15
PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

tanaman cili

  • Upload
    nanino

  • View
    723

  • Download
    48

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: tanaman cili

PANDUAN ASAS

TANAMAN CILI SECARA

FERTIGASI

Isi Kandungan

Page 2: tanaman cili

1. Takrif Fertigasi

2. Alatan Asas Fertigasi

3. Pemilihan Benih Cili

4. Penyediaan Anak Benih

5. Pembajaan

6. Penjagaan Pokok

7. Memungut Hasil

8. Rumah Lindungan Hujan

TAKRIF FERTIGASI

Sistem pengairan fertigasi adalah pemberian air dan baja secara serentak kepada tanaman. Media yang biasa digunakan dalam

Page 3: tanaman cili

teknik fertigasi adalah sabut kelapa atau sekam bakar, tanpa penggunaan tanah. Pokok mendapat nutrien lengkap daripada air baja yang diberi 5 kali sehari secara berkala.

ALATAN ASAS FERTIGASI

Page 4: tanaman cili

Penitis / Dripper

Tiub Mini

Penyambung Tiub Mini

Paip poli 16mm

Paip poli 25mm / 32mm

Penapis

Pam Elektrik

Pengatur Masa Elektronik

Tangki

Sumber gambar dari : http://abiagro.com.my

PEMILIHAN BENIH CILI

Benih yang digunakan dalam teknik fertigasi dipilih daripada varieti yang berkualiti tinggi. Pada masa sekarang, benih Cili Kulai 568 F1 Hibrid menjadi pilihan para petani kerana buahnya agak besar dan pokok sederhana tinggi.

Page 5: tanaman cili

Antara jenis Cili Kulai yang terdapat di pasaran ialah :

CA 905 F1 Cili Kulai 905 CA 568 F1 Cili Kulai CA 907 F1 Cili Kulai 905 CA 910 Kulai Tempatan CA 914 F1 Cili Kulai Pedas CA 915 F1 Cili Kulai Kering CA 908 Cabai Kulai Kerinting 8338 Kulai King.

PENYEDIAAN ANAK BENIH

Biji benih dirawat sebelum disemai ke dalam dulang semaian yang diisi dengan peatmoss. Peatmoss digunakan kerana mempunyai kandungan baja dan keadaannya yang sesuai untuk pertumbuhan anak benih. Anak benih berumur 25-30 hari boleh dipindahkan ke polibeg. Polibeg yang biasa digunakan untuk

Page 6: tanaman cili

tanaman cili secara fertigasi adalah 16” x 16” dan berwarna putih.

Biji benih disemai ke dalam

dulang semaian

Anak benih cili yang berumur 26 hari

PEMBAJAAN

Baja yang digunakan dalam teknik fertigasi mestilah larut dalam air. Selain itu, kandungan baja perlulah sesuai untuk pertumbuhan pokok daripada keadaan pokok yang masih kecil, berbunga dan berbuah. Kandungan baja fertigasi untuk tanaman

Page 7: tanaman cili

cili adalah Set A (Kalsium nitrat, Zat besi) dan Set B ( Kalium Nitrat, Mono-kalium hydrogen fosfat, Magnesium sulfat, Mangan sulfat, Asid borik, Zink sulfat, Kuprum sulfat dan Natrium molibdat). Larutan Set A dan Larutan Set B perlu diasingkan ke dalam bekas yang berlainan untuk mengelak berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya mendakan.Sedikit larutan Set A dan sedikit larutan Set B dicampurkan ke dalam air bersih dan diukur dengan menggunakan EC Meter untuk dijadikan air baja yang akan dialirkan ke dalam polibeg.

Contoh EC Meter

PENJAGAAN POKOkPokok cili perlu dipacakkan kayu pancang/sokongan untuk mengelakkan pokok daripada tumbang jika angin kuat. Selain daripada itu, kayu sokongan juga diperlukan untuk mengikat dahan daripada melentur dan patah jika buah lebat pada sesuatu dahan.

Page 8: tanaman cili

Sumber gambar dari : http://teknologipertanian.com/ciliorganik/cili_organik.jpg

Pokok perlu dipantau setiap hari untuk mengesan jika terdapat penitis yang tersumbat dan pokok tidak dapat bekalan air baja.

Meracun

Racun yang biasa digunakan adalah racun serangga, ulat dan racun kulat. Memandangkan media tanaman yang digunakan adalah bebas daripada penyakit bawaan tanah, maka pokok cili mendapat penyakit hanya daripada serangan serangga, ulat dan kulat. Terdapat 2 teknik dalam meracun pokok cili :

1. Meracun 3-4 hari sekali dengan mencampurkan semua jenis racun2. Melihat pada tanda serangan serangga dan kulat, kemudianmeracun serangga dan kulat yang berkenaan sahaja.

MEMUNGUT HASIL

Pokok cili akan sentiasa mengeluarkan pucuk baru, bunga, putik dan buah. Setiap hari akan ada buah yang masak, tetapi bergantung pada bilangan pokok. Jika kurang daripada 2,000 pokok, buah cili dipungut setiap 2-3 hari sekali selepas masak pada kali pertama. Anggaran hasil setiap kali pungutan untuk

Page 9: tanaman cili

keseluruhan 2,000 pokok adalah 30kg. Walau bagaimanapun, jika lebih daripada 3,000 pokok, buah boleh dipungut setiap hari.Pungutan buah cili berterusan sehinggalah hasil yang diperolehi kurang elok untuk dijual. Secara purata, sepohon pokok cili dapat menghasilkan kira-kira 2.5kg hingga 3 kg buah yang elok sepanjang hayat pokok tersebut. Terdapat 3 keadaan di masa buah cili boleh dipungut:

1. Semasa buah masih hijau2. Semasa buah sedikit kemerahan3. Semasa buah sudah merah

Sumber gambar dari : http://shw.hanieliza.fotopages.com/14403714/cili-merah-ladang-

tu.html

RUMAH LINDUNGAN HUJAN

Page 10: tanaman cili

Sumber gambar dari : http://harizamrry.wordpress.com

Rumah Lindungan Hujan tidak menjadi satu kewajipan dalam tanaman cili. Ramai pengusaha cili yang sudah berjaya tanpa Rumah Lindungan Hujan. Bergantung kepada cuaca, Rumah Lindungan Hujan amat diperlukan bagi kawasan yang taburan hujannya tinggi seperti di kawasan Cameron Highlands dan Taiping.

Jika tiada Rumah Lindungan Hujan di kawasan tersebut, air hujan akan bercampur dengan air baja di dalam polibeg dan akan mengurangkan kepekatan air baja untuk kegunaan tanaman dan akan merugikan pengusaha.

Di kawasan utara, dalam masa satu tahun, hujan lebih kurang 3 hingga 4 bulan sahaja. Bakinya dalam setahun tiada hujan. Maka agak membazir jikadidirikan Rumah Lindungan Hujan kerana hanya digunakan dalam masa 3 hingga 4 bulan sahaja dan kos untuk membina Rumah Lindungan Hujan pula adalah tinggi.

Walau bagaimanapun, penggunaan Rumah Lindungan Hujan dapat memberikan hasil yang lebih tinggi terutama pada musim hujan kerana buah yang dihasilkan lebih berkualiti disamping harga cili pada musim hujan adalah tinggi.

Jenis-jenis Cili

Selain dari jenis sedia ada seperti Langkap dan Kulai, terdapat beberapa jenis cili yang telah dibangunkan khusus untuk memenuhi cita rasa dan keperluan dalam negeri. Diantaranya,

i. MARDI MC11:Pedas, menyerupai Kulai dari segi bentuk, berhasil tinggi (17-24

Page 11: tanaman cili

mt/ha), cili ini mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanamdan pemetikan hasil sebanyak 30 kali semusim dan ia berbuah secara berterusan.

Ia mempunyai kandungan pepejal sebanyak 20% yang sesuai untuk kegunaan pemprosesan, menunjukkan toleran terhadap penyakitanthraknos (7% jangkitan) dan penyakit hawar pucuk Choenophora. Kulit MC11 berkilat dan dapat mengekalkan warna walaupun selepas diproses.

ii. MARDI MC12:Sederhana pedas, mempunyai cirri masak serentak dan matang awal. Oleh kerana daunnya tebal, MC12 kurang digemari olehbeberapa serangga perosak. Hasil tinggi 15-25 mt/ha. Ia mengeluarkan hasil 7 minggu selepas ditanam dan sangat produktif cepat matang tahan penyakit dan penuaian selang 5 hingga 6 harisekali.

iii. Cili padi:Selain dari dua varietI di atas, kini MARDI juga telah membangunkan beberapa cili padi yang mempunyai hasil tinggi menandingi varieti cili tempatan.

Jenis-jenis cili tempatan yang lain termasuklah yang CILIBANGGI yang telah dibangunkan oleh UKM seperti berikut:

i. CILIBANGI-1:Untuk kegunaan segar, mempunyai ciri masak serentak, biomas optima dan kurang masalah rebah. Purata hasil 1.17 kg/pokok.

ii. CILIBANGI-2:Jenis untuk cili kering, berpotensi untuk ditanam oleh pekebun kecil. Purata hasil 1.02 kg/pokok.

iii. CILIBANGI-3:Stabil, sangat pedas, sesuai untuk kegunaan segar dan berhasil

Page 12: tanaman cili

tinggi.

iv. CILIBANGI–4:Buah masak kering di pokok, oleh itu sesuai untuk cili kering. Saiz pokok kecil dan rendah, dan boleh ditanam dengan kepadatan44,000 pokok/ha.

v. CILIBANGI-5: Hasil buah juga tinggi, kurang pedas dan sesuai untuk makan segar.

vi. CILIBANGI-6: Saiz buah lebih besar dari CILIBANGGI-5, kering dipokok, dan buahnya pedas.

vii. CILI Kulai : Jenis tempatan yang berbentuk panjang dan pedas. Varieti Kulai terdapat sebanyak 7 jenis cili kulai yang diusahakan di Malaysia.Penanaman jenis tersebut adalah bergantung kepada di mana sumber benih tersebut diperolehi.