1
e-newsletter ISU 4/2017 Segamat: Kira-kira 500 kakitangan pentadbiran serta para pensyarah UiTM Cawangan Johor melafaz serta menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada 20 Julai yang lepas sekaligus menjadikan ia Institusi Pengajian Tinggi pertama di Negeri Johor yang mengadakan majlis seumpama ini. Bacaan ikrar telah diketuai oleh Rektor UiTM Cawangan Johor, Prof. Madya Dr. Azizan Abdullah dengan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Azmi Alias, Pengarah SPRM Johor. Dalam ucapan beliau, Prof. Madya Dr. Azizan menyeru kakitangan UiTM Cawangan Johor untuk sentiasa menjaga integriti dan akauntabiliti dalam menjalankan tugas. Menurut Dato’ Azmi, sehingga kini UiTM Cawangan Johor belum pernah terpalit dengan isu-isu rasuah dan beliau berharap agar semua kakitangan UiTM mengekalkan integriti untuk menjaga nama baik UiTM.Turut hadir, Ketua Unit Integriti, UiTM, Encik Ridzuan Ahmad, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Johor, Tuan Zuber Zainal serta Ketua Cawangan SPRM Segamat, Tuan Zulhalim Husin. UiTM Cawangan Johor Ikrar Bebas Rasuah Segamat: Pada 27 Julai 2017, bertempat di Dewan Sri Temenggong, Kampus Segamat telah berlangsung Majlis Penyerahan Pelajar Interim Kepada Penasihat Akademik. Seramai 603 pelajar Semester 1 Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) daripada program CS110 dan CS143 terlibat dalam majlis tersebut. Sementara itu, 25 orang pensyarah FSKM telah dilantik menjadi penasihat akademik (PA) kepada kumpulan pelajar interim ini, di mana setiap pensyarah diserahkan beberapa orang pelajar. Menurut Puan Yusnita Sokman, Ketua Pusat Pengajian FSKM, majlis ini diadakan untuk merapatkan hubungan antara PA dan pelajar bagi membentuk interaksi yang berkesan antara kedua-dua pihak. Peranan PA tidak boleh dipandang enteng kerana PA adalah insan yang akan membimbing dan memantau hal ehwal akademik pelajar di bawah seliaan mereka supaya pelajar dapat menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan dengan memperolehi keputusan yang baik. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Prof. Madya Haji Kamel Taufiq Abdul Ghani, Timbalan Rektor (HEA). Khind Starfish Foundtion telah mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan “Projects For Happiness” yang dibuka kepada semua pelajar IPT di Malaysia. Melalui program ini, pihak Khind Starfish Foundation berharap dapat menggalakkan para pelajar mencari kaedah yang kreatif dan innonatif untuk membantu menyelesaikan masalah masyarakat yang berkait dengan isu kemiskinan dan sosial yang lain. Pada 13 Julai, para juri dari Khind Starfish Foundation telah datang ke Kampus Segamat untuk mengadili pembentangan pelajar yang diadakan di Bilik Sekretariat UiTMCJ. Pada 28 Julai pula diadakan sesi pembentangan di Pejabat Khind Starfish Foundation, Shah Alam. Setiap pembentangan yang berjaya akan diberikan dana dengan nilai maksimum RM10,000. Berikut adalah projek pelajar UiTMCJ yang telah berjaya mendapat dana Khind Starfish Foundtion “Projects for Happiness”: Learning Through Stories: Children’s Theater Safety Ride Autisme Is A Gift Sexual Abuse Defense (SAD) Kit Projek Cendawan Tiram Untuk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Segamat Traditional Malaysian Dance Workshop: Kuda Kepang Clean Rivers For Recreation Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya. FSKM Anjur Majlis Penyerahan Pelajar Kepada Penasihat Akademik 7 Projek Pelajar UiTM Cawangan Johor Mendapat Dana Tajaan Khind Starfish Foundation Segamat: Seramai 434 pelajar jurusan Diploma Sains Komputer (CS110) Semester 1 telah menyertai Bengkel Pemantapan Asas Matematik anjuran Jawatankuasa Akademik FSKM, UiTMCJ pada 15 Julai 2017. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah dan teknik menguasai asas Matematik supaya peserta dapat meningkatkan tahap pencapaian dalam kursus-kursus berasaskan Matematik. Bengkel yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 5.00 petang ini melibatkan 10 orang pensyarah Matematik di mana, 5 orang bertindak sebagai penceramah dan 5 orang lagi sebagai fasilitator. Para peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan di mana setiap satu kumpulan dikelolakan oleh seorang penceramah dengan dibantu oleh seorang fasilitor. Bengkel ini merupakan inisiatif fakulti dalam mengatasi peratus kegagalan yang tinggi dalam kursus-kursus Matematik di kalangan pelajar CS110. Semoga program ini memberi manfaat kepada para pelajar. Bengkel Pemantapan Asas Matematik Untuk Pelajar Interim CS110 Segamat: UiTM Cawangan Melaka di bawah anjuran Unit Pengurusan Kolej telah mengadakan lawatan ke UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat pada 19 Julai yang lalu. Seramai 24 orang telah menyertai lawatan ini yang diketuai oleh Puan Ami Zita Ahmad, Pengurus Asrama Kanan UiTMCM. Tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan hubungan di antara kedua pihak di samping berkongsi maklumat mengenai pengurusan kolej kediaman. Ketibaan mereka telah disambut oleh Puan Zalina Hj. Hitam, Pengurus Asrama Kanan UiTMCJ serta staf-staf Unit Pengursan Kolej yang lain. Seterusnya mereka dibawa melawat ke Kolej Kediaman B serta Ledang Inn. Pelbagai isu dibincangkan di antara kedua-dua pihak termasuklah berkenaan sewaan ruang niaga dan sewaan perabot. Pihak UiTMCJ mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para delegasi dan berharap lawatan ini adalah sebagai ‘platform’ ke arah hubungan kerjasama yang lebih erat. Jalinan Ukhwah UiTM Cawangan Melaka Segamat: Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perdana peringkat UiTM Cawangan Johor telah diadakan pada 23 Julai 2017 bersamaan dengan 29 Syawal 1438H. Ia telah diadakan di Dewan Sri Temenggong, UiTMCJ. Seperti tahun-tahun yang lepas, setiap jabatan/unit serta kelab pensyarah menghias indah gerai masing- masing di samping menghidangkan pelbagai juadah yang enak. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan yang terdiri daripada Tuan Pegawai Daerah Segamat, Tn. Hj. Mohd Haffiz Ahmad, YB Hajjah Norshidah Ibrahim, ADUN Buloh Kasap, YB Mohd Azhar Ibrahim, ADUN Tenang, Senator Zahari Sarip, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Segamat serta tidak dilupakan para pesara UiTMCJ. Majlis turut diselitkan dengan sesi penyampaian cenderahati kepada staf UiTMCJ yang bakal menunaikan ibadah haji pada musim ini oleh Prof. Madya Dr. Azizan Abdullah, Rektor UiTMCJ. Pertandingan gerai tercantik juga telah diadakan. Johan bagi kategori ini telah dimenangi oleh Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), tempat kedua dimenangi oleh pejabat Bahagian Pentadbiran dan tempat ketiga telah dimenangi oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik. Diharap agar program seperti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang kerana ia dapat memupuk semangat gotong- royong dan merapatkan silaturrahim sesama warga dan masyarakat setempat. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UiTMCJ Meriah UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Johor Kampus Segamat JULAI 2017 Segamat: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017M peringkat Daerah Segamat telah diadakan pada 19 Julai bersamaan 25 Syawal di Dewan Serbaguna Jalan Genuang. Majlis yang bermula pada pukul 7.45 malam itu dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah, pemimpin-pemimpin masyarakat serta segenap lapisan masyarakat Daerah Segamat. Berkonsepkan gerai, setiap jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta dalam Daerah Segamat menghidangkan pelbagai juadah. UiTM Cawangan Johor tidak ketinggalan turut serta dengan menyediakan hidangan mee bandung. Gerai UiTM Cawangan Johor telah dilawati oleh Tuan Haji Mohd Haffiz bin Ahmad, Pegawai Daerah Segamat dan disambut mesra oleh Rektor dan staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang menjadi jawatankuasa pada sambutan kali ini. Sudah menjadi tradisi UiTMCJ untuk turut sama memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Daerah Segamat saban tahun demi mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat. Majlis pada malam itu diserikan lagi dengan persembahan nyanyian oleh artis Sufian Suhaimi dan Amira Othman. Mee Bandung Hidangan Istimewa UiTMCJ Sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Muafakat Johor Peringkat Daerah Segamat Unit Komunikasi Korporat UiTMCJ http://johor.uitm.edu.my

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Daerah Segamat …...Johor telah diadakan pada 23 Julai 2017 bersamaan dengan 29 Syawal 1438H. Ia telah diadakan di Dewan Sri Temenggong, UiTMCJ. Seperti

  • Upload
    others

  • View
    16

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Daerah Segamat …...Johor telah diadakan pada 23 Julai 2017 bersamaan dengan 29 Syawal 1438H. Ia telah diadakan di Dewan Sri Temenggong, UiTMCJ. Seperti

e-newsletterISU 4/2017

Segamat: Kira-kira 500 kakitangan pentadbiran serta para pensyarah UiTM Cawangan Johor melafaz serta menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada 20 Julai yang lepas sekaligus menjadikan ia Institusi Pengajian Tinggi pertama di Negeri Johor yang mengadakan majlis seumpama ini. Bacaan ikrar telah diketuai oleh Rektor UiTM Cawangan Johor, Prof. Madya Dr. Azizan Abdullah dengan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Azmi Alias, Pengarah SPRM Johor. Dalam ucapan beliau, Prof. Madya Dr. Azizan menyeru kakitangan UiTM Cawangan Johor untuk sentiasa menjaga integriti dan akauntabiliti dalam menjalankan tugas. Menurut Dato’ Azmi, sehingga kini UiTM Cawangan Johor belum pernah terpalit dengan isu-isu rasuah dan beliau berharap agar semua kakitangan UiTM mengekalkan integriti untuk menjaga nama baik UiTM.Turut hadir, Ketua Unit Integriti, UiTM, Encik Ridzuan Ahmad, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Johor, Tuan Zuber Zainal serta Ketua Cawangan SPRM Segamat, Tuan Zulhalim Husin.

UiTM Cawangan Johor Ikrar Bebas Rasuah

Segamat: Pada 27 Julai 2017, bertempat di Dewan Sri Temenggong, Kampus Segamat telah berlangsung Majlis Penyerahan Pelajar Interim Kepada Penasihat Akademik. Seramai 603 pelajar Semester 1 Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) daripada program CS110 dan CS143 terlibat dalam majlis tersebut. Sementara itu, 25 orang pensyarah FSKM telah dilantik menjadi penasihat akademik (PA) kepada kumpulan pelajar interim ini, di mana setiap pensyarah diserahkan beberapa orang pelajar. Menurut Puan Yusnita Sokman, Ketua Pusat Pengajian FSKM, majlis ini diadakan untuk merapatkan hubungan antara PA dan pelajar bagi membentuk interaksi yang berkesan antara kedua-dua pihak. Peranan PA tidak boleh dipandang enteng kerana PA adalah insan yang akan membimbing dan memantau hal ehwal akademik pelajar di bawah seliaan mereka supaya pelajar dapat menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan dengan memperolehi keputusan yang baik. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Prof. Madya Haji Kamel Taufiq Abdul Ghani, Timbalan Rektor (HEA).

Khind Starfish Foundtion telah mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan “Projects For Happiness” yang dibuka kepada semua pelajar IPT di Malaysia. Melalui program ini, pihak Khind Starfish Foundation berharap dapat menggalakkan para pelajar mencari kaedah yang kreatif dan innonatif untuk membantu menyelesaikan masalah masyarakat yang berkait dengan isu kemiskinan dan sosial yang lain. Pada 13 Julai, para juri dari Khind Starfish Foundation telah datang ke Kampus Segamat untuk mengadili pembentangan pelajar yang diadakan di Bilik Sekretariat UiTMCJ. Pada 28 Julai pula diadakan sesi pembentangan di Pejabat Khind Starfish Foundation, Shah Alam. Setiap pembentangan yang berjaya akan diberikan dana dengan nilai maksimum RM10,000.

Berikut adalah projek pelajar UiTMCJ yang telah berjaya mendapat dana Khind Starfish Foundtion “Projects for Happiness”:

• Learning Through Stories: Children’s Theater• Safety Ride• Autisme Is A Gift• Sexual Abuse Defense (SAD) Kit• Projek Cendawan Tiram Untuk Pusat Pemulihan

Dalam Komuniti (PDK) Segamat• Traditional Malaysian Dance Workshop: Kuda Kepang• Clean Rivers For Recreation

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya.

FSKM Anjur Majlis Penyerahan Pelajar Kepada Penasihat Akademik

7 Projek Pelajar UiTM Cawangan Johor Mendapat Dana Tajaan Khind Starfish Foundation

Segamat: Seramai 434 pelajar jurusan Diploma Sains Komputer (CS110) Semester 1 telah menyertai Bengkel Pemantapan Asas Matematik anjuran Jawatankuasa Akademik FSKM, UiTMCJ pada 15 Julai 2017. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah dan teknik menguasai asas Matematik supaya peserta dapat meningkatkan tahap pencapaian dalam kursus-kursus berasaskan Matematik. Bengkel yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 5.00 petang ini melibatkan 10 orang pensyarah Matematik di mana, 5 orang bertindak sebagai penceramah dan 5 orang lagi sebagai fasilitator. Para peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan di mana setiap satu kumpulan dikelolakan oleh seorang penceramah dengan dibantu oleh seorang fasilitor. Bengkel ini merupakan inisiatif fakulti dalam mengatasi peratus kegagalan yang tinggi dalamkursus-kursus Matematik di kalangan pelajar CS110. Semoga program ini memberi manfaat kepada para pelajar.

Bengkel Pemantapan Asas Matematik Untuk Pelajar Interim CS110

Segamat: UiTM Cawangan Melaka di bawah anjuran Unit Pengurusan Kolej telah mengadakan lawatan ke UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat pada 19 Julai yang lalu. Seramai 24 orang telah menyertai lawatan ini yang diketuai oleh Puan Ami Zita Ahmad, Pengurus Asrama Kanan UiTMCM. Tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan hubungan di antara kedua pihak di samping berkongsi maklumat mengenai pengurusan kolej kediaman. Ketibaan mereka telah disambut oleh Puan Zalina Hj. Hitam, Pengurus Asrama Kanan UiTMCJ serta staf-staf Unit Pengursan Kolej yang lain. Seterusnya mereka dibawa melawat ke Kolej Kediaman B serta Ledang Inn. Pelbagai isu dibincangkan di antara kedua-dua pihak termasuklah berkenaan sewaan ruang niaga dan sewaan perabot. Pihak UiTMCJ mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para delegasi dan berharap lawatan ini adalah sebagai ‘platform’ ke arah hubungan kerjasama yang lebih erat.

Jalinan Ukhwah UiTM Cawangan Melaka

Segamat: Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perdana peringkat UiTM Cawangan Johor telah diadakan pada 23 Julai 2017 bersamaan dengan 29 Syawal 1438H. Ia telah diadakan di Dewan Sri Temenggong, UiTMCJ. Seperti tahun-tahun yang lepas, setiap jabatan/unit serta kelab pensyarah menghias indah gerai masing-masing di samping menghidangkan pelbagai juadah yang enak. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan yang terdiri daripada Tuan Pegawai Daerah Segamat, Tn. Hj. Mohd Haffiz Ahmad, YB Hajjah Norshidah Ibrahim, ADUN Buloh Kasap, YB Mohd Azhar Ibrahim, ADUN Tenang, Senator Zahari Sarip, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Segamat serta tidak dilupakan para pesara UiTMCJ.Majlis turut diselitkan dengan sesi penyampaian cenderahati kepada staf UiTMCJ yang bakal menunaikan ibadah haji pada musim ini oleh Prof. Madya Dr. Azizan Abdullah, Rektor UiTMCJ. Pertandingan gerai tercantik juga telah diadakan. Johan bagi kategori ini telah dimenangi oleh Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), tempat kedua dimenangi oleh pejabat Bahagian Pentadbiran dan tempat ketiga telah dimenangi oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik. Diharap agar program seperti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang kerana ia dapat memupuk semangat gotong-royong dan merapatkan silaturrahim sesama warga dan masyarakat setempat.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UiTMCJ Meriah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARACawangan JohorKampus Segamat

JULAI 2017

Segamat: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017M peringkat Daerah Segamat telah diadakan pada 19 Julai bersamaan 25 Syawal di Dewan Serbaguna Jalan Genuang. Majlis yang bermula pada pukul 7.45 malam itu dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah, pemimpin-pemimpin masyarakat serta segenap lapisan masyarakat Daerah Segamat.Berkonsepkan gerai, setiap jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta dalam Daerah Segamat menghidangkan pelbagai juadah. UiTM Cawangan Johor tidak ketinggalan turut serta dengan menyediakan hidangan mee bandung. Gerai UiTM Cawangan Johor telah dilawati oleh Tuan Haji Mohd Haffiz bin Ahmad, Pegawai Daerah Segamat dan disambut mesra oleh Rektor dan staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang menjadi jawatankuasa pada sambutan kali ini. Sudah menjadi tradisi UiTMCJ untuk turut sama memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Daerah Segamat saban tahun demi mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat. Majlis pada malam itu diserikan lagi dengan persembahan nyanyian oleh artis Sufian Suhaimi dan Amira Othman.

Mee Bandung Hidangan Istimewa UiTMCJ Sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Muafakat Johor Peringkat Daerah Segamat

Unit Komunikasi Korporat UiTMCJhttp://johor.uitm.edu.my