Tugas Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Senarai Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) Sekolah Rendah

Citation preview

Senarai Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) Sekolah Rendah1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.2. Mengenalpasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas murid.3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid.4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai.5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan murid secara optimum.6. Merancang, melaksana, mengawalselia Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling individu secara professional dan beretika.7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktivti kemahiran belajar untuk semua murid.8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti selepas peperiksaan UPSR.9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alcohol.10. Merancang, menyedia dan mendedahkan murid kepada peluang pendidkan selepas UPSR.11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah12. Merancang, melaksana, mengawalselia, dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibubapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid.13. Membuat penilaian aktiviti, modul, instrument, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.15. Menjadi Setiausaha kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan professionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.17. Mengenalpasti dan merujuk murid, guru, kakitangan dan sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kaunseling krisis di sekolah.18. Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.21. Menjadi perancang dan pelaksana dalam Program PRS, Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Program Kaunseling Berfokus, Program Kepimpinan Pengawas, Program Keibubapaan, Program Orientasi Murid dan Program Mentor-Mentee di sekolah.22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan murid seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan seumpamanya.23. Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat/ Program Peningkatan Keselamatan Sekolah, Dasar Pendidikan Wajib dan Penempatan (kemasukan) murid di sekolah.24. Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid di Pejabat Pelajaran Daerah / Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.25. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa.