12
TAMADUN CINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA

Tamadun cina dalam pemantapan tamadun

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tamadun cina dalam pemantapan tamadun

TAMADUN CINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN 

MALAYSIA

Page 2: Tamadun cina dalam pemantapan tamadun

ASPEK POLITIK

ASPEK SOSIAL

ASPEK PSIKOLOGI

ASPEK EKONOMI

ASPEK PENDIDIKAN

ASPEK PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

Page 3: Tamadun cina dalam pemantapan tamadun

BIDANG POLITIK

• Nilai utama yang diberikan tumpuan ialah integrasi nasional (perpaduan nasional).

• Selain itu, yang ditekankan ialah mengenai ideal demokrasi (khasnya kematangan, kemuafakatan, komuniti sebagai tumpuan), keamanan dan keharmonian, keadilan dan dedikasi terhadap negara.

• Tamadun Cina yang berasaskan humanisme dan moralisme memang menekankan keharmonian, kesederhanaan, keadilan, ketaatan dan ideal-ideal demokrasi seperti yang terkandung dalam The Grand Unity sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini.

Page 4: Tamadun cina dalam pemantapan tamadun

BIDANG SOSIAL

• Mengidamkan masyarakat bermoral dan beretika, berkebudayaan penyayang, bersifat terbuka dan toleransi, bersifat bebas untuk mengamalkan tradisi budaya dan ajaran agama, bersifat saintifik dan progresif, dan berasaskan institusi keluarga yang kukuh.

• Sebagai mana yang telah dibincangkan sebelum ini, tamadun Cina dalam proses perkembangannya telah menerima banyak pengaruh agama dan kebudayaan asing kesan daripada interaksi dengan tamadun lain.

• Tamadun Cina memang bersifat terbuka dan bertolak ansur.

Page 5: Tamadun cina dalam pemantapan tamadun

• Selain itu, sistem etika Cina sejak zaman purba berasaskan keluarga semata-mata dan mengutamakan kebaikan hati (benevolence atau cohumanity) serta keharmonian dalam hubungan antara sebarang entiti (individu, kelompok, alam).

• Oleh itu, ajaran Konfusianisme mungkin memberi banyak implikasi bagi pemupukan kebudayaan penyayang dan pembangunan masyarakat yang beretika, liberal dan bebas dari segi agama dan budaya.

Page 6: Tamadun cina dalam pemantapan tamadun

BIDANG PSIKOLOGI• Rakyat Malaysia harus dibangunkan psikologinya agar selaras

dengan aspek pembangunan yang lain terutama pembangunan kebendaan.

• Sifat-sifat psikologis yang diperlukan ialah keyakinan kendiri secara kolektif, iaitu rasa bangga kerana keahlian dalam masyarakat dan pencapaian masyarakat; bersikap teguh terhadap pelbagai cabaran; tabah hati mengejar kualiti; dan adanya pembebasan psikologi (tidak rasa diri kurang penting).

• Dalam tamadun Cina yang bercirikan personalisme sebagaimana yang telah dibincangkan, pemupukan kendiri wajar diamalkan atas premis bahawa manusia berkeupayaan untuk mencapai semaksima kebaikan dan memberi manfaat.

Page 7: Tamadun cina dalam pemantapan tamadun

• Lanjutan daripada premis ini ialah kepercayaan bahawa setiap orang tanpa mengira latar belakangnya harus dididik dan boleh dididik.

• Selain itu, pemupukan kendiri dalam tradisi Cina bertujuan untuk kepentingan keluarga, negara dan dunia, dan bukan untuk diri sendiri semata-mata.

• Nyatalah bentuk- bentuk pemikiran ini terdapat dalam tamadun Cina yang sememangnya relevan sebagai pedoman untuk merancang kurikulum dan pedagogi bagi pembangunan psikologi yang dimgini.

Page 8: Tamadun cina dalam pemantapan tamadun

BIDANG EKONOMI• Keadilan dan sikap berpatutan merupakan dua nilai yang

penting. • Kedua-dua nilai ini khasnya merujuk kepada pengagihan

kekayaan secara adil saksama dan pekerjaan tidak dikenal pasti dengan ras.

• Sebenarnya keadilan pengagihan kekayaan adalah salah satu ideal dalam The Grand Unity.

• Selain itu, terdapat banyak nilai dalam tamadun Cina yang patut ditekankan dalam aktiviti ekonomi.

• Misalnya, kerajinan, berjimat-cermat, tanggungjawab (komitmen), integriti dan ketaatan akan memanfaatkan pertubuhan perniagaan secara lansung.

Page 9: Tamadun cina dalam pemantapan tamadun

BIDANG PENDIDIKAN

• Pendidikan merupakan kunci pembangunan dan medium untuk merealisasikan Wawasan 2020.

• Banyak inovasi dan ciri baru diperkenalkan ke dalam sistem pendidikan sejak tahun 1990.

• Kita harus mengambil satu perspektif perbandingan supaya kebijaksanaan dan fikiran Konfusianisme dan tradisi lain dapat digunakan dalam segala pertimbangan mengenai perkembangan kurikulum dan strategi mengajar dan pengajaran.

• Dalam konteks ini, warisan-warisan tamadun Cina yang relevan dan menarik hati ialah :

Page 10: Tamadun cina dalam pemantapan tamadun

• 1: Kepercayaan optimistik pada potensi manusia untuk mencapai kecemerlangan individu atau berkelompok.

• 2 : Pendidikan sentiasa diutamakan.• 3 : Kepercayaan bahawa setiap individu harus dan

boleh dididik.• 4 : Pembentukan keperibadian atau ajaran moral

dan etika diberikan keutamaan.• 5 : Guru harus dihormati dan diberi status sosial

yang tinggi.

Page 11: Tamadun cina dalam pemantapan tamadun

BIDANG PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR• Isu ini menjadi semakin runcing dan memerlukan

persetujuan konsepsi dan kerjasama di permgkat sedunia.

• Secara asasnya, manusia perlu merujuk kepada tradisi yang menekankan serta mengamalkan hubungan harmoni antara manusia dengan alam semulajadi.

• Sehubungan ini, tamadun harus berdialog antara satu dengan yang lain supaya mencapai satu konsepsi yang rasional mengenai alam, kaitannya dengan manusia dan kewajipan manusia bagi mengatasi kemerosotan mutu alam sekitar.

Page 12: Tamadun cina dalam pemantapan tamadun

• Mengikut ajaran sama ada Konfusianisme, Daoisme atau Buddhisme dalam tamadun Cina, manusia berkedudukan setaraf dengan alam, maka manusia harus berusaha memahami prinsip-prinsip alam semesta (tian) supaya tercapai satu keadaan yang dikenali sebagai "kesatuan tian dengan manusia".

• Fahaman mengenai alam dan keadaan kesatuan ini adalah bersifat transendensi dan bukan empirik.

• Walau apapun, keharmonian yang tertinggi darjahnya harus diusahakan dalam hubungan manusia dengan alam semesta.