25
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : HUBUNGAN KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya NOOR ANISZAH BT BAIJAN mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) Alamat Tetap: NO 73, JLN HIDAYAH, KG TENGAH RENGGAM, 86300 RENGGAM, KLUANG,JOHOR Tarikh: 30-04-2008 Tarikh: 30-04-2008 DR YEO KEE JIAR SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

  • Upload
    others

  • View
    22

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : HUBUNGAN KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM

KALANGAN PELAJAR SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya NOOR ANISZAH BT BAIJAN

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

Alamat Tetap: NO 73, JLN HIDAYAH, KG TENGAH RENGGAM, 86300 RENGGAM, KLUANG,JOHOR

Tarikh: 30-04-2008 Tarikh: 30-04-2008

DR YEO KEE JIAR

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

i

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : DR YEO KEE JIAR

30-04-2008

Tarikh : ……………………………………….......................

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

ii

HUBUNGAN ANTARA KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK

DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN

NOOR ANISZAH BT BAIJAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

iii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tanda tangan:

Nama penulis : NOOR ANISZAH BT BAIJAN

Tarikh : 30-04-2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

iv

DEDIKASI

Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana mengizinkan saya menyempurnakan kajian ini.

Ucapan terima kasih teristimewa buat Ibu dan Ayah yang dikasihi,

Pn Saiman bt Denan dan En Baijan b Kandar

Yang telah banyak memberi dorongan dan nasihat sepanjang pengajian di samping

iringan doa dan pengorbanan yang tiada putusnya.

Buat adik-beradik tersayang,

Noor Fauzah ,Noor Anis

Noor Aina, Noor Fazilah dan Noor Aziqah Izatul

terakhir sekali buat rakan-rakan seperjuangan terutama

Aby, Wai-Wai dan Ainul

sekalung ucapan terima kasih kerana sentiasa memberi perangsang dan semangat…

semoga sentiasa diberkati olehnya..

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

v

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada

beberapa pihak yang telah banyak membantu saya dalam menyempurnakan Projek

Sarjana Muda ini. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan

terima kasih kepada penyelia saya iaitu DR YEO KEE JIAR kerana memberi tunjuk

ajar, dorongan, bimbingan dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini. Kajian ini tidak akan dapat dijalankan dengan baik tanpa

bantuan dan selaiaan beliau.

Seterusnya penghargaan ini turut ditujukan kepada pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia, (KPM) dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Baharu yang sudi

memberi kerja sama dengan sebaiknya.

Tidak ketinggalan kepada warga sekolah SJK PU SZE dan SJK PEI HWA yang

memberi kerjasama untuk membenarkan kajian ini dilakukan di sekolah tersebut dan

menjawab soal selidik yang telah disediakan dengan baik.

Setinggi terima kasih juga kepada rakan seperjuangan, pensyarah-pensyarah

yang pernah memberi tunjuk ajar sepanjang saya berada di UTM ini.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

vi

ABSTRAK

Kerja rumah merupakan satu komponen yang penting dalam suatu proses

pembelajaran. Kerja rumah berfungsi sebagai latihan kepada pelajar dan melangkaui

kerja yang dilakukan di dalam kelas. Walaupun terdapat pandangan yang berbeza

mengenai kebaikan kerja rumah, kerja rumah masih dapat menyumbang kepada

pencapaian pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti “Hubungan Antara

Kerja Rumah Dengan Pencapaian Bagi Mata Pelajaran Matematik Dan Bahasa Inggeris

Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan”. Responden kajian terdiri daripada

101 orang pelajar daripada dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan dalam kawasan Johor

Bahru iaitu SJK(C) PU SZE, Skudai dan SJK(C) PEI HWA, Taman Perling. Soal

selidik merupakan instrument yang digunakan untuk mengumpul data. Data kajian

dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package Forsocial Science (SPSS)

version 13.0. Hasil kajian menunjukkan indeks korelasi bagi, pembolehubah

peruntukan masa untuk menyiapkan kerja rumah dalam Matematik dan Bahasa Inggeris

adalah -0.151dan -0.164. Indeks korelasi bagi pembolehubah kerja rumah jenis latihan

dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi

pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris,

indeks korelasi adalah 0.201 dan 0.131 masing-masing. Bagi cara pengelolaan semasa

guru memberikan kerja rumah, indeks kolerasi bagi mata pelajaran Matematik dan

Bahasa Inggeris ialah 0.116 dan 0.132 masing-masing. Manakala cara pengelolaan guru

selepsa kerja rumah diberikan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris

adalah 0.094 dan 0.092 masing-masing. Pada keseluruhannya, kajian ini menunjukkan

tidak terdapat hubungan antara peruntukan masa, jenis kerja rumah (latihan) dan

pengelolaan guru dengan pencapaian pelajar.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

vii

ABSTRACT

One of the important components of teaching is homework. Homework

assignments can provide additional practice to students beyond the day-to-day work

done in class. Even though there are different views in the benefits of homework to

students, homework is still viewed as contributing to students’ achievement. In this

study, the researcher aims to identify the relationship between homework with student’s

achievement in Mathematics and English language. The respondents consist of 101

students from two primary schools in Johor Baharu, namely SJK(C) PU SZE, Skudai

and SJK(C) PEI HWA, Taman Perling. Questionnaire was used to obtain the required

data. The data collected was processed by using Statistical Package For social Science

(SPSS) version 13.0. The research outcome showed that correlation index of parameter

in time spent in doing Mathematic and English homework is -0.151 and -0.164

respectively. Correlation index for types of Mathematic and English homework based on

exercise are -0.30 and -0.65 respectively. The correlation index for types of homework

based on preparation was 0.201 and 0.131 respectively. The correlation index of teacher

conducting homework while homework is given to students in Mathematic and English

are 0.116 and 0.132. Meanwhile, correlation index for the way teacher conducting the

homework after homework are given to students in Mathematic and English 0.094 and

0.092 respectively. For this study, it can be concluded that there was no relationship

between time spent, homework based on exercise, teacher conducting homework while

homework is given to student and the way teacher conducting the homework after

homework are given to students with students achievement.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Kerangka teori 11

1.9 Kerangka konsep 12

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

ix

1.10 Kepentingan kajian 13

1.11 Definisi istilah 14

1.11.1 Kerja Rumah 15

1.11.2 Penggunaan Masa 16

1.11.3 Pencapaian Akademik 16

1.11.4 Pelajar 17

1.11.5 Cara Pengelolaan Guru 18

1.12 Penutup 18

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 19

2.2 Perkembangan Berkaitan Kerja Rumah 19

2.2.1 Peruntukan Masa 20

2.2.2 Jenis Kerja Rumah 22

2.2.3 Cara Pengelolaan Guru 24

2.3 Teori-Teori Berkaitan 25

2.3.1 Teori Tingkah Laku 25

2.3.2 Teori Konstraktivisme 27

2.3.3 Teori Kognitif 31

2.4 Penutup 33

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 34

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

3.3 Tatacara Kajian 35

3.4 Variable Kajian 38

3.5 Sampel Kajian 38

3.6 Alat kajian 39

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

x

3.7 Kajian Rintis 40

3.8 Analisis Data 41

3.9 Penutup 42

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 43

4.2 Analisis Deskriptif 44

4.2.1 Latar Belakang Responden 44

4.2.2 Jantina 44

4.2.3 Bangsa 45

4.2.4 Markah Peperiksaan Akhir Tahun

dalam mata pelajaran Matematik 46

dan Bahasa Ingggeris

4.2.5 Taburan Peruntukan Masa Oleh 47

Responden Untuk menyiapkan

kerja rumah dalam mata pelajaran

Matematik dan Bahasa Inggeris

4.3 Analisis Inferensi 48

4.3.1 Analisis Hubungan antara 49

Peruntukan Masa Menyiapkan

Kerja Rumah Matematik dan Bahasa

Inggeris dengan Pencapaian

4.3.2 Analisis Hubungan antara Kerja

Rumah Jenis Latihan bagi mata

pelajaran Matematik dan Bahasa

Inggeris dengan Pencapaian

4.3.3 Analisis Hubungan antara 51

Kerja Rumah Jenis Persediaan

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

xi

bagi mata pelajaran Matematik dan

Bahasa Inggeris dengan Pencapaian

4.3.4 Analisis hubungan cara pengelolaan 53

guru (semasa kerja rumah diberikan)

dalam mata pelajaran Matematik dan

Bahasa Inggeris dengan Pencapaian

4.3.5 Analisis hubungan antara cara 54

pengelolaan guru (selepas

kerja rumah diberikan) dalam

Mata pelajaran Matematik dan

Bahasa Inggeris dengan pencapaian.

4.4 Penutup 56

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 58

5.2 Perbincangan Kajian 58

5.2.1 Latar belakang responden 59

5.2.2 Hubungan Antara Peruntukan Masa 62

Dalam menyiapkan kerja rumah dengan

Pencapaian pelajar

5.2.3 Hubungan Antara Jenis Kerja Rumah 62

Dengan pencapaian pelajar

5.2.4 Hubungan Antara Pengelolaan Guru 62

Dengan Pencapaian pelajar

5.3 Rumusan 63

5.4. Cadangan 64

5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar 64

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

xii

5.4.2 Cadangan Kepada Ibu Bapa 64

5.4.3 Cadangan Kepada Guru 65

5.4.4 Cadangan Kepada KPM 66

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 66

5.6 Penutup 66

RUJUKAN 68

LAMPIRAN 72

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

xiii

SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Jadual Item Dalam Soal Selidik 39

3.2 Skala Likert 41

3.3 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 42

3.4 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 42

4.1 Taburan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 44

4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut Bangsa 45

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Markah Dalam

Mata Pelajaran Matematik Dan Bahasa Inggeris 46

4.4 Taburan Peruntukan Masa oleh Responden dalam

satu minggu untuk Menyiapkan Kerja Rumah Matematik

dan Bahasa Inggeris 48

4.5 Analisis antara peruntukan masa menyiapkan kerja rumah 49

Matematik dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian

4.6 Analisis antara hubungan jenis kerja rumah (latihan) 50

dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris

dengan pencapaian

4.7 Analisis antara jenis kerja rumah (persediaan) dalam 52

mata pelajaran Matematik dan Bahasa Ingeris dengan

pencapaian pelajar

4.8 Analisis cara pengelolaan guru (semasa kerja rumah diberikan) 53

dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris

dengan pencapaian

4.9 Analisis antara cara pengelolaan guru (selepas kerja rumah diberikan) 55

dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK HALAMAN 1.1 Rajah kerangka konsep 13 3.1 Prosedur Kajian Dalam Bentuk Carta Alir 36

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

xv

SENARAI SINGKATAN

BIL Bilangan

FPK Falsafah Pendidkan Malaysia

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

PIBG Persatuan Ibu Bapa Guru

PPD Pejabat Pendidikan Daerah

SJK Sekolah Jenis Kebangsaan

SPSS Statiscal Package For Social Science

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Kerja rumah merupakan tugasan yang diberikan oleh guru kepada pelajar untuk

disiapkan di luar waktu persekolahan. Menurut Harris Cooper et al (1998), kerja rumah

ialah tugasan yang tersendiri dan tidak bergantungan. Sekiranya pelajar dapat

melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh, maka kerja rumah dapat membantu

meningkatkan pencapaian pelajar. Kerja rumah mempunyai beberapa tujuan yang

tersendiri. Lee & Pruitt (1979), membahagikan tujuan kerja rumah kepada beberapa

bahagian. Antaranya kerja rumah sebagai peneguhan kepada pelajar terhadap

pembelajaran pelajar pada sesi berkenaan. Selain itu, kerja rumah juga berperanan

sebagai persediaan pelajar untuk menghadapi pembelajaran akan datang. Seterusnya,

kerja rumah turut berperanan sebagai satu latihan kepada pelajar untuk berfikir selain

memahirkan pelajar untuk menguasai kemahiran-kemahiran penting seperti kemahiran

menganalisis, kemahiran membuat hipotesis dan sebagainya.

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

2

Latar belakang kerja rumah bermula awal tahun 1920-an. Pada zaman itu, kerja

rumah menjadi salah satu cara untuk mendisplinkan pelajar dalam usaha mengukuhkan

daya ingatan pelajar terhadap pembelajaran mereka. Pada lewat 1940-an pula, kerja

rumah mula kurang mendapat perhatian berikutan kaedah penyelesaian masalah atau

‘problem solving’ ditekankan di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat. Pada zaman

berkenaan, pendukung akademik berpendapat kaedah penyelesaian masalah yang

diterapkan mampu menyediakan pelajar yang berdaya saing, inisiatif dan bersikap

positif.

Lantaran kejayaan Sovient melancarkan Sputnik ke angkasa pada tahun 1950-an,

kesemua kurikulum sekolah di Amerika Syarikat digubal untuk menyediakan pelajar

yang berdaya saing dan peka kepada perubahan teknologi. Kurikulum baru sekali lagi

menekankan kerja rumah sebagai satu cara untuk meningkatkan prestasi pelajar

disamping dianggap salah satu cara untuk menambah ilmu pengetahuan. Pada 1960-an,

satu kajian telah dilaksanakan berkaitan dengan kerja rumah. Dapatan kajian mendapati

kerja rumah merupakan tugasan yang membebankan dan memberikan tekanan kepada

pelajar. Sehubungan dengan itu, pelbagai persoalan telah timbul mempersoalkan

keberkesanan kerja rumah.

Pelbagai lapisan masyarakat memberi pandangan mengenai kerja rumah.

Antaranya Paschal et al (1984). Mereka sebulat suara setuju menyatakan kerja rumah

banyak memberi kesan positif kepada pelajar. Selain itu, Rutter (1979) mendapati

sekolah yang memberi banyak kerja rumah kepada pelajar mempunyai pelajar yang

berdisiplin dan mempunyai pencapaian akademik yang membanggakan. Bagi Marshall

(1982), pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran

matematik ialah pelajar yang menyiapkan kerja rumah. Walaupun kerja rumah berbeza

dari segi jumlah, jenis dan tempoh namun matlamatnya adalah sama iaitu sebagai

peneguhan dan latihan. Persoalan yang timbul adalah sejauh mana kerja rumah berjaya

mencapai hasrat tersebut.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada awal tahun 2005, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan

garis panduan umum pemberian kerja rumah kepada pelajar-pelajar sekolah (Portal

Kementerian Pelajaran Malaysia). Secara keseluruhannya, menyentuh tiga aspek

penting dalam pemberian kerja rumah iaitu dari aspek perancangan, pelaksanaan dan

pemantauan. Garis panduan ini perlu dipatuhi oleh pihak yang bertanggungjawab

antaranya ialah pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran

Negeri (JPN). Garis panduan ini seharusnya dilaksanakan dengan serius, bukan sekadar

melepaskan batuk di tangga sahaja. KPM berpandangan, pemberian kerja rumah

penting bagi memperkukuh pemahaman pelajar terhadap pelajaran. Walau

bagaimanapun pemberiannya perlu dirancang dengan baik.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, garis panduan ini meliputi tiga aspek

penting. Aspek pertama ialah aspek perancangan. Antara perkara yang terkandung

dalam aspek ini dan yang harus ditekankan oleh pihak pengurusan sekolah ialah perlu

memastikan Jawatankuasa Kurikulum dan Panitia Mata Pelajaran mengambil kira faktor

jumlah, jenis, kekerapan, kesukaran dan kemampuan pelajar (Portal Kementerian

Pelajaran Malaysia). Tidak wajar tindakan seorang guru memberi kerja rumah kepada

pelajar-pelajar tanpa membuat kajian tentang sesuatu kerja rumah berkenaan. Selain itu,

pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu dimaklumkan mengenai peranan dan

kaedah perancangan pemberian kerja rumah agar tidak timbul salah faham mengenainya.

Hal ini demikian terdapat segelintir ibu bapa yang kurang senang sekiranya pelajar

berkenaan diberikan kerja rumah. Mereka beranggapan kerja rumah ini hanya

membebankan pelajar. Diharapkan dengan adanya makluman ini, pihak-pihak tertentu

dapat membuat penilaian sewajarnya.

Aspek kedua ialah pelaksanaan. Antara perkara yang penting dalam aspek

pelaksanaan ialah guru-guru perlu menyelaraskan pemberian kerja rumah agar seimbang

dan tidak membebankan pelajar. Guru perlu memastikan kerja rumah yang diberi itu

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

4

memenuhi objektif pengajaran, mampu membantu meningkatkan kefahaman pelajar dan

masa yang ditetapkan benar-benar releven seiring dengan kemampuan pelajar. Selain

itu, guru perlu kreatif menarik minat pelajar untuk menyiapkan kerja rumah dengan

mempelbagaikan bentuk tugasan. Tugasan yang diberikan oleh guru boleh diolah

supaya menjadi lebih menarik seperti folio, kerja kursus, bahan-bahan bantu belajar dan

sebagainya. Penggunaan komputer, perisian-perisian yang menarik dan portal-portal

pendidikan perlu digalakkan (Portal KPM). Selain menarik minat pelajar, kaedah ini

secara tidak langsung menyahut seruan kerajaan dan KPM untuk melahirkan pelajar

yang celik IT. Tindakan paling penting bagi guru setelah memberi kerja rumah ialah

menyemak kerja rumah dan memberi komen ringkas kepada pelajar seperti ‘bagus dan

teruskan usaha’ kepada hasil kerja yang berkualiti dan ‘sila buat pembetulan’ kepada

kerja yang kurang memuaskan. Secara tidak langsung ini akan meningkatkan motivasi

pelajar untuk terus membuat kerja rumah kerana guru menghargai kerja mereka di

samping guru membuat tindakan susulan, misalnya mengadakan kelas pemulihan.

Melalui aspek pemantauan pula, antara perkara yang disebutkan ialah pihak

sekolah perlu mengadakan satu mekanisme agar jadual pemberian kerja rumah dapat

diakses oleh pengetua, guru besar, guru dan murid setiap masa, seperti memaparkan

jadual tersebut di setiap bilik darjah(Portal KPM). Pengetua dan guru besar

bertanggungjawab penuh untuk memastikan setiap kerja rumah disemak oleh guru yang

memberinya. Dalam hal ini JPN, PPD, Jemaah Nazir Sekolah (JNS), pengurusan sekolah

dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu mewujudkan mekanisme pemantauan

dengan segera. Pemikiran guru-guru dan ibu bapa perlu dianjakkan supaya tidak terlalu

menekankan hanya satu aspek dalam diri pelajar, sehingga mengabaikan keperluan

untuk mengembangkan potensi lain dalam diri pelajar seperti pembangunan emosi dan

sahsiah menerusi pengembangan minat dan bakat mereka.

Persoalan yang timbul ialah sejauh mana pihak berwajib mengambil berat

dengan kenyataan yang di keluarkan oleh KPM. Kerja rumah yang efektif sepatutnya

membantu pelajar dalam pembelajaran justeru meningkatkan pencapaian mereka. Para

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

5

guru sewajarnya peka akan kesan penggunaan masa pelajar dalam membuat kerja rumah

terhadap pencapaian pelajar. Wajarkah pelajar meluangkan masa yang lama untuk

membuat kerja rumah dan bagaimana pencapaian pelajar berkenaan dan wajarkah

pelajar hanya meluangkan masa yang minimum dalam menyiapkan kerja rumah.

Selain peruntukan masa dalam membuat kerja rumah, penekanan juga harus

diberikan terhadap jenis kerja rumah yang diberikan oleh guru dan kesannya terhadap

pencapaian pelajar. Perkara-perkara yang perlu diketahui oleh para guru ialah sama ada

jenis kerja rumah itu sebagai peneguhan kepada pelajar, adakah jenis kerja rumah itu

menepati objektif pengajaran guru, adakah kerja rumah yang diberikan sebagai latihan

sebelum guru mengajar sesuatu topik dan adakah kerja rumah yang diberikan oleh guru

berkonsepkan kemahiran berfikir secara kreatif, kritis dan mampu membuka minda

pelajar. Mungkinkah kerja rumah yang diberikan itu lebih kepada bebanan atau salah

satu cara guru mendenda pelajar.

Seterusnya kerja rumah yang diberikan perlu dikaji dari segi cara pengelolaan

guru dan bagaimana pula kesannya terhadap pencapaian pelajar. Pengelolaan kerja

rumah harus mengambil kira pengelolaan guru sebelum, semasa dan selepas

memberikan kerja rumah. Adakah guru membuat penyelidikan ringkas seperti adakah

kerja rumah ini bersesuaian dengan objektif pengajaran, berapa purata masa bagi pelajar

untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan, mampukah kerja rumah ini membantu

pelajar memahami topik berkenaan dan sebagainya. Bagi pengelolaan semasa

memberikan kerja rumah pengkaji ingin melihat adakah guru menerangkan dengan jelas

dan terperinci tentang kerja rumah yang diberi kepada pelajar-pelajar, adakah guru

memberitahu masa yang sesuai untuk pelajar menghantar kerja rumah berkenaan dan

adakah guru mencadangkan supaya berjumpa dengannya sekiranya pelajar menghadapi

masalah dalam menyiapkan kerja rumah yang diberi. Bagi pengelolaan selepas memberi

kerja rumah pula bagaimana tindakkan guru terhadap kerja rumah yang diberikan.

Adakah guru menilai? Berapa lama tempoh guru untuk membuat penilaian? Adakah

guru memberi respon kepada kerja rumah pelajar?

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

6

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, banyak mata pelajaran yang perlu

dipelajari oleh setiap pelajar dan sejajar dengan itu, kerja rumah yang diberikan haruslah

mengikuti keperluan. Para guru sewajarnya mengenal pasti kesan kerja rumah terhadap

pencapaian pelajar supaya pemberian kerja rumah tidak tersasar daripada matlamatnya.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa kerja rumah boleh

mendatangkan kesan yang baik sekiranya diurus dengan baik. Pengurusan kerja rumah

bermaksud guru perlu meneliti dan merancang untuk memberikan kerja rumah kepada

pelajar. Sekiranya perkara ini diabaikan, kerja rumah yang pada dasarnya mempunyai

impak yang positif terhadap tingkah laku dan pencapaian pelajar, akan menjadi

sebaliknya. Sebagai guru merancang pengajaran dan pembelajaran merupakan perkara

yang sangat penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Begitu juga dalam

memberi kerja rumah kepada pelajar. Guru perlu merancang dengan teliti termasuk

berdiskusi dengan guru-guru yang lain sebelum memberikan kerja rumah. Hal ini

demikian kerana pelajar bukan sahaja belajar satu mata pelajaran dalam satu sesi

persekolahan. Tanpa perbincangan ini, di khuatiri setiap guru yang mengajar setiap

mata pelajaran memberikan kerja rumah dan kesannya kerja rumah yang pada awalnya

bertindak sebagai peneguhan kepada pembelajaran pelajar, bertukar menjadi beban

kepada mereka.

Sejajar dengan penjelasan di atas, pengkaji ingin mengenal pasti sama ada

terdapat hubungan antara penggunaan masa, jenis kerja rumah dan cara pengelolaan

guru terhadap kerja rumah dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik

dan Bahasa Inggeris.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

7

1.4 Objektif kajian

Secara umunya, kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji

hubungan antara peruntukan masa, jenis dan cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah

bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian pelajar tahun

lima dalam mata pelajaran tersebut di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina). Secara lebih

spesifik, objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i) Mengenal pasti hubungan antara peruntukan masa dalam kerja rumah

dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik dan bahasa

Inggeris

ii) Mengenal pasti hubungan antara kerja rumah jenis latihan dengan

pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik dan bahasa Inggeris

iii) Mengenal pasti hubungan antara kerja rumah jenis persediaan dengan

pencapaian bagi mata pelajaran Matematik dan bahasa Inggeris

iv) Mengenal pasti hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja

rumah (semasa kerja rumah diberikan) dengan pencapaian pelajar bagi

mata pelajaran Matematik dan bahasa Inggeris

v) Mengenal pasti hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja

rumah(selepas kerja rumah diberikan) dengan pencapaian pelajar bagi

mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris

1.5 Persoalan kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan. Persoalan kajian

adalah seperti berikut:

i) Adakah terdapat hubungan antara peruntukan masa dalam kerja rumah

dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik dan bahasa

Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) ?

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

8

ii) Adakah terdapat hubungan antara kerja rumah jenis latihan dengan

pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris

di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) ?

iii) Adakah terdapat hubungan antara kerja rumah jenis persediaan dengan

pencapaian bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris di

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) ?

iv) Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja

rumah(semasa kerja rumah diberikan) dengan pencapaian pelajar bagi

mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris di Sekolah Jenis

Kebangsaan (Cina) ?

v) Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja

rumah (selepas kerja rumah diberikan) dengan pencapaian pelajar bagi

mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris Inggeris di Sekolah Jenis

Kebangsaan (Cina) ?

1.6 Hipotesis Kajian:

Berdasarkan objektif kajian, beberapa hipotesis telah dibentuk iaitu :

Ho1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa

dalam kerja rumah dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran

Matematik di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)

Ho2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa

dalam kerja rumah dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran

Bahasa Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)

Ho3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis

latihan dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik

di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa

9

Ho4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis

latihan dengan pencapaian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)

Ho5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis

persediaan dengan pencapaian bagi mata pelajaran Matematik di

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)

Ho6 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis

persediaan dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Bahasa

Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)

Ho7 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan

guru terhadap kerja rumah (semasa kerja rumah diberikan)

dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik di

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)

Ho8 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan

guru terhadap kerja rumah (semasa kerja rumah diberikan)

dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)

Ho9 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan

guru terhadap kerja rumah (selepas kerja rumah diberikan) dengan

pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik di Sekolah

Jenis Kebangsaan (Cina)

Ho10 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan

guru terhadap kerja rumah (selepas kerja rumah diberikan) dengan

pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)