6
SOALAN ISL 2 PERANAN DAN KEPENTINGAN MODEL-MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN SEPERTI ADDIE DAN ASSURE Peranan: 1. Meningkatkan Profession Perguruan 2. Kefahaman Keperluan 3. Penyelesaian Masalah 4. Fokus pengajaran Kepentingan : 1. Reka bentuk pengajaran dapat membantu proses pembelajaran murid secara individu,kumpulan kecil dan kumpulan besar. 2. Membantu guru memuat persediaan tentang topik, kaedah, aktiviti, bahan dan keperluan murid. 3. Membantu guru membuat persediaan yang dapat disesuaikan dengan topik dan latar belakang murid dalam proses pengajaran dan pembelajan. 4. Pembelajatan murid akan lebih menarik dan menyeronokkan. 5. Pengembang pengajaran dan model tidak boleh dipisahkan 6. Pengembang pengajaran menggunakan model pengajaran sebagai alat berkomunikasi sesama mereka dan pelanggan mereka 7. Sebagai garis panduan merancang aktiviti pengurusan. 8. Sebagai algoritma preskriptif bagi membuat keputusan.

Soalan Isl Edu 3105

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Soalan Isl Edu 3105

SOALAN ISL 2

PERANAN DAN KEPENTINGAN MODEL-MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN SEPERTI ADDIE DAN ASSURE

Peranan:

1. Meningkatkan Profession Perguruan

2. Kefahaman Keperluan

3. Penyelesaian Masalah

4. Fokus pengajaran

Kepentingan :

1. Reka bentuk pengajaran dapat membantu proses pembelajaran murid secara

individu,kumpulan kecil dan kumpulan besar.

2. Membantu guru memuat persediaan tentang topik, kaedah, aktiviti, bahan dan

keperluan murid.

3. Membantu guru membuat persediaan yang dapat disesuaikan dengan topik

dan latar belakang murid dalam proses pengajaran dan pembelajan.

4. Pembelajatan murid akan  lebih menarik dan menyeronokkan.

5. Pengembang pengajaran dan model tidak boleh dipisahkan

6. Pengembang pengajaran menggunakan model pengajaran sebagai alat

berkomunikasi sesama mereka dan pelanggan mereka

7. Sebagai garis panduan merancang aktiviti pengurusan.

8. Sebagai algoritma preskriptif bagi membuat keputusan.

Page 2: Soalan Isl Edu 3105

SOALAN ISL 8

Prosedur dan teknik menghasilkan transparensi yang berkesan.

1) Teknik terbuka

 

Transpernsi teknik terbuka

Teknik ini paling mudah dihasilkan. Dengan hanya sekeping transparensi dan kalau boleh ada bingkai (Tak wajib), lukis le apa yang hendak dilukis dengan pen OHP Menggunakan kaedah fotostat di kedai fotostat . Sediakan illustrasinya samada dilukis ada dicetak dengan komputer. Boleh juga guna cetakan dengan menggunakan ink-jet filem. Rekabentuk menggunakan komputer dan cetak.

2.  Teknik tetingkap

Teknik ini sesuai digunakan untuk menguji ingatan murid. Transparensi ditutup dengan tetingkap yang dibuat daripada kertas tebal, lebih kurang macam tingkap rumah kayu. Cuma enselnya dibuat dari masking tape, jangan dilipat tetingkap tu. Potong habis kotak tetingkap dan sambungkannya dengan masking tape. Ini untuk mengelak tetingkap tertutup semula bila dibuka, nanti tak cukup jari nak pegang seperti dalam transpensi atas sebelah kanan. Sesuatu imej boleh dibuka dan ditutup dengan mudah.

Page 3: Soalan Isl Edu 3105

3.  Teknik berlapis 

  Teknik ini sesuai untuk menunjukkan bahagian-bahagian tertentu pada manusia, haiwan, mesin dan sebagainya. Contohnya untuk memaparkan organ dalam badan:Transparensi 1- keseluruhan bentuk luaran tubuhTransparensi 2- mulut dan kerongkongTransparensi 3- paru-paruTransparensi 4- jantungTransparensi 5- organ lain   

Teknik ini agak teknikal sedikit. Boleh guna sehingga 5 keping transparensi serentak tetapi semasa guna, tayang satu demi satu.Lapisan 1, dibahagian bawah bingkai bagi imej asas.Lapisan 2,3,4,5 di bahagian atas bingkai. Lukis imej ikut peringkat demi peringkat. Sebelum melukis, tampal (matikan) illustrasi dibahagian bawah dan tekap. Jangan tanggal illustrasi sehingga habis melukis. Gunakan pen OHP berwarna-warni.

4. Teknik pusingan

Teknik sesuai untuk menunjukkan proses atau kitaran. Contohnya kitaran hidup katak dan rama-rama. Nak buat sangat mudah. Seperti gambar di atas, boleh dibuat objek berpusing dengan kertas tebal untuk menutup bahagian tertentu. Bahagian yang berlubang akan dipapar. Atau guna transparensi seperti gambar 2 dan 3. Lukis, fotostat atau cetak imej.

Page 4: Soalan Isl Edu 3105

5.  Teknik bergerak/ animasi

Pelajar saya bila saya kata transparensi pun boleh buat animasi, mereka agak teruja! Sebenarnya bahagian-bahagian tertentu pada imej boleh digerak-gerakkan. Contohnya transparensi kiri, tangan imej tu boleh dibengkokkan.Teknik ini memerlukan kreativiti dalam memanipulasi plastik transparensi tu. Sambungkan bahagian yang bergerak tu dengan benang atau pin.

6. Teknik bercerita dengan CD/DVD

 

Teknik ini agak susah jadi inilah yang diperlu dihasilkan oleh pelajar saya. Contohnya seperti cerita kanak-kanak dalam gambar di atas: KAMBING MENIPU HARIMAU. Kelebihan teknik ini, tranparensi mungkin menggabungkan dengan teknik berlapis, animasi dan sebagainya serta menggunakan audio berserta narasi, muzik danefek bunyi. Transparensi dibuka atau ditukar satu-satu mengikut audio. Skrip perlu disediakan

Page 5: Soalan Isl Edu 3105

dengan garis panduan penggunaan.

SOALAN ISL 12

Dengan mengakses internet, cari bahan  dan cuba membentuk  satu aktiviti bilik darjah  yang mengintegrasikan  fungsi hamparan elektronik dalam pengajaran.

Komponen penting dalam persekitaran pembelajaran multimedia adalah pengurusan berkesan. Guru perlu merancang jadual kitaran berkesan yang mengambilkira apa yang pelajar akan lakukan sebelum ke komputer, pada terminal komputer, serta selepas menamatkan tugasan di komputer. Berikut merupakan satu contoh aktiviti yang boleh dijalankan dengan mengintegrasikan fungsi hamparan elektronik dalam pengajaran.

Contoh aktiviti bersama dengan penjelasan:

Untuk suatu mata pelajaran tentang durian, sebelum menggunakan komputer, pelajar diminta menjanakan beberapa soalan dan hipotesis mengenai durian itu. Pelajar perlu mengutip data seperti berat, ukurlilit, ketinggian durian tersebut. Setiap kumpulan menganalisis data diperolehi untuk membuat kesimpulan dan tekaan tentang durian lain, seperti apakah berat sesuatu duarian berdasarkan panjang atau ukur lilit. Sepanjang pelajaran, pelajar mungkin dapat melihat video atau menerokai buku atau sumber lain.

Pelajaran dikaitkan dengan matematik, sains atau geografi. Projek pelajar pada komputer mungkin melibatkana. menentukan sumber maklumat di Internetb. download data dalam pengkalan data atau hamparan elektronikc. menjana jadual atau cartad. menulis laporan           e. menyediakan persembahan

Proses menyediakan jadual kitaran adalah kompleks dalam persekitaran pembelajaran multimedia. Aspek kritikal guru sebagai pengurus adalah keupayaan guru menyelesaikan masalah teknikal yang timbul dalam proses pembelajaran. Guru perlu menguji perisian dan perkakasan sebelum pelajaran bermula dan menjangka masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar. Guru juga perlu selesa dengan aplikasi yang akan digunakan oleh pelajar.

Pelajar digalakkan untuk membentuk kemahiran berfikir secara kritikal dalam konteks menyelesai masalah bermakna. Penyoalan, perancangan, perekaan,

Page 6: Soalan Isl Edu 3105

penganalisaan dan tekaan adalah sebahagian usaha kumpulan yang dipupuk dalam persekitaran pembelajaran multimedia.

Pelajar juga perlu selesa dengan penggunaan pelbagai sumber maklumat termasuk penggunaan komputer dan memilih sumber yang paling sesuai. Contohnya, mereka mungkin perlu mencari, menilai dan mengambil maklumat daripada internet, menggunakan hamparan elektronik bagi manipulasi data dan melihat keputusan dalam pelbagai format dan carta dan penyediaan persembahan. Aktiviti lain mungkin lebih sesuai dicapai dengan membina model, membuat eksperimen atau membuat temuduga. Perkara yang perlu ditegaskan ialah pelajar mempelajari penggunaan komputer bukan sebagai sumber pembelajaran tunggal tetapi satu daripada pelbagai sumber.