28
Lampiran D Ujian Kemahiran Proses Sains (IPST)

Ujian Kemahiran Proses Sains

Embed Size (px)

DESCRIPTION

free

Citation preview

Lampiran D

Ujian Kemahiran Proses Sains(IPST)

ARAHAN:Set ini mengandungi 30 item.Sila baca dengan teliti dan sila jawab SEMUA soalan.Bulatkan jawapan yang anda fikirkan paling sesuai dalam kertas jawapan yangdisediakan.

1. Sarah menjalankan suatu eksperimen untuk mengkaji kadar pertumbuhan kulat roti. Kulat itu diletakkan didalam tiga bekas yang berlainan. Satu bekas dibiarkan pada suhu 10C, bekas kedua pada suhu 20oC dan yang ketiga pada suhu60C. Sarah merekodkan bilangan kulat yang terdapat pada roti dalam setiap bekas itu selepas 4 hari.

Bekas1

10C

Bekas2

20C

Bekas3

60C

Kemungkinan Sarah sedang menguji hipotesis di mana jumlah kulat roti yang tumbuh bergantung kepadaA. SuhuB. Bilangan hariC. Jumlah nutrienD. Bilangan bekas yang digunakan.

2. Sebuah kelas sedang mengkaji kesan senaman keatas kadar denyutan nadi. Pelajar menjalankan beberapa jenis lompatan dan mengukur kadar denyutan nadi selepas itu. Satu kumpulan melakukan lompatan selama satu minit. Kumpulan kedua melakukan lompatan selama dua minit manakala kumpulan ketiga melakukannya selama tiga minit. Kumpulan keempat tidak melakukan sebarang lompatan.Bagaimanakah anda mengukur kadar denyutan nadi dalam kajian ini?

A. Dengan mengira bilangan lompatan selama satu minitB. Dengan mengira bilangan degupan jantung dalam satu minitC. Dengan mengira bilangan lompatan yang dilakukan oleh setiap kumpulanD. Dengan mengira bilangan senaman setiap kumpulan.

3. Jamil merasakan bahawa lebih tinggi tekanan udara dalam sebiji bola keranjang, lebih tinggi lantunan bola itu. Untuk mengkaji hipotesis ini, beliau mengumpul beberapa biji bola keranjang dan mengepam setiap bola mengguna tolok tekanan. Bagaimanakah Jamil menguji hipotesisnya?

A. Melantunkan bola keranjang dengan daya yang berlainan dari ketinggian yang samaB. Melantunkan bola keranjang yang mempunyai tekanan udara yang berbeza dari ketinggian yang sama.C. Melantunkan bola keranjang yang mempunyai tekanan udara yang sama dari sudut lantai yang berbeza.D. Melantunkan bola keranjang yang mempunyai tekanan udara yang sama dari ketinggian yang berbeza.

4. Graf berikut menunjukkan hubungan antara kadar pertumbuhan sebuah pokok dengan keamatan cahaya.

Ketinggian Pokok262218141062100020003000Keamatan Cahaya (lumens/m2)

Hubungan antara keamatan cahaya dengan pertumbuhan pokok itu boleh dinyatakan seperti berikut:A. Apabila keamatan cahaya bertambah,kadar pertumbuhan pokok bertambahB. Apabila kadar pertumbuhan pokok bertambah,keamatan cahaya bertambah kepada suatu tahap,kemudian berkurangan.C. Apabila keamatan cahaya bertambah, kadar pertumbuhan pokok bertambah kepada satu tahap, kemudian berkurangan.D. Apabila kadar pertumbuhan pokok bertambah ,keamatan cahaya bertambah.

5. Penyelia keselamatan runsing dengan bilangan kemalangan yang berlaku di sekolah. Beliau membuat hipotesis bahawa iklan /kempen kesedaran mengenai keselamatan pelajar dapat mengurangkan kemalangan disekolah.Beliau memutuskan untuk mengkaji hipotesisnya di empat buah sekolah menengah. Setiap sekolah akan menggunakan bilangan poster keselamatan yang berbeza untuk melihat pengurangan jumlah kemalangan yang berlaku. Setiap jururawat sekolah akan merekodkan bilangan pelajar yang datang berjumpa beliau di pejabat disebabkan kemalangan.Bagaimanakah kemalangan disekolah diukur dalam kajian ini?

A. Bilangan kemalangan yang dilaporkan kepada jururawat sekolahB. Bilangan sekolah menengah yang terlibatC. Bilangan poster keselamatan yang terdapat disetiap sekolah.D. Bilangan kemalangan yang berlaku disetiap sekolah.

6. Joohua mengguna sehelai kertas melekit untuk mengkaji dimanakah serangga ber-terbangan rajah berikut menunjukkan bahawa serangga banyak terlekat ditepi kertas melekit itu.

cm30028026024022020018016014012010080604020cm30028026024022020018016014012010080604020cm30028026024022020018016014012010080604020cm30028026024022020018016014012010080604020

NorthSide

SouthSide

EastSide

WestSide

Daripada rajah ini boleh disimpulkan bahawaA. Kebanyakan serangga datang dari arah selatan.B. Tiada serangga yang terbang lebih tinggi daripada 260cm.C. Kebanyakan serangga terbang pada ketinggian 160cm.D. Sedikit seranggayang terbang dari arah utara berbanding dengan dari arah timur.7. Gambar rajah berikut menunjukkan kaedah Salmah menguji ketahanan /kekuatan pelbagai jenis kertas lap dapur.

BatuBatuTin

Kertas lap dapur basah

Tin

Pembolehubah yang manakah yang paling TIDAK PENTING dalam eksperimen ini?A. Warna bekas ituB. Saiz beka situC. Jumlah air pada kertas lap dapur ituD. Saiz pemberat yang diletakkan diatas kertas lap dapur itu

8. Pelajar dalam sebuah kelas sains meletakkan kiub ais didalam sebuah cawan. Mereka sedang mengkaji pembolehubah yang mempengaruhi masa yang diambil untuk ais itu lebur (cair).Pilih pembolehubah yang TIDAK akan mempengaruhi masa untuk ais itu melebur.A. Saiz cawanB. Bilangan pelajarC. Saiz kiub aisD. Suhu didalam bilik itu

9. Seorang ahli biologi menguji hipotesis berikut : lebih banyak bilangan/amaun vitamin yang diberi kepada tikus ,lebih cepat ia akan membesar. Bagaimanakah ahli biologi itu mengukur kadar pertumbuhan tikus itu?A. Mengukur kelajuan tikus tersebutB. Mengukur jumlah senaman yang dilakukan oleh tikus ituC. Menimbang berat tikus itu setiap hari.D. Menimbang jumlah vitamin yang tikus itu makan

10. Sekumpulan pengguna mengukur jarak perjalanan kereta untuk setiap liter petrol bagi kereta dengan saiz enjin berbeza.Keputusannya adalah seperti berikut:

Kmperliter3025201510

12345Saiz enjin (liter)

Yang manakah antara berikut menerangkan hubungan antara kedua pembolehubah itu?A. Lagi besar enjin kereta, lebih jauh jarak perjalanan bagi setiap liter petrolB. Lebihdekat jarak perjalanan, lebih kecil enjin keretaC. Lebih kecil enjin kereta, lebih jauh jarak perjalanan keretaD. Lebih jauh jarak perjalanan bagi setiap gelen petrol, lebih besar enjin kereta.

11. Thanarajah ingin mengkaji samaada benih tumbuh lebih baik dalam keadaan gelap atau terang. Beliau meletakkan 6 biji benih keledek didalam pasu berisi tanah dan diletakkan didalam sebuah bilik gelap dan 6 biji benih kekacang didalam pasu berisi tanah dan diletakkan ditepi tingkap.

Keaaan Gelap

Keadaan Terang

Benih LobakBenih Kekacang

Thanarajah menyiram jumlah air yang sama kedalam kedua-dua pasu. Beliau mendapati benih kekacang tumbuh lebih baik daripada benih lobak. Oleh yang demikian, beliau membuat kenyataan bahawa benih akan tumbuh lebih baik dalam keadaan terang .untuk membolehkan beliau membuat kenyataan ini, Thanarajah sepatutnya:A. Menambahkan lebih banyak air kedalam kedua-dua pasu.B. Menambahkan lebih banyak air kedalam pasu benih lobak.C. Meletakkan jenis benih yang sama didalam kedua-dua pasu.D. Meletakkan benih-benih itu didalam air dan bukannya dalam tanah

12. Siti ingin mengkaji samaada suhu mempengaruhi kadar pertumbuhan kulat roti. Kulat itu diletakkan didalam Sembilan bekas yang mengandungi jumlah dan jenis nutrient yang sama. Tiga bekas disimpan pada suhu 0C , tiga bekas disimpan pada suhu 90C, dan tiga bekas lagi disimpan pada suhu bilik iaitu 27C. Ketiga-tiga bekas diperiksa dan bilangan kulat roti direkodkan selepas 4 hari.Yang manakah antara berikut TIDAK sesuai digunakan untuk mengukur kadar pertumbuhan kulat roti dalam eksperimen ini ?A. Jumlah tompok kulat rotiB. Saiz tompok kulat rotiC. Diameter tompok kulat rotiD. Warna tompok kulat roti

13. Jadual berikut menunjukkan kelembapan relative dan kelajuan angin selama empat hari

HARIKELEMBAPAN RELATIF(%)KELAJUAN ANGIN (KM/J)

Isnin9020

Selasa953

rabu702

Khamis9530

Jika kabus berlaku apabila kelembapan relative melebihi 90% dan keadaan angin tenang, Hari apakah kemungkinan besar berlakunya kabus?A. IsninB. SelasaC. rabuD. Khamis

14. Seorang jurulatih bola sepak merasakan kekalahan pasukannya disebabkan pemain yang kurang bertenaga. Beliau memutuskan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kurang tenaga pemainnya. Antara pembolehubah berikut, yang manakah yang akan dikaji oleh jurulatih itu untuk mengesan kekuatan tenaga pemain-pemainnya?A. Jumlah vitamin yang diambil setiap hariB. Jumlah senaman angkat berat yang dilakukan setiap hari.C. Jumlah masa yang diambil untuk membuat senaman.D. Semua yang diatas

15. Seorang wanita menanam pokok bunga raya sebagai hobi. Beliau mempunyai Enam pokok bunga raya merah dan enam pokok bunga raya putih. Seorang rakan mengesyorkan bahawa pokok bunga raya menghasilkan lebih banyak bunga jika menerima cahaya matahari pagi. Wanita itu kemudian membuat hipotesis berikut:Apabila pokok bunga raya terima cahaya matahari pagi, ia akan menghasilkan lebih banyak bunga berbanding dengan cahaya matahari tengahari. Antara rancangan berikut, yang manakah akan dipilih untuk menguji hipotesis beliau?A. Letakkan semua pokok bunga raya dibawah cahaya matahari pagi. Kira jumlah bunga yang dihasilkan oleh setiap pokok bunga. Lakukan selama empat bulan. Kemudian kira bilangan purata kuntum bunga yang dihasilkan oleh setiap pokok bunga.B. Letakkan tiga pokok bunga raya putih dibawah cahaya matahari pagi dan tiga lagi dibawah cahaya matahari tengahari. Pokok bunga raya merah tidak perlu dikaji. Kira bilangan kuntum bunga yang terhasil oleh setiap pokok bunga raya putih selama empat bulan.C. Letakkan kesemua pokok bunga raya dibawah cahaya matahari pagi selama empat bulan. Kirabilangan kuntum bunga yang terhasil. Kemudian letakkan semua pokok tadi dibawah cahaya matahari tengahari selama empat bulan lagi. Kira bilangan kuntum bunga yang terhasill diakhiri tempoh ini.

D. Letakkan tiga pokok bunga raya merah dan tiga pokok raya putih dibawah cahaya matahari pagi dan tiga pokok bunga raya putih dibawah cahaya matahari tengahari. Kira bilangan kuntum bunga yang dihasilkan selepas empat bulan.

16. Purata bilangan anak panah yang menepati tepat sasaran dalam suatu pertandingan memanah telah dikira. Anak-anak panah itu telah dilepaskan dari jarak yang berbeza daripada sasaran. Graf berikut menunjukkan data yang diperolehi.Antara kenyataan berikut, yang manakah menerangkan perhubungan antara kedua-dua pembolehubah?

25Purata bilangan20Anak panah yang15Tepat sasaran10520406080100Jarakdarisasaran(m)

A. Apabila jarak daripada sasaran bertambah, bilangan purata sasaran tepat anak panah bertambahB. Apabila bilangan purata sasaran tepat anak panah bertambah, jarak daripada sasaran bertambah.C. Apabila jarak daripada sasaran bertambah, bilangan purata sasaran tepat anak panahberkurangD. Apabila bilangan purata sasaran tepat anak panah berkurang, jarak daripada sasaranJuga berkurang

17. Maria ingin tahu sama ada bumi dan laut dipanaskan secara samarata oleh matahari. Untuk mengkajinya, beliau mengisi sebuah baldi dengan tanah dan sebuah lagi baldi yang sama jenis dengan air. Maria meletakkan kedua-dua baldi supaya mendapat jumlah cahaya matahari yang sama. Suhu tanah dan air dalam baldi tersebut diukur setiap jam dari 8 pagi hingga 6 petang.Yang manakah antara berikut adalah pembolehubah bergerakbalas?A. Jenis air didalam baldiB. Suhu air dan tanah dalam baldiC. Jenis bahan yang diletakkan didalam baldiD. Masa setiap baldi didedahkan dibawah matahari

Soalan18-19 merujuk kepadasituasi berikut:Jalal ingin tahu samaada suhu air dipengaruhi oleh jumlah gula yang terlarut di dalamnya. Beliau meletakkan 50ml air didalam empat jag air yang sama jenis. Suhu air dalam setiap jag diubah, iaitu ada yang air nya pada suhu 0C, ada yang 50C, ada yang 75C, dan akhir sekali 95C .Jalal kemudian melarutkan sebanyak gula yang mungkin didalam setiap jag air itu sambil mengacaukannya.

18. Apakah hipotesis yang hendak diuji?A. Lagi banyak air dikacau, lebih banyak gula yang akan terlarutB. Lebih banyak gula yang akan terlarut, lebih manis larutan itu.C. Lebih tinggi suhu air, lebih banyak gula yang akan terlarutD. Lebih banyak air digunakan, l ebih tinggi suhu air

19. Apakah pembolehubah yang bergerakbalas?A. Suhu airB. Bekas airC. Isipadu airD. Jumlah gula yang terlarut

20. Rai menyediakan dua sarang lebah yang sama jenis di ladang clover. Beliau meletakkan 50,000 jenis lebah X dan 50,000 jenis lebah Y dikedua-dua sarang. Rai ingin menguji hipotesis bahawa jumlah madu yang dihasilkan bergantung kepadaA. Jenis lebahB. Jumlah lebahC. Saiz sarang lebahD. Jenis bunga yang dihinggap oleh lebah itu

21. Pelajar dalam sebuah kelas sains menjalankan satu eksperimen. Mereka meletakkan lampu picit dibeberapa jarak yang berbeza dari skrin. Kemudian mereka mengukur saiz titik sinaran diatas skrin tersebut.Yang manakah antara berikut adalah kaedah yang sesuai untuk mengukur saiz titik sinaran itu?A. Dia meter lampu picitB. Saiz bateri dalam lampu picitC. Saiz skrinD. Radius titik sinaran diatas skrin

22. Apabila Johan menuang air yang sedang mendidih kedalam sebuah gelas kaca, gelas itu pecah.Beliau menyangkakan bahawa perbezaan suhu antara air dan gelas itu yang menyebabkan gelas itu pecah. Antara berikut yang manakah ujian TERBAIK untuk menguji hipotes isini?

Air mendidih Air mendidih

Air mendidih

Air sejuk

Air mendidih

Suhu gelaspada Gelas panasGelasGelasGelasGelas

suhubilikABsejukCpanasCsejukDpanas

23. Berikut adalah dua petayang menunjukkan kawasan yang sama. Peta pertama menunjukkan jumlah air hujan bagi kawasan tersebut manakala peta lagi satu menunjukkan dimana tanaman yang berada dikawasan itu. Berdasarkan peta berikut, kawasan manakah yang paling lembap untuk menuai padi? ABCD

A. AB. BC. CD. D

HUJAN(millimeter)1370-16001140-1369910-1139690-909460-689

KOMUNITI TANAMANPadiJagung NenasBarli Gandum

24. Seorang pekebun telah perhatikan bahawa pokok terung telah diserang oleh pepijat. Beliau perlu menghapuskan ulat tersebut .Abangnya memberitahunya bahawa serbuk hapus-Pepijat adalah ubat serangga perosak (insektisid) yang terbaik untuk menghapuskan ulat itu.Pegawai pertanian pula mengatakan bahawa semburan Penjimat-Terung adalah terbaik. Pekebun itu kemudian memilih enam pokok terung dan meletakkan serbuk hapus-Pepijat keatas tiga buah pokok dan menyembur Penjimat-Terung keatas tiga pokok yang lain. Seminggu kemudian beliau menjumlahkan bilangan pepijat pada setiap pokok. Bagaimanakah kejayaan ubat serangga perosak (insektisid) boleh diukur?A. Mengukur jumlah serbuk atau semburan yang digunakanB. Menentukan keadaan pokok sebelum dan selepas semburan atau taburanC. Menimbang jumlah terung yang terhasil oleh setiap pokokD. Mengira bilangan pepijat yang tinggal disetiap pokok

25. Satu kajian telah dijalankan untuk menentukan samaada daun yang ditambahkan kepada tanah mempengaruhi penghasilan buah tomato. Pokok tomato ditanam dalam empat bekas yang besar. Setiap bekas mengandungi jenis dan jumlah tanah yang sama. Bekas pertama mengandungi 15 kg daun reput yang digaul bersama dengan tanah. Bekas kedua 10kg daun reput, bekas ketiga mengandungi 5kg daun reput manakala bekas yang akhir tidak mengandungi daun reput. Setiap bekas dibiarkan dibawah sinaran matahari dan dijirus dengan jumlah air yang sama. Jumlah berat buah tomato yang terhasil dari setiap bekas ditimbang dan direkodkan.yang manakah antara berikut adalah pembolehubah bergerakbalas?A. Jumlah buah tomato yang dihasilkan oleh setiap bekasB. Jumlah daun yang ditambah kepada setiap bekasC. Jumlah tanah yang diletakkan dalam setiap bekasD. Bilangan bekas yang menerima daun reput

26. Rajah berikut menunjukkan ujian yang berbeza yang boleh dilakukan dengan troli diatas landasan condong.

Anda ingin menguji idea bahawa lebih tinggi troli itu dimulakan, lebih tinggi kelajuan troliItu dibawah landasan condong. Ujian manakahyang akan anda gunakan?A. GTZB. RUZC. RTWD. GSW

27. Satu kebakaran hutan telah memusnahkan satu kawasan yang besar.Pegawai perhutanan mengguna kawasan yang terbakar itu untuk mengkaji kesan jenis rumput yang berbeza keatas hakisan tanah. Mereka memilih sepuluh lot tanah yang mempunyai saiz yang sama. Setiap lot terdedah kepada jumlah sinaran matahari yang sama dan mengandungi jenis tanah dan kecerunan yang sama. Setiap lot tanah ditanam dengan jenis rumput yang berbeza. Kadar hakisan tanah disetiap lot diukur setiap minggu sepanjang musim panas. Apakah hipotesis yang hendak diuji didalam kajian ini?A. Setengah jenis rumput dapat mengurangkan hakisan tanah lebih baik daripada yang lainB. Hakisan tanah dipengaruhi oleh kecerunan tanah.C. Tanah terbakar menunjukkan kadar hakisan yang lebih tinggi deripada tanah hutanD. Menanam rumput akan mengurangkan jumlah hakisan tanah

28. Fatimah perhatikan bahawa paras air didalam mangkuk ikannya menurun pada minggu lepas. Beliau menyangkakan ikannya telah minum air tersebut. Untuk menguji idea ini, Fatimah menyediakan dua buah mangkuk ikan dan membiarkannya selama seminggu bagi membandingkan keputusannya. Antara mangkuk ikan berikut, yang manakah yang akan digunakan oleh Fatimah?

A. AB. BC. CD. D

29. Ali ingin mengkaji sama ada suhu mempengaruhi kadar pertumbuhan kulat roti. Beliau meletakkan kulat didalam Sembilan bekas ,masing-masing mengandungi jenis dan bilangan nutrient yang sama.Tiga bekas disimpan pada suhu 0CTiga bekas disimpan pada suhu bilik (sekitar21C) Tiga bekas disimpan pada suhu 90C

Selepas empat hari ,kesemua bekas diperiksa. Yang manakah diantara berikut yang dijadikanmalar dalam eksperimen ini?A. Jumlah dan jenis nutrienB. Tempat dimana bekas itu disimpanC. Suhu bekas ituD. Bilangan kulat roti yang terhasil

30. Satu kajian makmal dijalankan dengan tikus putih.Saintis itu hendak mengkaji samaada jumlah vitaminA ibu tikus terima mempengaruhi jumlah anak yang dilahirkan. Beliau mengguna jenis tikus yang sama dalam kajian ini. Setiap tikus mendapat jumlah makanan dan senaman yang sama setiap hari .Suhu didalam sangkar juga adalah sama.Antara berikut, yang manakah pembolehubah bergerakbalas dalam kajian ini?A. Jumlah makanan yang diberi setiap tikusB.Jumlah Vitamin AC. Saiz ibu tikusD. Bilangan anak tikus yang dilahirkan

TERIMA KASIH