13
Tarikh Dibaca: 19 JAN 2018M l 02 JAMADILAWAL 1439H Tajuk: “ISLAM AGAMA PERDAMAIAN” *** Terbitan: Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Tajuk: ISLAM AGAMA PERDAMAIAN - e-masjid.jais.gov.mye-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/19.01.2018 (RUMI) ISLAM AGAMA... · Islam adalah agama kasih sayang dan ... hendaklah kamu

  • Upload
    ngonhan

  • View
    259

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

0

Tarikh Dibaca: 19 JAN 2018M l 02 JAMADILAWAL 1439H

Tajuk:

“ISLAM AGAMA PERDAMAIAN”

***

Terbitan: Unit Khutbah

Bahagian Pengurusan Masjid JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Khutbah Jumaat 19 Jan 2018M / 02 Jamadilawal 1439H: “Islam Agama Perdamaian”.

Jabatan Agama Islam Selangor

1

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KHUTBAH NEGERI SELANGOR

1. SS. Dato’ Haji Haris Bin Kasim (Pengerusi)

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor 2. Tuan Haji Mohd Basori Bin Umar (Ahli)

Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Agama Islam Selangor

3. Ketua Penolong Pengarah, (Setiausaha)

Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor

4. SS. Dato’ Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir (Ahli)

Timbalan Mufti, Jabatan Mufti Negeri Selangor 5. Ustaz Muhammad Farhan Bin Wijaya (Ahli)

Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 6. Ustaz Indera Shahril Bin Mohd Shahid (Ahli)

Pegawai Majlis Agama Islam Selangor 7. Tuan Haji Abdul Halem Hapiz Bin Salihin (Ahli)

Ketua Penolong Mufti (Fatwa), Jabatan Mufti Negeri Selangor

8. Dato’ Haji Abdul Majid Bin Omar (Ahli)

Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor

9. Yg. Berbahagia Dr. Haji Osman Bin Haji Sabran (Ahli)

Pesara Kerajaan

10. Tuan Haji Hamid Bin Md Isa (Ahli)

Pensyarah, Kolej Universiti Islam Selangor

11. Tuan Haji Md. Sahari Bin Abdullah (Ahli)

Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor

Khutbah Jumaat 19 Jan 2018M / 02 Jamadilawal 1439H: “Islam Agama Perdamaian”.

Jabatan Agama Islam Selangor

2

“ISLAM AGAMA PERDAMAIAN”

ه‌‌‌حمد لل

لائ ا

ق

:لال

1

ا

ن لهد ؤ

ش

هؤ

ه وحده إل

ا الل

اهد وإل

ش

ه وؤ

سك ل

ش

ل

دا عبده نا محماى وؤ

م عل

هما صل وسل

الل

ه. ا

وزسىل

صحابهى ءاله وؤ

د وعل ا محما

ده

جمعين س .ؤ

ها الل

قىا سلمىن! اجا

ها اإلا ي

أ ؤ

ا بعد، ف ما

م ؤ

وصك

، ؤ

ى:عال

ه ح

اال الل

قىن. ق خا

اش اإلا

د ف

ق

اي بخقىي هللا ف ا وإ

.

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Pada hari yang mulia ini, khatib ingin berpesan kepada sidang

Jumaat sekalian, bertaqwalah kepada Allah SWT dengan mematuhi

segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Taqwalah

merupakan kunci kejayaan dalam hidup kita di dunia dan akhirat.

Pada hari ini, khatib ingin mengajak sidang Jumaat sekalian untuk

menghayati khutbah yang bertajuk “ISLAM AGAMA PERDAMAIAN”.

1 Al-Hujuraat : 13

Khutbah Jumaat 19 Jan 2018M / 02 Jamadilawal 1439H: “Islam Agama Perdamaian”.

Jabatan Agama Islam Selangor

3

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Islam adalah agama kedamaian dan kasih sayang. Keindahan dan

kecantikan Islam ini telah terbukti berdasarkan kepada fakta-fakta sejarah

ketamadunan Islam dan hakikat Islam itu sendiri.

Rasulullah SAW menyampaikan dakwah secara damai dan sejahtera

tanpa sebarang kekerasan. Seruan perdamaian yang mengajak manusia

untuk tunduk kepada syariat Allah SWT merupakan keutamaan yang

dianjurkan dalam Islam. Peperangan hanyalah berlaku setelah ajakan

perdamaian ditolak oleh musuh sepertimana Firman Allah SWT dalam

Surah Al-Anfal, ayat 61 :

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian,

maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah

kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha

mengetahui”.

Dalam mengutamakan kesejahteraan umat manusia ini terbukti

apabila Islam tidak membezakan manusia berdasarkan bangsa dan

keturunan. Islam adalah agama kasih sayang dan kesaksamaan.

Sesungguhnya kemuliaan manusia hanya diukur berdasarkan nilai taqwa

di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13 :

Khutbah Jumaat 19 Jan 2018M / 02 Jamadilawal 1439H: “Islam Agama Perdamaian”.

Jabatan Agama Islam Selangor

4

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu

dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai

bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah

mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu

di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang

lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,

lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan

kamu)”.

Bukti seterusnya bahawa Islam menitikberatkan penjagaan nyawa

bagi setiap manusia. Oleh itu perbuatan membunuh tanpa hak adalah

diharamkan oleh Allah SWT.

Hadis daripada Abu Bakrah Radiallahu Anhu bahawa Rasulullah

SAW bersabda:

م ىك م، ب

عساضك

م، وؤ

ك

مىال

م، وؤ

إنا دماءل

حسام

“Sesungguhnya darah-darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan

kamu adalah haram antara kamu”.

(Riwayat al-Bukhari).

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Khutbah Jumaat 19 Jan 2018M / 02 Jamadilawal 1439H: “Islam Agama Perdamaian”.

Jabatan Agama Islam Selangor

5

Selain itu, Islam agama perdamaian terbukti apabila tiada paksaan

dalam memeluk agama Islam. Kita diperintahkan untuk berdakwah dengan

mempamerkan kebaikan dan keindahan Islam kepada manusia melalui

kemuliaan akhlak, kebaikan dan keharmonian Islam. Firman Allah SWT

dalam Surah al-Baqarah ayat 256:

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya

telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa

yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka

sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang

teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi

Maha Mengetahui”.

Ini lebih jelas terbukti dengan perintah Allah SWT yang menyuruh kita

berdakwah secara hikmah, bukan secara kekerasan dan keganasan yang

boleh memburukkan imej Islam. dakwah adalah proses memujuk, bukan

mengutuk, menenang bukan menyerang, mendidik bukan mengherdik.

Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 125:

ا

Khutbah Jumaat 19 Jan 2018M / 02 Jamadilawal 1439H: “Islam Agama Perdamaian”.

Jabatan Agama Islam Selangor

6

“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat

kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah

dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;

Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang

yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan

orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”.

Muslimin yang dikasihi Allah sekalian,

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita merenung dan

mengambil pengajaran serta penghayatan dari khutbah yang disampaikan

agar memberi manfaat dalam hidup kita iaitu:

1. Umat Islam wajib meyakini bahawa Islam adalah agama

perdamaian, ukhuwah, kasih sayang dan rahmat bagi seluruh alam.

2. Umat Islam hendaklah menjaga nyawa, harta dan maruah

sesama manusia.

3. Umat Islam hendaklah berdakwah secara hikmah dan kasih

sayang supaya masyarakat hidup aman dan damai.

4. Umat Islam hendaklah bersabar dan bersatu dalam

menghadapi cabaran masakini disamping membanyakkan doa agar Allah

SWT sentiasa memberi petunjuk kepada manusia untuk kembali mentaati

perintah-Nya.

5. Umat Islam perlu menguasai ilmu pengetahuan demi

mengangkat kembali martabat ummah.

Khutbah Jumaat 19 Jan 2018M / 02 Jamadilawal 1439H: “Islam Agama Perdamaian”.

Jabatan Agama Islam Selangor

7

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa

menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi

menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap

sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.

hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu

lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,

Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang

kamu lakukan”.

(al-Maidah : 8).

Khutbah Jumaat 19 Jan 2018M / 02 Jamadilawal 1439H: “Islam Agama Perdamaian”.

Jabatan Agama Islam Selangor

8

ك

م، بازك هللا لي ول عظ

قسآن ال

م في ال

عني ف

س وه

ل

اث والر ه من آلا م بما ف

ال ا وإ

م جالي ومىك ل من با

ق

م وج حك

هال

هووج هى و، إها

م. علع ال م السا

ىليىل ق

ق

ا ؤ

م لي وهر عظ

فس هللا ال

سخغ

م وؤ

ك

ل

ه فسوه إهااسخغ

سلماث، ف

سلمين واإلا

ولسأئس اإلا

م. ح فىز الساغ

هى ال

******faryzan/Nurul

05.01.2018

Khutbah Jumaat 19 Jan 2018M / 02 Jamadilawal 1439H: “Islam Agama Perdamaian”.

Jabatan Agama Islam Selangor

9

KHUTBAH KEDUA

ىا من سلمين، وزشق

ىا من اإلا

ري جعل

اه ال

احمدلل

لا

اه .باثالط

ش

ند ؤ

ؤ ه وحده

ا والل

ل

دا عبده نا محماهد ؤ

ش

ه، وؤ

ك ل س

ه وش

. ووزسىل

م وبازك هما صل وسل

الل

ا د ا محما

ده

ىس وعل

بعهم بئحسان وصحبه آلهومن ج ى

مه، ال

ا الل

قىا ا عباد هللا، اجا

ا بعد، ف ما

ن. ؤ د

قىن. خا اش اإلا

د ف

ق

اي بخقىي هللا ف ا م وإ

وصك

ؤ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Khatib sekali lagi berpesan supaya kita sentiasa bertakwa kepada

Allah SWT dan menyedari bahawa Islam mengajar kita supaya bersikap

sederhana dan istiqamah dalam segala amalan. Kita amatlah dituntut agar

menampilkan kemuliaan akhlak, sikap dan keperibadian tinggi kerana

Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan akhlak dan sebagai

rahmat bagi seluruh umat dan sekalian alam. Oleh itu marilah kita

sentiasa memperbanyakkan solawat dan salam ke atas Nabi kita

Muhammad SAW. Firman Allah SWT:

.

Khutbah Jumaat 19 Jan 2018M / 02 Jamadilawal 1439H: “Islam Agama Perdamaian”.

Jabatan Agama Islam Selangor

10

م ا

هما صل وسل

اى لل

د عل ا محما

ها ومىل

ده

د س س

سابخه صحابه وق

هما عن ؤ

اسسلين وازض الل

اإلا

جمعين.اجه ؤ

اـ ز

شواجه وذ

وؤ

مسلميفس لل

هما اغ

الل

مىين ا

ؤ سلماث واإلا

ن واإلا

مىاثؤ اء واإلا ح

مىاثمنهم ألا

ع وألا ك سم ، إها

حاجاثي ال اض

ا ق عىاث و ب الدا ب مج س

. ق

ا

ا ماهلل

سا صاعؤ

و مال

، نيملساإلا

بخدعت

واإلا

سة

ف

ك

هلك ال

وؤ

ا صسه

ن. واه

عداء الدعداءك ا

س ا سلين ودم

ش

واإلا

ن. افسك

ىم ال

ق

ى ال

عل

هماالل

ك ا

ك بىب ل إل خىساك وه

لسإ

ا و إها

مين، ألا

حسنىسمأئك ال

ك بإ

لسإ

مى ،وو

عظ

اجك ال

ن ،وصف

ؤ

ت ا اه با خك السا بعين عىاظ

حف

خك ،ج ا

وبحفظ وق

ت، جال ا مداه الصات

مل

اعظ

ان ،ملكىا اإلا

ط

سل

سالن ادزس شاه ڠ الد

سف

ان ش

ط

ىز، سل

ان صال ،الحاجط

ن عبد ابن اإلاسحىم سل ح الدهالل

ص شاه الحاج. ا العص

ت هدا

عىن وال

دم ال

ما ؤال والسا

ت حا ق، والص ىف مىك، لىلى عهد والخا

مت

سالاهڠىز، حڠ

مير ش

،كى ؤ

سف

ان ش

ط

ل ابن الس

Khutbah Jumaat 19 Jan 2018M / 02 Jamadilawal 1439H: “Islam Agama Perdamaian”.

Jabatan Agama Islam Selangor

11

ن ادزس شاه الحاج من وصال ،الدت فى ؤ ح وعاف

جالاال

ا ذ سمك

ك ول طل بمى

هما ؤ

الل

سام. ا

ل وؤلال

بال ،عمسهمات وال ا ع فين والسا

امىظ

د، مصلحين لل

هدسق ال

اصدهما لط

غ مق

اد. يوبل

ش والسا

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur

kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,

sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan

negeri umat Islam, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan

dibawah naungan dan pimpinan raja kami sebagai ketua agama Islam di

negeri ini.

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman dan

pegangan kami kepada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, terimalah amalan soleh

kami, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, satukanlah

hati-hati kami, kurniakanlah kami rezeki yang luas lagi barakah,

kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, lindungilah kami daripada

bala bencana dan peliharalah kami daripada ajaran yang terkeluar

daripada Islam seperti Qadyani dan ajaran sesat seperti Syiah, serta

ajaran-ajaran lain yang difatwakan menyeleweng dari ajaran Islam atau

bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ya Allah

bukakanlah hati kami untuk mendirikan solat fardhu lima waktu setiap hari,

menunaikan zakat melalui Lembaga Zakat Selangor, mewakaf dan

menginfaqkan harta melalui Perbadanan Wakaf Selangor dan Tabung

Amanah Pembangunan Islam Selangor.

Khutbah Jumaat 19 Jan 2018M / 02 Jamadilawal 1439H: “Islam Agama Perdamaian”.

Jabatan Agama Islam Selangor

12

.

.

عباد هللا،

ر م عظ

هللا ال

سوا

ل

اذ

سوه ف

ك

م واش

سل

ىل

عل

ضله وعمهىه من ف

لم، واسإ

صدل

معطك

صىعىن.م ما ج

عل ه

ابر والل

ل

س هللا ؤ

رل

ول

*****