6
ANGKASA2020 #ANGKASA50 #ANGKASA50 +603-7884 6446 l +603-7800 8170 +6016-396 9783 @AngkasaCoop 1 1. PENGENALAN Pertandingan mencipta lagu rasmi “Semangat Koperasi” ANGKASA diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang ke-50 pada tahun 2021. 2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 2.1 UMUM 2.1.1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pencipta lagu amatur atau profesional warganegara Malaysia. 2.1.2. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada SATU (1) buah lagu untuk dipertandingkan dan dihakimi. 2.1.3. Penciptaan lagu merujuk kepada penghasilan lagu (termasuk adunan muzik yang lengkap) dan lirik lagu. 2.1.4. Hasil karya hendaklah yang asli dan BELUM PERNAH diterbitkan oleh syarikat rakaman, syarikat penerbitan atau persembahan luar. 2.1.5. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan: a. Borang penyertaan yang lengkap b. Salinan Lirik lagu dan; c. Lagu yang telah dirakam musik dan nyanyiannya (adunan lengkap dan bukan demo tape) hendaklah dihantar dalam bentuk CD (3 Salinan CD). 2.1.6 Pihak penganjur berhak MEMBATALKAN penyertaan yang menggunakan lirik dan lagu yang dipertandingkan di mana-mana pertandingan sebelum pertandingan ini, atau terdapat unsur-unsur plagiat atau melanggar hakcipta (copyright) di dalam lagu yang dihasilkan. 2.1.7. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri (sama ada secara individu atau berkumpulan). 2.1.8. Pertandingan ini TIDAK BOLEH disertai oleh kakitangan ANGKASA, subsidiari ANGKASA dan ahli keluarga terdekat mereka. 2.1.9. ANGKASA memegang hak mutlak pada bila-bila masa untuk mengubah, menangguhkan, membuat jadual semula, atau melanjutkan atau menamatkan pertandingan, dan / atau tempoh pertandingan mengikut budi bicara mutlaknya dan tanpa memberi notis terlebih dahulu. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU RASMI PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU RASMI “SEMANGAT KOPERASI" “SEMANGAT KOPERASI" SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN ANGKASA KE- 50 SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN ANGKASA KE- 50

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU …€¦ · Alamat Urusetia : “Pertandingan Mencipta Lagu Semangat Koperasi” Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA Aras 3, Wisma Ungku

  • Upload
    others

  • View
    22

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU …€¦ · Alamat Urusetia : “Pertandingan Mencipta Lagu Semangat Koperasi” Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA Aras 3, Wisma Ungku

ANGKASA2020#ANGKASA50#ANGKASA50+603-7884 6446 l +603-7800 8170 +6016-396 9783 @AngkasaCoop

1

1. PENGENALAN

Pertandingan mencipta lagu rasmi “Semangat Koperasi” ANGKASA diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang ke-50 pada tahun 2021.

2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

2.1 UMUM

2.1.1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pencipta lagu amatur atau profesional warganegara Malaysia.

2.1.2. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada SATU (1) buah lagu untuk dipertandingkan dan dihakimi.

2.1.3. Penciptaan lagu merujuk kepada penghasilan lagu (termasuk adunan muzik yang lengkap) dan lirik lagu.

2.1.4. Hasil karya hendaklah yang asli dan BELUM PERNAH diterbitkan oleh syarikat rakaman, syarikat penerbitan atau persembahan luar.

2.1.5. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan: a. Borang penyertaan yang lengkap b. Salinan Lirik lagu dan; c. Lagu yang telah dirakam musik dan nyanyiannya (adunan lengkap dan bukan demo

tape) hendaklah dihantar dalam bentuk CD (3 Salinan CD).

2.1.6 Pihak penganjur berhak MEMBATALKAN penyertaan yang menggunakan lirik dan lagu yang dipertandingkan di mana-mana pertandingan sebelum pertandingan ini, atau terdapat unsur-unsur plagiat atau melanggar hakcipta (copyright) di dalam lagu yang dihasilkan.

2.1.7. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri

(sama ada secara individu atau berkumpulan). 2.1.8. Pertandingan ini TIDAK BOLEH disertai oleh kakitangan ANGKASA, subsidiari

ANGKASA dan ahli keluarga terdekat mereka.

2.1.9. ANGKASA memegang hak mutlak pada bila-bila masa untuk mengubah, menangguhkan, membuat jadual semula, atau melanjutkan atau menamatkan pertandingan, dan / atau tempoh pertandingan mengikut budi bicara mutlaknya dan tanpa memberi notis terlebih dahulu.

TERMA DAN SYARATPERTANDINGAN MENCIPTA LAGU RASMIPERTANDINGAN MENCIPTA LAGU RASMI

“SEMANGAT KOPERASI"“SEMANGAT KOPERASI"SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN ANGKASA KE- 50SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN ANGKASA KE- 50

Page 2: TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU …€¦ · Alamat Urusetia : “Pertandingan Mencipta Lagu Semangat Koperasi” Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA Aras 3, Wisma Ungku

ANGKASA2020#ANGKASA50#ANGKASA50+603-7884 6446 l +603-7800 8170 +6016-396 9783 @AngkasaCoop

2

2.1.10 Penyertaan boleh dihantar kepada pihak urusetia pertandingan bermula pada tarikh dan alamat seperti berikut:

Tarikh Penyertaan : 14 Julai 2020 sehingga 16 September 2020 Tarikh Tutup : 16 September 2020 (jam 5.00 petang) Alamat Urusetia : “Pertandingan Mencipta Lagu Semangat Koperasi” Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA Aras 3, Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS6/1, Kelana Jaya, Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Telefon : +603 - 7884 6446 / +603 - 78008170. Faks : +603 - 7884 6489 Emel : [email protected]

2.2 MUZIK DAN LAGU

2.2.1. Lagu hendaklah ciptaan asal yang tidak melebihi jangka masa dua (2) minit dan penyertaan adalah tidak terhad.

2.2.2. Genre lagu irama komersil atau pop kontemporari, atau genre yang sesuai dijadikan tema korporat atau kenegaraan. Genre berbentuk balada, rock, blues, irama Malaysia, punk dan heavy metal atau seumpamanya adalah tidak dibenarkan.

2.2.3. Penggunaan alat muzik tradisional atau moden adalah dibenarkan.

2.2.4. Lagu dinyanyikan dengan vokal dan muzik yang jelas.

2.2.5. Lagu hendaklah ciptaan serta gubahan sendiri dan tidak pernah diterbitkan oleh mana-mana syarikat rakaman, syarikat penerbitan atau persembahan luar. ANGKASA berhak membatalkan penyertaan yang menggunakan lirik atau gubahan muzik yang telah dipertandingkan di mana-mana pertandingan sebelum pertandingan ini.

2.2.6. Penyertaan mestilah disertakan dalam bentuk CD dengan rakaman suara menggunakan sekurang-kurangnya satu alat muzik iringan atau menyertakan skor piano dengan lirik di bawah melodi. Lampiran lirik juga perlu disertakan oleh peserta.

2.3 LIRIK LAGU

2.3.1. Lirik dan sarikata lagu hendaklah menggunakan BAHASA MELAYU.

2.3.2. Lirik hendaklah bertemakan konsep “Tujuh (7) prinsip koperasi”, “bekerja bersama-sama demi manfaat bersama” dan “Sadik, Amanah dan Telus”

2.3.3. Lirik juga merangkumi aspek kerjasama, perkhidmatan profesional kepada anggota koperasi, kelestarian koperasi, penyatuan dan perpaduan kaum, peranan ANGKASA sebagai badan apeks koperasi negara yang menyumbang kepada peningkatan sosio ekonomi masyarakat dan negara bangsa tanpa menyentuh sensitiviti perkauman, agama dan politik.

2.3.4. Lirik lagu yang dihasilkan hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur negatif, politik, lucah, tidak menyentuh sensitiviti kaum, bangsa serta tidak ada unsur-unsur menghasut.

2.3.5. Peserta boleh menggunakan khidmat penulis lirik tetapi hanya pencipta lagu diterima sebagai peserta manakala ciptaan lagu adalah bebas.

Page 3: TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU …€¦ · Alamat Urusetia : “Pertandingan Mencipta Lagu Semangat Koperasi” Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA Aras 3, Wisma Ungku

ANGKASA2020#ANGKASA50#ANGKASA50+603-7884 6446 l +603-7800 8170 +6016-396 9783 @AngkasaCoop

3

2.4 PROSES PENGHAKIMAN

2.4.1. Penghakiman adalah berdasarkan kepada kualiti lagu, lirik dan adunan muzik secara keseluruhan. Ia juga mestilah bersesuaian dengan apa yang dikehendaki oleh ANGKASA dan menggambarkan identiti kepada ANGKASA. Panel hakim berhak untuk membuat penilaian berdasarkan kepada beberapa skor (lirik lagu, susunan muzik dan senikata lagu).

2.4.2. Setiap penyertaan akan melalui proses penghakiman oleh pihak juri yang terdiri daripada Kepimpinan Tertinggi, Pengurusan dan Juri Profesional yang dilantik oleh ANGKASA.

2.4.3. Penilaian akan diberikan kepada aspek kreativiti melodi yang bermutu, bernilai komersil dan mampu menarik minat semua golongan serta lirik yang bersesuaian dengan konteks dan konsep.

2.4.4. Keputusan hakim adalah muktamad dan tidak boleh dirayu atau dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

2.4.5. Lagu yang menjadi Johan atau hadiah juri tidak semestinya menjadi lagu rasmi ANGKASA.

2.4.6. Hanya empat (4) orang pemenang yang akan dipilih iaitu bagi Johan (1) dan tiga (3) pemenang hadiah juri.

2.4.7. Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel, surat dan panggilan telefon. Hadiah akan disampaikan kepada pemenang pada program anjuran ANGKASA yang difikirkan sesuai sempena sambutan Ulang Tahun ANGKASA ke-50.

2.4.8. Sekiranya peserta tidak mendapat maklum balas dari pihak Urusetia maka peserta dianggap tidak berjaya.

2.5 HAK CIPTA LAGU DAN HARTA INTELEK (IP)

2.5.1. Dengan mengemukakan penyertaan, peserta secara rasminya bersetuju bahawa lagu dan lirik yang dipertandingkan sekiranya menang akan menjadi hak milik dan hak cipta ANGKASA.

2.5.2. ANGKASA berhak mengubahsuai lagu dan lirik mengikut kesesuaian dengan konsep koperasi. Walau bagaimanapun nama pencipta lagu akan dikekalkan sebagai tanda penghargaan. Oleh yang demikian, selain daripada hadiah yang telah ditetapkan, peserta tidak berhak untuk menuntut apa-apa bayaran atau royalti terhadap lagu tersebut pada masa hadapan.

2.5.3. ANGKASA berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti, tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada pemenang dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, ANGKASA tidak akan mengubah penyertaan Peserta untuk tujuan penilaian.

Page 4: TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU …€¦ · Alamat Urusetia : “Pertandingan Mencipta Lagu Semangat Koperasi” Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA Aras 3, Wisma Ungku

ANGKASA2020#ANGKASA50#ANGKASA50+603-7884 6446 l +603-7800 8170 +6016-396 9783 @AngkasaCoop

4

3. HADIAH

Pemenang akan ditawarkan hadiah yang berikut:

Johan : RM10,000 dan sijil penyertaan 3X hadiah juri : RM2,500 setiap seorang dan sijil penyertaan

4. LIABILITI DAN TANGGUNGJAWAB

4.1 ANGKASA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kehilangan, liabiliti, kecederaan atau kekecewaan yang ditanggung atau dialami oleh pemenang dan / atau Peserta akibat menyertai Pertandingan ini atau setelah menerima Hadiah.

4.2 ANGKASA tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan, peninggalan, gangguan, penghapusan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, akses tanpa kebenaran kepada, atau pengubahan, pengguna atau komunikasi anggota, atau sebarang masalah atau kerosakan teknikal sebarang rangkaian atau talian telefon, sistem komputer dalam talian, pelayan atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel atau pemain disebabkan masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet dan / atau laman web, berkaitan dengan Pertandingan.

4.3 ANGKASA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan dan / atau kegagalan dalam penerimaan kemasukan disebabkan oleh ketidakupayaan syarikat pengeposan atau syarikat Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) dan / atau telekomunikasi Internet untuk menyediakan internet yang tepat pada masanya dan / atau cekap dan / atau perkhidmatan telekomunikasi.

5. HAK ANGKASA SEBAGAI PENGANJUR

5.1. ANGKASA sebagai penganjur mempunyai hak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan Pertandingan ini sekiranya ia tidak dapat berjalan seperti yang dirancang, secara teknikal mengganggu atau rosak, termasuk tetapi tidak terhad kepada penularan wabak, bencana alam, jangkitan virus komputer, pepijat, gangguan, campur tangan yang tidak dibenarkan, penipuan, kegagalan teknikal, atau sebarang sebab lain di luar kawalan Pihak ANGKASA meskipun terdapat usaha yang wajar oleh ANGKASA.

5.2. ANGKASA berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta yang didapati atau disyaki menyalahgunakan proses penyerahan Pertandingan.

5.3. Peraturan dan Peraturan Pertandingan ini dan mekanik Pertandingan boleh dipinda dari semasa ke semasa dan akan mengatasi sebarang peruntukan atau representasi yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi atau pengiklanan Pertandingan. Peserta adalah dinasihatkan supaya melawat laman web / Facebook Instagram ANGKASA dari semasa ke semasa untuk memastikan Peserta mengetahui sebarang kemas kini dan perubahan yang dibuat.

5.4 ANGKASA berhak mengkaji dan mengubahsuai Syarat-syarat dan Peraturan Pertandingan ini dari semasa ke semasa, tanpa notis bertulis terlebih dahulu.

Page 5: TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU …€¦ · Alamat Urusetia : “Pertandingan Mencipta Lagu Semangat Koperasi” Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA Aras 3, Wisma Ungku

ANGKASA2020#ANGKASA50#ANGKASA50+603-7884 6446 l +603-7800 8170 +6016-396 9783 @AngkasaCoop

5

6. TERMA DAN SYARAT PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

6.1 Dengan menyertai Pertandingan dan memberikan Data Peribadi anda (ditakrifkan di bawah), anda memberi persetujuan nyata kepada ANGKASA dan mana-mana syarikat dan anak syarikatnya, subsidiari atau yang berkaitan seperti yang ditakrifkan dalam Akta Koperasi 1993 (Akta 502) dan Akta Syarikat 2016 (Akta 777) dan pembekal perkhidmatan, ejen dan kontraktor yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami (“Pihak Ketiga yang Dibenarkan”) (secara kolektif “kami” untuk memproses maklumat peribadi anda (termasuk nama dan butiran perhubungan anda). Data yang disediakan dalam penyertaan Pertandingan akan direkodkan, disimpan atau diproses oleh kami untuk mengendalikan Pertandingan, menghubungi dan menghantar kepada anda maklumat pemasaran atau promosi atau bahan mengenai produk, perkhidmatan, promosi, acara atau pertandingan yang dianjurkan oleh kami, dan tujuan perniagaan kami yang lain (“Maksud”). Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada orang ramai apabila anda menjadi pemenang dalam pertandingan atau mengambil bahagian dalam acara kami dengan menerbitkan nama, gambar dan maklumat peribadi anda yang lain tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

6.2. ANGKASA juga boleh menggunakan Pihak Ketiga yang Dibenarkan untuk memproses Data Peribadi Peserta. Semua Pihak Ketiga yang Dibenarkan tersebut secara kontrak terikat untuk mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan maklumat yang selamat dan tidak menggunakan Data Peribadi Peserta dalam apa-apa cara selain daripada yang dinyatakan di sini dan dalam dasar privasi ANGKASA di https://www.angkasa.coop

6.3. Sila sedia maklum bahawa Data Peribadi anda mungkin akan didedahkan kepada anggota sekutu kami, pembekal perkhidmatan dan rakan perniagaan yang berkaitan seperti agensi perhubungan awam dan agensi pengiklanan (jika ada) bagi Tujuan tersebut & sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang privasi data. Selain itu, adalah dimaklumkan bahawa kami adalah sebahagian daripada

Kumpulan ANGKASA.

6.4. Anda boleh meminta akses kepada atau pembetulan Data Peribadi anda, atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda pada bila-bila masa selepas ini dengan mengemukakan permintaan itu kepada kami melalui e-mel [email protected] atau telefon di +603-7884 6446. Sila ambil perhatian adalah perlu untuk anda memberikan Data Peribadi anda kerana tanpa Data Peribadi tersebut kami tidak dapat memproses Data Peribadi anda untuk tujuan di atas. Semua Data Peribadi tersebut adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

7. TERMA-TERMA DAN SYARAT PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Dengan menyertai Pertandingan ini, Peserta bersetuju untuk terikat dan tertakluk kepada Syarat-syarat dan Peraturan serta keputusan ANGKASA. Pertandingan dan Syarat-syarat dan Peraturan Pertandingan akan ditadbir, ditafsirkan dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia, dan tertakluk kepada bidang kuasa ekslusif mahkamah di Malaysia.

Info, terma dan syarat boleh dimuat turun di: www.angkasa.coop

Page 6: TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU …€¦ · Alamat Urusetia : “Pertandingan Mencipta Lagu Semangat Koperasi” Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA Aras 3, Wisma Ungku

ANGKASA2020#ANGKASA50#ANGKASA50+603-7884 6446 l +603-7800 8170 +6016-396 9783 @AngkasaCoop

6

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU RASMI “SEMANGAT KOPERASI”SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN ANGKASA KE-50

Saya mengaku bahawa ciptaan lagu dan lirik adalah ciptaan saya dan saya bersetujuuntuk mematuhi segala syarat pertandingan yang telah ditetapkan.

Nama:...................................................................................................................................................

Tarikh:................................................

...........................................................(Tandatangan)

Borang penyertaan yang telah lengkap beserta CD/ pemacu USB (USB drive) lagu (3 salinan CD) danlirik hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut sebelum 16 September 2020.

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia BerhadWisma Ungku A. Aziz, Jalan SS6/1 Kelana Jaya47301 Petaling Jaya, Selangor, MalaysiaTelefon: +603-7884 6446 l +603 7800 8710Faks: +603-7884 6489Whatsapp : 6016-396 9873Emel: [email protected]

BORANG PENYERTAAN

EMEL

ALAMAT

NAMA PENCIPTA

NO. KAD PENGENALAN

NO. TELEFON

TAJUK LAGU

EMEL

ALAMAT

NAMA PENULIS LIRIK

NO. KAD PENGENALAN

NO. TELEFON