2
Muka surat 1daripada 2 Kenyataan Media LHDNM, 2 Jun 2014 ARAHAN POTONGAN GAJI (ARAHAN CP38) BAGI MELUNASKAN TUNGGAKAN CUKAI PENDAPATAN Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin menarik perhatian semua pembayar cukai yang memperolehi pendapatan dari sumber penggajian dan masih mempunyai tunggakan cukai bahawa satu Arahan Potongan Gaji (Arahan CP38) akan dikeluarkan kepada majikan mereka mulai 16 Jun 2014. Arahan CP38 ini mengkehendaki para majikan membuat potongan tambahan secara ansuran bulanan terhadap gaji pembayar cukai (selain daripada Potongan Cukai Bulanan) bertujuan untuk melunaskan tunggakan cukai yang masih ada. Arahan CP38 ini akan berkuatkuasa mulai gaji Bulan Julai 2014 sehingga Bulan Disember 2014. Satu salinan Arahan CP38 turut akan diserahkan kepada pembayar cukai melalui e-mel atau perkhidmatan pos untuk rekod percukaian mereka. Untuk siaran segera

Untuk siaran segera - hasil.gov.my · Muka surat 1daripada 2 Kenyataan Media LHDNM, 2 Jun 2014 Untuk siaran segera ARAHAN POTONGAN GAJI ... melibatkan amaun tunggakan cukai berjumlah

  • Upload
    lenhi

  • View
    225

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Muka surat 1daripada 2

Kenyataan Media LHDNM, 2 Jun 2014

ARAHAN POTONGAN GAJI (ARAHAN CP38) BAGI

MELUNASKAN TUNGGAKAN CUKAI PENDAPATAN

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin menarik perhatian

semua pembayar cukai yang memperolehi pendapatan dari sumber

penggajian dan masih mempunyai tunggakan cukai bahawa satu Arahan

Potongan Gaji (Arahan CP38) akan dikeluarkan kepada majikan mereka

mulai 16 Jun 2014.

Arahan CP38 ini mengkehendaki para majikan membuat potongan tambahan

secara ansuran bulanan terhadap gaji pembayar cukai (selain daripada

Potongan Cukai Bulanan) bertujuan untuk melunaskan tunggakan cukai

yang masih ada.

Arahan CP38 ini akan berkuatkuasa mulai gaji Bulan Julai 2014 sehingga

Bulan Disember 2014. Satu salinan Arahan CP38 turut akan diserahkan

kepada pembayar cukai melalui e-mel atau perkhidmatan pos untuk rekod

percukaian mereka.

Untuk siaran segera

Muka surat 2daripada 2

Kenyataan Media LHDNM, 2 Jun 2014

Mengikut rekod LHDNM sehingga tarikh 24 Mei 2014, dianggarkan 156,158

orang pembayar cukai individu akan menerima Arahan CP38 berkenaan

melibatkan amaun tunggakan cukai berjumlah hampir RM 418 juta.

Pembayar Cukai yang menerima Arahan CP38 ini dinasihatkan untuk

menghubungi Pusat Panggilan LHDNM di talian 1-800-88-5436 atau

Cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai mereka jika memerlukan

sebarang penjelasan berkaitan arahan ini.

Maklumat lanjut sila layari www.hasil.gov.my.

# # #

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh: Masrun Bin Maslim |Pegawai Perhubungan Awam (Media) Bahagian Komunikasi Korporat | Jabatan Khidmat Korporat | Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia : 03-8313 8888 samb. 21326 / 21354 | : 03-8313 7836 Pusat Panggilan : 1-800-88-5436 (LHDN) | Laman Web : www.hasil.gov.my

Tarikh : 2 Jun 2014