Tajuk 4: Peringkat-Peringkat & Teori-teori Perkembangan ... 3102/Tajuk 4_Peringkat-peringkat... · •Beliau mengasaskan teori perkembangan kognitif manusia melalui peringkat-peringkat

  • View
    247

  • Download
    6

Embed Size (px)

Text of Tajuk 4: Peringkat-Peringkat & Teori-teori Perkembangan ... 3102/Tajuk 4_Peringkat-peringkat... ·...

  • Tajuk 4: Peringkat-Peringkat &

    Teori-teori Perkembangan Kanak-kanak

    Nordin Tahir

    IPG Kampus Ipoh

  • Peringkat awal kanak-kanak (2 6 tahun)

    Peringkat pertengahan kanak-kanak (6 8 tahun)

    Peringkat akhir kanak-kanak (9 11 tahun)

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 2

  • Umur (Peringkat) Perkembangan Fizikal

    2 tahun

    3 tahun

    Menambah berat dan tingginya

    dengan kadar lebih perlahan dari umur

    1-2 tahun.

    Koordinasi berjalan ditambah baik.

    Perkembangan kemahiran berlari,

    melompat, melontar dan menangkap.

    Boleh memakai dan menanggal baju

    yang longgar.

    Boleh guanakan sudu dengan

    berkesan.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 3

  • Umur (Peringkat) Perkembangan Fizikal

    3 tahun

    4 tahun

    Tidak lagi tidur siang.

    Melompat dengan satu kaki.

    Boleh menunggang basikal beroda

    tiga.

    Melukis gambar.

    Boleh membezakan penulisan dengan

    bukan-penulisan.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 4

  • 5 tahun 6 tahun

    Tubuh badan bertambah tinggi,anggota mengikut nisbah seperti dewasa.

    Gigi tumbuh pertama reput.

    Kemahiran motor kasar bertambah dengan laju.

    Kewujudan kemahiran melonjak.

    Menunjuk pola melontar dan menangkap

    Memakai kasut, melukis gambar yang kompleks.

    Boleh membezakan huruf dengan abjad.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 5

  • Menambah tinggi dan berat dengan perlahan hingga peringkat awal remaja.

    Gigi beransur-ansur diganti dengan yang akal.

    Penulisan menjadi lebih kecil dan lebih baik.

    Lukisan diorganisasi secara terperinci.

    Permainan mengikut peraturan ditambah dengan aktiviti yang lebih kasar.

    6 tahun

    8 tahun

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 6

  • Kemahiran diuruskan dengan lebih cepat dan koordinasi lebih baik.

    Masa tindak balas ditambah baik dan membantu perkembangan kemahiran motor.

    Perkembangan perwakilan mendalam dalam lukisan.

    Permulaan pertumbuhan peringkat remaja, 2 tahun lebih awal untuk perempuan.

    9 tahun

    11 tahun

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 7

  • Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 8

    Teori Perkembangan Kanak-kanak

  • Teori Kognitif Lev Vygostsky

    Lev semenovich Vygostsky (1896-1934) merupakan ahli psikologi Russia.

    Beliau medalami ilmu perubatan dan kemudian beralih kepada pengajian undang-undang dan pada masa yang sama mendalami bidang kesusateraan.

    Penerbitan dan kajian beliau yang mendapat perhatian bertajuk The Psychology of Art.

    Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaran sosio budaya yang mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran individu.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 9

  • Teori Kognitif Lev Vygostsky

    Menurut Vygotsky, pemikiran kanak-kanak berkembang akibat daripada pergauIan dengan orang lain.

    Pergaulan dan interaksi yang bermakna ialah selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan daripadanya.

    Bagi Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran.

    Ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan indlvidu-individu yang berada di persekitarannya seperti ibubapa, adik-beradik.

    Keluarga terdekat atau rakan sebaya. Individu-individu akan bertindak memberi arahan, maklumbalas dan membimbing komunikasi kanak- kanak.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 10

  • Kanak-kanak kemudiannya akan menggunakan maklumat-maklumat dalam interaksi-interaksi yang lain iaitu mungkin semasa bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang.

    Menurut Vygotsky, perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat:

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 11

  • Peringkat Sosial

    Maklumat atau pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu dengan individu lain yang ada di persekitaran seperti ibu bapa, adik-beradik, guru, rakan sebaya, keluarga terdekat, jiran.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 12

  • Peringkat Individu (Peribadi)

    Kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu (peribadi).

    Maklumat yang diperolehi ini boleh menukar skemata individu.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 13

  • Zon Perkembangan Proksimal

    Kepentingan interaksi dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan oleh Vygotsky dalam konsep Zon Perkembangan Proksimal.

    Ia adalah istilah yang digunakan oleh Vygotsky untuk menerangkan bagaimana kemahiran-kemahlran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.

    Zon Perkembangan Proksimal menwakili kemahiran-kemahiran kognitif kanak-kanak yang dalam proses kematangan dan akan mencapai kematangan dengan bantuan individu yang lebih mahir (Goos, 2004; Gray & Feldman, 2004).

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 14

  • Had Atas

    Peringkat kemahlran kanak-

    kanak yang boleh dicapai

    dengan bantuan individu

    yang lebih mahir.

    Berdasarkan rajah di sebelah,

    Vygotsky membahagikan

    perkembangan kanak-kanak kepada

    had bawah dan had atas. Had bawah

    merupakan kemahiran yang boleh

    dicapai sendiri oleh kanak-kanak.

    Manakala had atas pula adalah

    kemahiran-kemahiran yang sukar

    dicapai sendiri oleh kanak-kanak dan

    memerlukan bantuan daripada

    individu yang lebih berkemahiran.

    Ruangan

    Zon Perkembangan Proksimal

    mewakili kemahiran-kemahiran

    kognitif kanak-kanak yang dalam

    proses kematangan dan akan

    mencapai kematangan dengan

    bantuan individu yang lebih mahir.

    (Goos, 2004; Gray & Feldman, 2004)

    Zon Perkembangan

    Proksimal

    Had Bawah

    Kemahiran yang boleh/telah

    dicapai sendiri oleh kanak-

    kanak. Pengetahuan sedia

    ada kanak-kanak.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 15

  • Perancah (Scaffolding)

    Konsep scaffolding berkait rapat dengan idea Zon Perkembangan Proksimal.

    Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan.

    Semasa proses pengajaran berlaku, individu yang lebih berkemahiran (ibubapa, guru atau rakan sebaya) akan mengubahsuai tahap bantuan/bimbingan yang diberikan mengikut keupayaan pelajar.

    Apabila seseolang pelajar mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang sukar, guru mungkin akan memberi bimbingan penuh tetapi apabila pelajar sudah mula memahami, bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai kemahiran tersebut (Santrock, 2007).

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 16

  • Perbualan dan lnteraksi adalah alat yang penting semasa proses perancah (scaffolding).

    Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan bermakna dengan bantuan individu yang lebih mahir (Contoh: Guru).

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 17

  • Menurut Vygotsky, selain daripada berkomunikasl dengan orang lain untuk mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang lebih sukar, kanak-kanak juga berkomunikasi dengan diri mereka sendiri.

    Bercakap sendiri ini menolong kanak-kanak tersebut merancang dan mengawal tingkah laku mereka sendiri.

    Bercakap sendiri ini cenderung berlaku pada kanak-kanak berusia 3 7 tahun yang seterusnya akan berkembang di mana bercakap sendiri akan bertukar menjadi komunikasi sendiri tanpa verbal.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 18

  • Akhirnya, ia berubah menjadi suara hati atau dorongan pemikiran apabila dewasa kelak.

    Vygotsky percaya kanak-kanak yang banyak bercakap sendiri mempunyai lebih kemahiran sosial berbanding kanak-kanak yang kurang bercakap sendiri.

    Apabila kanak-kanak bercakap sendiri mereka menggunakan bahasa untuk mengawal tingkahlaku dan membimbing pemikiran mereka.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 19

  • Teori Perkembangan Kognitif Piaget

    Jean Piaget (1896-1980) ialah ahli psikologi Switzerland yang telah cuba menjelaskan tentang kaedah manusia mempelajari ilmu dan membina hipotesis.

    Dia juga menjelaskan bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu.

    Beliau mengasaskan teori perkembangan kognitif manusia melalui peringkat-peringkat perkembangan (Ramlah dan Mahani, 2002).

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 20

  • Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan.

    Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.

    Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu:

    Teori Perkembangan Kognitif Piaget

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 21

  • Kematangan biologi-- Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/ genetik.

    Interaksi individu dengan persekitaran - lndividu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati.

    Pengalaman sosial - Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran: ibu bapa, adik-beradik, rakan, guru dsb.

    Keseimbangan - Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan ol