tidak dipertimbangkan.

1.3 Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat yang bertindak

sebagai orang ketiga di dalam sebut harga ini. Sekiranya penyebut harga

mempunyai sebarang permasalahan berkaitan sebut harga ini hendaklah dirujuk

terus kepada pihak Kerajaan.

Pertanyaan berkaitan:

Dokumen Tawaran Sebut Harga:

i. En. Sapian Bin Mohd Arshad

Tel: 03 – 8884 4492

Skop dan spesifikasi :

i. Encik Mohd Kamil bin Abd. Shukor

Tel : 03- 8884 4486

2.0 TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK

- Tiada

3.0 CARA-CARA MENGISI BORANG SEBUT HARGA

3.1 Tawaran sebut harga hendaklah dibuat dalam borang-borang yang telah

disediakan dan selepas ini akan dipanggil sebagai dokumen sebut harga.

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

6

3.2 Penyebut harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam

dokumen sebut harga serta menyemak kandungan dokumen sebut harga dengan

teliti sebelum mengisi borang.

3.3 Penyebut harga dikehendaki mengemukakan dan mengisi dengan lengkap

borang-borang yang disediakan dalam lampiran seperti berikut :

Bil Perkara Catatan

Dokumen Teknikal

1 Borang T1 Pematuhan Spesifikasi Teknikal Wajib

2 Borang T2 Senarai kontrak yang telah dijalankan

mulai tahun 2015 sehingga kini

Jika ada (sertakan surat setuju terima)

3 Borang T3 Senarai kontrak yang sedang dijalankan Jika Ada

(sertakan surat setuju terima)

4 Borang T4 Maklumat syarikat Wajib

5 Profil syarikat yang terkini - Tandakan sebagai Lampiran T5 Wajib

Dokumen Kewangan

6 Lampiran Q Wajib

7 Borang K1 Syarat-syarat kontrak Wajib

8 Borang K2 Borang akuan sebut harga Wajib

9 Borang K3 Ringkasan Tawaran Harga Wajib

10 Salinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan -

Tandakan sebagai Lampiran K4 Wajib

11 Salinan sijil Pendaftaran Bumiputera dengan Kementerian

Kewangan - Tandakan sebagai Lampiran K5 Jika Ada

12 Salinan penyata bulanan bank bagi tiga bulan terakhir iaitu : Mei, Jun dan Julai 2017 atau Jun, Julai dan Ogos 2017

Tandakan sebagai Lampiran K6 Wajib

13 Surat pengesahan perkhidmatan (testimonial) daripada dua

(2) agensi kerajaan - Tandakan sebagai Lampiran K7 Jika Ada

7

Bil Perkara Catatan

14 Surat Akuan Pembida ditandatangani dan dicop syarikat -

Tandakan sebagai Lampiran K8 Wajib

15 Surat Perwakilan Kuasa - Tandakan sebagai Lampiran K9 Wajib

3.4 Profil syarikat yang dikemukakan perlu merangkumi maklumat-maklumat terkini

dan maklumat tambahan seperti berikut :

3.4.1 Kawasan operasi

3.4.2 Kemudahan pejabat

3.4.3 Peralatan dan kenderaan; dan

3.4.4 Carta organisasi pengurusan setempat yang ditawarkan

3.5 Penyebut harga dinasihati agar berhati-hati dalam penyediaan semua maklumat

dan memastikan keperluan maklumat dalam jadual dipatuhi. Kegagalan

mengemukakan mana-mana maklumat yang wajib membolehkan penyebut harga

tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.

3.6 Penyebut harga juga hendaklah memastikan agar semua kiraan dan maklumat

termasuk harga tawaran dinyatakan dengan jelas dan tidak bercanggah dengan

maklumat / harga tawaran dalam mana-mana bahagian dokumen Sebut harga.

4.0 PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA

4.1 Penyebut harga hanya dibenarkan untuk mengemukakan satu tawaran Sebut

harga. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan.

4.2 Penyebut harga dikehendaki membuat penyerahan dokumen Sebut harga yang

terdiri daripada Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan melalui secara

manual.

4.3 Penyerahan dokumen secara manual dilaksanakan dengan mencetak satu (1) set

Cadangan Teknikal dan satu (1) set Cadangan Kewangan serta perlu di comb

binding. Penyebut harga hendaklah menyediakan dua (2) sampul surat yang

berbeza dengan catatan SAMPUL 1 – CADANGAN TEKNIKAL dan SAMPUL 2

– CADANGAN KEWANGAN. Kedua-dua sampul surat tersebut hendaklah

8

dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang lebih besar dan berlakri. Di sebelah

kiri bahagian atas sampul surat tersebut hendaklah ditulis

No. Sebut harga : SKP/SH/34/2017

Semua dokumen hendaklah di alamatkan kepada

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Aras 1, Wisma Jabatan Pendidikan

Jalan Punai Tanah

88450 KOTA KINABALU, SABAH

dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga di

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Aras 1, Wisma Jabatan Pendidikan

Jalan Punai Tanah

88450 KOTA KINABALU, SABAH

4.4 Dokumen ini perlu dihantar kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,

sebelum jam 12.00 tengah hari, 18 September 2017 (hari Isnin). Kerajaan tidak

akan bertanggungjawab jika tawaran sebut harga oleh penyebut harga dan

kegagalan menyerahkan dokumen sokongan secara manual mengikut tarikh

tutup dan masa yang ditetapkan.

5.0 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

5.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,

meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada

mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di

bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

5.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan

kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau

diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran.

Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

9

5.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan tatatertib terhadap anggota

perkhidmatan awam dan menyenarai hitam penyebut harga boleh diambil

sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

5.4 Mana-mana penyebut harga yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan

ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekalkan mengikut

spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana

anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah

melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

2009 (Akta 694).

Bahagian Buku Teks tidak terikat untuk menerima Sebut Harga yang terendah atau mana-

mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Tawaran Sebut

Harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga Bahagian Buku Teks adalah muktamad.

Pengarah

Bahagian Buku Teks

Kementerian Pendidikan Malaysia

10

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

SYARAT AM

1.0 KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI SEBUT HARGA

1.1 Penyebut harga yang hendak menyertai sebut harga ini hendaklah berdaftar dengan

Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang 020101– Perabot, Peralatan

Pejabat, Hiasan Dalaman dan Domestik yang masih berada dalam tempoh sah

laku. Jika tempoh pendaftaran telah atau hampir tamat, penyebut harga hendaklah

mengemukakan salinan surat daripada Kementerian Kewangan Malaysia yang

menyatakan permohonan untuk lanjutan telah dibuat.

2.0 TEMPOH SAH LAKU TAWARAN

2.1 Tempoh sah laku tawaran Sebut harga ini adalah selama 90 hari bermula

daripada tarikh sebut harga ditutup.

2.2 Seseorang penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya dalam

tempoh 90 hari tersebut.

3.0 HARGA TAWARAN

3.1 Harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos seperti caj perkhidmatan,

menghantar dan kos-kos lain yang bersangkutan dengan perkhidmatan ini.

3.2 Harga yang ditawarkan adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas Sebut harga

ini ditutup dan akan berkuat kuasa selama dalam tempoh sah laku Sebut harga.

Penyebut harga yang berjaya hendaklah mematuhi syarat-syarat kontrak selama

tempoh kontrak berkuat kuasa dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan.

4.0 POLISI INSURANS

4..1 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki mengambil polisi insurans dengan

perbelanjaan sendiri daripada syarikat insurans yang diperakui iaitu :

4.1.1 Polisi Insurans Ganti Rugi Pekerja dengan Endorsement ’A’ dan ’B’

(Workmen’s Compensation Insurance With Endorsement A and B)

11

4.1.2 Polisi Insurans Liabiliti Awam

5.0 KRITERIA PEMILIHAN SECARA UMUM OLEH KERAJAAN

5.1 Kerajaan akan memilih penyebut harga yang dapat menawarkan pakej terbaik

dari segi penilaian aspek-aspek berikut:

5.1.1 Harga tawaran

5.1.2 Kedudukan kewangan syarikat.

5.1.3 Mempunyai kakitangan/ pekerja yang mencukupi dan bersesuaian

dengan skop dan spesifikasi perkhidmatan.

5.1.4 Mempunyai peralatan yang mencukupi dan bersesuaian dengan skop

dan spesifikasi perkhidmatan.

5.1.5 Latar belakang dan rekod penyebut harga

5.1.6. Keupayaan syarikat menyediakan perkhidmatan yang cekap, sistematik

dan peka terhadap keperluan kerajaan

6.0 SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

6.1 Kerajaan tidak terikat untuk menerima penyebut harga terendah atau mana-mana

penyebut harga. Keputusan Sebut harga adalah muktamad. Kerajaan tidak akan

melayan sebarang surat-menyurat yang berupa rayuan daripada penyebut harga.

6.2 Bagi penyebut harga yang berjaya, Kerajaan akan menghantar dokumen kontrak

yang perlu dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Sehingga

kontrak formal ditandatangani, dokumen sebut harga bersama-sama Surat

Setuju Terima adalah dianggap sebagai kontrak yang sah.

7. 0 PINDAAN DOKUMEN SEBUT HARGA

7.1 Kerajaan berhak meminda atau membatalkan mana-mana dokumen yang

membentuk sebahagian daripada pelawaan sebut harga ini, pada bila-bila masa

tanpa memberi notis terlebih dahulu untuk menguatkuasakan perubahan dalam

polisi atau membetulkan mana-mana yang silap, tertinggal, tidak jelas atau tidak

selaras yang mungkin timbul selepas pelawaan sebut harga ini dikeluarkan.

12

8.0 PEMBATALAN SEBUT HARGA

8.1 Kerajaan berhak membatalkan keseluruhan sebut harga ini tanpa apa-apa

tuntutan ganti rugi.

9.0 PENAMATAN KONTRAK

9.1 Jika penyebut harga yang terpilih gagal memberikan perkhidmatan yang

memuaskan, Kerajaan berhak pada atau bila-bila masa menamatkan kontrak ini

dengan memberikan notis penamatan secara bertulis dalam masa 30 hari kepada

penyebut harga tanpa apa-apa pampasan.

9.1.1 Kerajaan, selepas memberi notis bertulis 14 hari kepada penyebut harga,

mempunyai hak untuk menamatkan dengan serta-merta kontrak ini jika :

i. Penyebut harga melakukan sebarang pelanggaran obligasi-

obligasinya di bawah mana-mana peruntukan kontrak ini; atau

ii. Didapati bahawa penyebut harga atau agennya, atau mana-mana

orang yang digajikan olehnya atau bertindak bagi pihak dirinya, telah

terlibat dalam apa-apa cara yang menyalahi undang-undang/amalan

salah kerana melakukan atau cuba melakukan atau kerana telah

melakukan atau telah cuba melakukan apa-apa tindakan yang

menyalahi undang-undang berhubung dengan mendapatkan,

penyempurnaan dan/atau pelaksanaan kontrak ini atau mana-mana

kontrak lain dengan Kerajaan Malaysia; atau

iii. Jika Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa

penyebut harga, pekerja-pekerja atau mana-mana pihak yang

bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan

penyebut harga), telah melakukan perbuatan rasuah dan/atau apa-

apa perbuatan yang akan terjumlah kepada suatu kesalahan di

bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta

694) berhubung dengan kontrak ini dan/atau mana-mana kontrak

lain dengan Kerajaan.

13

10. TINDAKAN TATATERTIB

10.1 Jika mana-mana penyebut harga :

10.1.1 Menarik balik sebut harga sebelum tamat tempoh sah sebut harga atau

apa-apa tempoh lanjutan; atau

10.1.2 Mengenakan had, syarat atau perjanjian tambahan selepas tarikh akhir

yang ditetapkan bagi penyerahan sebut harga (dan dalam hal yang

sedemikian ia hendaklah disifatkan sebagai penarikan balik sebut

harga ini); atau

10.1.3 Jika sekiranya telah disetuju terima, enggan dan tidak melaksanakan

kontrak yang formal atau tidak meneruskan perkhidmatan; atau

10.1.4 Jika sekiranya mengemukakan dokumen atau penyataan palsu

maka dalam mana-mana hal itu, Kerajaan hendaklah tanpa menyentuh

apa-apa hal lain yang ada padanya, sentiasa berhak mengambil

tindakan tatatertib atau membatalkan pendaftaran penyebut harga

sebagai kontraktor Kerajaan, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh

Kerajaan.

11.0 AKTA-AKTA YANG BERKAITAN

11.1. Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88);

11.2. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983;

11.3. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694);

12.0 INTEGRITY PACT DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

Merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2010 bertarikh 16 Disember 2010;

12.1 Secara ringkasnya Integrity Pact merupakan satu proses pengisytiharan oleh Penyebut Harga untuk tidak menawar atau memberi rasuah bagi mendapatkan kontrak atau sebagai ganjaran mendapatkan sesuatu kontrak dan bagi mempercepatkan sesuatu urusan Perolehan Kerajaan. Tujuan utama Integrity Pact dilaksanakan dalam perolehan Kerajaan adalah untuk:

12.1.1 mengelak Penyebut Harga daripada menawar atau memberi rasuah;

12.1.2 menghendaki Penyebut Harga melaporkan sebarang kesalahan rasuah kepada Pihak Berkuasa; dan

14

12.1.3 memastikan Kerajaan tidak menanggung “unnecessary costs” dalam pelaksanaan urusan perolehan.

12.2 Penyebut Harga yang menghantar dokumen tawaran hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida (Lampiran K8) mengaku janji bahawa Penyebut Harga tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah melampirkan Surat Perwakilan Kuasa (Lampiran K9) menandatangani bagi pihak syarikat sebagai tanda bahawa beliau adalah individu yang diberi kuasa untuk berurusan dengan pihak Kerajaan bagi urusan perolehan/perjanjian bagi Sebut Harga ini.

12.3 Penyebut Harga yang berjaya dan dilantik secara rasmi oleh pihak Kerajaan dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya mengaku janji bahawa tidak menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa (Lampiran K9) menandatangani bagi pihak syarikat.

13.0 Harga

13.1 Harga yang ditawarkan adalah harga tetap, harga bersih dan dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja serta tidak boleh dipinda selepas penawaran ini ditutup dan berkuatkuasa selama tempoh sah laku penawaran dan kontrak. Walau apapun, Kerajaan berhak membuat perubahan pada bila-bila masa.

13.2 Penilaian harga antara Penyebut Harga adalah berasaskan kepada jumlah senaskhah. Harga yang diserahkan haruslah mengikut mekanisme penggenapan harga yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu dalam dua (2) titik perpuluhan. Contoh: RMX.xx.

13.3 Penyebut Harga yang menawarkan harga dalam mata wang asing atau mengikut kadar perubahan mata wang asing tidak akan dipertimbangkan.

13.4 Harga tawaran Penyebut Harga hendaklah juga diisi di dalam dokumen Sebut Harga (Borang K3): Lampiran ini mestilah bertaip. Kerajaan adalah berhak membuat sebarang keputusan berhubung harga bagi Sebut Harga Perkhidmatan Membekal Dan Menghantar Perabot Berasaskan Logam Bagi Pemerolehan Kelengkapan Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Daerah (BOSD), Kementerian Pendidikan Malaysia , Zon Sabah dalam Borang K3.

13.5 Harga yang ditawarkan perlulah meliputi semua kos membekal, memasang dan menghantar serta sepanjang tempoh jaminan yang telah dipersetujui didalam kontrak.

13.6 Semua tawaran harga yang dikemukakan oleh Penyebut Harga hendaklah dikemukakan termasuk kenaan GST.

13.7 Penyebut Harga hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran dan mengemukakan nombor pendaftaran GST kepada Kementerian.

13.8 Sekiranya Penyebut Harga yang berjaya adalah berdaftar GST dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM), Kementerian akan mengeluarkan

15

Surat Setuju Terima (SST) kepada Penyebut Harga dengan tawaran harga termasuk kenaan GST.

13.9 Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran harga terendah atau mana-mana tawaran pun. Keputusan Kerajaan adalah muktamad dan sebarang cadangan, bantahan atau rayuan tidak akan dilayan.

14.0 Perjanjian Kontrak

14.1 Penyebut Harga yang berjaya adalah diwajibkan mengikat kontrak dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

14.2 Syarat-syarat dalam penentuan Sebut Harga dan surat tawaran adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak.

14.3 Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki menyediakan tiga (3) salinan fotostat kontrak asal. Perbelanjaan tersebut ditanggung oleh Penyebut Harga yang berjaya.

14.4 Penyebut Harga yang berjaya adalah bertanggungjawab untuk membatalkan Setem Hasil pada Perjanjian Kontrak.

14.5 Pembelian Setem Hasil adalah di bawah tanggungjawab Penyebut Harga yang berjaya.

15.0 Tempoh Kontrak

15.1 Tempoh kontrak adalah untuk satu (1) tahun bermula dari tarikh yang dinyatakan dalam Surat Setuju Terima. Walau bagaimanapun, Kerajaan adalah berhak menentukan tempoh kontrak yang sebenarnya.

16.0 Perubahan Syarat-Syarat

16.1 Kerajaan sentiasa berhak mengubah dari semasa ke semasa syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak dan mulai dari tarikh yang dinyatakan oleh Kerajaan.

17.0 Iklan

17.1 Tiada iklan mengenai kontrak boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau alat pengiklanan terkini melainkan jika pengiklanan itu telah pun dihantar kepada dan diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.

18.0 Cara dan Tempoh Penghantaran

Perkhidmatan Membekal Dan Menghantar Perabot Berasaskan Logam Bagi Pemerolehan Kelengkapan Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Daerah (BOSD), Kementerian Pendidikan Malaysia, Zon Sabah hendaklah cukup dari segi bilangannya, dibekal dengan sempurna mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan, mengikut cara dan tempoh penyerahan seperti yang dinyatakan dalam Surat Setuju Terima.

16

19.0 Denda Lewat Pembekalan

19.1 Kontraktor yang berjaya mestilah menyempurnakan kontrak pembekalan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan dalam kontrak.

19.2 Kontraktor yang berjaya akan dikenakan denda sekiranya gagal menyempurnakan pembekalan tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam kontrak. Cara pengiraan denda tersebut mengikut formula berikut :

Formula Bagi Mengira Denda Lewat Pembekalan

Denda = V(T + D) x 10% T

V : Nilai bekalan yang lewat dibekalkan

T : Tempoh penyerahan yang ditetapkan

D : Bilangan hari bekalan lewat

20.0 Denda Lewat Tuntut Pembayaran

20.1 Kontraktor hendaklah membuat tuntutan pembayaran kepada Kerajaan tidak lewat daripada tempoh empat belas (14) hari dari tarikh tamat tempoh pembekalan tersebut.

20.2 Sekiranya tuntutan pembayaran lewat dan melebihi tempoh yang ditetapkan, Kontraktor boleh dikenakan denda beramaun 0.1% daripada jumlah tuntutan bagi setiap bilangan hari yang Kontraktor lewat tuntut.

Formula Bagi Mengira Denda Lewat Tuntut Pembayaran

Denda = 0.1 % (C) x (D)

C = Jumlah Nilai Tuntutan

D = Bilangan Hari Tuntutan Lewat

21.0 Terma Pembayaran

21.1 Pembayaran akan dibuat berdasarkan bekalan/perkhidmatan sebenar yang telah disempurnakan dengan syarat semua dokumen yang diperlukan telah lengkap dan disahkan dan jumlah keseluruhan pembayaran tidak melebihi nilai kontrak.

21.2 Pembekal/Kontraktor diberi peringatan supaya mengemukakan bil/tuntutan yang lengkap dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh bekalan atau perkhidmatan dibekalkan atau kerja disempurnakan untuk membolehkan bayaran dibuat dengan segera. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan pembayaran kepada pembekal/kontraktor jika bil/tuntutan tidak dihantar dengan segera dalam tempoh empat belas (14) hari.

17

21.3 Pembayaran untuk tiap-tiap tuntutan pembekalan dan/atau perkhidmatan yang telah disempurnakan akan dibuat oleh Kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari setelah semua dokumen lengkap dan tiada perkara-perkara berbangkit (kuiri dokumen). Pembekal/Kontraktor hendaklah atas arahan Kerajaan pada bila-bila masa memberikan respon dengan segera kepada Kerajaan apa-apa maklumat yang diperlukan bagi menyokong tuntutan pembayaran tersebut.

21.4 Semua pembayaran akan dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja kepada akaun bank Penyebut Harga yang Berjaya.

22.0 Bahan/Dokumen Yang Mesti Dikembalikan

22.1 Hanya borang rasmi yang dimuat turun melalui laman web http://www.moe.gov.my akan diterima bagi maksud Sebut Harga ini. Dokumen-dokumen selain dokumen ini tidak diterima kecuali sebagai tambahan kepada borang asal. Dokumen-dokumen tambahan yang hendak digunakan mestilah mempunyai ukuran yang sama dan mengandungi ruang-ruang yang sama dan serupa dengan borang asal. BORANG TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK.

22.2 Setiap helaian dokumen Sebut Harga yang digunakan termasuk dokumen tambahan, mestilah ditandatangani di bahagian bawah dan setiap dokumen mestilah diberi nombor muka surat bersiri dan mengikut susunan.

22.3 Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong, ditandatangani ringkas serta dicatatkan tarikh dengan terang setentang dengan pindaan yang dibuat. Penggunaan cecair pemadam tidak dibenarkan.

22.4 Penyebut Harga yang tidak mengemukakan dokumen yang lengkap seperti yang diminta dalam tawaran sebut harga ini akan menyebabkan tawarannya tidak akan dipertimbangkan dan ditolak sepenuhnya.

22.5 Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan SEMUA dokumen sokongan yang diminta oleh pihak Kementerian dalam dokumen Sebut Harga. Bagi Penyebut Harga yang gagal mengemukakan kesemua dokumen yang diminta, maka Kementerian ini mempunyai hak untuk tidak menilai tawaran Penyebut Harga.

22.6 Semua dokumen Sebut Harga mestilah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang disediakan pada waktu pejabat di alamat seperti yang tersebut di atas tidak lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan. Ukuran setiap bungkusan dokumen Sebut Harga mestilah tidak melebihi 30 cm x 24 cm x 11 cm.

18

22.7 Kerajaan Malaysia tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran Sebut Harga, serta tiada sebarang alasan akan diberikan kepada mana-mana Sebut Harga yang ditolak atau tidak berjaya. Sebarang rayuan/cadangan/bantahan tidak akan dilayan. Keputusan Sebut Harga adalah muktamad.

22.8 Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan borang-borang penyertaan Sebut Harga akibat daripada tidak memasukkan dokumen-dokumen tersebut ke dalam Peti Sebut Harga yang disediakan. Jika borang-borang tersebut dihantar melalui pos atau perkhidmatan courier, Penyebut Harga dengan ini memberi amanah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menerima dan memasukkannya ke dalam Peti Sebut Harga. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan borang-borang tersebut.

SYARAT KHAS

1.0 SKOP DAN SPESIFIKASI

1.1 Skop dan spesifikasi hendaklah dibaca dan difahami supaya perkhidmatan dapat

dijalankan dengan sempurna dan mengikut sebagaimana yang dikehendaki oleh

Kerajaan.

1.2 Jika penyebut harga menganggap mana-mana fasa dalam sebut harga ini akan

melibatkan perbelanjaan, dia hendaklah memberi nilai wang terhadap fasa-fasa

tersebut.

1.3 Penyebut harga adalah bertanggungjawab dengan perbelanjaan sendiri ke atas

risiko pada semua, pekerja, peralatan, mesin, pengangkutan dan perkara-perkara

lain yang perlu untuk pekhidmatan kawalan keselamatan ini.

1.4 Skop dan spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di Lampiran T1.

19

2.0 TEMPOH PERKHIDMATAN

2.1 Tempoh bagi Perkhidmatan Membekal Dan Menghantar Perabot Berasaskan

Logam Bagi Pemerolehan Kelengkapan Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks

Daerah (BOSD), Kementerian Pendidikan Malaysia , Zon Sabah adalah dalam

tempoh 50 hari dari tarikh Surat Setuju Terima.

2.2 Bayaran hanya akan dibuat tertakluk kepada perkhidmatan yang memenuhi

spesifikasi tawaran sebut harga dan diluluskan oleh Kerajaan.

3.0 ANGGARAN KEPERLUAN / KUANTITI

3.1 Kuantiti yang diperlukan bagi tujuan Sebut Harga ini adalah seperti yang

dinyatakan dalam Lampiran I : Jadual Pembekalan Bagi Perkhidmatan

Membekal Dan Menghantar Perabot Berasaskan Logam Bagi Pemerolehan

Kelengkapan Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Daerah (BOSD),

Kementerian Pendidikan Malaysia , Zon Sabah

3.2 Kerajaan tidak menjamin dalam apa cara sekalipun bahawa kuantiti yang

disebutkan dalam pelawaan Sebut Harga ini akan dipesan kesemuanya tetapi

Penyebut Harga yang berjaya mestilah bersedia membekalkan semua pesanan

tidak kira sama ada pesanan kurang/lebih daripada kuantiti yang dianggarkan

dengan harga dan syarat-syarat yang sama.

Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia 8 September 2017

20

LAMPIRAN I

Jadual Pembekalan Bagi Perkhidmatan Membekal Dan Menghantar Perabot Berasaskan Logam Bagi Pemerolehan Kelengkapan Bilik

Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Daerah (BOSD), Kementerian Pendidikan Malaysia , Zon Sabah

BIL KOD

SEKOLAH PPD NAMA & ALAMAT SEKOLAH NAMA PENYELARAS

NO TELEFON/ FAKS

RAK TROLI TANGGA

1 XBA 4020 KINABALU SK KELOMBONG, KOTA

KINABALU, P.S 16430 , 88870 KOTA KINABALU SABAH

NURUL AIN BINTI MANAN 088 431871 7 1 1

2 XBA 5466 RANAU SK KILIMU, D/A PEJABAT

DAERAH 89300 RANAU , SABAH PRISKA JAILENA JINOL 088-876300

7 1 1

3 XBA 5132 KOTA MARUDU SK KOTA MARUDU 11 , BEG BERKUNCI 18, 89108 KOTA

MARUDU SABAH

ELLISTA ELBERT (SM) SITI YUSMINAH SRI YUNUS

(SR) 088-661319

7 1 1

4 XBA 3214 KUNAK SK KAMPUNG SELAMAT, KM 1, JALAN RUMAH REHAT, 91207

KUNAK SABAH FATIMAH BINTI NHJ ALBANI 089-852915

7 1 1

5 XBA 3078 TAWAU SK JAMBATAN PUTIH, JALAN

MUHIBAH, AIR PANAS, 184 91009 TAWAU, SABAH

JAMAL BIN SALIMIN 089-714194

7 1 1

6 XPA 1002 KENINGAU PEJABAT PELAJARAN DAERAH

KENINGAU, PETI SURAT 4, 89007 KENINGAU, SABAH

USRAH ABD. WAHID 087-333618

7 1 1

7 XBA 5353

KOTA BELUD

SK TIMBANG DAYANG, PETI SURAT 101, 89158 KOTA BELUD

JAMILAH BNTI SAIMIN 088-977511

7 1 1

21

8 XEA 5356 KOTA BELUD SMK TAUN GUSI II, BEG

BERKUNCI NO 5, 89159 KOTA BELUD , SABAH

JOHNY BIN BELATIK 088-972034

7 1 1

9 XBA 3339 SEMPORNA SK BUBUL II, JALAN BUBUL

LAMA, SIMPANG AIRPORT, 91308 SEMPORNA

YUSNITA FARIHAH BINTI MOHAMMAD

089-782841

7 1 1

10 XEA 3333 SEMPORNA SMK KABONGAN II, W.D.T 48,

91309 SAMPORNA, SABAH HAZAMA BINTI MAS SAAD 089-782915

7 1 1

11 XEA 3107 LAHAD DATU SMK TERUSAN, KM8, JALAN SILAM, 60706 91116 LAHAD

DATU, SABAH

089-882613

SAIRAH MOLING 7 1 1

12 XEA 1219 TAMBUNAN SMK TAMBUNAN, PETI SURAT 30,

89657 TAMBUNAN, SABAH

MATHIAS AKIM

SABINA SANTIU 7 1 1

13 XEA 2147 BELURAN SMK BELURAN 2, PETI SURAT 558, 90107 BELURAN, SABAH

MASNI BINTI USMAN 089-513376

7 1 1

14 XBA 2151 TELUPID SK. PEKAN TELUPID, P/S, 03,89300 TELUPID, SABAH

JASMIN JAKIUS 089-521730

7 1 1

15 KUDAT PPD KUDAT, P/S 319,89058,

KUDAT SABAH WALTER DUHAN 088-622945

7 1 1

16 X 081 PITAS PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PITAS, PETI SURAT 130, PITAS

89108 SABAH NAZIM CHIN

7 1 1

17 XBA 4129 PENAMPANG SK KIBABAIG, P/S 664,89507,

PENAMPANG, SABAH NASMAH SIKIN

7 1 1

18 XEA 4130 PENAMPANG SMK LIMBANAK, P/S 495,89507,

PENAMPANG, SABAH

ALBERT ABAH 7 1 1

22

19 XBA 1112 NABAWAN SK PEKAN NABAWAN, PETI

SURAT 67, 89957 NABAWAN, SABAH

MAHATHIR MUHAMMAD RAMLI

087-366885

7 1 1

20 XEA 1111 NABAWAN SMK NABAWAN , P/S 68, 89957

NABAWAN, SABAH KEVY SIMON 087-366215

7 1 1

21 PAPAR PPD PAPAR, PETI SURAT 132,

89607 PAPAR, SABAH KASIDI SUKARDI 088-913575

7 1 1

22 XEA 4303 TUARAN SMK TAMAN RIA, PETI SURAT

692,89207 TUARAN SABAH MAHAZIRAABD RAHMAN 088-489861

7 1 1

23 XBA 4343 TUARAN SK SERUSOP, PETI SURAT 609,

89208 TUARAN, SABAH LAILIZAH BINTI DARMAN 088-788743

7 1 1

24 XBC 2004 SANDAKAN SJK © CHENG MIN, PETI SURAT 676, 90707 SANDAKAN, SABAH

SEE TO LEE PHIN 089-210941

7 1 1

25 XPA 6201 SIPITANG SMK PENGIRAN OMAR II, PETI SURAT 292, 89857 SIPITANG,

SABAH

NIK NOOR AISHAH NIK MOHD SALLEH

087-822068

7 1 1

26 XBA 6214 SIPITANG SMK MERINTAMAN, PETI SURAT

292, 89857 SIPITANG, SABAH NOORAZLIN BINTI RAFEE 087-821322

7 1 1

27 XBA 6309 KUALA PENYU SK PEKAN KUALA PENYU, PETI

SURAT 24, 89748 KUALA PENYU, SABAH

MALIH ALI HAMID

7 1 1

28 XPA 2201 KINABATANGAN

PPD KINABATANGAN W.D.T 22, 90200 KINABATANGAN SABAH

NORDIN LAMPINGAN

7

1

1

23

29 XEA 6067 BEAUFORT SMK BEAUFORT III, D/A PPD

BEAUFORT, BEG BERKUNCI 15, 89808 BEAUFORT SABAH

MOHD ASNEH AG ABD RAHMAN

087-214599

7 1 1

30 XBA 6062 BEAUFORT SK PEKAN BEAUFORT, P/S 157,

89807 BEAUFORT, SABAH AMISUM HJ MANDAN 087-211858

7 1 1

31

WP LABUAN STOR JPN, JALAN MOHD SALEH,

PETI SURAT 81907, 87020 WP LABUAN

MOHAMAS BIN PINDUT 7 1 1