Tajuk 2 - Teori Dan Model Kurikulum

Embed Size (px)

Citation preview

TEORI DAN MODEL KURIKULUM

DALAMKONTEKS KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Jenis-Jenis Kurikulum- Kurikulum Rasmi - Kurikulum Operasi - Kurikulum yang terdapat dalam dokumen rasmi - Kurikulum yang digunakan dalam bilik darjah

- Kurikulum Tersembuny - Pekara-perkara yang diajar dalam bilik darjah tetapi tidak terdapat dalam kurikulum rasmi - Kurikulum Nol - Ko-kurikulum - Subjek yang tidak diajar - Pengalaman terancang di luar bilik darjah

Teori-teori Kurikulum Teori Disiplin Mental - menggunakan logik psikologi indera sebagai asas huraian - akal mempunyai otot yang terdiri daripada indera ingatan, khayalan, penaakulan, kehendak, pemerhatian dan sebagainya - mengutamakan latihan mental untuk membina otot akal serta meningkatkan keupayaan menjalankan operasi akal fikiran - fungsi sekolah ialah untuk membina perkembangan otot akal manakala fungsi kurikulum ialah untuk memperhaluskan keupayaan otot akal

Teori Kurikulum Saintifik- Menurut Bobbit sekolah merupakan kilang yang memproses murid sebagai bahan mentah input supaya menjadi output yang bersedia dan berupaya memikul peranan masing-masing - Bobbit berpendapat bahawa pembahagian perlu dibuat dengan merujuk kepada peranan orang yang berlainan dalam kelas sosial masing-masing - Ukuran kecederasan diterima sebagai cara saintifik yang sah untuk membezakan kanak-kanak bagi tujuan melaksanakan pembahagian kurikulum - Logik teori kurikulum saintifik tidak berupaya menjelaskan perkembangan kurikulum kerana teori ini menegaskan betapa pentingnya kanak-kanak dibezakan menurut darjah kecerdesannya untuk memberi mereka latihan spesifik yang selaras dengan takdir mereka dalam maysarakat - Dari segi reka bentuk kurikulum, Bobbit mengusulkan bahawa setiap aktiviti yang hendak diajar perlulah dirancang supaya melibatkan beberapa siri subaktiviti dengan langkah kecil yang dapat menyokong ke arah pembelajaran aktiviti tersebut dengan cara yang cekap

Teori Fungsi -kurikulum harus merangkumi latihan kemahiran pekerjaan untuk membolehkan pelajar memenuhi perjawatan dalam bidang tertentu pada masa hadapan

Teori Konflikmenekankan bahawa pembinaan kurikulum haruslah bertumpu kepada aspek struktur sosial yang merangkumi pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan

Model KurikulumTerdapat beberapa model kurikulum tetapi yang terserlah adalah Model Tyler yang dikemukakan oleh Ralph Tyler (1949) dan Model Johnson yang dipelopori oleh Mauritz Johnson (1967)

Model Tyler- Mengemukakan 4 soalan sebelum kurikulum boleh di reka bentuk - Pertama apakah matlamat yang hendak dicapai - Matlamat dan objektif kurikulum biasanya diperolehi kajian mengenai pelajar, kehendak masyarakat dan industri serta subjek atau kursus yang akan ditawarkan - Kedua, pembuat kurikulum mestilah mengenal pasti apakah bentuk pengalaman yang hendak disediakan untuk mencapai matlamat dan objektif tersebut

- Ketiga, bagaimana pengalaman tersebut dapat disusun secara sistematik- Keempat, bagaimana kita menentukan matlamat dan objektif tercapai 4 persoalan Tyler 1. Apakah matlamat yang hendak dicapai

2. Apakah bentuk pengalaman diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut? 3. Bagaimana pengalaman ini hendak disusun sesupaya lebih berkesan ? 4. Bagaimana menentukan samada matlamat ini tercapai atau tidak

Model Johnson- Mauritz Johnson mendefinisikan kurikulum sebagai satu siri berstruktur hasil pembelajaran yang dikehendaki - Model beliau dikenali sebagai Model Johnson mengandungi 4 komponen utama iaitu menentukan matlamat, memilih kurikulum, merancang kurikulum dan menilai kurikulum Elemen dalam Model Johnson 1. Menentukan matlamat kurikulum

2. Memilih kurikulum

3. Merancang melaksanakan kurikulum

4. Menilai kurikulum

Terdapat persamaan antara Model Tyler dan Model Johnson. Rajah di sebelah menunjukkan carta alir tentang Model Johnson. Johnson cuba membezakan antara elemen proses dan produk dalam membina kurikulum. Bentuk bujur menunjukkan proses manakala bentuk segiempat menggambarkan produk

Tentukan matlamat

A

Matlamat pendidikan

Rancangan pengajaran

Merancang kurikulum

Pengajaran

Pembelajaran Kurikulum

Merancang pengajaran A

Hasil pembelajaran

Model Gay- Mengutarakan 4 model yang boleh digunakan dalam proses penghasilan kurikulum Model Akademik - Menggunakan pemikiran secara ilmiah sebagai asas apabila membuat keputusan mengenai kurikulum - Penekanan diberikan kepada penggunaan struktur yang sedia ada sesuatu disiplin atau bidang untuk membentuk kandungan kurikulum Model Eksperiential - Lebih menumpu kepada pembelajaran memusatkan pelajar di mana aktiviti pelajar lebih diutamakan - Objektif pembelajaran lebih memfokuskan kepada individu dan proses dengan tujuan akan dapat dimanfaatkan oleh pelajar sebagai anggota masyarakat

Model Pragmatic

- Memberi fokus kepada pembelajaran bersesuaian dengan keadaan persekitaran setempat atau sekolah.- Dimana kurikulum dirancang supaya memenuhi setting sekolah dan bukannya setting daripada luar sekolah Model Teknikal - Model ini menganggap pembelajaran sebagai satu sistem yang boleh dibahagi kepada komponenkomponen kecil dan dilaksanakan secara teratur dan terancang. - Antara komponen yang terdapat dalam model ini ialah

- melaksanakan analisis keperluan - menyatakan objektif - memilih kandungan yang selari dengan objektif - menetapkan kaedah penilaian yang kukuh

Persoalan Yang Manakah Model Yang Paling Sesuai Digunakan Dalam Membentuk Kurikulum PTV ?Boleh menggunakan mana-mana model atau menggabungkan beberapa model TETAPI Model yang digunakan akan bergantung kepada latar belakang, falsafah, pengetahuan dan minat mereka yang terbabit

Model Kurikulum Kebangsaan Menurut Oliva ( 1997 ) kurikulum dan instruksi seperti kembar siam dan terdapat empat model untuk menjelaskan pertalian antara kurikulum dengan instruksi - Model dualistik - kedua-dua unsur atau entiti ini terpisah dan terputus hubungan - Model bercantum - kedua-duanya sama penting dan saling bergantung antara satu sama lain - perancang kurikulum dapati sukar untuk merancang kurikulum manakala perancang instruksi sukar pula merancang instruksi - Model berpusat - berbeza dengan model dualistik dan model bercantum - Kedua-dua entiti sangat bergantung diantara satu dengan yang lain

Model Berkitar Konsep berkitar kurikulum-instruksi mementingkan maklum balas di antara satu dengan yang lain - Kedua-dua entiti bergantung antara satu dengan yang lain melalui proses maklum balas yang berterusan - Dalam kurikulum akan memberi impak kepada instruksi dan sebaliknya instruksi akan memberi impak pula terhadap kurikulum - Model ini menjelaskan bahawa keputusan terhadap instruksi dibuat selepas perancangan kurikulum membuat keputusan dan akan dipindah atau dibaiki semula oleh kurikulum selepas mendapat maklum balas daripada instruksi -

Kesimpulan - Kurikulum memberi tumpuan utama kepada APA yang hendak diajar - Instruksi memberi tumpuan utama kepada BAGAIMANA (cara) hendak mengajar ( Snelbecker, 1974; Ornstein & Hunkins, 1993 ) - Pembinaan Kurikulum menentukan struktur, falsafah, kandungan dan tujuan kurikulum - Pakar teknologi instruksi mencari jalan paling baik untuk menyampaikan kandungan kurikulum kepada pelajar

Fungsi Kurikulum Dan Instruksi- Fungsi utama kurikulum ialah merancang, membentuk, menyebar dan menilai spesifikasi kurikulumKementerian Fungsi Perancangan Pembentukan, Penyebaran dan Penilaian Kurikulum Fungsi Tujuk Cara, Penghasilan bahan, Penyebaran dan Penilaian Pengajaran Fungsi Tunjuk Cara dan Penilaian Pengajaran Fungsi Penilaian Pelajaran Perancang (kurikulum) Pusat Perkembangan Kurikulum Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Penyeliaan (kurikulum & Pengajaran) Unit Kurikulum Negeri Daerah Penyeliaan (kuri & Peng) Pejabat Pendidikan Daerah Sekolah Pelaksanaan/P enilaian (Peng

Pusat Sumber Pendidikan NegeriJemaah Nazir Sekolah

Pusat Kegiatan Guru

Sekolah

Jemaah Nazir Sekolah Lembaga Peperiksaan

Bahagian Peperiksaan