The Phantom Pregnancy

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sem 3

Citation preview

THE PHANTOM PREGNANCY BARBARA THOMPSON

SOALAN TUGASANSECARA KUMPULAN ANDA DIKEHENDAKI MEMBUAT PEMBENTANGAN BERDASARKAN ANALISIS KAJIAN KES LAMPIRAN ARTIKEL YANG DISEDIAKAN. PELAJAR PERLU MENUNJUKKAN KEFAHAMAN BERDASARKAN KONSEP / MODEL / TEORI DALAM KES YANG DIANALISIS SERTA MEMBERIKAN STRATEGI STRATEGI BAGI MEMBANTU MENYELESAIKAN KES YANG DIANALISIS.THE PHANTOM PREGNANCY(BARBARA THOMPSON)DISEDIAKAN OLEH:Sharvina A/P GunaseelanThiuya A/P GunasekaranYamuna A/P NadarajanSINOPSIS1234?WATAK UTAMABARBARA THOMPSON

Guru perempuan Mempunyai dua anak Diarah untuk mengajar Pendidikan Seks

1

TERI LEIGH

Kanak-kanak perempuan yang berumur 12 tahun.Kanak-kanak pendidikan khas yang mengalami masalah pembelajaran.Mempunyai ketidakstabilan emosi dan tingkah laku.Berasal dari keluarga yang bermasalah.

2LATAR

Analisis kes ANALISIS KESMASALAH DALAM KES

MASALAH PEMBELAJARAN MASALAH EMOSI DAN TINGKAH LAKU MASALAH GANGGUAN SUARA HALUS IMAGINASI YANG KETERLALUANModel 1MODEL TERAPI REALITI GLASSER Terapi realitiberorientasikan tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling danphysiology.

Hal ini bermakna seseorang bertanggungjawab untuk memilih bukan sahaja apa yang dialakukan tetapi apa juayang diafikirkan, rasai, danmengalaminya secara fizikal. Kedua-dua adik lelaki Teri telah diambil oleh keluarga angkat sementara Teri pula bersedih kerana dia tahu keluarganya tidak akan bersama lagi pada masa yang akan datang. Ini menunjukkan Teri kekurangan rasa kepunyaan, misalnya kasih sayang daripada keluarganya. Personaliti yang tidak seimbang dan masalah mental yang dihadapi oleh Teri mungkin adalah disebabkan kekurangan kasih sayang dari keluarganya.Cara mengatasiStrategi 1Cara penyoalan

Dalam Model Terapi Realiti Glasser, langkah keempat dalam pelan pengurusan bilik darjah Glasser adalah guru pertingkatkan cara penyoalan.

Soalan yang berbunyi, Apakah yang sedang anda lakukan? lebih berkesan berbanding dengan Mengapa anda melakukan perkara tersebut? kerana kebanyakan murid akan hanya menjawab bahawa mereka tidak tahu sebabnya.

Sekiranya diminta menjelaskan apa yang sedang mereka lakukan, mereka dikehendaki untuk berfikir tentang tindakan mereka. Dengan itu, mereka terpaksa memikul tanggungjawab terhadap tingkah laku tersebut. Akibatnya, mereka tidak akan ulangi salah laku tersebut. Dalam kes ini, cikgu Barbara harus berbuat demikian dan kerap bertanya bahawa apakah yang sedang Teri lakukan supaya Teri dapat sedar bahawa perbuatan Teri yang memberikan gambar bogelnya adalah perkara yang buruk dan tidak patut dilakukan.

Jika Barbara mengikut langkah ini, Teri akan dikehendaki untuk berfikir tentang tindakannya. Dengan itu, dia terpaksa memikul tanggungjawab terhadap tingkah laku tersebut.

Dalam kes ini, Barbara telah memberi respon membincangkan dengan Teri tentang betapa seriusnya apabila mempunyai seorang bayi.

Barbara telah menjelaskan tentang kepentingan dan makna kedua-dua anaknya dan betapa cintanya Barbara terhadap kedua-dua anak tersebut. Akan tetapi, anak-anaknya telah mengambil semua masa yang ada padanya.

Oleh itu, Barbara tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk diluangkan kepada diri sendiri kerana dia perlu mencurahkan cinta dan masa kepada anak-anaknya.

Barbara juga telah memberitahu Teri tentang penyakitAIDS kerana Teri percaya kepada amarannya tentang impak penyakit ini terhadap badan manusia. Oleh itu, Barbara telah menegaskan keburukan penyakit-penyakit seks ini dengan teliti dengan harapan Teri tidak akan mencari peluang untuk melakukan hubungan seks.Ini bermakna sebelum Teri membuat keputusan, Barbara telah menjelaskan kesan kepadanya. Teri bebas untuk membuat pilihan tetapi dia harus memahami tanggungjawabnya.Teri harus berfikir secara rasional adakah dia dapat mengawal tingkah lakunya atau tidak.Barbara boleh menggunakan Model Glasser dalam membantu dan meyakinkan Teri Leigh untuk membuat keputusan yang baik.Bagi meyakinkan Teri Leigh, beliau boleh mencari dan mengumpul pelbagai maklumat dan bukti tentang keburukan kepada individu yang melahirkan anak ketika usia masih muda. Di samping itu, risiko untuk mendapatkan penyakit jangkitan seks adalah sangat tinggi. Barbara seharusnya bertanggungjawab untuk menyedarkan Teri agar dapat membuat keputusan yang baik.

Melalui strategi tersebut, beliau dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi kepada Teri Leigh. Dalam kes ini, jika cikgu Barbara terus sabar untuk memberi bimbingan dan nasihat kepada Teri, fikiran Teri bermungkinan besar akan dapat diubah ke arah yang positif.

Perbincangan bersamaStrategi 2

Barbarabolehmencariibu kandung ataupun ibu angkat Teri Leigh untuk berbincang dengan mereka tentang masalah disiplin yang dihadapi oleh anaknya. Di samping itu, beliau juga boleh menasihati kedua-dua ibu tersebut agar meluangkan masa yang secukupnya untuk mengambil berat serta mendengar suara hati anak mereka. Tambahan pula, beliau boleh berbincang dengan guru-guru yang mengajar Teri Leigh dan berusaha bersama untuk mencari penyelesaian yang terbaik.

Strategi 3Kaunseling Sementara itu, kaedah kaunseling juga merupakan salah satu strategi yang bolehdigunakandalamusaha menyelesaikan masalahTeri. Melaluikaedah ini, beliau dapat menstabilkan emosi dan psikologi Teri Leigh. Barbara boleh memberikan kaunseling kepadanya.Jika cara tersebut tidakdapat menimbulkan kesan yang positif, beliau boleh membawa muridnya, Teri Leigh berjumpa dengan guru kaunselor ataupun pakar kaunselor untuk membantunya.

Strategi 4Pemerhatian

Di sampingitu, Teri Leigh jugaakan berasagembira kerana adanya seorang guru yang mengambil berat terhadapnya. Justeru, masalah kesini dapat ditanganidan diselesaikan dengan sempurna dan baik.

Model 2

MODEL SKINNER

Model Skinner juga boleh digunakan dengan teknik riverse Psyhology. Teknik ini menyarankan guru memahami psikologi murid berkenaan serta mengenal pasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya. Tujuan menggunakan teknik ini adalah untuk menginsafkan Teri agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif demi membentuk tingkah laku yang diingini.Barbara tidak berputus asa kerana melalui penjelasannya Teri kelihatan takut sedikit untuk hamil.Walau bagaimanapun, Teri tetap kukuh dengan keputusannya. Beliau turut memberi penjelasan berkenaan penyakit yang boleh membawa maut seperti AIDS.Model 3MODEL LOGIKAL DREIKURS

Seorang guru yang mempunyai sifat demokratik akan memberikan bimbingan dan sifat kepimpinan yang kukuh dan kuat.Kebanyakan tingkah laku kanak-kanak adalah untuk menarik perhatian orang lain agar mereka dapat memberikan perhatian kepadanya.Barbara boleh meyediakan senarai semak ataupun jadual yang perlu dipatuhi oleh Teri agar Teri mendisiplinkan dirinya. Sebagai contoh, Barbara boleh menyediakan jadual apa yang perlu dilakukan oleh Teri pada hari ahad seperti pergi ke Gereja dan melakukan kerja-kerja amal di Gereja.Selain memupuk nilai murni dan meningkatkan pergaulan Teri dengan masyarakat, Teri juga dapat mendekatkan diri dengan agama.

Model 4MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTERGuru menetapkan peraturan dan memberikan arahan yang tegas, jelas dan ringkas.Menjelaskan akibat yang akan dikenakan jika melanggar peraturan yang telah ditetapkan.Mewujudkan hubungan yang rapat dengan murid-murid.Membantu murid-murid memahami tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan kegagalan.Gunakan langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid.

Pn. Barbara mengawasi tingkah laku Teri dengan tegas supaya dapat mengawal masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah. Pada mulanya, beliau memerhati tingkah laku Teri yang kurang baik. Contohnya, beliau mendapat tahu bahawa Teri membawa pakaian bayi ke bilik darjah. Pn. Barbara menjelaskan akibat yang akan dikenakan jika melanggar peraturan yang telah ditetapkan di dalam bilik darjah. Perkara ini akan mengelakkan Teri berkelakuan seperti bercanggah dengan peraturan.Pn. Barbara mewujudkan hubungan yang rapat dengan Teri. Sebab itu, beliau dapat sentiasa mengawasi pergerakan Teri dan dapat mengelakkannya daripada mengambil tindakan yang salah untuk mengandung.

Beliau juga dapat berbincang dengan Teri untuk mengetahui masalahnya dan berusaha untuk menyelesaikannya. Pn.Barbara membantu Teri untuk memahami keburukan daripada tingkah laku yang tidak diingini.

Beliau menjelaskan akibat daripada mengandung pada usia muda ini. Pn. Barbara menggunakan langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Teri.

Beliau juga memerhati tingkah laku Teri dengan menggunakan rekodnya yang menunjukkan bahawa dia mempunyai masalah pembelajaran dan gangguan emosi.

Pn. Barbara membawa Teri untuk lawatan sambil belajar dan memberi kaunseling untuk memastikan dia tidak melakukan perkara yang kurang baik. SEKIAN TERIMA KASIH !!!