16

Tujuan Menulis Ucapan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

.

Citation preview

Page 1: Tujuan Menulis Ucapan
Page 2: Tujuan Menulis Ucapan

TUJUAN PENYEDIAAN

TEKS

1) Memudahkan penyampai

untuk membaca

2) Memastikan semua aspek yang ingin diberikan penekanan lengkap & tersusun

Page 3: Tujuan Menulis Ucapan

PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT, WOODROW WILSON

“ Sekiranya saya ingin menyampaikan ucapan selama 10 minit, maka saya memerlukan seminggu bagi menyiapkannnya. Sekiranya 15 minit ialah selama 3 hari. Bagi setengah jam, 2 hari dan sekiranya 1 jam, saya sedia menyampaikan ucapan itu sekarang “

Page 4: Tujuan Menulis Ucapan

TUJUAN UTAMA UCAPAN~ ARSHAD MD. GHAUS (2007)

1.MEMAKLUMKAN (to inform)- Memberitahu atau memaklumkan kepada

khalayak tentang sesuatu fakta, sesuatu yang baharu ataupun cara bagaimana melaksanakan perkara-perkara tertentu.Cth : ucapan tentang perjalanan majlis konvokesyen.

Page 5: Tujuan Menulis Ucapan

2. MEMPENGARUHI (to influence)- Menukar sikap khalayak daripada negatif

kepada positif- Mesej yang disampaikan perlu mudah

difahami oleh khalayak & dapat dicernakan dengan cepat.

3. MEMBERIKAN INSPIRASI (to inspire)- Memberikan motivasi khalayak di mana

khalayak akan didedahkan dengan pelbagai pilihan yang bukan mereka fikir.

Page 6: Tujuan Menulis Ucapan

4. MENGHIBUR (amuse)- Membuatkan khalayak gembira, tidak

membosankan serta sentiasa teruja untuk mengetahui perkara seterusnya daripada penyampai.

Page 7: Tujuan Menulis Ucapan
Page 8: Tujuan Menulis Ucapan

TAHAP UTAMA DALAM DALAM MENULIS TEKS UCAPAN1. MERANCANG

- Mengenal pasti perkara atau subjek utama yang hendak ditulis.

Page 9: Tujuan Menulis Ucapan

TAHAP UTAMA DALAM DALAM MENULIS TEKS UCAPAN

PROSES MENCERNA IDEA –

CARA PENULISAN

BerfokusBebasPercambaha

n fikiran

Dialog imaginasi

Catatan harian

Peta minda

Teknik penyoalan

Bahan bacaan

Page 10: Tujuan Menulis Ucapan

2. MENULIS- Membina isi & idea- Memilih diksi yang bersesuaian- Menyusun kata menjadi ayat- Menghubungkan ayat dengan

perenggan- Perenggan disusun mengikut

keutamaan- Susun atur menggambarkan kesatuan

idea

Page 11: Tujuan Menulis Ucapan

3. MENYEMAK- Untuk mengenal pasti masalah- Mengurangkan kesalahan tatabahasa

& fakta- Melantik pembaca kedua- Membuat pertimbangan terima atau

tolak cadangan- Semakan dapat tingkatkan mutu

penulisan

Page 12: Tujuan Menulis Ucapan

1. Majlis Tajuk, tarikh, waktu,

tempoh majlis, tempat, alat

visual, khalayak 2. Objektif ucapan

3. Mengumpul bahan

Penyelidikan, pengalaman,

pengetahuan, temu bual4. Rangka ucapan

Pendahuluan, isi kandungan, penutup

5. Menulis ucapanNota ringkas, teks

ucapan, nota edaran

Page 13: Tujuan Menulis Ucapan

CONTOH TEKS UCAPAN1. PENDAHULUAN – iaitu kata-kata aluan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera dan selamat pagi

Terima kasih saudara pengacara majlis.Yang Berusaha Tuan Pengetua, Penolong-penolong Kanan, Guru Kanan, guru, pemimpin pelajar

dan pelajar yang dikasihi sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar SMK Cheras yang telah memberi kerjasama secara optimum sepanjang minggu yang lalu. Guru bertugas yang mengendalikan perhimpunan harian ringkas setiap pagi sebelum pelajar bergerak ke kelas masing-masing berasa sangat puas hati dengan pergerakan yang begitu lancar. Dari segi itu, semua pelajar layak diberi penarafan A+.

Page 14: Tujuan Menulis Ucapan

2. ISI KANDUNGAN UCAPAN DIKEMBANGKAN DENGAN BAIKGuru dan pelajar yang dihormati,

Secara khusus, tahap kebersihan bilik darjah dan kawasan sekolah memang boleh diberi pujian, tetapi ruang untuk penambahbaikan masih terbuka. Kebersihan lantai telah diurus dengan begitu baik, kecuali terdapat cebisan kertas di sana sini selepas waktu rehat. Namun, demi melihat guru bertugas datang dengan lembaran penilaian kebersihan dan keceriaan, pelajar cepat-cepat mengutip cebisan kertas berkenaan. Terima kasih atas kepekaan kalian. Penarafan kebersihan A-.

Keceriaan bilik darjah pula berkait rapat dengan sistem rasa, persepsi atau tanggapan sepintas lalu. Maksudnya, sebaik sahaja melangkah ke sesebuah bilik darjah, aura atau getaran pembelajaran akan dapat dirasai, sama ada hebat, biasa atau lenyap. Guru bertugas mencadangkan supaya suatu garis panduan ringkas tentang keceriaan bilik darjah dapat disediakan bagi meningkatkan penarafan di tahap B+ sepanjang minggu kelapan yang lalu.

Page 15: Tujuan Menulis Ucapan

3. SISIPAN KATA, IAITU DI TENGAH-TENGAH UCAPAN

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin sekalian dan sebagainya.

4. PENUTUP – KATA-KATA BAGI MENGAKHIRI SESUATU UCAPAN

Sebagai mengakhiri laporan guru bertugas minggu ke-8, izinkan saya mengulang semula ungkapan hukamak: Hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini. Pelajar cemerlang selalu berkata: Bolehkah saya bantu?; pelajar biasa-biasa berkata: itu bukan kerja aku. Pelajar cemerlang berkata: Masalah itu sukar, tetapi boleh diatasi; pelajar biasa-biasa mengatakan: Masalah itu boleh diatasi tetapi sukar. Semoga Michaelian sentiasa tergolong sebagai pelajar cemerlang.

Sekian, salah dan silap mohon dimaafkan. Wassalam.

Page 16: Tujuan Menulis Ucapan