UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA - 2015 27RR.pdf · Universiti Malaya (PPZUM), Perpustakaan Tun Sri Lanang,…

  • Published on
    09-Jun-2019

  • View
    213

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

RADIAH BINTI MOHAMAD

FBMK 2015 27

PENGUASAAN IRB BAGI MANBT DALAM KALANGAN PELAJAR STAM MELALUI STRATEGI KOGNITIF

CO

PYRI

GHT U

PM

PENGUASAAN IRB BAGI MANBT DALAM KALANGAN PELAJAR

STAM MELALUI STRATEGI KOGNITIF

Oleh

RADIAH BINTI MOHAMAD

Tesis ini Dikemukakan kepada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra

Malaysia sebagai Memenuhi Keperluan untuk Ijazah Master Sastera

Januari 2015

CO

PYRI

GHT U

PM

HAK CIPTA

Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, ikon,

gambar dan semua karya seni lain, adalah bahan hak cipta Universiti Putra Malaysia

kecuali dinyatakan sebaliknya. Penggunaan mana-mana bahan yang terkandung dalam

tesis ini dibenarkan untuk tujuan bukan komersial daripada pemegang hak cipta.

Penggunaan komersial bahan hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis terdahulu

yang nyata daripada Universiti Putra Malaysia.

Hak cipta Universiti Putra Malaysia

CO

PYRI

GHT U

PM

i

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai

memenuhi keperluan untuk Ijazah Master Sastera

PENGUASAAN IRB BAGI MANBT DALAM KALANGAN PELAJAR

MELAYU MELALUI STRATEGI KOGNITIF

Oleh

RADIAH BINTI MOHAMAD

Januari 2015

Pengerusi : Che Radiah binti Mezah, PhD

Fakulti : Bahasa Moden dan Komunikasi

Dapatan kajian di Malaysia menunjukkan salah satu kelemahan pelajar dalam

mempelajari bahasa Arab adalah kegagalan menguasai nahu Arab. Hal ini disebabkan

mereka tidak mempunyai strategi pembelajaran yang baik dan berkesan dalam

pembelajaran tersebut. Justeru, kajian ini memfokuskan salah satu aspek nahu Arab,

iaitu penguasaan irb mansbt melalui aplikasi strategi kognitif.

Kajian ini menggunakan model strategi kognitif yang disarankan oleh OMalley dan

Chamot (1990) sebagai asas utama untuk menyelidik penguasaan pelajar dalam irb mansbt. Model tersebut membahagikan strategi kognitif kepada sepuluh bahagian,

iaitu strategi menggunakan sumber, menyusun/mengelompokan, mengambil nota,

meringkaskan, mendeduksi, menggambarkan, melambangkan melalui pendengaran,

menghuraikan, memindahkan, dan membuat kesimpulan.

Untuk menjelaskan kajian ini, analisis kajian bertujuan mengenal pasti unsur irb manbt yang dikuasai oleh responden, menganalisis unsur irb manbt yang gagal dikuasai oleh responden, dan menghuraikan strategi kognitif yang diaplikasi oleh

responden dalam menguasai irb manbt. Seramai lima (5) orang responden daripada tingkatan enam rendah telah terlibat secara langsung dalam kajian ini.

Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui instrumen soalan ujian

dan temu bual sebagai kaedah utama dalam mengumpul maklumat.

CO

PYRI

GHT U

PM

ii

Beberapa penemuan penting telah ditemui dalam dapatan kajian ini. Antaranya ialah,

responden berjaya menguasai unsur baris, bilangan, gender, partikel, makna,

pengulangan kata, dan memadankan dengan ayat al-Qurn dalam menentukan

mawqi, hukum, dan almat irb. Responden yang menguasai unsur bilangan dan gender lebih mahir dalam menentukan baris pada sesuatu perkataan. Dapatan kajian

juga menunjukkan responden gagal menentukan kedudukan baris yang berfungsi

sebagai almat irb pada kata nama mufrad, duaan, jamak maskulin, dan jamak feminin.

Sehubungan dengan itu, responden yang gagal menentukan unsur bilangan pada kata

nama duaan, jamak maskulin, dan jama taksr didapati tidak dapat menguasai unsur

makna dengan baik. Terdapat enam strategi kognitif yang digunakan oleh responden

dalam menguasai irb manbt, iaitu strategi mendeduksi, menghuraikan, memindahkan, melambangkan melalui pendengaran, menggunakan sumber dan

membuat latihan. Strategi membuat latihan merupakan strategi tambahan yang baharu

diperoleh. Akhirnya, dapatan juga menunjukkan responden yang kerap menggunakan

strategi mendeduksi lebih menguasai unsur baris dan bilangan dalam menentukan

mawqi, hukum, dan almat irb.

CO

PYRI

GHT U

PM

iii

Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfillment of

the requirement for the degree of Master of Art

MASTERY IRB OF MANBT AMONG MALAY STUDENTS THROUGH

COGNITIVE STRATEGIES

By

RADIAH BINTI MOHAMAD

January 2015

Chairman : Che Radiah binti Mezah, PhD

Faculty : Modern Languages and Communication

The findings of the research among Malay students in Malaysia showed that the main

factor students failed to master the Arabic language is the weakness to master Arabic

grammar. This is because they failed to acquire a good strategy and effective learning

to understand and master the subject. Therefore, the research focuses on one aspect of

Arabic grammar, which is mastery of irb manbt through the application of cognitive strategies.

Cognitive strategies model suggested by OMalley and Chamot (1990) is used as the

basis to study the mastery of student in irb manbt. The model divides the cognitive strategies into ten parts, namely using the resources, organizing/classifying,

note taking, summarizing, deducing, symbolizing through listening, describing,

transferring, and drawing conclusions strategies.

To explain the research, analysis is used to identify elements of irb manbt mastered by the respondents, analysis on the elements of irb manbt where respondents failed to master them and illustration on the cognitive strategy applied by

the respondents in mastering irb manbt. The total of five (5) students from lower sixth form has been directly involved in this study. This research uses a qualitative

approach through the instrument test questions and interviews as the primary method

for collecting information.

There are important findings revealed from the research. Amongst the findings are, the

respondents have successfully mastered the elements of line, number, gender,

particles, meaning, repetition of words, and matching with verses of the al-Qurn in

CO

PYRI

GHT U

PM

iv

determining mawqi, hukum, and alamat irb. The respondents who master the

elements of number and gender are more adept at determining the line in a word. The

findings also revealed that the respondents failed to identify the line that served as the

alamat irb noun in the singular, dual, plural masculine and feminine plural.

Accordingly, the respondents who failed to identify the line element to the dual noun,

plural masculine, plural taksr were not able to master element of meaning well. There

are six cognitive strategies used by respondents in mastering irb manbt, namely the deducing, describing, transferring, symbolizing through listening, resources and

training strategies. Training strategy is a new strategy found. Finally, the findings too

discover that the respondents who often used the deducing strategy is better in

mastering the number element in determining mawqi, hukum, and alamat irb.

CO

PYRI

GHT U

PM

v

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji hanya bagi Allah Yang Maha Bijaksana dan juga selawat dan salam buat

junjungan mulia Nabi Muhammad (S.A.W).

Penulis merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan

kepada penyelia kajian ini, Dr Che Radiah binti Mezah dan Dr Nik Farhan binti

Mustapha yang bersama-sama menyumbang tugas penyeliaan dalam memberikan idea

yang bernas, pandangan, dan sokongan yang padu kepada pengkaji sehingga selesainya

penulisan ini. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar daripada kedua-dua penyelia, sudah tentu

pengkaji tidak akan mampu menyempurnakan penulisan ini. Jutaan terima kasih juga

kepada semua pensyarah Unit Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

Universiti Putra Malaysia atas curahan ilmu yang bermanfaat yang tidak akan

dilupakan.

Sekalung penghargaan ditujukan juga kepada Dr Nik Hanan binti Mustapha (UIA), Dr

Nadwah binti Haji Daud (UIA), Dr Pabiyah binti Haji Maming@Toklubok (UPM), Dr.

Zulkifli bin Ismail (UPM), Ustaz Mohd Saudi bin Abdullah dan pihak sekolah (SMKA,

Maahad Hamidiah, Kajang), dan Ustazah Rozana binti Azhar serta pihak sekolah

(SAMTTAJ, Shah Alam) di atas kerjasama mereka selaku pakar pengesah keseluruhan

dapatan kajian ini. Tanpa teguran dan cadangan mereka, pengkaji tidak akan dapat

melahirkan penulisan ini.

Begitu juga ucapan terima kasih kepada pihak perpustakaan yang sentiasa mengalu-

alukan kedatangan pengkaji dan menyediakan bahan-bahan ilmu yang begitu tinggi

nilainya untuk dijadikan rujukan sepanjang kajian ini dijalankan. Perpustakaan tersebut

ialah Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia (UPM),

Perpustakaan Utama Universiti Malaya (UM), Perpustakaan peringatan Zaba,

Universiti Malaya (PPZUM), Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM), Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pengkaji mengucapkan jutaan terima kasih jua kepada ayahanda dan bonda yang

sentiasa memberi semangat dalam menempuhi dugaan dan cabaran sepanjang

menyiapkan penulisan ini. Semadah penghargaan yang teristimewa buat suami (Mazlan

bin Seman) dan anak-anak tersayang (Muhammad Mubassyir, Nur Nazirah, dan

Ahmad Muaz Huzaifah al-Aiman) yang berkorban kasih sayang, masa, dan sentiasa

mengukir kata-kata semangat untuk pengkaji menyiapkan kajian ini sehingga noktah

terakhir. Turut dirakamkan ucapan penghargaan ini untuk rakan taulan yang tidak dapat

disebut satu persatu di ruangan yang ringkas ini yang turut sama memberikan sokongan

moral dalam melaksanakan kajian ini hingga ke akhirnya.

JazkumuLlh Khayr Kathr

CO

PYRI

GHT U

PM

vi

Saya mengesahkan bahawa satu Jawatankuasa Peperiksaan Tesis telah berjumpa pada

26 Januari 2015 untuk menjalankan peperiksaan akhir bagi Radiah binti Mohamad

untuk menilai tesis beliau yang bertajuk Penguasaan Irb Manbt dalam Kalangan

Pelajar Melayu Melalui Strategi Kognitif mengikut Akta Universiti dan Kolej 1971

dan Perlembagaan Universiti Putra Malaysia [P.U.(A) 106] 15 Mac 1998.

Jawatankuasa tersebut telah memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahi ijazah

Master Sastera.

Ahli Jawatankuasa Peperiksaan Tesis adalah seperti berikut:

Abd Rauf bin Hassan, PhD

Profesor Madya

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

(Pengerusi)

Muhammad Fauzi bin Jumingan, PhD

Profesor Madya

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

(Pemeriksa Dalam)

Mohd. Zaki bin Abd. Rahman, PhD

Pensyarah Kanan

Universiti Malaya

Malaysia

(Pemeriksa Luar)

__________________________

ZULKARNAIN ZAINAL, PhD

Profesor dan Timbalan Dekan

Sekolah Pengajian Siswazah

Universiti Putra Malaysia

Tarikh: 15 April 2015

CO

PYRI

GHT U

PM

vii

Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima

sebagai memenuhi syarat keperluan untuk Ijazah Master Sastera. Ahli Jawatankuasa

Penyeliaan adalah seperti berikut:

Che Radiah binti Mezah, PhD

Pensyarah

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

(Pengerusi)

Nik Farhan binti Mustapha, PhD

Pensyarah

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

(Ahli)

________________________

BUJANG KIM HUAT, PhD

Profesor Dekan

Sekolah Pengajian Siswazah

Universiti Putra Malaysia

Tarikh: 15 April 2015

CO

PYRI

GHT U

PM

viii

Perakuan pelajar siswazah

Saya memperakui bahawa:

tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli; setiap petikan, kutipan dan ilustrasi telah dinyatakan sumbernya dengan jelas; tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak

dengan ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau institusi

lain;

hak milik intelek dan hak cipta tesis ini adalah hak milik mutlak Universiti Putra Malaysia, mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan)

2012;

kebenaran bertulis daripada penyelia dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) hendaklah diperoleh sebelum tesis ini diterbitkan

(dalam bentuk bertulis, cetakan atau elektronik) termasuk buku, jurnal, modul,

prosiding, tulisan popular, kertas seminar, manuskrip, poster, laporan, nota kuliah,

modul pembelajaran atau material lain seperti yang dinyatakan dalam Kaedah-

Kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012;

tiada plagiat atau pemalsuan/fabrikasi data dalam tesis ini, dan integriti ilmiah telah dipatuhi mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian

Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013) dan Kaedah-Kaedah Universiti Putra

Malaysia (Penyelidikan) 2012. Tesis telah diimbas dengan perisian pengesanan

plagiat.

Tandatangan: __________________________ Tarikh: _____________

Nama dan No. Matrik: Radiah binti Mohamad GS33705

CO

PYRI

GHT U

PM

ix

Perakuan Ahli Jawatankuasa Penyeliaan:

Dengan ini, diperakukan bahawa:

penyelidikan dan penulisan tesis ini adalah di bawah seliaan kami; tanggungjawab penyeliaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah

Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013) telah

dipatuhi.

Tandatangan: ___________________ Tandatangan: _________________

Nama Pengerusi Nama Ahli

Jawatankuasa Jawatankuasa

Penyeliaan ___________________ Penyeliaan __________________

CO

PYRI

GHT U

PM

x

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

ABSTRAK i

ABSTRACT iii

PENGHARGAAN v

PENGESAHAN vi

PERAKUAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

SENARAI SINGKATAN PERKATAAN xvii

TRANSLITERASI HURUF ARAB xviii

BAB

I PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1 1.1 Pernyataan Masalah 2 1.2 Persoalan Kajian 3 1.3 Objektif Kajian 3 1.4 Kepentingan Kajian 3 1.5 Batasan Kajian 5 1.6 Definisi Konsep 6

1.6.1 Manbt 6 1.6.2 Irb 6 1.6.3 Unsur 6 1.6.4 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 6 1.6.5 Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) 7 1.6.6 Strategi Kognitif 7

1.7 Kesimpulan 7

II SOROTAN LITERATUR 8

2.0 Pengenalan 8 2.1 Kepentingan Nahu dalam Pembelajaran Bahasa Arab 8 2.2 Kepentingan Irb dalam Nahu Arab 8 2.3 Pembahagian Irb dalam Manbt 9

2.3.1 Objek (10 ( 2.3.2 Objek Penguat (12 ( 2.3.3 Kata Keterangan Keadaan (13 ( 2.3.4 Subjek Inna dan Sub Golongannya 1...

Recommended

View more >