13
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh : 7 September 2014 Hari : Rabu Waktu : 2 Waktu Masa : 80 Minit Mata pelajaran : Pendidikan Seni Visual. Tingkatan : 1 Bestari Bilangan Pelajar : 30 orang Bidang : Sejarah dan Apresiasi Unit Pembelajaran :Kraf Anyaman Tema :Kraf Anyaman Moden Tajuk :Bekas Telur Hasil Pembelajaran Di akhir pembelajaran, murid dapat: Kognitif -Menganalisis perkembangan dan tokoh anyaman berdasarkan lembaran kerja. Psikomotor -Mengaplikasikan kebersihan semasa menghasilkan kraf anyaman moden. Afektif -Menghasilkan kraf anyaman moden (bekas telur) dengan kemas dan teliti.

Ting 1 Kraf Anyaman (Apesiasi Dan Sejarah)

  • Upload
    nasrul

  • View
    354

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Ting 1 Kraf Anyaman (Apesiasi Dan Sejarah)

Citation preview

Page 1: Ting 1 Kraf Anyaman (Apesiasi Dan Sejarah)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 7 September 2014

Hari : Rabu

Waktu : 2 Waktu

Masa : 80 Minit

Mata pelajaran : Pendidikan Seni Visual.

Tingkatan : 1 Bestari

Bilangan Pelajar : 30 orang

Bidang : Sejarah dan Apresiasi

Unit Pembelajaran :Kraf Anyaman

Tema :Kraf Anyaman Moden

Tajuk :Bekas Telur

Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran, murid dapat:

Kognitif         -Menganalisis perkembangan dan tokoh anyaman berdasarkan lembaran kerja.

Psikomotor  -Mengaplikasikan kebersihan semasa menghasilkan kraf anyaman moden.

Afektif          -Menghasilkan kraf anyaman moden (bekas telur) dengan kemas dan teliti.

Page 2: Ting 1 Kraf Anyaman (Apesiasi Dan Sejarah)

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat hasil cetakan di bilik seni.

Penggabung jalinan :Matematik – melukis dan menggaris jarak pada kertas warna.

Kemahiran KBKK :Menjana idea, menyusun, mengaplikasi.

Nilai :Kerjasama ,kebersihan, ketekunan, berdisiplin.

Alat / Bahan :Kertas manila kad, kertas warna, pembaris, gam, gunting, pensil

Pendekatan :Masteri

Sumber :Buku Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 terbitan Citra grafik Encik Hassan Ghazali.

Tarikh Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran ( P&P)

Catatan

Set Induksi( 10 minit )

-Produk anyaman tradisional dan moden -Guru meminta murid membezakan produk anyaman tradisional dan moden.

-Murid dapat membezakan produk anyaman tradisional dan moden. 

ABM : Tikar,Tudung saji,bakul,beg tangan,kotak perhiasan.

KBKK : Mengenalpasti,membezakan

Nilai : Ketelitian

Page 3: Ting 1 Kraf Anyaman (Apesiasi Dan Sejarah)

Langkah 1( 15 minit )

Perkembangan kraf anyaman

1. Tidak mempunyai pengaruh luar.2. Zaman Neolitik banyak menghasilkan 

anyaman sebagai  keperluan rumah,daripada bahan hasil hutan(akar dan rotan).

3. Siti Zainun –anyaman adalah kegunaan raja( Tikar raja),bahan pohon bemban.

4. Negeri-Terengganu,Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri 9, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Tokoh1. Puan Aminah binti Ali

-lahir pada 1944.-berasal dari Rusila,Terengganu.-dipilih Lembaga Kraftangan Malaysia.-1982,beliau menang tempat 1 dalam  pertandingan Pertukangan Tangan Sezaman anjuran Muzium Negara.-Masih aktif sehingga kini

2. Hajjah Aminah Ahmad-lahir pada 1928.-berasal dari Tanjong Keling,Melaka.-pembuat anyaman Rombong.-terlibat sejak berumur 12 tahun.-dapat pengiktirafan sebagai tokoh adiguru tahun 1988 oleh perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

-Guru mengagihkan nota topik kepada murid.

-Guru menerangkan mengenai perkembangan kraf dan tokoh anyaman kepada murid.

ABM-Nota pada kertas mahjong, nota topik. 

Nilai-ketekunan,disiplin

Page 4: Ting 1 Kraf Anyaman (Apesiasi Dan Sejarah)

Langkah 2( 15 minit )

Lembaran kerja

*pada bahagian lampiran.

-Guru memberikan latihan mengenai perkembangan dan tokoh kraf anyaman kepada murid.

-Murid membuat latihan yang diberikan oleh guru.

Nilai-disiplin,ketekunan,kerjasama

BBM-Lembaran kerja

HP 1

Langkah 3( 40 minit )

PROSES PENGHASILAN

Demonstrasi penghasilan anyaman bekas telur menggunakan motif kelarai asas.

Kelarai asas

-Guru membahagikan murid kepada 1 kumpulan/ 2 orang.

-Guru mengagihkan bahan-bahan yang diperlukan kepada setiap kumpulan.

-Guru menerangkan cara penghasilan berdasarkan langkah demi langkah.

-Murid menumpukan perhatian dan mula menghasilkan anyaman bekas telur.

Nilai-disiplin,kerjasama,Ketekunan

ABM

Bahan-bahan 

-2 keping kertas warna A4-pensil-gunting-gam-pembaris

HOTS-Menghasilkan, meneliti

HP2 & HP3

Page 5: Ting 1 Kraf Anyaman (Apesiasi Dan Sejarah)

1) Potong kertas A4 menjadi 4 segi sama dan bahagikan kepada 9 kotak.Buangkan 4 kotak pada bahagian sudut sehingga dapat bentuk ‘+’.Lukiskan garisan berjarak 1 cm pada 4 kotak kecuali kotak tengah.

2) Gunting kertas tersebut mengikut garisan yang telah dilukis tadi.

3) Ambil kertas warna lain dan lukiskan garisan berjarak 1 cm secara melintang dan guntingkan pada garisan tersebut.

Page 6: Ting 1 Kraf Anyaman (Apesiasi Dan Sejarah)

4) Proses menganyam dimulakan dari bahagian bawah sehingga ke atas.

5) Untuk bahagian kemasan,lipatkan lebihan kertas kebahagian dalam bekas kotak.

6) Hasil yang telah siap.

Page 7: Ting 1 Kraf Anyaman (Apesiasi Dan Sejarah)

Penutup( 10 minit )

Sesi kritikan & soalan. -Guru meminta murid untuk menyerahkan hasil karya mereka.

-Guru memillih beberapa karya yang terbaik dan menunjukkan kepada murid.

-Guru bertanya mengenai aspek asas seni reka yang telah diaplikasi anyaman bekas telur tersebut kepada murid.

1)warna

-Murid menjawab soalan guru dengan baik.

-Guru mengulang semula secara ringkas mengenai perkembangan dan tokoh kraf anyaman kepada murid.

-Guru meminta murid menyerahkan lembaran kerja dan membersihkan  kelas.

Nilai-disiplin,kerjasama,kebersihan.

HOTS-menerangkan,mengaplikasi.

Refleksi :

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Page 8: Ting 1 Kraf Anyaman (Apesiasi Dan Sejarah)

                                                                            PERKEMBANGAN DAN TOKOH KRAF ANYAMAN

PERKEMBANGAN

1. Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh luar.2. Perkembangan sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni kraf tembikar.3. Jenis seni anyaman pada zaman Neolitik kebanyakannya menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan 

rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan kraf anyaman.4. Menurut Siti Zainun  dalam buku reka bentuk kraftangan Melayu Tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-1794) 

di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja.Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.

5. Negeri paling aktif dalam pepnghasilan kraf anyaman adalah Terengganu.Negeri-negeri lain yang terdapat aktiviti penghasilan kraf anyaman ini adalah Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

TOKOH

Puan Aminah binti Ali

1. Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944.2. Berasal daripada Rusila,Terengganu Darul Iman.3. Beliau merupakan tokoh kraf anyaman yang dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia.4. Pada tahun 1982, beliau memenangi tempat 1 dalam pertandingan Pertukangan Taman Sezaman anjuran Muzium Negara.5. Sehingga kini beliau masil lagi aktif di dalam bidang ini.

SEJARAH DAN APRESIASI

Page 9: Ting 1 Kraf Anyaman (Apesiasi Dan Sejarah)

Hajjah Aminah Ahmad

1. Hajjah Aminah dilahirkan pada tahun 1928.2. Berasal daripada Tanjong Keling, Melaka.3. Beliau merupakan seorang pembuat anyaman Rombong.4. Terlibat di dalam bidang ini sejak berumur 12 tahun melalui ibunya,dan diturunkan kepada saudara-maranya untuk mengekalkan 

anyaman rombong ini.5. Beliau mendapat pengiktirafan sebagai Tokoh Adiguru pada tahun 1988 oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

LATIHAN PENGUKUHAN

Page 10: Ting 1 Kraf Anyaman (Apesiasi Dan Sejarah)

Berdasarkan nota yang telah diberikan,isikan tempat kosong di bawah secara ringkas.

a) Perkembangan kraf anyaman.

b) Tokoh-tokoh Kraf Anyaman

Page 11: Ting 1 Kraf Anyaman (Apesiasi Dan Sejarah)

Puan Aminah binti Ali Hajjah Aminah Ahmad