34
Soalan Pemahaman Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau- kalau kejadian pecah rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat tergempar dengan memanggil penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan cara terbaik bagi mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu. "Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara berkumpulan, " kata Pak Jusoh. Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ujar Pak Mail. Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula diadakan pada minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan oleh ketua mereka. Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanak-kanak mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu tidak mematahkan semangat Tuk Mat dan anak buahnya untuk meneruskan rondaan. Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah perahu terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri yang mencurigakan melangkah tergesa- gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang selama ini menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke muka pengadilan. 31. Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada setiap masa ? A Terdapat lembaga hitam berkeliaran di kampung itu pada waktu malam. B Kemungkinan akan berlaku kejadian pecah rumah di kampung itu. C Kampung itu sering didatangi oleh orang yang mencurigakan.

Soalan Pemahaman Tahun 5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PPKI

Citation preview

Soalan Pemahaman

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat tergempar dengan memanggil penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan cara terbaik bagi mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu."Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara berkumpulan, " kata Pak Jusoh. Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ujar Pak Mail. Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula diadakan pada minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan oleh ketua mereka. Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanak-kanak mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu tidakmematahkan semangatTuk Mat dan anak buahnya untuk meneruskan rondaan. Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah perahu terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri yang mencurigakan melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang selama ini menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke muka pengadilan.

31. Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada setiap masa ?A Terdapat lembaga hitam berkeliaran di kampung itu pada waktu malam.B Kemungkinan akan berlaku kejadian pecah rumah di kampung itu.C Kampung itu sering didatangi oleh orang yang mencurigakan.D Ada penduduk yang telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing.

32. Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya Dalam untukmenangani masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung itu ?A Melaporkan perkara itu kepada pihak polis.B Mengadakan kawalan pada waktu malam.C Membuat jadual rondaan.D Menangkap orang yang bersalah.33. Di manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ?A Di rumah Ketua Kampung Paya Dalam.B Di Kampung Kaki Bukit.C Di Kampung Paya Dalam.D Di pantai Kampung Paya Dalam.

34.Rangkai katamematahkan semangatdalam petikan bermaksudA mengalahkan kuasa.B membuat keputusan.C mengalihkan pendapat.D mengalahkan kemahuan.

35. Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat dan anak buahnya ?A Menjalankan kegiatan menyamun.B Menjalankan kegiatan pecah rumah.C Menjalankan kegiatan menakut-nakutkan penduduk kampung.D Menjalankan kegiatan pecah rumah dan menakut-nakutkan penduduk kampung.

Soalan PemahamanBaca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jenis pertandinganMasaTempatKumpulan Umur

Pertandingan mewarna8.00 pagi 12.00 tengah hariDi kantin sekolah5 7 tahun

Pertandingan bercerita8.00 pagi 10.00 pagiDi dewan sekolah8 10 tahun

Mendeklamasikan sajak10.00 pagi 12.00 tengah hariDi dewan sekolah10 12 tahun

Mencari harta karun2.00 petang 4.00 petangDi tempat perhimpunan12 tahun dan ditemani ibu bapa

Sukaneka4.00 petang 6.00 petangDi padang sekolah7 12 tahun dan para ibu bapa

36. Mengapakah pertandingan mewarna dan bercerita diadakan pada masa yang sama ?A Kedua-dua pertandingan itu dijangka mendapat sambutan yang hangat.B Kumpulan umur bagi kedua-dua pertandingan itu tidak sama.C Kedua-dua pertandingan itu mengambil masa yang agak lama.D Kedua-dua pertandingan itu terbuka kepada murid-murid sahaja.

37. Sebagai murid Tahun Lima, pertandingan apakah yang disertai oleh Asma ?A Pertandingan bercerita, mendeklamasikan sajak, dan mencari harta karun.B Acara sukaneka, pertandingan bercerita, mencari harta karun, dan mendeklamasikan sajak.C Mendeklamasikan sajak dan sukaneka.. D Mendeklamasikan sajak, mencari harta karun, dan sukaneka.

38. Sebelum pukul 2.00 petang, Manisah dan ibu bapanya telah berhimpun untuk menyertai suatu pertandingan.Berdasarkan jadual, pertandingan apakah yang akan disertai oleh mereka ?A Sukaneka.B Mendeklamasikan sajak.C Mencari harta karun.D Mencari harta karun dan sukaneka.

39. Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak pengajur supaya setiap pertandingan yang diadakan mudah untuk dikendalikan ?A Memendekkan masa pertandingan.B Penyertaan perlu dihadkan.C Menyediakan petugas yang lebih banyak.D Mengetatkan peraturan bagi setiap pertandingan.

40. Antara yang berikut, yang manakah bukan matlamat yang semua pertandingan tersebut diadakan ?A Untuk beradu kekuatan.B Untuk mencungkil bakat.C Untuk mengeratkan hubungan.D Untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan.

BM Tahun 2 : Petikan Pemahaman 1Bacakan petikan di bawah. Kemudian, bulatkan jawapan yang betul.(10%)

Jia Jia tinggal di Taman Damai. Pada hari Sabtu yang lalu, Jia Jia dan keluarganya telah bergotong-royong membershikan halaman rumah mereka.Ayah Jia Jia memotong rumput. Abang menyapu dau-daun kering. Kakak menyiram pokok bunga. Jia Jia dan adiknya pula mencuci longkang dan mengelap tingkap. Datuk Jia Jia sudah tua, dia berehat di kerusi.Setelah siap mengemas ruang tamu, ibu dan nenek menyediakan makanan yang sedap untuk mereka. Mereka berasa sungguh gembira kerana halaman rumah mereka menjadi bersih dan cantik.

1. Di manakah Jia Jia tinggal ?A. TamanDamaiB. TamanAmanC. TamanSentosa

2. Bilakah mereka bergotong royong membersihkan halaman rumah ?A. Pada hari Ahad yang lalu.B. Pada hari Sabtu yang lalu.C. Pada hari Selasa yang lalu.

3. Siapakah yang berehat di kerusi ?A. NenekB. DatukC. Ibu

4. Apakah yang dilakukan oleh Jia Jia dan adiknya ?A. Memotong rumput dan menyapu daun-daun kering.B. Menyiram bunga dan memotong rumputC. Mencuci longkang dan mengelap tingkap

5. Mengapakah mereka berasa gembira ?A. Kerana halaman rumah mereka kotor.B. Kerana halaman rumah mereka besar.C. Kerana halaman rumah mereka bersih dan cantik.

BM Tahun 2 : Petikan Pemahaman 2Bacakan petikan di bawah. Kemudian, jawap soalan-soalan berikut. (10%)

Halim kawan baik saya. Nama ibunya Aminah, dia seorang guru. Ibu Halim seorang yang baik hati dan penyayang. Dia sentiasa menjaga Halim dan keluarganya dengan penuh kasih sayang. Pada masa lapang, Halim akan mendengar cerita daripada ibunya. Halim sentiasa belajar bersungguh-sungguh kerana dia ingin menjadi orang yang pandai dan membalas jasa ibunya apabila dewasa.

1. Siapakah nama ibu Halim ?

Nama ibu Halim ialah ______________________________________ .

2. Apakah pekerjaan ibu Halim ?

Ibu Halim seorang _________________________________________ .

3. Bagaimanakah ibu Halim menjaga Halim dan keluarganya ?

Ibu Halim sentiasa menjaga Halim dan keluarganya dengan _________________________________

_____________________________________________________ .

4. Bilakah Halim akan mendengar cerita daripada ibunya ?

______________________________________Halim mendengar cerita daripada ibunya.

5. Mengapakah Halim belajar bersungguh-sungguh ?

Halim belajar bersungguh-sungguh kerana _______________________________________________

__________________________________________________________________________________ .

Petikan PemahamanBaca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya

Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari!

Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar dalam akhbar tu.Eee............ngerinya!

Chan : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang ular sawa dalam akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam -macam lagi.

Samat : Apa yang peliknya, Chan. Memanglah beritasensasimacam tu disukai oleh orang ramai Jadi wartawan pun jalankanlahtugasmereka untuk mencari cerita -cerita sedemikian!

Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa. masa tu barulah heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang dilindungi?

Samat : Tahu, baru semalam Cikgu Lina beritahu.

Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika mencedera atau membunuh ular.

Chan : Hukumannya berat juga. Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara!

Samat : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!

Gopal : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat -cepatlah lari. Jangan cuba-cuba nak pukul atau bunuh!

Chan : Kenapa? Kamu takut ke?

Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak kena masuk penjara pula!

1. Apakah maksud kata-kata Samat,'Eee....ngerinya' dalam petikan di atas?A. Bayang-bayang ular sawa menelan manusiaB. Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusiaC. Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbarD. Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal.

2. Perkataan'tugas' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan perkataanA. permainanB. kerjaC. ceritaD. akhbar

3. Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecualiA. ular sawa menelan gajahB. ular sawa menelan kambingC. ular sawa menelan ayamD. ular sawa menelan manusia

4 Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap orang yang bersalah kerana mencedera atau membunuh ular sawa?A.Denda sehingga RM3 000B.Dikenakan hukuman penjara.C.Dihukum penjara dan denda RM3 000D.Denda RM3 000 atau dihukum penjara

5 Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh keranaA.hukumannya sangat berat.B.ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi.C.kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa.D.kita boleh dihukum penjara.

LATIHAN PEMAHAMANSET 1

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga pergi ke Kajang untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Pak Long Jaafar. Kami sampai sejurus majlis tersebut dilangsungkan.Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Pak Long Jaafar dan Mak Long Kiah. Saya lihat ramai orang kampung yang sibuk bergotong-royong di rumah Pak Long. Ada yang sedang memasang khemah, membuat pelamin dan juga menyediakan bahan untuk memasak lauk-pauk di penanggah. Ibu mengajak aku ke ruang dapur. Kami turut membantu mengupas bawang dan ubi kentang. Suasana riuh-rendah. Ayah dan abang pula membantu menyiang ayam. Aku lihat abang nyaris-nyaris muntah kerana tidak tertahan dengan bau hanyir ayam. Upacara pernikahan dilangsungkan pada sebelah malam. Selesai sahaja akad nikah, majlis berinai diadakan. Para tetamu pula dijemput makan di khemah yang telah disediakan. Keesokan harinya, majlis persandingan diadakan pada pukul 2.00 petang. Pengantin diarak dengan bunga manggar serta paluan kompang. Selepas itu, kedua-dua mempelai duduk di atas pelamin. Cantik sungguh Kak Sarah, bisikku kepada emak. Pak Long Jaafar dan Mak Long Kiah dijemput menepung tawar pengantin diikuti kaum keluarga terdekat. Tetamu yang menepung tawar pengantin dihadiahkan sekuntum bunga telur. Selesai sahaja upacara menepung tawar, pengantin dan para tetamu makan di khemah yang telah disediakan. Selepas selesai makan, tetamu beransur pulang. Kami sekeluarga juga ingin pulang awal kerana abang akan menduduki peperiksaan SPM pada pukul 8.00 pagi esok. Sebelum pulang, Pak Long Jaafar sempat mengucapkan terima kasih kepada kami kerana sudi menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Mak Long Kiah pula menghulurkan bungkusan yang berisi nasi dan lauk-pauk sebagai buah tangan untuk kami.

1. Bilakah majlis perkahwinan anak Pak Long Jaafar diadakan ?

A. Hari Sabtu B. Hari Ahad C. Hari Isnin D. Hari Jumaat

2. Mengapakah abang aku nyaris-nyaris muntah ?

A. Kerana tidak tahan bau hanyir ayam. B. Kerana ayam sudah berbau busuk. C. Kerana tidak tahan melihat darah ayam.D. Kerana ayam yang disiangi terlalu banyak.

3. Perkara berikut diadakan semasa hari persandingan, kecuali

A. menepung tawar B. bersanding. C. berarak D. akad nikah

4. Apakah yang dihadiahkan kepada tetamu yang menepung tawar pengantin ?

A. Sekuntum bunga mawar. B. Sekuntum bunga telur C. Sebiji telur. D. Sepotong kek.

5. Apakah hubungan antara penulis dengan Sarah ?

A. Adik-beradik B. Sepupu C. Besan D. Anak Saudara

SET 2Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, para Penolong Kanan, guru-guru, serta rakan-rakan yang saya hormati. Saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sebuah syarahan pada pagi ini.

Hadirin yang dihormati,

Pada pagi yang indah lagi permai ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Pentingnya Bersenam". Slogan ini bermaksud bersenam merupakan satu daripada penaja utama kesihatan jasmani seseorang.

Memang tidak dapat untuk mengelakkan diri daripada ancaman penyakit, kita mestilah mengamalkan penjagaan kesihatan yang sempurna. Satu daripada kaedah untuk menjamin kesihatan yang baik ialah melalui aktiviti bersenam. Senaman secara teratur boleh membantu menyuburkan jasmani dan rohani seseorang.

Hadirin yang budiman,

Bersenam atau latihan jasmani memberi banyak faedah kepada kita terutamanya murid-murid sekolah. Setelah penat belajar sepanjang hari, bersenam boleh menolong murid-murid menghilangkan ketegangan dan membebaskan diri daripada perasaan bimbang. Murid-murid yang jarang bersenam akan mudah mendapat selesema, batuk, dan lenguh-lenguh badan.

Ketika belajar, murid-murid banyak menghabiskan masa duduk di atas kerusi. Ini membuatkan perjalanan darah menjadi kurang lancar. Akibatnya, badan mereka menjadi letih di samping tidak berupaya untuk berfikir dan mengingati apa yang dipelajari.

Hadirin yang disenangi, kita harusmenanamkan satu kesedarandi dalam diri tentang kepentingan bersenam. Murid-murid yang selalu bersenam didapati lebih cergas dan kebiasaannya dapat menyelesaikan masalah dengan baik.Mereka dapat menyesuaikan diri di kalangan rakan-rakan. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak rakan-rakan supaya mengamalkan senaman setiap hari.

Marilah kita jayakan slogan yang berbunyi "Pentingnya Bersenam" dalam diari kehidupan kita seharian. Tiada insan yang menafikan dan menolak pentingnya kesihatan. Kita juga perlu berusaha dan bertanggungjawab untuk merealisasikan hidup sihat dalam diri kita, keluarga kita, kumuniti kita, kampung kita, dan negara kita.

Informasi yang saya nyatakan di sini, diharap dapat dijadikan sebagai panduan. Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan seandainya terselit jua keterlanjuran kata dan kesilapan bicara.

Sekian, terima kasih.

1

Berdasarkan petikan di atas, matlamat bersenam ialah

Adapat menyelesaikan masalah dengan baik.

Bmenjauhkan kita daripada batuk dan selesema.

Cdapat mengelakkan diri daripada membuat kerja sekolah.

Dmembebaskan diri daripada perasaan bimbang dan curiga.

2

Frasa menanamkan satu kesedaranbermaksud

Amewujudkan kebiasaan.

Bmewujudkan keprihatinan.

Cmembentuk keinsafan diri.

Dmenjadikan amalan harian.

3

Rangkai kata mereka dapat menyesuaikan diri di kalangan rakan-rakanbermaksud

Amembentuk tubuh badan yang sihat.

Bmembentukrasa rendah diri dan menyisihkan diri.

Cmembentuk sikap ingin bersaing semasa bersenam.

Dmembentuk sikap yang disenangi serta dihormati oleh rakan.

4

Penulis berpendapat, badan yang letih dan penat boleh menyebabkan perkara-perkara berikut,kecuali

Aperjalanan darah menjadi kurang lancar.

Bketegangan dan perasaan bimbang kian menular.

Cseseorang itu mudah diserang pelbagai jenis penyakit.

Dhilang keupayaan untuk mengingat sesuatu dan berfikir.

5

Mengapakah kita digalakkan bersenam secara bersistematik?

AMenyihatkan badan dan mencerdaskan fikiran

BMembebaskan diri daripada belenggu pelajaran

CMenguatkan ikatan persahabatan dan setia kawan

DMenguatkan otot dan melancarkan perjalanan darah

SET 3

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sudah hampir dua tahun Tuk Mat meninggalkan aku. Dia pergi buat selama-lamanya. Waktu itu aku baru melangkah ke tahap dua sekolah rendah. Tuk Mat amat istimewa bagiku. Aku tidak pernah melupakannya. Imbasan peristiwa lalu masih segar dalam ingatanku.

Namanya selalu kusebut apabila kesunyian. Aku terasa seolah-olah Tuk Mat berada di sisiku. Begitulah kasih sayang dan rapatnya aku dengan Tuk Mat. Aku merenung gambarku bersama-sama Tuk Mat. Alangkah manjanya aku memeluk bahu Tuk Mat. Tuk Mat kelihatan begitu ceria dengan senyumannya. Hanya potret inilah yang tinggal untuk mengubat rinduku pada Tuk Mat.

Selama ini, pada Tuk Mat tempat aku bermanja. Tuk Matlah yang menyara aku. Segala perbelanjaan persekolahanku ditanggungnya. Peristiwa sedih ini berlaku kira-kira tujuh tahun yang silam. Ibu berkahwin lain setelah kematian bapa.

Ibu melahirkan Khairul Nizam. Sesungguhnya kehadiran orang baru dalam hidup ibu menyebabkan aku jauh hati. Aku melarikan diri dan meninggalkan ibu. Mujur Tuk Mat faham. Beliau mengajak aku tinggal bersama-sama dengannya. Selepas itu, ibu ada juga datang memujukku. Tetapi Tuk Mat berkeras untuk terus menjagaku.

Tuk Mat benar-benar menyayangi aku. Setiap hari beliau menghantar dan mengambil aku dari sekolah dengan motosikalnya. Sepanjang ingatanku, tidak pernah Tuk Mat melukakan hatiku. Beliau sentiasa bersabar melayan segala kerenahku. Walaupun kadangkala aku ini kepala angin, Tuk Mat tidak pernah memarahiku apatah lagi memukulku. Sebaliknya, Tuk Mat banyak memberikan nasihat kepadaku. Hingga kini, kata-kata itu masih segar dalam ingatanku.

Kenangan dan kemesraanku bersama Tuk Mat amat payah untuk kulupakan. Memori ini telah sebati dengan jiwaku. Tanpa kusedari, air mataku berlinangan di pipi. Aku benar-benar rindu akan kasih sayang Tuk Mat. Doaku, semoga Tuk Mat damai di alamnya. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya atas roh Tuk Mat.

6. Apakah hubungan Khairul Nizam dengan penulis?

AAdik tiri

BAdik angkat

CAdik kandung

DAnak saudara

7. Apakah yang dilakukan oleh penulis apabila terkenangkan Tuk Mat?

AMemeluk bahu Tuk Mat dengan manjanya

BMenatap potret kenangan sambil menangis

CBersedih dan menangis tidak berhenti-henti

DMengingati kebaikan dan pengorbanan Tuk Mat

8. Penulis telah menceritakan tentang kehidupannya bersama-sama Tuk Mat, berapakah usia penulis sekarang?

A5 tahun.

B7 tahun.

C10 tahun.

D12 tahun.

9.Mengapakah penulis berasa sedih sehingga mengalirkan air mata?

ATerkenang akan bapanya yang sudah meninggal dunia

BTerkenang akan datuknya yang sudah meninggal dunia

CCemburu akan kehadiran Khairul Nizam dalam keluarganya

DTidak dapat membonceng motosikal Tuk Mat untuk ke sekolah

10. Pernyataan yang berikut adalah benar tentang penulis,kecuali

Atinggal bersama-sama ibunya selama lima tahun.

Bperbelanjaan sekolahnya ditanggung oleh Tuk Mat.

Cmenjadi anak yatim piatu ketika berusia lima tahun.

Dpenulis selalu mendoakan kesejahteraan roh datuknya

SET 4Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sabtu 12 Mac 20057.40 pagiBerhimpun di kantin sekolah. Seramai 40 orang ahli unit beruniform akan menyertai perkhemahan di Ulu Kenas, Kuala Kangsar. Cikgu Kamal sibuk memberi arahan kepada kami.8.30 pagiBas bertolak meninggalkan kawasan sekolah. Sepanjang perjalanan kami menyanyi dengan iringan petikan gitar Cikgu Azmi.10.30 pagiSampai ke tapak perkhemahan. Kami diarahkan mengangkut segala peralatan seperti khemah, peralatan memasak dan bekalan makanan.11.00 pagiSetiap kumpulan memasang khemah dengan bantuan guru-guru. Beberapa orang murid perempuan dengan bantuan Cikgu Ng Mei Kwan dan Cikgu Nona sibuk memasak untuk makan tengah hari.1.00 petangMakan tengah hari. Walaupun hanya berlaukkan sardin dan telur goreng, kami makan dengan begitu berselera. Selepas makan kami berehat.2.00 petangDibawa meredah hutan. Perjalanan agak sukar. Pegawai Jabatan Hutan Kuala Kangsar yang mengetuai kami turut menerangkan tentang beberapa jenis pokok dan kegunaannya. Tiba-tiba kami terdengar jeritan. Rupa-rupanya beberapa orang budak perempuan terserempak dengan seekor biawak bukit.4.30 petangKembali ke tapak perkhemahan. Cikgu Kamal membenarkan kami mandi di sungai. Kami bersorak kegembiraan.8.00 malamMakan malam. Sambil makan, Cikgu Kamal memuji kerjasama yang kami tunjukkan setakat ini.8.30 malamPersembahan kebudayaan.Setiap kumpulan diminta membuat satu persembahan. Guru-guru pun tidak kurang hebatnya. Cikgu Nurulberduetdengan Cikgu Nona menyampaikan lagu Aci Aci Buka Pintu.CikguAzmi pula menghiburkan kami dengan petikan gitar dan lawak jenakanya yang mencuit hati.

Ahad 13 Mac 20056.00 pagiSetelah mandi, murid Islam solat subuh dan murid bukan Islam menghadiri kelas Pendidikan Moral.Kemudian setiap kumpulan menyediakan sarapan pagi, iaitu roti dan telur setengah masak.8.00 pagiAktiviti mencari harta karun.Setiap kumpulan diberikan sebuah peta.10.00 pagiCikgu Kamal mengarahkan setiap kumpulan membuka khemah dan mengemaskan barang-barang kerana bas yang membawa kami pulang akan sampai sebentar lagi.11.00 pagiBas mula meninggalkan tapak perkhemahan Ulu Kenas yang memberikan banyak pengalaman dan kenangan kepada kami.

1. Berapa orangkah yang menyertai perkhemahan ke Ulu Kenas?

A40 orang

B42 orang

C45 orang

D46 orang

2. Mengapakah murid-murid perempuan menjerit apabila terserempak dengan biawak bukit?

AMereka berasa takut

BBiawak bukit sejenis haiwan berbisa

CMereka berasa terkejut apabila melihat seekor biawak yang besar

DBiawak bukit itu menjelirkan lidahnya dan cuba mematuk mereka

3. Pada pendapat kamu, apakah jawatan Cikgu Azmi di sekolah?

AGuru Pengakap

BGuru Disiplin

CGuru Muzik

DGuru Sains

4. Maksud berduetdalam petikan di atas ialah

Abersaingan.

Bbersendirian.

Cberkumpulan.

Dberpasangan.

5. Siapakah yang mengetuai perkhemahan tersebut?

ACikgu Nona

BCikgu Azmi

CCikgu Nurul

DCikgu Kamal

SET 5

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yangberikutnya.

JOHOR BAHRU, 3 Februari Pesta Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang Ketujuh akan bermula esok hingga 10 Februari ini. Pesta ini disertai oleh hampir 600 orang peserta yang akan mewakili negara termasuk negara kita.Pengerusi pesta itu, Tan Sri Mohamad Ali Hashim berkata, selain penyertaan tempatan dan antarabangsa, pesta kali ini turut menyaksikan penyertaan sekolah dan institusi pengajian tinggi. Penganjur telah membahagikan pesta tersebut kepada dua bahagian, iaitu pertandingan layang-layang naik dan pertandingan layang-layang cantik. Setiap pertandingan dibahagikan kepada dua kategori lagi, iaitu moden dan tradisional.Selain dapat menyaksikan reka bentuk wau yang unik, orang ramai juga berpeluang untuk melihat layang-layang tradisional yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti daun. Negaratuan rumah pula akan mempamerkan wau-wau dari seluruh negeri seperti wau kucing, wau bulan dan wau burung.Beliau berkata, tarikan utama pesta kali ini ialah pertunjukan layang-layang moden yang direka secara kreatif, unik dan berwarna-warni oleh peserta tempatan dan luar negara. Seramai 15000 orang pengunjung dijangka menyaksikan pesta yang telah mendapatpengiktirafanantarabangsa.Sempena pesta itu, pelbagai acaramenarik diadakan. Antaranya termasuklah pameran wau tradisional dan bengkel membuat wau. Yang istimewa lagi ialah pengunjung berpeluang untuk menaikkan wau ciptaan mereka.Pesta ini akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Johor pada hari Sabtu ini. Acara kemuncak pada hari tersebut ialah pertunjukan payung terjun oleh Angkatan Tentera Malaysia.1Apakah tarikan utama dalam pesta layang-layang tersebut?

APertunjukan layang-layang moden.

BCorak warna-warni layang-layang.

CPerasmian oleh Menteri Besar Johor.

DBengkel membuat layang-layang sendiri.

2Keistimewaan yang akan diperoleh pengunjung pesta tersebut ialah

Adapat menyertai pertandingan membuat wau moden.

Bdapat menyertai pertunjukan payung terjun.

Cdapat menyertai bengkel membuat wau.

Ddapat menyertai pertandingan membuat wau tradisional.

3Pernyataan yang manakahbenartentang pesta layang-layang tersebut?

APengunjung diberi kesempatan untuk menaikkan wau yang dipamerkan.

BPengunjung berpeluang melihat pelbagai jenis wau yang dipamerkan.

CPesta ini akan disertai oleh institusi pengajian tinggi dan sekolah sahaja.

DPesta tersebut bermula pada 3 Februari dan berakhir pada 10 Februari.

4Perkataanpengiktirafandalam petikan bermaksud

APengesahan

BPersetujuan

CPenyertaan

DPenghargaan

5Yang berikut ialah kategori pertandingan layang-layang itu,kecuali

Apertandingan menaikkan layang-layang moden.

Bpertandingan menaikkan layang-layang tradisional.

Cpertandingan kecantikan layang-layang unik.

Dpertandingan kecantikan layang-layang tradisional.

LATIHAN PEMAHAMAN (1)

SOALAN PERMAHAMAN 1Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.55, Jalan Ali 2/8,Taman Dahlia,83200 Kota Tinggi,Johor.18 Ogos 2006.

Menemui sahabatku, Hilmi. Semoga saudara berada dalam keadaan sihat walafiat.Saudara,Terima kasih kerana menceritakan pengalaman saudara tentang majlis perkahwinan abang saudara yang diadakan di Resort Ayer Keroh baru-baru ini. Saya turut berasa bangga kerana Perbadanan Pelancongan Negeri Melaka memilih abang saudara dan pasangannya sebagai model adat istiadat perkahwinan Melayu. Tentu ramai pelancong asing hadir untuk menyaksikan majlis yang penuh tradisi itu.Saya juga ingin menceritakan pengalaman menarik saya. Seminggu yang lalu saya dan keluarga telah melawat rumah panjang suku kaum Iban di Sarawak. Mereka tinggal di rumah panjangsejak beratus-ratus tahun dahulu. Penghuni rumah panjang terdiri daripada beberapa keluargadan diketuai oleh Tuai Rumah.Rumah panjang terbahagi kepada beberapa petak. Satu petak untuk sebuah keluarga. Di dalam petak pula terdapat beberapa buah bilik, dapur, ruai dan tanju. Tanju digunakan untuk menjemur hasil tanaman seperti padi, lada hitam dan hasil hutan lain. Ruai pula ialah tempatberlangsungnya upacara perkahwinan, kematian dan acara rasmi lain.Pengalaman melawat rumah panjang tidak mungkin saya lupakan sepanjang hidup saya. Itu sajalah yang dapat saya coretkan buat kali ini. Semoga berjumpa di lembaran lain.Sekian wassalam.

Sahabatmu,Mira

1. Di manakah Hilmi tinggal?AKota Tinggi, JohorBSarawakCMelakaDResort Ayer Keroh

2. Pada pendapat kamu, mengapakah Resort Ayer Keroh dipilih untuk mengadakan majlis perkahwinan itu?AKerana abang Hilmi sukakan tempat itu.BKerana tempat itu menjadi tumpuan pelancong asing.CKerana tiada tempat lain lagi.DKerana tempat itu kediaman keluarga Hilmi.

3. FrasaSemoga berjumpa di lembaran lainmenunjukkanAMira dan Hilmi sering berutus surat.BMira ialah bekas rakan sekolah Hilmi.CMira dan Hilmi mempunyai tali persaudaraan.DMira ialah bekas jiran Hilmi.

4. Apakah pekerjaan utama suku kaum Iban yang tinggal di rumah panjang itu?ANelayanBPenerokaCPegawai KerajaanDPetani

5. Jika ada pelancong asing yang datang melawat rumah panjang, di manakah majlis sambutan pelancong itu akan diadakan?ADi petak Tuai RumahBDi ruaiCDi tanjuDDi bilik tamu

.........................................................................................................................................................SOALAN PERMAHAMAN 2Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Fahmi :Aku dah kata Malik, tapi kau tak ambil peduli.

Malik :Tapi Fahmi, kalau aku tak gagahkan tulang empat kerat ini, siapa lagi yang hendak suapkan anak dan isteriku.

Fahmi :Ya benar, tapi kau pun tahu sekarang musim angin monsun timur laut.

Malik :Jangan kau nak bersyarah di depanku Fahmi. Selama ini ada saudaraku yang ambil tahu susah senang kami sekeluarga? Lagipun masa aku keluar keadaan laut tenang sahaja.

Fahmi :Aku kan ada Malik, bukan kau tak kenal aku. Sejak dari dulu lagi aku anggap kau sekeluarga sebagai saudaraku. Jika ada apa-apa kepayahan, kenapa kau tidak beritahu aku?

Malik :Sebenarnya aku sekeluarga telah banyak menyusahkan kau selama ini. Yuran pendaftaran anakku, Musa di universiti dulu pun kau yang sediakan. Takkan perbelanjaan hariannya pun aku nak minta daripada kau.

Fahmi :Tapi Malik, aku telah anggap Musa sebagai anakku sendiri, lagipun aku tiada anak. Kau jangan bimbang, mulai sekarang segala perbelanjaan Musa di universiti biar aku yang tanggung. Kau uruskan tiga lagi anakmu yang bersekolah rendah dan menengah itu.

Malik :Terima kasih Fahmi, kaulah saudaraku dunia dan akhirat.

Fahmi :Mujur Pasukan Polis Marin mempunyai bot pemecah ombak, kalau tidakentah apa yang akan berlaku semalam. Ingat, lain kali kalau nak ke laut,bawa aku sekali.

Malik :Baiklah Fahmi, terima kasih sekali lagi.

1. Apakah pekerjaan Fahmi dan Malik?APolis MarinBNelayanCPetaniDPenuntut universiti

2. Berapa orangkah ahli keluarga Malik?AEnam orangBEmpat orangCTujuh orangDLima orang

3. Apakah yang berlaku kepada Malik sehari sebelum perbualan di atas?AMalik ditimpa kemalangan jalan raya.BMalik dilanda ombak besar ketika menangkap ikan di laut.b Malik dihalau oleh saudara maranya.DMalik diserang jerung ketika di laut.

4. Pernyataan yang manakah sesuai bagi menggambarkan kehidupan keluarga Malik dan Fahmi?AFahmi sangat kaya, manakala Malik sangat miskin.BMereka berdua sangat miskin.CMereka adalah nelayan laut dalam yang kaya.DKais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

5. Pernyataan berikut benar tentang Fahmi,kecualiAFahmi tidak mempunyai anak.BFahmi ialah sahabat baik Malik.CFahmi ialah seorang pemborong ikan.DFahmi ialah seorang yang budiman.

........................................................................................................................................................

SOALAN PEMAHAMAN 3Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Aku meletakkan beg sekolahku di atas pangkin bawah pokok mangga di depan rumah.Keringatmasih lagi mengalir di dahi.Aku perhatikan sekeliling rumahku, tapi kelibat ayah belum kunampak. Mungkin ayah belum pulang lagi dari sawah. Sejak pemergian ibu setahun yang lalu, kerja ayah menjadi dua kali ganda. Anak padi sudah besar, tiada siapa yang akan mencabutnya untuk dipindahkan ke petak sawah."Din, baru balik?" tiba-tiba sahaja suara ayah mengejutkan aku dari arah belakang."Maafkan ayah, Din. Ayah belum masak lagi," kata ayah sambil menunjukkan dua ekor ikan keli di tangannya."Tak apalah, ayah. Ayah pergilah mandi dulu, biar saya masak," kataku sambil membawa ikan keli itu menuju ke pintu dapur.Lepas sembahyang Zuhur nanti tugasku bermula. Tinggal dua petak sawah lagi yang belum kubajak. Lepas itu, bolehlah aku mengambil upah membajak sawah Pak Megat, Pak Talib dan Pak Said. Itulah punca pendapatan sampingan aku bersama dengan jentera kubota berenjin diesel.Pernah suatu hari aku suarakan cadangan supaya ayah mencari pengganti ibu, namun aku ditengkingnya. Bagi ayah, tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempat ibu.Aku bertekad untuk meneruskan cita-citaku untuk menjadi seorang peguam seperti yang telah aku katakan pada ibu. Ibu

1. Perkataan keringat dalam petikan di atas bermaksudAtahi lalatBdarahCpeluhDjerawat

2. Apakah pekerjaan ayah penulis?APesawahBPekebun sayurCPembajak sawahDPenoreh getah

3. Apakah punca pendapatan sampingan keluarga penulis?AHasil jualan kuihBHasil jualan buah manggaCHasil jualan padiDHasil upah membajak sawah

4. Berikut ialah sikap yang ada pada diri ayah penulis,kecualiAPenyayangBBertanggungjawabCPenyabarDSuka menengking

5. Berikut ialah pengajaran yang boleh didapati daripada petikan di atas,kecualiAKita mestilah bersabar menghadapi dugaan.BKita hendaklah sentiasa menolong ibu bapa kita.CKita hendaklah bekerja sambil bersekolah.DKita hendaklah mempunyai cita-cita yang tinggi.

...................................................................................................................................................

SOALAN PEMAHAMAN 3Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Persatuan Penduduk Taman Seri Tanjung,54300 Kuantan,Pahang Darul Makmur._________________________________________________________________________

Yang Dipertua,Majlis Perbandaran Kuantan,54400 Kuantan,Pahang Darul Makmur. 7JULAI2012

Tuan,

Aduan Tentang Kerja-Kerja Pemungutan SampahPerkara di atas dirujuki.2. Untuk makluman pihak tuan, kami tidak berpuas hati dengan jadual kutipan sampah sekarang.Dahulu sampah dipungut tiga kali seminggu, iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Jumaat, tetapisekarang sampah hanya dipungut dua kali seminggu. Adakalanya sampah hanya dipungutsekali seminggu sahaja.

3. Keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa penduduk di sini kerana bau busuk daripadasampah yang tidak dikutip itu. Suasana seperti ini bertambah teruk apabila terdapat anjingdan kucing liar yang menyelongkar sampah sarap ini.

4. Lori sampah juga selalu datang pada waktu petang. Pada waktu ini banyak kanak-kanakberiadah di halaman rumah. Hal ini membahayakan mereka.

5. Kami berharap agar pihak tuan memandang serius masalah ini.Sekian dimaklumkan,terima kasih.

Yang menjalankan tugas,Mazlan(MAZLAN ABU BAKAR)

1. Mengapakah surat ini ditulis?AUntuk menjelaskan keadaan sampah yang berbau busuk.BUntuk membuat aduan tentang pemungutan sampah.CUntuk membuat aduan tentang anjing liar yang berkeliaran.DUntuk meminta penjelasan tentang jadual lori sampah.

2. Perkataan beriadah dalam petikan di atas membawa maksudAbersenamBbersembangCberkumpulDberistirehat

3. Pada pendapat kamu, siapakah Mazlan Abu Bakar?APengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri TanjungBSetiausaha Persatuan Penduduk Taman Seri TanjungCPengarah Bahagian Sisa Pepejal Majlis Perbandaran KuantanDYang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan

4. Harapan penulis daripada aduan ini adalah agarAlori sampah datang pada waktu malam.Banjing dan kucing liar dapat ditangkap dengan segera.Cmasalah penduduk mendapat perhatian pihak terbabit.Dsampah dapat dikutip setiap hari.

5. Semua pernyataan berikut benar,kecualiAPersatuan penduduk mahu sampah dikutip setiap hari.BLori sampah yang datang pada sebelah petang tidak disenangi penduduk.CMasalah bau sampah terjadi setelah lori sampah hanya datang dua kali seminggu.DKadang-kadang lori sampah hanya datang seminggu sekali.

...................................................................................................................................................SOALAN PEMAHAMAN 5Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.KUALA TERENGGANU, 14 Jun - Menteri Besar Terengganu merasmikan perniagaan francais keropok dan nasi dagang menerusi Dagang Corner (DG) dan T' Dagang yang dilancarkan kerajaan Terengganu di Restoran Terapung Puteri dekat sini.Konsep perniagaan francais itu dilihat mampu mengubah nasib pengusaha makanan tradisional negeri itu, sekaligus membuka peluang kepada mereka memasarkan produk mereka di pasaran antarabangsa.Dagang Corner di Restoran Terapung Puteri itu adalah satu cara terbaik untuk mempromosikan nasi dagang Terengganu supaya lebih dikenali terutamanya kepada pelancong asing. Selama ini nasi dagang hanya dijual di warung-warung tepi jalan dan di restoran-restoran tertentu sahaja.Pada masa yang sama, Dagang Corner akan turut memperkenalkan pelbagai jenis kuih tradisi Terengganu untuk dijual di sini. Pihak pengurusan telah membantu pengusaha makanan tersebut dengan menyediakan khidmat nasihat seperti pembungkusan dan pelabelan yang lebih menarik.Dengan usaha berterusan pihak pengurusan Dagang Corner dan sokongan kerajaan negeri Terengganu, Menteri Besar percaya produk tradisi ini akan mampu dieksport ke luar negara.

1. Siapakah yang bakal memperoleh manfaat daripada perniagaan francais yang dilancarkan itu?AMenteri BesarBPengusaha makanan tradisionalCKerajaan NegeriDPelancong asing

2. Apakah matlamat utama kerajaan melancarkan program seperti di atas?AMemajukan industri makanan tradisional.BMenggalakkan kedatangan pelancong asing.CMelariskan Restoran Terapung Puteri.DMempromosikan produk kraftangan Terengganu.

3. Perkataanmempromosikandalam petikan bermaksudAmemartabatkanBmeyakinkanCmengiklankanDmenyelerakan

4. Apakah jenis bantuan yang diberikan oleh pihak pengurusan Dagang Corner kepada pengusaha makanan tradisional?AkewanganBpembungkusanCmesin percumaDpenghantaran

5. Apakah harapan Menteri Besar Terengganu dalam petikan di atas?APengusaha makanan Terengganu akan bertambah kaya.BProduk makanan tradisional mampu dieksport ke luar negara.CLebih ramai pelancong akan datang ke Terengganu.DLebih banyak peluang pekerjaan akan dapat diwujudkan.

Latihan Pemahaman Tahun 3

BAHASA MELAYU 1PemahamanNAMA:TAHUN 3:Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Apabila cuti sekolah, Abu dan ayahnya sering ke sungai untuk memancing. Abu dan ayahnya sama-sama minat memancing. Abu pandai memancing. Dia belajar daripada ayahnya. Cara memasang umpan, membaling pancing dan merasai pancing semuanya dia tahu.

Sambil memancing, Abu dan ayahnya berbual-bual tentang hobi mereka. Asyik berbual-bual, pancing Abu mula ditarik ikan. Batang pancingnya meliut kuat. Abu terus memegang pancingnya dengan kuat. Bapanya segera membantu Abu menarik pancingnya secara perlahan, kalau tidak ikan akan terlepas.

Nasib Abu memang bertuah, dia mendapat seekor ikan lampam yang besar setelah dibantu oleh ayahnya. Dia semakin bersemangat. Dibalingnya sekali lagi pancing ke tengah sungai, tetapi kali ini tali pancingnya tersangkut di dahan pokok. Ayahnya menyuruh Abu menarik perlahan tetapi Abu tidak sabar,disentaknyatali tersebut dan terpelanting balik ke dahinya.

Sifat gopohnya menyebabkan dahi Abu telah bengkak terkena ketulan timah yang tersangkut di hujung pancing. Mulai hari itu, Abu berjanji kepada ayahnya untuk berhati-hati dengan keadaan tersebut.

1Apakah hobi Abu?

AMelancong

BBerlari di pantai

CSuka memancing ikan

DSuka berehat di pantai

2Daripada siapakah Abu mempelajari selok-belok memancing?

ADengan bapanya

BMelalui kawannya

CMelalui pengalamannya

DKawannya yang membantu

3Mengapakah Abu tidak tergesa-gesa menarik pancingnya apabila dimakan ikan?

ABimbang pancingnya patah

BBimbang ikan akan terlepas

CBimbang bahaya mata pancing

DBimbang umpannya akan putus

4Maksuddisentaknyaialah

Atarik perlahan.

Blepas secara perlahan.

Cditariknya dengan kuat.

Ddirampas dengan cepat.

5Apakah pengajaran daripada peristiwa yang telah menimpa Abu?

ATaat itu baik

BSabar itu iman

CTakut dapat memberi kejayaan

DGopoh boleh memberi bencana

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Satu pameran dan jualan hasil pertanian telah diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV. Pameran tersebut diadakan selama seminggu. Saya telah membuat tinjauan di pameran ini.

Pameran ini disertai oleh petani-petani dari seluruh Kelantan. Menurut seorang pegawai pertanian, Encik Ahmad Ramlee, pameran ini diadakan untuk membantu petani menjual tanaman mereka terus kepada pembeli.

Seorang peserta pameran ini, Pak Harun menyatakan rasa gembira kerana dapat menjual hasil kebunnya seperti pisang, nangka, keledek dan sayur-sayuran dengan cepat dan mudah. Hasil jualannya memuaskan kerana ramai orang yang datang ke pameran itu.

Pameran ini dikunjungi oleh penduduk dari seluruh Kelantan dan para pelancong juga. Mereka berpuas hati dengan harga barang-barang di pameran itu.

6Apakah yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV?

APameran dan jualan barangan kraftangan

BPameran dan jualan hasil pertanian

CPameran dan jualan hasil lukisan

DPameran dan jualan kain batik

7Siapakah yang menyertai pameran ini?

APara petani dari seluruh negeri Kelantan

BPara pelancong dari seluruh Kelantan

CPara peneroka dari seluruh Kelantan

DPara penoreh dari seluruh Kelantan