21
MODUL PEMBELAJARAN TOPIK FUNGSI DALAM PENGATURCARAAN C++ BERASASKAN MODEL IDEAL SITI NURFAREHA BINTI SAMSURKHAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

MODUL PEMBELAJARAN TOPIK FUNGSI DALAM PENGATURCARAAN

C++ BERASASKAN MODEL IDEAL

SITI NURFAREHA BINTI SAMSURKHAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT

TERHADAP KONSEP PERUBAHAN KIMIA DAN

PERUBAHAN FIZIK.

SESI PENGAJIAN: 2011/2012

Saya : SITI NURFAREHA BINTI SAMSURKHAR

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_____________________________ __________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

KAMPUNG SIMPANG TIGA GUDANG, PUAN NORAH MD NOOR

34520 BATU KURAU, NAMA PENYELIA

PERAK DARUL RIDZUAN.

Tarikh: 29 JUN 2012 Tarikh: 29 JUN 2012

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Set Borang Soal Selidik 85

B1 Penilaian oleh Pakar (I) 87

B2 Peilaian oleh Pakar (II) 90

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

PENGESAHAN PENYELIA

" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Kimia)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PUAN NORAH MD NOOR

Tarikh : 29 JUN 2012

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

MODUL PEMBELAJARAN TOPIK FUNGSI DALAM PENGATURCARAAN

C++ BERASASKAN MODEL IDEAL

SITI NURFAREHA BINTI SAMSURKHAR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JULAI 2012

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya

jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : SITI NURFAREHA BINTI SAMSURKHAR

Tarikh : 29 JUN 2012

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

iii

DEDIKASI

Ayahanda dan Bonda Terunggul:

Samsurkhar Bin Hamzah & Khodijah Binti Che Hat

Terima kasih yang tidak terhingga buat AYAHANDA dan BONDA

Di atas doa, nasihat, kasih sayang, pengorbanan dan sokongan

Jasa budimu tak terhitung dan kukenang hingga ke akhir hayat…

Adik-Beradik Yang Kucintai Dan Kusayangi:

Siti Nurfarehan, Muhammad Fauzi, Muhammad Faiz Izzuddin, Siti Nurfadzillah,

Muhammad Faris Fazdlan

Terima Kasih di atas doa, kata-kata semngat dan pengorbanan kalian

Semoga kejayaanku hari ini menjadi contoh, semangat, dan dorongan

untuk kalian berjaya dengan cemerlang di masa hadapan...

Sentiasa Dihati dan Dihormati, Puan Norah Md Noor

Jutaan Terima Kasih di atas kesabaran, didikan, bimbingan, dan tunjuk ajar

Segalanya tidak ternilai harganya dan tak mampu dibalas

Didoakan semoga bahagia itu sentiasa menjadi milikmu...

Sahabat-Sahabat Seperjuangan Yang Amat Dihargai:

Nour Fatiney Hananey , Izzanie, Izzati, Sofie, 4 SPK, 4 SPC

Kesabaran, pengorbanan, semangat, idea, bantuan dan pandangan

Terima Kasih atas segalanya...

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

v

ABSTRAK

Pengenalan kepada Pengaturcaraan merupakan antara kursus yang

ditawarkan di kalangan majoriti pelajar pengkhususan dalam bidang sains komputer

atau tidak. Salah satu bahasa yang diajar bagi subjek ini adalah C++ dan fungsi

adalah salah satu topik yang dikenalpasti sebagai antara topik yang sukar. Pemilihan

alat bantu mengajar yang tepat akan dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan

pelajar mengenai sesuatu matapelajaran. Oleh itu, modul pembelajaran yang

merupakan alat bantu mengajar yang mempercepatkan dan melicinkan proses

pembelajaran serta menggalakkan pembelajaran kendiri diaplikasikan. Model

penyelesaian masalah berasaskan IDEAL diadaptasi untuk mengukuhkan lagi modul

ini. Hal ini adalah kerana proses penyelesaian masalah adalah satu proses pendidikan

yang membenarkan pelajar-pelajar menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal

berdasarkan satu topik yang diberikan. Sehubungan dengan itu, bagi menilai modul

yang dibangunkan adalah menepati keperluan dari segi isi kandungan dan

pengaplikasian kaedah penyelesaian masalah berasaskan IDEAL, dua orang pakar

telah dilibatkan. Hasil kajian dan cadangan kajian lanjutan dikemukan bagi

mempertingkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran subjek komputer

terutama subjek pengaturcaraan C++.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

vi

ABSTRACT

Introduction to programming is one of the subjects offered among students

whether majoring in computer science or not. C++ is one of the programming

languages chosen for this subject and function is identified as one of the difficult

topics. The selection of right teaching aids will enhance students’ knowledge about

the subject. Therefore, learning module which is a teaching aid that can accelerate

and smooth out the learning process and encourages self learning is applied.

Problem solving model based on IDEAL were applied to strengthen this learning

module. This is because; problem solving is one of the educational processes that

allow students to apply their critical thinking skills based on a given topic.

Accordingly, to evaluate the development of the module is to meet the needs in term

of the contents and the application of problem solving based on IDEAL model, two

experts has been involved. The findings and recommendations for further research is

documentation to improve the quality of teaching and learning for computer subject

especially programming C++.

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH viii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.6.1 Pelajar 6

1.6.2 Pensyarah 6

1.7 Rasional Kajian 7

1.8 Batasan Kajian 7

1.9 Istilah 8

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

viii

1.10 Penutup 9

2 SOROTAN KAJIAN 10

2.1 Pengenalan 10

2.2 Pengaturcaraan 10

2.3 Masalah Belajar Pengaturcaraan 12

2.4 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 14

2.5 Bahan Bantu Mengajar 18

2.6 Modul Pembelajaran 22

2.7 Penyelesaian Masalah 25

2.8 Penutup 29

3 METADOLOGI KAJIAN 30

3.1 Pengenalan 30

3.2 Reka Bentuk Kajian 30

3.3 Prosedur Kajian 31

1.6.1 Fasa Analisis 32

1.6.1 Fasa Reka Bentuk 32

1.6.1 Fasa Pembangunan 33

1.6.1 Fasa Perlaksanaan 35

1.6.1 Fasa Penilaian 35

3.8 Penutup 36

4 PEMBANGUNAN MODUL 37

4.1 Pengenalan 37

4.2 Format Modul 38

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

ix

4.3 Uji Diri Anda 40

4.4 Pengenalan Kepada Fungsi 41

4.5 Takrifan Fungsi 43

4.6 Memanggil Fungsi 44

4.7 Pengisytiharaan Fungsi 45

4.8 Parameter Fungsi 47

4.9 Skop Pembolehubah Dan Fungsi 48

4.10 Latihan 49

4.11 Penyelesaian Masalah 50

4.12 Jawapan 56

4.13 Penilaian Pakar 58

4.13.1 Penilai Pertama 58

4.13.2 Penilai Kedua 59

4.14 Penambahbaikan Modul 59

4.14.1 Saiz Modul 60

4.14.2 Format Tulisan 60

4.14.3 Muka Hadapan Modul 61

4.14.4 Warna Tulisan 61

4.14.5 Objektif Kecil 62

4.14.6 Spacing 63

4.14.1 Keseragaman Karakter Kartun 64

4.4 Penutup 65

5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN 66

5.1 Pengenalan 66

5.2 Perbincangan 66

5.3 Kekangan 69

5.4 Cadangan Kajian 70

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71

5.6 Penutup 71

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

x

RUJUKAN 72

LAMPIRAN 84

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Proses penyelesaian masalah (Gick & Holyoak,

1980)

26

3.1 Carta Aliran ADDIE 31

3.2 Rangka kerja pembangunan modul

pembelajaran. ( Diubahsuai Shaharom, 1996)

33

4.1 Tajuk utama modul yang menggunakan jenis

tulis The Beautiful One dan bersaiz 40.

38

4.2 Subtopik yang menggunakan jenis tulisan Merkin

dan bersaiz 16

38

4.3 Penggunaan warna biru menunjukkan ia adalah

aturcara yang digunakan sebagai contoh.

39

4.4 Aturcara bagi masalah yang diberi menggunakan

jenis tulisan Courier New bersaiz 12 dan warna

kuning.

39

4.5 Contoh soalan Uji Diri Anda 40

4.6 Pengenalan Kepada Fungsi. 41

4.7 Penilaian kendiri. 42

4.8 Contoh aturcara daripada permasalahan yang

diberi.

42

4.9 Penerangan peranan fungsi. 43

4.10 Fungsi takrifan pengguna 44

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

xii

4.11 Fungsi piawaian perpustakaan 44

4.12 Memanggil fungsi. 45

4.13 Bentuk pengisytiharaan fungsi. 46

4.14 Pengisytiharaan fungsi 46

4.15 Jenis parameter 47

4.16 Takrifan fungsi berparameter. 47

4.17 Aturcara menggunakan parameter fungsi. 48

4.18 Jenis pembolehubah fungsi. 48

4.19 Jenis prototaip fungsi. 49

4.20 Contoh prototaip fungsi. 49

4.21 Contoh Latihan 50

4.22 Permasalahan yang diberi 51

4.23 Spesifikasi masalah 51

4.24 Analisis Masalah 52

4.25 Data yang diperlukan. 52

4.26 Reka bentuk 53

4.27 Implimentasi (Tanpa menggunakan fungsi) 54

4.28 Implimentasi (Menggunakan fungsi) 55

4.29 Paparan hasil. 56

4.30 Contoh jawapan. 57

4.31 Perkataaan English sebelum dinilai. 60

4.32 Perkataaan English selepas dinilai. 60

4.33 Muka hadapan sebelum dan selepas dinilai. 61

4.34 Warna tulisan sebelum dinilai. 62

4.35 Warna tulisan selepas dinilai. 62

4.36 Tiada objektif kecil pada setiap tajuk sebelum

dinilai.

62

4.37 Penambahan objektif kecil pada setiap tajuk

selepas dinilai.

63

4.38 Spacing antara ayat sebelum dinilai. 63

4.39 Spacing antara ayat setelah dinilai. 64

4.40 Karakter pada muka surat 18 sebelum dinilai. 64

4.41 Karakter pada muka surat 18 selepas dinilai. 65

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dewasa ini, menelesuri kecanggihan teknologi yang semakin menular di

kalangan rakyat Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang peka

terhadap isu ini tidak melepaskan peluang menjana idea untuk menghasilkan produk-

produk yang berkualiti bagi membantu memperkemaskan dan memperkasakan mutu

pendidikan di negara kita. Maka dengan itu lahirlah beberapa bahan bantu mengajar

seperti simulasi, modul, perisian dan sebagainya.

Usaha yang berterusan untuk memperkembangkan dan memajukan lagi

sistem pendidikan di Malaysia ini dibuktikan dengan kehadiran kepelbagaian

kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah bertepatan dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan ( FPK) iaitu:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan

yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara”.

Menurut Ee Ah Meng (1992), Contoh lazim bentuk pengajaran dan

pembelajaran yang berasaskan bahan adalah seperti modul, pengajaran terancang,

dan audio tutorial. Alat Bantu Mengajar (ABM) membolehkan guru menyampaikan

pelajaran dengan lebih mudah, lebih menarik dan berkesan, manakala pelajar pula

dapat memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti

pembelajaran secara sendiri atau kumpulan. ( Mook Soon Sang, 2002).

Pembelajaran bermodul (PB) bertujuan untuk membolehkan para pelajar

menjalankan proses pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan kadar kendiri

(Shaharom dan Yap,1991). Pengajaran bermodul juga membolehkan para pelajar

memilih pembelajaran yang paling efektif untuk diri mereka supaya pembelajaran

dapat berjalan dengan lebih berkesan dan produktif. Terdapat banyak modul yang

telah dihasilkan berdasarkan mata pelajaran tertentu. Penghasilan modul berdasarkan

masalah juga dapat membantu pelajar dalam memahami sesuatu mata pelajaran.

Modul berdasarkan masalah ini dibangunkan dengan mengutamakan penyelesaian

masalah sebagai kaedah untuk memahami mata pelajaran tersebut.

Modul-modul digunakan di sekolah dan di institusi pengajian tinggi

memainkan peranan yang sama iaitu memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran. Kajian ini memfokuskan kepada modul pembelajaran berdasarkan

penyelesaian masalah bagi tajuk fungsi dalam pengaturcaraan C++.

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Jonassen (1996), dua dekad terakhir ini pengaturcaraan komputer

telah diajarkan secara meluas, beberapa pendidik dalam domain ini telah

membayangkan bahawa belajar pengaturcaraan bukan hanya belajar suatu subjek

akademik atau kemahiran kerja, tetapi juga penanaman pembangunan kognitif tahap

yang lebih tinggi. Pembelajaran pengaturcaraan tidak berfokus pada seseorang

ataupun sesuatu bidang pekerjaan, malahan ia menjadi perkara wajib yang perlu

dikuasai oleh setiap individu di era globalisasi ini. Namun pemahaman terhadap

konsep asas dalam pengaturcaraan amatlah penting.

Kebanyakan pelajar hanya mempelajari bahagian asas sahaja dalam

pengaturcaraan. Pengaturcaraan memerlukan pemahaman yang betul untuk

menguasai sesuatu konsep yang abstrak dan sukar diimiginasikan. Oleh yang

demikian, pelajar selalu berhadapan dengan kesukaran dalam mempelajari lebih

mendalam subjek berkenaan. Kesukaran yang dihadapi hendaklah dikenalpasti bagi

mendapatkan solusi kepada pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan yang lebih

efektif. (L.Essi, A.M. Kirsti & J.Hannu-Matti, 2005 )

Sesebuah modul disediakan bertujuan supaya pelajar belajar dengan sendiri

berpandukan bahan pembelajaran yang tersusun. Maka modul yang dihasilkan

membantu pelajar memahami sesuatu mata pelajaran dengan lebih berkesan. Pelajar

diberi kebebasan menggunakan sesuatu modul yang ditetapkan dengan kaedah

sendiri. Kebolehan dan keupayaan pelajar adalah berbeza untuk memperolehi ilmu

pengetahuan. Hal ini juga disokong dengan pernyataan Shaharom (1991),

menyatakan bahawa para pelajar diberi ruang kebebasan untuk meneruskan proses

pembelajaran mengikut kebolehan dan gaya masing-masing untuk menyelesaikan

aktiviti pembelajaran yang terkandung dalam sesuatu modul.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

Penyelesaian masalah merupakan aktiviti pembelajaran yang melibatkan diri

pelajar. Menurut Popper (1999), kehidupan adalah penyelesaian masalah. Kerumitan

masalah adalah berbeza-beza mengikut situasi, namun kerumitan ini adalah satu

kayu ukur bagi berlakunya proses penyelesaian masalah. (Jonassen & Hung, 2008).

Melalui penyelesaian masalah, pelajar dapat melihat bagaimana konsep

sesuatu topik itu diguna pakai dan dilaksanakan. Tambahan pula, dengan

menyelesaikan masalah, pelajar dapat mengaktifkan minda dengan berfikir dan

mengutarakan idea demi untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dikemukakan.

Peterson (1996) mengatakan bahawa peningkatan tumpuan terhadap pengajaran

kritis dan penyelesaian masalah telah menjadi tunjang kepada reformasi kurikulum

sekolah kerana kemahiran ini adalah asas bagi semua pembelajaran. Maka dengan

ini, modul ini memilih kaedah penyelesaian masalah untuk membantu pelajar

menguasai tajuk fungsi dalam pengaturcaraan C++.

1.3 Pernyataan Masalah

Pengaturcaraan C++ mempunyai reputasi sebagai subjek sukar untuk

dipelajari malah lebih sukar untuk menguasainya. C++ amat menitikberatkan

penulisan pengaturcaraan, dan adakalanya ianya menjadi sukar untuk pelajar

menumpukan perhatian terhadap sintaks, struktur dan tatacara pengaturcaraan pada

satu masa yang sama. ( Nitish Tripathi & Ojha, 2010 ). Bagi pelajar yang tidak

mempunyai pengalaman dalam mempelajarinya, agak sukar bagi mereka untuk

memahami dan mengusainya tanpa bantuan bahan tambahan dan rujukan.

Penghasilan modul merupakan solusi terhadap permasalahan ini. Modul yang

dibangunkan berdasarkan kaedah penyelesaian masalah akan membuatkan pelajar

lebih berfokus, seterusnya mengukuhkan lagi penguasaan pelajar terhadap topik ini.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

Menurut Karsono (1993), penghasilan modul yang terancang, sistematik dan cara ia

digunakan oleh pensyarah masih menjadi perkara yang terpenting dalam menjadikan

sesuatu program pendidikan sebagai satu program yang efektif.

Salah satu topik yang sukar dikuasai dalam kursus pengaturcaraan C++

adalah fungsi. Ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Siti Syazwani Shahir

(2008).

1.4 Objektif Kajian

i. Menghasilkan sebuah Modul Pembelajaran berdasarkan masalah bagi

mempelajari topik fungsi dalam matapelajaran pengenalan kepada

pengaturcaraan C++.

ii. Menghasikan sebuah Modul Pembelajaran bagi pengaturcaraan C++ yang

dapat menarik minat pelajar untuk membantu memahami topik fungsi.

1.5 Persoalan Kajian

I. Adakah Modul Pembelajaran berdasarkan masalah yang dihasilkan sesuai

untuk mempelajari tajuk fungsi dalam matapelajaran pengenalan kepada

pengaturcraan C++?

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ... yang peka terhadap isu ini ... malahan ia menjadi perkara wajib

II. Adakah modul pembelajaran yang dihasilkan dapat menarik minat pelajar

untuk memahami tajuk fungsi?