2
TEKS UCAPAN ACARA MERENTAS KAMPUS Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam 1Murid 1Sukan. Yang berusaha Puan Toumah Bt. Sokiman, pengetua SMK Sungai Nibong, yang dihormati Prof. Mayda Dr. Mohd. Nain Hj. Awang, En. Mohd. Shapiee Bin Hashim, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Soddri Bin Darus, Penolong Kanan HEM, En. Abdul Rahim Bin Mohd Kassim, Penolong Kanan Kokurikulum, barisan guru kanan, guru-guru, AJK PIBG dan seterusnya para pelajar yang dikasihi. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur, khususnya pihak sekolah kerana telah mengundang saya untuk merasmikan majlis ini. Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Pengelola atas kejayaan melaksanakan Hari Merentas Kampus ini. Sesungguhnya penyertaan para pelajar dalam aktiviti ini merupakan suatu proses pembentukan jati diri yang terancang dan sistematik. Aktiviti ini bukan sahaja menonjolkan bakat dan kekuatan fizikal, malah berupaya mewujudkan perpaduan yang lebih kukuh dalam kalangan pelajar yang terlibat memandangkan para pelajar datang dari pelbagai kaum dan latar masyarakat yang berbeza. Saya yakin hasrat mewujudkan perpaduan kaum melalui aktiviti kesukanan seperti dalam gagasan “1Murid 1Sukan” yang diilhamkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin ini akan dapat direalisasikan. Di samping itu juga, aktiviti ini diharapkan akan menjadi suatu landasan bagi melahirkan kumpulan besar atlet pelajar yang akan membantu meningkatkan mutu sukan negara. Saya juga merasakan kejohanan ini merupakan arena terbaik untuk guru-guru mencipta kreativiti memacu semangat pelajar, manakala para pelajar pula berpeluang mengerah kudrat melepaskan beban emosi dengan berlari, maka akan terciptalah momentum yang dapat menjana tenaga dalaman seterusnya menjadi juara. Jika tewas dalam acara ini, semangat bersukan itu pasti akan menjadikan pelajar seorang yang berfikiran terbuka dengan menyimpulkan bahawa hidup adalah perjuangan dan perlumbaan. Hanya yang berusaha dan berdoa pasti akan berjaya.

Teks Ucapan Acara Merentas Kampus- 2014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TEKS UCAPAN

Citation preview

TEKS UCAPAN ACARA MERENTAS KAMPUS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam 1Murid 1Sukan.

Yang berusaha Puan Toumah Bt. Sokiman, pengetua SMK Sungai Nibong, yang dihormati Prof. Mayda Dr. Mohd. Nain Hj. Awang, En. Mohd. Shapiee Bin Hashim, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Soddri Bin Darus, Penolong Kanan HEM, En. Abdul Rahim Bin Mohd Kassim, Penolong Kanan Kokurikulum, barisan guru kanan, guru-guru, AJK PIBG dan seterusnya para pelajar yang dikasihi.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur, khususnya pihak sekolah kerana telah mengundang saya untuk merasmikan majlis ini. Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Pengelola atas kejayaan melaksanakan Hari Merentas Kampus ini.

Sesungguhnya penyertaan para pelajar dalam aktiviti ini merupakan suatu proses pembentukan jati diri yang terancang dan sistematik. Aktiviti ini bukan sahaja menonjolkan bakat dan kekuatan fizikal, malah berupaya mewujudkan perpaduan yang lebih kukuh dalam kalangan pelajar yang terlibat memandangkan para pelajar datang dari pelbagai kaum dan latar masyarakat yang berbeza.

Saya yakin hasrat mewujudkan perpaduan kaum melalui aktiviti kesukanan seperti dalam gagasan 1Murid 1Sukan yang diilhamkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin ini akan dapat direalisasikan. Di samping itu juga, aktiviti ini diharapkan akan menjadi suatu landasan bagi melahirkan kumpulan besar atlet pelajar yang akan membantu meningkatkan mutu sukan negara.

Saya juga merasakan kejohanan ini merupakan arena terbaik untuk guru-guru mencipta kreativiti memacu semangat pelajar, manakala para pelajar pula berpeluang mengerah kudrat melepaskan beban emosi dengan berlari, maka akan terciptalah momentum yang dapat menjana tenaga dalaman seterusnya menjadi juara. Jika tewas dalam acara ini, semangat bersukan itu pasti akan menjadikan pelajar seorang yang berfikiran terbuka dengan menyimpulkan bahawa hidup adalah perjuangan dan perlumbaan. Hanya yang berusaha dan berdoa pasti akan berjaya.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada AJK Pengelola, terutamanya pengetua, staff beliau dan AJK PIBG kerana telah dapat menganjurkan aktiviti Merentas Kampus pada kali ini. Kepada para pelajar yang akan mengambil bahagian dan yang akan meraih pingat selepas ini saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya jangan putus asa ,kerana penyertaan kalian sudahpun menunjukkan bahawa anda telah menunjukkan kejayaan .

Dengan lafaz Bismillahir Rahmannir Rahim, saya dengan ini merasmikan aktiviti Merentas Kampus SMK Sungai Nibong bagi tahun 2014 .Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. .