15
RUBIATON BT IBRAHIM

Teknik Penulisan UPSR

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Cemerlang Penulisan dengan teknik 1H+5W

Citation preview

  • RUBIATON BT IBRAHIM

  • Siapa? (Who?)

    Di mana? (Where?)

    Apa? (What?)

    Kenapa? (Why?)

    Bagaimana? (How?)

    WAJIB.. soal diri sendiri dan jawab dalam

    bentuk ayat lengkap

    Bila? (When?)

  • Tajuk : Cara menjaga kesihatan diri. Isi : Bersenam. Ayat 1 : Penegasan ISI. (wajib ada penegasan isi pada semua perenggan!) Cara menjaga kesihatan diri yang pertama adalah dengan bersenam. Ayat 2 : Kenapa? Ini adalah kerana, apabila bersenam badan kita akan menjadi sihat. Ayat 3 : Di mana bersenam? Kita boleh bersenam di padang bola atau di taman-taman permainan. Ayat 4 : Bila perlu bersenam? Kita juga boleh melakukan aktiviti senaman pada waktu petang atau pada masa lapang.

    Cantumkan ke semua ayat dalam 1 perenggan :

    Cara menjaga kesihatan diri yang pertama adalah dengan bersenam. Ini adalah kerana, apabila bersenam badan kita akan menjadi sihat. Kita boleh bersenam di padang bola atau di taman-taman permainan. Kita juga boleh melakukan aktiviti senaman pada waktu petang atau pada masa lapang.

  • Tajuk : Kepentingan hadir ke kelas tambahan Isi : mengisi masa lapang

    Ayat 1 : Penegasan ISI. (wajib ada penegasan isi pada semua perenggan!) Kepentingan hadir ke sekolah yang kedua adalah dapat mengisi masa lapang.

    Ayat 2 : Bila? Kita boleh menghadiri kelas tambahan selepas waktu persekolahan.

    Ayat 3 : Di mana? Kelas tambahan selalunya diadakan di sekolah atau di rumah guru.

    Ayat 4 : Kenapa? Apabila kita menghadiri kelas tambahan, masa kita tidak akan terbuang dengan sia-sia.

    Cantumkan ke semua ayat dalam 1 perenggan : Kepentingan hadir ke sekolah yang pertama adalah dapat mengisi masa lapang. Kita boleh menghadiri kelas tambahan selepas waktu persekolahan. Kelas tambahan selalunya diadakan di sekolah atau di rumah guru. Apabila kita menghadiri kelas tambahan, masa kita tidak akan terbuang dengan sia-sia.

  • 1. Kebaikan membaca yang pertama ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

    2. Kita boleh membaca buku pada masa lapang supaya kita tidak membazirkan masa dengan sia-sia.

    3. Membaca boleh dilakukan di mana-mana sahaja seperti di perpustakaan, kelas atau di stesen bas.

    When?

    Where?

    Tajuk

    Isi

  • Kebaikan membaca yang pertama ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Apabila kita membaca buku, kita akan mendapat ilmu yang terdapat dalam buku itu. Bila kita membaca buku Sains, kita akan dapat mengetahui banyak perkara seperti bumi dan planet lain.

    How? Why?

    Penegasan isi

  • 1. Kebaikan membaca yang kedua adalah dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

    2. Apabila kita membaca buku, kita akan mendapat ilmu yang terdapat dalam buku itu.

    3. Bila kita membaca buku Sains, kita akan dapat mengetahui banyak perkara seperti bumi dan planet lain.

    How?

    Why?

    Tajuk/

    Isi

  • TERUS MENYOAL DIRI SENDIRI BAGI MENDAPATKAN

    ISI/IDEA YANG LENGKAP

  • Beberapa nilai murni saya dapati daripada petikan di atas. Nilai yang pertama ialah _____________________ kerana __________. Selain itu nilai ________________ seperti ______________. Nilai seterusnya ialah ___________. Ini terbukti ___________ . Di samping itu terdapat juga nilai _______________ kerana ____________. Nilai terakhir ialah _________________________. Itulah nilai murni yang saya dapati daripada petikan di atas.

  • Beberapa pengajaran saya dapati daripada petikan di atas. Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah _____________________. Kita juga sepatutnya ________________. Pengajaran seterusnya ialah _______________. Kita juga haruslah _____________________. Akhir sekali ialah kita perlu _____________________. Itulah pengajaran yang saya dapati daripada petikan di atas.

  • [email protected]

    Penolong Pengarah,

    Sektor Pengurusan Akademik,

    Bahagian Pengurusan Sekolah Harian PEMBELAJARAN

    AHLI

    Kecemerlangan dihasilkan oleh

    orang biasa dengan usaha luar

    biasa!