9
Profil Usahawan “From Zero-To-Hero” SATAY KAJANG i. Photo of Entrepreneur / Founders ii. Picture of Product/s / Services

Usahawan Pilihan - Satay Kajang - Hartini Suri (Individu)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Usahawan Pilihan

Citation preview

Profil Usahawan From Zero-To-HeroSATAY KAJANGi. Photo of Entrepreneur / Founders

ii. Picture of Product/s / Services

iii. A profile of the Entrepreneur / Founder and the Business.

Hj Samuri & Anak-anak Enterprise Sdn Bhd adalah sebuah syarikat perkongsian yang didaftarkan pada tahun 2000. Syarikat yang mulanya beroperasi dengan menjual sate secara kecil-kecilan sejak tahun 1992, kini telah berkembang menjadi sebuah syarikat korporat yang boleh dikategorikan sebagai peneraju dalam bidang perniagaan sate secara komersial. Kini Sate Kajang Hj Samuri mempunyai 20 buah rantaian cawangan yang beroperasi sekitar Kajang, Lembah Klang, Putrajaya dan beberapa cawangan di Negeri Sembilan. Sate Kajang Hj Samuri juga merupakan pembekal sate utama kepada beberapa rangkaian hotel dan kafe terkemuka di Kuala Lumpur.

Selain mempunyai pekerja lebih dari 500 orang pekerja, GMP (Good Manufacturing Practice) ataupun Amalan Pengilangan Baik dan pensijilan Halal akan menjanjikan pasaran yang lebih meluas melangkaui sempadan antarabangsa. Dengan perancangan yang teliti dan peningkatan prestasi yang berterusan, syarikat ini sedang mengorak langkah untuk memperluaskan lagi empayar perniagaannya.

Pengiktirafan yang diterima dari pihak kerajaan mahupun badan swasta telah menjadi sumber inspirasi kepada syarikat ini untuk terus maju. Selain itu, keprihatinan syarikat dalam memperkenalkan sate yang sinonim makanan tradisional masyarakat Malaysia ke serata dunia juga menjadi peransang untuk menjadi lebih berdaya saing dalam menempuh dunia perniagaan yang semakin mencabar.

iv. A brief introduction of how the business started.

Menurut sejarah awalnya, Sate Kajang telah diasaskan oleh Haji Tasmin Sakiban pada tahun 60-an.Samuri belajar membuat sate dari pengasas sate kajang iaitu Haji Tasmin ketika itu menumpang di rumah Haji Tasmin. Samuri membantu Haji Tasmin setiap hari selepas habis waktu sekolah sehingga menamatkan zaman persekolahan pada 1963. Pada waktu itu, mengambil keputusan untuk membantu Haji Tasmin sepenuh masa sebelum mendapat pekerjaan. Bekerja dengan Telekom pada tahun 1965, Samuri masih lagi menolong Haji Tasmin berniaga. Sehingga tahun 1987, Samuri mengambil keputusan untuk berhenti kerja walaupun ketika itu bergaji lumayan, untuk menumpukan perhatian sepenuh masa kepada perniagaan sate ini. Pada 1992, atas idea serta desakan anaknya dan pengalaman yang ada, Samuri membuat keputusan untuk membuka sendiri perniagaan sate dengan menggunakan nama Sate Kajang Haji Samuri.

v. How the business gained success etc.

Samuri mempunyai pendekatan sendiri sebagai usahawan. Dia membuat kajian untuk mengetahui cita rasa pelanggan, apa yang suka dan sebaliknya. Tengok pasaran, jika kebanyakan gerai sate dibuka pada pukul 12 tengahari, Samuri akan membuka seawal 9.30 pagi.

Di samping itu, Samuri akan mempastikan bekalan tidak berkurangan, jadi jika ada pelanggan yang datang sehingga lewat malam pasti tidak akan kecewa.

Citarasa Selama 16 tahun bergelumang dalam perniagaan sate ini, tegas Samuri, dia sentiasa komited terhadap setiap apa yang dilakukan, dengan 18 cawangan ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana pasti ada yang membandingkan rasa sate-sate ini dengan cawangan yang lain. Bagi mengatasi masalah tersebut pemprosesan di kilang yang sama dapat mengekalkan rasa serta kualiti satenya seperti trademarknya Sate Kajang Haji Samuri, Untuk Rasa Sate Kajang Yang Sebenar.

vi. The ups & downs of the entrepreneur & his/her business.

Jenama sate yang terkenal di seluruh Malaysia ini diasaskan oleh Tuan Haji Samuri bin Haji Juraimi dan diusahakan oleh beliau sendiri dengan dibantu oleh ahli keluarganya. Bagi pemiliknya, untuk memperkenalkan Sate Kajang Haji Samuri di Malaysia bukanlah satu perkara yang mudah kerana ada yang mengatakan perusahaan ini menumpang semata-mata populariti yang dimiliki oleh Sate Tasmin sebelum ini. Beliau yang memulakan perniagaannya daripada bawah terpaksa mengalami pelbagai kesukaran kerana rata-rata pengunjung ketika itu datang ke gerainya kerana mahukan Sate Kajang Tasmin.

Lebih perit lagi apabila ada pelanggan yang meninggalkan gerainya apabila mengetahui gerai beliau bukanlah gerai Haji Tasmin. Disebabkan itulah, pemiliknya lebih gemar menggunakan nama beliau sendiri dalam menjenamakan perniagaan satenya di samping memudahkan orang ramai untuk mengenalinya.

Sepanjang perjalanan perniagaan sate ini, Samuri pernah menutup kedainya ekoran kehabisan bekalan kerana permintaan yang tinggi ketika itu terutama musim perayaan. Perkara itu telah membuatkan Samuri sentiasa ambil perhatian mengenai perkara ini agar tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Ini kerana Sate Haji Samuri juga menerima tempahan daripada pihak hotel.

vii. Business Philosophy & Business Strategies used.

Istimewanya di sini, Sate Kajang Haji Samuri turut menghasilkan sate ikan yang mempunyai tekstur lembut dan rasanya yang manis. Selain itu, uniknya lagi tentang Sate Kajang Haji Samuri ini adalah kuah sate akan dihidangkan di dalam mangkuk bersaiz besar dan hal ini secara tidak langsung membuatkan pelanggan berasa lebih teruja untuk menikmati sate di kedai tersebut.viii. Achievements attained in terms of Market Share, Sales Turnover, Number of Outlets, Recognition, Adoption & Acceptance of Product, etc.Selain mempunyai pekerja lebih dari 500 orang pekerja, GMP (Good Manufacturing Practice) ataupun Amalan Pengilangan Baik dan pensijilan Halal akan menjanjikan pasaran yang lebih meluas melangkaui sempadan antarabangsa. Dengan perancangan yang teliti dan peningkatan prestasi yang berterusan, syarikat ini sedang mengorak langkah untuk memperluaskan lagi empayar perniagaannya.

Pengiktirafan yang diterima dari pihak kerajaan mahupun badan swasta telah menjadi sumber inspirasi kepada syarikat ini untuk terus maju. Selain itu, keprihatinan syarikat dalam memperkenalkan sate yang sinonim makanan tradisional masyarakat Malaysia ke serata dunia juga menjadi peransang untuk menjadi lebih berdaya saing dalam menempuh dunia perniagaan yang semakin mencabar.

ix. How the product / company got its name.Kenapa dinamakan Sate Kajang Haji Samuri? Bagi Tuan Haji Samuri Haji Juraimi, pemilik perniagaan Sate Haji Samuri, itu adalah lebih mudah untuk orang kenal kerana umpama menggunakan serta kenalkan jenama sendiri.

Unique features about the product /services/business concept that makes it Outstanding.

Menurut Samuri dengan tenaga kerja yang hampir 600 orang, dari proses mencampur ramuan, mencucuk, membakar serta pelayan restoran. Setiap hari sebanyak 100,000 hingga 130,000 cucuk sate dihasilkan terdiri daripada ayam, daging, hati, perut, ikan, kambing, arnab dan rusa.

Istimewanya di sini, Sate Kajang Haji Samuri turut menghasilkan sate ikan yang mempunyai tekstur lembut dan rasanya yang manis. Selain itu, uniknya lagi tentang Sate Kajang Haji Samuri ini adalah kuah sate akan dihidangkan di dalam mangkuk bersaiz besar dan hal ini secara tidak langsung membuatkan pelanggan berasa lebih teruja untuk menikmati sate di kedai tersebut.

x. Key Factors contributing to the success of the business.

Menurut Samuri, berniaga sate sebenarnya tidak memerlukan modal yang besar. Tetapi kerana ingin memiliki gerai sendiri, modal permulaan antara RM18,000 hingga RM30,000 dilaburkan. Samuri memulakan perniagaan di gerai No. 5 di Medan Sate Kajang yang diambil alih dari seorang tauke Cina yang menjual air tebu. Bermula dari gerai No.5 itulah Sate Haji Samuri berkembang sehingga berjaya membuka 18 cawangan, yang terbaru di Port Dickson dan akan datang di Kompleks PKNS di Shah Alam. Sumber:

http://usahawanbistari.blogspot.com/2008/08/haji-samuri-jutawan-sate.html http://satekajang.com.my/profile/ http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/kisah-kejayaan-sate-kajang-haji-samuri.html