20
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI / 2013 HBSC1203 BIOLOGI 1 : ASAS KEHIDUPAN NAMA : APNER BIN SIAU NO MATRIK ULASI : 730123125669001 NO KAD PENGENALAN : 730123125669 NO TELEFON : 0198419480 E-MEL : [email protected]

Tugasan Sn Sem4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sila share

Citation preview

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / 2013

HBSC1203

BIOLOGI 1 : ASAS KEHIDUPAN

NAMA:APNER BIN SIAUNO MATRIKULASI:730123125669001NO KAD PENGENALAN:730123125669NO TELEFON:0198419480E-MEL:[email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN:PPT SANDAKAN

ISI KANDUNGANMUKA SURAT

1.0.Pengenalan3 - 5

2.0.Struktur Jantung dan Salur Darah

2.1.Struktur Jantung

2.1.1. Struktur Jantung Manusia5 - 6

2.1.2.Sruktur Salur Darah6 - 8 Manusia

3.0.Penyakit Kardiovaskular9

4.0.Gaya Hidup Sihat

4.1.Peningkatan Pengetahuan 10 - 11 Amalan Pemakanan Sihat

4.2.Peningkatan Pengetahuan12 Menangani Stress

4.3.Peningkatan Pengetahuan12 - 13 Anti - Merokok

4.4.Peningkatan Pengetahuan13 - 14 Sukan dan Rekreasi

5.0.Rujukan15

1.0.Pengenalan

Gaya hidup manusia masa kini memang jauh berubah berbanding dahulu.Kita dengan mudah mendapat akses kepada hampir apa sahaja keperluan yang kita mahu.Kemudahan yang kita perolehi pada masa kini banyak mempengaruhi diri kita sendiri.Salah satu aspek yang banyak membantu kita menjadi individu yang sihat ialah berkait rapat dengan apa yang kita makan.Sesuai dengan ungkapan "you are what you eat",tidak hairanlah melalui penampilan sahaja kita boleh dapat gambaran sedikit sama ada seseorag individu itu sihat atau sebaliknya.Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi(NHMS)III,yang telah dijalankan di seluruh negara pada tahun 2006,satu daripada lima kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah pemakanan dengan berat badan dan ketinggian yang tidak sepadan dengan usia mereka.Keadaan ini yang banyak menyumbang kepada masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sekarang.Kewujudan restoran makanan segera memberikan lebih banyak akses kepada makanan yang mengandungi lemak,gula dan kandungan garam yang tinggi dalam makanan.Daripada kajian tersebut juga,kelompok murid dalam lingkungan umur tujuh hingga duabelas tahun yang ramai mengalami masalah berat badan.Kajian menunjukkan bahawa masalah kegemukan merupakan satu punca kepada masalah penyakit Noncommunicable Diseases(NCD) atau penyakit yang tidak disebarkan melalui jangkitan seperti diabetes(kencing manis) dan penyakit berkaitan kardiovaskular seperti penyakit jantung.Laporan Penang Cancer Registry(2003) mendapati bilangan pesakit koronari telah meningkat hampir seratus peratus kepada 320 kes berbanding 160 kes pada tahun 1994.Jabatan Perangkaan Malaysia(2004) pula mendapati bahawa terdapat peningkatan mendadak dalam kes penyakit koronari iaitu 112,786 kes pada 2001 dan 151,824 kes pada tahun 2002.Berdasarkan maklumat terkini dalam artikel "Program Cara Hidup Sihat Atasi Obesiti",yang diterbitkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 25 Februari 2013,sebanyak 6.7% daripada murid sekolah dan penuntut di Institut Pengajian Tinggi dalam lingkungan umur 10 hingga 19 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti.Angka tersebut dijangka akan terus meningkat tahun demi tahun selagi tiada usaha di peringkat awal bagi mendidik mereka mengurus berat badan dengan bijaksana.

Berdasarkan graf di atas kita dapat melihat corak kelaziman obesiti di Malaysia pada tahun 2011.Ia menunjukkan satu trend yang berlainan bagi setiap negeri namun ia juga menggambarkan apa yang sedang berlaku dengan gaya hidup masyarakat Malaysia masa kiniMenurut Mohammad Nor et.al(2006),perempuan lebih cenderung mengalami obesiti denagn kelaziman 17.4% manakala lelaki hanya 10 %.Daripada kajian-kajian yang dilakukan,jelas kepada kita bahawa individu di negara ini sedang mengalami perubahan fizikal ketara yang membawa kepada bertambahnya penyakit-penyakit akibat gaya pemakanan dan tabiat hidup yang tidak sihat.Oleh yang demikain,pelbagai program telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mempromosi kesihatan di peringkat sekolah.Antara lainnya ialah pada tahun 2006,dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia,Program Doktor Muda dimasukkan dalam aktiviti ko-kurikulum sekolah rendah terpilih sebagai perintis di seluruh negara.Tidak cukup setakat itu,Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah bekerjasama dengan entiti korporat seperti pengeluar makanan Nestle mewujudkan Program Cara Hidup Sihat yang dijalankan di 100 buah sekolah asrama harian dengan tempoh program selama tiga tahun.Jelas kepada kita bahawa masalah berkaitan gaya hidup banyak menyumbang kepada pelbagai penyakit "Non Communicable Diseases".Dan,sekarang pelbagai usaha dijalankan bagi membendung masalah ini terus menular di kalangan rakyat Malaysia.Selaras dengan usaha mencapai status negara maju pada tahun 2020,Malaysia memerlukan generasi yang sihat dalam mengurustadbir negara.Kesihatan fizikal sesungguhnya menyumbang kepada kecerdasan minda.

2.0.Struktur Jantung dan Salur Darah

2.1.Struktur Jantung Manusia

Jantung merupakan organ yang sangat penting untuk mengepam darah ke seluruh badan manusia.Jantung dengan jisim kira-kira 300 gram terletak di dalam rongga toraks,di belakang tulang dada dan di antara paru-paru kanan dan paru-paru kiri.Jantung berbentuk seakan-akan bentuk kon.Hujung jantung yang lebih kecil agak condong sedikit ke sebelah kiri badan manusia.Jantung terbina dari otot-otot yang kuat kerana ia perlu bekerja sepanjang hayat manusia tanpa henti.Keseluruhan bahagian jantung dilindungi sejenis mambran yang tahan lama.Ruang di antara jantung dan mambran tersebut dipenuhi cecair yang bertujuan sebagai pelincir bagi mengurangkan geseran antara jantung dengan organ-organ di sebelahnya seperti paru-paru.

Sumber : www.sains123.cikgunaza.com.

Melalui gambar keratan rentas jantung manusia,jantung mempunyai empat ruang berotot( muscular chamber).Dua ruangan di sebelah kiri terdiri daripada atrium kiri yang terletak sebelah atas dan ventrikel kiri yang terletak di sebelah bawah.Dua lagi ruang di sebelah kanan ialah atrium kanan yang terletak di sebelah atas dan ventrikel kanan yang terletak di sebelah bawah.

Kedua-dua ruang kiri dan kanan dipisahkan oleh dinding berotot yang dikenali sebagai septum.Septum berperanan menghalang darah beroksigen bercampur dengan darah terdeoksigen.

Jadual di bawah ini menunjukkan ciri-ciri atrium dan ventrikel.AtriumVentrikel

Atrium kiri disambungkan ke vena pulmonari.Isipadu yang lebih besar.

Atrium kanan disambungkan ke vena kava.Dinding yang lebih tebal.

Ventrikel kiri lebih berotot dan tebal daripada ventrikel kanan(ventrikel kiri mengepam darah bertekanan tinggi keseluruh tubuh badan.

Ventrikel kiri disambungkan ke aorta

Ventrikel kanan disambung ke arteri pulmonari.

Aliran darah dalam jantung dikawal oleh 3 injap.Injap-injap ini berfungsi agar aliran darah dalam satu arah sahaja.

i).Injap BikuspidMengawal aliran sehala darah dari atrium kiri ke ventrikel kiri.

ii).Injap TrikuspidMengawal aliran sehala darah dari atrium kanan ke ventrikel kanan.

iii.).Injap SabitMengawal aliran sehala darah dari ventrikel kiri ke aorta serta ventrikel kanan ke arteri pulmonari.

2.2.Struktur Salur Darah Manusia

Sistem peredaran manusia merupakan sistem peredaran tertutup( closed circulatory system) kerana darah mengalir dalam salur darah dan dipam oleh jantung ke seluruh tubuh badan.Terdapat 3 salur darah iaitu arteri,vena dan kapilari.

ARTERI

Arteri membawa darah keluar dari jantung ke seluruh bahagian badan.Darah dari arteri kaya dengan kandungan oksigen.

VENA

Vena membawa darah dari seluruh bahagian badan kembali ke jantung.Darah ini kurang mengandungi oksigen.

KAPILARI

Arteri bercabang menjadi arteriol,iaitu salur darah yang lebih kecil.Arteriol pula bercabang menjadi kapilari darah.

Kapilari darah bercantum membentuk venul.Venul pula akan bercantum membentuk vena yang membawa darah kembali ke jantung.

Tiga Jenis salur darah dalam peredaran tertutup

Rajah menunjukkan perbandingan antara tiga jenis salur darah dalam sistem peredaran tertutup. manusia.

3.0.Penyakit Penyakit Kardiovaskular

Penyakit kardiovaskular berkaitan dengan penyakit yang menyerang jantung dan salur darah manusia.Antara penyakit kardiovaskular yang kerap menyerang manusia ialah penyakit jantung dan strok.Menurut American Heart Association,penyakit kardiovaskular juga dikenali sebagai penyakit jantung.Masalah jantung banyak disebabkan oleh arterioclerosis.Arteoclerosis ialah keadaan yang berlaku apabila bahan yang dikenali sebagai plak berkumpul di dinding arteri.Ini menyebabkan arteri menjadi sempit dan darah semakin sukar mengalir.Apabila berlaku pembekuan darah,darah akan berhenti mengalir dan berlakunya serangan jantung dan strok.

Sumber : http://www.deherba.com/apakah-aterosklerosis-itu.html

Gambarajah menunjukkan proses penyempitan arteri apabila plak berkumpul di dinding salur darah.Arteri atas menunjukkan arteri individu yang sihat.Arteri tengah pula menunjukkan plak mula berkumpul di dinding salur darah an akibatnya salur darah semekin menyempit.Arteri bawah menunjukkan keadaan di mana biasanya berlaku serangan jantung dan strok.

4.0.Gaya Hidup Sihat

Gaya Hidup Sihat merupakan amalan harian yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan kepada kesihatan individu.Gaya Hidup Sihat berhubung kait dengan amalan pemakanan,aktiviti fizikal dan amalan sosial.Di Malaysia,Amalan Gaya Hidup Sihat telah dijadikan satu kempen dalam memupuk kesedaran di kalangan masyarakat bahawa betapa pentingnya kesihatan fizikal kepada semua individu.Sasaran utama kempen sebegini ialah golongan pelajar rendah sehingga ke institusi pengajian tinggi kerana merekalah kumpulan yang akan menerajui negara suatu hari kelak.

Program Gaya Hidup Sihat telah dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 1991 lagi.Ini jelas menunjukkan bahawa isu-isu berkaitan penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak seimbang telah menjadi begitu penting.Dalam Gaya Hidup Sihat,empat komponen utama telah dikenalpasti.Pertama,peningkatan pengetahuan dan amalan pemakanan sihat.Kedua,peningkatan pengetahuan dan amalan menangani stress.Ketiga,peningkatan pengetahuan dan amalan anti-merokok.Keempat.peningkatan pengetahuan dan amalan sukan dan rekreasi.Menurut McMahan,Hampl,dan Chikamoto(2003),di Amerika Syarikat sudah mula timbul kesedaran tentang pemakanan sihat berbanding pada tahun 1971.Negara tersebut merupakan sebuah negara maju dihantui dengan permasalahan obesiti akibat tabiat pemakanan yang tidak sihat.Maka tidak hairanlah,ramai orang merujuk masalah obesiti akan menjadi antara masalah utama di setiap negara maju kelak.Males dan Kerr(1996),mendapati stress individu yang mempunyai jawatan atau akademik yang tinggimadalah lebih tinggi berbanding mereka yang tidak berjawatan tinggi atau berpendidikan tinggi.Bagi menghasilkan sebuah negara maju,maka penduduknya perlu mempunyai kemahiran yang diperolehi antara lainnya daripada sistem pendidikan.Atas kesedaran itu,kerajaan telah memulakan kempen awal dengan menyasarkan murid sekolah dengan mendidik mereka bagai mana menangani stress dengan baik.Usaha ini boleh dilihat daripada penerapan isi kandungan di dalam mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

4.1.Peningkatan Pengetahuan dan amalan pemakanan sihatAmalan Pemakanan Sihat membawa maksud pengambilan makanan yang seimbang dan mengikut waktu yang sesuai.Makanan yang sihat mengandungi jumlah zat dan kalori yang seimbang untuk kesihatan tubuh,mencegah kekurangan dan kelebihan pemakanan.Namun,tiada makanan yang mempunyai semua zat yang diperlukan oleh badan manusia dengan erti kata lain,tiada satupun makanan yang betul-betul lengkap untuk memenuhi keperluan tubuh badan manusia.

Antara bahan-bahan yang terkandung dalam makanan seharian kita ialah karbohidrat,protein,lemak,mineral,air,fiber.phytonutrien,kolesterol,gula dan garam(Govindji et.al,2002).Setiap bahan ini memainkan peranan yang penting terhadap tubuh badan manusia.Sebagai contohnya,karbohidrat yang terkandung di dalam makanan ruji rakyat Malaysia iaitu nasi memberikan tenaga kepada tubuh badan kita untuk melakukan kerja=kerja seharian.Namun pengambilan makanan berkabohidrat yang berlebihan boleh menyumbang kepada masalah berat badan kerana makanan ini turut mengandungi gula.

Pemakanan yang sihat juga merujuk kepada waktu makanan diambil sepatutnya.Biasanya,amalan pemakanan rakyat Malaysia terdiri daripada waktu makan sarapan pagi,makan tengah hari,minum petang dan makan malam,Ramai kanak-kanak yang bersekolah selalu tidak mengambil sarapan pagi di rumah.Mereka biasanya akan makan semasa rehat di sekolah.Tempoh masa antara sarapan pagi dan makan semasa rehat ini menyebabkan mereka berasa lapar.Satu kesan segera yang dapat dilihat ialah mereka tidak bermaya mengikuti pembelajaran dalam bilik darjah.Kesan jangka panjang pula,mereka akan berasa lapar dan makan dengan banyak semasa rehat.Ini menyebabkan berlakunya obesiti di kalangan murid sekolah.

Terdapat banyak cara manusia mengurus pemakanan mereka.Ada di antara individu yang makan dengan kerap tapi dengan kuantiti yang sedikit untuk setiap hidangan,Namun ada yang skeptis dengan amalan ini kerana mereka risau makanan yang mereka makan lebih banyak daripada sepatutnya.Keajaiban dalam tubuh badan manusia ialah,semakin banyak kali kita makan semakin tinggi kadar metabolisme.Namun harus diingat,jumlah makanan yang diambil perlulah sedikit.

Sumber : www.healthykids.org.my

Rajah di atas menunjukkan piramid makanan yang menjadi asas panduan bagi pemakanan yang sihat.Individu harus memakan lebih banyak makanan dalam kumpulan satu diikuti kumpulan dua dan tiga,kumpulan empat dan lima dan akhir sekali yang paling sedikit makanan dalam kumpulan minyak,gula dan garam.

4.2.Peningkatan Pengetahuan Menangani Stress

Menurut Murdock & Scutt(1993) dalam Muhamad Hanapi Hj.Hussin(2004),mentafsirkan tekanan sebagai ketidakpadanan antara persepsi tuntutan dengan persepsi keupayaan untuk melakukannya.Jika terdapat jurang perbezaan antara kedua-dua persepsi ini maka tekanan akan wujud.

Ada pelbagai punca tekanan di kalangan murid sekolah masa kini.Antaranya ialah berkaitan dengan akademik di sekolah.Menurut Melati Sumarti(1997),antara penyebab utama stress berkaitan akademik ialah kerja rumah yang terlalu banyak,peperiksaan dan ujian,prestasi yang kurang memuaskan,harapan ibu bapa dan pihak sekolah.

Peraturan sekolah juga menyumbang stress di kalangan murid masa kini.Ada sesetengah sekolah yang mempunyai peraturan yang sangat ketat sehingga menggangu rutin haria seorang kanak-kanak.Mereka sudah jadi umpama robot yang diprogramkan untuk melakukan hanya perkara yang betul.Hakikatnya murid-murid ini terperangkat antara keperluan dan peraturan.Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Peach(1991) di Tennase,Amerika Syarikat,sebanyak 76% daripada 96 orang pelajar mengalami tekanan disebabkan peraturan kelas dan sekolah yang ketat.

Guru turut menyumbang tekanan terhadap pelajar sekolah.Menurut Elkind(1981),sistem pendidikan amat menitikberatkan pencapaian dalam akademik,.Oleh itu guru telah menekankan agar setiap murid yang diajar mencapai kehendak mereka tanpa memikirkan keupayaan berlainan di kalangan setipa murid.

Stress memang ada kepentingan dalam hidup manusia.Stress yang bijak diurus boleh memotivasikan manusia lebih tekun melakukan sesuatu tugas.Stress yang tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan penyakit tekana darah tinggi dan kemurungan.Antara cara mengatasi stress yang mudah dilakukan ialah berkongsi masalah dengan keluarga.

4.3.Peningkatan Pengetahuan Anti-Merokok.

Merokok adalah salah satu tabiat global yang semakin menular.Daripada kanak-kanak sehinggalah orang tua,rokok sudah menjadi sinonim dengan gaya hidup manusia.Dari negara maju,negara membangun sehingga negara dunia ketiga gejala merokok memang sangat sukar dihapuskan.

Pelbagai punca telah dikenalpasti permulaan tabiat merokok terutamanya di kalangan murid sekolah.seorang remaja yang mula merokok akan terus merokok untuk 15 tahun hingga 20 taghun berikutnya(WHO,2002).Merokok banyak menyumbang tingkah laku negetif.antaranya ialah ponteng sekolah,vandalisme,gangsterisma dan penyalahgunaan dadah( Kulig et al,2005).Antara punca merokok di kalangan remaja ialah pengaruh rakan sebaya dan situasi di rumah yang mana ramai ahli keluarga merokok.

Merokok banyak menyumbang kepada penyakit kronik seperti kanser.Dalam rokok tersebut,terdapat banyak bahan kimia yang berbahaya kepada tubuh badan manusia.Bahan bahan karsinogen ini apabila masuk ke dalam tubuh badan melalui paru paru akan mendatangkan mudarat dalam jangka masa panjang.Mungkin kita kerap mendengar kata kata dari perokok bahawa walaupun mereka sudah lama merokok namun mereka belum juga sakit.Merokok lebih kepada umpama bom jangka yang ditanam di dalam tubuh badan manusia.apabila sampai tahap tertentu ia akan meledakkan penyakit yang paa masa itu sudah terlambat untuk dirawat.Mencegah memang baik daribapada merawat.Namun harus diingat,orang yang tidak merokok tetapi berada di kalangan orang merokok turut mempunyai risiko menghidap penyakit yang dihidapi oleh perokok.Mereka ini kerap digelar sebagai perokok pasif kerana mereka secara tidak sengaja akan terhidu asap yang dilepaskan oleh orang yang merokok.

Sumber.www.infosihat.gov.my

Para perokok memang sudah biasa melihat iklan sebegini tertera di kotak rokok namun mereka masih tidak mengendahkannya kerana ketagihan rokok merupakan antara perkara yang sangat sukar dibuang.

4.4.Peningkatan Pengetahuan Sukan dan Rekreasi

Bersenam merupakan cara paling seronok dan efisien dalam membentuk gaya hidup sihat.Senaman dilakukan dalam masa 20 hingga 30 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.Banyak faedah senaman yang diperolehi.Antaranya ialah ia dapat meningkatkan kecekapan sistem kardiovaskular kita.Kardiovaskular yang sihat menjamin jantung yang sihat.Bersukan juga dapat mengurangkan stress yang dialami.Selain itu bersenam juga dapat menguatkan tubuh badan dan membuatkan kita cergas dalam melakukan kerja seharian.Apabila letih bersenam juga,manusia akan dapat tidur dengan lebih nyenyakBersenam bukan sahaja memberikan manfaat kepada fizikal manusia.Bersenam juga dapat memberi manfaat kepada fisiologi manusia.Dengan bersenam tubuh badan manusia akan dilatih meningkatkan daya tahan,kelenturan.koordinasi dan kekuatan.

Rekreasi ialah aktiviti terancang untuk memenuhi masa lapang..Ia bukan untuk pertandingan tetapi untuk memenuhi kelapangan masa sambil berseronok,mendapatkan ketenangan minda dan meregangkan otot yang letih selepas bekerja seharian.Rekreasi terbahagi kepada dua iaitu rekreasi dalaman (indoor) dan luaran (outdoor ).

Rujukan:-

Elkind.(1981).The Hurried Child : Growing up to fast too soon..Addison-Wesley.Pub.Co.

Kulig and Joffe J.W.(2005).Tobacco,alcohol and other drugs : The role of pediatrician in prevention,identification and management of substance abuse.Journal of Paediatric.115(3).816-822.

Mohamad Nor et.al,(2006).The Third National Health and Morbidity Survey(NHMS)2006.Nutritional status of adult aged 18 years and above.

Norizan Abdul Hamid,(2013)."Program cara hidup sihat atasi obesiti.Berita Harian Online.Artikel

Norlela Hamima Jamaluddin,(2006)."Ibu bapa antara penyebab masalah berat badan berlebihan".Harian Metro.Artikel

Saadiah Ismail,(2003)."Amalan gaya hidup sihat elak pelbagai penyakit.Berita Harian Online.Artikel

Tam Cai Lam,(2012)."Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.Dewan Masyarakat.DBP

Govindji et,al,(2002."Think well to be well.An inspirational guide for people with diabetes.Diabetes Reseasrch & Wellness Foundation.UK

www.moh.gov.my/v/kanan_makan

www.healthykids.org.my/preview.FoodPyramid.aspx

Disease Control And Prevention, Global Youth Tobacco Survey- fact sheet 2000.Dicapai pada 16 Februari daripada http://www.cdc.gov/tobacco/global/GYTS/factsheets/2000/htm(27m

What is cardiovascular disease?.Dicapai pada 22 Februari 2013 daripada http://www.heart.org/HEARTORG/Caregiver/Resources/WhatisCardiovascularDisease/What-is-Cardiovascular-Disease_UCM_301852_Article.jsp2