27
UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL SEMPENA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL 1PESARA 24 SEPTEMBER 2014 (RABU), 9.00 PAGI MAEPS, SERDANG

TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

UCAPAN

YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD

ZABIDI ZAINAL

SEMPENA

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL

1PESARA

24 SEPTEMBER 2014 (RABU), 9.00 PAGI

MAEPS, SERDANG

Page 2: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

2

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Transformasi dan

Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan”.

[SALUTATION DISEDIAKAN DI ATAS

ROSTRUM]

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah

SWT kerana dengan limpah kurnia dan

inayah-Nya jua kita dapat bersama-

sama dalam Karnival 1Pesara yang

julung-julung kalinya diadakan ini.

Karnival ini telah direalisasikan hasil

jalinan kolaborasi dan kerjasama padu

Page 3: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

3

JPA bersama-sama Kementerian

Kewangan Malaysia.

2. Saya ingin mengambil kesempatan

di sini untuk mengalu-alukan kehadiran

semua pesara Kerajaan dan bakal

pesara Kerajaan yang sudi meluangkan

masa untuk menyertai Karnival 1Pesara

yang telah berlangsung sejak semalam

hingga ke hari ini.

3. Saya juga ingin merakamkan

ucapan penghargaan dan terima kasih

atas sokongan padu dan kerjasama erat

yang dizahirkan oleh wakil-wakil

kementerian dan agensi-agensi

Page 4: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

4

Kerajaan, persatuan pesara dari seluruh

pelusuk Malaysia, pihak industri dan

barisan media dalam menjayakan

Karnival 1Pesara ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

4. Forum Ekonomi Dunia baru-baru ini

telah mengeluarkan Laporan Daya Saing

Global bagi tahun 2014 dan 2015 yang

membawa berita gembira kepada

Malaysia. Mengikut laporan tersebut,

Malaysia kini merupakan antara

kelompok 20 buah negara paling

berdaya saing daripada 114 buah

Page 5: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

5

negara. Pencapaian ini merupakan

peningkatan daripada kedudukan ke-24

daripada 148 buah negara sebelumnya.

5. Ekonomi negara juga dilapor

menunjukkan trend yang

memberangsangkan dengan mencatat

pertumbuhan Keluaran Dalam Negara

Kasar (KDNK) sebanyak 6.4 peratus

dalam suku kedua 2014 iaitu rekod

tertinggi pernah dicatatkan sejak suku

ke-empat tahun 2012. Pencapaian ini

ternyata menjadikan Malaysia sebagai

negara yang paling tinggi pencapaian

pertumbuhan ekonominya dalam

Page 6: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

6

kalangan negara ASEAN bagi tempoh

separuh pertama tahun 2014.

6. Dalam memperkatakan kisah

kejayaan Malaysia di arena global ini,

saya ingin juga berkongsi laporan World

Competitiveness Yearbook yang

diterbitkan oleh Institute for

Management Development yang telah

meletakkan Malaysia di kedudukan ke-

12 daripada 60 negara pada tahun 2014

berbanding tempat ke-15 pada tahun

2013.

Page 7: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

7

7. Apa yang lebih menarik ialah

penarafan Malaysia di bawah World

Competitiveness Yearbook ini telah

meletakkan Malaysia di tangga pertama

bagi Dana Pembiayaan Persaraan

(Pension Funding) di bawah faktor

Kecekapan Kerajaan atau Government

Efficiency. Ini membuktikan bahawa

“Pension Funding is adequately

addressed for the future” atau dengan

kata lain Kerajaan telah memberi

keutamaan kepada pengurusan dana

bagi pembiayaan persaraan masa

hadapan. Ini merupakan manifestasi

kesungguhan Kerajaan dalam menjamin

kesejahteraan golongan pesara.

Page 8: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

8

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

8. Kemakmuran negara kita Malaysia,

sering kali diintai dan menjadi perhatian

serta fokus pihak luar terutamanya di

peringkat antarabangsa. Ini terbukti

apabila Majalah International Living

menyenaraikan Malaysia sebagai

destinasi terbaik dalam kalangan

negara-negara Asia untuk mereka

menetap selepas besara. Perkara ini

dinyatakan dalam artikel mereka

bertajuk The World’s Best Places to

Retire in 2014. Pemilihan Malaysia ini

adalah berdasarkan kepada beberapa

faktor antaranya faktor kos sara hidup,

Page 9: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

9

kemudahan infrastruktur, cuaca, budaya

hormat-menghormati yang dipamerkan

dan pelbagai lagi faktor positif yang

lain.

9. Persoalannya di sini ialah jika

Malaysia boleh dikatakan menjadi

“syurga tempat tinggal” kepada

golongan pesara dari luar negara,

mengapa pesara kita tidak boleh

menikmati kelebihan tersebut? Apakah

kemudahan yang boleh disediakan oleh

Kerajaan kepada kumpulan pesara

Kerajaan? Sesuatu harus dilaksanakan

agar pesara di Malaysia khususnya

dalam kalangan pesara Kerajaan akan

Page 10: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

10

terus merasakan Malaysia sebagai bumi

bertuah yang banyak membawa faedah

kepada mereka walaupun setelah

melewati gerbang persaraan.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

10. Jabatan Perkhidmatan Awam

bukan sahaja bertanggungjawab

menyediakan kemudahan terbaik

kepada pegawai-pegawai yang sedang

berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam

negara malah, golongan pesara juga

merupakan kumpulan berkepentingan

atau stakeholder yang perlu diberi

Page 11: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

11

perhatian. Menyedari hakikat ini, JPA

telah memperkenalkan program

1Malaysia Civil Service Retirement

Support.

11. Untuk makluman semua, 1Malaysia

Civil Service Retirement Support

merupakan salah satu inisiatif terbaharu

yang disediakan untuk menjaga

kebajikan pesara penjawat awam.

Inisiatif yang diterajui JPA dengan

kerjasama Kementerian Kewangan,

Kementerian Kesihatan Malaysia dan

Kementerian Sumber Manusia ini

bernaung di bawah lembayung Strategi

Page 12: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

12

Lautan Biru Kebangsaan atau National

Blue Ocean Strategy (NBOS).

12. Inisiatif ini juga merupakan satu

lagi manifestasi keprihatinan Kerajaan

kepada golongan pesara Kerajaan yang

telah banyak menabur budi dan jasa

bakti sepanjang berada dalam tempoh

perkhidmatan.

Hati gajah sama dilapah,

Hati nyamuk sama dicecah.

Kalau sedikit, secubit seorang,

Kalau banyak, sesenduk seorang.

Page 13: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

13

Jangan sampai bak dikata,

Berakit berdua, karam seorang.

Modal sama dikongsi,

Rugi sama ditanggung,

Untung lain-lain.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

13. Apa yang cuba saya sampaikan

melalui bait-bait kata tersebut ialah

pesanan saya kepada pegawai-pegawai

saya agar mereka menyediakan

kemudahan atau perkhidmatan yang

sama taranya kepada kedua-dua pihak

baik kepada pegawai yang masih

Page 14: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

14

berkhidmat mahupun yang telah

bersara.

14. Biar untung sama diraih. Bagi yang

masih berkhidmat atau telah bersara,

kita tiada bezanya. Kita sama-sama

terlibat menghulurkan tenaga dan

mencurah bakti demi ibu pertiwi.

Namun, apabila nafiri berundur

ditiupkan, ada yang terpaksa melangkah

pergi meninggalkan Perkhidmatan

Awam yang dikasihi. Kita yang masih

berada di dalam perkhidmatan Kerajaan

ini haruslah mengenang jasa kuntuman

budi Tuan-tuan dan Puan-puan kumpulan

pesara yang telah banyak menabur budi

Page 15: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

15

dan bakti kepada negara untuk sekian

lamanya.

15. Atas dasar ini, maka empat perkara

telah digariskan sebagai teras yang

memayungi inisiatif 1Malaysia Civil

Service Retirement Support iaitu:

Aspek Pertama: kesejahteraan

pesara yang meliputi aspek

pembelajaran sepanjang hayat

dan bantuan khidmat

kerohanian;

Aspek Kedua: bekerja semula

yang menyediakan panduan

Page 16: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

16

kepada pesara yang masih

ingin menabur bakti kepada

masyarakat. Sebagai

makluman, daripada seramai

1,599 pesara yang mendaftar

dengan Jobs Malaysia, 589

telah diambil bekerja. Untuk

JPA sendiri, di bawah kontrak

untuk perkhidmatan (contract

for service), seramai 1,979

pesara telah diambil bekerja

semula di mana 859 dari

kumpulan Pengurusan dan

Profesional manakala 1,120

dalam kalangan kumpulan

pelaksana. Di bawah

Page 17: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

17

Kementerian Pendidikan

Malaysia pula seramai 406

orang pesara telah diambil

bekerja semula yang terdiri

daripada guru bahasa Inggeris,

guru agama dan kumpulan

pelaksana. Begitu juga halnya

dengan Kementerian

Kesihatan Malaysia di mana

seramai 66 orang doktor

perubatan/pakar perubatan

telah diambil semula untuk

berkhidmat.

Aspek Ketiga: Kelangsungan

penjagaan kesihatan yang

Page 18: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

18

meliputi kemudahan perubatan

dan laluan pantas atau Rapid

Lane yang disediakan bagi

pesara mendapatkan khidmat

nasihat kesihatan. Dari tahun

2012 hingga 2014, seramai

105,871 pesara telah

mendapat faedah bantuan

perubatan yang meilbatkan

kos sebanyak RM204.8 juta.

Manakala bagi perkhidmatan

Rapid Lane pula, sebanyak 904

kemudahan kesihatan

disediakan meliputi

kemudahan di Hospital

Kerajaan, Pusat Kesihatan dan

Page 19: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

19

Klinik Pergigian dengan

seramai 24,126 pesara telah

menggunakan perkhidmatan

ini.

Aspek Keempat:

Keusahawanan dan Kewangan

yang meliputi penyediaan

maklumat berhubung

keusahawanan bagi pesara

yang berhasrat untuk

menceburkan diri dalam

bidang tersebut dan juga

maklumat berkaitan

pengurusan kewangan.

Page 20: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

20

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

16. “Melakar Perubahan: Pesara

Produktif Menelusuri Kesejahteraan”

telah dipilih sebagai tema penganjuran

Karnival 1Pesara yang julung-julung

kalinya diadakan ini. Tema ini dipilih

sebagai representasi kepada objektif

penganjuran karnival ini yang

meletakkan hasrat untuk melihat pesara

Page 21: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

21

terus produktif dan sejahtera dalam apa

jua bidang yang diceburi selepas

memasuki alam persaraan. Pesara

perlu bangkit membuktikan bahawa

bersara bukan bermakna malapnya

masa hadapan atau tamatnya era

kesejahteraan hidup, malah bersara

sebenarnya membuka lembaran baharu

ke arah kehidupan yang lebih gemilang.

Itulah yang kita inginkan.

17. Penganjuran Karnival 1Pesara ini

merupakan platform untuk pesara dan

bakal pesara Kerajaan untuk

mengetahui dengan lebih lanjut

mengenai kelebihan, faedah dan

Page 22: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

22

ganjaran persaraan yang disediakan

sebagai kemudahan oleh pelbagai

pihak. Sebanyak 50 tapak pameran atau

booth telah dibuka oleh 35 pempamer

merentasi sektor awam, swasta dan

NGO.

18. Selain daripada itu, pelbagai

pengisian menarik telah turut

disediakan seperti pameran bergerak

oleh Pusat Transformasi Komuniti

(CTC), 1M4U, 1MTC dan pelbagai

karavan tani. Turut diadakan ialah sesi

perkongsian ilmu bersama-sama

personaliti usahawan dalam kalangan

Page 23: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

23

pesara, ceramah kewangan oleh Agensi

Kaunseling dan Pengurusan Kredit

(AKPK), pendedahan berhubung

pengurusan pelaburan oleh Permodalan

Nasional Berhad (PNB) serta pelbagai

lagi program menarik.

19. Alhamdulillah. Saya bersyukur

kerana program ini telah mendapat

sambutan yang amat menggalakkan di

mana semalam iaitu pada hari pertama,

saya difahamkan program ini telah

didatangi seramai 3,200 orang

pengunjung dan saya turut difahamkan

pameran bergerak CTC sahaja telah

Page 24: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

24

menarik seramai 1,706 pengunjung dan

180 orang telah membuat pemeriksaan

kesihatan. Itu belum termasuk

pengunjung bagi program-program yang

lain juga.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

20. Sebagaimana kumpulan pesara

yakni pegawai-pegawai Kerajaan yang

terdahulu dari kita sanggup

mengorbankan masa dan tenaga bagi

memberikan perkhidmatan yang terbaik

kepada rakyat dan negara, kita

penjawat awam pada hari ini haruslah

menyahut semboyan perjuangan

Page 25: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

25

tersebut dan meneruskan

tanggungjawab yang sedia terletak di

atas jemala kita dengan penuh integriti

dan akauntabiliti.

21. Perkhidmatan yang diberi perlu

berasaskan pertimbangan yang tegas

dan bijaksana serta disertai dengan

budi pekerti yang mulia. There must be

a humanistic approach to every service

rendered, the human face must be there

all the time. Dengan itu kepercayaan

rakyat terhadap Perkhidmatan Awam

sentiasa kukuh terpelihara. We hold the

people’s trust, we must therefore be

trusted. Inilah citra “Berkhidmat Untuk

Page 26: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

26

Negara” yang perlu kita tampilkan

dalam memberi perkhidmatan terbaik

kepada rakyat selaras dengan slogan

“Merakyatkan Perkhidmatan Awam”.

22. Saya yakin dan percaya dengan

komitmen dan iltizam yang tinggi, kita

semua akan berjaya merealisasikan

Agenda Transformasi Negara dan

Transformasi Perkhidmatan Awam yang

sedang giat dilaksanakan hari ini.

Mudah-mudahan segala usaha murni

yang kita gemblengkan termasuk

pelaksanaan program Karnival 1Pesara

ini akan memperoleh rahmat dan

keredhaan Allah SWT jua, In Sha Allah.

Page 27: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL 1PESARA · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat ... kata lain Kerajaan telah memberi ... dan bantuan khidmat

27

23. Oleh itu, dengan penuh takzim dan

dengan kalimah suzi

Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan

ini merasmikan Karnival 1Pesara.

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh. Terima kasih.