27
TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU YUSNEZAWATI BINTI AZIZAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

  • Upload
    donhu

  • View
    299

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM

HIDAYAH JOHOR BAHRU

YUSNEZAWATI BINTI AZIZAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya YUSNEZAWATI BINTI AZIZAN

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

Tarikh: Tarikh:

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU

(HURUF BESAR)

ENCIK HASSAN BIN HUSHIN

NO 9, KAMPUNG DARAT MUKIM MERGONG, 06250 ALOR SETAR, KEDAH

PSZ19:16 (Pind. 1/07)

Page 3: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).”

Tandatangan : ............................................................

Nama Penyelia : ENCIK HASSAN BIN HUSHIN

Tarikh : ............................................................

Page 4: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM

HIDAYAH JOHOR BAHRU

YUSNEZAWATI BINTI AZIZAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 5: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ...........................................................

Nama Penulis : YUSNEZAWATI BINTI AZIZAN

Tarikh : ...........................................................

Page 6: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

iii

DEDIKASI

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian dan syukur kupanjatkan di atas nikmat dan limpah kurnia Allah S.W.T

tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad

S.A.W.

KU ABADIKAN HALAMAN INI ISTIMEWA BUAT…….

Ayahanda dan Ibunda yang tercinta.....

Azizan bin Don dan Che Yom binti Sudin

Sesungguhnya doa dan jasa kalian adalah sumber kejayaanku. Semoga kehidupan

ayahanda dan bonda berdua senantiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya

selalu.

Buat pensyarah-pensyarah yang disanjungi,

...Terutama buat Encik Hassan bin Hushin...

Ilmu yang kalian curahkan, akan anak didikmu ini manfaatkan ke jalan yang

diredhaiNya. Semoga Allah memberkati dan merahmati perjuangan murni kalian

dalam mendidik anak bangsa. Terima kasih untuk segalanya....

Buat Teman Seperjuangan yang dikasihi,

Nadia Farhana, Rafeizah, Suriani, Nor Fahmilah, & Lain-lain...

Kenangan bersama tak mungkin hilang di luput zaman,

Suka duka perjalanan hidup telah direntasi bersama,

Semoga Allah memberkati kejayaan kita semua.

Sekian, Wassalam.

Page 7: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala

pujian untuk Allah s.w.t serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah

s.a.w.

Alhamdulillah, berkat rahmat dan keizinan-Nya yang telah memberi

semangat dan ketenangan kepada saya dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada

penyelia saya, Encik Hassan Hushin yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk

ajar, nasihat dan motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk menyempurnakan

kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya jadikan sebagai

panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari mendatang.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua Sekolah Menengah

Islam Hidayah, Puan Kamaliah Nordin di atas kebenaran dan kerjasama serta

perhatian yang diberikan dalam menjayakan penyelidikan ini.

Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang pernah membimbing,

rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang terlibat secara langsung dalam

menyiapkan penyelidikan ini, semoga segala jasa baik yang diberikan mendapat

keberkatan di dalam kehidupan kalian semua, InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Page 8: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan pengurusan

kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di Sekolah Menengah Islam

Hidayah Johor Bahru (SMIH). Sekolah ini dipilih berdasarkan kepada perkembangan

akademiknya yang mencapai kepada tahap cemerlang. Seramai 49 orang guru di

SMIH telah dipilih sebagai responden kajian ini. Set soal selidik mengandungi lima

aspek dalam pengurusan kurikulum dan dua aspek dalam pengurusan keselamatan

dan kesihatan. Data analisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social

Sciences (SPSS) versi 15.0 untuk mendapatkan nilai frekuensi, peratus dan min.

Hasil analisis menunjukkan tahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan

keselamatan dan kesihatan di SMIH berada pada tahap yang tinggi. Penyelidik

menyarankan cadangan untuk kajian lanjutan disertakan untuk tujuan

penambahbaikan.

Page 9: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

vi

ABSTRACT

This study was conducted to identify the level in curriculum and safety and

health management practices at Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru

(SMIH). This school was chosen based on its excellent academic performance. 49

respondents were selected during this study. A set of questionnaire was used which

consisted of five aspects in curriculum management and two aspect in safety and

health management. Data was analyzed using the Statistical Package for the Social

Sciences (SPSS) version 15.0 to obtain the value of frequency, percentage and mean.

The result showed that the level of practices of both the curriculum and safety and

health management in SMIH was high. Suggestions for further research have been

proposed for continuous improvement.

Page 10: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PEMBIMBING

JUDUL i

PENGAKUAN PENYELIDIK ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.2.1 Latar Belakang Sekolah 3

1.2.1.1 Sejarah Penubuhan Sekolah 3

1.2.1.2 Organisasi Sekolah 5

1.2.2 Pengurusan Kurikulum Sekolah 5

1.2.3 Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan

Sekolah

6

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

Page 11: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

viii

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Operasional 11

1.8.1 Pengurusan 11

1.8.2 Kualiti 11

1.8.3 Tahap 12

1.8.4 Pengurusan Kurikulum 12

1.8.5 Kurikulum 12

1.8.6 Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan 13

1.8.6 Sekolah Menengah Islam Hidayah 13

1.9 Penutup 13

2 SOROTAN KAJIAN 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Pengurusan 14

2.2.1 Pendekatan Pengurusan 15

2.2.1.1 Pentadbiran dan Pengurusan 16

2.2.1.1.1 Teori Birokrasi oleh Max Weber 16

2.2.1.1.2 Teori Organisasi oleh Henri Fayol 17

2.2.1.2 Pengurusan strategik 17

2.2.1.3 Total Quality Managment (TQM) 18

2.2.1.3.1 Total Quality Managment dalam

Pendidikan

19

2.2.1.4 International Standards Organisation

(ISO-9000)

20

2.2.1.4.1 Asas- asas Utama Pelaksanaan MS ISO

9000 di Sekolah

22

2.2.1.5 Management By Objectives (MBO) 23

2.3 Kualiti dalam Pendidikan 26

2.3.1 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

(SKPM)

27

2.4 Pengurusan Kurikulum 29

2.5 Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan 32

Page 12: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

ix

2.5.1 Pengurusan Keselamatan di Sekolah 32

2.5.1.1 Prinsip-Prinsip Sekolah Selamat 33

2.5.2 Pengurusan Kesihatan di Sekolah 37

2.6 Kajian Tempatan 38

2.7 Kajian Luar Negara 40

2.8 Penutup 41

3 METODOLOGI KAJIAN 43

3.1 Pengenalan 43

3.2 Reka Bentuk Kajian 43

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 44

3.4 Tempat Kajian 45

3.5 Instrumen Kajian 45

3.5.1 Soal Selidik 45

3.6 Kajian Rintis 47

3.6.1 Kesahan Instrumen Kajian 48

3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 49

3.7 Prosedur Kajian 50

3.8 Pengumpulan Data 51

3.9 Analisis Data 51

3.10 Penutup 52

4 ANALISIS DATA 53

4.1 Pengenalan 53

4.2 Huraian Latar Belakang Responden (Bahagian A) 54

4.2.1 Jantina 54

4.2.2 Umur 54

4.2.3 Taraf Pendidikan 55

4.2.4 Tempoh Perkhidmatan 56

4.3 Analisis Data Pengurusan Kurikulum serta

Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan

56

4.3.1 Tahap Amalan Pengurusan Kurikulum 57

Page 13: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

x

4.3.1.1 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 58

4.3.1.2 Panitia Mata Pelajaran 60

4.3.1.3 Jadual Waktu Guru 63

4.3.1.4 Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran 65

4.3.1.5 Perancangan Pengajaran dan

Pembelajaran

67

4.3.2 Ringkasan Dapatan Kajian dalam

Pengurusan Kurikulum

69

4.3.3 Tahap Amalan Pengurusan Keselamatan

dan Kesihatan

70

4.3.3.1 Sistem Kawalan Keselamatan Murid 71

4.3.3.2 Perkhidmatan Kesihatan Murid 73

4.3.4 Ringkasan Dapatan Kajian dalam

Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan

76

4.4 Penutup 77

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 78

5.1 Pengenalan 78

5.2 Rumusan Kajian 79

5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 79

5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian dalam

Pengurusan Kurikulum

80

5.2.2.1 Tahap Amalan Pengurusan Kurikulum Di

Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor

Bahru

80

5.2.2.2 Aspek yang Diberi Keutamaan dalam

Pengurusan Kurikulum di Sekolah

Menengah Islam Hidayah Johor Bahru

80

5.2.3 Rumusan Persoalan Kajian dalam

Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan

81

5.2.3.1 Tahap amalan Pengurusan Keselamatan

dan Kesihatan di Sekolah Menengah

Islam Hidayah Johor Bahru

81

Page 14: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

xi

5.2.3.2 Aspek yang Diberi Keutamaan dalam

Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan

di Sekolah Menengah Islam Hidayah

Johor Bahru

81

5.3 Perbincangan 82

5.3.1 Tahap amalan Pengurusan Kurikulum di

Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor

Bahru

82

5.3.2 Aspek Yang Diberi Keutamaan dalam

Pengurusan Kurikulum Di Sekolah

Menengah Islam Hidayah Johor Bahru

84

5.3.3 Tahap amalan Pengurusan Keselamatan

dan Kesihatan di Sekolah Menengah

Islam Hidayah Johor Bahru

85

5.3.4 Aspek yang Menjadi Keutamaan dalam

Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan

di Sekolah Menengah Islam Hidayah

Johor Bahru

86

5.4 Cadangan 88

5.4.1 Cadangan kepada Pihak Organisasi

Sekolah

88

5.4.2 Cadangan kepada pihak guru 90

5.4.3 Cadangan untuk kajian lanjutan 90

5.5 Penutup 91

RUJUKAN 92

LAMPIRAN A-D 97- 110

Page 15: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT

2.1 Fasa perlaksanaan Management By Objective 25

2.2 Instrumen Pemastian Standard (IPS) 28

2.3 Elemen- Elemen SKPM 28

3.1 Pecahan Item Soal Selidik 47

3.2 Alpha Cronbach 50

3.3 Skala Pemeingkatan Tiga Mata 52

4.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden

Mengikut Jantina

54

4.2 Taburan Frekuesi dan Peratusan Responden

Mengikut Umu

54

4.3 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden

Mengikut Taraf Pendidikan.

55

4.4 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden

Mengikut Tempoh Perkhidmatan

56

4.5 Skala Pemeringkatan Tiga Mata 57

4.6 Taburan Aspek bagi Tahap Amalan Kualiti

dalam elemen Pengurusan Kurikulum

57

4.7 Kekerapan, Peratusan dan Min dalam Aspek

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

58

4.8 Kekerapan, Peratusan dan Min dalam Aspek

Panitia Mata Pelajaran

60

4.9 Kekerapan, Peratusan dan Min dalam Aspek

Jadual Waktu Guru

63

4.10 Kekerapan, peratusan dan min dalam aspek 65

Page 16: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

xiii

penyeliaan pengajaran dan pembelajaran

4.11 Kekerapan, Peratusan dan Min dalam Aspek

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

67

4.12 Ringkasan Dapatan Kajian dalam Pengurusan

Kurikulum

69

4.13 Taburan Aspek bagi Tahap Amalan Kualiti

dalam Elemen Keselamatan dan Kesihatan

70

4.14 Kekerapan, Peratusan dan Min dalam Aspek

Sistem Kawalan Keselamatan

71

4.15 Kekerapan, Peratusan dan Min dalam Aspek

Perkhidmatan Kesihatan Murid

73

4.16 Ringkasan Dapatan Kajian Mengikut Aspek

Kajian

76

Page 17: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

xiv

SENARAI SINGKATAN

BOT - Lembaga Pemegang Amanah Sekolah Islam Hidayah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

ISO - International Standard Organisation

MBO - Management By Objective

NIOSH - National Institute for Occupational Safety and Health

PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

PKPA - Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

PPH - Pusat Pendidikan Hidayah Berhad

SKPM - Standard Kualiti Menyeluruh

SIH - Sekolah Islam Hidayah

SMIH - Sekolah Menengah Islam Hidayah

SRIH - Sekolah Rendah Islam Hidayah

STKP - Standard Tinggi Kualiti Pendidikan

TQM - Total Quality Management

Page 18: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A Borang soal selidik 97

B Surat Akuan Individu 105

C Borang Kebenaran Menjalankan Kajian Psm

Di Sekolah Menengah Islam Hidayah

107

D Surat Pengesahan Soal Selidik 109

Page 19: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam usaha mencapai dasar dan wawasan pendidikan, sesebuah sekolah

perlu mengatur dan mengawal faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti

perkhidmatannya seperti dalam pengurusan pentadbiran, kurikulum, kokurikulum

serta keselamatan dan kesihatan sekolah. Kawalan ini perlu berorientasikan

pengurangan, pembasmian dan yang paling utama pencegahan kerendahan kualiti.

Adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia dari

segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai

aspirasi negara.

Menurut Thierauf et al. (1977), pengurusan adalah merupakan suatu proses

menempatkan input organisasi melalui perancangan, pengelolaan, pengarahan dan

pengawalan bagi menghasilkan output (barangan dan perkhidmatan) yang diingini

oleh pelanggan supaya matlamat organisasi tercapai. Manakala, sistem pengurusan

pula ialah siri prosedur, kawalan, sikap dan budaya sesebuah agensi yang dapat

menjamin secara berterusan setiap produk sama ada dalam bentuk barangan ataupun

perkhidmatan menepati ataupun melebihi mutu yang digariskan. Melalui sistem ini

setiap individu mestilah memahami apa yang diharapkan, bagaimana untuk

mencapainya disamping memilih yang mencukupi untuk mencapainya (Kassim dan

Jamil, 1997) dalam Mahnita (2003). Seterusnya, apabila melihat kepada konteks

mengurus sekolah pula, ia bukan sekadar mentadbir sekolah, malah mengurus

Page 20: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

2

sekolah merangkumi cara-cara mengelola dan menyelia sekolah (Abdullah Sani,

2003).

Kefahaman tentang tujuan pengurusan dalam sesebuah sekolah adalah

merupakan satu asas penting kepada pengurusnya. Fungsi utama pengurusan dalam

sesebuah sekolah ialah menguruskan kualiti polisi, pembelajaran, manusia dan

sumber. Dengan itu, pemimpin sekolah berperanan dengan mengembangkan

penyataan visi dan misi yang mengenalpasti tujuan dan hala tuju sekolah itu. Spinks

(1990) telah mengenalpasti pengurangan bidang kuasa dan penyeliaan prosedur

sekolah telah menekankan keberkesanan persekolahan dan dengan itu menentukan

kejayaan dan kegagalan sekolah.

Kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah bergantung pada beberapa

faktor yang menjadi tunggak kepada melahirkan sekolah yang cemerlang bukan

sahaja dalam bidang akademik semata- mata tetapi meliputi sahsiah guru, disiplin

pelajar, kejayaan bidang kurikulum dan kokurikulum. Bagi mencapai sesebuah

sekolah yang berjaya dalam pelbagai bidang, seorang pengelola dan organisasinya

perlu bijak merancang, mengawal dan mengurus aktiviti yang dirancang.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sekolah merupakan satu institusi yang dapat memberi ilmu pengetahuan

kepada pelanggannya iaitu pelajar. Dalam konsep pengurusan sesebuah sekolah,

pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat dikenali sebagai pelanggan. Kejayaan

sesebuah sekolah bergantung kepada pengurusannya iaitu dari segi kualiti

pengurusan kakitangannya dan juga keberkesanan tugas yang dilaksanakan. Oleh

itu, sekolah harus mempunyai persekitaran, pengajaran, kemudahan dan pengurusan

yang berkualti (Brennan dan Shah, 2000) dalam Norizam (2001).

Menurut Kamaruddin (1999), pengurusan merupakan komponen terpenting

bagi menjayakan sesebuah sekolah selain daripada teknik pengajaran pembelajaran

Page 21: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

3

yang berkesan iaitu stail dan strategi pengurusan yang dinamik, cekap dan efisyen

supaya tercapai matlamat sekolah. Hernenlez (1993) dalam Lee Pai Ee (2002) pula

mengatakan bahawa pengurusan yang berkesan akan menghasilkan output yang

berkualiti. Oleh itu, amalan pengurusan yang bersistematik secara berterusan akan

dapat menghasilkan output yang cemerlang.

1.2.1 Latar Belakang Sekolah

Sejarah penubuhan dan organisasi Sekolah Menengah Islam Hidayah

merupakan elemen yang akan dibincangkan dalam latar belakang sekolah.

1.2.1.1 Sejarah Penubuhan Sekolah

Dalam kajian ini, Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) Johor Bahru

dijadikan sebagai tempat kajian. SMIH mula ditubuhkan pada tahun 1995 dan telah

dibuka pada tahun 1996. Penubuhan Sekolah Menengah Islam Hidayah adalah

merupakan lanjutan daripada Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH). SMIH ditadbir

oleh Lembaga Pemegang Amanah yang didaftarkan di bawah pendaftar syarikat iaitu

di atas nama Pusat Pendidikan Hidayah Berhad (PPH), selaku pemilik kepada

sekolah. PPH didaftarkan sebagai non profit making company manakala Lembaga

Pemegang Amanah pula berperanan menentukan dasar dan polisi Sekolah Islam

Hidayah (SIH). Segala urusan pentadbiran harian sekolah pula dikendalikan oleh

Lembaga Pengelola Hidayah.

Penubuhan SMIH adalah bermula dengan terbinanya bangunaan lima bilik,

tiga buah kelas, sebuah bilik guru, pejabat, makmal sains, asrama, tandas, koperasi,

kantin dan perpustakaan yang berkongsi dengan Sekolah Rendah Islam Hidayah

(SRIH). Untuk memberi kemudahan kepada pelajar dan guru, pihak pengurusan

sekolah menambah pula dua buah kelas, bengkel Kemahiran Manipulatif Tambahan

Page 22: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

4

dan juga pejabat yang baru pada tahun 1997. Pada tahun 1998 pula, SMIH berpindah

ke bangunan baru 11 bilik. Seterusnya, bilangan kelas untuk pelajar tingkatan empat

juga bertambah dan bengkel Ekonomi Rumah Tangga (ERT) serta perpustakaan pula

dibina. Kemudahan prasarana di SMIH sentiasa ditingkatkan bagi memberi

keselesaan dan kemudahan kepada pelajar dan juga guru.

Seterusnya, SMIH semakin berkembang dengan bilangan pelajarnya yang

semakin ramai. Dengan ini, pada tahun 1999 hingga 2001 pihak pengurusan sekolah

telah menambah bilangan kelas iaitu untuk pelajar tingkatan empat dan lima. Minat

masyarakat terhadap pendidikan berteraskan Islam semakin meluas. Ini terbukti

dengan bertambahnya permintaan ibu bapa yang mendaftar anak mereka masuk ke

SMIH. Dengan bilangan pelajar yang semakin bertambah, SMIH telah berpindah ke

tapak baru iaitu bersebelahan dengan SRIH. Segala kemudahan dan kelengkapan

sekolah disediakan. Pada tahun 2003, bilangan pelajar telah meningkat kepada 350

orang dan bilangan guru pula adalah sebanyak 35 orang.

Seterusnya, pada tahun 2004 pula permohonan masuk ke SMIH amat

menggalakkan. Lembaga Pengelola terus berusaha menambah ruang untuk pelajar

yang semakin meningkat itu. Justeru, dengan bilangan pelajar tingkatan satu yang

semakin bertambah, kelas tingkatan satu dibuka kepada empat kelas daripada hanya

tiga kelas sebelum ini. Penyediaan bilik tayangan multimedia juga disediakan untuk

memberi kemudahan multimedia kepada para pelajarnya.

Pada tahun 2006, penambahbaikan kantin pelajar dan penyediaan kantin

khusus untuk guru dan kakitangan dilakukan. Selain itu, pondok pengawal

keselamatan dibina bagi tujuan keselamatan dan penambahan asrama banin dan

rumah waden juga dibuat. Kemudahan prasarana dipertingkatkan lagi dengan

pembinaan bangunan kompleks surau dan tahfiz yang menempatkan surau banin dan

banat, sebuah bilik jahitan, bilik tayangan, bilik seminar serta ruang makan banat dan

guru dan seterusnya pembinaan bilik mensyuarat lembaga. Kini, bilangan pelajar

telah mencecah kepada 500 orang dan bilangan guru pula meningkat kepada 49

orang. Ini menunjukkan bahawa Sekolah Menengah Islam Hidayah semakin

Page 23: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

5

berkembang dengan pencapaian akademik pelajarnya dan terus menjadi rebutan para

ibu bapa untuk menghantar anak- anak mereka ke SMIH.

1.2.1.2 Organisasi Sekolah

Organisasi tertinggi Sekolah Menengah Islam Hidayah diterajui oleh Puan

Kamaliah Nordin selaku pengetua dan dibantu oleh penolong- penolong kanan yang

dipecahkan mengikut bidang masing- masing. Pecahan ini terbahagi kepada tiga

iaitu bidang akademik, pembangunan sahsiah pelajar dan juga hal ehwal pelajar.

Dalam bidang akademik yang dikelola oleh Puan Norimah Abdul Karim pula

terbahagi kepada beberapa unit kecil iaitu unit bidang matapelajaran, unit penilaian

dan peperiksaan, unit jadual dan unit pusat sumber.

Selain itu, di bawah pengelolaan Puan Fauziah Salam selaku Penolong Kanan

Sahsiah Pelajar terdapat lima unit yang bertugas yang dikenali sebagai unit tarbiah

pelajar, unit disiplin, unit bimbingan dan kaunseling, persatuan syabab dan fatayat

dan juga majlis perwakilan pelajar. Bagi unit keluarga penyayang, kebajikan pelajar,

sukan dan permainan, kelab persatuan, asrama, keceriaan, skim pinjaman buku teks

(SPBT) dan unit pelajar luar antarabangsa pula dikelola oleh Puan Shahidah Sheikh

Ahmad selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar.

1.2.2 Pengurusan Kurikulum Sekolah

Mekanisma pendidikan formal yang utama iaitu kurikulum persekolahan

merupakan alat terpenting kerana persekolahan formal merupakan mekanisma

pembangunan sosial yang berpengaruh (Ab. Rahim, 2000). Oleh itu, amalan

pengurusan yang baik dalam pengurusan kurikulum sekolah juga penting bagi

memastikan tahap pengurusan sekolah itu berada pada tahap yang cemerlang. SMIH

menggunakan sistem kurikulum yang berpandukan kepada Kurikulum Bersepadu

Page 24: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

6

Sekolah Menengah (KBSM) dan Subjek Diniah atau Tahfiz sebagai kurikulum

tambahan. Semua subjek dalam kurikulum tambahan ini diajar dengan menggunakan

tulisan jawi sementara dalam KBSM pula diajar menggunakan tulisan rumi.

Peperiksaan yang ditawarkan bagi semua pelajar adalah berpandukan dari

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Sijil Sistem Pentaksiran Pelajaran Musleh

(SPPM). Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ditawarkan khususnya

kepada pelajar tingkatan tiga dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada pelajar

tingkatan lima dari Kementerian Pendidikan dan peperiksaan tambahan bagi kedua-

dua peringkat pelajar ini ialah Sijil Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh (SPPM).

Selain itu, Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah mengatur

beberapa strategi kecemerlangan pelajar- pelajarnya dengan membuat pembahagian

kelas, kelas tambahan, perjumpaan dengan ibu-bapa, pra motivasi kesedaran, dan

menjalankan program mentor-mentee serta program motivasi kepada pelajar-pelajar.

Melalui program yang dijalankan ini dapat memberi impak yang positif kepada

prestasi pelajar di SMIH.

1.2.3 Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Sekolah

Kawalan keselamatan adalah merupakan persekitaran yang menunjukkan

wujudnya kesedaran dan kawalan terhadap keselamatan serta mewujudkan rasa

bebas dari ancaman keselamatan. Iklim yang selamat dan selesa menggambarkan

wujudnya perancangan keselamatan sekolah melalui kawalan, sistem komunikasi,

pengawasan, lencana pengenalan diri, kad kebenaran, tanda nama pelawat dan

kawalan dari pengawal keselamatan (Azrina, 1999).

Sehubungan dengan itu, Sekolah Menengah Islam Hidayah mengadakan

beberapa kawalan keselamatan dengan menyediakan pondok kawalan yang

disertakan beberapa orang pengawal bagi mengawal keselamatan persekitaran

sekolah. Sekolah ini dilengkapi alat pemadam api, sistem penggera kebakaran dan

Page 25: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

7

pelan- pelan laluan kecemasan yang disediakan di laluan bangunan, kelas dan

bengkel. Aktiviti latihan kebakaran dijalankan setahun dua kali bersama- sama

dengan bantuan pihak bomba.

Pengurusan kesihatan adalah merupakan satu elemen yang perlu

dititikberatkan bagi menjamin kekualitian sesebuah sekolah. Pengurusan kesihatan

di Sekolah Menengah Islam Hidayah meliputi kepada pengurusan bilik sakit, bilik

rawatan, tandas dan pengurusan kantin. Penilaian status kesihatan di bilik sakit dan

rawatan meliputi kepada pemeriksaan, pengesanan awal masalah kesihatan dan ujian

saringan bagi menentukan tahap kesihatan warga SMIH seperti ujian penglihatan,

kebersihan diri dan lain-lain oleh guru, jururawat dan doktor. Setiap pemeriksaan

yang dijalankan di sekolah ini hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau

penjaga untuk pemeriksaan kesihatan immunisasi murid di mana pemerikasaan

kesihatan dijalankan secara berkala dan berterusan.

Bagi menjamin kebersihan dan kualiti bahan makanan yang dijual di kantin

sekolah, pemeringkatan tahap pengurusan kualiti di kantin perlu dilakukan. Untuk

itu, garis panduan kantin SMIH disusun agar perjalanan dan pengurusannya dapat

dilaksanakan secara berkesan dengan tujuan pengusaha dan pentadbir sekolah ini

dapat mentadbir, mengurus, mengawal pandu, menilai dan memberi perkhidmatan

yang baik. Mengikut Garis Panduan Kantin Sekolah (1989) dalam Omardin (2002),

kantin sekolah merupakan tempat yang paling penting dalam mewujudkan berbagai-

bagai pengalaman. Dengan itu akan dapat diperluaskan pengetahuan, sikap dan

amalan dikalangan generasi muda terhadap makanan dan pemakanan, kebersihan dan

keselamatan makanan.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah yang dihadapi di sekolah swasta ialah tiadanya satu standard

piawaian yang sesuai dikhaskan kepada sekolah ini untuk digunakan sebagai garis

panduan dalam penilaian tahap pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan

Page 26: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

8

dan kesihatan. Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang dinyatakan, pengkaji

ingin menjalankan satu kajian untuk mengenalpasti tahap amalan pengurusan

kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di Sekolah Menengah Islam

Hidayah Johor Bahru.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap amalan

pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di Sekolah

Menengah Islam Hidayah (SMIH) Johor Bahru. Objektif kajian ini adalah untuk

mengenalpasti:

i. Tahap amalan pengurusan kurikulum di Sekolah Menengah Islam

Hidayah Johor Bahru.

ii. Aspek yang diberi keutamaan dalam pengurusan kurikulum di

Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru.

iii. Tahap amalan pengurusan keselamatan dan kesihatan di Sekolah

Menengah Islam Hidayah Johor Bahru.

iv. Aspek yang diberi keutamaan dalam pengurusan keselamatan dan

kesihatan di Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru.

1.5 Persoalan Kajian

Bagi memastikan objektif kajian tercapai, penyelidik mengemukakan

beberapa persoalan kajian iaitu:

Page 27: TAHAP AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA PENGURUSAN ... · PDF filetahap amalan pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah menengah islam hidayah johor

9

i. Apakah tahap amalan pengurusan kurikulum di Sekolah Menengah

Islam Hidayah Johor Bahru?

ii. Apakah aspek yang diberi keutamaan dalam pengurusan kurikulum di

Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru?

iii. Apakah tahap amalan pengurusan keselamatan dan kesihatan di

Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru?

iv. Apakah aspek yang diberi keutamaan dalam pengurusan keselamatan

dan kesihatan di Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru?