5
UCAPAN PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN NRE 2015 OLEH YB DATO SRI DR.HJ. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR PADA 9 OKTOBER 2015 Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1 NRE, Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya jua sekali lagi kita akan menganjurkan Kejohanan Sukan NRE kali ke-6 ini. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Penganjur kerana telah sudi menjemput saya untuk merasmikan Kejohanan Sukan NRE 2015 kali yang ke-6 ini. Tahniah dan syabas kepada semua warga kerja Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) terutamanya Jawatankuasa Induk Penganjuran dan Jawatankuasa- jawatankuasa Kerja Penganjuran yang telah bertungkus lumus bergabung tenaga dengan komitmen yang padu dan jitu, bagi menjayakan penganjuran temasya sukan dwi tahunan ini. Ucapan ribuan terima kasih turut saya ucapkan buat semua warga NRE dan jabatan-jabatan sekalian yang telah memberi kerjasama dan sokongan sepenuhnya melalui penyertaan dalam setiap acara yang dipertandingkan pada penganjuran sukan kali ini.

Ucapan Menteri-Ucapan Perasmian Kejohanan Sukan NRE 2015

  • Upload
    vuthu

  • View
    236

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ucapan Menteri-Ucapan Perasmian Kejohanan Sukan NRE 2015

UCAPAN PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN NRE 2015

OLEH YB DATO SRI DR.HJ. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

PADA 9 OKTOBER 2015

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1 NRE,

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya jua sekali lagi

kita akan menganjurkan Kejohanan Sukan NRE kali ke-6 ini. Terlebih

dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa

Penganjur kerana telah sudi menjemput saya untuk merasmikan

Kejohanan Sukan NRE 2015 kali yang ke-6 ini.

Tahniah dan syabas kepada semua warga kerja Institut Penyelidikan

Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Jabatan Ketua Pengarah

Tanah dan Galian (JKPTG) dan Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)

terutamanya Jawatankuasa Induk Penganjuran dan Jawatankuasa-

jawatankuasa Kerja Penganjuran yang telah bertungkus lumus bergabung

tenaga dengan komitmen yang padu dan jitu, bagi menjayakan

penganjuran temasya sukan dwi tahunan ini. Ucapan ribuan terima kasih

turut saya ucapkan buat semua warga NRE dan jabatan-jabatan sekalian

yang telah memberi kerjasama dan sokongan sepenuhnya melalui

penyertaan dalam setiap acara yang dipertandingkan pada penganjuran

sukan kali ini.

Page 2: Ucapan Menteri-Ucapan Perasmian Kejohanan Sukan NRE 2015

Seperti mana kita semua sedia maklum, kita akan sama-sama berkampung

di Kompleks Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kampus

Sultan Azlan Shah, Proton City bagi menjayakan kejohanan ini yang akan

berlangsung selama 3 hari bermula pada 9 hingga 11 Oktober 2015. Saya

difahamkan oleh Jawatankuasa Penganjur bahawa kejohanan ini

melibatkan 12 kontigen dalam 23 acara sukan yang akan dipertandingkan

dan melibatkan seramai 2000 orang peserta dan urusetia. Jumlah ini

merupakan satu bilangan yang besar bagi penganjuran di peringkat

Kementerian. Sudah pasti, kejohanan yang dianjurkan ini akan dapat

memupuk dan merapatkan lagi hubungan antara warga kerja NRE dan

Jabatan-jabatan.

Yang Berbahagia Datuk/Dato’/Tuan/Puan yang saya hormati,

Walaupun saya masih baru dalam Kementerian ini, saya tetap ingin

mengambil kesempatan ini mengimbas kembali kenangan Tuan/Puan

semasa Kejohanan Sukan NRE 2013 yang telah diadakan di Universiti

Putra Malaysia yang mana Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan

penganjur ketika itu. Di akhir kejohanan, kontigen Jabatan Pengairan dan

Saliran (JPS) telah berjaya meraih gelaran juara keseluruhan kejohanan

buat kali ke-5 dengan meraih kutipan 9 pingat emas. Saya berharap pada

tahun ini, ada jabatan lain yang berjaya mencabar dan mengambil tempat

sebagai juara kejohanan yang baru.

Sungguhpun demikian, saya yakin dan percaya, setiap pasukan yang

bertanding dalam kejohanan pada kali ini telah pun membuat persediaan

yang rapi, bermula daripada proses pemilihan pemain, sesi latihan

Page 3: Ucapan Menteri-Ucapan Perasmian Kejohanan Sukan NRE 2015

sehinggalah ke saat merancang strategi yang akan digunapakai oleh

pasukan masing-masing. Sehubungan itu, saya menggesa supaya budaya

kerja berpasukan, dengan semangat bekerjasama dan penerapan disiplin

yang tinggi ini dapat dikekalkan dan diaplikasikan dalam perkhidmatan

seharian kita di pejabat kelak.

Kejohanan sukan seperti ini juga akan turut membentuk warga NRE yang

lebih cemerlang, berdisiplin tinggi, mempunyai semangat kerjasama yang

utuh dan daya juang yang lebih tinggi. Di samping itu, pembudayaan sukan

bukan sahaja dapat melahirkan warga NRE yang mempunyai tubuh badan

yang sihat dan minda yang cerdas, malah akan mampu menjadi

pemangkin ke arah mutu perkhidmatan yang lebih tinggi. Adalah menjadi

harapan saya supaya penganjuran kejohanan sukan pada kali ini dapat

berjalan lancar dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi di

kalangan peserta-peserta yang mengambil bahagian. Janganlah nanti

kerana terlalu taksub dengan kejayaan sukan dan jabatan, ada di antara

kita yang bermasam muka kerana tidak Berjaya meraih kemenangan.

Jika kita lihat, penglibatan secara aktif kementerian dan Jabatan-jabatan di

bawahnya dalam apa jua acara selain sukan telah bermula pada tahun

2003 iaitu sejak 12 tahun yang lalu. Ini menunjukkan bahawa kerjasama

yang erat antara kementerian dan jabatan-jabatan yang telah terjalin bukan

sahaja perlu dikekalkan, malah perlu dipertingkatkan lagi. Senario ini bukan

sahaja akan mewujudkan hubungan yang harmoni antara semua warga

NRE, malah akan dapat membantu memudahkan Malaysia mencapai

keseimbangan dalam pembangunan dan mengekalkan kelestarian alam

sekitar seperti yang telah diamanahkan.

Page 4: Ucapan Menteri-Ucapan Perasmian Kejohanan Sukan NRE 2015

Tuan/Puan yang saya hormati sekalian,

Namun dalam kita sibuk bersukan, tanggungjawab kepada rakyat tetap

tidak dilupakan. Oleh itu, suka saya mengingatkan bahawa musim

tengkujuh yang telah bermula bakal membawa cabaran yang lebih besar

seperti kejadian banjir dan tanah runtuh. Oleh itu, kita seharusnya

mengambil inisiatif awal untuk memastikan sistem-sistem perparitan dan

amaran awal banjir berfungsi dengan baik dan pasukan teknikal sentiasa

berada dalam keadaan siap siaga. Ini bagi memastikan tindakan yang

paling segera dapat diambil sekiranya berlaku bencana atau tragedi dan

meminimumkan kerosakan serta impak.

Tuan/Puan yang saya hormati sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya ingin merakamkan

penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sebagai urusetia mahupun

peserta yang terlibat dalam kejohanan sukan NRE 2015 ini. Kepada

urusetia sukan, selamat bertugas. Buat peserta yang bertanding, selamat

maju jaya dan bertandinglah dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Sukacita, saya dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim merasmikan

Kejohanan Sukan NRE 2015.

Sekian, wassalam.

Page 5: Ucapan Menteri-Ucapan Perasmian Kejohanan Sukan NRE 2015