ULASAN JURNAL Penyeliaan Pengajaran 5818

Embed Size (px)

Citation preview

ULASAN MAKALAH EMPIRIS1. Tajuk / Judul : Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah-Sekolah Kebangsaan di Daerah Kota Tinggi, Johor 2. Sumber 3. Pengkaji : : Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Hamdan Bin Said dan Nurlia binti Mohamad

4. Pengenalan Kajian Menurut Hamdan dan Nurlis , sekolah yang cemerlang lahir dari pengurusan dan kepimpinan yang berkesan. Tumpuan pengurusan sekolah kepada usaha untuk meningkatkan tahap kecemerlangan akademik akan membolehkan guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran mereka dengan lebih yakin, teratur dan berkesan. Keberkesanan pengajaran guru perlu ditingkatkan . Oleh yang demikian penyeliaan adalah penting dalam memantau keberkesanan pengajaran di sesebuah sekolah. Selain itu penyeliaan amat perlu dalam memastikan kecemerlangan kerja guru secara berterusan. Penyeliaan akan dapat membantu guru menyelaraskan aktiviti pengajaran dan merangsang guru untuk mencapai prestasi kerja yang cemerlang serta dapat memperkembangkan potensi diri dan mengatasi sebarang kekurangan sekiranya ada.

Selain kajian Hamdan dan Nulia, dalam kajian Aminuddin (2005),dan Alimuddin (2006) mendapati penyeliaan oleh guru besar dapat membantu guru meningkatkan mutu

pengajaran supaya menjadi bertambah berkesan. Menurutnya lagi, dengan penyeliaan, akan membawa peningkatan prestasi pelajar-pelajar di bilik darjah.

Walaupun terdapat beberapa kajan yang tidak sependapat dengan kajian Hamdan dan Nulia serta kajian Aminuddin, seperti kajian yang dibuat oleh Nazaruddin (1992) dan Subaidah 1

(2001) yang melaporkan bahawa, guru sekolah menengah dan rendah yang terlibat dalam kajiannya mempunyai tanggapan bahawa penyeliaan pengajaran dan pembelajaran tidak wajar dilakukan.

Walaupun terdapat tentangan dalam hasil kajian sebelumnya, kajian Hamdan dan Nurlia berjaya membuktian bahawa tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan yang dilaksanakan di dalam kelas secara keseluruhannya adalah positif dari aspek keperluan dan kepentingannya.

5. Objektif Kajian dan Kesesuaiannya Dalam Penyeliaan Pengajaran. Kajian ini bertujuan: i) Mengenalpasti tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah. Dari objektif kajian di atas, dan hasil dapatan 92.5% menunjukan bahawa guru-guru mempunyai tanggapan bahawa penyeliaan perlu dilakukan terhadap semua guru bagi memastikan kecemerlangan akademik murid. Dapatan kajian Hamdan dan Nurlia ini membantu para penyelia lebih positif dan yakin bahawa penyeliaan pengajaran adalah satu cara yang terbaik meningkatan kualiti pengajaran guru seterusnya memperbaiki dan mempertingkat tahap kecemerlangan akademik pelajar seperti yang diharapkan oleh mana-mana organisasi sekolah. Objektif kajian ini dan juga hasil dapatan juga memberi satu keyakinan kepada guruguru yang selama ini begitu sinonim dan takut pada penyelia dan penyeliaan yang mereka hadapi.kerana sebelum ini guru-guru beranggapan bahawa penyeliaan pengajaran hanya untuk mencari kelemahan dalam pengajaran guru seterusnya memberi impak besar pada emosi guru-guru.

2

ii) Mengenalpasti amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah. Dari objektif kajian di atas, dapatan kajian Hamdan dan Nurlia membuktikan bahawa tahap amalan penyeliaan pengajaran adalah tinggi. Kerana min keseluruhan bagi

persoalan adalah 4.13 yang mana menunjukkan tahap amalan penyeliaan pengajaran. Dapatan kajian Hamdan dan Nurlia menunjukkan bahawa responden memberi tanggapan bahawa penyeliaan merupaan amalan yang rutin dan menunjukkan tahap

yang tinggi. Ianya jelas berlaku di sekolah-sekolah kajian. Dengan ini guru-guru bersedia dan cukup bersedia dalam menghadapi setiap penyeliaan yang mereka hadapi kerana ianya akan menjadi satu rutin dan kebiasaan untuk guru-guru pada masa akan datang. Objektif ini juga memberi motivasi kepada penyeliaan pengajaran untuk menyelia demi meningkatan kualiti pengajaran guru berusaha untuk memperbaiki

sebarang kelemahan yang wujud dalam pengajaran guru-guru. iii) Mengenalpasti keberkesanan amalan penyeliaan pengajaran terhadap tahap

profesionalisme guru. Dari objektif ini, dapat kajian Hamdan dan Nurlia membuktian nilai min yang tinggi diperolehi bagi kesemua item adalah antara 3.87 hingga 4.22. ini menunjukan bahawa amalan penyeliaan dijalankan disekolah berkesan terhadap peningkatan kualiti pengajaran guru. Berdasarkan dapatan kajian di atas dan berpandukan item-item yang telah dijawab para responden para penyelia mendapat malumat tepat bahawa apakah amalan-amalan atau kreteria-kreteria penyeliaan pengajaran yang dapat menarik hati dan menimbulkan motivasi pada guru-guru dalam menjalankan pengajaran mereka.

Objektif ini juga sebagai panduan para penyelia pengajaran dalam menyusun strategi penyeliaan yang terbaik agar ianya dapat memberikan impak sebenar dan berjaya

3

mencapai objektif penyeliaan sebenar mereka..disamping itu menyusun semula dan memperbaiki kelemahan dalam penyeliaan yang mereka laksanakan.

6. Ringkasan Literature Review Sekolah yang cemerlang lahir dari pengurusan dan kepimpinan yang berkesan iaitu seorang pengetua atau guru besar. Keberkesanan pengajaran merupakan titik tolak kejayaan dalam kurikulum sesebuah sekolah. Penyeliaan dapat membantu guru menyelaraskan aktiviti pengajaran dan meransang guru untuk mencapai prestasi kerja yang cemerlang serta dapat memperkembang potensi diri seorang guru. Menurut Aminuddin (2005), penyeliaan guru besar dapat membantu guru meningkatkan mutu pengajaran supaya menjadi bertambah berkesan. Menurutnya lagi dengan penyeliaan guru besar dapat melihat dengn lebih dekat lagi apa yang sebenarnya berlaku dalam bilik darjah dan mengatasi kelemahan yang ada. Dalam kajian Hamdan dan Nurlia bagi memastikan kecemerlangan akademik murid penyeliaan harus djalankan .Ini dsokong oleh kajian yang dibuat oleh Alimuddin(2006) yang menyataan bahawa perbincangan dan pertukaran idea tentang kaedah dan teknik pengajaran berkesan boleh membawa kepada peningkatan prestasi pelajar-pelajar di bilik darjah. Dalam dasar melaksanaan penyeliaan terutama untuk melaksanaan penyeliaan klinikal, Mohd Salleh menegaskan bahawa pengetua tida seharusnya melengah-lengahkan laporan berhubung dengan penyeliaan di kelas. Tanggapan guru terhadap pengetua mungkin akan terjejas sekiranya laporan penyeliaan tidak disiapan secepat mungkin.Laporan harus disiapkan dalam tempoh 24jam selepas penyeliaan dilakukan. Kajian Hamdan dan Nurlia yang menyatakan bahawa penyeliaan dapay meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Pendapat ini disokong oleh kajian Mc Kean dan

4

Mills (1964) yang menjelaskan bahawa tugas penyeliaan iala untuk menajar guru atau membimbing guru cara mengajar yang beraitan dengan kurikulum dan bentuknya meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dapatan kajian ini sama dengn dapatan kajian yang dilakukan oleh Robiah(1984) dan Ibrahim Mamat (1993) yang menyatakan bahawa penyeliaan bermakna memberi pimpinan epada para guru untuk berkembang, meningkat dan mencapai kesempurnaan dalam tugas mereka. Menurut kajian Hamdan dan Nurlia bahawa penyeliaan membolehkan guru membina hubungan dengan penyelia. Dapatan hasil ini disokong oleh kenyataan Algeswary (1980) yang menyatakan bahawa adanya hubungan yang baik antara penyelia dan guru dalam penyeliaan pengajaran, satu implikasi yang sihat dalam pendidian

keseluruhannya. Hasil kajian Hamdan dan Nurlia yang mendapati penyeliaan dapat membatu guru memahami keperluan sesuatu topik pengajaran disokong oleh kajian Cawelti (1982) yang menyatakan bahawa aspek yang perlu dilakukan bagi membantu guru-guru dalam mempertingkatkan proses pengajaran ialah melalui perembangan staf dan erembangan kurikulum. Walaubagaimanapun dapatan kajian yang dibuat oleh Nazarudin (1992) dan subaidah (2001) bertentangan dari dapatan kajian Hamdan dan Nurlia, dimana melaporkan bahawa guru sekolah menengah dan rendah yang terlibat dalam kajiannya mempunyai tanggapan bahawa penyeliaan pengajaran dan pembelajaran tida wajar dilakukan. Dapatan ini juga menyangkal dalam satu kajian yang dijalankan di Selangor dalam kajian Abdul Rahman (1987) yang mneyatakan dalam laporan akhbar pada tahun tersebut, guru-guru melalui persatuan keguruan membuat bantahan keatas cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia pada masa itu yang mengarahkan pengetua dan

5

gurubesar melakukan penyeliaan ke atas semua guru kerana beranggapan tindakan itu tidak profesional dan menidakkan kebolehan mereka.

7.

Instrumen Kajian dan Pengumpulan Data Dalam Kajian Hamdan dan Nurlia, kajian mereka menggunakan kaedah soalselidik Soalselidik ini bertujuan mengumpul maklumat tentang tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran, tahap amalan penyeliaan pengajaran di sekolah dan keberesanan amalan penyeliaan pengajaran terhadap peningkatan profesionalisme guru dari segi kualiti pengajaran, hubungan profesional, perkongsian pengetahuan dan pengalaman dan bantuan dalam proses pengajaran.Soal selidik ini mengandungi 44 item dan dibahagian kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A tentang latar belakang responden, Bahagian B tentang tanggapan guru terhadap penyeliaan dan amalan penyeliaan dan Bahagian C tentang keberkesanan penyeliaan pengajaran. Kebolehpercayaan soal selidik ini ditentukan melalui kajian rintis yang dijalankan dengan melibatkan 25 responden dari kalangan guru-guru dari sebuah sekolah kebangsaan di Kota Tinggi.Sekolah ini tidak terlibat dalam kajian sebenar. Analisis data dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi SPSS 15.0 for window. Nilai analisis Alpa Cronbach bagi bahagian B adalah 0.914 manakala bahagian C adalah 0.889. Nilai-nilai yang diperolehi ini menunjukkan kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi. Bagi menjawab persoalan pertama pengaji berhubung dengan tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanaan, aspek-aspek penyeliaan adalah penru dan penting. Responden membuat tanggapan bahawa yang negatif dalam aspe penyeliaan adalah merupakan satu bentuk penilaian.Walaubagaimanapun min keseluruhan bagi ketiga-tiga aspek ialah 3.95 menunjukkan tanggapan guru terhadap penyeliaan pengajaran secara keseluruhan dan positif.

6

Persoalan Kajian Hamdan dan Nurlia yang pertama, apakah tanggapan guru-guru terhada proses penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan dalam kelas? Persoalan yang kedua, Apakah amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah? Dan persoalan yang ketiga, Apakah amalan penyeliaan daoat meningkatkan profesionalisme guru? Untuk menjawab ketiga-tiga soalan dalam kajian Hamdan dan Nurlia, mereka menggunakan Nilai analisa Alpha Cronbach bagi bahagian B ialah 0.914 manakala bagi bahagian C adalah 0.889. Nilai-nilai yang diperolehi ini menunjukkan

kebolehpercayaan instrumen yang tinggi. Untuk menjawab persoalan kajian Hamdan dan Nurlia yang kedua berhubung dengan amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah, min keseluruhan ialah 4.16. yang menunjukkan amalan pengajaran adalah tinggi. Kedua-dua aspek ialaitu amalan penyeliaan adalah penting dan amalan penyeliaan adalah satu aktiviti rutin menunjukkan min berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.16 dan 4.26. Untuk persoalan ketiga kajian Hamdan dan Nurlia, aspek meningatkan kualiti guru, berkongsi pengalaman dan pengetahuan dan aspek membantu guru dalam proses pengajaran menunjukkan amalan penyeliaan pengajaran berkesan dalam meningkatkan profesionalisme guru.

8. Dapatan Utama dalam Kajian Hamdan dan Nurlia Hasil kajian mendapati bahawa dalam aspek tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di dalam kelas secara keseluruhannya adalah positif dari aspek keperluan dan kepentingannya. Kajian mendapati 89.5% responden bersetuju penyeliaan dijalankan terhadap semua guru. Objektif yang pertama kajian Hamdan dan Nurlia didapati 92.5 responden

7

bersetuju bahawa penyeliaan perlu dilakukan untuk kecemerlangan akademik murid. Ini menunjukan bahawa guru-guru mempunyai tangapan penyeliaan harus di jalankan keatas pengajaran mereka. Objektif kajian yang kedua adalah untuk mengenalpasti amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah. 10 itam yang dikemukan berhubung dengan objektif ini dan didapati min keseluruhan bagi persoalan adalah 4.13 yang menunjukkan tahap amalan penyeliaan pengajaran adalah tinggi. Dapatan kajian yang menunjukkan bahawa amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah berkesan terhadap peningkatan kualiti pengajaran guru dengan pembuktian nilai min yang tinggi iaitu antara 3.87 hingga 4.22. sedangkan peratusan guru yang tidak bersetuju adalah kecil iaitu antara 0.3% hingga 3.4%. Kajian juga mendapati 90.3% bersetuju bahawa penyeliaan dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun 74% responden bersetuju bahawa penyeliaan yang baik dimaklumkan kepada guru-guru yang lain. Ini bermakna dapatan kajian ini mendapati bahawa guru-guru tidak atau kurang sanggup berkongsi hasil atau dapatan merea dan komen-komen membina dari penyelia dan rakan-rakan mereka. Hasil kajian juga mendapati bahawa amalan penyeliaan pengajaran kurang berkesan dalam memperkukuh hubungan profesional antara penyelia dan guru dengan pembuktian min skor keseluruhan 3.78. 84.4 % responden bersetuju bahawa penyeliaan membolehkan guru membina hubungan dengan penyelia. 80% responden pula

bersetuju perbincangan yang dijalankan dalam proses penyeliaan memberikan keselesaan kepada guru. Kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa penyeliaan berkesan dalam membantu guru dan penyelia berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Min skor adalah 3.96. 90% respon bersetuju penyelia bersedia menerima pandangan daripada guru semasa sesi

8

perbincangan dan 93.2% daripada mereka pula bersetuju bahawa penyelia memberi cadangan penambaikan kepada guru. 87.9% responden pula bersetuju mengatakan penyeliaan menjadikan guru dapat meneroka kaedah baru pengajaran pada setiap sesi penyeliaan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian Hamdan dan Nurlia menunjukan amalan penyeliaan amat berkesan dalam membantu guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.min skor adalah 4.01 bersadarkan 6 item yang dikemukakan dalam kajian ini. 81.6% responden bersetuju penyeliaan dapat membantu guru memenuhi keperluan sesuatu topik pengajaran. 86.3% responden bersetuju penyelia memberikan input terkini berkaitan pengajaran dan 77.9% bersetuju penyelia mencadangkan kursus-kursus yang berkaitan dengan kaedah pengajaran terkini. Dengan hasil dapatan kajian ini diharapkan semua pengetua dan guru besar lebih prihatin dengan perkembangan dunia pendidikan dengan memberikan lebih banyak malumat terkini dan pengalaman kepada guru-guru.

9. Sumbangan Kajian Terhadap Amalan Penyeliaan Pengajaran Dewasa ini, profesion perguruan sering mendapat perhatian masyarakat kerana peranannya yang begitu signifikan dalam membentuk generasi akan datang. Ini bermakna profesion perguruan yang berkualiti mampu menjana dan mengubah paradigma serta perilaku mereka. Lantaran itu, profesion perguruan yang mantap dan berkesan perlu diwujudkan agar aspirasi untuk memartabatkannya bukan sekadar fatamorgana malahan merupakan suatu realiti. Antara Sumbangan kajian : i. Panduan dan rujukan dalam pengadaptasian fungsi penyeliaan pengajaran yang sebenar.

9

Penyeliaan sebenar bukalah hanya di atas kertas sahaja. Ianya perlu memantau dan mencerap guru-guru dan kemudian memberi komen dan kritikan jika perlu serta memberi panduan yang jelas dan terbaik bagaimana menjalankan pengajaran di dalam kelas. Secara zahirnya setiap manusia tidak dapat menilai tingkalaku dan perbuatan sendiri melainkan oranglain yang melihat dan memerhati sahaja yang melihatnya. Oleh sebab itu setiap penyeliaan yang dijalanan akan djadikan panduan dan rujukan tentang pengadaptasian sebenar penyeliaan untuk penyelia-penyelia dan guru-guru di masa akan datang.

ii.Panduan

untuk

guru-guru

memahami

proses

penyeliaan

pengajaran

yang

dipertanggungjawabkan kepada pengetua/ guru besar. Dengan cara sedemikian diharapkan dapat mengikis tanggapan-tanggapan negatif terhadap penyeliaan yang dilakukan oleh guru besar. Di samping itu, memperkukuhkan hubungan

profesionalisme antara guru besar dan guru, seterusnya meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta memupuk nilai murni dan sikap positif di kalangan pelajar. iii. Panduan oleh pengetua / guru besar untuk melaksanakan penyeliaan pengajaran ke arah pengurusan sekolah berkesan. Serta dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam proses penyeliaan pengajaran yang telah dijalankan untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru.

iv. Pandangan guru terhadap penyeliaan pengajaran diperolehi untuk mengetahui keadaan sebenar guru-guru yang diselia. Hasil maklum balas ini, boleh dijadikan rujukan untuk meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang dimana guru dapat membina kemahiran dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan

10

pembelajaran serta menghadapi masalah pengajaran dan pembelajaran dari masa kesemasa. Walaupun guru merasakan mereka sibuk dalam aktiviti kokurikulum seperti persatuan, kelab, unit beruniform dan sukan serta permainan, tetapi semangat guru tetap memberi keutamaan kepada akauntabiliti mereka iaitu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

v. Satu input kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri / Daerah terhadap situasi sebenar perlaksanaan penyeliaan pengajaran yang telah diarahkan kepada pentadbir sekolah agar dapat membuat penilaian dan tindakan yang sewajarnya terhadap perlaksanaan penyeliaan pengajaran di sekolah-sekolah. Kajian seperti ini merupakan satu pemberitahuan maklumat kepada Jabatan tentang bagaimana sesuatu keadaan perjalanan penyeliaan di jalankan sepertimana yang telah diarahkan. Dengan demikian pihak jabatan akan dapat memahami dan tahu tentang masalah yang dihadapi penyelia ataupun guru-guru dalam sesi penyeliaan seterusnya dapat memberi tindakbalas yang perlu mereka lakukan sebagai ketua atasan untuk kebaikan penyelia dan guru-guru seterusnya membantu membangunkan kecemerlangan pelajar.

11

10 Penutup Penyeliaan merupakan satu daripada tugas rutin dalam bidang kurikulum yang dilaksanakan disekolah. Penyeliaan pengajaran yang dijalankan secara bersama dengan guru ialah kunci kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan sekolah. Ini berdasarkan hakikat bahwa guru yang terlibat dalam amalan penyeliaan berkaitan dengan matlamat biasanya akan mengubah tingkah laku mereka secara positif. Dalam konteks ini, penyeliaan pihak pengurusan terhadap pihak yang diselia iaitu guru merupakan satu usaha ke arah ,meningkatkan kebolehan warga pendidik menghadapi cabaran dunia pendidikan dalam era globalisasi. Sesungguhnya, kita patut mengakui keperluan tahap pendidikan yang berkualiti semakin ketara. Desakan daripada perubahan dalam pembentukan tamadun yang semakin canggih menjadi asas berlakuknya fenomena ini. Guru-guru seharusnya sedar akan hakikat tuntutan itu dan bersedia menyahut cabaran-cabaran ke arah memartabatkan profesion perguruan di negara ini. Warga pendidik perlu menggembleng sepenuh tenaga dan memberi kerjasama yang sewajarnya dalam mencapai hasrat itu. Bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

12

Rujukan Lain. Jurnal Guru Keluaran 4,16 Mei 1992 Hamdan bin Saaid, Nurlia binti Mohamadf (2006). Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah-sekolah Kebangsaan Di Daerah Kota Tinggi Johor. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Pendidikan Kertas kerja dibentang dalam Persidangan Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah Kali ke 5 di Kota Bahru, Kelantan.

13