27
SKRIP DRAMA KANAK-KANAK ROHANA BINTI ABD.JALIL BM (A) PPG AMBILAN FEB.2012 UP: PUAN FAZIAH BINTI SULAIMAN TAJUK : SIAPA PENCURI BABAK 1 1.LATAR: DI HUTAN DI ATAS SEBATANG POKOK BESAR TEMPAT TINGGAL SEKUMPULAN BINATANG. ( muzik lembut yang menyamankan ) SUASANA PAGI SESUDAH FAJAR YANG NYAMAN DAN SEJUK BEGITU MENYAMANKAN. SANG NURI DAN SANG MURAI SUDAH BERSEDIA UNTUK KELUAR MENCARI REZEKI.. SANG MURAI : ( SUARA MURAI BERKICAU ) Nyaman sungguh pagi ini…. Sejuk sampai ke tulang hitam..malas rasanya hendak bangun.. SANG NURI : ( BUNYI NURI ) Apa yang bebalkan sorang –sorang tu Murai… SANG MURAI : Tak ada apa-apa aku hanya menikmati angina pagi..sungguh nyaman… 1

Skrip drama

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sesaja

Citation preview

Page 1: Skrip drama

SKRIP DRAMA KANAK-KANAK

ROHANA BINTI ABD.JALIL

BM (A) PPG AMBILAN FEB.2012

UP: PUAN FAZIAH BINTI SULAIMAN

TAJUK : SIAPA PENCURI

BABAK 1

1.LATAR: DI HUTAN DI ATAS SEBATANG POKOK BESAR TEMPAT TINGGAL

SEKUMPULAN BINATANG. ( muzik lembut yang menyamankan )

SUASANA PAGI SESUDAH FAJAR YANG NYAMAN DAN SEJUK BEGITU

MENYAMANKAN. SANG NURI DAN SANG MURAI SUDAH BERSEDIA UNTUK

KELUAR MENCARI REZEKI..

SANG MURAI : ( SUARA MURAI BERKICAU )

Nyaman sungguh pagi ini…. Sejuk sampai ke tulang hitam..malas rasanya hendak

bangun..

SANG NURI : ( BUNYI NURI )

Apa yang bebalkan sorang –sorang tu Murai…

SANG MURAI : Tak ada apa-apa aku hanya menikmati angina pagi..sungguh

nyaman…

SANG NURI : Ya sungguh nyaman..macam suaca dipuncak gunung sahaja..mengigil

aku..

TIBA-TIBA SUASANA BISING MUNCUL TIBA-TIBA…

1

Page 2: Skrip drama

SANG MURAI : Mengapa Sang Tupai menjerit-pagi-pagi lagi…ni..

SANG NURI : Ehtahlah…mari kita pergi lihat

SANG MURAI: Mari

TIBA-TIBA KEDENGARAN BUNYI YANG RIUH RENDAH MENGANGGU SUASANA

PAGI SESUDAH SUBUH ITU. ( KEADAAN HUTAN MASIH GELAP ). KELIHATAN

AHLI YANG TINGGAL DI ATAS KELAM- KABUT KERANA SEEKOR IBU TUPAI

(PENGHUNI DI POKOK BESAR ITU) KEHILANGAN KACANG IAITU MAKANAN

UNTUK SARAPAN ANAK-ANAKNYA . KEDENGARAN SUARA ANAK-ANAK TUPAI

MENANGIS KELAPARAN. SEMENTARA IBU TUPAI KELIHATAN BERLARIAN KE

SANA-SINI UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN DARIPADA PENGHUNI POKOK

YANG LAIN. PENGHUNI POKOK TERKEJUT DENGAN TERIAKAN ANAK-ANAK

TUPAI. ADA PENGHUNI YANG MERUNGUT-RUNGUT KERANA TIDUR MEREKA

TERGANGGU. SEMUANYA PENGHUNI POKOK DATANG BERKUMPUL DI

TEMPAT TINGGAL TUPAI DAN ANAK-ANAKNYA DENGAN KEADAAN MAMAI.

( SEPARUH SEDAR KERANA BANGUN DARI TIDUR KERANA TERKEJUT)

SANG NURI

( KEHAIRAN DAN KERISAUAN SAMBIL MENGESAT-NGESAT MATANYA DAN

SAMBIL MENGELIAT )

Sang Tupai, mengapa kau dan anak-anak kau membuat kecoh pada pagi-pagi ni,

anak-anak kau semuanya menangis terlalak terlolong, dan kau pulak terlompat-lompat

ke sana ke mari , habis bergegar dahan-dahan pokok ni..seperti kehilangan sesuatu ?

Apa yang telah berlaku?

( PERBUALAN MEREKA DISUSULI OLEH SUARA SANG BIAWAK DAN SANG ULAR

MENJERIT SAYUP-SAYUP ) KERANA MEMBANTAH SUASANA BISING YANG

MENGANGGU TIDUR MEREKA)

Sang Biawak: Kalau nak bergaduh laki-binipun…kaduhlah jauh-jauh sikit..jangan

gaduh kat pokok ini..bisinglah…aku nak tidur ni…nak- menangis nangislah jauh-jauh

…..

2

Page 3: Skrip drama

Sang Ular: hoi bisinglah…apalah memekaknya pagi-pagi ni…

SANG TUPAI

TERDIAM SEJENAK…( MUKA YANG KESEDIHAN DAN AIR MATA YANG

BERLINANGAN DI PIPINYA)

SANG TUPAI :

Aku sedih sang nuri, buah rambutan yang aku simpan untuk sarapan anak-anak aku

telah hilang, ghaib entah ke mana. Aku semalam simpan di sini.( sang tupai meraba-

raba dengan kaki di kawasan di dalam lubang pangkal pokok yang telah kosong.)

SANG NURI

( Menunjukkan muka simpati. Sambil menguis-guis dengan kepaknya kepada Sang

Tupai ).

Sang Tupai, Kau mesti bertenang. Nanti anak-anak kau susah hati melihat perlakuan

kau ini. Ambil buah rambutan ini. Beri anak-anak kau makan. Pujuk mereka semua.

Pergilah ke lubang kau semula.

(BINATANG YANG LAIN- SANG MONYET, SANG AYAM, SANG MURAI, SEMUANYA

MENGIKUT PERLAKUAN YANG NURI MENGURUT-URUT BAHU SANG TUPAI

SEBAGAI TANDA SUPAYA BERTENANG SECARA BERGILIR-GILIR.

SANG TUPAI

( Sang Tupai mengganggukkan kepala. Dia mengambil buah langsat lalu masuk ke

dalam lubang)

SANG TUPAI

Terima kasih semua..

SANG NURI

( Melepaskan pandangan kepada Sang Tupai. Kemudian dia beralih kepada penghuni

pokok yang lain sedari tadi hanya sebagai pemerhati.

3

Page 4: Skrip drama

SANG NURI

Kawan-kawan mari kita berbincang. ( Sang Nuri mengajak Sang Monyet, Sang ayam,

Sang Murai, ). Sang Nuri berkumpul di bawah pokok.

………………………………………………………………………………………………………

BABAK 2

SANG NURI BERDIRI DI ATAS SEBATANG BATU YANG BESAR LAGAK SEPERTI

PEMBACA QUTBAH MEMBERIKAN PENERANGAN KEPADA RAKAN-RAKAN

MENGENAI MASALAH YAG MELANDA DI TEMPAT TINGGAL MEREKA.

SANG NURI

( Berdiri tegak, untuk memberikan taklimat kepada rakan-rakan )

Seperti sedia maklum tempat tinggal kita sekarang ini mengalami masalah kecurian.

Setakat ini kita belum mampu untuk menyekat kegiatan kecurian ini. Kalau sebelum ini

kawan kita si ayam dan si Murai telah mengalami kesusahan apabila telur dan

sarang mereka mereka dimusnahkan dan di makan oleh musuh yang tidak dikenali.

Sekarang ini Sang Tupai juga mengalami masalah yang sama. Kacang untuk sarapan

anak-anaknya telah dicuri dan kulitnya di buang merata-rata tempat. Ada sesiapa yang

melihat kes kecurian ini?

( BERSUARA DENGAN SUARA KESEDIHAN )

SANG AYAM: Tolonglah kawan-kawan kita jadi ikhtiar, telur-telur saya yang kecil-kecil

itupun habis dimusnahkan oleh si pencuri yang durjana itu. Kasihan anak saya…tiada

harapanlah dia untuk mempunyai adik..keturunkan kami akan pupus sekiranya masalah

ini berterusan…

SANG BIAWAK

Telur ayam kecil dan terlalu hanyir…patut dibuang sahaja..tak payah menangislah

ayam..telur kau tu bukannya sedap sangat. ( suara sang biawak dari arah belakang

kumpulan yang sedang berkumpul itu ).

4

Page 5: Skrip drama

SANG MURAI (BERSUARA DENGAN SUARA KESEDIHAN )

Sarang dan telur saya juga habis dirosokkan oleh si pengkhianat itu. Sarang

dikoyakkan seperti terlalu marah. Memanglah di dalam sarang saya itu telurnya hanya

sebiji…saya baru sahaja mula bertelur…sekarang aku terpaksa membuat sarang yang

baru.

SANG ULAR:

Sarang macam rumah setinggan..macam rumah tak siap..memang patutlah sedang

roboh dan dimusnahkan… Tak apayah sedihlah sang Murai..he..( ( suara sang ular

dari arah belakang kumpulan yang sedang berkumpul itu ).

SANG MONYET

( Mengangkat tangan ) Semalam saya pulang lambat ke pokok ini. Saya pergi mencari

buah-buahan untuk dibawa ke majlis Sang Nuri hujung minggu ini. Jadi semasa

kejadian itu saya tiada di atas pokok ini.

( SANG ULAR DAN SANG BIAWAK LEWAT KE PERJUMPAAN ITU )

SANG BIAWAK ( bercakap dengan nada yang marah ):

Mengapa berkumpul ramai-ramai ni…lepas tu cakap kuat-kuat…menganggu kehidupan

orang lain sungguh.

SANG ULAR: Ya la…aku benci betul dengan keadaan macam ini. Kalau boleh aku nak

pidah ke tempat lain…tempat ini dah buat aku jadi tak tenteram…semua binatang ni

tidak tahu menghormati perasaan jiran yang lain.

SANG MURAI: Kamu ini memang tidak prihatin dengan masalah kawan-kawan lain

yang berada dalam kesusahan…tahunya merungut sahaja..kadang-kadang

menyampah pulak aku dengan perangai kau berdua ini..

5

Page 6: Skrip drama

SANG BIAWAK : Apa hal sampai ada yang terpekik terlolng pagi-pagi buta ini? Bingit

telinga aku ini…kalau suara tu merdu tak apalah juga… tertekan aku macam ni..

( sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal)

SANG AYAM:

Untuk pengetahuan kau berdua…tempat tinggal kita ini ada masalah yang

terbaru….ada kes kecurian lagi…kacang makanan si tupai telah dicuri pula…tulah

kau…orang datang awal semasa mesyuarat..kau datang lewat..lepas itu membebel

pula…suka benar kau orang berdua menyakitkan hati orang..tak berubah-ubah..

SANG ULAR.

Saya sudah tidur semasa kejadian kecurian itu berlaku. Saya makan terlalu kenyang

pada hari semalam, kerana saudara saya membuat majlis makan-makan. Disebabkan

makan terlalu banyak saya tidur dengan begitu lena. Sang Nuri boleh saya bertanyakan

soalan. Ke mana perginya ibu Tupai semasa makanan anaknya itu dicuri?

SANG NURI

Sang Tupai pergi ke pokok sebelah bertemu dengan ibunya di pokok hujung kampung

ini. Dia mengambil peluang semasa anaknya tidur untuk ke lubang ibunya. Jika anak-

anaknya tidak susah untuk dia melompat ke pokok tempat tinggal ibunya. Anak-

anaknya masih kecil dan belum cekap untuk melompat dari dahan ke dahan.

SANG BIAWAK

(BERCAKAP DENGAN MEGAH DAN BONGKAK )

Itulah akibatnya jika ibu yang tidak sayangkan anak-anaknya. Tinggalkan anak-

anaknya untuk pergi bergosip dengan ibunya. Kalau saya tidak akan tinggalkan anak-

anak saya walaupun seminitpun. Saya akan keluar dari sarang apabila anak saya

sudah besar. Barulah jadi ibu yang bertanggung jawab. Ini sebenarnya balasan untuk

ibu yang tidak bertanggungjawab.

6

Page 7: Skrip drama

SANG MONYET

Kau suka mencari silap orang lain Sang Biawak. Kau tidak pernah cuba untuk

memberikan buah fikiran cara untuk menyelesaikan masalah kecurian di tempat

tinggal kita ini. Tahunya mencaci orang sahaja kerjanya.

SANG BIAWAK

SANG MONYET MENJAWAB DENGAN AYAT MENYINDIR MONYET.

Kau pun sama sang monyet hanya tahu cari kutu dan makan pisang sahaja, yang lain-

lain kau bukan tahu buat apa-apapun.

SANG ULAR : Patutlah badan besar…kurang senaman..he..he.. hari tu aku dengar

pisang dia pun hilang juga…harapkan badan aje yang besar..makanan sendiripun tak

boleh jaga..ha..ha..ha..( gelak dengan kuat )

SANG MONYET

SANG MONYET MENERKAM KE ARAH SANG BIAWAK DAN MENCENGKAM

LEHER SANG BIAWAK. SANG ULAR MENYOROK DI BELAKANG SANG BIAWAK..

Kau memang suka cari gaduhkan Sang Biawak.

SEMUA BINATANG YANG ADA DI SITU MELERAIKAN PERGADUHAN ANTARA

SANG BIAWAK DAN SANG ULAR SANG MONYET.

SANG MURAI : Sudah-sudahlah tu..malu dilihat oleh anak-anak kita..setiap perlakuan

kita dijadikan contoh oleh anak-anak kita.

SANG MURAI: Bawa bersabar sang monyet.. ( sang murai-mengurut-ngurut badan

sang monyet )

SANG MONYET:

7

Page 8: Skrip drama

Entah-entah masalah ditempat kita ini berpunca daripada mereka berdua…mereka

berdua sahaja yang tidak mengalami masalah, dan mereka berdua sahaja yang suka

makan telur…

SANG ULAR:

kau jangan main tuduh-tuduh..aku tidak pernah mencuri..nanti aku boleh saman kau …

tahu tak..

SANG BIAWAK :

Tengok oranglah..badan besar, kebal, kuat siapa berani nak curi harta benda aku..kalau

berani cubalah..teruk aku kerjakan nanti…ha..ha..ha..

SANG NURI

Sudah-sudah kita berkumpul di sini bukan untuk bergaduh tetapi mencari jalan

penyelesaian kepada masalah kita ini. Kamu ni sang biawak, sang ular dan sang

monyet macam budak-budak, suka sangat bergaduh. Pergaduhan tidak menyelesaikan

masalah.

TIBA-TIBA SANG MURAI MENDEKATI SANG NURI UNTUK MEMBERIKAN BUAH

FIKIRAN. SANG MURAI BERJALAN TERKEDEK-KEDEK MENDEKATI SANG NURI .

SANG MURAI

Tadi saya dan Sang ayam ada berbincang tentang masalah kecurian di tempat tinggal

kita ini. Kami berdua berasa kita perlu mengupah seorang penyiasat persendirian

untuk menyiasat kes kecurian ini.

SANG BIAWAK ( dengan nada angkuh dan menyindir)

Siapa yang hendak menyiasat kes yang kecil sebegini. Lagipun kita mana ada wang

untuk memberi upah kepada penyiasat itu apabila dia telah selesaikan kes. Suka beri

pandangan yang tidak masuk akal..he..he..he.. Sang Murai..sang Murai…berfikirlah

sebelum bercakap…jangan nanti diketawakan oleh orang…

8

Page 9: Skrip drama

SANG ULAR

Sayapun tiada wang untuk dihulurkan kepada penyiasat itu. Saya makanpun kais pagi

makan pagi, kais petang makan petang. Saya ni cukup-cukup makan sahaja. Baik beli

makanan mengeyangkan perut dari membazir kepada sesuatu yang tidak berfaedah..

SANG AYAM

( menghampiri Murai dan sang Nuri )

Saya dengar tuk penghulu hutan kita sang kancil yang bijaksana telahpun pulang dari

lawatan kerjanya. Saya rasa elok kiranya kita pergi bertemu dengannya untuk

mengadu hal tentag masalah kita ini. Itulah cadangan saya dan Sang Murai.

SANG BIAWAK

( SANG BIAWAK BERCAKAP DENGAN BERANG TANDA JENGKEL DENGAN

CADANGAN SANG MURAI DAN SANG AYAM )

Buat apalah kita nak menyusahkan sang kancil itu. Tentu dia keletihan kerana baru

balik daripada merantau. Ini Cuma masalah kecillah, kita boleh selesaikan sendirilah.

Apakah kamu semua ni. Suka sangat membazir…kalau kau orang lebih saagat duit beri

aje kat aku ni.. atau sedekahkan kepada anak-anak yatim dapat juga pahala..

SANG ULAR:

Betul..betul tu sang biawak …kalau susah sangat beri aje kepada aku ni..aku ni anak

yatim juga..ha..ha.ha.. mereka semua memang bodoh..suka mencadangkan sesuatu

yang tak masuk akal…kalau dah ada masalah selesaikan sendiri..ini sibuk

menyusahkan orang lain…tak faham aku….dengan kau semua ini..

KEDENGARAN SUARA-SUARA PENGHUNI POKOK YANG BERCAKAP SESAMA

SENDIRI UNTUK MEMBERIKAN PENDAPAT MEREKA.

SANG NURI.

9

Page 10: Skrip drama

Baiklah kita sekarang mempunyai dua pendapat cara untuk menyelesaikan masalah ini.

Sang ayam dan sang Murai bercadang untuk menjemput sang Kancil untuk

menyelesaikan masalah kita ini. Ada benarnya juga pendapat sang itik dan sang ayam

itu. Sang Kancil sebagai Tuk Penghulu perlu tahu masalah kita ini. Pendapat yang

kedua kita selesaikan masalah kita sendiri mengikut pendapat biawak . Baiklah kita

buat undian. Siapa yang menyokong pendapat sang itik dan sang ayam boleh angkat

tangan dan siapa yang sokong pendapat sang biawak juga boleh mengangkat tangan.

SANG BIAWAK DAN ULAR BEREDER DARI SITU KERANA SEBELUM UNDIAN

DIBUAT

SANG NURI

Siapa yang menyokong pendapat sang itik dan sag ayam untuk menjemput sang kancil

bagi menyelesaikan masalah kecurian ini?

( SEMUA PENGHUNI POKOK MENYOKONG PENDAPAT SANG AYAM DAN SANG MURAI

KECUALI SANG ULAR DAN SANG BIAWAK.)

Siapa yang menyokong pendapat sang biawak ?

( TIADA YANG MENGANKAT TANGAN )

SANG NURI

Baik, penghuni pokok sebulat suara telah menyokong pendapat sang ayam dan sang

itik untuk menjemput sang kancil menyelesaikan masalah kita ini. Esok pagi-pagi lagi

saya akan bertemu dengan sang kancil.

( ANAK SANG KANCIL TELAH LAMA DUDUK DI SITU MENCURI DENGAR

PERBINCANGAN YANG DIBUAT OLEH PENGHUNI POKOK ITU )

10

Page 11: Skrip drama

ANAK SANG KANCIL: Nanti-nanti …Sang Nuri…ayah saya tak ada di rumah sekarang

ini…bulan depan dia baru balik…Ayah saya pergi melawat di hutan yang lain.

SANG AYAM : Nampaknya kita kena cari cara lain untuk menyelesaikan masalah kita

ini..( dengan nada kecewa )

SANG NURI : Betul tu..

………………………………………………………………………………………………………

BABAK 3

KEDENGARAN LAGU NYANYIAN LAGU SI BONGKOK TIGA OLEH ANAK-ANAK

PENGHUNI POKOK. ( ANAK TUPAI, ANAK AYAM, ANAK MONYET, ANAK MURAI ) –

SEHINGGA LAGU HABIS MEREKA BERMAIN-MAIN ..

ANAK MONYET:

Mana Si anak kancil ni…. Kata nak datang ..tapi muka hidung diapun tak nampak dari

tadi…

ANAK AYAM:

Mak dia tak kasi dia keluar kot…ayah diakan tak ada..mak dia minta tolong dia buat

kerjalah tu…

ANAK MURAI:

Tadi aku ada nampak dia tengah makan pucuk ubi di hujung jalan sana tu…syok

sangat makanlah tu sampai lupa kita di sini…

ANAK TUPAI:

Anak Kancil tak pernah mungkir janji..tunggulah sekejap lagi..tentu dia datang nanti…

11

Page 12: Skrip drama

Mari kita menyanyi lagi…kita nyanyi lagu lain pulak…

ANAK AYAM, ANAK MONYET, :

Lagu apa?

ANAK TUPAI:Lagu ini ( muzik dimainkan Lagu kanak-kanak yag sesuai )

ANAK KANCIL SAMPAI KE TEMPAT ITU DENGAN TERMENGAH-MENGAH..

ANAK KANCIL

Berhenti nyanyi..berhenti nyanyi…( Muzik diberhentikan )

Kawan-kawan Semasa dalam perjalanan ke sini tadi aku nampak sang ular dan sang

biawak sedang makan kacang…di mana mereka dapat ya..( bercakap dengan nada

yang termengah-mengah )

ANAK TUPAI:

Tah-tah kacang ibu kita tak..hari tu kan kacang kat rumah kita hilang..

ANAK MONYET:

Kesian kau…hari tu aku tengok mak kau nangis…kaupun nangis jugakan..

ANAK TUPAI:

Emm..emm..sedih aku laparlah…sebab tu nangis..

ANAK AYAM:

Mak aku pun nangis hari tu..telur mak aku kena makan dengan pencuri..habis

semua..tak tinggal satupun…kesian mak aku…nanti aku tak ada adik..kesian

aku ..sebatang kara…

ANAK MONYET:

Mak akupun kehilangan pisang juga..nasib baik sang Nuri beri aku buah rambutan …

kalau tidak tentu aku lapar..

12

Page 13: Skrip drama

ANAK MURAI:

Nasib baik mak kau tak sempat bergaduh dengan sang ular dan sang biawak…kalau

tidak mesti bergaduh besar…( ANAK MURAI MEMBUAT AKSI BERGADUH )

ANAK MONYET:

Kau janganlah sebut perkara itu aku malulah…nanti aku cili mulut kau baru tahu..

ANAK KANCIL:

Sudahlah tu …aku bukan nak suruh kau semua bergaduh… sebenarnya aku rasa kita

kena buat rancangan untuk memerangkap pencuri itu…

ANAK MURAI, ANAK MONYET, ANAK TUPAI, ANAK AYAM:

Macam mana ?

ANAK KANCIL:

Mari sini aku beritahu…

( ANAK-ANAK BINATANG INI BERKUMPUL SAMBIL BERPEGANGAN SEPERTI

PERBUATAN PEMAIN BOLA SEPAK SEBELUM MEMULAKAN PERMAINAN… )

ANAK MURAI, ANAK MONYET, ANAK TUPAI, ANAK AYAM:

O..OOOO..OOO..Macam tu ke ..he..he..he ( sambil membuat gaya kepada penonton )

……………………………………………………………………………………………………

BABAK 4

KELIHATAN SANG ULAR DAN BIAWAK SEDANG BEREHAT-REHAT DI BAWAH

POKOK.

SANG BIAWAK :

13

Page 14: Skrip drama

kita ni lama dah tidak pergi mencari makanan. Aku teringin nak makan telurlah…

SANG ULAR

Aku ada terjumpa telur busuk kau hujung belukar tu..kau nak ke…aku boleh pergi

ambilkan..

SANG BIAWAK:

Aku tak makan telur busuk..cis..meloya aku..kau ini Sang Ular…aku selalu makan telur

yang segar…baru tiba dari ladang…

SANG ULAR:

Kau ni memilih…kerja malas…

SANG BIAWAK:

Kau jangan sebut malas-malas tu aku tak suka…aku selalu dapat makanan terpijak…

jadi buat apa aku menyusahkan diri…sekeliling aku banyak makanan..he..he..

SANG ULAR

Nak hidup mesti pandai putar belitkan ….

SANG BIAWAK

Taupun kau..sebab itu aku suka berkawan dengan kau..kau begitu memahami…Kalau

kau ada sumber terbaru beritahulah aku….aku teringinlah telur..

SANG ULAR

Aku tidak masuk campur ya Sang Biawak…kalau kau ditimpa masalah lagi aku tak

mahu tolong dah.. ya..

(TIBA-TIBA KEDENGARAN SUARA KECIL DISEBALIK SEMAK BERHAMPIRAN

DENGAN TEMPAT SANG ULAR DAN SANG BIAWAK BEREHAT)

14

Page 15: Skrip drama

ANAK MURAI :

Mak aku kata..nanti proes pengumpulan telur burung, telur ayam akan dikumpulkan

pada satu tempat yang jauh dari sini.

ANAK KANCIL:

Kenapa buat macam tu?

ANAK MURAI:

Nak selamatkan telur tu dari dimakan oleh pencuri

ANAK AYAM :

Simpan kat mana..mak aku tak beritahupun..

ANAK MONYET:

Kau janganlah cakap kuat-kuat nanti orang dengar

ANAK TUPAI:

Aku dengar telur tu akan disimpan di sarang di dalam kumpulan busut-busut itu..

ANAK AYAM

Janganlah cakap kuat-kuat nanti orang dengar.. bila nak simpannya..

ANAK MURAI DAN ANAK KANCIL:

Tengah mala mini..( sambil berbisik-bisik )

( SANG BIAWAK YANG MENDENGAR PERBUALAN ITU TERSENYUM SUMBING )

SANG BIAWAK

Rezeki aku dah sampai Sang Ular

15

Page 16: Skrip drama

SANG ULAR

Belum pasti lagi Sang Biawak..itu cuma cakap budak-budak sahaja…bukan boleh

percaya..

SANG BIAWAK

Belum cuba..belum tau…rezeki jangan ditolak ..musuh jangan dicari..he..he..he…aku

nak beredar dah Sang Ular ..aku nak rehatkan diri..aku perlukan banyak tenaga untuk

menjalankan misi aku ini.

SANG ULAR

Ikut suka kau sang Biawak..aku tak masuk campur..

………………………………………………………………………………………………………

BABAK 5

SANG BIAWAK TERANGKAK-RANGKAK MENYOROK DIBELAKANG POKOK. DIA

SEDANG MEMERHATIKAN KEADAAN SEKELILING BUSUT ITU. TIADA KELIHATAN

SESIAPA DI BUSUT ITU. SANG BIAWAK MEMPERCEPATKAN LANGKAHNYA

MENUJU KE ARAH BUSUT ITU DENGAN MATA MEMERHATIKAN SEKELILING

SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA…

SANG BIAWAK:

Banyaknya telur ini..putih-putih belaka…tentu sedap ni..telur baru..terbaik dari ladang…

( SANG BIAWAK TERUS MENYUAP KE MULUTNYA SETELAH PUAS DIA

MENGHIDU DAN MENJILAT-JILAT KULIT TELUR ITU )

SANG BIAWAK:

Adui..kerasnya telur ini…telur besi ke telur apa ini…tapi sedaplah…( SANG BIAWAK

SEMPAT MAKAN TIGA BIJI TELUR DENGAN LAHAP KERANA KELAPARAN )

SAMPAI TELUR YANG KE EMPAT:

SANG BIAWAK

16

Page 17: Skrip drama

Aduh sakitnya gigi aku ini…( sambil meluahkan dari mulut ) gigi aku patah..

Aduh sakitnya perut aku…aduh tolong-tolong sakitnya perut aku…

( TIBA-TIBA KELUAR DARI SEMAK PENGHUNI HUTAN )

SEMUA BINATANG:

Ha…itulah akibatnya makan telur terbaik dari ladang…

SANG MONYET

Mari aku kerjakan kau…

SANG AYAM:

Sabar-sabar sang Monyet…( SAMBIL MENANRIK TANGAN SANG MONYET )

SANG MONYET

Aku sebenarnya sudah lama syakkan Sang Biawak ini. Tapi aku tiada bukti..

SANG NURI

Rupanya kau yang dalang disebalik kecurian di hutan ini…tidak sangka betul..sang

Biawak..kau penghuni hutan yang mementingkan diri sendiri.

SANG BIAWAK:

Tolong aku..sang Nuri..aku sakit…aku dah tidak berdaya untuk bergerak.. tolong aku

kawan-kawan…tolonglah aku kali ini..( SANG BIAWAK BERCAKAP DENGAN SUARA

MERAYU SAMBIL MENGADUH KESAKITAN…)

SANG NURI

KAWAN-KAWAN ..MARI KITA PERGI DARI SINI…

SEMUA BINATANG:

Jom pergi…

17

Page 18: Skrip drama

BINATANG-BINATANG ITU SEMUANYA BEREDAR DARI TEMPAT ITU DENGAN

PERASAAN MARAH.

……………………………………………………………………………………………………

BABAK 6

SANG BIAWAK:

Tiada siapakah yang sudi datang melawat aku Sang Ular?

SANG ULAR

Tiada siapa yang datang…sabarlah..jangan sedih sangat.. nanti kau lambat sembuh

pula.

SANG BIAWAK:

Nanti bila dah sembuh aku akan pergi berjumpa dengan semua penghuni hutan ini

untuk minta maaf. Aku banyak menyusahkan mereka.

SANG ULAR

Baguslah kalau kau dah sedar…kita pergi sama-sama ya..akupun banyak buat salah

pada penghuni pokok ni…

( TIBA-TIBA ADA SUARA DI DEPAN SANG BIAWAK DAN SANG ULAR )

SANG MURAI:

Kami sudah maafkan kamu sang biawak dan sang ular. Kita tidak boleh lama-lama

bergaduh…berdosa..

SANG NURI: Buang yang keruh ambil yang jernih..marilah kita bermaaf-maafan..

(PENGHUNI POKOK BERSALAM-SALAMAN ANTARA SATU SAMA LAIN )

( MENYANYI LAGU MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT…ATAU LAGU LAIN YANG

SESUAI )

TAMAT

18

Page 19: Skrip drama

19

Page 20: Skrip drama

20

Page 21: Skrip drama

21