22
TERAPI SENI VISUAL NOOR FAIZAH BT MOHD RAZALI NORHASLINDA BT IDORUS NURFARAHIN BT AHMAD NURIZYAN BT ASLI

Terapi Seni Visual

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pendidikan khas

Citation preview

Page 1: Terapi Seni Visual

TERAPI SENI VISUAL

NOOR FAIZAH BT MOHD RAZALINORHASLINDA BT IDORUSNURFARAHIN BT AHMAD

NURIZYAN BT ASLI

Page 2: Terapi Seni Visual

DEFINISI TERAPI SENI VISUAL

Page 3: Terapi Seni Visual

• Terapi seni ialah profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas klien/pesakit untuk menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan.

Page 4: Terapi Seni Visual

• Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual.

• Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian.

Page 5: Terapi Seni Visual

• Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku.

• Juga merupakan proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi pesakit.

(Ini berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik individu membantu mereka menyelesaikan konflik dan masalah, membangunkan kemahiran dalaman, menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan, meningkatkan jati diri)

Page 6: Terapi Seni Visual

• Luahan seni pesakit sama ada melalui lakaran, lukisan atau binaan (sculptures) membantu minda mereka memberi tumpuan pada hasil seni.

• Proses teraputik ini perlahan-lahan membantu mereka mengawal kecelaruan dalam minda.

• Melalui luahan artistik dan prosedur diagnostik lain pula, doktor berupaya membuat penilaian rawatan yang lebih tepat pada pesakit.

Page 7: Terapi Seni Visual

MATLAMAT TERAPI SENI

• Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa

• Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk “seni luar”. ( Judith Peck )

Page 8: Terapi Seni Visual

• Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive Therapist within a school setting is to help student express and contain their internal conflicts, while facililitating their ability to implement change.

Page 9: Terapi Seni Visual

OBJEKTIF TERAPI SENI

• Melalui pengajaran dan pembelajaran, persembahan media yang terpilih, bacaan dan kajian individu, pelajar dapat mengenali dan membiasakan diri dengan isi kandungan, gaya dan simbol imej yang kerap kali dilihat dalam karya.

• Dengan ini, pelajar dapat membuka jalan di alam bawah sedar dan pintu kepada perubahan positif terhadap orang yang memerlukan pertolongan.

Page 10: Terapi Seni Visual

• Menurut Eve C. Jarboe, Terapi Seni di sekolah secara amnya adalah untuk pelajar khas yang mempunyai permasalahan dalam pembelajaran, tingkahlaku, gangguan emosi atau kecacatan fizikal termasuk pada mata kasar atau halus.

Page 11: Terapi Seni Visual

Terapi seni dapat mendidik:

•Kesedaran diri•Kemahiran pertahanan diri yang sihat•Kebebasan•memperbaiki komunikasi•Penyembuhan jiwa•Perkembangan kognitif•Memperbaiki kawalan gerak hati•Memperbaiki kepuasan diri

Page 12: Terapi Seni Visual

• Terapi seni yang sistematik dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja pelajar yang mempunyai masalah psikologi emosi melalui hasil kerja. Hasil kerja seorang pelajar akan dinilai secara tersurat dan tersirat.

FUNGSI TERAPI SENI DALAM PEMANTAPAN EMOSI

Page 13: Terapi Seni Visual

• Seseorang insan belum tentu mampu melahirkan permasalahannya secara lisan, tetapi ia mudah untuk melakarkannya pada sekeping kertas kerana fitrah manusia sememangnya pandai menyimpan rahsia, lebih lebih lagi yang mengganggu dan menakutkannya.

Page 14: Terapi Seni Visual

• Kaum kulit hitam di Amerika Syarikat contohnya mempunyai kecenderongan melukis dan menulis di dinding dinding yang dipanggil ‘grafitti’.

• Ini adalah kerana emosi insan yang tertindas ini tidak stabil. Hanya dengan cara ini sahaja mereka dapat meluahkan perasaan sambil menyampaikan mesej. Yang pada mereka, dapat menenangkan pemberontakan dalam diri.

Page 15: Terapi Seni Visual

• Secara positifnya, terapi seni akan dapat membentuk insan insan seperti di atas mengawal karya dan diri sendiri secara sedar dan bertanggung jawab. Atas kepentingan inilah terapi seni perlu menjadi satu cabang disiplin dalam kurikulum Pendidikan seni Visual.

Page 16: Terapi Seni Visual

KEBERKESANAN TERAPI SEBAGAI PEMANGKIN EMOSI DAN SAHSIAH PELAJAR

• Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti mengapa mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat mengawal keadaan sekeliling.Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak keupayaan untuk menguasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang mewakili mereka di dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 )

Page 17: Terapi Seni Visual

• Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan ( Dyer – Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978). ( Eve C .Jarboe, 2002 )

Page 18: Terapi Seni Visual

• “Art products produced by a student during treatment can be used in much the same manner as transitional objects. The child learns to trust another person who is not the primary caregiver , can use the art process as a means of self-soothing , and can form an attachment in the context of the therapeutic relationship”. ( Robins, 1987 ). ( Eve C .Jarboe, 2002 )

Page 19: Terapi Seni Visual

Contoh aktiviti

• Membuat conteng pada kertas• Menulis di awan / pasir• Mencatan• Melukis• Mewarna• Membuat kolaj• Menganyam tikar

Page 20: Terapi Seni Visual

Contoh hasil lukisan kanak-kanak

Lukisan ini dihasilkan seorang kanak-kanak Palestin

Hasil lukisan seorang kanak-kanak Iraq

Page 21: Terapi Seni Visual

Hasil lukisan kanak-kanak Amerika Syarikat

Hasil lukisan kanak-kanak Malaysia

Page 22: Terapi Seni Visual

SEKIAN,TERIMA KASIH..