Upload
sai-vimala-devi
View
114
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
rajin selalu
Citation preview
Hacked by rRm3nHacked by rRm3n
LMK 2033********USERNAMEPASSWORDENTERBAGUSHacked by rRm3nHacked by rRm3n
Loading...
Di tepi sebuah sungai, ada seekor semut yang rajin bekerja. Setiap hari semut itu akan pergi ke pinggir hutan untuk mencari makanan.
Pada suatu hari, semut berasa sungguh penat lalu dia pun berehat sebentar di atas batu di tepi sungai itu.
Tidak lama selepas itu, semut ternampak seekor kura-kura sedang merangkak perlahan-lahan. Kemudian semut berfikir mengapakah kura-kura berjalan sangat perlahan.
Kura-kura juga ternampak semut sedang berehat. Dia pun merangkak menuju ke arah semut itu.
Apa khabar semut? tanya kura-kura tetapi semut tidak menjawab pertanyaan itu. Semut seolah-olah tidak menyedari kehadiran Kura-kura di situ.
Tiba-tiba semut melompat ke tanah dan bertanya, kenapa kamu bergerak terlampau perlahan sedangkan kamu lebih besar daripada saya? tanya semut kepada kura-kura.
Saya boleh bergerak dengan pantas dan boleh membuat kerja dengan cepat, ucap semut lagi.
Kura-kura tidak tahu untuk berkata apa-apa. Dia berasa sungguh sedih kerana tidak dapat bergerak sepantas semut. Dia pun pulang ke rumah.
Setibanya di rumah, dia bercerita kepada bapanya tentang semut. Kita mesti bersyukur dengan anugerah tuhan kepada kita, pujuk bapanya.
Selepas itu, kura-kura berasa gembira semula kerana percaya bahawa tuhan telah menjadikan makhluk di bumi ini berbeza-beza dan mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Pada suatu hari semut sedang sibuk bekerja membawa makanan di tepi sungai.
Tiba-tiba dia tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai yang sedang mengalir laju. Tolong! Tolong! jerit semut sekuat hatinya.
Aku tidak pandai berenang! Tolong! jerit semut lagi sekuat hatinya. Kura-kura yang kebetulan lalu di situ terdengar jeritan semut.
Tanpa membuang masa kura-kura segera terjun ke dalam sungai dan menyelamatkan semut daripada hanyut di bawa arus yang deras itu.
Terima kasih kura-kura kerana telah menyelamatkan nyawa aku. Ucap semut. Aku juga memohon maaf kerana bersikap angkuh terhadap kamu dahulu. Ucap semut lagi.