12
TH3813 Realiti Maya Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM 1 Tutorial: Pengenalan kepada Virtools Virtools ialah aplikasi pembangunan visualisasi dan interaktiviti 3 dimensi. Aplikasi ini mengandungi beberapa modul: Modul pengarangan (Dev) Behavioral Engine Render Engine Web Player/3D Life Player Software Development Kit (SDK) Virtools BUKAN satu aplikasi untuk permodelan. Model perlu dibangunkan dahulu menggunakan aplikasi pemodelan seperti SketchUp, 3DstudioMax, Maya, Lightwave dan lain- lain. Walau bagaimanapun, Virtools membenarkan ciptaan objek seperti Camera, Lights, Curves dan Dummies dalam composition (CMO). Behavioral Engine membolehkan objek yang diimport ke dalam CMO mempunyai aksi atau tindakan tersendiri. Virtools menyediakan koleksi behaviours yang boleh diaplikasikan pada objek melalui editor Schematic yang disediakan. CMO boleh dimainkan di web menggunakan Web Player/3D Life Player. SDK yang disediakan pula boleh digunakan untuk mencipta dan mengedit behaviors, mencipta plugin untuk proses import dan eksport fail serta pelbagai proses lain untuk pengguna yang lebih mahir. Tutorial mudah untuk pengguna baru ini diterjemah dan diolah daripada dokumen User Guide yang disertakan bersama perisian 3Dvia Virtools. Langkah-langkah utama dalam tutorial ini: 1. Merancang scene dalam CMO 2. Menyediakan sumber untuk CMO 3. Mengorganisasi sumber dalam CMO 4. Mengaplikasi interaktiviti dalam CMO 5. Menerbitkan CMO untuk pelayar web

Tutorial: Pengenalan kepada Virtools - ftsm.ukm.my · Tutorial: Pengenalan kepada Virtools Virtools ialah aplikasi pembangunan visualisasi dan interaktiviti 3 dimensi. Aplikasi ini

  • Upload
    vanmien

  • View
    243

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tutorial: Pengenalan kepada Virtools - ftsm.ukm.my · Tutorial: Pengenalan kepada Virtools Virtools ialah aplikasi pembangunan visualisasi dan interaktiviti 3 dimensi. Aplikasi ini

TH3813 Realiti Maya

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM

1

Tutorial: Pengenalan kepada Virtools Virtools ialah aplikasi pembangunan visualisasi dan interaktiviti 3 dimensi.

Aplikasi ini mengandungi beberapa modul:

• Modul pengarangan (Dev)

• Behavioral Engine

• Render Engine

• Web Player/3D Life Player

• Software Development Kit (SDK)

Virtools BUKAN satu aplikasi untuk permodelan. Model perlu dibangunkan dahulu

menggunakan aplikasi pemodelan seperti SketchUp, 3DstudioMax, Maya, Lightwave dan lain-

lain. Walau bagaimanapun, Virtools membenarkan ciptaan objek seperti Camera, Lights, Curves

dan Dummies dalam composition (CMO).

Behavioral Engine membolehkan objek yang diimport ke dalam CMO mempunyai aksi atau

tindakan tersendiri. Virtools menyediakan koleksi behaviours yang boleh diaplikasikan pada

objek melalui editor Schematic yang disediakan.

CMO boleh dimainkan di web menggunakan Web Player/3D Life Player. SDK yang disediakan

pula boleh digunakan untuk mencipta dan mengedit behaviors, mencipta plugin untuk proses

import dan eksport fail serta pelbagai proses lain untuk pengguna yang lebih mahir.

Tutorial mudah untuk pengguna baru ini diterjemah dan diolah daripada dokumen User Guide

yang disertakan bersama perisian 3Dvia Virtools.

Langkah-langkah utama dalam tutorial ini: 1. Merancang scene dalam CMO

2. Menyediakan sumber untuk CMO 3. Mengorganisasi sumber dalam CMO

4. Mengaplikasi interaktiviti dalam CMO

5. Menerbitkan CMO untuk pelayar web

Page 2: Tutorial: Pengenalan kepada Virtools - ftsm.ukm.my · Tutorial: Pengenalan kepada Virtools Virtools ialah aplikasi pembangunan visualisasi dan interaktiviti 3 dimensi. Aplikasi ini

TH3813 Realiti Maya

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM

2

Merancang scene dalam CMO

Untuk tujuan tutorial pengenalan ini, kandungan dan sumber yang akan digunakan sudah disediakan (muatturun di laman web tutor). CMO yang akan dibangunkan adalah:

Satu dunia maya yang memaparkan sebuah ruang tamu yang mempunyai beberapa

perabot. Set ini boleh dilihat menerusi dua sudut pandangan yang berbeza.

Sumber untuk CMO

Data Resource memuatkan semua sumber-sumber yang boleh digunakan dalam composition.

Pelajar boleh membangunkan Data Resource sendiri untuk memudahkan penyimpanan dan

organisasi sumber untuk composition.

Untuk tujuan tutorial ini, tiada Data Resource akan dibangunkan. Sebaliknya, sumber yang

telah disediakan berserta model mudah daripada aplikasi SketchUp akan diimport masuk ke dalam composition.

Walau bagaimanapun, pelajar perlu membangunkan satu model mudah menggunakan Demo

SketchUp Pro. Simpan fail model yang telah dibina didalam folder tutorial bersama fail-fail lain.

1. Untuk mengimport fail-fail yang telah tersedia, daripada menu Resources, pilih Import File

2. Navigasi ke folder yang memuatkan fail tutorial dan pilih objek pertama, set.nmo.

Page 3: Tutorial: Pengenalan kepada Virtools - ftsm.ukm.my · Tutorial: Pengenalan kepada Virtools Virtools ialah aplikasi pembangunan visualisasi dan interaktiviti 3 dimensi. Aplikasi ini

TH3813 Realiti Maya

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM

3

3. Objek set.nmo akan dipaparkan di 3D Layout.

4. Ulang langkah 1-3 untuk model berikut dalam format 3ds: lamp1.3ds, rak1.3ds, sofa1.3ds

5. Akhir sekali, ulang langkah 1-3 untuk mengimport model yang pelajar telah bangunkan

menggunakan aplikasi SketchUpPro versi demo. Senarai semua objek di 3D Layout boleh

dilihat di dalam Level Manager (Level>Global>3D Objects).

Page 4: Tutorial: Pengenalan kepada Virtools - ftsm.ukm.my · Tutorial: Pengenalan kepada Virtools Virtools ialah aplikasi pembangunan visualisasi dan interaktiviti 3 dimensi. Aplikasi ini

TH3813 Realiti Maya

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM

4

Mengorganisasi sumber dalam CMO

Sumber-sumber yang telah diimport ke dalam CMO boleh disusun dalam 3D Layout. Beberapa

objek tambahan seperti sumber cahaya dan kamera akan turut dicipta di dalam CMO.

Sumber Cahaya

Set yang dipaparkan dalam 3D Layout adalah gelap dan tidak jelas. Ini kerana tiada sumber

cahaya didalam CMO. Langkah dibawah boleh diambil untuk mencipta sumber cahaya,

membolehkan objek di dalam CMO dilihat dengan jelas.

1. Klik pada butang Create Light pada toolbar 3D Layout.

2. Pada tetingkap Point Light Setup, terdapat beberapa atribut yang boleh diset untuk sumber

cahaya yang dicipta.

3. Setkan atribut sumber cahaya yang baru dicipta seperti berikut:

Koordinat sumber cahaya - X:0, Y:10, Z:-5

Type/Color/Range – default value

Nama sumber cahaya yang baru dicipta secara default ialah New Light. Untuk menukar nama

sumber cahaya ini:

1. Klik pada tab Level Manager.

2. Navigasi ke Level>Global>Lights.

3. Klik pada New Light, klik kanan dan pilih Rename, dan tukar nama objek kepada Lampu1.

Page 5: Tutorial: Pengenalan kepada Virtools - ftsm.ukm.my · Tutorial: Pengenalan kepada Virtools Virtools ialah aplikasi pembangunan visualisasi dan interaktiviti 3 dimensi. Aplikasi ini

TH3813 Realiti Maya

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM

5

Set Asas – Model Ruang Tamu 1. Objek set1.nmo adalah satu model ruang tamu yang kosong. Model ruang tamu ini

dilengkapi dengan beberapa model lain seperti rak (rak1.3ds), sofa (sofa1.3ds) dan lampu

(lamp1.3ds). 2. Menggunakan tool Select and Translate dan Select and Rotate, susun kesemua objek yang

telah diimport ke 3D Layout di posisi yang bersesuaian. 3. Gunakan 5 sudut pandangan kamera (Perspective, Top, Front, Right dan Ortografik) untuk

membantu anda menyusun objek dengan lebih mudah.

4. Gunakan fungsi Copy di Level Manager sekiranya anda ingin menduplikasi objek model.

Page 6: Tutorial: Pengenalan kepada Virtools - ftsm.ukm.my · Tutorial: Pengenalan kepada Virtools Virtools ialah aplikasi pembangunan visualisasi dan interaktiviti 3 dimensi. Aplikasi ini

TH3813 Realiti Maya

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM

6

Kamera dan sudut pandangan

Secara asasnya, Virtools menyediakan 5 sudut pandangan kamera (Perspective, Top, Front,

Right dan Ortografik). Walau bagaimanapun, 5 sudut pandangan kamera ini tidak boleh

digunakan sekiranya composition diterbitkan untuk pelayar web menggunakan Virtools Web

Player. Jadi, pelajar PERLU mencipta satu kamera untuk scene yang dibangunkan.

1. Cara mudah untuk mencipta dan mensetkan sudut pandangan objek kamera yang ingin

dicipta ialah memilih mana-mana sudut pandangan yang ingin digunakan. Gunakan Camera Dolly, Camera Field of View, Camera Orbit dan tools lain untuk menetapkan sudut

pandangan.

2. Selepas sudut pandangan ditetapkan, klik pada butang Create Camera pada 3D Layout

toolbar dan objek kamera akan dicipta mengikut sudut pandangan tersebut.

3. Pada tetingkap Target Camera Setup, terdapat beberapa atribut lain yang boleh diset untuk

kamera yang telah dicipta.

4. Untuk menukar pandangan kepada mana-mana Virtools default views kembali, gunakan

view drop-down menu.

Page 7: Tutorial: Pengenalan kepada Virtools - ftsm.ukm.my · Tutorial: Pengenalan kepada Virtools Virtools ialah aplikasi pembangunan visualisasi dan interaktiviti 3 dimensi. Aplikasi ini

TH3813 Realiti Maya

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM

7

5. Untuk menukar nama objek kamera yang baru dicipta kepada Kamera1, ulang langkah yang

sama seperti langkah untuk menukar nama New Light kepada Lampu1(rujuk bahagian

‘Sumber Cahaya’).

Sekiranya anda menghadapi masalah menetapkan sudut pandangan kamera, atribut kamera dibawah boleh digunakan (hanya sekiranya kedudukan set.nmo tidak diubah).

Active Camera Setelah kamera dicipta di dalam CMO, anda perlu mengaktifkan kamera tersebut untuk

membolehkan pengguna melihat set melalui kamera tersebut.

1. Tukar sudut pandangan ke Perspective (atau sudut pandangan lain) untuk melihat objek

Camera di dalam 3D Layout.

2. Buka tab Building Blocks di sebelah kanan atas antaramuka Virtools.

3. Pilih ‘Set As Active Camera’ daripada kategori Cameras/Montage.

Page 8: Tutorial: Pengenalan kepada Virtools - ftsm.ukm.my · Tutorial: Pengenalan kepada Virtools Virtools ialah aplikasi pembangunan visualisasi dan interaktiviti 3 dimensi. Aplikasi ini

TH3813 Realiti Maya

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM

8

4. Heret Building Blocks ‘Set As Active Camera’ kepada objek Kamera1 dan lepaskan butang

tetikus apabila bounding box berwarna kuning wujud pada objek kamera.

5. Klik pada Schematic. Anda boleh melihat skrip telah dicipta untuk objek Kamera1.

Untuk previu composition anda sekarang, klik pada butang Play di bahagian bawah

kanan antaramuka Virtools.

Anda juga boleh simpan fail composition dan terbitkan untuk Virtools Web Player. Sila rujuk bahagian “Menerbitkan CMO” di bahagian akhir tutorial ini.

Page 9: Tutorial: Pengenalan kepada Virtools - ftsm.ukm.my · Tutorial: Pengenalan kepada Virtools Virtools ialah aplikasi pembangunan visualisasi dan interaktiviti 3 dimensi. Aplikasi ini

TH3813 Realiti Maya

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM

9

Mengaplikasi interaktiviti

Kesan interaktiviti mudah yang akan dibangunkan untuk CMO ini ialah pertukaran antara 2

sudut kamera yang berbeza. Ini membolehkan pengguna melihat hampir kesemua bahagian

CMO yang dicipta.

Kamera - Menambah kamera dan sudut pandangan

Anda boleh mencipta 1 lagi objek kamera, dan berikan nama Kamera2. Rujuk langkah yang

dibuat sebelum ini untuk menghasilkan objek kamera dan menukar nama. Untuk permulaan,

JANGAN setkan Kamera2 dengan BB ‘Set as Active Camera’ seperti Kamera1.

Sekiranya anda sukar untuk menetapkan sudut pandangan yang sesuai untuk Kamera2, atribut

berikut boleh digunakan:

Kawalan sudut pandangan kamera

Untuk membolehkan pertukaran sudut pandangan kamera:

1. Buka Schematic untuk melihat skrip Kamera1.

2. Daripada Building Blocks, heret 3 BB berikut ke Schematic: Switch On Key

(Controllers/Keyboard), Parameters Selector (Logics/Streaming) dan Set As Active

Camera (Cameras/Montage).

Page 10: Tutorial: Pengenalan kepada Virtools - ftsm.ukm.my · Tutorial: Pengenalan kepada Virtools Virtools ialah aplikasi pembangunan visualisasi dan interaktiviti 3 dimensi. Aplikasi ini

TH3813 Realiti Maya

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM

10

3. Klik kanan pada Switch On Key dan pilih Edit Parameters.

4. Setkan kekunci Q untuk Key 0 dan W untuk Key 1 pada tetingkap Edit Parameters.

Kemudian klik Apply dan OK. Langkah ini adalah untuk mensetkan kekunci Q untuk

mengakses Kamera1 dan W untuk Kamera2.

5. Klik pada Parameter Selector. Kemudian klik kanan pada parameter output (pOut, simbol segitiga kecil dibawah huruf V di bahagian bawah kiri BB Parameter Selector) dan pilih

Edit Parameter.

6. Pada kotak dialog Edit Parameter, tukar Parameter Type daripada Float kepada Camera.

Page 11: Tutorial: Pengenalan kepada Virtools - ftsm.ukm.my · Tutorial: Pengenalan kepada Virtools Virtools ialah aplikasi pembangunan visualisasi dan interaktiviti 3 dimensi. Aplikasi ini

TH3813 Realiti Maya

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM

11

7. Klik kanan pada Parameter Selector dan pilih Edit Parameters. Pilih objek kamera

daripada drop down menu dan setkan seperti dibawah:

8. Klik kanan pada BB Set As Active Camera (BB yang baru ditambah pada langkah 2, bukan BB yang pertama dicipta) dan pilih Add Target Parameter.

9. Langkah terakhir ialah menyambungkan kesemua pin bOut dan bIn (hasil akhir boleh dilihat

di bawah):

a. Dari kiri, bOut Set As Active Camera kepada bIn pertama Switch on Key.

b. bOut Switch On Key pertama kepada bIn Parameter Selector pertama

c. bOut Switch On Key kedua kepada bIn Parameter Selector kedua

d. bOut Parameter Selector kepada bIn Set As Active Camera

e. pOut Parameter Selector kepada target parameter Set As Active Camera

10. Simpan fail CMO. Klik pada butang Reset IC, dan kemudian Play. Gunakan Q dan W untuk

menukar sudut pandangan kamera.

Menerbitkan CMO

CMO yang telah dibangunkan boleh disimpan dalam 2 format: CMO atau VMO. Format CMO ialah

versi yang boleh diedit (menggunakan Virtools) dan juga dimainkan menggunakan 3D Life

Player. Format VMO pula hanya boleh dimainkan sahaja, tidak boleh diedit dan bersaiz lebih

kecil.

Page 12: Tutorial: Pengenalan kepada Virtools - ftsm.ukm.my · Tutorial: Pengenalan kepada Virtools Virtools ialah aplikasi pembangunan visualisasi dan interaktiviti 3 dimensi. Aplikasi ini

TH3813 Realiti Maya

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM

12

1. Untuk menyimpan fail dalam format CMO, pilih File> Save Composition. Kemudian simpan

fail di komputer anda.

2. Untuk menerbitkan CMO ke pelayar web, pilih File> Export to Virtools Player. Kemudian

simpan fail VMO di dalam komputer. Larikan fail VMOtersebut menggunakan pelayar web,

tapi sebelum itu, pastikan 3D Life Player plugin telah dipasang di pelayar web.