udang harimau

Embed Size (px)

Citation preview

TERNAKAN UDANG HARIMAU

pengenalan Udang Harimau (Penaeus Monodon) adalah salah satu jenis udang air payau / laut yang sesuai diternak di kolam kerana ianya mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan kadar tumbesaran yang cepat.

faktor yang menggalakkan penternakan udang harimau Terdapatnya banyak kawasan yang berpotensi Permintaan yang tinggi Jaminan harga pasaran yang baik di dalam negeri mahupun di luar negara. Contoh: Pada masa ini harga pasaran bagi udang yang bersaiz dalam lingkungan 25-35 ekor/kg ialah di antara RM 20 RM 30/kg. Penglibatan pihak kerajaan dan swasta dalam membangunkan ternakan udang harimau seperti LKIM Penggunaan teknologi tinggi dalam ternakan.

Kriteria Yang Sesuai Untuk Pemilihan Tapak Kriteria-kriteria asas yang perlu diambil kira sebelum kolam dibina adalah seperti berikut: Berhampiran dengan punca air payau/laut yang mempunyai kadar kemasinan 15-30ppt. Dan ianya mestilah juga bebas dari pencemaran (seperti bahan buangan industri dan pertanian). Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan sebagainya. Berhampiran dengan pusat penetasan. Keadaan tanah yang berupaya menakung air seperti liat berpasir ataupun liat dimana kemasaman pH 6.5-8.5 (basah) Mempunyai modal yang mencukupi mengikut keperluan sistem ternakan yang akan dijalankan. Mempunyai strategi pemasaran yang baik.

Mutu air bagi ternakan PH Kemasinan %O C D.O B.O.D NH3 No2-N PO43 Fe Secchi disc 7.5 28ppt 19 27.5 6.12 14.28 0.35 0.009 0.20 0.04 35sm

MANUAL TERNAKAN UDANG Penyediaan kolam ternakan. Mutu air bagi ternakan. Pemilihan benih udang. Kemasukan/stocking benih udang Pengurusan mutu air. Pemakanan udang. Sampling udang. Harvesting/penuaian udang.

Penyediaan kolam ternakan1. Masukkan air ke dalam kolam dan dibiarkan selama 3-4 hari supaya telur ikan dari luar menetas. 2. Masukkan Tea Seed Cake/Syenterex dan dibiar selama 3-7 hari untuk bahan ini berkesan membunuh ikan dan hidupan akuatik dalam kolam. (Paddle wheel dipasang) 3. Masukkan kapur sejuk(CaCo3) pada waktu pagiatau lewat petang bertujuan menstabilkan pH air antara7.5-8.5. (Paddle wheel dipasang)

4. Masukkan baja Tri Superphosphate(TSP) bertujuan memberi nutrien kepada fitoplankton yang merupakan sumber makanan kepada plankton dalam kolam. Mengambil masa 3-7 hari untuk air kolam menjadi hijau. (Paddle wheel dipasang) 5. Masukkan Dolomite juga bertujuan memperbaiki mutu air khususnya pH dalam kolam. (Paddle wheel dipasang) 6. Masukkan Zeolite yang bertujuan memperbaiki nutrien dan mutu air terutama pada dasar kolam. Kebiasaannya Zeolite akan dimasukkan bersama Super MS yang merupakan bakteria baik yang bertindak balas dengan Zeolite. (Paddle wheel dipasang)

Tea Seed Cake/Synterex Tea Seed Cake atau Synterex bertujuan membunuh anak-anak ikan, udang dan ketam liar yang menjadi pemangsa, pesaiang dan pembawa penyakit kepada ternakan. Bagi keluasan kolam 0.5 hektar Tea Seed Cake di masukkan 150kg, kesannya selama 3 hari. Syenterex sebanyak 0.5 kg, kesannya selama 7 hari.

Trisuper Phosphate(TSP) TSP di masukkan untuk memberi nutrien kepada algae hijau. Sebanyak 5kg digunakan bagi kolam seluas 0.5 ha. Baja ini dimasukkan ke dalam beg plastik dan digantung di setiap penjuru di dalam air kolam.

Dolomite D-500 Dolomite digunakan untuk membantu pertumbuhan fitoplankton air pada tahap yang optimum.Masukkan sebanyak 100kg bagi kolam 0.5 hektar.

Zeolite Zeolite digunakan bagi mencuci dasar kolam daripada sisa-sisa makanan dan najis udang. Masukkan 100 kg bagi kolam 0.5 hektar.

Kapur Sejuk (CaCo 3) Masukkan kapur sejuk 1tan. Kapur di tabur mengelilingi kolam bagi menstabilkan pH air diantara 7.5 8.5.

Super M.S Sejenis bakteria bagi mencuci dasar kolam. Juga bertindak sebagai pembiak plankton, bagi menstabilkan kualiti air. Untuk keluasan kolam 0.5 hektar masukkan 18 liter .

Penyediaan air kolamHari 1 masuk air Hari 4 guna klorin Hari 11 Hari 15 pH fixer pelepasan dan SNB benih

hidupkan kipas 3 hari

hidupkan kipas 4-7 hari

Pemilihan benih udang1. Pemilihan benih dibuat dari hatcheri,pembekal dan contoh diambil. 2. Hantar benih dari hatcheri ke makmal untuk ujian. 3. Keputusan dengan markah 85% ke atas digunakan. 4. Tempahan dibuat bagi benih terpilih sahaja. 5. Saliniti air dalam kolam dipantau supaya ianya sama dengan saliniti air hatcheri pembenihan. Biasanya saliniti air kolam tidak boleh lebih atau kurang 5 ppt berbanding hatcheri.

6. Benih dimasukkan pada waktu pagi, beg plastik yang berisi anak benih dibiar terapung dalam kolam bagi menyesuaikan suhu selama lebih kurang 15minit. 7. Bagi kolam 0.5 ha, anak benih yang dilepaskan sebanyak 400,000 ekor. Penebaran 80 ekor/m2 dengan saiz PL 8. 8. Beg plastik dibuka dan dimasukkan sedikit air kolam bagi penyesuaian saliniti, suhu dan pH. 9. Lepaskan benih secara perlahan-lahan.

Kemasukan/stocking benih udang

Pengurusan mutu airPengurusan kualiti air yang optimum adalah penting bagi tumbesaran udang yang baik. Oleh itu beberapa perkara perlu dititik beratkan: a) b) c) d) Kedalaman air : Kedalaman kolam hendaklah dikekal di antara 1.0 m - 1.5 m. Warna air : Coklat kehijauan dan hijau cerah menunjukkan pertumbuhan plankton yang baik. Oksigen terlarut (D.O) : Julat terbaik 3-5 mg/l. Parameter yang memberi kesan kepada pemakanan udang dan metabolisma yang boleh membantut tumbesaran. Alat penyukat Hana kit. PH : Julat pH terbaik 7.5-8.5. Nilai yang kurang atau lebih akan merencatkan tumbesaran. Sekira berlaku peningkatan atau pengurangan, tukar air dan masuk Dolomite atau kapur sejuk. Alat penyukat Hana kit.

e) Saliniti : Julat yang sesuai 10-35 ppt. Biasanya saliniti akan dikurangkan apabila hampir dituai. Ianya dapat mengurangkan luminous bakteria pada tahap tidak merbahaya. Alat penyukat Hana kit. f) Suhu : Julat sesuai 28-32oC. Biasanya bagi udang putih parameter ini kurang diambil kira. Alat penyukat Hana kit. g) Ammonia : Pastikan tahap ammonia tidak lebih 0.1 ppm. Tambahkan pengudaraan dan tukar air. Uji di makmal. h) Kekeruhan : Julat sesuai 20-70 cm. Pertumbuhan plankton yang baik akan mengelakkan pertumbuhan algae pada dasar kolam dan menstabilkan suhu. Sekira kekeruhan berkurangan, tambah baja ke dalam kolam. Alat Secchi Disc. i) Jumlah Bakteria : Pastikan Vibrio bakteria tidak melebihi 1000 koloni/ml. Uji di makmal.

Peralatan untuk pengurusan mutu air

YSL meter

refractometer

secchi disc

Water Quality checking (Daily checking) 06.00 am. DO, pH, Temp 02.00 pm. DO, pH, Temp, Turbidity 09.00 pm. DO

Water Quality checking (Weekly checking) Alkaline Hardness Salinity TBC,TVC Plankton NH3,NO2

Pemakanan udangSPESIFIKASI MAKANAN UDANG MARIN 1. Makanan jenis 'Starter' Protein> 40% Lemak < 10% Abu < 10% Kelembapan < 12% 2. Makanan jenis 'Grower' Protein> 38% Lemak < 10% Abu < 10% Kelembapan < 12% 3. Setiap jenis makanan mestilah dibekalkan dalam bag dalam kuantiti 10 - 30kg/bag. 4. Makanan yang dibekalkan tidak berkulat, selamat diguna.kan dan mempunyai tempoh luput tidak kurang dari 3 bulan dari tarikh penghantaran. 5. Makanan dibungkus dalam dalam bentuk dua lapisan dan lapisan dalam mestilah yang tidak ditembusi air. 6. Makanan yang dibekalkan mestilah sama saiz dan dikeluarkan dalam batch yang sama. Dan tidak hancur dalam air dalam tempoh 1 jam.

Pemakanan udang Pemeriksaan Tangkul Tray CheckingDOC (HARI) 30-40 41-50 51-60 PERATUSAN MAKANAN DALAM TRAY 0.3 %(3gm/kg feed) 0.4 %(4gm/kg feed) 0.5 %(5gm/kg feed) 0.5 %(5gm/kg feed) WAKTU PEMERIKSAAN 3 Jam 2 Jam 2 Jam 2 Jam

61-Tuai

Sampling udang KAEDAH SAMPLING 1. Jala udang 2. Timbang 5 kg udang 3. Kira udang bagi 5 kg

Rekod dan Data. Rekod Kualiti air. Rekod Makanan Harian. Rekod Pengunaan Probiotik. Rekod keputusan Makmal. Borang Sampling. Analisis Pengeluaran kolam. Program Probiotik. Program pemberian makanan.

Kutipan Hasil. Biasa pada umur 90 hari mula mengutip hasil. Pasaran udang hidup.(90 hari -110) Pasaran mati .(110 120 hari). Guna tangkul 7.00ptg bergantung pada permintaan pasaran. Buat grading (saiz besar 40 45 ekor/kg)

Harvesting/penuaian udangDilakukan dengan cara:1. Mengeringkan kolam bermula pada awal pagi bagi mengelak udang menjadi rosak.

2. Menggunakan pukat tarik atau tangkul.

Pengurusan penyakit Penyakit paling merbahaya ialah bintik putih (white spot). Mampu menyebabkan kematian 100% dalam tempoh 3-5 hari. cara pencegahan atau mengurangkan risiko jangkitan virus ialah Memastikan kolam bebas daripada agen pembawa virus seperti udang liar dan ketam. Bersihkan kolam dengan cara yang betul. dengan menyaring induk yang digunakan bagi menghasilkan telur atau nauplii.