17
UNIVERSITI MALAYSIA SABAD Tarikh : 10 Februari 2003, 10.00 pagi Tempat : Dewan Kuliah Perdana, UMS

UNIVERSITI MALAYSIA SABAD - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8392/1/sp0000000150.pdf · menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, ... keseimbangan pengkhususan ilmu

  • Upload
    lydiep

  • View
    236

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIVERSITI MALAYSIA SABAD - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8392/1/sp0000000150.pdf · menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, ... keseimbangan pengkhususan ilmu

UNIVERSITI MALAYSIA SABAD

Tarikh : 10 Februari 2003, 10.00 pagi Tempat : Dewan Kuliah Perdana, UMS

Page 2: UNIVERSITI MALAYSIA SABAD - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8392/1/sp0000000150.pdf · menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, ... keseimbangan pengkhususan ilmu

I 1~JC0017821J

1., Wu

AMANA NAIB CANSELOR

2003

TAN SRI PROF. DATUK SERI PANGLIMA DR. ABU HASSAN OTHMAN ::i:

P.S.M. , S.P.D.K., D.S.N.S., J.S.M., D.N.S., P.G.B.P., P.M.C. < B.A. (Hons), M.A. (Malaya) , PhD. (Michigan State) ~

~~ 5 f./i)

t;~ "MEMPERKAYAKAN PENGISIAN ~ ~

PROSES PENDIDIKAN UNIVERSITI" i

1 0 Februari 2003

PERPUSTAKAAN UMS

1111111111111 1400017924 :lana

3abah

ISSN 1675-3631

-1 -

Page 3: UNIVERSITI MALAYSIA SABAD - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8392/1/sp0000000150.pdf · menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, ... keseimbangan pengkhususan ilmu

L

ll 000017821 -Ctuw~~2 >/to

' ' Budaya keintelektualan akan terus disemai dan menjadi agenda

pembentukan kakitangan dan pelajar

universiti ini. Proses permantapan ilmu

perlulah dilakukan secara berterusan.

lni kerana dengan kekuatan ilmulah kita

mampu membangunkan diri dan

organisasi kita dengan lebih berkualiti

dan cemerlang. ' '

Tan Sri Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman Naib Canselor

Universiti Malaysia Sabah 10 Februari 2003

-2-

_J

Page 4: UNIVERSITI MALAYSIA SABAD - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8392/1/sp0000000150.pdf · menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, ... keseimbangan pengkhususan ilmu

w I

Page 5: UNIVERSITI MALAYSIA SABAD - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8392/1/sp0000000150.pdf · menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, ... keseimbangan pengkhususan ilmu

"MEMPERKAYAKAN PENGISIAN PROSES PENDIDIKAN UNIVERSITI"

Bismillahir Rahmanir Rahim;

Yang Berbahagia Timbalan-Timbalan Naib Canselor

Pegawai-Pegawai Utama Universiti

Dekan-Dekan I Ketua-Ketua Jabatan

Para Tenaga Akademik

Para Kakitangan Pentadbiran & Sokongan

Para Pelajar yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum w.t.w dan salam sejahtera

1.0 PENDAHULUAN

Terlebih dahulu , izinkan saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah perkenan dan inayah-Nya, dapat sekali lagi saya menyampaikan Amanat Naib Canselor Tahun 2003. Tujuan utama saya ketika memulakan tradisi ini pada tahun lepas adalah untuk bertemu dengan seluruh warga Universiti, bagi menyampaikan beberapa perkara yang difikirkan penting dan berguna untuk dikongsi bersama sebagai landasan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita bersama memaju dan membangunkan universiti ini ke arah yang lebih cemerlang.

Sempena tahun baru 2003 ini , marilah kita bersama-sama melihat dan meneliti kembali secara retrospektif dan mengambil iktibar daripada perkara yang kita telah lakukan setahun lalu di samping membuat penilaian terhadap prestasi dan pen­capaian kita sebelum ini . Sesungguhnya, amalan menilai prestasi dan pencapaian lepas adalah sebahagian daripada proses pendidikan atau 'Educational Process ' yang perlu dilakukan secara berterusan bagi mempastikan kita sentiasa melakukan penambahbaikan diri terhadap tugas dan tanggungjawab kita.

Saya ingin mengambil kesempatan awal ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi peng­hargaan dan terima kasih kepada seluruh warga universiti sama ada di peringkat pengurusan tertin'ggi hinggalah kepada kakitangan sokongan yang selama ini telah menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi , bertanggungjawab, amanah , jujur dan ikhlas untuk memajukan universiti yang kita sayangi ini .

-4-

Page 6: UNIVERSITI MALAYSIA SABAD - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8392/1/sp0000000150.pdf · menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, ... keseimbangan pengkhususan ilmu

Pada hemat saya, tugas kita membangunkan universiti ini adalah ibarat pelayaran sebuah kapal. Kapal tersebut mempunyai misi dan visi tersendiri , iaitu membawa barangan yang bernilai untuk sampai ke destinasi pelabuhan yang ingin ditujui. Setiap kakitangan kapal tersebut mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri sama ada sebagai kapten kapal , jurutera enjin hinggalah kepada anak-anak kapal. Kapten kapal bertanggungjawab mempastikan agar semua kakitangan dapat menjalankan tugas dengan cekap, manakala jurutera enjin pula bertanggungjawab untuk mem­pastikan enjin kapal sentiasa diselenggara dan diperiksa agar ia sentiasa dalam keadaan baik dan selamat sepanjang pelayaran tersebut, dan seterusnya anak-anak kapal yang lain juga mempunyai tugas dan tanggungjawab m.asing-masing. Sepanjang pelayaran , tentunya pelbagai cabaran dan rintangan ombak badai dan sesekali ribut taufan yang terpaksa dihadapi. Sudah tentu , kejayaan merintangi segala cabaran pelayaran ini tidak hanya terletak kepada kebijaksanaan kapten kapal yang memimpin pelayaran tersebut, tetapi dengan bantuan , sokongan dan kerjasama semua kakitangan yang bertugas.

Begitulah hakikatnya kita di universiti ini , sekarang bukan lagi era bekerja secara 'independent' atau 'dependent' tetapi memerlukan 'interdependency'. Setiap kaki­tangan merupakan bahagian penting dalam pelayaran di Universiti Malaysia Sabah ini. Kita perlu memiliki sinergi dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diletakkan di atas bahu kita. Pihak pengurusan hanya berupaya merancang dan mengemudikan bahtera universiti ini . Anda dan seluruh warga universitilah yang akan mengisi dan merealisasikan kejayaan tersebut.

Saudara dan Saudari Sekalian;

UMS Sepintas Lalu

Pada tahun ini , UMS akan memasuki usia ke-9 tahun penubuhannya, populasi pelajar hampir 8,000 orang termasuk di Kampus Antarabangsa Labuan . Bilangan ini dijangka akan terus meningkat pada sesi kemasukan 2003/2004 nanti . Sejak majlis konvokesyen pertama pada 9 September 1999, UMS telah berjaya menghasilkan lebih kurang 4,317 orang graduan dalam pelbagai bidang. Kemampuan kita meng­hasilkan para graduan terbilang, berkualiti, profesional dan berdaya saing telah terbukti apabila UMS berjaya menganugerahkan ljazah Kehormat Doktor Falsafah kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj lbni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Syah Alhaj, Yang Dipertuan Agong Ke-11 dalam Majlis Konvokesyen Komemoratif Diraja pada 22 Ogas 2001 dan kepada 2 tokoh terbilang negara iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Musa Hitam dan Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Dr. Yeah Tiong Lay dalam Majlis Konvokesyen Universiti Ke-4 pada 26 dan 27 Oktober 2002 yang lalu .

Dari segi pembangunan sumber manusia pula, pada tahun lepas jumlah kakitangan universiti telah meningkat kepada 844 orang berbanding 728 orang pada tahun 2001 . Pihak universiti akan terus berusaha menambah bilangan ini sesuai dengan peningkatan pelajar dan aktiviti universiti . Dari segi pembangunan fizikal kampus

-5-

Page 7: UNIVERSITI MALAYSIA SABAD - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8392/1/sp0000000150.pdf · menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, ... keseimbangan pengkhususan ilmu

l

pula, Fasa 1 telahpun siap sepenuhnya yang telah menelan belanja lebih kurang RM1 .4 bilion. Kini Fasa 2A sedang giat dibangunkan yang melibatkan beberapa lagi prasarana utama seperti dewan besar, stadium tertutup, perumahan pelajar, stor pusat dan 4 bangunan akademik termasuk bangunan Sekolah Perubatan yang mana telahpun diluluskan operasinya bermula sesi kemasukan 2003/2004 akan datang. Projek pembangunan ini dianggarkan berjumlah lebih kurang RM41 O juta.

Dari segi kemudahan peralatan pengajaran dan pembelajaran pula, pada tahun 2002 , UMS telah diluluskan pinjaman lebih kurang RM100 juta (USD$20, 157,295) daripada Islamic Development Bank (IDB) , peruntukan pembangunan sebanyak RM39 juta oleh Jabatan Pendidikan Tinggi Negara dan RM 10 juta untuk perolehan peralatan ICT. Peruntukan ini telahpun kita gunakan untuk melengkapkan kemudahan­kemudahan pengajaran dan pembelajaran di makmal-makmal termasuklah kemudahan ICT yang canggih dan terkin i.

Kecemerlangan awal pengurusan universiti dapat dibuktikan dengan kejayaan UMS dianugerahkan sij il MS ISO 9000 setelah berjaya mendokumentasikan 31 prosedur dan 11 arahan kerja dalam sistem kualiti yang melibatkan proses perlaksanaan pro­gram pengajian prasiswazah, pentadbiran pejabat seperti Bendahari , Perpustakaan dan Sahagian Akademik, latihan kakitangan akademik dan pentadbiran, hal ehwal pelajar, proses pengajaran dan pembelajaran, sistem fail , sistem kerja pensyarah , kaunseling, tatatertib, majlis konvokesyen dan lain-lain lagi.

Oleh itu , secara amnya, segala kemudahan , infrastruktur dan proses pentadbiran , peralatan pengajaran dan pembelajaran telahpun tersedia dan dibekalkan. lbarat mendirikan sebuah rumah , kini rumah tersebut telahpun siap dan kukuh didirikan di suatu kawasan yang indah dengan kemudahan asas yang baik. Seterusnya sudah tentu keindahan rumah tersebut perlu disusuli dengan keindahan 'isi rumahnya'. Apalah ertinya jika rumah tersebut hanya indah dipandangan mata, tetapi manusia yang tinggal di dalamnya mempunyai seribu satu masalah . Pelbagai program pengisian perlu dirancang dengan baik bagi mempastikan perarian dan tanggung­jawab setiap isi rumah dapat berjalan dengan baik. Demikianlah keadaannya kita di universiti ini . Setiap orang daripada kita perlu menjalankan tugas dengan cekap untuk mempastikan rumah kita iaitu 'UMS' sentiasa dijaga, dipelihara dan dilindungi dengan baik.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia dalam perutusan tahunannya 2002 lepas turut menegaskan bahawa pembangunan fizikal yang kondusif perlu disokong dengan input pendidikan yang relevan mengikut tuntutan masa dan keperluan negara. Antara input pendidikan ini termasuklah aspek kurikulum , sumber pengajaran dan pembelajaran , kecemerlangan tenaga akademia, dan pelbagai kemudahan lain untuk meningkatkan kualiti proses penyampaian pendidikan atau ' The Educational Delivery Process '.

-6-

Page 8: UNIVERSITI MALAYSIA SABAD - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8392/1/sp0000000150.pdf · menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, ... keseimbangan pengkhususan ilmu

MEMPERKAYAKAN PENGISIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI

Memahami misi dan visi universiti sebagai halatuju kecemerlangan universiti

Saudara dan Saudari Sekalian;

Jika kita imbas kembali Amanat Naib Canselor pada tahun lepas, penumpuan telah diberikan terhadap usaha meningkatkan kualiti universiti yang bertaraf antarabangsa. lni termasuklah penumpuan terhadap pembangunan kualiti pengurusan universiti, pembangunan fizikal kampus dan peningkatan keperluan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih sopistikated di makmal-makmal dan bilik-bilik kuliah. Pada tahun ini pula kita akan memberi fokus terhadap usaha memperkayakan pengisian proses pendidikan universiti . lni kerana seperti yang telah saya nyatakan tadi , kini universiti telah mempunyai asas yang kukuh untuk menjalankan peranan dan tanggungjawabnya sebagai institusi pendidikan tinggi negara, maka agenda seterusnya yang perlu kita lakukan ialah pengisian proses pendidikan universiti atau "the content of university's educational process".

Sebelum itu , suka saya menjelaskan kembali kepada semua peringkat kakitangan mengenai misi dan visi universiti sebagai panduan dan landasan asas untuk kita mencapai hasrat dan aspirasi membangun dan memajukan universiti ini. Perkara ini perlulah diketahui dan difahami oleh setiap kakitangan dan diterjemahkan dalam kerja seharian bagi membolehkan kita mencapai kejayaan dan kecemerlangan di masa hadapan.

5 perkara utama yang terkandung dalam misi universiti iaitu ;

i. mencapai kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran ,

ii . mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan dan penerbitan ,

iii . mencapai kecemerlangan dalam khidmat masyarakat,

iv. mencapai keseimbangan dalam pengkhususan ilmu, dan

v. mencapai kecemerlangan dalam peribadi mahasiswa.

Manakala visi atau wawasan universiti pula adalah ;

"Menjadi sebuah universiti berinovatif yang bertaraf dunia (world-class)"

Kita akan terus membangunkan UMS sebagai institusi pendidikan tinggi negara yang berlandaskan Falsafah Pendidikan di mana kepercayaan kepada Tuhan akan menjadi teras utama, serta pembinaan masyarakat terpelajar yang progresif, berdisiplin , bersepadu dan seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani . Budaya keintelektualan (intellectual culture) akan terus disemai dan menjadi agenda pembentukan kakitangan dan pelajar universiti ini . Justeru itu , misi universiti untuk mencapai kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu di samping mencapai keseimbangan pengkhususan ilmu dan keperibadian warga universiti yang produktif dan berkualiti tinggi serta bertaraf antarabangsa akan terus menjadi dasar pendidikan universiti ini .

-7 -

Page 9: UNIVERSITI MALAYSIA SABAD - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8392/1/sp0000000150.pdf · menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, ... keseimbangan pengkhususan ilmu

Dengan adanya kemudahan infrastruktur pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran yang canggih dan terkini , saya ingin tegaskan bahawa betapa pentingnya kita mempunyai pengetahuan dan kesedaran untuk memelihara dan meningkatkan pengurusan, pengawalan dan penyelenggaraan kemudahan tersebut. Peralatan­peralatan berjuta ringgit nilainya perlu dijaga dan digunakan sebaik mungkin . Pembaziran tenaga haruslah ditangani . Konsep perkongsian atau guna sama aset perlulah ditingkatkan. Pada tahun lepas kita dikejutkan dengan pelbagai insiden kehilangan dan kerosakan aset universiti yang melibatkan kos yang tinggi . Oleh yang demikian, saya meminta kerjasama dan tanggungjawab setiap lapisan kaki­tangan untuk mengawal dan menyelenggara aset universiti ini dengan lebih baik dan efisyen .

Pengisian Proses Pendidikan Universiti Yang Berkualiti

Saudara dan Saudari Sekalian;

Untuk memperkayakan proses pendidikan universiti ini, kita perlu memberi tumpuan terhadap 4 aspek kecemerlangan seperti berikut;

i. Kecemerlangan Tenaga Akademia ii. Kecemerlangan Mahasiswa iii. Kecemerlangan Penyelidikan & Penghasilan Penerbitan iv. Kecemerlangan Pengurusan Sumber Manusia

i. Kecemerlangan Tenaga Akademia

Pada hemat saya, seorang ahli akademia merupakan fasilitator, guru dan pakar kepada para pelajar. Seorang fasilitator perlu mengenali pelajarnya, untuk dipandu ke arah yang sewajarnya. Seorang fasilitator juga akan memberikan hujah dan idea yang sejajar dengan kedudukannya di universiti , serta menggalakkan pelajarnya untuk berfikir secara kritis dan analitikal dalam menerokai ilmu. Manakala sebagai seorang guru dan pakar, dia seharusnya menguasai ilmu dengan mendalam dan terus berusaha untuk menerokainya tanpa putus asa, apatah lagi terhenti di separuh jalan. Seorang guru dan pakar, akan sentiasa dirujuk dalam bidang kepakarannya. Oleh kerana itu , pada hemat saya para tenaga akademia, baik yang muda mahupun yang telah lama berkhidmat di Universiti ini , perlulah mempunyai niat yang ikhlas dan jujur terhadap kerjayanya. Di sini suka saya menggariskan 9 ciri atau sifat yang perlu ada pada seseorang ahli akademia;

i. Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya dan sepenuh hati dalam menjalankan tugas tanpa mengharap ganjaran kewangan semata-mata.

ii . Memiliki sikap prihatin dan sensitif terhadap keperluan pelajar khususnya dari sudut bimbingan dan prestasi pelajar.

-8-

Page 10: UNIVERSITI MALAYSIA SABAD - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8392/1/sp0000000150.pdf · menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, ... keseimbangan pengkhususan ilmu

iii . Meningkatkan ilmu pengetahuan secara berterusan bagi mengekalkan, mengukuhkan dan meningkatkan kewibawaan serta kredibiliti sebagai seorang ahli akademia.

iv. Menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan yang berkualiti tinggi dan mencapai tahap keprofesionalan akademia yang tinggi dan memajukan kerjaya.

v. Mampu berfikiran positif, profesional , beretika, berkarisma dan matang dalam menangani sesuatu perkara khususnya yang melibatkan pelajar.

vi. Mengambil peranan aktif, responsif dan terlibat secara komited dalam aktiviti pelajar khususnya dan universiti amnya apabila diperlukan, dan bukannya terlibat secara paksaan.

vii. Mampu bertindak secara bijak dan kreatif menggunakan serta memanfaat­kan segala kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang ada di sekeliling­nya bagi meningkatkan pencapaian kecemerlangan sebagai seorang akademia.

viii. Melakukan penambahbaikan (value added) terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan menguasai ilmu (knowledge), kemahiran-kemahiran terkini, khususnya kemahiran komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) agar kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih efektif, efisyen dan bersifat interaktif.

ix. Menjauhkan sifat-sifat negatif seperti hasad dengki , mementingkan diri sendiri atau individualistik, bersikap 'hanya saya yang benar, orang lain semuanya salah ', dan terlibat dalam kegiatan-kegiatan anti kerajaan , ekstrimis dan militan .

Pihak universiti akan sentiasa memperhatikan tindak-tanduk para tenaga akademia, kakitangan pentadbiran mahupun para pelajar agar tidak terlibat dalam aktiviti­aktiviti yang boleh memesongkan tugas dan tanggungjawab utama mereka. Gerakan-gerakan anti kerajaan dan sebagainya perlulah dijauhkan kerana ianya akan hanya merosakkan diri dan kerjaya serta menjejaskan nama baik universiti .

Saya juga ingin menyentuh tentang peranan tenaga akademia sebagai "role model". Sebagai orang yang dihormati di kalangan pelajar dan masyarakat, pada hemat saya saudara-saudari adalah model peranan yang boleh dicontohi dalam usaha menerokai dan mencintai ilmu pengetahuan, berwibawa, berkredibiliti , kreatif dan inovatif serta mempunyai komitmen yang tinggi terhadap amanah dan tanggung­jawab yang dipikul. Masalah pencapaian akademik pelajar khususnya bumi­putra harus dipandang serius. Kebimbangan ini harus dilihat dengan lebih positif dan ditangani dengan proaktif. Kita tidak boleh lagi terus menyanyikan lagu "bangau oh bangau" yang hanya tahu menyalahkan orang lain dan bersifat retorik yang hanya bijak berbicara tetapi tidak mempunyai strategi jelas untuk

- 9-

Page 11: UNIVERSITI MALAYSIA SABAD - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8392/1/sp0000000150.pdf · menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, ... keseimbangan pengkhususan ilmu

mencapai jalan penyelesaian ke arah kecemerlangan pelajar. Kita tidak boleh meremehkan masalah pelajar, 'bagai melepas batuk di tangga', atau 'bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Kita perlu bersifat kolektif dalam menangani masalah pencapaian akademik pelajar, kerana sesungguhnya inilah tanggungjawab dan amanah yang amat besar yang perlu kita laksanakan.

Sesungguhnya kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita lakukan. Prinsipnya, jika baik dan ikhlas apa yang kita lakukan, maka baiklah hasilnya dan begitulah sebaliknya. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Zalzalah, ayat 7 dan 8 yang bermaksud;

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan wa/au sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (menerima) ba/asannya dan barangsiapa berbuat kejahatan

walau sekecil zarah, nescaya dia akan melihat balasannya"

ii. Kecemerlangan Mahasiswa

Saudara dan Saudari Sekalian;

UMS melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar akan terus melakukan program-progam pembentukan dan peningkatan kecemerlangan pelajar. Penumpuan akan diberikan terhadap memperkayakan pengisian program-program yang boleh membentuk kebolehan berfikir secara kritis dan analatikal , kebolehan bersaing bukan sahaja dengan komuniti tempatan, tetapi juga komuniti global , kebolehan memimpin , berke­trampilan , mempunyai daya inisiatif, kreatif, ketahanan fizikal dan mental, di samping memperkukuhkan nilai-nilai murni yang menjadi pegangan setiap pelajar.

Penubuhan Pusat Ko-Kurikulum dan Pemajuan Pelajar pada tahun lepas merupakan satu lagi komitmen pihak universiti untuk menggerakkan dan memajukan aktiviti pelajar. Program ko-kurikulum akan terus dikaji dan diperkayakan dalam proses pembentukan pelajar yang berkualiti dan berswuadaya. Bagi membentuk ketahanan fizikal , mental dan spiritual pelajar, di samping membina pemikiran kreatif dan inovatif, berkeyakinan dan cekal menghadapi cabaran , UMS secara proaktif telah menubuhkan UMS-Outdoor Development Centre atau 'UMS-ODEC'. Saya yakin, pusat ini akan menjadi medan pembentukan kecemerlangan kendiri di kalangan pelajar dan juga kakitangan melalui program-program yang dilaksanakan. Kini kita sedang merancang beberapa program pengisian bagi memantapkan aktiviti yang dijalankan di pusat berkenaan dan saya menggesa agar setiap kakitangan dan pelajar di universiti perlu melalui cabaran 'UMS-ODEC' ini.

Semua perkara yang saya sebutkan tadi merupakan agenda ke arah pembentukan 'kecemerlangan dalaman' pelajar kita . 'Kecemerlangan luaran' pelajar juga perlu diberi perhatian . Kecemerlangan luaran adalah melibatkan proses-proses atau aktiviti yang boleh meningkatkan daya saing pelajar kita bukan sahaja di peringkat nasional , malah antarabangsa.

-10-

~~~~~~·~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Page 12: UNIVERSITI MALAYSIA SABAD - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8392/1/sp0000000150.pdf · menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, ... keseimbangan pengkhususan ilmu

Kita sedia maklum, proses globalisasi yang melanda dunia masakini telah mem­buatkan masyarakat dunia seperti hidup di dalam suatu perkampungan yang mem­bolehkan mereka mudah berhubung dan berinteraksi antara satu dengan lain, inilah yang dikatakan 'global village '. Fenomena ini telah memberi impak terhadap tuntutan penguasaan ilmu pengetahuan yang bersifat global atau 'global knowledge '. Justeru itu , saya ingin menegaskan di sini bahawa pelajar kita perlu mempunyai 'minda global' atau 'global mind' di mana pelajar kita perlu mampu berfikir dan bertindak secara berani , yakin, proaktif dan dinamik yang merentasi sempadan di sekelilingnya, iaitu sempadan antarabangsa. Ungkapan 'think global, act local' telah menjadi ungkapan biasa yang kita dengar. Ungkapan ini sekurang-kurangnya meng­gambarkan perhatian yang ditumpukan terhadap usaha membangunkan minda global di kalangan pelajar kita khususnya. Untuk itu , sudah tentu resipi utama yang diperlukan untuk membangunkan minda global ini ialah ilmu pengetahuan atau 'knowledge '.

Oleh itu, kemahiran berkomunikasi khususnya dalam Bahasa lnggeris perlu menjadi agenda utama dalam pengisian pembentukan pelajar yang berminda global ini. Namun demikian, ianya perlulah diiringi dengan kekuatan akal budi dan akhlak para pelajar. Ketinggian ilmu perlu seiring dengan ketinggian akal budi dan sahsiah. Sifat mazmumah harus dijauhi manakala sifat mahmudah harus disemai pada peringkat awal bagi memastikan pembentukan masyarakat berperibadi tinggi yang kental dan sukar dipengaruhi anasir negatif.

Mahasiswa kita perlu menjadikan kecemerlangan sebagai budaya hidup mereka. Kecemerlangan ini akan terhasil apabila kualiti dijadikan ukuran kejayaan . Kita perlu menegaskan bahawa kualiti merupakan nadi untuk bersaing dengan lebih kompetitif. Justeru itu, di sini suka saya menggariskan 6 perkara atau kualiti diri yang perlu ada pada pelajar kita ;

i. Mahir dan mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap bidang ilmu yang dipelajarinya.

ii . Mempunyai kemahiran atau 'soft skill' sebagai nilai tambah (added value) seperti kemahiran ICT, kemahiran berkomunikasi (communication skill), kemahiran bersosial (social skill) atau dengan kata lain kemahiran berinteraksi dengan masyarakat sekeliling.

iii. Mempunyai kemahiran penguasaan bahasa asing khususnya Bahasa lnggeris sebagai bahasa dunia bagi membolehkan pelq.jar kita bersaing di arena antarabangsa dan lebih kompetitif dalam dunia kerjaya mereka.

iv. Memiliki sifat dan ciri-ciri kepimpinan , ketrampilan dan keyakinan yang tinggi. Sifat ini adalah penting bila berhadapan dan berurusan dengan masyarakat dunia kini yang semakin kompleks dan pelbagai sifatnya.

- 11 -

Page 13: UNIVERSITI MALAYSIA SABAD - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8392/1/sp0000000150.pdf · menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, ... keseimbangan pengkhususan ilmu

v. Memiliki ciri-ciri personaliti yang menarik dan berkualiti seperti disiplin diri , kekemasan diri , daya inisiatif, kreativiti dan inovasi yang tinggi di samping mempunyai sifat keluwesan atau fleksibiliti terhadap perubahan sekelilingnya. Dalam hal ini , pelajar kita harus dididik agar tidak terlalu ektrimis terhadap budaya sendiri sebaliknya hendaklah lebih fleksibel dan sensitif terhadap budaya dan keperluan masyarakat lain.

vi. Sentiasa memelihara akhlak, etika dan kehormatan diri . lni kerana dalam apa juga keadaan dan suasana yang kita alami, keteguhan akhlak perlu diper­tahankan agar kita tidak hanyut dengan kehendak-kehendak negatif yang merosakkan hati budi manusia.

iii. Kecemerlangan Penyelidikan & Penghasilan Penerbitan

'Mewujudkan 'Niche' Penyelidikan di Setiap Sekolah / lnstitut I Pusat'

Saudara dan Saudari Sekalian;

Penyelidikan dan Pembangunan atau Research & Development (R&D) merupakan teras utama kecemerlangan sesebuah universiti . Kepentingan bidang ini dapat di­lihat apabila setiap universiti mempunyai Pusat atau Jabatan R&D masing-masing. Justeru itu , pada tahun lepas, UMS telah menubuhkan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Persidangan Universiti yang bertujuan untuk memantapkan peng­urusan dan pelarasan aktiviti penyelidikan dan persidangan agar sumbangan UMS dalam bidang ini memberi impak yang lebih mantap. Selain itu , ia bagi mencer­minkan iltizam UMS untuk meningkatkan keupayaannya sebagai pusat pembelajaran dan penjanaan ilmu.

Sepanjang tahun lepas, UMS telah berjaya mendapatkan beberapa geran penye­lidikan seperti dari Jabatan Pendidikan Tinggi yang telah memperuntukkan Geran Penyelidikan Fundamental sebanyak RM2 juta, dan sebanyak RM1 .9 juta telahpun diagihkan bagi membiayai 95 projek penyelidikan . Selain daripada itu , UMS turut mendapatkan geran penyelidikan daripada Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar lebih kurang RM3.1 Juta untuk membiayai projek-projek dibawah IRPA (Intensification Research in Priority Area). UMS turut menerima bantuan luar

· untuk menjalankan penyelidikan seperti dari Pertubuhan DANCED, ICLARM-Manila, Darwin Initiative, SOS RHINO, JICA, Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan Negeri Sabah dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Malaysia. Untuk meningkatkan pengetahuan , kemahiran dan daya profesionalisme para ahli akademik, universiti akan terus menggalakkan penglibatan mereka dalam persidangan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Pada tahun lepas universiti telah membelanjakan sebanyak RM339,000.00 untuk tujuan tersebut dan sejumlah 25 persidangan telah dianjurkan oleh Sekolah dan lnstitut.

- 12 -

Page 14: UNIVERSITI MALAYSIA SABAD - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8392/1/sp0000000150.pdf · menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, ... keseimbangan pengkhususan ilmu

Agenda universiti pada tahun ini akan memberi tumpuan dan penekanan kepada 2 aspek berikut;

i. Memberi keutamaan kepada kakitangan yang menyertai persidangan khususnya persidangan antarabangsa sebagai pembentang kertas kerja.

ii. Penganjuran persidangan atau seminar mestilah melibatkan pembentangan kertas kerja oleh kakitangan universiti .

Selain daripada itu , demi menjaga, memelihara dan melindungi kualiti penyelidikan mahupun penerbitan kakitangan, pihak universiti telah menyediakan dasar Hak Milik Harta lntelek (Intellectual Property Right).

Dari segi penghasilan penerbitan pula, pada tahun lepas sejumlah 12 judul buku akademik dengan kos penerbitan sebanyak RM78,500.00 telah dibelanjakan. Namun bilangan ini masih sedikit dan untuk itu saya menggesa para akademia meningkatkan usaha dan komited untuk menghasilkan lebih banyak bahan penerbitan. Apa yang penting, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Persidangan Universiti akan kita gerakkan dan mantapkan lagi dengan memberi tumpuan terhadap 'niche' penye­lidikan bagi membolehkan kita diiktiraf sebagai universiti penyelidikan. Antara bidang penyelidikan yang akan diberi perhatian adalah seperti berikut;

i. Penyelidikan dalam teknologi maritim, seperti penghasilan rumpai laut yang bermutu tinggi dan teknologi pembenihan ikan seperti ikan kerapu.

ii . Penyelidikan dalam bidang bioteknologi dan biodiversiti dengan mengkaji kepelbagaian sumber hutan di Negeri Sabah.

iii . Penyelidikan dalam penghasilan pelbagai produk berasaskan rumpai laut yang bukan sahaja dalam bidang pemakanan , tetapi dikembangkan dalam bidang perubatan dan kosmetik.

iv. Penyelidikan dalam bidang sosio ekonomi masyarakat Sabah, seperti dalam bidang pendidikan, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

iv. Kecemerlangan Pengurusan Sumber Manusia

Saudara dan Saudari Sekalian;

Dewasa kini , sumber manusia merupakan aset yang cukup berharga bagi mema­jukan sesuatu organisasi . lni kerana sumber manusia memiliki ilmu pengetahuan yang boleh menjana kemajuan sesuatu organisasi . Di dalam ilmu pengurusan sumber manusia juga dipanggil sebagai 'human capital ', 'intellectual capital, 'intellectual asset' dan juga dikenali sebagai 'k-workers ' (knowledge workers).

-13-

Page 15: UNIVERSITI MALAYSIA SABAD - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8392/1/sp0000000150.pdf · menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, ... keseimbangan pengkhususan ilmu

Menurut Don Tapscott dalam bukunya 'The Digital Economy" menyatakan bahawa:

"In the new economy the key assets of the organization are intellectual assets, and they focus on the knowledge workers".

Manakala Peter F. Drucker dalam bukunya bertajuk "Management Challenges for the 21st Century" menyatakan bahawa;

"Knowledge workers are core capital assets for the 21st century organization and knowledge workers own the means of production".

Oleh itu , kita akan terus menumpukan usaha ke arah mewujudkan dan melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan atau 'k-workers ' melalui sistem pengurusan pengetahuan atau 'k-management'. Nonaka dalam kajiannya yang bertajuk " The Dynamic Theory of Organizational Knowledge Creation" dalam jurnal Organization Science 1994 turut menyatakan akan kepentingan pengetahuan dalam pengurusan sumber manusia seperti berikut;

"The organizations that are able to stimulate and improve the knowledge of their human capital are much more prepared to face today's rapid changes and to innovate in the domain where they decide to invest and to compete"

Justeru itu, kita akan menggalakkan semua kakitangan khususnya kakitangan pentadbiran dan sokongan agar sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang kerjaya mereka. Proses pemantapan ilmu perlulah dilakukan secara berterusan . lni kerana dengan kekuatan ilmulah kita akan mampu membangunkan diri dan organisasi kita dengan lebih berkualiti dan cemerlang . Untuk itu , pihak peng­urusan universiti sedang merancang program-program latihan kakitangan pelbagai kumpulan yang akan dikendalikan oleh Bahagian Latihan , Jabatan Pendaftar.

Budaya kecemerlangan atau 'culture of excellent' dalam kerja seharian haruslah sentiasa diamalkan. Perumpamaan bahasa 'seperti pahat dengan penukul' yang bermaksud hanya bekerja apabila diarahkan haruslah dielakkan. Kita perlu mem­punyai daya inisiatif dan kreativiti bagi menggerakkan tugas dan tanggungjawab kita tanpa perlunya arahan pihak atasan. Sifat kesukarelaan dan keikhlasan yang tinggi dalam membuat sesuatu pekerjaan perlu diwujudkan. Kita juga seharusnya meng­elakkan bersifat 'seperti api dalam sekam' yang sentiasa berdendam, hasad dengki dan lain-lain terhadap rakan sekerja kita yang hanya menjejaskan penumpuan terhadap kerjaya kita . Kita perlu mengamalkan tradisi 'bagai aur dengan tebing' yang saling bekerjasama dan memerlukan antara satu dengan lain dan bekerja atas prinsip 'berat sama dipikul ringan sama dijinjing'. Perkongsian antara Jabatan/Sekolah seperti perkongsian peralatan bantu mengajar dan lain-lain perlulah diamalkan .

- 14-

Page 16: UNIVERSITI MALAYSIA SABAD - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8392/1/sp0000000150.pdf · menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, ... keseimbangan pengkhususan ilmu

Selain daripada itu, kakitangan universiti juga perlu mempunyai kualiti tambahan dalam diri masing-masing seperti "Emotional Quality (EQ)" bagi membolehkan kita bijak mengawal diri dan perasaan semasa menjalankan tugas, khususnya apabila berhadapan dengan tekanan kerja di pejabat. Selain EQ, ianya juga perlu disertakan dengan IQ atau ' Intellectual Quality' bagi membolehkan kita bijak merancang, mengorganisasi dan melaksanakan kerja dengan baik dan sistematik. Profesionalisme juga merupakan aspek penting yang perlu ada pada penjawat awam seperti kita. Berkhidmat secara profesional bererti kita perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dengan kemahiran yang diperlukan agar tugas dan tanggungjawab dapat dijalankan dengan lebih cekap dan berkesan . Pelbagai cara boleh dilakukan bagi meningkatkan daya profesionalisme seperti menghadiri kursus, seminar atau melalui pembacaan buku, jurnal dan pelbagai makalah berkaitan ilmu pengurusan.

Namun demikian , pada hemat saya kekuatan ilmu semata-mata tidak memadai , kaki­tangan perlu sekurang-kurangnya memiliki 8 ciri berikut bagi mempastikan anda tergolong dalam kriteria penjawat awam yang profesional , berkualiti dan cemerlang yang diperlukan di universiti ini ;

i. lntegriti Nilai ini selalunya dihubungkan dengan nilai-nilai amanah , jujur, boleh diper­cayai dan sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil peluang untuk kepentingan sendiri . Pegawai dan kakitangan yang diberi kuasa kecil mahupun besar perlu menjalankan tanggungjawab berkenaan dengan adil dan saksama serta mematuhi prosedur, peraturan dan undang-undang yang sedia ada. Bertindak atau membuat keputusan atas dasar kepentingan sendiri tidak harus berlaku tetapi haruslah atas kepentingan universiti .

ii. Kejujuran lntelektual Pegawai dan kakitangan yang diberi tanggungjawab dan telah menjalankan­nya dengan penuh integriti perlu sentiasa berpegang kepada kejujuran intelek atau 'intellectual honesty'. lni bermakna kita perlu jujur dalam mentadbir dan melaksanakan dasar-dasar Kerajaan di samping ikhlas memberikan pandangan tanpa menyembunyikan maklumat-maklumat penting.

iii. Neutraliti Neutraliti merupakan satu lagi nilai penting yang harus dihayati dan menjadi pegangan utama pegawai dan kakitangan . Neutraliti ataupun sifat berkecuali bermakna kita tidak akan memihak kepada mana-mana kumpulan termasuk parti politik. Namun begitu, sebagai penjawat awam kita perlu melaksanakan semua dasar, program dan aktiviti yang telah direncanakan oleh pihak universiti dan Kerajaan yang memerintah dengan bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab.

- 15-

Page 17: UNIVERSITI MALAYSIA SABAD - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8392/1/sp0000000150.pdf · menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, ... keseimbangan pengkhususan ilmu

iv. Akauntabiliti Pegawai dan kakitangan universiti perlulah berakauntabiliti dalam men­jalankan tugas iaitu dengan mengikuti prosedur-prosedur, arahan-arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Kita tidak boleh melanggar atau meremehkan peraturan yang telah ditetapkan bagi memudahkan urusan kita .

v. Bekerja sebagai satu pasukan Kerjasama adalah penting dalam menjalankan tugas seharian kita. lni kerana tidak semua kerja yang kita lakukan mampu dijalankan secara individu . Kerjasama antara Jabatan/Sekolah adalah penting bagi memudahkan segala urusan kita dilaksanakan dengan lancar. Satu perkara yang perlu diingat, kecemerlangan individu semata-mata tidak akan berupaya menggerakkan sesebuah organisasi ke mercu kejayaan jika tidak diadun dengan kecemer­langan berpasukan.

vi. Pengurusan masa yang baik Memang tidak dapat dinafikan, setiap hari kita mempunyai kerja yang banyak untuk diselesaikan. Oleh itu , kemahiran pengurusan masa adalah penting , masa perlu diurus dan dimanfaatkan dengan sebaiknya supaya tidak terbuang tanpa faedah. Kakitangan juga perlu mempunyai tahap disiplin masa yang tinggi bagi mempastikan segala tugas yang diberikan dapat diselesaikan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Peter Druker dalam bukunya "The Effective Manager" menyatakan bahawa :

'Time is totally perishable and cannot be stored. Time is totally irreplaceable. There is no substitute for time ".

v. Pengurusan diri yang baik Kekemasan diri juga melambangkan kualiti dan penampilan diri yang baik seseorang pegawai dan kakitangan. Di universiti ini , kita bukan sahaja berurusan dengan pelajar tetapi juga masyarakat luar. Oleh itu imej diri dan universiti perlu sentiasa dipelihara. Selain itu , pengurusan kewangan kaki­tangan juga perlu diambil perhatian . Kita tidak mahu terdapat kakitangan kita yang terjerat masalah dan tekanan kewangan yang hanya akan menjejaskan kerja seharian di universiti .

vi. Mempunyai kemahiran asas yang lain Selain daripada pandai mengurus diri , saudara dan saudari juga perlu memiliki kemahiran penting yang lain seperti kemahiran berucap, berunding , berbahasa lnggeris terutamanya di kalangan para pegawai dan kemahiran ICT seperti penggunaan komputer bagi membolehkan anda mampu bersaing dan mengikuti perkembangan semasa serta menjalankan tugas dengan optimum.

-16-