Tugasan Penuh Bukan Tapi Isi Tak Penuh Repaired)

Embed Size (px)

Citation preview

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

1.0

Abstrak

Wacana atau discourse merupakan bidang ilmu yang mengkaji isi petikan atau sesuatu perbicaraan. Wacana mementingkan kesinambungan cerita dan hal yang diperlihatkan. Sebenarnya, subjek wacana mempunyai kaitan rapat dengan subjek Semantik. Mafhumnya, aspek semantik terkandung dalam sesuatu wacana di mana perkataan dan ayat harus ditafsirkan melalui aspek-aspek semantik kerana sekiranya seseorang itu tidak memahami sesuatu perkataan, mungkin sukar untuknya memahami keseluruhan petikan atau pun wacana yang dibincangkan.

Dalam tugasan ini, akan diperjelas definisi sebenar Wacana menurut beberapa tokoh supaya bidang ini dapat difahami dengan lebih mendalam. Melalui kefahaman tentang definisi, diharapkan segala persoalan berhubung maksud istilah wacana dapat diatasi. Hal ini kerana terpadat dalam kalangan pelajar yang tidak begitu jelas dengan istilah wacana itu sendiri. Perkara ini sangat dirisaukan kerana bakal memberi kesan kepada analisis yang ingin disiapkan.

Selain itu, tugasan ini juga dimuatkan dengan penjelasan mengenai ciriciri sesebuah wacana dan jenis-jenisnya. Aspek-aspek ini akan menerangkan lebih mendalam mengenai sifat sebenar wacana. Melalui kefahaman ini, mungkin pelajar dapat membezakan wacana dengan petikan biasa seperti ayat suruhan, makluman dan pengunguman. Kemudian, di penghujung tugasan akan dimuatkan dengan analisis wacana petikan akhbar. Analisis wacana

membolehkan segala ciri-ciri dan keutuhan yang dipelajari dikaitkan dalam petikan tersebut kerana setiap wacana sememangnya terdapat aspek keutuhan yang menjadikan wacana petikan itu menarik dan berkesinambungan.

Wacana

1

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

2.0

Definisi Wacana Terdapat beberapa pendapat yang dapat dihubungkan dengan konsep sebenar wacana. Pada asasnya wacana diertikan sebagai keseluruhan idea berdasarkan ungkapan, ayat, perkataan, gerak laku dalam situasi tertentu yang saling difahami oleh orang yang berkomunikasi. Namun, definisi wacana ini akan diperjelas lagi menurut beberapa sumber rujukan dan tokoh-tokoh linguistik. Menurut Kamus Dewan, wacana ialah keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan ucapan, percakapan, pertuturan. Kemudian, ditambah lagi dengan mengatakan bahawa wacana adalah kesatuan fikiran yang utuh sama ada dalam bentuk tulisan seperti surat, teks, petikan mahu pun bentuk lisan seperti pidato, ucapan dan sebagainya. Berdasarkan Kamus Pelajar terbitan DBP pula, wacana ialah sekumpulan ayat yang memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita. Konsep wacana menurut tokoh seperti Asmah Hj. Omar, beliau mengatakan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Dengan itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku atau sebagainya yang memerihalkan kesatuan dan hubungan antara butir-butir fikiran dan juga perkembangan akaliah yang ada di dalamnya. Bagi Henry Guntur Tarigan (1987:27), ahli linguistik Indonesia, wacana adalah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau klausa dengan koheran (kepaduan) dan kohensi (kesinambungan) yang tertinggi yang

berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau bertulis. Menurut Werth (1991:1) pula, wacana sebagai suatu peristiwa bahasa yang sempurna dan mempunyai awal dan akhir. Kesimpulannya, wacana dapat disimpulkan sebagai kesatuan bahasa yang lengkap, yang lebih besar daripada ayat yang terkandung di dalamnya sifat kesinambungan yang menghubungkan semua ayat. Konklusi ini dapat disamakan dengan pendapat tokoh bahasa Inggeris yang mengatakan discourse is the name given to units of language longer than a single sentence.2

Wacana

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

3.0

Ciri-ciri Wacana Setiap wacana mengandungi pelbagai ciri yang menghubungkan setiap ayat di dalamnya. Ciri-ciri tersebut berfungsi sebagai ejen pemahaman sesuatu petikan. Jika pembaca atau pendengar mengenal pasti ciri tersebut, maka dapatlah dikatakan bahawa wacana itu adalah sempurna dan utuh. Menurut Beaugrand & Dressler dalam buku mereka berjudul Introduction to Text Linguistics (1981), terdapat tujuh ciri yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana, iaitu: tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keada-an dan interteks. Berikut dihuraikan ketujuh-tujuh ciri ini secara ringkas.

MEMPUNYAI TUJUAN

BERLANDASKAN HUBUNGAN PENUTUR DENGAN PENDENGAR

ADA UNSURUNSUR SUSUN ATUR

KOHEREN ATAU RUNTUTAN

CIRI-CIRI WACANA

KOHESI ATAU TAUTAN

MEMPUNYAI INFORMASI TERBAHARU

BERLANDASKAN HUBUNGAN PENUTUR DENGAN MASYARAKAT

MEMPUNYAI ANDAIAN DAN INFERENSI

Wacana

3

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

3.1

Mempunyai tujuan: Wacana harus ada tujuan untuk menentukan jenis ayat. Seperti ayat pertanyaan, ayat suruhan membolehkan sesuatu itu ada keterangan yang dinamakan selenggaraan. Jika tujuan untuk keterangan, maka yang mungkin timbul ialah ayat penyata atau retorik. Sekiranya untuk menyempurnakan sesuatu perbuatan, maka ayatnya ayat suruhan.

3.2

Berlandaskan hubungan penutur dengan pendengar: Ciri ini menunjukkan hubungan dalam bahasa lisan (orang yang bercakap) atau pembaca dengan bahasa tulisan (simbol). Jika maklumat umum sudah diketahui banyak, maka akan sikitlah wacana yang berlaku (wacana pertanyaan) dan sebaliknya.

3.3

Berlandaskan hubungan penutur dengan masyarakat: Penutur dengan pendengar, penulis dengan pembaca harus

dipertimbangkan dalam masyarakat. Untuk itu, terhasillah pelbagai dialek sosial yang adanya pantang larang. Atau wujudlah wacana untuk situasi rasmi atau tidak rasmi. 3.4 Mempunyai informasi terbaharu: Setiap wacana hendaklah mempunyai informasi baharu yang belum terkandung dalam ayat sebelumnya atau pertuturan, percakapan dalam wacana yang sama. Berdasarkan ciri ini, ayat tautologi tidak boleh dianggap sebagai wacana biasa. Contoh ayat tautologi: Rumah itu rumah papan. Rumah itu diperbuat daripada papan. 3.5 Mempunyai andaian dan inferensi: Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian, manakala

maklumat berikutnya disebut inferensi. Andaian disebut sebagai judul dan inferensi dikenali sebagai ulasan. Inferensi menambah maklumat pada andaian dan lazimnya menggunakan tekanan suara yang tinggi.

Wacana

4

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

3.6

Ada unsur-unsur susun atur: Dalam wacana perlu ada aturan menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Ayat-ayat ini ini perlu ada urutan yang sangat rapat. Contohnhya: Ia belajar bersungguh-sungguh. Ia mendapat kejayaan cemerlang dan diberi hadiah penghargaan. Ayat di atas memperlihatkan hubungan sebab dan akibat dan boleh dianggap sebagai sebuah wacana.

3.7

Kohesi(Tautan) Bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Keserasian hubungan ini dilihat melalui hubungan antara satu perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama, dan frasa atau ayat dengan perkataan. Contohnya: Muhammad, Aminul dan Khalil ke perpustakaan.

Mereka ke sana untuk meminjam buku. Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan mereka pada ayat kedua merujuk kepada Muhammad, Aminul dan Khalil sementara perkataan sana merujuk perpustakaan. 3.8 Koheren(Runtutan) Bagi konsep koheren pula, Tatabahasa Dewan (2008:525)

menjelaskan ia merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna. Contoh : Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Walaupan dunia semakin maju, namun masalah ini tetap tidak dapat diatasi. Kesinambungan idea jelas ditunjukkan melaui perkataan AIDS, gejala dan penyakit. Idea itu menjadikan ayat-ayat itu bertaut dalam wacana.Wacana

5

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

4.0

Keutuhan Wacana

Keutuhan wacana adalah satu aspek yang penting kerana ia menentukan apakah sesuatu satuan itu boleh dianggap wacana atau hanya merupakan sekumpulan ayat yang tidak teratur. Melaluinya juga kita dapat memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam. Keutuhan sesebuah wacana dapat dilihat daripada wujudnya hubunganhubungan dari aspek semantik, gramatikal, leksikal dan fonologis antara bahagian-bahagian dalam wacana itu.

4.1 Aspek Semantik Jenis Hubungan a) Sebab dan akibat b) Sebab dan hasil Contoh Ayat Dia sangat mengantuk. Dia tertidur. Dia seorang yang amat rajin bekerja.

Pendapatannya melebihi pendapatan menteri. c) Sebab dan tujuan Murid ini rajin belajar. Dia mahukan kejayaan yang cemerlang. d) Latar dan kesimpulan Lukisan ini nampak cantik dan menarik. Rupanya Ali yang melukis lukisan ini. e) Syarat dan hasil Kita mesti belajar bersungguh-sungguh.

Kesungguhan menghasilkan kejayaan. f) Perbandingan g) Memperkuatkan isi Dia kacak. Abangnya lebih kacak lagi. Sungguh kejam pembunuh itu. Biadap dan tidak berperikemanusiaan. h) Aditif Pekerjaan saya sudah selesai. Saya sudah mengantuk. Jadi, bolehlah saya tidur sekarang.

Selain itu, terdapat juga hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana. Huraiannya seperti jadual berikut:

Wacana

6

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Jenis hubungan a) Kesatuan tajuk atau topik

Contoh Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya menakjubkan. (orang yang dimaksudkan itu dahulu muram dan sering bersedih)

b) Hubungan sosial antara Watak A: Sudah siap? penutur pendengar dengan Watak B: Belum. Bekalan tidak mencukupi. (kedua-dua penutur memahami wacana yang disampaikan biarpun ada orang lain yang tidak memahaminya) c) Laras bahasa yang Laras ayatnya bahasa dalam iklan. tetapi Walaupun kita dapat

digunakan

terputus-putus,

memahami dan menganggapnya sebagai satu wacana kerana itu cara penyampaiannya.

4.2 Aspek Leksikal

Hubungan a) Sinonim

Contoh Kami menolak permohonannya. Penolakan ini berasaskan kepada pertimbangan yang wajar.

b) Antonim c) Hiponim

Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara. Dia menjaga motosikalnya dengan berhati-hati. Maklumlah dimilikinya. itulah sahaja kenderaan yang

d) Kolokasi

Air sudah tercemar. Ikan, udang, sotong dan hidupan laut semua sudah mati.

e) Unsur bersambut

Guru

memberikan

teladan,

murid

mencontohinya.

Wacana

7

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

f) Pengulangan

Kebanyakan orang mengejar harta. Siang dan malam mencari harta. Rupa-rupanya harta masih menjadi impian manusia

g) Pembuka dan penutup Alkisah, maka, dengan hormatnya, wassalam, wacana dukacita dan sebagainya. (dalam karya klasik)

4.3 Aspek Gramatikal Antara penanda gramatikal yang menunjukkan keutuhan wacana ialah: 4.3.1 Kata penghubung : Ia digunakan untuk menghubungkan antara kata dengan kata, frasa, klausa, ayat dan satuan-satuan yang lebih besar. Contohnya; dan, atau, kerana dan lain-lain. Contoh penghubung yang dapat menghubungkan unit-unit yang lebih besar ialah; kerana itu, sebelum itu, oleh yang demikian, sungguhpun demikian, lagipun, tambahan lagi dan lain-lain.

4.3.2 Elipsis: Penyelapan satu bahagian, walhal biasanya diulang apa yang telah disebutkan dalam bahagian sebelumnya.Contoh: a) Nampaknya saudara menyokong semua pendapatnya. Ini bererti saudara telah menyebelahinya. b) Memang. (sepatutnya:Memang pendapatnya). 4.4 Aspek Fonologis Hubungan ini dapat dilihat daripada hentian atau kesenyapan suara, intonasi, tinggi rendah dan tekanan suara. Unsur-unsur ini juga mampu menimbulkan hubungan semantik antara bahagian-bahagian wacana. Contoh: Perkataan duduk kalau diucapkan dengan nada lembut, bermaksud jemputan atau pelawaan yang ikhlas tetapi kalau disuarakan dengan nada yang keras dan meninggi, ia bermaksud kemarahan atau perintah yang tidak boleh dilawan. saya menyokong semua

Wacana

8

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

5.0

Penanda Wacana Penanda wacana ialah kata atau frasa yang mewujudkan pertalian ayat dan mengaitkan antara perenggan dengan perenggan. Menurut Tatabahasa Dewan, terdapat subtajuk tentang penanda wacana. Huraian yang berikut ialah penjelasan tajuk ini seperti yang terdapat dalam tatabahasa dewan (2008:525-9). Penanda wacana digunakan untuk mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Dalam Bahasa Melayu, terdapat sekurangkurangnya lima jenis pendanda wacana, iaitu: 5.1 Penanda Penghubung perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Penanda penghubung dapat dibahagikan kepada 4 jenis iaitu: Penghubung Tambahan Tentangan Musabab Tempoh Contoh dan, tambahan, malahan, lalu, selanjutnya dll tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu dll oleh itu, kerana, oleh sebab, sebab dll pertama, seterusnya, kemudian, akhirnya dll

5.2

Penanda Rujukan kata ganti nama yang digunakan dalam merujuk perkataan atau frasa lain. Unsur yang terlibat ialah kata ganti nama diri seperti aku, dia, kami, kalian dan lain-lain. Keduanya ialah kata tunjuk seperti itu, ini, sana dan lain-lain. Penanda Penggantian penanda yang menggantikan perkataan atau frasa yang lain dalam wacana yang sama. Penanda jenis ini juga melibatkan frasa nama, frasa kerja, klausa. Penanda Leksikal melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa melalui pengulangan kata. Penanda jenis ini juga melibatkan unsur-unsur sinonim, hiponim, dan kolokasi. Penanda Elipsis atau Pengguguran melibatkan pengguruan frasa atau perkataan yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya.

5.3

5.4

5.5

Wacana

9

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Selain itu, terdapat juga rujukan yang merumuskan jenis-jenis wacana dalam bentuk yang lain. tetapi, tetap boleh digunakan cuma istilahnya berbeza. Mafhumnya, untuk tujuan analisis wacana, sekiranya dianalisis ciri-ciri penanda wacana itu, ianya tidak menjadi persoalan tentang kesahihan bentuk yang sebenar selagi hubungan dan ciri itu tidak lari daripada yang biasa. Misalnya huraian seperti di bawah:

1)

Penanda kronologi bila, kini, lantas, arakian, selepas itu, dan lainlain.

2)

Penanda idea: i) Pengembangan idea malah, selain itu, di samping itu, dan lain-lain. ii) Pertentangan idea tetapi, sama ada, sebenarnya, sebaliknya, dan lain-lain. iii) Perhubungan idea jadi, maka, oleh itu, sebagai akibat dan lain-lain.

3)

Penanda organisasi contohnya, tegasnya, akhir sekali, tambahan pula dan lain-lain.

Kesimpulannya, penulis dapat menggambarkan jenis penanda wacana ini dengan lebih mudah untuk difahami berdasarkan jadual di bawah:

Wacana

10

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Jenis penanda wacana Turutan

Contoh Seterusnya, akhirnya, selain itu, selaras dengan itu, pertama sekali, kemudiaannya, lebih penting lagi

Penambahan

Dan, sekali lagi, tambahan pula, dan kemudiannya, selain itu, bertitik tolak, dalam hal ini juga, lebih-lebih lagi

Kata penghubung

Tetapi, serta, sungguhpun, lalu, agar, jika, supaya, walaupun

Perbandingan/pertentangan Tetapi, dengan,

walaupun, walau

sebaliknya,

berbeza jika

bagaimanapun,

dibandingkan dengan, sehubungan itu Contoh Contohnya, misalnya, seperti mana,

umpamanya, apa yang dimaksudkan ialah, biar kita ambil contoh Masa Akhirnya, dewasa ini, selepas itu, pada mulanya, sesekali, sebelum itu,

keseluruhannya, sementara itu, ketika itu Kesimpulan oleh itu, jadi, pendek kata, rumusannya, kesimpulannya, ringkasnya, sebagai

penggulungan, demikian, jelaslah bahawa Umum Dengan ini, justeru, amnya, sering kali, lazimnya, kebiasaannya, ramai berpandapat bahawa

Wacana

11

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

6.0

Analisis Wacana Analisis wacana yang ditulis oleh Deborah Tannen mendefinisikan kajian bahasa sebagai kajian yang menjangkau aspek-aspek di luar kalimat ('beyond the sentence'). Hal ini berbeda dengan analisis yang mengkaji bahasa dari sudut gramatika: kajian tentang hal-hal yang kecil dalam bahasa, seperti kajian bunyi-bunyi bahasa (fonetik dan fonologi), bagian-bagian kata (morfologi), makna (semantik), dan urutan kata di dalam kalimat (sintaksis). Penganalisis wacana mengkaji satuan bahasa yang lebih besar dalam alur kalimat yang saling berhubungan sehingga merupakan kesatuan yang utuh. Dalam analisis wacana berlaku dua prinsip, yakni prinsip interpretasi lokal dan prinsip analogi. Prinsip interpretasi lokal adalah prinsip interpretasi berdasarkan konteks, baik konteks linguistik atau koteks mahu pun konteks nonlinguistik. Konteks nonlinguistik yang merupakan konteks lokal tidak hanya berupa tempat, tetapi juga dapat berupa waktu, penggunaan wacana, dan kata ganti nama diri. Selanjutnya, prinsip interpretasi analogi adalah prinsip interpretasi suatu wacana berdasarkan pengalaman terdahulu yang sama atau yang sesuai. Dengan interpretasi analogi itu, analis sudah dapat memahami wacana dengan konteks yang relevan saja. Hal itu bererti bahawa analisis tidak harus mengambil kira semua konteks wancana. Untuk tugasan ini, penulis akan merungkaikan ciri-ciri wacana, jenis pendanda wacana serta keutuhan wacana dalam petikan akhbar. Setiap penanda wacana akan dihuraikan hubung kaitnya dengan perenggan-perenggan yang sebelumnya selain analisis hubungan semantik yang akan ditekankan berdasarkan ayat-ayat petikan rencana akhbar.

Wacana

12

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

7.0

Petikan Rencana Akhbar

Wacana

13

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

8.0

Analisis Petikan Rencana 8.1 Senarai Penanda Wacana Dalam Petikan:

1. Meskipun 2. Namun 3. Selepas ini 4. Malah 5. Untuk 6. Walaupun 7. Serta 8. Sebab itulah 9. Kerana 10. Seperti 11. Dan 12. Dalam konteks ini 13. Bagi 14. Akhirnya 15. Sama seperti 16. Selama ini 17. Ketika 18. Hari ini 19. Seumpama itu 20. Kelmarin

Wacana

14

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

8.2

Ciri-ciri wacana dalam petikan:

Seperti mana yang diketahui, setiap wacana menzahirkan ciri-ciri tertentu sebagai kesatuan dalam setiap ayat yang diperkatakan. Begitu juga dalam petikan rencana yang dianalisis, terdapat beberapa ciri-ciri wacana telah dikenal pasti yang dapat membuktikan kesahihan teori ciriciri wacana seperti yang dilabelkan menurut Beaugrand & Dressler dalam buku mereka berjudul Introduction to Text Linguistics (1981).

Ciri yang pertama ialah mempunyai tujuan. Jika dibaca dengan teliti petikan tersebut, pembaca dapat mengenal pasti tujuan sebenar rencana itu dikarang. Hal ini disebabkan setiap ayat yang ditonjolkan berkaitan antara satu sama lain khususnya pada permulaan petikan di mana penekanan terhadap tajuk lebih diutamakan. Tajuk merupakan aspek yang mengaitkan dengan tujuan sesuatu wacana itu dikarang.

Dalam petikan yang dianalisis, didapati tujuan penulisan tersebut adalah sebagai amaran atau bercorak nasihat kepada masyarakat supaya sedar akan bahaya pengganas biarpun ada halangan tertentu yang membantutkan usaha kerajaan untuk memerangi pengganas. Terdapat ayat yang menggambarkan ciri tujuan tersebut. Misalnya, pada ayat: Contoh 1: Meskipun, tiada pengesahan rasmi dibuat mengenai kematian Noordin, kejayaan pihak berkuasa Indonesia itu sedikit sebanyak dapat melemahkan kemampuan kumpulan serpihan Jemaah Islamiah (JI) yang dipimpin pakar bom dari Malaysia itu. Namun, ini bukan bermakna ancaman keganasan di rantau ini sudah berakhir. Dalam ayat tersebut, diceritakan bahawa biarpun perancang atau pakar bom itu sudah tiada, itu tidak bermakna pengganas sudah lenyap dan kerajaan tidak akan menghentikan kawalan dalam seluruh negara.

Wacana

15

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Contoh 2: Dalam konteks ini, kecenderungan pihak tertentu yang cuba menggunakan ISA sebagai modal meraih populariti politik, mengundang risiko besar. Ketika dunia mengakui keperluan dan keberkesanan undang-undang seumpama itu membendung anasir pengganas, ada pihak cuba mempertikaikannya. Dalam ayat tersebut, jelas dikaitkan dengan tujuan petikan itu dikarang iaitu mengenai halangan yang dimunculkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyekat usaha kerajaan untuk

memerangi pengganas. Seterusnya, ciri yang kedua yang dapat dilihat dalam petikan ialah ciri berlandaskan hubungan penutur dengan masyarakat. Hubungan kedua-dua pihak yang dimaksudkan ialah antara penulis dengan pembaca. Wacana petikan yang disampaikan adalah berbentuk nasihat umum. Ini bermakna terdapat hubungan antara penulis dengan pembaca yang mahukan masing-masing sedar akan bahaya pengganas serta amaran kepada sesiapa yang menyekat usaha kerajaan dalam

memerangi pengganas kerana kerajaan tidak akan berkompromi untuk itu. Misalnya pada ayat: Selama ini, undang-undang seperti ISA sudah terbukti banyak menyumbang kea rah kemakmuran dan keselamatan negara. Hari ini, ketika dunia masih diancam aktiviti pengganas, ia terbukti masih relevan dan kekal penting untuk memastikan kepentingan majoriti rakyat terus terpelihara. Contoh ayat di atas menggambarkan bagaimana nasihat seorang penulis dalam meyakinkan masyarakat agar menaruh harapan kepada pihak kerajaan untuk membendung isu ini. Selain itu, pengarang rencana tersebut tidak lupa untuk memberi amaran kepada masyarakat agar tidak terpedaya dengan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.16

Wacana

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Ketiga, ciri yang terdapat dalam petikan ialah mempunyai informasi terbaharu. Setiap ayat yang baharu akan menceritakan sesuatu maklumat yang lain dan tidak ada ayat bersifat tautology dalam sesebuah wacana. Buktinya, petikan rencana tersebut banyak

menunjukkan maklumat yang baharu dalam ayat-ayat berikutnya. Hal ini bertujuan untuk menjalinkan ayat-ayat tersebut supaya dapat dihuraikan dengan lebih lanjut lagi. Mislanya pada ayat: Kita sentiasa komited menghapuskan pengganas sehingga ke akar umbi dan tidak pernah teragak-agak bertindak tegas. Kegiatan pengganas adalah ancaman besar kepada seluruh dunia dan ia perlu ditangani di setiap peringkat sama ada sebagai isu domestik, serantau serta sejagat. Dalam contoh tersebut, ayat pertama menyatakan mengenai usaha kerajaan dalam memerangi pengganas. Sebaliknya, ayat kedua

menambah isi tersebut dengan memberi penekanan terhadap cara dan corak mengatasinya sehingga ke peringkat global dan tidak hanya dalam negara. Kedua-dua ayat itu menunjukkan maklumat baharu yang dicipta dan tidak menjurus kepada maklumat yang satu sahaja. Dalam erti kata lain, tiada ayat tautologi yang diserapkan. Kemudiaan, ciri wacana keempat yang diterapkan ialah ciri mempunyai andaian dan inferensi. Ayat pertama biasanya menyatakan andaian sesuatu perkara manakala ayat yang tiba selepasnya akan bertindak sebagai inferens atau sokongan ayat itu. Misalnya, pada ayat: Kegiatan pengganas adalah ancaman besar kepada seluruh dunia dan ia perlu ditangani di setiap peringkat sama ada sebagai isu domestik, serantau serta sejagat. Sebab itulah kebanyakan negara di dunia mempunyai undang-undang khusus untuk menangani aktiviti pengganas dan Malaysia tidak terkecuali.

Wacana

17

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Dalam ayat tersebut jelas menampakkan kaitan antara ayat pertama dan ayat kedua. Ayat pertama bertindak sebgai andaian yang mengatakan perihal bahayanya ancaman pengganas dan perlu ditangani dengan berkesan. Sejurus itu, ayat kedua menyatakan inferens terhadap andaian itu dengan mengatakan bahawa Malaysia turut tidak terkecuali dalam menggubal undang-undang bagi mengekang aktiviti pengganas. Kelima, ciri susun atur juga jelas dilihat dalam petikan tersebut. Dalam wacana perlu ada aturan menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Ayat-ayat ini ini perlu ada urutan yang sangat rapat. Begitu juga seperti ayat yang ditonjolkan dalam petikan. Antaranya ialah: Kalaupun benar Noordin terbunuh dalam serbuan polis di Temanggung, Jawa Tengah, kelmarin, ia juga bukan jaminan dunia akan lebih aman selepas ini. Ini kerana ancaman kumpulan militan itu dijangka berterusan. Dalam contoh di atas, terdapat susun atur sebab yang dikaitkan dengan penyataan asal. Pada awalnya diceritakan bagaimana benar pun berita kematian Noordin itu, tidak mungkin dunia akan menjadi aman. Ayat kedua pula menyambut dengan mengatakan sebab bahawa dunia tidak akan aman kerana pasukan militan itu akang bertindak ganas untuk membalas kematian perancang mereka. Seterusnya, ciri wacana yang keenam ialah kohesi (tautan). Ia bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Keserasian hubungan ini dilihat melalui hubungan antara satu perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama, dan frasa atau ayat dengan perkataan. Misalnya pada ayat:

Wacana

18

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Ketika dunia mengakui keperluan dan keberkesanan undangundang seumpama itu membendung anasir pengganas, ada pihak cuba mempertikaikannya. Tindakan mereka yang menjadikan ISA sebagai isu politik menggambarkan seolah-olah mereka

mempertahankan pengganas. Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan mereka pada ayat kedua merujuk kepada frasa ada pihak cuba mempertikaikannya . ini bermakna, kedua-dua frasa itu membuktikan ciri wacana yang mempunyai tautan. Akhir sekali, ciri koheren (runtutan) juga terdapat dalam petikan. Koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna. Dalam petikan, terdapat contoh untuk ciri ini. Antaranya ialah: Bantahan membabi buta terhadap ISA tidak harus berlaku kerana akta itu wujud bagi melindungi keselamatan serta ketenteraman umum. Kita bimbang keghairahan pihak tertentu memberi

gambaran buruk terhadap ISA menyebabkan masyarakat tidak dapat melihat kebaikan sebenar di sebalik kewujudannya. Dalam contoh ayat itu, terdapat idea yang menyambung penyataan asal. Idea itu bersifat pelengkap kepada ayat pertama yang menyatakan tentang tujuan ISA diwujudkan. Seterusnya, ayat kedua menambah idea tersebut dengan memberi pandangan mengenai perpepsi masyarakat tentang kewujudan ISA. Kesimpulannya, jelaslah dapat dilihat, beberapa ciri wacana yang diketengahkan oleh ahli linguistik menepati apa yang direncanakan dalam petikan yang dikaji.

Wacana

19

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

8.3

Jenis penanda wacana dalam petikan:

Penanda Wacana Meskipun

Jenis Perbandingan

Contoh Ayat Meskipun, tiada pengesahan rasmi dibuat mengenai kematian Noordin, kejayaan pihak berkuasa Indonesia itu sedikit sebanyak dapat

melemahkan kemampuan kumpulan serpihan Jemaah Islamiah (JI) yang dipimpin pakar bom dari Malaysia itu. Analisis Ayat: Penanda meskipun menunjukkan penyataan yang berlawan dengan ayat sebelumnya di mana ayat sebelumnya menyatakan bahawa Noordin dilaporkan sudah ditumpaskan oleh pihak berkuasa. Tetapi, ayat kedua menggunakan penanda meskipun yang membawa maksud berlawanan iaitu tiada bukti sah kematian Noordin biarpun ada laporan mengenai kematiannya.

Penanda Wacana Namun

Jenis Perbandingan Namun,

Contoh Ayat ini bukan bermakna

ancaman keganasan di rantau ini sudah berakhir. Analisis Ayat: Penanda namun menunjukkan penyataan yang berlawan dengan ayat sebelumnya di mana ayat sebelumnya menyatakan bahawa pembunuhan ke atas Noordin dapat melumpuhkan kegiatan pengganas Jemaah Islamiah. Kata namun digunakan bagi menunjukkan penegasan bertentangan betapa serangan pengganas di dunia tidak akan terbantut biarpun kumpulan militan terbabit sudah lumpuh.

Wacana

20

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Penanda Wacana Selepas ini Masa

Jenis

Contoh Ayat Kalaupun benar Noordin terbunuh dalam serbuan Jawa polis di

Temanggung,

Tengah,

kelmarin, ia juga bukan jaminan dunia akan lebih aman selepas ini. Analisis Ayat: Frasa selepas ini merujuk kepada masa akan datang. Dalam ayat tersebut, diceritakan bahawa keamanan dunia tidak terjamin pada masa akan datang biarpun Noordin Mat Top telah terbunuh.

Penanda Wacana Malah

Jenis Tambahan Malah,

Contoh Ayat kita bimbang konco-

konconya mungkin bertindak lebih ganas kerana mahu membalas

dendam ke atas kematian Noordin yang dianggap Menteri Kewangan untuk kumpulan pengganas itu. Analisis Ayat: Sebelum ayat tersebut, diceritakan bahawa kemungkinan ancaman kumpulan militan itu akan berterusan. Pada ayat seterusnya, digunakan penanda malah sebagai tambahan kepada idea sebelumnya dengan mengatakan ancaman itu akan menjadi lebih ganas dek kematian perancang dan pakar bom kumpulan itu iaitu Noordin.

Wacana

21

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Penanda Wacana Untuk

Jenis Penghubung Malah,

Contoh Ayat kita bimbang konco-

konconya mungkin bertindak lebih ganas kerana mahu membalas

dendam ke atas kematian Noordin yang dianggap Menteri Kewangan untuk kumpulan pengganas itu. Analisis Ayat: Penanda untuk adalah kata hubung yang menghubungkan frasa-frasa dalam ayat tersebut. Tujuannya sebagai penghubung rujukan bagi idea dalam ayat tersebut. Dalam petikan, penanda itu digunakan bagi menghubungkan dua ayat asal: 1) Malah, kita bimbang konco-konconya mungkin bertindak lebih ganas kerana mahu membalas dendam ke atas kematian Noordin yang dianggap Menteri Kewangan. 2) Noordin yang dianggap Menteri Kewangan kumpulan pengganas itu.

Penanda Wacana Walaupun

Jenis Perbandingan Walaupun

Contoh Ayat Noordin ialah rakyat

Malaysia, kita tidak pernah bertolak ansur dengan tindakannya

menganggotai gerakan pengganas. Analisis Ayat: Penanda walaupun digunakan bagi menunjukkan idea yang bertentangan dengan ayat sebelumnya. Ayat sebelumnya menceritakan perihal kematian Noordin sebagai perancang pengganas. Ayat itu ditentang dengan mengatakan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan situasi tersebut biarpun Noordin merupakan anak Malaysia.

Wacana

22

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Penanda Wacana Serta

Jenis Penghubung Kegiatan ancaman

Contoh Ayat pengganas besar kepada adalah seluruh

dunia dan ia perlu ditangani di setiap peringkat sama ada sebagai isu domestik, serantau serta sejagat. Analisis Ayat: Penanda serta adalah kata hubung yang menghubungkan frasa-frasa dalam ayat tersebut. Tujuannya sebagai penghubung tambahan kepada beberapa idea dalam satu ayat. Dalam petikan, penanda itu digunakan bagi menghubungkan beberapa ayat asal: 1) Kegiatan pengganas adalah ancaman besar kepada seluruh dunia dan ia perlu ditangani di setiap peringkat sama ada sebagai isu domestik. 2) Kegiatan pengganas adalah ancaman besar kepada seluruh dunia dan ia perlu ditangani di setiap peringkat sama ada sebagai isu serantau. 3) Kegiatan pengganas adalah ancaman besar kepada seluruh dunia dan ia perlu ditangani di setiap peringkat sama ada sebagai isu sejagat.

Penanda Wacana Sebab itulah

Jenis Kesimpulan

Contoh Ayat Sebab itulah kebanyakan negara di dunia mempunyai undang-undang khusus untuk menangani Malaysia aktiviti tidak

pengganas terkecuali.

dan

Analisis Ayat: Frasa sebab itulah merupakan penanda yang menunjukkan kesimpulan idea kepada idea-idea sebelumnya. Dalam petikan, sebelum ayat itu diceritakan mengenai komitmen kerajaan dalam memastikan kegiatan pengganas diperangi. Kemudiaan, disimpulkan dengan ayat tersebut yang mengatakan Malaysia turut mempunyai undang-undang yang khusus.

Wacana

23

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Penanda Wacana Kerana

Jenis Penghubung Ini

Contoh Ayat kerana ancaman kumpulan

militan itu dijangka berterusan. Analisis Ayat: Untuk contoh jenis ini, dapat dikatakan bahawa penanda wacana digunakan sebagai penghubung sebab kepada idea yang diutarakan. Sebelum ayat ini diceritakan perihal dunia masih tidak aman biarpun ada laporan kematian Noordin. Ayat itu dihubungkan pula dengan sebab dunia tidak akan aman iaitu kerana kumpulan itu akan terus melancarkan serangan.

Penanda Wacana Seperti

Jenis Contoh

Contoh Ayat Bukti kepada iltizam ini jelas kerana kita pernah mengambil langkah

drastik seperti menahan mereka yang terbabit dalam kegiatan militan dan keganasan mengikut Akta

Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Analisis Ayat: Penanda seperti digunakan sebagai contoh kepada idea sebelumnya. Dalam petikan itu menceritakan kerajaan pernah mengambil langkah drastik. Kemudiaan idea itu diberikan contoh langkah drastik yang dimaksudkan adalah seperti menahan mereka yang terbabit.

Penanda Wacana Dan

Jenis Penambahan

Contoh Ayat Matlamat mereka ini akhirnya untuk mencemarkan reputasi dan nama baik Malaysia.

Analisis Ayat: Penggunaan dan berfungsi sebagai penambahan idea kepada sebab perlakuan pihak yang tidak bertanggungjawab mencemarkan reputasi negara. Selain reputasi tercemar, nama baik Malaysia juga turut tercemar.

Wacana

24

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Penanda Wacana Dalam konteks ini

Jenis Umum

Contoh Ayat Dalam konteks ini, kecenderungan pihak tertentu yang cuba

menggunakan ISA sebagai modal meraih populariti politik,

mengundang risiko besar. Analisis Ayat: Penanda wacana ini bersifat umum dan berfungsi sebagai penghubung kepada idea sebelumnya. Frasa Dalam konteks ini merujuk kepada aspek dan perihal sikap tidak bertanggungjawab sesetengah anggota masyarakat yang melabelkan ISA sebagai medium yang tidak relevan.

Penanda Wacana Bagi

Jenis Penghubung

Contoh Ayat Lebih membimbangkan ialah jika ada anasir tertentu sengaja mahu ISA dimansuhkan bagi membuka ruang pengganas bertapak di negara ini.

Analisis Ayat: Penggunaan kata hubung bagi berfungsi sebagai penghubung sebab kepada pihak yang ingin memansuhkan ISA. Maksudnya, mereka ingin ISA dimansuhkan kerana mahu membuka ruang pengganas bertapak di sini.

Penanda Wacana Akhirnya

Jenis Turutan

Contoh Ayat Matlamat mereka ini akhirnya untuk mencemarkan reputasi dan nama baik Malaysia.

Analisis Ayat: Penggunaan akhirnya berfungsi sebagai turutan peristiwa. Maksudnya, akibat daripada sikap itu, keburukan akan timbul di penghujungnya.

Wacana

25

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Penanda Wacana Sama seperti

Jenis Contoh

Contoh Ayat Matlamat mereka ini akhirnya untuk mencemarkan reputasi dan nama baik Malaysia, sama seperti termasuk

beberapa

tindakan

demonstrasi dan tohmahan yang dilakukan pihak berkenaan sebelum ini. Analisis Ayat: Penghubung contoh yang digunakan adalah berfungsi sebagai misal tambahan bagi perbuatan ingin memansuhkan ISA oleh segelintir pihak. Maskud sama seperti ialah, contoh yang sama seperti tindakan itu. Dalam petikan, diceritakan bahawa contoh lain itu ialah demonstasi dan tohmahan yang boleh mencalarkan imej negara.

Penanda Wacana Selama ini Masa

Jenis

Contoh Ayat Selama ini, undang-undang seperti ISA sudah banyak terbukti

menyumbang ke arah kemakmuran dan keselamatan negara. Analisis Ayat: Penanda masa selama ini membawa maksud peristiwa yang sudah lama berlaku sehingga berlarutan ke masa sekarang. Mafhumnya, ISA dilihat amat berkesan sejak dahulu lagi sehingga kini.

Wacana

26

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Penanda Wacana Ketika Masa

Jenis

Contoh Ayat Ketika kerajaan sudah berikrar untuk mengkaji semula ISA, semua pihak seharusnya tidak terpengaruh

dengan agenda pihak tertentu yang mahu akta itu dimansuhkan. Analisis Ayat: Penanda masa ketika membawa maksud peristiwa yang berlaku waktu itu. Maksudnya, pada waktu kerajaan ingin mengkaji ISA, tidak sepatutnya ada golongan yang tepengaruh dengan agenda pihak lain.

Penanda Wacana Hari ini Masa

Jenis

Contoh Ayat Hari ini, ketika dunia masih diancam aktiviti pengganas, ia terbukti masih relevan dan kekal penting untuk memastikan kepentingan majority

rakyat terus terpelihara. Analisis Ayat: Penanda masa hari ini membawa maksud peristiwa yang berlaku sekarang. Maksudnya, kini dunia semakin diancam pengganas, tetapi kewujudan ISA bakal menjadikan rakyat negara ini terpelihara.

Penanda Wacana Kelmarin Masa

Jenis

Contoh Ayat Kalaupun benar Noordin terbunuh dalam serbuan Jawa polis di

Temanggung,

Tengah,

kelmarin, ia juga bukan jaminan dunia akan lebih aman selepas ini. Analisis Ayat: Penanda masa kelmarin yang diutarakan membawa maksud peristiwa tersebut benar-benar berlaku kelmarin iaitu dua hari yang lepas.

Wacana

27

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Penanda Wacana Sebelum ini

Jenis Turutan

Contoh Ayat Matlamat mereka ini akhirnya untuk mencemarkan reputasi dan nama baik Malaysia, sama seperti termasuk

beberapa

tindakan

demonstrasi dan tohmahan yang dilakukan pihak berkenaan sebelum ini. Analisis Ayat: Frasa sebelum ini dalam petikan tersebut berfungsi sebagai penunjuk urutan sesuatu peristiwa yang pernah berlaku. Maksudnya, sebelum berlakunya peristiwa pihak ingin memansuhkan ISA, terdapat peristiwa yang seumpamanya telah berlaku dahulu iaitu demonstrasi dan tohmahan puak pelampau.

Penanda Wacana Seumpama itu

Jenis Contoh

Contoh Ayat Ketika dunia mengakui keperluan dan keberkesanan undang-undang seumpama itu membendung anasir pengganas, ada pihak cuba

mempertikaikannya. Analisis Ayat: Penanda wacana ini berfungsi sebagai contoh. Frasa seumpama itu membawa maksud contoh lain yang serupa dengan idea yang sebelumnya. Misalnya, dalam petikan menceritakan kepentingan ISA sebagai medium perundangan. Manakala frasa tersebut menjurus kepada undangundang seperti penubuhan ISA.

Wacana

28

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

8.4

Keutuhan wacana dalam petikan: Keutuhan wacana adalah satu aspek yang penting kerana ia menentukan

apakah sesuatu satuan itu boleh dianggap wacana atau hanya merupakan sekumpulan ayat yang tidak teratur. Melaluinya juga kita dapat memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam. Keutuhan sesebuah wacana dapat dilihat daripada wujudnya hubunganhubungan dari aspek semantik, gramatikal, leksikal dan fonologis antara bahagian-bahagian dalam wacana itu. Dalam bahagian ini, penulis akan membentangkan beberapa contoh keutuhan wacana yang terdapat di dalam petikan rencana yang dikaji. Contoh 1: Meskipun, tiada pengesahan rasmi dibuat mengenai kematian Noordin, kejayaan pihak berkuasa Indonesia itu sedikit sebanyak dapat melemahkan kemampuan kumpulan serpihan Jemaah Islamiah (JI) yang dipimpin pakar bom dari Malaysia itu. Namun, ini bukan bermakna ancaman keganasan di rantau ini sudah berakhir. Kalaupun benar Noordin terbunuh dalam serbuan polis di Temanggung, Jawa Tengah, kelmarin, ia juga bukan jaminan dunia akan lebih aman selepas ini. Alasan: Berdasarkan petikan di atas, didapati terdapat keutuhan wacana aspek leksikal yang diketengahkan pengarang. Frasa yang bergaris menunjukkan hubungan leksikal hiponim yang membawa maksud kata yang maknanya diterangkan dalam makna kata yang lain. Dalam petikan itu, contoh katanya ialah polis. Polis membawa maksud yang sama dalam frasa pihak berkuasa Indonesia. Oleh itu, jelaslah bahawa petikan ini terdapat hubungan leksikal hiponim berdasarkan makna kata yang digarisi.

Wacana

29

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Contoh 2: Malah, kita bimbang konco-konconya mungkin bertindak lebih ganas kerana mahu membalas dendam ke atas kematian Noordin yang dianggap Menteri Kewangan untuk kumpulan pengganas itu. Alasan: Petikan ini mempunyai keutuhan wacana hubungan aspek semantik yang terdiri daripada hubungan sebab dan tujuan. Jika diperhatikan, terdapat penanda wacana jenis penghubung sebab iaitu kerana yang berfungsi sebagai penghubung kepada sebab sesuatu peristiwa. Ayat pertama menceritakan peristiwa yang bakal berlaku dengan menggunakan perkataan mungkin. Manakala ayat kedua menceritakan tujuan mereka bertindak lebih ganas. Maksudnya, pengganas-pengganas itu mungkin akan bertindak lebih ganas selepas ini dan tindakan keganasan itu bertujuan untuk membalas dendam atas kematian Noordin. Ini menunjukkan hubungan semantik yang erat pada ayat. Contoh 3: Walaupun Noordin ialah rakyat Malaysia, kita tidak pernah bertolak ansur dengan tindakannya menganggotai gerakan pengganas. Alasan: Contoh ayat ini pula menonjolkan keutuhan wacana hubungan aspek gramatikal yang menonjolkan unit tatabahasa terkecil iaitu morfem nya. Kata nya bertindak sebagai penunjuk kepada idea yang berkaitan di awal ayat. Dalam contoh ini, diceritakan mengenai Noordin yang merupakan anak Malaysia yang terlibat dalam aktiviti keganasan. Kemudian, di penghujung ayat itu ditonjolkan pula perkataan tindakannya yang merujuk kepada tindakan Noordin. Jadi, morfem nya di situ jelas menggantikan perkataan Noordin sebagai kata ganti diri dalam ayat tersebut.

Wacana

30

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Contoh 4: Kegiatan pengganas adalah ancaman besar kepada seluruh dunia dan ia perlu ditangani di setiap peringkat sama ada sebagai isu domestik, serantau serta sejagat. Alasan: Petikan ini mengandungi keutuhan aspek semantik hubungan sebab dan kesimpulan. Pada awal ayat diceritakan bahawa kegiatan pengganas memeberi ancaman yang bahaya, dan kemudiaannya terdapat frasa yang menyimpulkan idea awal itu dengan mengatakan masalah tersebut perlu ditangani di setiap peringkat. Maksudnya, frasa kegiatan pengganas adalah sebab manakala kesimpulannya ialah frasa perlu ditangani di setiap peringkat. Jelaslah bahawa terdapat hubungan sebab dan kesimpulan dalam ayat tersebut. Selain itu, contoh ayat ini juga menyelitkan keutuhan wacana aspek leksikal bersifat kolokasi. Jika dilihat dengan teliti, perkataan bergaris memberi dua bahagian yang jelas sifat kolokasinya. Bahagian pertama iaitu frasa seluruh dunia yang merujuk kepada ancaman pengganas manakala bahagian kedua bergaris bagi frasa domestik, serantau serta sejagat memberi maksud kedudukan yang sama dengan seluruh dunia. Maksudnya, domestik, serantau dan sejagat merupakan sebahagian daripada seluruh dunia. Contoh 5: Kegiatan pengganas adalah ancaman besar kepada seluruh dunia dan ia perlu ditangani di setiap peringkat sama ada sebagai isu domestik, serantau serta sejagat. Sebab itulah kebanyakan negara di dunia mempunyai undang-undang khusus untuk menangani aktiviti pengganas dan Malaysia tidak terkecuali.

Wacana

31

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Alasan: Jika diperhatikan sebetulnya, petikan ini jelas menunjukkan keutuhan wacana aspek semantik hubungan sebab dan kesimpulan. Penulis mengatakan sedemikian kerana terdapat penanda wacana jenis kesimpulan iaitu frasa sebab itulah. Frasa ini menunjukkan kesimpulan kepada sebab yang berlaku dalam idea sebelumnya. Dalam petikan ini, sebab yang dimaksudkan ialah kegiatan pengganas yang perlu dibendung di setiap peringkat. Kesimpulannya pula ialah tindakan pihak kerajaan Malaysia melaksanakan undang-undang bagi

melumpuhkan kegiatan pengganas. Oleh itu, jelas dapat dilihat keutuhan wacana semantik berhubung sebab dan kesimpulan dalam ayat tersebut. Contoh 6: Mengambil kira ancaman itu yang dijangka berterusan, kewujudan ISA dilihat relevan, amat perlu dan bertepatan sebagai mekanisme berkesan memastikan keselamatan negara tidak diganggu gugat kumpulan pengganas. Alasan: Petikan contoh ini mengandungi keutuhan wacana aspek semantik hubungan sebab dan tujuan. Dalam petikan ini juga terdapat jenis penanda wacana penghubung sebab yang menunjukkan tujuan berlakunya sebab peristiwa tersebut. Maksudnya, dalam contoh ini, frasa kewujudan ISA dilihat relevan, amat perlu dan bertepatan merupakan sebab yang bertujuan sebagai medium bagi mekanisme berkesan dalam memastikan keselamatan negara. Contoh 7: Ketika dunia mengakui keperluan dan keberkesanan undang-undang seumpama itu membendung anasir pengganas, ada pihak cuba mempertikaikannya. Tindakan mereka yang menjadikan ISA sebagai isu politik menggambarkan seolah-olah mereka mempertahankan pengganas.

Wacana

32

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Alasan: Berdasarkan petikan tersebut, dapat disimpulkan bahawa terdapat keutuhan wacana aspek gramatikal yang jelas di situ. Hal ini disebabkan penggunaan kata ganti nama diri mereka pada ayat kedua petikan. Maksudnya, pengarang menggunakan perkataan mereka sebagai merujuk kepada pihak yang cuba mempertikaikan pelaksanaan undang-undang seperti dalam ayat pertama. Penggunaan kata mereka dilihat sangat tepat dan bersesuaian dengan wacana tersebut memandangkan dapat menyingkatkan perkataan di samping tidak menggunakan objek (pelaku) yang sama sahaja. Contoh 8: Kita bimbang keghairahan pihak tertentu memberi gambaran buruk terhadap ISA menyebabkan masyarakat tidak dapat melihat kebaikan sebenar di sebalik kewujudannya. Alasan: Contoh petikan ini memberi gambaran yang jelas bahawa adanya keutuhan wacana aspek semantik hubungan sebab dan akibat. Hal ini kerana dalam ayat tersebut terdapat frasa menyebabkan yang berfungsi sebagai penunujuk kepada akibat terhadap sesuatu sebab peristiwa. Maksudnya, pada bahagian awal ayat diceritakan mengenai kebimbangan pihak tertentu yang memburukkan ISA manakala ayat tersebut disambung pula dengan menyatakan akibat kepada kebimbangan itu ialah masyarakat tidak dapat melihat kebaikan sebenar ISA. Contoh 9: Lebih membimbangkan ialah jika ada anasir tertentu sengaja mahu ISA dimansuhkan bagi membuka ruang pengganas bertapak di negara ini. Matlamat mereka ini akhirnya untuk mencemarkan reputasi dan nama baik Malaysia, sama seperti beberapa tindakan termasuk demonstrasi dan tohmahan yang dilakukan pihak berkenaan sebelum ini.

Wacana

33

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Alasan: Contoh ini memperlihatkan keutuhan wacana aspek gramatikal melalui frasa matlamat mereka ini. Frasa tersebut merujuk kepada idea pada ayat pertama di mana diceritakan bakal ada anasir tertentu sengaja mahu ISA dimansuhkan bagi memberi ruang kepada pengganas bertapak di Malaysia. Pengarang mengatakan kenyataan itu sebagai matlamat mereka mungkin sebagai penekanan terhadap perbuatan membiarkan pengganas bertapak di negara ini. Contoh 10: Ketika kerajaan sudah berikrar untuk mengkaji semula ISA, semua pihak seharusnya tidak terpengaruh dengan agenda pihak tertentu yang mahu akta itu dimansuhkan. Alasan: Bagi yang benar-benar faham akan perkataan yang digarisi, sudah tentu akan sedar akan kehadiran keutuhan wacana aspek leksikal bersifat antonim iaitu berlawanan. Sebetulnya, frasa yang digarisi semua pihak merupakan idea asal dalam bahagian pertama ayat. Tetapi, diselitkan juga frasa yang berlawanan dengannya iaitu pihak tertentu. Maksud ayat tersebut ialah semua pihak diharapkan tidak terpengaruh dengan agenda segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu ISA dimansuhkan. Jadi, jelas di sini terdapat penggunaan istilah yang berlawan yang membawa sifat antonim dalam

keutuhan aspek leksikal wacana tersebut. Kesimpulannya, kebanyakan keutuhan wacana adalah berasaskan aspek semantik dan gramatikal. Hal ini mungkin kerana kebanyakan wacana lebih bersifat peristiwa yang menceritakan sesuatu kisah perinciannya. Manakala aspek leksikal jarang ditemui sebaliknya mungkin mudah dijumpai dalam karya sastera. Aspek fonologis pula hanya dapat dikenal pasti dalam wacana lisan yang berbentuk pertuturan supaya tekanan suaranya dapat didengari dan bukan dalam wacana tulisan.

Wacana

34

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

9.0

Kesimpulan Berdasarkan tugasan wacana yang dihuraikan, didapati bahawa wacana petikan tersebut sememangnya utuh dan dapat dicirikan kepada pelbagai aspek. Penanda wacana yang digunakan juga cukup banyak dan membuktikan setiap ayat yang diceritakan adalah berkesinambungan serta mempunyai kaitan dengan ayat yang lain. Selain itu, wacana tulisan tersebut juga menyelitkan pelbagai isu supaya dapat dikupas menggunakan kaedah analisis wacana. Setelah diamati, petikan tersebut lebih menjurus ke arah wacana yang mengkehendaki manusia supaya berfikir mengenai masalah semasa dan bukannya sekadar penyampaian maklumat semata-mata. Pelbagai ilmu yang dapat diperoleh melalui tugasan ini. Ilmu bidang bahasa seperti wacana dilihat sangat penting bagi membolehkan pelajar memahami sesebuah wacana yang diperkatakan. Misalnya, aspek memahami sesuatu makna dilihat penting dan menjadi pokok utama dalam memahami sesuatu perkara. Tambahan pula, penanda wacana yang digunakan berfungsi sebagai pelengkap untuk menghubungkan ayat-ayat supaya jelas

kesinambungannya. Oleh itu, setiap pelajar harus mengetahui jenis penanda wacana supaya mudah untuk menganalisis petikan dan juga turut membantu dalam pembinaan karangan dan esei. Melalui analisis wacana pula, ia sangat memberi kesan kepada pemikiran seseorang itu dalam menggunakan akal dan kebijaksanaan mereka. Setiap manusia diberi idea yang berbeza untuk diolah mengikut apa yang terlintas di fikiran. Meskipun begitu, terdapat juga pendapat yang sama dan itulah yang dinamakan keselarasan dalam pemikiran. Situasi ini berlaku apabila seseorang itu mendapat idea dan pemahaman sama seperti orang lain. Untuk itu, setiap pelajar perlu memahami dengan jelas setiap aspek dalam subjek Wacana supaya analisis yang dilakukan tidak terpesong jauh daripada kebenarannya.

Wacana

35

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

10.0

Rujukan

10.1

Rujukan Akhbar Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim. (2008, Januari 23). Wacana Satu Huraian Ringkas (Bahagian I). Pedoman Bahasa , Berita Harian, Klik DBP, p. 4.

10.2

Rujukan Buku Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsudin. (2007). Teks STPM Bahasa Malaysia. Shah Alam , Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu II. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn Bhd. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, DAWAMA Sdn. Bhd Abrak Othman Ahmad Mahmood Musanif, 2004. Teori Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ainon Mohd dan Prof. Abdullah Hassan, 2003. Teori & Teknik Terjemahan. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995. Jurnal Dewan Bahasa (Mei). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998. Jurnal Dewan Bahasa (Jan-April). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Goay Teck Chong, Choo Say Tee dan Zainuddin Ahmad, 2007. Teks PraU STPM, Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Wacana

36

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, 1985. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ainon Muhammad. (1987). Panduan Menterjemah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 10.3 Rujukan Internet (Bahasa Inggeris) _________, (January 2008). Discourse Analysis. Ritrieved on 18 September 2009 From http://en.wikipedia.org/: http://en.wikipedia.org/wiki/Discourse_analysis. _________, (January 2008). Discourse. Ritrieved on 18 September 2009. From http://www.gslis.utexas.edu http://www.gslis.utexas.edu/~palmquis/courses/discourse.htm _________, (January 2008). Discourse Analysis. Ritrieved on 19 September 2009 From http://www.answers.com: http://www.answers.com/topic/discourse

Wacana

37

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

11.0

Refleksi Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana penulis berjaya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Biarpun pada awalnya menjangkakan bahawa tugasan ini sukar, tetapi akhirnya dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Sebenarnya, di awal mendapat tugasan ini, penulis tidak terbayang sedikit pun apa yang perlu dilakukan. Tetapi dengan dorongan Dr Mashudi, gambaran itu menjadi jelas sedikit dan membuatkan penulis tidak sabar-sabar untuk memulakan tugasan. Penulis telah mencari bahan di pelbagai tempat dan sumber. Biarpun hanya sedikit sahaja isi yang ditemui, namun tetap bersyukur kerana sekurangkurangnya penulis tidak melepaskan tanggungjawab begitu sahaja. Tugasan ini banyak mendisiplinkan diri khususnya ketika berada di penghujung tarikh serahan tugasan. Selain itu, penulis dapati kerjasama yang terjalin bersama rakan bagi menjayakan tugasan ini merupakan nadi utama terhadap kejayaan semua.

Wacana

38

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Rakan-rakan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan idea-idea yang bernas dalam memantapkan isi-isi kerja kursus ini. Sementara itu, secara jujurnya penulis sangat bersyukur kerana mendapat tugasan ini. Hal ini disebabkan penulis dapat menambah pengetahuan tentang wacana kerana sebelum ini hanya memahami apa yang di ajar secara umum. Dengan adanya tugasan seperti ini, ilmu menegenai analisis wacana akan cuba dipraktikkan meskipun sudah meninggalkan mata pelajaran ini kelak. Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih dihamparkan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini.

Wacana

39

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

12.0

Lampiran

Wacana

40