128
VOL. 3 (1) JUN. 2016 Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu

VOL. 3 (1) JUN. 2016 - fbmk.upm.edu.my · Kepelbagaian Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan 25 ... Tumpuan utama kajian ini adalah untuk ... OBJEKTIF Kajian ini dijalankan

Embed Size (px)

Citation preview

MA

HAW

AN

GSA

Vol. 3 (1) Jun. 2016Penerbit U

PM, M

alaysiaVOL. 3 (1) JUN. 2016

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia43400 UPM SerdangSelangor Darul EhsanMalaysia

http://www.mahawangsa.upm.edu.my/E-mail: [email protected]: +603 8947 1621 / 1619

http://www.penerbit.upm.edu.my/E-mail: [email protected]: +603 8946 8855

Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu

Kandungan

MAHAWANGSA

Vol. 3 (1) Jun. 2016

(Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)

Artikel PenyelidikanAsimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka 1

Paramasivam Muthusamy dan Che Ibrahim Salleh

Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis 11Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said

Kepelbagaian Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan 25Nor Saadah Mohd Salleh dan Hashim Musa

Maksim Kesantunan sebagai Strategi Menghindar dalam Komunikasi: Sebuah Kes dalam Perkumpulan Warga Surakarta

37

Agus Hari Wibowo

Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini 47

Wan Muhammad Wan Sulong

Tahap Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar, Daerah Meradong, Bintangor, Sarawak

63

Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin

Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik

79

Nurulain Abdul Razak, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa

Tunjuk Ajar Melayu sebagai Pandangan Dunia 95Yuhastina Sinaro dan Che Ibrahim Salleh

Ulasan BukuAn Analysis of Malay Magic. oleh K.M. Endicott 109

Puteh Noraihan A Rahman dan Zahir Ahmad

Pertanika MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)

Latar BelakangPertanika merupakan jurnal berwasit antarabangsa yang berfungsi sebagai medium penerbitan dan perbincangan isu pertanian tropika serta bidang berkaitan. Pertanika memulakan penerbitan pertama pada 1978 sebagai Journal of Tropical Agricultural Science. Pada 1992, Pertanika diselaraskan kepada tiga jurnal berasingan, iaitu Journal of Social Sciences & Humanities (JSSH), Journal of Tropical Agricultural Science (JTAS) dan Journal of Science and Technology (JST) sebagai memenuhi keperluan jurnal yang lebih khusus dalam bidang pengajian. Pengasingan ini memberikan ruang tumpuan yang khusus terhadap kekuatan bidang yang pelbagai di universiti. Pada 2013, siri terbaharu dalam Pertanika telah diwujudkan, iaitu Pertanika MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu). Siri jurnal ini lebih tertumpu kepada bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu. Pertanika MAHAWANGSA diterbitkan dalam bahasa Melayu, dua kali setahun, iaitu pada Jun dan November dan dibuka kepada pengarang dari seluruh dunia

MatlamatMenyebarluaskan penyelidikan berkualiti tinggi kepada umum.

Kualiti Pertanika menyasarkan kecemerlangan melalui profesionalisme dalam penerbitan. Keputusan penerimaan makalah dijamin dalam tempoh 14 minggu. Masa diambil daripada serahan makalah kepada penerbitan untuk artikel adalah dalam purata 5-6 bulan.

Indeks PetikanPengetahuan dan pengalaman penerbitan selama 33 tahun telah melayakkan siri terbitan Pertanika diindeks dalam SCOPUS (Elsevier), Thomson (ISI) Web of Knowledge [CAB Abstracts], EBSCO, DOAJ, ISC, MyAIS dan Rubriq.

VisiPertanika akan terus mempertingkatkan kandungan, khidmat penyelidikan dan capaian arkib jurnal kepada umum. Pertanika berusaha merealisasikan wawasan baharu yang akan memberikan manfaat kepada ahli akademik dan masyarakat umum. Kemunculan medium atas talian menjadi pemacu utama sebaran berita penyelidikan terkini untuk pembaca Pertanika.

Skop dan MatlamatMatlamat Pertanika MAHAWANGSA adalah untuk menjadi peneraju utama dalam bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu merentas disiplin. Kandungan penulisan boleh berbentuk konseptual, teoritikal, empirikal, sejarawi, dan sebagainya dalam kerangka kebahasaan, kesusasteraan, pendidikan, kebudayaan dan warisan Melayu. Ranah pengajian mestilah meliputi alam Melayu dan diaspora Melayu.

Kenyataan RedaksiPertanika ialah jurnal rasmi Universiti Putra Malaysia. Singkatan untuk Jurnal Pertanika Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu ialah Pertanika MAHAWANGSA.

Pert

anik

a M

ahaw

angsa

P

ert

anik

a M

AH

AW

AN

GS

A P

ert

anik

a M

AH

AW

AN

GS

A P

ert

anik

a M

AH

AW

AN

GS

A

Sidang Editorial2013-2015

Ketua EditorAbdul Mua’ti@ Zamri Ahmad

Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia

Editor Bersekutu IMohd Zariat Abdul Rani

Teori dan Kritikan Sastera Universiti Putra Malaysia

Editor Bersekutu IIMuhd Zulkifli Ismail

Bahasa dan Kesusasteraan Arab Universiti Putra Malaysia

Anggota Sidang Editorial

Arndt Graf, Linguistik dan Bahasa Melayu, Goethe-University Frankfurt, Germany.Barbara Watson Andaya, Pengajian Sejarah Alam Melayu, University of Hawai‘i, USA.Che Ibrahim Salleh, Linguistik Terapan dan Tatabahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia.Deddy Mulyana, Komunikasi antara budaya, Universitas Padjadjaran, Indonesia.Ezhar Tamam, Komunikasi antara Budaya, Pembangunan Belia dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Halis Azhan, Penulisan Kreatif, Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja, Universiti Putra Malaysia.Hashim Musa, Sosiolinguistik, Falsafah Bahasa, Manuskrip Melayu dan Tulisan Jawi, Universiti Putra Malaysia. Mohamad Mokhtar Abu Hassan, Kesusasteraan Melayu Moden, Universiti Malaya.Noriah Mohamed, Bahasa Melayu dan Linguistik, Universiti Sains Malaysia.Osman Bakar, Falsafah Sains, Peradaban dan Pemikiran Islam, Universiti Brunei Darussalam.Syed Farid Alatas, Sosiologi Pengajian Masyarakat dan Budaya Melayu, National University of Singapore.Wu Zong Yu, Bahasa, Sastera dan Pengajian Melayu, Beijing Foreign Studies University, China.Zaharani Ahmad, Bahasa Melayu dan Linguistik, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ketua EditorPertanika MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu),

Pejabat Dekan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, MalaysiaTel: +603-8946 8661 / 8326 / 8723 / 8753 • Faks: +603 8943 9951

E-mel: [email protected] ; [email protected] Sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my

PenerbitPenerbit Universiti Putra Malaysia

Universiti Putra Malaysia43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia

Tel: +603 8946 8855, 8946 8854 • Faks: +603 8941 6172E-mel: [email protected]

Laman Web : http://penerbit.upm.edu.my

© 2015 Penerbit Universiti Putra Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Keterangan Warna Emas : Mercu KegemilanganUngu : Warisan Peradaban Melayu

Corak dasar : PUCUK REBUNGVariasi : PUCUK REBUNG BUAH PADIFilosofi : Pucuk rebung buah padi Tanda hidup mengenang budi Sebarang kerja akan menjadi Ilmu banyak dada berisi

Adaptasi daripada:

Corak dan Ragi Tenun Melayu Riau

Penulis: Abdul Malik, Tenas Effendy, Hassan Junus dan Auzar ThaherTerbitan: BKPBM dan Adicita, Yogjakarta Indonesia

MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)

Vol. 3 (1) Jun. 2016

Kandungan

Artikel PenyelidikanAsimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka 1

Paramasivam Muthusamy dan Che Ibrahim Salleh

Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis 11Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said

Kepelbagaian Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan 25Nor Saadah Mohd Salleh dan Hashim Musa

Maksim Kesantunan sebagai Strategi Menghindar dalam Komunikasi: Sebuah Kes dalam Perkumpulan Warga Surakarta

37

Agus Hari Wibowo

Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini 47Norhafiza Alias, Adi Yasran Abdul Aziz dan Wan Muhammad Wan Sulong

Tahap Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar, Daerah Meradong, Bintangor, Sarawak

63

Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin

Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik

79

Nurulain Abdul Razak, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa

Tunjuk Ajar Melayu sebagai Pandangan Dunia 95Yuhastina Sinaro dan Che Ibrahim Salleh

Ulasan BukuAn Analysis of Malay Magic. oleh K.M. Endicott 109

Puteh Noraihan A Rahman dan Zahir Ahmad

MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: -Diterima: -

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Paramasivam Muthusamy), [email protected] (Che Ibrahim Salleh)*Penulis penghubung

Asimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka

Paramasivam Muthusamy1* dan Che Ibrahim Salleh2

1Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia2Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRAKMasyarakat Chitty Melaka ialah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka. Masyarakat ini terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang Hindu dengan orang tempatan seperti Melayu, Cina dan Jawa. Bandar Gajah Berang di Melaka merupakan kawasan penempatan masyarakat Hindu Peranakan Melaka. Tumpuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti asal-usul dan latar belakang Chitty Melaka serta menghuraikan sifat asimilasi, sosial dan budaya kaum Chitty Melaka. Kajian ini merupakan sebuah kajian ’non-experimental’. Ini merupakan kajian lapangan dan bahan rujukan sejarah serta temu bual. Pemilihan sampel adalah daripada kalangan masyarakat kaum Chitty Melaka di Gajah Berang. Pengumpulan data dijalankan melalui soal selidik dan temu bual. Hasil penyelidikan memaparkan masyarakat Chitty mempunyai keunikan dalam segala aspek kehidupan seharian mereka dari segi bahasa, pakaian, makanan, adat-istiadat, kepercayaan, perkahwinan, gelaran, upacara agama, seni bina, muzik, dan permainan. Segala keunikan masyarakat Chitty bukan sahaja perlu dipelihara dan diteruskan malah perlu didokumentasikan secara sistematik.

Kata kunci: Chitty Melaka, peranakan Melaka, asimilasi, sosial, budaya, identiti masyarakat, minoriti

Assimilation of Malacca Cheety in Local Culture

ABSTRACTMalacca Chitty is an unique group of Indian minority community in Malacca. This community is formed as a result of inter-marriage with the local Hindus to Malays , Chinese and Jawanees. Their settelement area is located at Gajah Berang City in Malacca. The main focus of this study is to

identify the origin and background of Malacca Chitty and describe their social and cultural assimilation. This is a ‘non - experimental’ field study with historical references and interviews. The sample of this study were the Malacca Chitty community from Gajah Berang City in Malacca. Data were collected through questionnaires and

Paramasivam Muthusamy dan Che Ibrahim Salleh

2 MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016)

interviews. Findings showed Malacca Chitty is unique in all aspects of their daily lives in terms of language, dress, food, customs, beliefs, marriage, greeting, ritual, architecture, music, and games. The uniqueness of this community should not only be preserved and continued, but should be documented in a systematic way.

Keywords: Malacca Chitty, Malacca peranakan, assimilation, social, cultural, community identity, minority

PENDAHULUANMasyarakat Semenanjung Malaysia khasnya dan Malaysia amnya selalu dianggap sebagai sebuah masyarakat majmuk atau masyarakat berbilang kaum. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India mengamalkan kebudayaan, adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Setiap kaum mempunyai keperibadian budaya yang tersendiri yang dikekalkan. Tiga etnik ini bersatu atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi raja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama. Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.

Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chitty Melaka ialah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka. Masyarakat ini tidaklah boleh disamakan dengan masyarakat ceti (chettier) yang terkenal dengan peminjaman wang, tetapi sebuah komuniti masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang Hindu dengan orang tempatan seperti Melayu, Cina dan lain-lain (Narayanasamy, 1976).

Bandar Gajah Berang, terletak kira-kira 1.6 kilometer dari kawasan perbandaran Melaka merupakan kawasan penempatan masyarakat Hindu Peranakan Melaka. Chitty bererti golongan yang berniaga sama seperti golongan ceti pada masa kini. Mereka mempunyai taraf kewangan yang kukuh. Mengikut pandangan Noriah Mohamed dan Meriam Abdul Karim (2005), terdapat beberapa istilah yang digunakan untuk merujuk kepada perkataan ceti. Antaranya Chetty, Chati, Chatin, Chettijn, Sitty dan seumpamanya lagi. Istilah Chitty yang merupakan gelaran masyarakat ini berasal daripada perkataan Sresthi dalam bahasa Sanskrit yang membawa maksud ‘orang kaya atau pedagang’ yang berasal dari Klingga Partanam atau Benua Keling (Nadarajan, 2003).

OBJEKTIFKajian ini dijalankan untuk:

1. Mengenal pasti asal-usul dan latar belakang Chitty Melaka2. Menghuraikan asimilasi sosial dan budaya kaum Chitty Melaka

Asimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka

3MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016)

METODOLOGIKajian ini merupakan sebuah kajian ’non-experimental’. Ini merupakan kajian lapangan dan bahan rujukan sejarah serta temu bual. Pemilihan sampel adalah daripada masyarakat kaum Chitty Melaka di Gajah Berang Melaka. Sebanyak empat orang daripada kalangan masyarakat Hindu Peranakan Melaka ditemu bual dalam jangka masa dua bulan bermula dari bulan Jun 2009 hingga Ogos 2009.

Menerusi kajian ini, masyarakat Chitty dapat dikenal pasti dari aspek latar belakang dan juga asal-usul kelahiran, di samping mengetahui asimilasi sosial dan budaya kaum Chetty Melaka. Hasil penyelidikan ini membuka ruang kepada pembentangan dalam seminar dan persidangan, penerbitan makalah dalam jurnal serta memberikan peluang untuk kajian lanjutan.

ASAL-USUL MASYARAKAT CHITTY MELAKAMenurut Narayanasamy (1976), dalam catatan Gabenor Belanda Balthasar Bort tentang kota Melaka pada 1678, telah tercatat tentang adanya hamba ’gentoo’ yang bererti Hindu di bawah pemerintahannya di Melaka. Semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, pedagang Hindu dari negara India Selatan dipercayai memiliki kekayaan dari segi perkapalan, perdagangan. Antara 1509 hingga 1511, Naina Chitty merupakan pemimpin tersohor kaum Hindu Peranakan yang menjadi pembantu kepada Ruy De Aranjo dan 20 tahanan Portugis sehingga mendapat tempat istimewa dalam kalangan pentadbir Portugis.

Pada zaman penjajahan Belanda, kaum Hindu Peranakan Melaka telah wujud sebagai masyarakat yang sah sehingga pemerintah Belanda menyerahkan setapak tanah di tengah-tengah Kota Melaka untuk didirikan sebuah kuil- Sri Poyatha Vinayagar Moorthy, pada 1781. Semasa penjajahan British, kaum Hindu Peranakan Melaka diterima menjadi pekerja am rendah dalam pentadbiran negeri serta di sektor swasta. Kesetiaan dan kejujuran kaum ini menarik minat pihak British mengekalkan mereka di sektor kerajaan (Narayanasamy, 1967). Dipercayai, hampir 50% daripada penduduk kaum Hindu Peranakan Melaka telah bermigrasi ke Singapura atas urusan pekerjaan yang lebih baik, di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta.

Pencerobohan kuasa Jepun pada 8 Disember 1941 menyebabkan, segenap lapisan masyarakat Hindu Peranakan Melaka dikhuatiri diambil bekerja dalam Batalion ke-4 Pasukan Sukarela Melaka (4th Battalion of the Melaka Volunteer Corps), dan mereka ini telah dimobiliti ke Singapura termasuk mendiang En.B.S.Naiker (Narayanasamy, 1967). Sebilangan masyarakat Hindu Peranakan di Singapura dan Melaka telah direkrut untuk membina landasan kereta api maut Burma-Thailand dan juga kereta api Kra. Kebanyakan buruh yang terlibat dalam pembinaan kereta api ini sengsara dengan penyakit beri-beri dan juga penyakit skurvi (Narayanasamy, 1967).

Pada masa ini, kehidupan masyarakat Hindu Peranakan Melaka memperlihatkan keseimbangan dari aspek sosial, ekonomi, pendidikan, dan politik dengan masyarakat lain di Melaka. Kesetiaan dan kepatuhan agama masih menjadi pegangan yang kuat dalam kalangan masyarakat Hindu Peranakan Melaka (Samuel, 2006).

Paramasivam Muthusamy dan Che Ibrahim Salleh

4 MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016)

ASIMILASI SOSIAL DAN BUDAYA

Adat PerkahwinanUnsur asimilasi hanya berlaku dalam sesetengah bahagian dalam adat perkahwinan masyarakat Hindu Peranakan Melaka seperti adat persandingan, adat mandi pengantin, pemberian bunga rampai, pakaian pengantin dan selebihnya masih mengekalkan adat biasa yang dijalankan oleh masyarakat Tamil-Hindu di negara kita. Menurut Narayanasamy (1976), kebiasaan amalan dalam adat perkahwinan ini sudah lenyap pada masa kini akibat peresapan cara Tamil Moden. Menurut Mohd Shukri Mohd Arif dan rakan-rakannya (2003), tradisi perkahwinan masyarakat Chitty sememangnya menarik dan unik. Kebanyakan adat yang diamalkan mempunyai persamaan dengan adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Misalnya, dalam majlis perkahwinan, majlis tersebut akan diserikan dengan persembahan dondang sayang. Golongan tua masyarakat ini akan menyanyi dan berpantun.

Pengkaji telah menemu bual Encik Thamby Chetty pada 29 Jun 2009 di Kampung Chetty, Gajah Berang untuk mengumpulkan data berkaitan adat perkahwinan yang diamalkan oleh Masyarakat Chitty. Hasil daripada temu bual diketahui bahawa, perbincangan keluarga lelaki dengan keluarga perempuan dilakukan untuk menentukan pemilihan jodoh yang baik. Keserasian ditentukan berdasarkan tarikh lahir, waktu dilahir dan nama daripada kedua-dua belah pihak. Menurut Encik Thamby Chetty yang ditemu bual adat ini dipanggil adat merisik dan buang suara. Adat parasam atau pertunangan dijalankan seperti biasa yang dilakukan oleh masyarakat Tamil-Hindu. Kebiasaannya pihak lelaki akan membuat hantaran kepada pihak perempuan. Barang hantaran ialah lima hingga tujuh dulang berupa lima biji kelapa dikupas yang disalut kunyit, lima sisir pisang, lima jenis buah-buahan, sedulang gula batu dengan buah kurma, sedulang sirih pinang, sedulang berisi sepasang cincin, gelang tangan, bedak, cermi, sikat, wang tetek (wang susu) sebanyak RM51.00 atau RM 101.00 dan sedulang air mawar dengan bunga rampai (Narayanasamy, 1976).

Majlis parasam diakhiri dengan jamuan makanan masakan Chitty. Bermula hari tersebut, persiapan akan dijalankan untuk hari perkahwinan. Satu lagi adat yang mirip kepada masyarakat Tamil-Hindu ialah pemakaian Thali (Rantai Perkahwinan). Penempahan Thali dilakukan dengan mendapatkan khidmat nasihat pandaram untuk melihat tarikh dan masa yang sesuai mengikut kalendar agama Hindu. Adat Anthar Sirih Koil turut diamalkan dalam masyarakat ini yang juga menyerupai amalan biasa oleh masyarakat Tamil-Hindu di negara ini (Narayanasamy, 1976). Kad jemputan diedarkan kepada saudara mara, dan sahabat handai yang terlebih dahulu mendapat restu daripada Dewa Vinayagar. Data yang diperoleh daripada temu bual menjelaskan bahawa, rombongan ini diketuai oleh Pemegang Amanah Kuil bersama keluarga pengantin lelaki. Sedulang berisi kelapa yang disalut kunyit, bunga melur, kad kahwin, buah-buahan, sedulang berisi tepak sirih dan sedulang lagi berisi bunga rampai diletakkan di tengah rumah untuk mendapat restu.

Seterusnya ialah adat menaikkan tiang panthal (khemah perkahwinan). Amalan ini turut diwarisi sejak zaman berzaman oleh kaum Tamil-Hindu (Narayanasamy, 1976). Tiang khemah (panthal) akan dinaikkan sehari sebelum hari bersanding dan akan diturunkan pada hari ketiga. Upacara Nalanggu (adat buang sial untuk pengantin lelaki) dijalankan mengikut tradisi kaum Tamil-Hindu. Adat ini penting bagi pengantin lelaki sebelum hari

Asimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka

5MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016)

perkahwinan menjelma. Adat ini dijalankan oleh lima wanita yang sudah berkahwin (Narayanasamy, 1976).

Encik Nadarajan yang telah ditemu bual pada 15 Julai 2009 di Kampung Chetty, Gajah Berang telah mengatakan bahawa, satu lagi upacara istimewa masyarakat Chitty ialah upacara sembahyang Thali (Rantai Perkahwinan). Terdapat istilah yang digunakan oleh masyarakat Chitty menamakan loket pada Thali, iaitu Kodok-Kodok. Bentuk Thali yang dihasilkan berbeza dengan masyarakat Tamil-Hindu biasa yang turut membezakan antara kasta yang terdapat dalam masyarakat Chitty. Setelah sembahyang Thali, malam berinai akan berlangsung. Jika diperhatikan, upacara ini juga turut menjadi sinonim dengan adat perkahwinan masyarakat Melayu (Narayanasamy, 1976). Air mawar direnjiskan pada pengantin lelaki dan perempuan. Inai yang dihasilkan dengan cara tradisional, iaitu dengan cara menggiling, disapu bermula dari tangan kanan ke tangan kiri, dan dilakukan oleh wanita yang sudah berkahwin.

Hasil temu bual dengan Puan Kamachi pada 25 Julai 2009 di Kampung Chetty, Gajah Berang membuktikan bahawa, suatu adat yang tidak wujud dalam istiadat perkahwinan kaum Tamil-Hindu ialah adat persandingan. Beberapa adat persandingan yang menjadi amalan masyarakat Chitty menunjukkan unsur asimilasi masyarakat Melayu seperti pemberian bunga telur dan bunga rampai, penggunaan bunga manggar, bermain congkak, penggunaan pelamin, hiburan semasa perkahwinan seperti joget lambak, beronggeng, berdondang sayang, dan berpantun menjadi eleman penting adat persandingan masyarakat Chitty yang tidak diamalkan oleh masyarakat Tamil-Hindu.

Puan Kamachi yang ditemu bual juga menerangkan bahawa, satu lagi adat istiadat masyarakat Chitty yang ada persamaan dengan istiadat Melayu ialah mandi pengantin. Pada hari kedua, pengantin akan berdiri di hadapan rumah dan dimandikan oleh ibu bapa dan sanak saudara. Pakaian untuk kedua-dua pengantin memperlihatkan unsur asimilasi masyarakat Melayu. Pada masa dahulu, pakaian pengantin perempuan disewakan daripada orang Melayu. Sarung, baju berlengan panjang dan dastar ala Jawa, talpa serta berkeris merupakan pakaian pengantin lelaki. Sementara pakaian pengantin perempuan pula dipanggil baju panjang labuh dengan sarung, didepannya ialah biota, dokok-dokok dan sanggul lintang.

Adat KelahiranDalam adat kelahiran, tiada unsur asimilasi masyarakat Melayu yang ketara. Cuma dalam pantang-larang selepas ibu bersalin memperlihatkan persamaan dengan budaya masyarakat Melayu. Kebiasaannya, apabila seseorang ibu mengandung, pantang larang seperti tidak membenarkan kerja berat, tidak boleh menjemur kain baju, tidak boleh memotong dan mengetuk sesuatu walau apa benda sekalipun dilihat menjadi pegangan yang kuat dalam masyarakat Chitty sejak turun-temurun. Larangan ini biasanya terdapat dalam kalangan masyarakat Tamil-Hindu dan juga orang Melayu. Upacara melenggang perut atau valakappu dilakukan pada bulan ke-7 sebelum ibu bersalin. Upacara ini menjadi amalan kuat dalam masyarakat Tamil-Hindu yang turut menjadi ikutan masyarakat Chitty Melaka (Nadarajan, 2003).

Paramasivam Muthusamy dan Che Ibrahim Salleh

6 MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016)

Adat KematianDalam adat kematian, masyarakat Chitty Melaka memegang teguh kepada istiadat agama Hindu yang diperturunkan oleh nenek moyang sejak zaman berzaman. Boleh dikatakan, semua eleman yang dikaji dalam adat ini menampakkan pegangan agama Hindu ortodok. Hasil daripada temu bual dengan Encik Narayanasamy pada 12 Ogos 2009 di Kampung Chetty, Gajah Berang dapat diketahui bahawa, mayat ditutupi dengan kain putih, kecuali muka akan diletakkan dalam peti. Sepasang Kutuvilakku (lampu duduk) diletakkan di bahagian kepala mayat. Ada beberapa upacara dijalankan bagi seseorang yang telah meninggal dunia. Contohnya, jika yang meninggal dunia ialah seorang yang sudah berkahwin, lilin putih dinyalakan dan diletakkan pada bahagian kepala mayat tersebut. Jika kematian untuk yang belum berkahwin, dua lilin merah dinyalakan dan diletakkan pada bahagian kepala mayat itu. Semua gambar ditanggalkan dan kain hitam digantungkan pada hadapan muka pintu rumah (Nadarajan, 2003).

Istiadat menanggalkan thali (rantai perkahwinan) bagi isteri yang kematian suami merupakan satu lagi amalan penting dalam adat istiadat masyarakat Tamil-Hindu. Menurut Encik Narayanasamy dalam temu bual mengatakan bahawa masyarakat Chitty turut mengamalkan pegangan ini. Sari putih akan dipakai oleh isteri si mati sebagai tanda kesucian.Beberapa pantang larang sehingga upacara hari ke-16 diadakan. Ahli keluarga tidak boleh ke kuil untuk sembahyang, dan mereka juga dilarang hadir dalam segala majlis perkahwinan, kelahiran atau perayaan. Pada hari ke-16, kenduri besar diadakan dengan menyambut sanak saudara ke rumah. Pandaram akan dijemput untuk melakukan upacara sembahyang dan menyanyi devaram atau lagu agama untuk mententeramkan roh si mati.

Pakaian dan Perhiasan DiriMaklumat daripada hasil temu bual didapati bahawa, kaum lelaki dewasa dalam lingkungan umur 50-70 tahun masih memegang teguh cara pemakaian masyarakat Chitty. Pada kebiasaannya, baju berlengan panjang, kain sarung, dan pelikat menjadi kegemaran kaum lelaki dewasa ketika berada di rumah. Maka tidak hairanlah, jika mereka kelihatan seakan-akan orang Melayu memandangkan pakaian dan cara pertuturan seperti kaum Melayu. Bagi pemuda masyarakat Chitty, pakaian ala-barat dan moden menjadi kegemaran. Tiada pakaian yang khusus bagi pemuda-pemudi Chitty ketika berada di rumah mahupun ketika menghadiri majlis perkahwinan ataupun pada musim perayaan. Pakaian tradisional Tamil turut digalakkan oleh keluarga pemuda Chitty ketika ke kuil untuk sembahyang ataupun menghadiri sesuatu pesta perayaan.

Sekali pandang, kaum wanita Chitty seperti wanita Melayu. Hasil temu bual juga menjelaskan bahawa, 100% wanita dewasa yang berumur antara 50-70 tahun, memperlihatkan persamaan yang ketara dengan wanita Melayu. Sarung kebaya, kebaya labuh dan bersanggul menjadi pakaian kegemaran wanita dewasa Chitty yang sudah sebati sehingga kini. Seperti pemuda Chitty, pemudi Chitty yang berumur antara 15 hingga 40-an memilih pakaian yang berupa kain sarung, kebaya labuh, skirt serta pakaian moden ketika di rumah, lebih-lebih lagi bagi pemudi moden Chitty. Pakaian tradisional Tamil seperti Sari, Chuditar, baju Punjabi dipakai ketika menghadiri upacara keagamaan ke kuil, menghadiri adat istiadat keluarga, dan ketika musim perayaan.

Asimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka

7MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016)

Secara keseluruhannya, kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur dalam lingkungan 5-14 tahun memilih cara pakaian barat ketika di rumah dan di luar rumah. Perubahan ini jelas terpancar apabila kanak-kanak tidak menitikberatkan soal pemakaian yang khusus serta tidak mengikut cara pemakaian warisan orang tua mereka.

MakananMakanan harian mereka juga adalah seperti orang Melayu, iaitu nasi. Daripada temu bual dengan responden diketahui bahawa pada hari perayaan Ponggal, masyarakat Chitty akan memasak makanan tradisional mereka seperti nasi lemak kukus berlauk pinding ikan parang, kuah terung, sambal timun, udang, urap kelapa, kangkung tumis, kacang goreng minyak, acar cili dan sambal tahi minyak.

Jika diperhatikan pada jenis masakan masyarakat Chitty pada perayaan besar seperti pesta Ponggal, asimilasi masakan Melayu lebih ketara dan mendominasi masakan masyarakat ini. Antaranya kuih ondeh-ondeh, kuih dodol, kuih dadar, kuih koci, kuih gomak, kuih sargon-sargon, seri kaya, kuih kanda kasturi, kuih lapis, pulut hitam, kuih rempah udang serta pelbagai kuih lagi yang mengalami asimilasi masakan kaum Melayu. Selain itu, sambal tumis, sambal belacan, ikan sipat masak nanas, ikan bilis, ikan pindang, sambal belimbing udang, otak-otak, cencaluk dan banyak lagi masakan lain turut menyerupai masakan Melayu. Makanan paling digemari oleh kaum Chitty Melaka ialah nasi lemak (Samuel, 2006). Makanan sayuran, iaitu vegetarian turut diamalkan dalam kalangan masyarakat Chitty, terutamanya pada hari Jumaat serta pada musim perayaan Hindu seperti payasam, pacedi (acar), sambar, puttoo, vadei, thosai, idli, kesari, halva, rasem(sup India), kacang dal, appalam(papadam) dan banyak lagi.

KESIMPULANMasyarakat Chitty telah melalui perjalanan yang cukup panjang untuk terus mengekalkan identiti yang tersendiri. Keunikan ini dapat diperhatikan dalam segala aspek kehidupan seharian mereka, bahasa, pakaian, makanan, adat-istiadat, kepercayaan, perkahwinan, gelaran, upacara agama, seni bina, muzik, permainan dan seumpamanya. Secara langsung dan tidak langsung, asimilasi antara kedua-dua budaya masyarakat Chitty dengan masyarakat Melayu telah terjadi dengan segala keunikannya. Oleh itu, Segala keunikan ini bukan sahaja perlu dipelihara dan diteruskan malah perlu didokumentasikan secara penuh sistematik.

Kebanyakan masyarakat Chitty yang ditemui, tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang kepupusan yang sedang berlaku dalam masyarakat mereka. Identiti masyarakat Chitty hilang ditelan oleh arus peredaran zaman. Budaya masyarakat lain yang tinggal bersama-sama mereka di sesebuah wilayah sering mendominasi budaya mereka yang bersifat minoriti.

Kajian oleh Mohd Shukri Mohd Arif dan rakan-rakannya (2003) mendapati, masyarakat Chitty merupakan antara kelompok masyarakat yang semakin pupus ditelan zaman. Masyarakat yang semakin terancam ini tidak sesekali menolak pembangunan yang diberikan kepada mereka oleh kerajaan. Malah, masyarakat Chitty yang ditemui amat

Paramasivam Muthusamy dan Che Ibrahim Salleh

8 MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016)

mengalu-alukan jika terdapat usaha daripada pihak tertentu untuk memelihara komuniti ini yang semakin pupus. Secara perlahan-lahan, masyarakat Chitty semakin berkurangan dan budaya mereka semakin dilupakan. Menyedari hakikat ini, Nadarajan (2003) berusaha menghidupkan kebudayaan kaum Chitty semula dan memperkenalkan masyarakatnya pada mata dunia. Usahanya membuahkan hasil apabila Kampung Tujuh diisytiharkan sebagai Kampung Budaya Chitty pada tahun 2001. Usahanya tidak ternoktah begitu sahaja. Nadarajan (2003) turut mengasaskan Pertubuhan Kesenian Chitty Negeri Melaka pada tahun 2000. Setiap kali pesta kebudayaan atau sambutan hari tertentu, pertubuhannya turut diundang untuk mengadakan persembahan.

Kebanyakan generasi muda masyarakat Chitty Melaka ini kurang mengenali adat istiadat mereka. Untuk memastikan bahawa budaya masyarakat Chitty ini terus terpelihara dan sebagai usaha murni masyarakat ini dikenali dunia, sebuah muzium Chitty Melaka dibina pada 2003 oleh Kerajaan Negeri Melaka di perkampungan Chitty, Gajah Berang, Melaka. Muzium tersebut dibuka setelah semua bahan yang bersangkutan dengan kaum Chitty dapat dikumpulkan dan dipamerkan.

BIBLIOGRAFIAbdul Rahman Haji Abdullah (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh

Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors SdnBhd.

Abdul Rahman Haji Abdullah. (2006). Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam: Karisma Publications.

Aisyah Abu Bakar, Mariana Mohamed Osman, Syahriah Bachok, & Mansor Ibrahim (2014). “An Analysis on Transmission of Ethnic Languages in Selected Communities in the World Heritage Site of Malacca, Malaysia”. Procedia Environmental Sciences, 20: 612-621.

Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aziz Deraman. (2005). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bakar, A. A., Osman, M. M., Bachok, S., & Ibrahim, M. (2014). “Analysis on Community Involvement in Cultural Activities: Transmission of Ethnic Language.” Planning Malaysia, 12: 105-132.

Chew, P. G. L. (2011). “Multiculturalism: A Study of Plurality and Solidarity in Colonial Singapore”. BiblioAsia, 6(4): 14-18

Collins, J. T. (2005). Bahasa Melayu Bahasa Dunia Sejarah Singkat. (Terj. Evita Elmanar). Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.

Edmund T. G. (2000). “Tracing the Ethnic Divide: Race, Rights and Redistribution in Malaysia.” In Joanna Pfaf-Czarnecka et al. (eds.), Ethnic Futures: The State and Identity Politics in Asia. (pp.168) London: Sage Publications.

Hashim Hj. Musa, (2005). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat. Petaling Jaya: DJ Gemilang Sdn. Bhd

Lukman Z. Mohamad & Khaidzir Hj. Ismail (2003), “Melayu Hilang di Dunia? Persoalan Identiti Nasional dan Bangsa Malaysia dalam Era Globalisasi.” dlm Lukman Z. Mohamad & Azmi Abdul Manaf (eds.). (2003). Globalisasi di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah. (2014). “Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara: Kajian Kes Cina Peranakan Kelantan di Malaysia.” Kajian Malaysia, 32(1): 119-148.

Asimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka

9MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016)

Mohd Shukri Mohd Ariff., Adnan Abd. Jamil., & Cliff Akid Kamijan Abdullah. (2003). “Kelompok Yang Semakin Pupus”. Dewan Budaya. 25(1): 16-20.

Nadarajan, R. (2003). Kaum Chetty Melaka. Kertas Kerja Seminar Sejarah dan Kebudayaan Melaka pada 27 Ogos 2003 di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Narayanasamy, K. (1967). Proses Assimilasi dan Pengebudayaan di Kalangan Masyarakat Chitty Melaka. Latihan Ilmiah, Universiti Malaya

Narayanasamy, K. (1976). Keadaan Kaum Chetty Masa Kini. Kertas Kerja dalam Seminar Sejarah Melaka, pada 18 Mac 1976 di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Noriah Mohamed. (2009) “Malay Chetty Creole Language of Malacca: A Historical and Linguistic Perspective.” Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 82 (1): 55-70.

Prabhawathy, S. G. (2007). “Masyarakat Chetti yang dilupakan”. Dewan Budaya, 29(3): 10-13

Samuel, S. D. (2006). Peranakan Indians Of Singapore and Melaka- Indians Babas and Nonyas- Chitty Melaka. Singapura: Utopia Press Pte Ltd

Tambiah, Y. (1984). Some Historical and Social Perspectives on the Colombo Chetties. Colombo: International Center for Ethnic Studies.

Uthaya Sankar SB. (2007). “Wajah Malaysia dalam Budaya Chetti”. Dewan Budaya, 29(3): 10-13

Yap, E. M. (1989). “Komuniti Ceti Melaka: Satu Pengenalan”. Jurnal Antropologi dan Sosiologi, 17: 55-72.

Zawiah Mat & Mashitah Sulaiman. (2007). “Interaksi Budaya India & Cina Ke Atas Pengukuhan Bahasa Dalam Tamadun Melayu”. Jurnal Pengajian Umum 8: 115-139.

MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: -Diterima: -

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Haliza Hamat), [email protected] (Normahdiah Seikh Said)*Penulis penghubung

Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis

Haliza Hamat* dan Normahdiah Seikh SaidJabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRAKObjektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji skrip drama Megat Terawis dari sudut Hati Budi Melayu dengan menggunakan 26 komponen teras Hati Budi Melayu oleh Hashim Musa. Pengkaji menggunakan kaedah kajian analisis teks terhadap kesemua dialog watak-watak yang terdapat dalam skrip drama Megat Terawis. Walau bagaimanapun, melalui kajian ini hanya 6 daripada 26 komponen Hati Budi Melayu yang paling menonjol dalam dialog watak-watak dalam skrip ini dipilih. Manakala 20 komponen lagi tidak begitu menonjol mungkin kerana panjang manuskrip yang agak terhad serta pengarang hanya ingin memfokuskan kepada kisah Megat Terawis menyelamatkan Puteri Limau Purut sahaja. Manuskrip Megat Terawis merupakan sebuah manuskrip yang berbentuk skrip drama pentas yang ditulis oleh Teh Fatimah pada tahun 1950. Manuskrip ini mengisahkan tentang Megat Terawis yang berasal dari Pagar Ruyung telah berjaya membantu Sultan Perak membawa pulang anaknya iaitu Puteri Limau Purut yang telah dilarikan ke Acheh.

Kata kunci: Hati budi, Megat Terawis, Manuskrip Melayu

Title English

ABSTRACTThe objective of this study is to analyze the Malay Character Traits (Hati Budi Melayu) by using 26 component by Hashim Musa. Researcher use textual analysis study method on all dialogues that occur in Megat Terawis manuscript. Through this study only 6 out of 26 component Malay Character Trait could be obtained in the characters’s dialogue in this script. Meanwhile another 20 component was not really shown may be because the manuscript length is limited and the author only want to concentrate on the story about how Megat Terawis saves Puteri Limau Purut. Megat Terawis manuscript is a stage show script written by Teh Fatimah in the year 1950. This manuscript is about

how Megat Terawis, which is from Pagar Ruyung have successfully helped the Sultan of Perak to bring home his child named Puteri Limau Purut that had been abducted to Acheh.

Keywords: Malay Hati Budi, Megat Terawis, Malay manuscript

Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said

12 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

PENDAHULUANSecaraumumnya,manuskripMelayulamabolehdidefinisikansebagaisebuahkaryadalam tulisan Jawi dan bertulisan tangan yang dihasilkan di antara kurun ke-16 hingga kurun ke-20. Dalam setiap manuskrip yang dihasilkan ilmuwan terdahulu mengandungi pelbagai ilmu yang merangkumi pelbagai bidang seperti sejarah, undang-undang, kitab agama, perubatan dan sebagainya. Hal ini menjadikan setiap manuskrip yang dihasilkan pada zaman tersebut tidak ternilai harganya. Ilmu yang dihasilkan dalam manuskrip Melayu dapat mencerminkan kekayaan pemikiran tamadun Melayu pada zaman tersebut. Melalui manuskrip juga kita dapat melihat gambaran kehidupan masyarakat zaman tersebut yang penuh dengan adab dan pemikiran yang dirakamkan ke dalam hikayat, syair, gurindam dan sebagainya.

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan adab dan hati budi yang tinggi. Hal ini dapat dilihat melalui adat yang ditinggalkan oleh masyarakat yang terdahulu. Seperti yang terdapat dalam karya lisan masyarakat terdahulu contohnya, peribahasa dan puisi didapati bahawa sikap hidup bermasyarakat dan hormat menghormati di antara satu sama lain. Penyataan ini selaras dengan pendapat Nor Aina Dani (2011) yang menyatakan bahawa orang Melayu akan menjelmakan budi bahasa mereka melalui perbuatan, perkataan, sifat bersopan santun serta kebijaksanaan pemikirannya. Keadaan ini telah lama wujud dan diamalkan dalam masyarakat Melayu yang dapat dilihat melalui manuskrip-manuskrip lama seperti hikayat yang dihasilkan oleh masyarakat terdahulu dan terus diamalkan sehingga ke hari ini.

Dalam artikel ini, manuskrip Megat Terawis (MT) dipilih untuk melihat sejauh mana pengarang menerapkan unsur Hati Budi Melayu ke dalam skrip drama pentas. MT merupakan sebuah skrip drama pentas yang dikarang oleh Teh Fatimah pada tahun 1950. Ia mengisahkan tentang seorang pahlawan bernama Megat Terawis yang berjaya menyelamatkan anakanda Sultan Perak yang dilarikan ke Acheh dan akhirnya dilantik sebagai Bendahara Perak. Objektif kajian ini ialah untuk mengukur sejauh mana pengarang menerapkan Hati Budi Melayu dalam setiap watak yang terdapat dalam MT dengan menggunakan 26 komponen Hati Budi Melayu oleh Hashim Musa.

Menurut Sidek Baba (2009), seseorang yang tinggi hati budinya akan menggunakan bahasa yang santun, jelas dan beradab. Manakala seseorang yang mempunyai akal budi tinggi dan bermakna pula akan menggunakan kiasan, pantun, peribahasa dan lain-lain dalam tutur kata agar memberi kesan yang mendalam kepada orang lain. Walau bagaimanapun, menurut Hashim Hj Musa (2012) sifat ini boleh terhakis disebabkan oleh sifat dalaman yang buruk, dan juga oleh pengaruh luaran yang asing, seperti yang pernah terjadi dalam sejarah yang telah menyebabkan kejauhan kerajaan Melaka.

SOROTAN KAJIANMasyarakat Melayu sering dikaitkan dengan agama Islam sejak dahulu lagi. Agama Islam telah memberi pengaruh besar dalam kehidupan orang Melayu sama ada dalam bentuk lisan atau tingkah laku. Noriati A. Rashid (2005) dalam kajiannya menyatakan bahawa masyarakat Melayu sememangnya tinggi dengan tradisi hidup bermasyarakat. Hal ini dapat dilihat melalui pengucapan dalam bahan-bahan tradisi lisan dan rakyat seperti peribahasa,

Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis

13MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

puisi, dan naratifnya. Apabila budi digabungkan dengan bahasa pula lahirlah tutur kata yang baik serta sopan yang mampu melahirkan sifat hormat terhadap orang lain. Apabila ditambah pula dengan peraturan Islam menjadikan strategi berbahasa yang berhubung rapat antara Melayu dengan Allah.

Perkaitan antara agama Islam dengan masyarakat Melayu turut diperkatakan oleh Hashim Musa (2008) iaitu konsep kesantunan dan agama Islam merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam masyarakat Melayu. Menurut beliau, sopan santun bolehdidefinisikansebagaihalusbudibahasadalamberkomunikasiuntukmengelakkankonflikantarapenuturdenganpendengardisampingmenjagaairmukanya.Tambahanpula, kesantunan bukan setakat etika dan moral sahaja tetapi sebahagian daripada akhlak seseorang. Menurut Noor Aina Dani (2011) melalui analisis kandungan terhadap buku Malay Courtesy turut menyatakan bahawa budi bahasa dan nilai murni orang Melayu adalah berasaskan agama Islam dan warisan kebudayaan mereka dan beliau mendapati bahawa orang Melayu menjelmakan sihat budi bahasa melalui tatatertib, perbuatan kebajikan, sopan santun, pertuturan dan kebijaksanaan.

Hashim Musa et al. (2012) pula menyatakan bahawa dalam masyarakat Melayu Islam, orang yang ‘budiman’ dianggap mempunyai nilai etika, moral dan akhlak yang tinggi serta dipandang mulia oleh masyarakat. Tiga sifat utama yang dimiliki oleh orang ‘budiman’ ialah pertama, mempunyai budi pekerti dan adab sopan yang mulia kedua, budi bahasa dan budibicarayangbernasdanyangketiga,hatibudiyangtinggi,akalfikirandanhatikalbuyang sarat dengan ilmu, kebijaksanaan, dan kebaikan. Norazlina Kiram dan Raja Masittah (2012) pula menyatakan bahawa kesantunan berbahasa dalam masyarakat Melayu dapat dilihat melalui bahasa lisan, tingkah laku dan sikap penutur. Sememangnya masyarakat Melayu terkenal dengan sikap lemah lembut dalam banyak perkara. Namun, sikap ini jarang ditunjukkan dalam hal-hal yang melibatkan harga diri, status dan maruah. Ini kerana mereka sanggup bertindak langsung jika maruah diri dan keluarga diaibkan.

METODOLOGIKaedah utama dalam kajian ini ialah kaedah analisis kandungan (Content Analysis Method). Bahan untuk kajian ini ialah skrip drama Megat Terawis yang merupakan hasil karangan Teh Fatimah. Ia telah dikarang oleh Teh Fatimah sendiri pada tahun 1950, berbentuk skrip drama pentas yang telah berjaya dilakonkan pada tahun yang sama. Skrip ini telah diperolehi daripada bahagian manuskrip Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Menurut Teh Fatimah (1950:1), tujuan utama penulisan manuskrip ini ialah untuk memulihkan semula adat resam dan bahasa Perak jati.

Terdapat pelbagai versi yang menceritakan tentang Megat Terawis, namun dalam manuskrip ini diceritakan bahawa Megat Terawis berasal dari Pagar Ruyung dan menetap di Perak. Disebabkan jasanya kepada Sultan Perak, beliau telah dilantik sebagai bendahara oleh Sultan Perak dan seterusnya menjadi orang pertama yang bergelar Bendahara Perak. TerdapatjugasebuahfilembertajukMegatTerawisyangtelahdilakonkanolehHashimahYon, Ahmad Mahmud, Jins Samsuddin, Normadiah dan lain-lain. Walau bagaimanapun, fileminiadalahberbezadenganskripdramapentaskaranganTehFatimahini.

Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said

14 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

Untuk mendapatkan data, kesemua dialog yang terdapat dalam manuskrip MT akan dianalisis dan dikenalpasti berdasarkan 26 komponen Hati Budi Melayu oleh Hashim Haji Musa. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya akan menekankan kepada 6 komponen yang paling menonjol sahaja. Menurut Hashim Musa (2008), kerangka Hati Budi Melayu yang menjadi asas kekuatan Melayu itu mengandungi tiga komponen utama, iaitu:

1. Komponen epistemologi atau ilmu pengetahuan yang boleh diistilahkan secara mudah sebagai faham ilmu.

2. Komponen pandangan alam semesta worldview atau faham alam. 3. Komponen nilai dan akhlak atau faham nilai.

(Hashim Musa, 2008:18)

Ketiga-tiga komponen tersebut seterusnya dianalisis dan menghasilkan 26 komponen teras Hati Budi Melayu yang melibatkan perbuatan, pertuturan dan sikap yang seterusnya melahirkan masyarakat Melayu yang dapat memberi sumbangan kepada bangsa dan negara. 26 komponen tersebut ialah:

1. Hidup berteraskan agama islam2. Pendidikan demi membentuk manusia yang berilmu, beradab, berbudi,

bertakwal dan beramal.3. Nilai kerja yang mengutamakan kesungguhan, kecekapan, kerajinan dan

kerukunan bagi manfaat dunia dan akhirat sehingga ke anak cucu.4. Taat dan berkhidmat kepada ibu bapa serta memuliakan mereka5. Setia kepada ketua yang adil, terpuji dan benar.6. Halus budi bahasa dan budi pekerti.7. Sentiasa bermuafakat, bertegang rasa, tolong menolong dan mengutamakan

kebajikan umum dan hidup bermasyarakat.8. Hormat dan khidmat dalam pergaulan dan dengan tetamu.9. Sederhana bukan ekstrimis dalam tutur kata dan tingkah laku, hemat dan

cermat, tidak kasar, keras, militan dan ganas.10. Sangat prihatin tentang harga diri dan maruah yang terjelma istilah

“menjaga air muka” dan “rasa malu yang mendalam”.11. Tahu tempat dan letak sesuatu dan diri setiap orang dan bertindak

sewajarnya.12. Membela dan mempertahankan kebenaran dan keadilan.13. Menanam budi dan membalas budi.14. Sifat pemaaf dan pemurah15. Sifat kasih sayang16. Hidup sederhana.

Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis

15MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

17. Ikhlas dan rela berkorban.18. Sikap berdikari19. Menghormati hak dan milik.20. Kejujuran dan keikhlasan.21. Berbaik sangka sesama makhluk22. Sifat keterbukaan, tidak menyimpan rasa dan curang.23. Sifat amanah24. Memanfaatkan waktu, tidak membuang masa.25. Memandang masa depan.26. Mensyukuri nikmat Allah.

(Hashim Musa, 2008:7-12)

HATI BUDI MELAYU DALAM SKRIP DRAMA MEGAT TERAWIS

Hidup berteraskan agama IslamSelepas kedatangan islam ke Alam Melayu, kehidupan masyarakat Melayu telah dipengaruhi oleh agama Islam. Segala adat resam telah di ubah suai agar bersesuaian dengan tuntutan Islam. Dalam kajian ini juga turut memperlihatkan kehidupan masyarakat yang dipengaruhi oleh agama Islam. Walaupun berlakunya pertembungan budaya dan penyerapan beberapa unsur asing dalam sistem sosialnya, namun selagi budaya tidak bercanggah dengan agama Islam maka budaya itu diterima dan dijadikan sebagai sebahagian daripada budayanya sendiri (Mohd. Aris dan Ahmad, 2012:2). Perkaitan yang rapat antara agama Islam dengan masyarakat Melayu menyebabkan Siti Sarah et. al (2012:31) mentafsirkan bahawa seseorang Melayu itu boleh dipanggil Melayu jika mereka beragama Islam.

Contoh kebergantungan watak-watak dalam MT terhadap Allah S.W.T dan agama Islam dapat dilihat berdasarkan petikan di bawah:

Sultan Perak: Hai dayang! Dah jauh malam agaknya dayang. Lemah rasanya anggota beta mengenangkan hal Tuan Puteri Limau Purut beta yang telah dilarikan oleh Raja Acheh itu. Raja Acheh raja yang tidak menimbang rasa. Tiap-tiap suatu ada balasannya;

Ya Allah tuhan Rabbani,Apakah kazha jadi begini, Sekianlah balasan hamba-Mu ini, Lemah rasanya jasad insani. Sungguh beta raja bertakhta, Puteriku ghaib hilang dimata Malu menimpa hina dan lita Kepada Allah kuserahkan nyata.

Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said

16 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

Ketua dayang (menyembah): Ampun tuanku; hari dah lampau tengah malam, tuanku. Silalah tuanku beradu; Tak usahlah dikenangkan hal paduka anakanda itu; serahkan sahajalah kepada Allah Taala. Mudah-mudahan dengan pertolongan tuhan, berkat daulat yang maha mulia, yang pipih datang melayang, yang bulat datang mengguling, tuanku.

(MT:13-14)

Dalam petikan ini dapat dilihat bahawa kedua-dua watak menunjukkan wujudnya kebergantungan kepada agama Islam. Dialog Sultan Perak di atas dapat dilihat bahawa penggunaan ayat “kepada Allah ku serahkan nyata”. Melalui ayat ini menunjukkan bahawa tiada apa yang mampu Sultan Perak lakukan tentang puteri baginda yang telah dibawa lari ke negeri Acheh kecuali berserah kepada Allah kerana Allah yang Maha berkuasa.

Seterusnya, dalam dialog yang dituturkan oleh Ketua Dayang juga turut mengandungi ayat yang berteraskan agama Islam iaitu “serahkan sahajalah kepada Allah Taala”. Melalui dialog ini turut menunjukkan bahawa Ketua Dayang sedang memujuk Sultan Perak supaya beradu dan menyerahkan hal anakanda baginda kepada Allah.

Setia kepada ketua yang adil, terpuji dan benarSejak zaman dahulu lagi masyarakat Melayu terkenal dengan sikap taat kepada raja, pemerintah atau ketua. Ekoran daripada itu, maka wujudlah konsep daulat dan derhaka. Konsep ini seterusnya dipegang oleh masyarakat Melayu sehingga hari ini yang membuktikan bahawa masyarakat Melayu menghormati pemimpin dan taat setia kepada pemimpin menjadi sebahagian daripada adat dan budayanya.

Dalam skrip MT turut memperlihatkan tentang budaya masyarakat Melayu yang setia kepada ketua yang adil dan terpuji. Contohnya dalam petikan dibawah:

Megat Terawis (menyembah):Ampun tuanku raja berdaulat,Patik umpama seekor lalat,Titah dijunjung tiadalah ralat,Acheh dilanggar tiada beralat.

Ampun tuanku mahkota negara,Ke negeri Acheh patik mengembara,Puteri anakanda dibawa segera,Patik kembali digelar bendahara.

Ampun tuanku raja maulana,Patik pohonkan keris sempana,Tiga orang kawan yang bijaksana,Orang pandai bertutur karna.

(MT: 27)

Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis

17MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

Konsep daulat dan derhaka ini dipercayai bermula apabila berlakunya perjanjian dan bersumpah taat setia antara Demang Lebar Daun dengan Sri Tri Buana. Dalam perjanjian ini, Sri Tri Buana sebagai raja meminta supaya keturunan Demang Lebar Daun sebagai hamba untuk tidak derhaka kepada keturunannya sebagai pemerintah. Jikalau tidak, keturunan Demang Lebar Daun akan ditimpa bala.

“Titah baginda, “Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas.” Maka sembah Demang Lebar Daun, “Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya.”

(Sulalatus Salatin:24)

Berdasarkan konsep inilah masyarakat Melayu zaman dahulu sangat taat kepada pemerintah. Setiap arahan yang dikeluarkan oleh raja jarang sekali diingkar. Manakala sesiapa yang mengingkar arahan raja pula akan dianggap penderhaka dan akan dijatuhi hukuman. Hal ini juga merupakan faktor yang menyebabkan Megat Terawis patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh Sultan Perak.

Hubungan antara pemerintah dan rakyat dalam masyarakat Melayu lama turut dihuraikan oleh Nurulhayati Zulfadinamis dan Che Ibrahim Salleh (2012:310) iaitu bentuk organisasi sosialnya dibahagikan kepada golongan kelas atasan, iaitu pemerintah yang terdiri daripada raja atau sultan, pembesar daerah, serta penghulu manakala di satu pihak ialah golongan kelas rakyat biasa dan hamba yang diperintah oleh satu pihak yang lain. Hubungan antara kedua-dua golongan ini ialah hubungan timbal balik.

Dalam petikan dialog MT di atas menunjukkan bahawa Megat Terawis sedia mengikut arahan Sultan Perak supaya ke Acheh untuk membawa pulang anakandanya iaitu Puteri Limau Purut kembali ke negeri Perak. Walaupun Megat Terawis baru pertama kali berjumpa dengan Sultan Perak, namun beliau tetap menjunjung titah yang disampaikan oleh Sultan Perak memandangkan beliau merupakan daripada golongan bawahan. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu sangat setia dengan ketua terutama sekali raja. Setiap arahan yang dikeluarkan oleh raja tidak boleh dibantah sesuka hati.

Halus budi bahasa dan budi pekertiMasyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan mempunyai sikap halus budi bahasa yang menjadi tuntutan dalam agama Islam. Hal ini seperti yang pendapat yang dikemukakan oleh Zainal Kling (1980) dalam Noriati A. Rashid (2005:234), dalam masyarakat Melayu, ciri-ciri Islam menjadi asas kelakuan dan tindakan, bentuk dan hubungan, inti sari nilai, sikap, dan pandangan. Pendapat ini selari dengan penyataan yang dikemukakan oleh Noor Aina Dani (2011:132) iaitu budi bahasa dan nilai orang Melayu adalah berasaskan agama Islam dan warisan kebudayaan mereka.

Norazlina Mohd. Kiram et al. (2010:215) pula menyatakan bahawa orang yang berbudi bahasa, berbudi mulia dan bersopan dalam berbahasa diberi nilai yang sangat tinggi. Seterusnya, MT turut memperlihatkan komponen halus budi bahasa dan budi pekerti. Hal

Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said

18 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

ini kerana kesantunan budi bahasa telah menjadi darah daging masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi dan menjadi lambang jati diri bangsa Melayu.

Megat Terawis: Bahpulu, teman nak pergi la dah, kalu nasib teman baik, dibelalah dikeraje, mikeme tu takkan teman lupekan.

Orang darat: Baiklah Tok Megat, itulah yang nak kita cari pun, dikasih raja, kurang tapak tangan nyiru ditadahkan; kalu ada sesak sempit sima, datanglah sima mengadukan hal kepada Tok Megat.

(MT:21-22)

Dalam petikan diatas menunjukkan dialog di antara Megat Terawis dengan orang darat sewaktu Megat Terawis bersedia untuk mengikut menteri ke istana. Melalui dialog ini Megat Terawis telah berpesan kepada orang darat bahawa beliau telah bersedia untuk pergi mengadap raja dan jika bernasib baik, beliau akan dijaga oleh Sultan Perak. Seterusnya, orang darat turut membalas dengan menggunakan bahasa yang halus untuk menyatakan kepada Megat Terawis bahawa suatu hari nanti dia mungkin akan datang meminta tolong Megat Terawis jika dia ditimpa kesusahan.

Sangat prihatin tentang harga diri dan maruah yang terjelma istilah “menjaga air muka” dan “rasa malu yang mendalam”Secaramudahnyaistilahmenjagaairmukabolehdidefinisikansebagaimenjagamaruahdan perasaan orang lain. Dalam budaya masyarakat Melayu, maruah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan menyebabkan mereka lebih mengutamakan perasaan orang lain dalam pelbagai keadaan. Sikap bertimbang rasa menjadikan masyarakat Melayu tidak mementingkan perasaan diri sendiri semata-mata. Walau bagaimanapun, dalam mementingkan perasaan orang lain, orang Melayu masih lagi mementingkan maruah diri sendiri dan keluarga.

NorazlinaHjMohd.KiramdanRajaMasittahRajaAriffin(2012:294)menjelaskanbahawa dalam tingkah laku, antara perkara yang amat dititikberatkan ialah penjagaan dan pengurusan air muka yang dihubungkaitkan dengan konsep malu. Kesan negatif akan menjejaskan nama baik, bukan sahaja kepada individu tersebut tetapi juga keluarga dan sanak saudara. Manakala Noriati A. Rashid (2005:238) pula menghuraikan bahawa malu juga boleh berpunca daripada penggunaan bahasa kerana sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah sama sekali menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang. Perkataan yang keluar dari bibirnya hendaklah santun, tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga dan pihak lain walaupun sewaktu menyatakan sesuatu yang benar.

Ketidakprihatinan dalam menjaga air muka orang lain dalam masyarakat Melayu boleh menjadi suatu aib dan isu yang besar. Seperti juga dalam MT, pengarang juga turut menonjolkan aspek penekanan terhadap malu dan aib.

Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis

19MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

Sultan Perak: Megat Terawis saudara beta, Dengarkan madah segala berita.

Megat Terawis gagah terbilang,Sifatmu lengkap jadi hulubalang,Ambilkan puteri dibawa pulang.Menggelarkan bendahara tidak ku walang.

Ambil puteri seri mahkota,Di negeri Acheh tempat yang nyata,Puteri Limau Purut anakanda beta,Balaskan malu aib dan lata.

(MT:26)

Pentingnya malu dan aib dalam MT dapat dilihat seperti dalam contoh petikan diatas. Petikan dialog Sultan Perak diatas menunjukkan bahawa Sultan Perak sangat mementingkan maruahnya. Hal ini dapat dibuktikan melalui ayat yang dituturkannya, “Ambil puteri seri mahkota, Di negeri Acheh tempat yang nyata, Puteri Limau Purut anakanda beta, Balaskan malu aib dan lata”. Melalui ayat ini, Sultan Perak telah menitahkan Megat Terawis supaya pergi ke Acheh untuk membawa pulang Puteri Limau Purut serta membalas malu yang diterima oleh baginda.

Peristiwa negeri Perak yang telah diserang oleh Acheh dan Puteri Limau Purut dibawa lari menyebabkan Sultan Perak menanggung malu dan aib kerana seolah-olah baginda lemah dan tidak mampu melindungi anakandanya serta negeri Perak. Ekoran daripada itulah baginda menitahkan agar Megat Terawis membalas aib yang telah menimpa dirinya bukan sahaja membawa pulang Puteri Limau Purut.

Menanam budi dan membalas budiMasyarakat Melayu sering dikaitkan dengan budi dan amalan membalas budi amat penting kerana ia dapat mewujudkan semangat kerjasama dalam masyarakat. Dalam MT juga tidak terkecuali dengan memasukkan unsur membalas budi seperti dalam contoh petikan di bawah:

Sultan Perak: Benar kata Bendahara Garang,Sembana itu akalnya kurang.

Ayahanda anakanda sama terhutang,Kepada bendahara baharu datang,Semujurlah tiada aral melintang,Dengan ayahanda dapat bertentang ...

Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said

20 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

Puteri Limau Purut:Terima kasih memanda Bendahara,Tidak terbalas budi bicara,Melepaskan beta daripada mara,Balik ke Perak berjumpa saudara.

(MT:72-73)

Dalam petikan di atas dapat dilihat dialog diantara Sultan Perak dan anakandanya iaitu Puteri Limau Purut setelah selamat pulang ke negeri Perak. Melalui dialog ni Sultan Perak menyatakan bahawa mereka terhutang budi dengan Megat Terawis yang telah berjaya membawa Puteri Limau Purut pulang ke Perak dengan selamat. Hal ini boleh dilihat pada ayat yang dituturkan oleh Sultan Perak, “Ayahanda anakanda sama terhutang, Kepada bendahara baharu datang...”. Perkataan “terhutang” yang dimaksudkan oleh Sultan Perak dalam petikan di atas merujuk kepada terhutang budi pada Megat Terawis.

Walaupun kedudukan Sultan Perak dan Puteri Limau Purut lebih tinggi berbanding Megat Terawis namun ia tidak menghalang mereka dari merasa terhutang budi pada Megat Terawis. Seterusnya, Puteri Limau Purut pula dilihat turut terasa terhutang budi pada Megat Terawis. Ia dapat dilihat melalui ayat yang dituturkan oleh Puteri Limau Purut, “Terima kasih memanda Bendahara, tidak terbalas budi bicara, melepaskan beta daripada mara, balik ke Perak berjumpa saudara”.

KESIMPULANSebagai kesimpulannya, kebudayaan sesebuah masyarakat boleh dilihat melalui cara hidup mereka iaitu dari segi sosial, politik, ekonomi dan agama. Melalui kajian ini dapat dilihat bahawa 6 daripada 26 komponen Hati Budi Melayu boleh didapati dalam manuskrip MT. Keadaan ini dapat menggambarkan masyarakat Melayu pada zaman tersebut masih tinggi dengan jati diri mereka sebagai seorang yang berbangsa Melayu. Manakala baki 20 lagi komponen tidak begitu menonjol penggunaannya oleh pengarang manuskrip ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Yang pertama mungkin disebabkan panjang manuskrip ini yang agak terhad kerana manuskrip ini merupakan skrip drama pentas yang lakonannya dalam tempoh waktu yang agak terhad menyebabkan hanya lakonan tertentu sahaja boleh diceritakan. Manakala faktor kedua pula mungkin disebabkan pengarang perlu menfokuskan kepada kisah Megat Terawis yang menyelamatkan Puteri Limau Purut dan bagaimana beliau dilantik menjadi bendahara sahaja menyebabkan pengarang tidak menceritakan sosiobudaya masyarakat Melayu secara terperinci.

Melalui kajian ini juga dapat dilihat agama Islam memainkan pengaruh yang dominan dalam kehidupan masyarakat Melayu zaman dahulu. Masyarakat Melayu sememangnya dipenuhi dengan adat dan pantang larang yang tersendiri. Namun, setelah Islam mula bertapak di Alam Melayu, adat-adat tersebut telah diubahsuai agar tidak bertentangan dengan agama Islam. Manakala adat yang tidak bertentangan pula terus diamalkan oleh mereka. Orang Melayu juga terkenal dengan sikap autoritarian iaitu sikap golongan bawahan taat dan hormat golongan atasan contohnya anak hormat dan taat kepada ibubapa

Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis

21MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

dan rakyat taat kepada pemerintah. Seperti dalam kajian ini dapat dilihat Puteri Limau Purut taat kepada ayahandanya iaitu Sultan Perak dan Megat Terawis taat kepada raja iaitu Sultan Perak.

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa karya sesuatu bangsa dapat menggambarkan kehidupan dan hati budi bangsa tersebut. Oleh itu, diharapkan kajian seperti ini dapat dilakukan terhadap karya bertulis ataupun berbentuk lakonan yang dihasilkan oleh masyarakat hari ini. Hal ini bertujuan untuk mengukur sejauhmana penggunaan hati budi Melayu memandangkan orang Melayu telah terdedah dengan dunia luar seperti pengaruh barat. Melalui cara ini juga diharapkan karyawan hari ini dapat menerapkan 26 teras hati Budi Melayu ini ke dalam setiap karya mereka agar dapat mengembalikan jati diri Melayu seterusnya dapat dihayati oleh individu dan masyarakat seperti orang Melayu dahulu.

BIBLIOGRAFIHashim Hj Musa, Normahdiah Sheik Said, Rozita Che Rodi dan Siti Sarah Ab Karim (2012). Hati Budi

Melayu: Kajian Keperibadian Sosial Melayu ke Arah Penjanaan Melayu Gemilang. Gema Online Jurnal of Language Studies Volume 12(1). 163-182.

Hashim Hj. Musa. (2008). Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad ke-21. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Hashim Hj. Musa. (2010). Pemerkasaan dan Integrasi Masyarakat Malaysia melalui Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Antarabangsa Psikolingusitik II: Bahasa Pemikiran dan Integrasi. Serdang: Universiti Putra Malaysia. hlm. 268-278.

Noor Aini Dani. (2011). Aplikasi kaedah analisis Kandungan: Gambaran Budi Bahasa dan Nilai Murni Orang Melayu dalam Buku Malay Courtesy. Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation. 29(1), 121-136.

NorazlinaMohdKiram&RajaMasittahRajaAriffin.(2012).KesantunanBerbahasaOrangMelayumenerusiGaya Pengurusan Air Muka dalam Saga: Aplikasi Teori Ting- Toomey, Jurnal Bahasa: 12 (2), 284-300.

Norazlina Mohd. Kiram, Hasnah Mohamad dan Hajah Nor Azuwan Yaakob (2010). Adat Melayu Pengungkap Jati Diri Melayu. Melayu dalam Cabaran. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 210-221.

Noriati A. Rashid. (2005). Nilai Kesantunan dalam Konteks Sosiobudaya Masyarakat Melayu. Jurnal Pengajian Melayu. Jilid 15, 232-253.

Nurulhayati Zulfadinamis & Che Ibrahim Salleh. (2010). Pemikiran Melayu dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Manifestasi Bahasa dalam Budaya. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 304-330.

Sidek Baba. (2009). Melayu Perkasa. Selangor. Alaf 21 Sdn. Bhd.

Siti Sarah Ab Karim, Normahdiah Sheik Said, Hashim Musa dan Rozita Che Rodi (2010). Hati Budi Melayu Penting untuk Kesinambungan Bangsa dan Budaya. Manifestasi Bahasa dalam Budaya. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 28-45.

Sulalatus Salatin (1979). Peny. A.Samad Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said

22 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

LAMPIRAN

Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis

23MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said

24 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: -Diterima: -

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Nor Saadah Mohd Salleh), [email protected] (Hashim Musa)*Penulis penghubung

Kepelbagaian Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan

Nor Saadah Mohd Salleh* dan Hashim MusaJabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRAKKajianinibertujuanmengenalpastidanmengklasifikasikepelbagaianmaknadalamsemantikleksikal yang mencakupi tema kecantikan, iaitu berdasarkan judul kepelbagaian makna leksikal dalam iklan produk kecantikan. Justeru, kajian ini untuk membincangkan sejauh manakah ketepatan leksikal yang digunakan untuk mengiklankan sesuatu produk. Oleh itu, kajian ini dapat mengenal pasti makna leksikal dan kolokasinya dalam frasa terpilih iklan produk kecantikan tersebut. Hal ini dapat menjelaskan makna literal sebagai asas pemahaman makna kata yang berkolokasi. Selain itu, kajian ini juga untuk melihat sama ada makna yang terkandung dalam leksikal yang dipilih oleh para pengiklan hanya memberikan satu dakwaan yang berlebihan sehingga memperdayakan pengguna atau dapat menjelaskan produk yang diiklankan tersebut. Hal ini bertepatan dengan objektif kajian ini iaitu mengenal pasti makna leksikal dan kolokasinya yang terkandung dalam frasa terpilih dalam iklan produk kecantikan seterusnya dapat menghuraikan ketaksaan atau ketepatan sesuatu leksikal yang diklankan demi kemanfaatan pengguna. Kajian ini berlandaskan Teori Makna Teks (Igor Melcuk, 1986) sebagai sandaran kajian tentang makna leksikal dan Teori Fungsi Tatabahasa Sistemik (Micheal Halliday, 1985). Frasa yang menjadi slogan iklan produk kecantikan kulit yang dikutip majalah mingguan wanita sebagai sumber data. Data dianalisis dengan penggunaan garis konkordans melalui laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hasil analisis data yang diperoleh daripada penyenaraian konkordans adalah untuk melihat kolokasinya. Dapatan yang diperoleh daripada kajian ini didapati sejumlah besar leksikal yang berkaitan dengan kecantikan dapat memberikan pengaruh kepada golongan wanita untuk memperoleh produk yang diiklankan berdasarkan leksikal yang digunakan oleh pengiklan. Makna leksikal tersebut dapat ditentukan dengan memahami keseluruhan konteks ayat. Setiap leksikal dan frasa dijelaskan maknanya yang dikelompokkan dalam kategori makna berasaskan domain yang mendasari makna leksikal tersebut. Penjanaan kata melalui konkordans dapat dijelaskan makna literal dan makna konteks serta makna bagi frasa yang berkolokasi. Hasil dapatan ini dapat mencapai objektifnya iaitu makna leksikal dan kolokasinya dapat diterangkan secara jelas melalui makna literal dan menjadi tunjang atau asas pemaknaan dari sudut konteks dan kolokasinya..

Kata kunci: Semantik leksikal, makna leksikal dan makna kolokasi, iklan, produk kecantikan, Teori Makna Teks, Teori Fungsi, Tatabahasa Sistemik

Nor Saadah Mohd Salleh dan Hashim Musa

26 MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016)

Lexical Meaning Diversity in Beauty Product Advertisement

ABSTRACTThe focus of the study is to identify and classifiy various meanings from lexical semantic perspective of the concept of beauty, based on the lexical ambiguity topics. Hence this study will be able to identify lexical meaning of words and their collocations in selected phrases pertaining to beauty products. In addition, this study will also show as to whether the meaning of lexical words and phrases used by the advertisers were mere exegeration of the products’ qualites to beguile the consumers or they truly describe them. The study utilized the theory of the textual meaning (Igor Melcuk, 1986) and the theory of systemic functinal grammar (Igor Micheal Halliday, 1985) as the basis of analysis of the lexical items.. The data of the study comprising beauty slogan phrases were collected from weekly women magazines. Data were also sourced from the Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) website listed in the concordance to abtain lexical collocation. The meanings of the lexical items can be determined by examining their context of usage. The meaning of every lexical items and phrases used can be grouped into categories of meaning based on their semantic domains. By generating words and phrases in the concordance, the literal meaning as well contextual meaning can be explained. The finding of the study showed that the majority of lexical items describing beauty products have very strong influence on the mind of the women in their choices of the products. The finding also fulfill the objective of describing clearly the literal and contextual meanings of the lexical items and thier collocations.

Keywords: Lexical semantics, lexical meaning and collocation meaning, adverticement, beauty products, textual meaning theory, functional theory, systemic grammar

PENGENALANDari sudut bahasanya kajian ini akan memperjelas keberkesanan frasa yang digunakan oleh para pengiklan sebagai slogan dalam iklan produk kecantikan kulit. Frasa tersebut berfungsi sebagai frasa pencetus demi menarik perhatian gologan sasaran. Oleh itu, kajian ini dilakukan sebagai satu usaha dalam merungkai ketaksaan pada frasa tersebut yang mungkin menimbulkan kekeliruan kepada golongan sasaran khususnya wanita, kesan daripada penjualan produk tersebut sama ada benar-benar menepati seperti yang diiklankan atau sekadar dakwaan yang berlebih-lebihan. Menurut Parera (1991:9):

Dari sudut kebahasaan, ungkapan, rasa bahasa dan gaya Bahasa sebuah bahasa bererti kegramatikalan dan ketatabahasaan sebuah kalimat ditentukan oleh makna runtunan yang diterima oleh pemakainya.

Hal ini bermaksud dari sudut bahasa sesuatu ungkapan, perasaan dan gaya bahasa dalam sebuah bahasa mempunyai erti yang gramatis dan struktur tatabahasa sesuatu kalimat akan ditentukan oleh makna yang difahami dan diterima oleh pemakainya. Oleh sebab kajian ini ialah kajian frasa, pengkaji tidak membuat penjelasan secara khusus dalam aspek struktur tatabahasa dalam perbincangan tetapi berfokus kepada kedudukan frasa yang menjadi slogan produk kecantikan kulit tersebut.

Kepelbagaian Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan

27MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016)

Berdasarkan huraian ini perlu ada penelitian makna bahasa dari sudut pandangan semantik untuk memahami ungkapan atau frasa yang digunakan oleh pengiklan dalam slogan produk kecantikan kulit tersebut. Justeru pendekatan semantik leksikal digunakan sebagai konsep dasar. Hal ini dapat menjelaskan makna secara literal sebagai asas pemahaman makna seterusnya dijelaskan pula melalui makna kata yang berkolokasi. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dilakukan ini berdasarkan frasa yang digunakan dalam slogan produk iklan kecantikan kulit tersebut.

Dalam mendeskripsikan bahasa dengan pendekatan semantik leksikal, teori yang digunakan ialah teori semantik leksikal khususnya Teori Makna Teks sebagai pegangan yang dipelopori oleh Igor Melcuk (1986). Semantik leksikal menyelidiki makna yang ada pada leksem daripada bahasa. Oleh sebab itu, makna yang ada dalam leksem disebut makna leksikal. Kajian terhadap makna kata yang terkandung dalam bahasa ini juga dikenali sebagai semantik leksikal. Semantik leksikal penting untuk mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat dalam sesebuah bentuk kata. Hal ini berkaitan dengan komponen maknanya dan sering dikaitkan oleh ahli bahasa cara atau kaedah mengenal pasti makna yang terdapat dalam bentuk perkataan dalam sesebuah bahasa. Kajian frasa yang dilakukan ini dikenali sebagai frasalogi, iaitu merupakan penelitian terhadap pola frasa yang melihat bentuk kata yang mewujudkan perbezaan fungsi leksikal sesuatu bentuk frasa dengan bentuk kata yang berlainan.

PENYATAAN MASALAHKejelasanmaknasesuatuleksikalbukansahajadapatditentukanberdasarkandefinisikamustetapi dapat dibantu dengan fungsi sesuatu leksikal. Segala perubahan makna sesuatu leksikal berlaku tanpa disedari. Oleh itu, timbul persoalan berkenaan kejelasan, ketepatan dan keluasan takrifan sesuatu makna. Tambahan pula, apabila leksikal itu digunakan dalam sesuatu iklan dalam bentuk susunan frasa sudah tentu menimbulkan pelbagai terjemahan kepada masyarakat umum terutamanya kepada para pengguna sesuatu produk seperti produk kecantikan yang menjadi aspek kajian pengkaji. Hal ini turut dinyatakan dalam kajian ilmiah Mansor Shamsuri dan Nor Azlina Kiram (2008) yang memetik kajian Reid (1956) bahawa bahasa seseorang dalam situasi berbeza-beza akan menggunakan laras bahasa yang sesuai mengikut situasi yang berlainan. Permasalahan utama dalam kajian ini ialah kepentingan hubungan bahasa dengan pengiklanan agar kedudukan bahasa itu menjadi keutanaan kepada pengiklan dalam menyampaikan maklumat kepada pengguna. Oleh itu, kejelasan maksud leksikal yang terbentuk dalam frasa menjadi fokus dalam merungkai masalah penggunaan frasa dalam iklan produk kecantikan.

OBJEKTIF KAJIANKajian ini dilakukan berdasarkan iklan produk kecantikan yang akan memfokuskan frasa dalam slogan iklan tersebut kepada objektif berikut;1. Mengenal pasti makna leksikal dan kolokasinya yang terkandung dalam frasa terpilih

dalam iklan produk kecantikan.

Nor Saadah Mohd Salleh dan Hashim Musa

28 MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016)

2. Menghuraikan ketaksaan atau ketepatan sesuatu leksikal dalam menjelaskan maksud yang diiklankan demi kemanfaatan pengguna.

KEPENTINGAN KAJIANLeksikal yang terkandung dalam sesuatu bahasa bukan sahaja berfungsi terhadap maksud yang didukungnya tetapi juga boleh membawa fungsi yang lain, yang hanya dapat dilihat melalui penelitian yang mendalam. Justeru melalui tema yang dinyatakan, iaitu kecantikan mencakupi makna yang cukup luas lebih-lebih lagi apabila kata berkolokasi yang digunakan dalam bidang pengiklanan sangat mempengaruhi pengguna, terutamanya gologan wanita. Maka kata yang digunakan dalam slogan produk kecantikan tersebut sudah tentu menjadi tarikan kepada golongan sasaran. Jadi, penelitian pengkaji terhadap bidang ini akan dapat merungkai persoalan tentang kata yang berkolokasi dengan tema kecantikan ini menjelaskan sama ada sebagai maklumat semata-mata produk berkenaan seperti yang dipaparkan atau helah pengiklanan sahaja.

Oleh itu apabila pengkaji memilih aspek semantik leksikal bererti kajian dilakukan terhadap makna kata yang terkandung leksikal secara asasi diperjelas dan difokuskan kepada frasanya yang terbentuk dari aspek kolokasinya pula. Tambahan pula dalam kajian semantik leksikal merupakan satu perkara penting dalam mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat dalam sesebuah bentuk kata yang berkaitan dengan komponen-komponen maknanya.

SKOP KAJIANPerbincangan skop kajian merangkumi frasa yang berkolokasi daripada iklan produk kecantikan. Oleh itu pengutipan data daripada keluaran majalah Mingguan Wanita dalam tempoh setahun. Oleh sebab terbitannya setiap minggu tempoh setahun tersebut dapat memberikan jumlah data yang mencukupi. Pengutipan data dihadkan kepada beberapa frasa yang berkolokasi tentang produk kecantikan yang diiklankan. Data yang dikutip ini dihadkan kepada iklan produk kecantikan sahaja kerana produk yang berkaitan kecantikan kulit merupakan satu produk yang amat mempengaruhi kehidupan wanita.

SOROTAN LITERATURDalam Semantik Leksikal, masih belum ramai pengkaji yang terlibat dalam bidang ini membuat kajian dari aspek frasalogi masih belum mendapat perhatian pengkaji terutamanya dalam aspek kata yang berkolokasi. Antara pengkaji bidang semantik leksikal dalam negara ialah Salinah Jaafar (2007), Tengku Fauziah Tengku Mat (2002 ), Hajar Abdul Rahim (2005), Indirawati dan Fatmawati Sidik (2012) dan beberapa sarjana luar negara yang membincangkan aspek tersebut seperti A.P Cowie (2005) dan Micheal Stubb (2002).

Salinah Jaafar (2007) antara pengkaji yang pernah memberi fokus pengkajian dalam bidang frasalogi dengan tajuk kajian, “Kata Adjektif Bahasa Melayu: Analisis Makna dari Aspek Frasalogi dan Leksikologi”. Kandungan perbincangan dalam kajian beliau ialah pendekatan frasalogi dan dikaitkan dengan bidang leksikologi kerana kajian yang dijalankan oleh beliau merupakan kajian yang meneliti data korpus. Data kajian yang

Kepelbagaian Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan

29MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016)

digunakan oleh beliau tertumpu kepada gologan kata iaitu kata adjektif . Namun beliau membuat kupasan aspek golongan kata adjektif bukan kata kunci adjektif semata-mata tetapi merujuk kepada pola frasa adjektif. Hal ini kerana beliau meneliti pola kolokasi frasa sebagai pendekatan untuk menjelaskan penggunaan kata tersebut. Hal ini menurut beliau adalah untuk membantu pengguna bahasa kedua yang kadangkala keliru dengan bentuk pemakaian sesuatu bentuk kata dalam bahasa ketika menyampaikan maklumat atau ketika meluahkan sesuatu maksud tertentu. Menurut Salinah Jaafar (2007) lagi aspek leksikologi terlibat secara langsung dalam analisis semantik dan beliau mengatakan bahawa pendekatan frasalogi sebagai jalan tengah untuk menberikan satu huraian yang mantap sesuatu leksikal sesuai dalam penggunaan bahasa. Justeru analisis data secara kolokasi mampu memberikan satu gambaran yang jelas untuk menjawab persoalan tersebut. Oleh itu, sekali lagi peranan kolokasi dianggap penting dalam kajian frasalogi.

Sebagai rumusan daripada kajian Salinah Jaafar(2007) yang membincangkan kelas golongan kata adjektif yang melibatkan pola frasa adjektif “cantik” dan “baik”, beliau dapati pola kolokasi yang menunjukkan bentuk-bentuk kata yang hadir bersama nodus “cantik” dan “baik” mempunyai persamaan dan perbezaan. Hal ini disebabkan nodus ini mempunyai fungsi leksikal tertentu. Selain itu, menurut beliau lagi melalui pola kolokasi kita dapat mengenal pasti kedudukan adverba dalam bahasa Melayu.

Manakala, Tengku Fauziah binti Ku Mat (2002), dengan kajian“Pun”, Kepelbagaian makna berdasarkan teks Sejarah Melayu”. Melalui kertas kerja beliau ini kolokasi juga digunakan dalam menganalisis data. Penelitian beliau daripada kata kunci “pun” telah dianalisis menggunakan garis konkordans untuk penelitian kekerapannya yang tinggi dalam teks. Kandungan kajian beliau telah memberi satu manfaat baru dalam bidang leksikologi atau perkamusan. Hasil dapatan beliau telah mewujudkan makna yang baru berkaitan kata kunci “pun” yang belum terakam dalam kamus yang sedia ada. Namun begitu, sorotan kajian literatur yang dibuat oleh pengkaji hanya difokuskan kepada aspek kolokasi yang digunakan oleh pengkaji terdahulu. Hal ini menunjukkan peranan kolokasi dalam menganalisis sesuatu data yang lebih empirikal. Di samping itu, kajian beliau ini dapat menyerlahkan satu dapatan yang baru yang dapat memberi manfaat kepada penguna bahasa umumnya khususnya dalam bidang leksikologi.

Hajar Abdul Rahim (2005) dalam “Impak Konotasi Budaya Terhadap Leksis: Satu Kajian Semantik Berasaskan Korpus ke Atas Perkataan Perempuan dan Wanita” menbincangkan kolokasi sebagai satu pendekatan atau kaedah untuk menganalisis kata kunci yang dipilih. Beliau meneliti konotasi budaya yang terdapat dalam dua kata kunci dalam bahasa Melayu, iaitu “perempuan” dan “wanita” dan membincangkan impak konotasi tersebut ke atas prosodi semantik kedua-dua perkataan yang seterusnya akan membayangkan reputasi yang diwarisi. Oleh itu, penggunaan garis konkordans telah digunakan ke atas kedua-dua kata yang dipilih, iaitu “perempuan” dan “wanita” tersebut untuk dianalisis. Seterusnya, beliau menggunakan konsep kolokasi sebagai analisis semantik utama sebagai tinjauan terhadap kajian-kajian yang berkaitan dengan leksis dan budaya.

Selanjutnyanya, oleh sebab beliau menggunakan konsep kolokasi sebagai analisis semantik utama dalam kajian beliau telah mengupas konsep kolokasi tersebut untuk

Nor Saadah Mohd Salleh dan Hashim Musa

30 MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016)

menunjukkan perkaitan antaranya. Beliau telah mengupas konsep kolokasi kepada tiga perkara yang dapat menunjukkan perkaitan penggunaan konsep kolokasi sebagai asas kajian beliau, iaitu 1) makna dan kolokasi, 2) kolokasi dan korpus dan 3) kolokasi dan prosodi semantik.

Huraian yang dapat disimpulkan daripada kupasan beliau tentang makna dan kolokasi ialah beliau menyatakan prinsip utama makna kolokasi ialah makna sesuatu perkataan itu adalah makna daripada kontekstual. Hal ini dirujuk daripada fenomena makna yang diajukan oleh Firth (1930) yang mempelopori analisis makna dalam konteks lebih tiga suku abad yang lalu. Begitu juga menurut Stubb (2002), iaitu analisis semantik yang empirikal berasaskan teks yang melibatkan kaedah formal dalam mengkaji taburan perkataan. Kaedah yang dicadangkan termasuklah analisis yang dinamakan kolokasi (collocation). Beliau juga turut memetik kata daripada Biber (2002) yang menjelaskan tentang kolokasi, iaitu keadaan yang merujuk kepada kata, apabila terdapat dua atau lebih perkataan yang bebas hadir serentak atau bersama-sama. Hal ini dapat menjelaskan perkaitan makna dan kolokasi terhadap kata yang dianalisis.

Seterusnya, penjelasan Biber (2002) tentang kolokasi dan korpus, iaitu kepentingan korpus dalam bahasa sejajar dengan kepentingan data empirikal. Beliau menyatakan bahawa data empirikal membolehkan ahli bahasa membuat kenyataan yang objektif dan berasaskan bahasa yang sebenarnya, bukan kenyataan yang subjektif berasaskan persepsi kognitif sesorang individu itu. Penyataan ini telah dipetik daripada McEnery (1996) yang telah memetik kata Widdowson(2000) untuk menegaskan hal yang sama untuk melihat perkaitan kolokasi dan korpus iaitu analisis kuantitatif berasaskan komputer memperlihatkan fakta tentang perilaku bahasa yang sebenarnya yang tidak mudah diperoleh secara intuisi. Hal ini keranabeliaumenyatakanbahawaanalisiskorpusmendedahkanfaktatekstualdanprofilyang menarik tentang penggunaan bahasa. Bukti kekerapan sesuatu kolokasi itu sendiri merupakan fakta penting yang boleh didapati daripada korpus. Oleh itu, penggunaan garis konkordans perkataan sebagai satu cara analisis kolokasi. Hal ini menurut beliau pola yang terhasil dapat menjelaskan sejauh mana pola sebenar perkataan yang dianalisis itu berlainan daripada pola yang dijangka. Hal ini ditegaskan oleh Widdowson (2000) menjelaskan bahawa penggunaan garis konkordans ini kerap kali memperlihatkan realiti tentang penggunaan bahasa yang mungkin tidak terlihat sekiranya menggunakan metodologi linguistik konvensional atau biasa.

Beliau juga telah merujuk kajian yang dibuat oleh Stubb (2002) yang menganalisis teks yang ditulis oleh Baden Powell, pengasas Boy Scouts Association (Persatuan Pengakap). Melalui kajian Stubb (2002) ini, beliau menjelaskan bahawa realiti penggunaan sesuatu bahasa itu biasanya mencerminkan realiti sosial penutur itu. Kajian Stubb (2002) itu menjelaskan realiti sosial seperti ini merupakan satu contoh pentingnya penggunaan korpus dan analisis bahasa seperti kolokasi sebagai kaedah dan alat menterjemah isu sosial yang makro melalui isu bahasa yang dianggap mikro.

Akhir sekali penjelasan Hajar Abdul Rahim dalam Jurnal Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka Mac (2005) ialah perkaitan kolokasi dan Prosodi Semantik. Penjelasan tentang prosodi dengan memberi pengertian prosodi daripada Firth (1930), iaitu makna yang dipanjangkan ke atas beberapa perkataan. Oleh itu beliau menjelaskan bahawa

Kepelbagaian Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan

31MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016)

prosodi makna atau prosodi semantik sesuatu ekspresi bergantung kepada perkataan yang bergabung, berdekatan atau berkolokasi dengan ekspresi tersebut. Jelas beliau lagi bahawa sesuatu butir bahasa itu boleh mempunyai prosodi yang positif atau negatif berdasarkan suasana berkolokasi atau perkongsian perkataan. Kesimpulan ini berasaskan analisis kolokasi menggunakan korpus cobuild yang mempunyai 120 juta perkataan yang dijalankan oleh Stubb (2002). Hasil kajian tersebut juga menurut Hajar Abdul Rahim membawa kepada isu konotasi yang diwarisi oleh sesuatu perkataan yang disebabkan kolokasinya.

Konotasi yang dominan timbul disebabkan oleh kolokasi merupakan elemen penting yang mempengaruhi penggunaan bahasa. Daripada kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji barat tersebut, isu konotasi khususnya konotasi dominan diketengahkan kerana makna ini timbul disebabkan perilaku kolokasi butir bahasa. Makna konotasi biasanya kurang stabil kerana banyak bergantung kepada konteks, termasuk latar belakang sosiobudaya pengguna. Jelas bahawa wujud perkaitan antara kolokasi dan prosodi semantik melalui analisis data daripada garis konkordans. Melalui data kolokasi dapat mencerminkan pola perilaku perkataan yang dikaji yang boleh digunakan untuk membincangkan prosodi semantik perkataan tersebut.

DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian menunjukkan bahawa penjelasan makna secara literal dapat menjelaskan maknasesuatukatadapatmenjelaskanmaknasebenarsesuatukatasecaraharfiahmanakalapenjelasan makna konteks pula dapat dijelaskan secara makna ayat atau perkataan dalam maklumat tersebut. Selain itu makna konteks juga bermaksud status dan sifat unsur yang berlainan mengikut keadaan dan tempat penggunaan unsur tersebut.

Pengiklan banyak menggunakan frasa “awet muda” sebagai satu frasa pencetus yang boleh berdiri sendiri tanpa disempurnakan dalam ayat dan mampu menterjemahkan maksud secara literal ini. Jelas bahawa makna literal juga memberikan kesan kepada pembaca untuk memahami maksud yang disampaikan oleh pengiklan. Daripada kajian ini dapat disimpulkan bahawa makna literal ini membawa kepada makna konteks, iaitu melalui proses sosialisasi. Hal ini dapat menggambarkan masyarakat menggunakan frasa “awet muda” merujuk kepada suasana budaya sesuatu masyarakat supaya dapat menarik perhatian. Hal ini diterjemahkan dalam hal penggunaan produk kecantikan oleh golongan masyarakat yang disasarkan khususnya golongan wanita oleh para pengiklan.

Sehubungan itu, merujuk makna konteks “awet muda” tidak akan memberikan makna tertentu sekiranya tidak disertai dengan kedudukannya dalam ayat. Oleh itu didapati penggunaan frasa “awet muda” menjadi satu kemestian dalam iklan produk kecantikan kulit . Begitu juga dalam bukti padanan konkordans yang boleh dikaitkan oleh pengkaji untuk mengukuhkan makna frasa “awet muda” daripada pelbagai sumber korpus Dewan Bahasa dan Pustaka, dilihat menggunakan frasa “awet muda” ini dalam pelbagai konteks.

Daripada kajian ini pengkaji merumuskannya dari sudut konteks frasa “awet muda” seperti Rajah 1, diperturunkan dalam rajah di bawah, iaitu dari sudut makna konteks frasa “awet muda”.

Nor Saadah Mohd Salleh dan Hashim Musa

32 MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016)

Rajah 1. Makna Konteks Frasa Awet muda

“Awet muda” yang menunjukkan pengekalan usia atau umur.Daripada Rajah 1 di atas “awet muda” yang menunjukkan pengekalan usia atau umur menjelaskan kepada kita bahawa sepadan usia atau umur dianggap sebagai ukuran pandanganluaranataufizikalseseorangdenganusiaatauumurseseorangyangtidakmemperlihatkan ukuran usia atau umurnya yang sebenar. Sebagai contoh daripada pengenalan diri seseorang usia atau umur seseorang telah mencapai 50 tahun namun daripadapandanganfizikalatauluarantidaksepertiseseorangyangberusia50tahuntetapi mungkin seperti yang berusia 40 tahun atau lebih muda dan sebagainya. Hal ini dapat menjelaskan makna “awet muda” kepada seseorang yang diperkatakan tersebut dari sudut konteksnya. Seperti contoh ayat di bawah yang dikutip dan disesuaikan daripada carian konkordans:

i. ……usianya sudah lewat namun masih kelihatan “awet muda”. (Wanita – Februari, 1989)

ii. ……sudah ada cucu namun dia kelihatan “awet muda”. (Perempuan – Februari, 1997)

iii. …… masih kelihatan cergas dan “awet muda” walau usia sudah…. (Nona – Julai, 1996)

iv. …… lelaki itu kelihatan “awet muda” sekalipun sudah berusia. (Keluarga – April, 2002)

(Konkordans DBP: Sumber dalam sesawang PRPM)

Ayat (i) menjelaskan usia atau umur seseorang sudah “lewat”, iaitu gambaran peringkat usia emas 50 ke atas dan bandingannya dijelaskan pada kata “masih kelihatan”, iaitu perbandingan peringkat usia atau umur yang lebih muda daripada kategori usia emas. Oleh

Kepelbagaian Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan

33MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016)

itu, kedudukan frasa “awet muda” dalam ayat itu dapat menjelaskan makna konteksnya. Begitu juga dengan ayat (ii) frasa “sudah ada cucu” sebagai gambaran seseorang pada peringkat yang sudah berumur atau berusia dan kata “kelihatan” turut memainkan peranan yang sama seperti ayat (i) yang dapat menjelaskan frasa “awet muda” secara konteksnya. Seterusnyaayat(iii)dan(iv)dapatmenjelaskanfizikalseseorangyangkuat,cergasdariaspek tubuh badannya dan frasa “awet muda” dalam ayat tersebut dapat menjelaskan keadaanfizikalnyaberbandingusiasebenarorangtersebut.

“Awet muda” membawa makna bahan atau benda untuk mengekalkan sesuatu.Daripada Rajah 1 juga , “awet muda” dapat menjelaskan makna dalam konteks benda atau bahan untuk mengekalkan sesuatu. Hal ini dapat dilihat daripada beberapa contoh iklan yang digunakan oleh pengiklan produk kecantikan antaranya seperti di bawah yang juga dikutip dan disesuaikan daripada carian konkordans:

i. ….. ditambah ramuan jamu untuk “awet muda” dan sesekali merawat ..… (Wanita – Julai,1996)

ii. ….. kelapa muda sebagai bahan “awet muda” berkesan untuk menyegarkan ….. (Mastika – Disember, 1997.

iii. ….. tablet dan vitamin untuk “awet muda” , itu tidak memberi ….. (Keluarga – Mei, 1994)

iv. ….. selalu mujarab sebagai bahan “awet muda”. (Jelita – Julai, 1994)v. ….. masakan berherba untuk “awet muda”. (Jelita – Julai, 1994)vi. ….. akan mendapat faedah “awet muda” Imedeen. Imedeen adalah …..

(Nona – Julai, 1996)(Konkordans DBP: Sumber dalam sesawang PRPM)

Ayat contoh (i) hingga (vi) di atas dapat menunjukkan bahawa penggunaan sesuatu benda atau bahan yang digunakan telah dapat memberi kesan kepada penggunanya. Antara contoh bahan atau benda tersebut ialah jamu, kelapa muda, tablet, vitamin masakan berherba dan produk kecantikan iaitu imedeen adalah benda atau bahan yang merujuk kepada produk kecantikan dapat menunjukkan penggunaan benda atau bahan tersebut memberi kesan “awet muda” kepada penggunanya.

“Awet muda” yang menunjukkan konteks rupa paras.Penjelasan yang dapat dibuat daripada konteks makna rupa paras ini bermaksud frasa “awet muda” dapat memberi gambaran persona atau imej seseorang . Hal ini dapat dijelaskan melalui beberapa contoh ayat dibawah yang juga dikutip dan disesuaikan dengan carian konkordans:

i. ….. berlaku akan membuatkan wajah “awet muda”. (Keluarga – April, 2002)

ii. ….. yang tenang dan sekaligus “awet muda”. (Keluarga – April, 2002)

Nor Saadah Mohd Salleh dan Hashim Musa

34 MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016)

iii. ….. wajah gebu, berseri-seri dan “awet muda”. (Jelita – Julai, 2002)iv. ….. badan agar sihat dan awet muda. (Keluarga – Mei, 1994)v. ….. menunjukkan wajah segar, “awet muda”, licin dan cerah …..

(Jelita – Ogos 1998)vi. ….. menjaga kecantikan, wajahnya “awet muda”, masih amat menawan,….

(Keluarga – April, 2002)(Konkordans DBP: Sumber dalam sesawang PRPM )

Ayat (i) frasa “awet muda” memberikan satu pengertian tentang rupa paras atau wajah seseorang masih muda. Begitu juga ayat (ii) frasa “awet muda” memberikan makna seseorang yang berwajah tenang akan memberikan gambaran kepada rupa parasnya lebih muda. Ayat (iii) dan (v) Frasa “awet muda” telah memberikan satu imej kepada rupa paras seseorang itu melalui wajahnya yang gebu, berseri-seri, wajah segar, licin dan cerah. Ayat (iv) Frasa “awet muda” akan memberikan gambaran persona seseorang yang mempunyai tubuh badan yang sihat. Ayat (vi) Frasa “awet muda” jelas digambarkan kepada wajah seseorang apabila menjaga kecantikan dan memberi kesan masih amat menawan.

Sehubungan itu, dalam menganalisis frasa “awet muda” dari sudut konteks ini dapat mendasari teori kontekstual, iaitu menurut J.R Firth (1930),

“If we regard language as ‘expressive’ or communicative we rely that it is an instrument of inner mental state and we know so little of inner mental state. Even by the most of instropection the problem language becomes more mysterious the more we try to explain by referring it by happening. By regarding word as an act, event and habit, we limit our inquiry to what is objective in a group life of our fellow ...” (Meetham, 1969: 499 – 500).

Penyataan yang disampaikan oleh Firth ini merupakan pemikiran Firth tentang konteks situasi dalam analisis makna. Malah teori ini juga menjelaskan hubungan sebuah kata atau simbol ujaran yang tidak mempunyai makna jika terlepas daripada konteks.

Oleh demikian, hal ini menjelaskan kewajaran penggunaan frasa “awet muda” dalam bidang pengiklanan terutama dalam iklan produk kecantikan membuktikan kekuatan frasa tersebut untuk menarik golongan sasaran .

“Awet Muda” dari Aspek Makna KolokasiFrasa “awet muda” ini dikatakan berkolokasi dengan kata yang bergandingannya kerana merujuk kepada hubungan makna yang wujud dalam frasa tersebut. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh Salinah Jaafar (2007) yang menerangkan kolokasi ialah istilah yang digunakan bagi menghuraikan kehadiran atau kewujudan perkataan dalam sesuatu frasa.

Oleh itu, dalam kajian ini didapati bahawa frasa “awet muda” memberi maksud secara jelas seperti yang dihuraikan dari sudut konteks dan literal. Namun apabila frasa

Kepelbagaian Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan

35MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016)

ini diberikan makna secara leksikal frasa ini akan membawa maksud yang berbeza atau tidak berkolokasi apabila digandingkan atau membuat padanan dengan leksikal yang lain misalnya, “awet” tidak akan berkolokasi apabila dipadankan dengan “tua”.Hal ini kerana makna “awet” itu sendiri menunjukkan makna tidak mudah rosak atau tahan lama (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005: 94 ). Hal ini jelas bahawa jika “awet” tidak sesuai dipadankan dengan “tua” jika mengikut subkelas yang sama. Hal yang sama seperti yang dihuraikan oleh Michael Halliday (1985) tentang kolokasi “strong tea”. Pada masa yang sama maknanya boleh membawa maksud lebih kurang sama “powerful tea”. Namun beza dari segi maksudnya iaitu kuat bagi “strong tea” dan bertenaga bagi “powerful tea”.

Berdasarkan hal ini, dapatlah dibuat satu kesimpulan bahawa frasa “awet muda” yang berkolokasi ini telah berlaku penyempitan makna. Hal ini bermaksud sebagai proses mengecilkan dan mengurangkan komponen makna sesuatu perkataan. Jika dilihat daripada huraian Rajah 4.1 dari sudut konteks dapat difahami bahawa frasa “awet muda” memberikan pelbagai pengertian.

Tambahan lagi, apabila hasil carian konkordans frasa “awet muda” yang berkolokasi inimemberisatujustifikasiyangmengukuhkanpendapatpengkajitentangfrasainiberlakupenyempitan makna. Hal ini dibuktikan juga dalam S. Nathesan (2008:69) tentang takrif makna dalam kajiannya iaitu:

Stern (1965: 163) Perubahan makna bagi sesuatu kata ialah “apabila sesuatu kata digunakan untuk menyatakan sesuatu makna yang belum pernah dinyatakan lagi”.

KESIMPULANKesimpulannya kajian tentang frasa “awet muda” ini dari sudut makna konteks dan makna literal ini menepati teori makna teks yang mendasari kajian ini. Namun begitu, huraian bagi frasa terpilih yang lain akan dilihat dari sudut yang sama atau dari sudut yang lain seperti sudut budaya serta simbolik yang mewujudkan frasa tersebut. Oleh sebab tidak semua frasa yang dipilih itu mempunyai padanan seperti frasa tersebut pengkaji juga membuat pemerhatiandarisudutsukuankatadanintonasi.Justifikasinyakajianinisebagaisatupenerokaan kajian baru terhadap frasa yang hanya wujud dalam iklan produk kecantikan dan tiada kajian seumpamanya dilakukan oleh pengaji-pengkaji terdahulu. Sehubungan itu juga, dalam kajian frasa “awet muda” ini membuktikan frasa berkolokasi inimembawamaknaliteralbagikedua-duakatatersebutcukupmantap.Justifikasinya,terdapat percanggahan dari aspek penetapan makna yang mendukung makna peribahasa seperti yang terdapat dalam Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (2002). Sedangkan makna yang diberikan dalam kedua-dua kamus memberi makna yang sama. Pengkaji berpendapat satu kajian yang lebih mendalam boleh dilakukan terhadap frasa ini sahaja pada masa akan datang untuk mengelakkan timbul kekeliruan pengguna menggunakan kamus yang berkaitan.

Nor Saadah Mohd Salleh dan Hashim Musa

36 MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016)

BIBLIOGRAFIAbdullah Hassan. (2007). Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (2007). Morfologi. Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Cetakan Kedua. Selangor . PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Biber Doughlas. (2002). Corpus Lingistics Investigating Language Structure And Used. United Kingdom. Cambridge University Press

Cowie., A. P. (2005). Phraseology. Theory, Analysis, and Applications. Oxford University Press Inc., New York.

Firth. (1930). The Technique of Semantics , Transaction Of The Philological Society . Volume 34, issue 1, page 36-37 Nov 1935.

Hajar Abdul Rahim. (2005). Impak Konotasi Budaya Terhadap Leksis: Satu Kajian Semantik Berasaskan Korpus Ke Atas Perkataan Perempuan dan Wanita. Jurnal Bahasa. Jilid 5 (1): 83 -103.

Igor Melcuk. (1986). Surface Syntax of English: A formal model within the meaning text framework. Armsterdam: Benjamins Pub. co

Indirawati Zahid, Fatmawati Sidik. (2012) Analisis Komponen Makna Kata kerja dalam Slogan Iklan Produk Kecantikan Muka. Jurnal Bahasa. Jilid 12 (2) :256 – 281.

Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan. (2002). Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kamus Dewan. (2005). Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dn Pustaka.

McEnery. (1996). A Corpus Linguistics. Edinburgh University Press. Edinburgh.

Micheal Halliday. (1985). An Inroduction To Functional Grammar. London: Academic Press inc

Micheal Stubb. (2002). Words and Phrases. Corpus Studies Of Lexical Semantics. Oxford: Blackwell Publishing.

Parera. J.D. (1991). Teori Semantik. Jakarta 10430. Penerbit Erlangga.

Salinah Jaafar. (2007). Kata Adjektif Bahasa Melayu: Analisis Makna Dari Aspek Frasalogi dan Leksikologi. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

S. Nathesan. (2008) Makna Dalam Bahasa Melayu Edisi Kedua. Dawama Sdn. Bhd

Tengku Fauziah Binti Tengku Mat. (2002). http://dbp.gov.my/korpus/ker1.pdf

Widdowson. (2000). Text, Corpora and Problems of interpretation. Applied Linguistics. London: Oxford University Press

MAHAWANGSA 3 (1): 37 - 46 (2016)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: -Diterima: -

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected], [email protected] (Agus Hari Wibowo)

Maksim Kesantunan sebagai Strategi Menghindar dalam Komunikasi: Sebuah Kes dalam Perkumpulan Warga Surakarta

Agus Hari WibowoUniversitas Sebelas Maret, Jebres, Kota Surakarta, Jawa Tengah 57126, Indonesia

ABSTRAKMakalah ini memerikan strategi komunikasi pada perkumpulan warga (RW) di sebuah kampung di Bandar Surakarta, Provinsi Jawa Tengah, Indonesia. Kajian ini merupakan kajian pragmatik dengan merujuk kepada teori kesantunan yang dikemukakan oleh Leech (1983). Hasil pengamatan menunjukkan bahawa penutur bahasa dalam kegiatan mesyuarat dalam perkumpulan warga (RW) cenderung untuk menggunakan maksim kesantunan, iaitu maksim kebijaksanaan: minimumkan kos kepada pihak lain dan maksimumkan manfaat kepada pihak lain, maksim kedermawanan: minimumkan manfaat kepada diri sendiri dan maksimumkan kos kepada diri sendiri, maksim penghargaan: minimumkan celaan pada orang lain dan maksimumkan pujian kepada orang lain, maksim kerendahan hati: minimumkan pujian terhadap diri sendiri dan maksimumkan celaan terhadap diri sendiri, maksim persetujuan: minimumkan ketidaksetujuan antara diri sendiri dengan orang lain, dan maksimumkan persetujuan antara diri sendiri dengan orang lain, dan maksim simpati: minimumkan antipati antara diri sendiri dengan orang lain dan maksimumkan simpati antara diri sendiri dengan orang lain. Matlamat daripada penggunaan prinsip kesantuan tersebut untuk menghindari tugas yang akan diberikan.

Kata kunci: List strategi, komunikasi, pragmatik, maksim kesantunan

The Employment of Politeness Maxims as a Communication Strategy to Avoid Tasks: A Case Study in Community Group in Surakarta

ABSTRACTThis paper attempts to describe the communication strategy conducted by the members of the Community Group (Rukun Warga) in a ‘Kampong’ in Surakarta City, Central Java Province,

Indonesia. This study is a pragmatics study focusing on the employment of maxims as the realization of politeness principles proposed by Leech (1983). The data of the study are the language expressions of the members of the Community Group in the internal monthly-

Agus Hari Wibowo

38 MAHAWANGSA 3 (1): 37 - 46 (2016)

meeting. From the participant observations it shows that speakers in the meeting of the Community Group (RW) tend to use all the maxims of politeness, namely tact maxim, generosity maxim, approbation maxim, modesty maxim, agreement maxim, and sympathy maxim. The hidden purpose of employing these politeness principles is in fact a communication strategy to avoid tasks that might be given.

Keywords: Strategy, communication, pragmatics, politeness maxims

PENGENALANStrategi berkomunikasi merupakan hal yang sangat menarik untuk dikaji. Komunikasi boleh berupa komunikasi dua arah atau komunikasi kepada orang ramai atau komunikasi massa. Konteks situasi juga menentukan model strategi komunikasi yang digunakan, dalam erti komunikasi dalam konteks tertentu, dengan partisipan tertentu, atau antara dua orang tentunya akan berbeza dengan komunikasi oleh orang ramai. Dalam komunikasi tentu sahaja diharapkan berjalan dengan baik, efektif serta juga mengamalkan prinsip kesantunan.

Makalah ini akan membahas jenis komunikasi yang dilakukan oleh orang ramai dalam bentuk mesyuarat sebuah lembaga. Lembaga yang dimaksud ialah Perkumpulan Warga atau Rukun Warga (RW) di sebuah kampung di Kelurahan Mojosongo, Bandar Surakarta. Rukun Warga (RW) ialah lembaga kemasyarakatan dan rakan kongsi pemerintahan regional yang berperanan dalam memelihara nilai kehidupan bermasyarakat yang berasaskan semangat saling menyokong dan kekeluargaan, dalam kerangka menumbuhkan ketenteraman dan ketertiban dalam kehidupan bermasyarakat. Latar belakang pemilihan objek kajian ini dilandasi oleh pengalaman penulis sebagai salah seorang pengurus dalam RW yang menemukan hal menarik untuk dikaji dari sudut pandangan bahasa dan komunikasi. Hal menarik yang dimaksud ialah gaya komunikasi dan penggunaan bahasa oleh para penutur dalam acara mesyuarat tersebut.

Berkait dengan strategi berkomunikasi, penulis pernah mengkaji tentang strategi komunikasi dalam siaran pedesaan pada stesen radio RRI (Radio Republik Indonesia) Surakarta Wibowo (2006). Dalam kajian tersebut, tampak bahawa para penutur bahasa menggunakan strategi komunikasi dengan mengeksploitasikan unsur sosiopragmatik agar komunikasi berlaku secara efektif. Berkait dengan kesantunan, Rahardi (2005) mengkaji kesantunan imperatif bahasa Indonesia.

Prinsip kesantunan yang dimajukan oleh Leech (1983) mungkin dianggap sudah terlalu lama untuk dikaji lagi. Tetapi penulis mempunyai alasan mengapa mengkaji prinsip kesantunan yang sudah lama dan pasti sudah banyak dikaji oleh para penyelidik. Pengalaman penulis sebagai setiausaha Rukun Warga (RW) selama 8 tahun dan sebagai Ketua RW dalam masa 2 tahun membuat penulis tertarik untuk mengungkapkan bagaimana model komunikasi dalam perkumpulan warga tersebut.

PERSOALAN KAJIANMakalah ini ingin membahas berkaitan dengan penggunaan maksim kesantunan dalam mesyuarat perkumpulan warga RW yang secara lebih rinci dihuraikan sebagai berikut:

Maksim Kesantunan sebagai Strategi Menghindar dalam Komunikasi

39MAHAWANGSA 3 (1): 37 - 46 (2016)

1. Bagaimanakah penggunaan maksim kesantunan Leech dalam mesyuarat perkumpulan warga kampung?

2. Apakah ada makna lain di sebalik nilai kesantunan dalam pertuturan yang dilakukan dalam mesyuarat perkumpulan warga kampung?

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

1. Menghuraikan maksim kesantunan yang digunakan dalam pertuturan mesyuarat perkumpulan warga kampung

2. Meneroka makna di sebalik tuturan yang mengandung maksim kesantunan Leech yang diungkapkan dalam mesyuarat warga kampung

KAJIAN LITERATURUntuk memberikan gambaran tentang hal yang berkait dengan makalah ini, kajian literatur akan membahas komunikasi dan bahasa, pragmatik, dan kesantuan.

Komunikasi dan BahasaSebagai makhluk sosial, komunikasi dan bahasa merupakan dua hal yang sangat penting dalam interaksi sesama manusia. Wilson (1995:11) mengatakan bahawa komunikasi merupakan proses yang mencakup pemilihan dan penyampaian simbol sedemikian rupa sehingga boleh membantu penerima mesej memperoleh makna yang sama dengan apa-apa yang dimaksudkan oleh pengirim mesej. Dengan perkataan lain, melalui komunikasi, seseorang pengirim mesej boleh mengirimkan mesej yang boleh ditanggap oleh penerima mesej dengan persepsi yang sama. Lebih lanjut, Murray (1995) menyarankan untuk memperhatikan konteks situasi, iaitu hubungan antara situasi dengan bahasa yang digunakan.

Untuk kepentingan komunikasi itulah diperlukan peranan bahasa. Trudgil (1977) mendedahkan bahawa bahasa tidak hanya sekadar sarana mengkomunikasikan suatu subjek, namun lebih daripada itu untuk membangunkan dan menjaga hubungan dengan manusia. Bahasa merupakan anugerah Allah SWT yang luar biasa , dan kepemilikan bahasa itulah yang membezakan antara manusia dengan mahkluk ciptaan Allah yang lain. Kerana sifat bahasa yang unik itulah yang mendorong para pakar bahasa mengadakan kajian tentang bahasa dari pelbagai aspek yang tiada habisnya untuk sentiasa dikaji.

PragmatikAdaberbagai-bagaidefinisipragmatik.Yule(1996)mendedahkanbahawapragmatikitumengkaji makna kontekstual; bagaimana sesuatu itu lebih banyak yang dikomunikasikan daripada apa yang sebenarnya diujarkan. Thomas (1995) seperti yang dipetik oleh Gunarwan (2004) mengatakan bahawa pragmatik ialah kajian tentang makna dalam interaksi. Biasanya, dalam pragmatik, istilah ujaran dipakai sebagai ganti ayat dengan

Agus Hari Wibowo

40 MAHAWANGSA 3 (1): 37 - 46 (2016)

alasan bahawa istilah ayat sudah terlanjur dipakai sebagai satuan dalam tatabahasa. Tatabahasa berkaitan dengan kaedah penggunaan (rules of usage), sedangkan pragmatik berkaitan dengan prinsip penggunaan dalam erti principle of use. Tuntasnya, perbezaan antara tatabahasa (yang meliputi fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik) dengan pragmatik berkisar pada perbezaaan antara kaedah dengan prinsip itu.

Dalam analisis bahasa, peranan pragmatik sangat diperlukan apabila kita menginginkan hal yang lebih mendalam, lebih lengkap dan lebih sahih tentang perilaku bahasa manusia (Mey, 1993: 7). Makna ujaran diperoleh tidak hanya daripada makna kalimat yang diucapkan, tetapi lebih jauh boleh dimaknai secara lebih dengan melihat konteks yang melingkupinya.

Seterusnya Mey (1993: 42) mengungkapkan bahawa pragmatik ialah the study of conditions of human language uses as these are determined by the context of society. Ertinya, pragmatik ialah sebuah kajian tentang keadaan penggunaan bahasa manusia sebagaimana ditentukan oleh konteks masyarakat.

Prinsip KesantunanLeech (l983: 132) mengajukan maksim yang menjadi prinsip kesantunan kepada enam jenis:

1. Maksim kebijaksanaan (tact maxim): Minimumkan kos kepada pihak lain dan maksimumkan manfaat kepada pihak lain (Minimize cost to other. Maximise benefit to other)

2. Maksim kedermawanan (generosity maxim) : Minimumkan manfaat kepada diri sendiri dan maksimumkan kos kepada diri sendiri (Minimize benefit to self. Maximize cost to self)

3. Maksim penghargaan (Approbation maxim): Minimumkan celaan pada orang lain dan maksimumkan pujian kepada orang lain (Minimize dispraise. Maximize praise of other)

4. Maksim kerendahan hati (Modesty maxim): Minimumkan pujian tehadap diri sendiri dan maksimumkan celaan terhadap diri sendiri (Minimize praise of self. Maximize dispraise of self)

5. Maksim persetujuan (Agreement maxim ): Minimumkan ketidaksetujuan antara diri sendiri dengan orang lain dan maksimumkan persetujuan antara diri sendiri dengan orang lain (Minimize disagreement between self and other. Maximize agreement between self and other)

6. Maksim simpati (Sympathy maxim): Minimumkan antipati antara diri sendiri dengan orang lain dan maksimumkan simpati antara diri sendiri dengan orang lain (Minimize antipathy between self and other. Maximize sympathy between self and other)

Maksim Kesantunan sebagai Strategi Menghindar dalam Komunikasi

41MAHAWANGSA 3 (1): 37 - 46 (2016)

METODOLOGI Kajian ini merupakan kajian kes yang berlaku pada salah satu Perkumpulan Warga di kampung Mojosongo, Bandar Surakarta. Fokus kajian adalah melihat fenomena penggunaan maksim kesantunan Leech dalam ungkapan para partisipan dalam mesyuarat perkumpulan warga. Data diperoleh pada beberapa mesyuarat perkumpulan warga pada 2015.

Mesyuarat perkumpulan warga berlangsung manakala ada agenda khas yang perlu dibahas oleh pengurus Perkumpulan Warga atau disebut dengan Rukun Warga (RW) dan pengurus Perkumpulan Tetangga atau disebut dengan Rukun Tetangga (RT). Dalam mesyuarat biasanya diikuti oleh lebih kurang 15 orang partisipan yang terdiri daripada pengurus RW dan pengurus RT, baik lelaki mahupun wanita.

Bahasa yang digunakan dalam mesyuarat ialah bahasa Jawa dan bahasa Indonesia. Sebenarnya, menurut peraturan pemerintah, bahasa yang digunakan dalam pertemuan rasmi ialah bahasa Indonesia. Akan tetapi, dalam rangka menjaga kelestarian bahasa daerah, dalam hal ini bahasa Jawa, mesyuarat pada tingkat perkumpulan warga juga menggunakan bahasa Jawa. Oleh sebab itu, data kajian ini juga menyertakan bahasa Jawa sebagai salah satu unsur penyokong kajian.

Data kajian ini diperoleh daripada 3 (tiga) mesyuarat yang berkaitan dengan agenda pembahasan pemilihan calon ahli di lembaga kelurahan atau kepanitiaan pada peringkat Rukun Warga :

1. Mesyuarat untuk memilih calon ahli dalam Lembaga Program Nasional Pemberdayaan Masyarakat tingkat Kelurahan

2. Mesyuarat untuk memilih calon ahli dalam Lembaga Pemberdayaan Masyarakat Kota (LPMK) tingkat Kelurahan

3. Mesyuarat untuk menjadi Ketua Penganjur Peringatan Kemerdekaan RI tingkat RW

Teknik pemerolehan data dilakukan melalui pemerhatian dan perakaman selama berlangsung pertemuan mesyuarat. Selama mesyuarat, penulis memperhatikan dan mencatat ungkapan para peserta mesyuarat ketika mereka menyampaikan pendapatnya. Ungkapan yang dipilih ialah ungkapan yang berkaitan dengan penggunan maksim kesantunan Leech. Setelahdirakamdandiklasifikasikanjenismaksimyangdigunakan,langkahselanjutnyaadalah melihat lebih jauh maksud daripada ungkapan tersebut.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGANMerujuk kepada objektif kajian tentang penerapan maksim kesantunan serta makna di sebalik ungkapan tersebut, berikut ini ialah hasil yang diperoleh daripada analisis berdasarkan data yang ada.

1. Maksim Kebijaksanaan (tact maxim)Prinsip dasar maksim kebijaksanaan dalam prinsip kesantunan adalah bahawa para partisipan pertuturan berpegang kepada prinsip untuk selalu mengurangkan keuntungan dirinya sendiri dan memaksimumkan keuntungan pihak lain dalam aktiviti bertutur, sebagaimana dalam contoh:

Agus Hari Wibowo

42 MAHAWANGSA 3 (1): 37 - 46 (2016)

Partisipan A: “Pak, nanti berkasnnya saya hantarkan ke rumah Bapak “ Partisipan B: “Tidak usah repot-repot Pak.”

Konteks tuturan ini adalah berasal daripada mesyuarat tentang pemilihan Ketua Penganjur Peringatan Kemerdekaan. Dalam tuturan tersebut, partisipan A berjanji akan menghantarkan bahan ke rumah partisipan B. Partisipan A telah mengamalkan prinsip maksim kebijaksanaan dengan cara memaksimumkan keuntungan kepada partisipan B. Di sebalik peristiwa tersebut, partisipan A dengan senang hati memaksimkan keuntungan kepada partisipan B kerana Partisipan A berasa beruntung tidak terpilih sebagai ketua penganjur. Sebagai kompensasinya beliau secara sukarela membawakan bahan kepada partisipan B.

2. Maksim Kedermawanan (generousity maxim)Maksim kedermawanan atau maksim kemurahan hati bermakna bahawa untuk memberikan penghormatan kepada orang lain, penutur dapat mengurangkan keuntungan bagi dirinya sendiri dan memaksimumkan keuntungan bagi pihak lain. Penerapan maksim kedermawanan dapat dilihat pada contoh tuturan berikut ini.

Partisipan A: “Kalau Bapak menjadi Ketua, nanti saya siap untuk membantu dan diperintah Apapun oleh ketua.”Partisipan B: “Betul Pak, Bapak memerlukan apa, nanti kita akan siap “Partisipan C: “ Baiklah kalau disepakati saya setuju.”

Konteks tuturan tersebut ialah Mesyuarat pemilihan Ketua Penganjur Peringatan Hari Kemerdekaan RI. Partisipan A memberikan penghormatan kepada partisipan C. Sama halnya, partisipan B turut memberikan sokongan dan siap membantu kepada partisipan C. Dilihat daripada ungkapan yang disampaikan, partisipan B memaksimumkan keuntungan bagi partisipan C, iaitu hak untuk memberikan perintah apabila bersedia menjadi Ketua Penganjur. Partisipan B juga mengurangkan keuntungan bagi dirinya, iaitu bersedia membantu dan siap untuk diperintah dalam kepanitiaan. Dari sini boleh disimpulkan bahawa partisipan A dan B telah menerapkan maksim kedermawanan, iaitu, bersedia membantu dan siap diperintah. Namun demikian, di sebalik ungkapan kedermawanan tersebut, partisipan A dan B berharap mereka terhindar dari kemungkinan dipilih menjadi Ketua Penganjur. Dengan perkataan lain, penerapan maksim penghargaaan digunakan untuk menghindarkan diri dari tugas yang akan diberikan.

3. Maksim Penghargaan (approbation maxim)Maksim penghargaan menegaskan bahawa seorang penutur akan dapat dianggap santun apabila dalam bertutur selalu berusaha memberikan penghargaan kepada pihak lain, dengan tidak saling mengejek, atau saling merendahkan pihak lain. Penutur yang sering merendahkan peserta tutur lain dalam kegiatan bertutur akan dikatakan sebagai orang yang tidak sopan dan tidak menghargai orang lain. Pelaksanaan maksim penghargaan dapat dilihat pada contoh berikut ini:

Maksim Kesantunan sebagai Strategi Menghindar dalam Komunikasi

43MAHAWANGSA 3 (1): 37 - 46 (2016)

Partisipan A: “Ibu lebih cocok menjadi ahli di LPMK .”Partisipan B: “Mengapa harus saya.”Partisipan A: “ Kerana Ibu memiliki kemampuan, pengalaman, berorganisasi, dan terlebih lagi lembaga memprioritaskan perempuan.”

Konteks tuturan tersebut ialah mesyuarat untuk memilih calon ahli di lembaga LPMK. Partisipan A menggunakan maksim penghargaan dengan menunjukkan kelebihan dan pujian yang dimiliki partisipan B. Dengan perkataan lain, Partisipan A telah secara santun menerapkan prinsip maksim penghargaan kepada partisipan B. Namun demikian, di sebalik ungkapan santun berupa maksim penghargaan, partisipan A mempunyai rencana yang tidak tampak, iaitu menghindarkan diri untuk dipilih sebagai calon ahli LPMK daripada unsur RW.

4. Maksim Kesederhanaan(modesty maxim)Dalam maksim kesederhanaan atau maksim kerendahan hati, peserta tutur diharapkan dapat bersikap rendah hati dengan cara mengurangkan pujian terhadap dirinya sendiri. Orang akan dikatakan sombong dan congkak hati jika dalam kegiatan bertutur selalu memuji dan mengunggulkan dirinya sendiri. Pelaksanaan maksim kesederhanaan atau maksim kerendahan hati dapat dilihat pada contoh tuturan berikut ini.

Partisipan A: “Nanti Bapak menjadi wakil PNMP ya.”Partisipan B: “Waduh, apa saya mampu ya”

Dalam contoh di atas, partisipan B tidak menjawab dengan: “Iya jelas saya, siapa lagi kalau bukan saya.” yang menunjukkan kesombongan, namun mengurangkan pujian terhadap dirinya sendiri dengan menjawab dengan, “ Waduh, saya apa mampu ya.” Ada dua kemungkinan makna di sebalik ungkapan tersebut. Pertama, partisipan masih berharap untuk tidak dipilih, dan yang kedua, partisipan telah menunjukkan rasa santunnya dengan mengamalkan maksim kerendahan hati.

5. Maksim Kesepakatan (Agreement Maxim)

Maksim ini menekankan bahawa para peserta tutur dapat saling membina keserasian atau kemufakatan dalam kegiatan bertutur. Apabila dicapai kesepakatan antara diri penutur dengan rakan kongsi tutur dalam kegiatan bertutur, masing-masing mereka boleh dikatakan bersikap santun. Pelaksanaan maksim kesepakatan dapat dilihat pada contoh tuturan berikut ini.

Partisipan A: “Bagaimana kalau Bapak D kita angkat sebagai Ketua Penganjur Peringakatan HUT Kemerdekaan RI?”Partisipan B: ‘Setuju Pak, beliau memang orang yang tepat.’Partisipan C: Baik Pak, kalau memang ditugasi, Insyaaallah kami laksanakan”.

Agus Hari Wibowo

44 MAHAWANGSA 3 (1): 37 - 46 (2016)

Konteks pertuturan ini ialah kesepakatan penunjukan Ketua Penganjur Peringatan Kemerdekaan RI. Mengapa partisipan B dan C setuju. Di samping mengamalkan maksim permufakatan, partisipan B dan C akan terbebas daripada kemungkinan terpilih sebagai ketua penganjur peringatan.

6. Maksim Kesimpatian(Sympathy Maxim)Dalam maksim kesimpatian, partisipan dapat memaksimumkan sikap simpati kepada pihak lain. Apabila mitra tutur memperoleh kejayaan atau kebahagiaan, penutur sebaiknya memberikan ucapan tahniah. Sebaliknya, apabila mitra tutur mendapat kesusahan, atau musibah penutur perlu menyampaikan ungkapan kesedihan sebagai tanda bentuk rasa simpati. Sikap antipati terhadap salah satu peserta tutur akan dianggap tindakan tidak santun. Pelaksanaan maksim kesimpatian dapat dilihat pada contoh tuturan berikut ini.

Partisipan A: “Mohon maaf, untuk menjadi ahli LPMK nampaknya berat bagi saya. Pertama, tugas saya sebagai pegawai kerajaan sangat menyita waktu saya. Di samping itu saya sekarang sedang menempuh sekolah S1 .”Partisipan B: “ Pak Ketua, kita memahami memahami kesibukan Bapak “A”, mohon beliau tidak dibebani menjadi calon ahli LPMK”Partisipan C: “Baik kalau keadaan seperti itu, kita tidak menugaskan Bapak ‘A’ sebagai caloh ahli LPMK”

Pada konteks pertuturan tersebut, partisipan B menyampaikan rasa simpati berkaitan beban yang harus ditanggung oleh partisipan A. Boleh dikatakan bahawa partisipan B telah mengamalkan prinsip maksim kesimpatian. Walau bagaimanapun, sebenarnya ungkapan daripada partisipan A menunjukkan bahawa beliau menghindarkan diri daripada amanah tugas yang mungkin akan dibebankan kepada beliau.

IMPLIKASIDalam subbahagian dapatan dan perbincangan, boleh ditarik kesimpulan sementara bahawa para partisipan dalam mesyuarat perkumpulan warga telah mengamalkan prinsip kesantunan yang diwujudkan dalam pelbagai maksim kesantunan. Para penutur atau partisipan lebih sering menunjukkan kerendahan dirinya dan lebih memberikan penilaian yang tinggi kepada mitra tuturnya.

Fenomena merendahkan diri dalam komunikasi ternyata tidak hanya berlaku pada waktu mesyuarat, melainkan juga berlaku pada konteks situasi yang berbeza. Pada acara hajatan warga, misalnya aqiqah atau majlis perkahwinan, seorang pemuka agama dalam memberikan nasihat kepada mempelai atau kepada tuan rumah juga seringkali mengamalkan prinsip kesantunan ini. Beliau akan menyampaikan ungkapan yang mengangkat tinggi tuan rumah dan merendahkan dirinya.

Contoh: Kula wonten mriki punika awit dipun dhawuhi dening Bapak…. Amargi dipun dhawuhi kula wonten saged suwala namun sendika dhawuh (Bahasa Jawa). (Saya hadir di sini karena disuruh oleh Bapak…. Kerana disuruh, saya tidak boleh menolak, selalu siap sedia). Konteks ujaran tersebut berlaku umum meskipun tuan rumah rumah secara

Maksim Kesantunan sebagai Strategi Menghindar dalam Komunikasi

45MAHAWANGSA 3 (1): 37 - 46 (2016)

strata sosial boleh di atas mahupun di bawah strata sosial penceramah agama. Hal ini menunjukkan bahawa penceramah agama memiliki kompetensi komunikasi yang tinggi dengan menerapkan prinsip kesantunan sebagaimana dibahas.

Sebagai tambahan, indikator perwujudan bentuk kesantunan ialah ketidaklangsungan (indirectness) (Gibbon, 2009). Ungkapan yang disampaikan secara tidak langsung menunjukkan rasa santun dalam bertutur, semakin tidak langsung, semakin santun tuturan tersebut. Hanya diperlukan kemampuan yang lebih untuk dapat memahami ketidaklangsungan tersebut.

KESIMPULAN Berdasarkan daripada huraian di atas, ada beberapa hal yang boleh ditarik sebagai kesimpulan.

1. Maksim kesantunan Leech dalam bentuk Maksim kebijaksanaan, Maksim kedermawanan, Maksim penghargaan, Maksim kerendahanan hati, Maksim persetujuan, Maksim kesimpatian telah diamalkan oleh para partisipan dalam mesyuarat Perkumpulan Warga.

2. Selain memenuhi kriteria maksim kesantunan, ada maksud yang tersirat daripada ujaran tersebut. Para partisipan berusaha menghindarkan diri daripada tugas yang harus dilaksanakan. Usaha untuk menghindar tersebut didasarkan atas keengganan untuk melaksanakan tugas tersebut oleh sebab para partisipan sudah memiliki tugas pekerjaan lain yang menjadi kewajipan utamanya, kerana pada asasnya pengurus Rukun Warga dan Rukun Tetangga merupakan tugas sosial dalam masyarakat.

Perlu ditambahkan di sini bahawa, prinsip kesantunan sebagaimana telah dibahas dilandasiolehsikapmentalmasyarakatJawa, iaitupilosofi“KURMAT”(rukundanhormat). Masyarakat Jawa cenderung untuk mengkompromikan hal yang perlu dirembuk dalam rangka menjaga kerukunan. Di samping rukun, masyarakat Jawa juga menjunjung tinggi prinsip saling menghormati orang lain yang secara linguistik diwujudkan dalam strata bahasa Jawa.

Sebagai akhir pembahasan, kertas kerja ini bersifat kajian kes yang berlaku pada waktu mesyuarat di kampung tempat tinggal penulis. Oleh sebab itu, kesimpulan tidak berlaku pada situasi masa dan tempat yang berbeza. Di samping itu, data diperoleh melalui pemerhatian dan perakaman yang tidak berlaku sebagaimana penyelidikan yang dilakukan secara rinci.

BIBLIOGRAFIGibbons, J. (2008). Mitigation on the minibus politeness as variable. Journal of Asian Pacific Communication,

18 (2), 157-165.

Gunarwan, A. (2004). Pragmatik, kebudayaan, dan pengajaran bahasa. Kertas kerja yang dibentangkan di seminar Pragmatik di Universitas Sebelas Maret, Surakarta.

Leech, G. (1983). Principles of pragmatics. Essex: Longman.

Mey, J. L. (1993). Pragmatics: An introduction. Oxford: Blackwell.

Agus Hari Wibowo

46 MAHAWANGSA 3 (1): 37 - 46 (2016)

Murray, D. E. (1995).Knowledge machine: Language and information in a technological society. New York: Longman

Rahardi, R. K. (2005). Pragmatik, kesantunan imperatif bahasa Indonesia. Jakarta: Penerbit Erlangga.

Thomas, J. (1995). Meaning in interaction. New York: Longman.

Trudgil, P. (1977). Sociolinguistics: An introduction to language and society. Harmonsword: Pelican.

Wibowo, A. H. (2006). “Strategi Menyusun Dialog yang Efektif untuk Siaran Pedesaan RRI Surakarta” proceeding Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya (KOLITA), Jakarta.

Wilson, S. L. (1995). Mass Media/Mass Culture: An introduction. New York: McGraw-Hill

Yule, G. (1996). Pragmatics. Oxford: Oxford University Press.

MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: -Diterima: -

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected](NorhafizaAlias), [email protected] (Adi Yasran Abdul Aziz), [email protected] (Wan Muhammad Wan Sulong)*Penulis penghubung

Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini

Norhafiza Alias1*, Adi Yasran Abdul Aziz1 dan Wan Muhammad Wan Sulong2

1Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia2Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRAKSistemejaanJawiTradisiialahsistemejaanlamayangtidakbolehdiklasifikasikansebagaiejaanLazim atau ejaan Mengikut Hukum. Sistem ejaan ini berasaskan penggunaan baris, walaupun tanda baris tidak diletakkan. Penguasaan sistem ejaan Jawi Tradisi sangat penting kerana sistem ejaan tersebut banyak terdapat dalam manuskrip Melayu klasik. Kajian tentang sistem ejaan Jawi bukanlah sesuatu yang baharu, namun kajian sebelum ini tidak menyentuh tentang perkembangan sistem ejaan Jawi Tradisi pada abad ke-20 hingga kini. Oleh itu, bagi menampung lompang tersebut, kajian ini akan menjelaskan sistem ejaan Jawi Tradisi dalam naskhah Surat-surat Sultan Zainal Abidin III (SSZA III) yang ditulis pada awal abad ke-20 dan perbandingannya dengan Kamus-Jawi-Melayu-Inggeris Wilkinson (Kamus Wilkinson) serta perkembangannya berdasarkan Daftar Ejaan Rumi-Jawi Za’ba (Ejaan Jawi Za’ba) dan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi (DKBM) Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Wilkinson mewakili ejaan Jawi awal abad ke-20, Ejaan Jawi Za’ba mewakili ejaan Jawi pertengahan abad ke-20 dan DKBM mewakili ejaan Jawi akhir abad ke-20 dan kini. Kajian ini menggunakan kaedah analisis perbandingan. Ejaan Jawi dalam SSZA III telah dijadikan sebagai asas perbandingan kerana surat-surat ini merupakan satu-satunya naskhah asli bertulisan tangan. Hasil kajian ini mendapati bahawa perkataan-perkataan yang menggunakan ejaan Jawi Tradisi dalam SSZA III kebanyakannya masih dikekalkan sehingga sekarang. Hal ini menunjukkan bahawa ejaan Jawi Tradisi merupakan sistem ejaan yang telah mantap penggunaannya dan tidak perlu diubah lagi.

Kata kunci: Tulisan Jawi, ejaan Tradisi, manuskrip, bahasa Melayu, surat Sultan Zainal Abidin III

Norhafiza Alias, Adi Yasran Abdul Aziz dan Wan Muhammad Wan Sulong

48 MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)

Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini

ABSTRACTSistem ejaan Jawi Tradisi ialah sistem ejaan lama yang tidak boleh diklasifikasikan sebagai ejaan Lazim atau ejaan Mengikut Hukum. Sistem ejaan ini berasaskan penggunaan baris, walaupun tanda baris tidak diletakkan. Penguasaan sistem ejaan Jawi Tradisi sangat penting kerana sistem ejaan tersebut banyak terdapat dalam manuskrip Melayu klasik. Kajian tentang sistem ejaan Jawi bukanlah sesuatu yang baharu, namun kajian sebelum ini tidak menyentuh tentang perkembangan sistem ejaan Jawi Tradisi pada abad ke-20 hingga kini. Oleh itu, bagi menampung lompang tersebut, kajian ini akan menjelaskan sistem ejaan Jawi Tradisi dalam naskhah Surat-surat Sultan Zainal Abidin III (SSZA III) yang ditulis pada awal abad ke-20 dan perbandingannya dengan Kamus-Jawi-Melayu-Inggeris Wilkinson (Kamus Wilkinson) serta perkembangannya berdasarkan Daftar Ejaan Rumi-Jawi Za’ba (Ejaan Jawi Za’ba) dan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi (DKBM) Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Wilkinson mewakili ejaan Jawi awal abad ke-20, Ejaan Jawi Za’ba mewakili ejaan Jawi pertengahan abad ke-20 dan DKBM mewakili ejaan Jawi akhir abad ke-20 dan kini. Kajian ini menggunakan kaedah analisis perbandingan. Ejaan Jawi dalam SSZA III telah dijadikan sebagai asas perbandingan kerana surat-surat ini merupakan satu-satunya naskhah asli bertulisan tangan. Hasil kajian ini mendapati bahawa perkataan-perkataan yang menggunakan ejaan Jawi Tradisi dalam SSZA III kebanyakannya masih dikekalkan sehingga sekarang. Hal ini menunjukkan bahawa ejaan Jawi Tradisi merupakan sistem ejaan yang telah mantap penggunaannya dan tidak perlu diubah lagi..

Keywords: Tulisan Jawi, ejaan Tradisi, manuskrip, bahasa Melayu, surat Sultan Zainal Abidin III

PENGENALANSistem ejaan Jawi yang berkembang dari semasa ke semasa menyebabkan berlaku penambahbaikan dalam sistem ejaan Jawi terkini. Sehingga kini, buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi Edisi kedua, (DKBM) yang diterbitkan pada tahun 2008, didapati masih mengalami perubahan dari segi ejaannya, terutama ejaan vokal. Hal ini berlaku kerana terdapat dua sistem ejaan bagi bunyi vokal, iaitu ejaan yang menggunakan huruf vokal (sistem pengabjadan vokal) dan ejaan yang tidak menggunakan huruf vokal (sistem baris). Bagi menyelesaikan masalah ini, prinsip ejaan Jawi Za’ba masih digunakan sehingga sekarang, iaitu prinsip ekonomi (menggunakan huruf yang minimum), kepastian (mudah dibaca) dan ramai pengguna (Mohd Hussein, 2002).

Menurut Khazriyati (2012), pada masa kini Jawi boleh dianggap sebagai satu tulisan yang semakin dipinggirkan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia (Utusan Malaysia, 15 Januari, 2011; Mahpol, 2002). Ekoran daripada itu, tulisan Jawi ini jarang digunakan malahan ada sesetengah masyarakat Melayu yang memang buta Jawi. Oleh sebab itu, kajian tentang sistem ejaan Jawi dalam manuskrip Melayu agak kurang dilakukan oleh pengkaji dewasa ini, terutamanya dalam surat raja-raja Melayu. Walaupun ada kajian yang dilakukan antaranya Hashim Musa (2006) yang membuat kajian tentang sejarah perkembangan dan pemvokalan tulisan Jawi dalam surat raja-raja Melayu, kitab dan hikayat, namun kajian

Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini

49MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)

ini tidak menyatakan tentang perkembangan sistem ejaan Jawi dalam SSZA III yang dianggap mewakili sebahagian daripada ejaan Jawi awal abad ke-20. Menyedari hakikat ini, kajian ini akan membincangkan secara rinci tentang sistem ejaan Jawi yang terdapat dalam manuskrip Surat Sultan Zainal Abidin III, iaitu Sultan Terengganu yang memerintah pada tahun 1881 hingga 1918 (Mohamed Anwar, 2011).

Surat Sultan Zainal Abidin III ini merupakan surat rasmi yang asal dan bukan salinan. Ia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Surat Sultan Zainal Abidin III ini menjadi bukti kepada kerajaan negeri Terengganu yang bertamadun dan berdaulat. Hal ini berbeza dengan manuskrip dalam bentuk kitab kerana sistem ejaan Jawi yang digunakan di dalam kitab tidak terikat dengan sistem ejaan tertentu kerana sistem ejaannya ditentukan sendiri oleh pengarang atau penyalin. Sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam kitab juga tidak melibatkan kepentingan sesebuah negeri malahan hanya mewakili pihak individu sahaja. Justeru, SSZA III ini sangat sesuai dijadikan bahan kajian kerana ia mewakili cara penulisan dan ejaan yang digunakan oleh kerajaan Terengganu pada awal abad ke- 20.

Surat Sultan Zainal Abidin III ini telah diperolehi daripada arkib Malaysia cawangan negeri Terengganu. Oleh itu sebanyak sembilan pucuk surat Sultan Zainal Abidin III telah dipilih secara rawak bagi membuat analisis terhadap sistem ejaan Jawinya. Setelah dianalisis, didapati Surat Sultan Zainal Abidin III ini belum lagi ditransliterasikan sepenuhnya dalam tulisan Rumi. Justeru itu, ini mendorong pengkaji untuk melakukan kajian terhadap Surat Sultan Zainal Abidin III.

Pada pengamatan pengkaji, SSZA III ini mengandungi gaya penulisan dan sistem ejaannya yang tersendiri. Oleh itu, usaha untuk mentransliterasikan SSZA III daripada Jawi kepada Rumi telah dibuat bagi memudahkan kajian dilakukan. Hasil transliterasi yang dibuat, didapati masih banyak ejaan Tradisi digunakan. Oleh itu, pengkaji akan membuat analisis tentang sistem ejaan Jawi Tradisi yang digunakan dalam SSZA III. Oleh sebab pada awal abad ke-20 didapati tiada panduan khusus yang boleh dijadikan pedoman bagi sistem ejaan Jawi, maka kajian ini akan menganalisis sistem ejaan Jawi pada zaman tersebut berdasarkan SSZA III dan perbandingannya dengan ejaan Jawi Wilkinson serta perkembangannya berdasarkan Za’ba dan DKBM.

EJAAN TRADISIEjaan Tradisi ialah sistem ejaan yang berasaskan penggunaan sistem baris, tidak kira samaada tandabaris itudiletakkanatau tidakdiletakkan,dan tidakdiklasifikasikansebagai ejaan Lazim atau ejaan Mengikut Hukum (Adi Yasran, 2010). Menurut Za’ba perkataan-perkataan Melayu terbahagi kepada dua bahagian. Pertama perkataan yang sudah tetap ejaannya mengikut peraturan-peraturan ejaan Jawi, iaitu wajib dieja mengikut peraturan yang dinyatakan contohnya kaedah baris seperti perkataan segala diejaَلَݢس dan kaedah saksi/vokal seperti perkataan jatuh dieja هوتاج. Kedua perkataan yang tidak ada peraturan, iaitu yang terkecuali daripada mengikut peraturan ejaan Jawi kerana tidak ada pihak yang menetapkan peraturan pada sistem ejaan Jawi tersebut. Peraturan ejaan Jawi yang dimaksudkan ialah peraturan yang menetapkan ejaan Jawi yang terdiri daripada dua kaedah iaitu kaedah saksi dan kaedah baris. Namun begitu, tidak semua perkataan Melayu mengikut ketetapan peraturan tersebut, kerana adanya beberapa kekecualian dan

Norhafiza Alias, Adi Yasran Abdul Aziz dan Wan Muhammad Wan Sulong

50 MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)

adasesetengahperkataannyayangbelumdiklasifikasikandaripadamana-manaperaturan(Asmah, 2009).

Menurut Za’ba dalam Asmah 2009 lagi, ejaan yang terkecuali daripada peraturan ejaan Jawi ialah ‘Ejaan Tua’ yang sudah tetap dan mantap atas rupa asal, dan tidak boleh diubah walaupun bertentangan dengan peraturan ejaan Jawi sekarang ini. Ejaan Tua ialah ejaan yang tidak mengikut mana-mana sistem ejaan kerana penggunaannya sudah mantap dan difahami semua pengguna. Berdasarkan penerangan Za’ba dapat dirumuskan ejaan Tua ini hampir sama dengan ejaan Tradisi kerana pengekalan ejaan yang tidak diubah dan sudah mantap. Antara ‘ejaan Tua’ yang dinyatakan oleh Za’ba adalah seperti pada Jadual 1 berikut:

Jadual 1 Contoh Perkataan yang Dinyatakan Sebagai Ejaan Tua

Ejaan Jawi Rumi Jawi Rumiدان dan دي diaايت itu سوات suatuاين ini اوله olehمك maka بوله bolehڤد pada سݢل segalaکڤد kepada تتکل tatkalaدرڤد daripada اڤکل apakalaجك jika اڤبيل apabilaجکلو jikalau برمول bermulaسڤرت seperti ڤول pulaسرت serta هيڠݢ hinggaاي ia کمدين kemudian

دمکين demikian کرنيا kurniaمدهمدهن mudah-mudahan انݢره anugerahملينکن melainkan سمڤرن sempurnaهلبالڠ hulubalang ماٴنسي manusiaبݢندا baginda -

Kesemua perkataan di atas sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah lagi kerana kebanyakan masyarakat menulisnya dengan ejaan yang sedemikian dari dulu hingga sekarang. Tambahan pula, hal tersebut tidak menimbulkan kesukaran kepada masyarakat kerana masyarakat sudah kenal dan tahu untuk membacanya (Asmah, 2009). Oleh itu, secara prinsipnya Ejaan Tradisi dan Ejaan Tua adalah sama, iaitu menggunakan sistem baris sekurang-kurangnya pada satu suku katanya kecuali perkataan ‘dan’. Perkataan ini merupakan satu-satunya contoh perkataan yang mengandungi satu suku kata sahaja. Walaupun ejaan ‘Tua’, namun perkataan ‘dan’ boleh dikategorikan sebagai kekecualian ejaan Lazim seperti kata ekasuku yang bermula dengan wau seperti ‘wang’, ‘wau’, ‘wan’, ‘wak’ dan sebagainya.

Namun begitu, kata beza yang dieja بيذا dan milik yang dieja ميليق tidak pula dianggap sebagai ejaan Tradisi walaupun ejaan tersebut telah dikecualikan sekian lama kerana

Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini

51MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)

pengekalan ejaan tersebut hanya melibatkan huruf konsonan sahaja. Perbezaan sistem ejaan konsonan perlu dibincangkan secara berasingan berdasarkan sumber kata tersebut. Dalam hal ini, perkataan ‘beza’ bolehlah dianggap sebagai perkataan Melayu yang menerima pengaruh Arab, manakala perkataan ‘milik’ pula ialah kata serapan Arab yang menerima pengaruh Melayu.

EJAAN YANG DIKEKALKANEjaan kekal ialah ejaan Tradisi yang masih dikekalkan sehingga sekarang ini atas sebab-sebab tertentu. Mohd Hussein (2002), menyatakan bahawa Za’ba merumuskan dalam sistem ejaan Jawinya itu berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu:

i. EkonomiEjaan yang menggunakan seminimum bilangan huruf.

ii. KepastianJika ejaan itu menimbulkan kesamaran sebutan maka hendaklah diubah suai ejaannya supaya mengurangkan kesamaran.

iii. Ramai penggunaJika satu perkataan itu terdapat kelainan ejaan dan ramai penggunaannya serta tidak menimbulkan sebarang kesamaran sebutan, maka boleh guna dipakai kedua-dua ejaan tersebut terpulang kepada pengguna untuk membuat pilihan.

Maksud prinsip ekonomi di atas ialah ejaan yang pada asalnya menggunakan kaedah baris dan dikekalkan penggunaannya tanpa baris serta tidak pula menimbulkan kesukaran sebutan, seperti ejaan Jawi untuk perkataan ‘maka’, ‘pada’, ‘kepada’, ‘daripada’, dan lain-lain. Prinsip kepastian pula bermaksud jika sesuatu ejaan yang menggunakan kaedah baris itu mengelirukan, maka ia diberikan huruf saksi/vokal supaya lebih jelas bunyinya. Manakala yang dimaksudkan dengan prinsip ramai pengguna pula ialah pendirian Za’ba untuk menerima ejaan kebiasaan yang lazim walaupun tidak selaras dengan sistem. Pendirian itu dinyatakan oleh Za’ba (1949, 12) seperti berikut:

“Mana ejaan yang lebih ramai orang menulisnya itulah yang lebih betul; yang kurang ramai itu betul juga tetapi kurang- iaitu sekadar mana kurang ramainya sekadar itulah pula kurang betulnya. Akhirnya anak cucu kita yang kemudian akan tetap sendiri mengikut pihak yang lebih ramai itu. Maka pada masa itu kelak itulah yang betul, yang lain-lain salah.”

Za’ba juga menyatakan bahawa ejaan Jawi yang sudah tetap dan telah lama digunakan oleh orang ramai tidak perlu diubah lagi. Ia harus diikuti oleh para pembina bahasa sekarang ini, baik dari segi ejaan mahupun mana-mana aspek bahasa yang lain.

Berdasarkan Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu (1996), terdapat 16 senarai perkataan yang dikecualikan daripada beberapa aturan pengejaan tulisan Jawi sepertimana pada

Norhafiza Alias, Adi Yasran Abdul Aziz dan Wan Muhammad Wan Sulong

52 MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)

Jadual 2, iaitu:

Jadual 2 Senarai Contoh Perkataan yang Dikecualikan daripada Aturan

Pengejaan Tulisan JawiBil. Rumi Jawi

1. ada اد2. apa اڤ3. beta بيت4. bin بن5. binti بيت6. dari دري7. daripada درڤد8. ia اي9. ini اين

10. itu ايت11. jika جک12. kepada كڤد13. kita كيت14. lima ليم15. maka مک16. pada ڤد

Dalam Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi Sebutan-Jawi Edisi Kedua 2008 (DKBM) pula, terdapat 15 contoh perkataan yang dikecualikan daripada beberapa aturan pengejaan tulisan Jawi. Lihat contoh pada Jadual 3 di bawah:

Jadual 3 Contoh Perkataan yang Dikecualikan dalam Pengejaan Tulisan Jawi

Bil. Rumi Jawi1. ada اد2. apa اڤ3. beta بيت4. dari دري5. daripada درڤد6. ia اي7. ini اين8. itu ايت9. jika جک

10. kepada كڤد11. kita كيت12. lima ليم

Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini

53MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)

13. maka مک14. pada ڤد15. demikian دمكين

Jika dilihat pada PEJYD dan DKBM istilah yang digunakan adalah bukan ‘ejaan Tradisi’ tetapi perkataan yang dikecualikan daripada beberapa aturan pengejaan tulisan Jawi. Walaupun tidak dinamakan ejaan Tradisi, namun sebagai menggantikan istilah ejaan Tua Za’ba dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, istilah ejaan Tradisi telah digunakan secara meluas termasuklah dalam kajian ini.

Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi 2008 (DKBM) merupakan hasil penambahbaikan daripada DKBM (2006). Jika dilihat pada Jadual 2 dan 3 telah berlaku penambahan perkataan demikian dalam DKBM (2008), namun masih ada lagi perkataan yang tidak disenaraikan tetapi patut disenaraikan seperti iaitu, manusia, manusiawi, dia, syurga dan di. Perkataan bin dan binti pula perlu dikeluarkan daripada senarai ejaan Tradisi kerana tidak memenuhi syarat kata Melayu jati dan perkataan tersebut merupakan kata bahasa Arab begitu juga perkataan apa yang dieja اڤ dan ada yang dieja اد perlu dikeluarkan dalam senarai ejaan Tradisi kerana perkataan apa termasuk dalam Hukum Luar Derlung manakala ada termasuk dalam Hukum Derlung. Berikut adalah Jadual 4 yang menyenaraikanperkataanyangpatutdikekalkandandiklasifikasikandalamEjaanTradisi.

Jadual 4 Ejaan Tradisi yang Dikekalkan

Bil. Rumi Jawi1. beta بيت2. syurga شرݢ3. di د4. dia دي5. dari دري6. daripada درڤد7. ia اي8. ini اين9. itu ايت

10. jika جک11. kepada كڤد12. kita كيت13. lima ليم14. maka مک15. pada ڤد16. demikian دمكين17. manusia ماءنسي18. manusiawi ماءنسياوي19. iaitu ياءيت

Norhafiza Alias, Adi Yasran Abdul Aziz dan Wan Muhammad Wan Sulong

54 MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)

Walau bagaimanapun, jika didapati ada lagi ejaan berasaskan penggunaan sistem baris, tidak kira sama ada tanda baris itu diletakkan atau tidak diletakkan dan terkecuali daripada ejaan Lazim serta ejaan Mengikut Hukum maka ejaan sedemikian juga boleh dianggap sebagai ejaan Tradisi dengan syarat ia ialah ejaan lama. Oleh yang demikian, berdasarkan analisis yang dibuat terdapat 12 perkataan ejaan Tradisi yang dikekalkan dalam SSZA III. Berikut adalah Jadual 5 yang menyenaraikan Ejaan Tradisi yang dikekalkan dalam SSZA III:

Jadual 5 Ejaan Tradisi yang Dikekalkan dalam SSZA III

Bil. Rumi Jawi1. beta بيت2. dari دري3. daripada درڤد4. ini اين5. itu ايت6. jika جک7. kepada كڤد8. maka مک9. pada ڤد

10. demikian دمكين11. iaitu ياءيت12. di د

Seterusnya, berdasarkan SSZA III yang dianalisis, pengkaji mendapati bahawa ada perkataan yang dieja dengan sistem Ejaan Tradisi tetapi kini telah berubah kepada Ejaan Lazim dan Ejaan Mengikut Hukum dalam sistem ejaan DKBM.

EJAAN YANG BERUBAHEjaan yang berubah ialah ejaan asalnya ejaan Tradisi, tetapi telah berubah menjadi ejaan Lazim atau Mengikut Hukum.

Perubahan Ejaan Tradisi Kepada Ejaan LazimPerubahan ejaan Tradisi kepada ejaan Lazim berlaku apabila huruf vokal ditambah ke dalam ejaan Tradisi yang menjadikannya ejaan Lazim.

Berdasarkan SSZA III, berikut adalah contoh-contoh perkataan yang dieja mengikut ejaan Tradisi tetapi telah berubah menjadi ejaan Lazim dalam DKBM.

Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini

55MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)

Jadual 6 Contoh Perubahan Perkataan daripada Ejaan Tradisi kepada Ejaan Lazim

Bil. Rumi SSZA III Wilkinson Za’ba DKBM1. jajahan ججاهن جاجه ججاهن جاجهن2. ke hadapan کهدفن هادڤ هادڤ هادڤن3. mulia مليا مليا مليا موليا4. buah بوه بوه بواه بواه5. satu ساة ساتو ساتو ساتو6. dan دان دان دان دان7. suatu سواة سوات سواتو سواتو8. buah بوه بوه بواه بواه9. perintahan فرنتاهن ڤرنته ڤرينتاهن ڤرينته

10. serta سرة سرت سرت سرتا11. selama-lamanya سلما٢ڽ الم سالم\سلما سالما12. melainkan ملينکن مالٴينکن ملينکن مالءينکن13. cinta چنتا چتا چينت\چنت چينتا14. kebajikan کبجکن - - کباجيقن15. beroleh بروله - براوليه بروله16. mudah-mudahan مدا٢هن موده موده-مودهن موداهن / موده17. menyatakan مڽتاکن ڽات مڽتاکن مڽاتاکن18. berdukacita بردوکچيتاله دوک دوکچيتا بردوکاچيتا19. keluar كلور کلور کلوار کلوار20. pinjam فنجم ڤنجم ڤينجم ڤينجم21. kena كن کنا کنا کنا22. berjumpa برجمفا جمڤ جمڤا/ جومڤا برجومڤا

Berdasarkan Jadual 6, ternyata ejaan Tradisi yang digunakan bagi mengeja perkataan dalam SSZA III ini ada yang mengalami perubahan ejaan. Begitu juga ejaan dalam Kamus Wilkinson dan Za’ba yang turut mengalami perubahan. Perubahan ini berlaku kerana ejaan lama yang menggunakan sistem baris seperti perkataan dalam Jadual 6 telah ditambah dengan huruf saksi/vokal sama ada huruf alif (ا), wau (و) ataupun ya (ي) dalam DKBM. Walau bagaimanapun, masih banyak ejaannya yang terus kekal dengan ejaan yang sama sehingga hari ini. Keadaan ini menunjukkan bahawa masih ada kesinambungan antara keempat-empat sistem ejaan tersebut.

Seterusnya, jika dilihat pada sistem ejaan yang digunakan dalam SSZA III, terdapat suku kata terbuka dan suku kata tertutup yang tidak diletakkan lambang saksi/vokal kerana penulisnya telah mengeja mengikut sistem baris yang telah diguna pakai oleh ramai pengguna dan sudah difahami oleh masyarakat pada masa itu. Namun begitu, perubahan ejaan telah berlaku terhadap beberapa perkataan tersebut. Hal ini demikian kerana, sistem ejaan yang digunakan dalam DKBM telah menambah vokal pada semua suku kata terbuka mahupun suku kata tertutup kecuali pada bunyi vokal e pepet di tengah kata, bunyi /a/ dalam suku kata tertutup kecuali jika berlaku homograf, bunyi /a/ dalam suku kata yang bermula dengan wau seperti kata wau yang dieja واو dan pada perkataan dan yang dieja دان.

Norhafiza Alias, Adi Yasran Abdul Aziz dan Wan Muhammad Wan Sulong

56 MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)

Dalam SSZA III, contoh perubahan daripada ejaan Tradisi kepada ejaan Lazim boleh dilihat pada perkataan kena. Vokal alif tidak diletakkan pada suku kata akhir terbuka perkataan kena (كن) kerana suku kata tersebut masih menggunakan sistem baris dan ejaantersebuttidakbolehdiklasifikasikandalamejaanLazimataupunejaanMengikutHukum.Olehsebabitu,ejaanyangdigunakandalamSSZAIIIdiklasifikasikandalamjenis ejaan Tradisi. Penggunaan sistem ejaan Tradisi ini menimbulkan dua sebutan sama ada kan atau ken. Oleh itu, untuk mengelakkan kekeliruan maka huruf alif telah ditambah pada suku kata akhir terbuka kena. Dengan itu, perkataan kena telah dieja dengan کنا dan menyebabkan ia berubah menjadi ejaan Lazim. Ejaan کنا telah digunakan sejak zaman ejaan Kamus Wilkinson dan ejaan Jawi Za’ba lagi dan diteruskan penggunaannya dalam DKBM. Ejaan ini mematuhi prinsip ejaan Jawi Za’ba, iaitu prinsip kepastian. Prinsip ini digunakan apabila ada ejaan yang menimbulkan kesamaran kepada pengguna dan ejaannya perlu diubah bagi mengelakkan kekeliruan sebutan dan maknanya. Oleh sebab itu, ejaan .dikekalkan sehingga sekarang dan diguna pakai oleh semua masyarakat کنا

Penambahan vokal ya pula boleh dilihat pada perkataan pinjam. Perkataan pinjam yang dieja فنجم telah digunakan dalam SSZA III dan Wilkinson. Hal ini menunjukkan ejaan dalam SSZA III dan ejaan Kamus Wilkinson masih menggunakan ejaan lama iaitu, ejaan sistem baris yang penggunaannya masih difahami oleh masyarakat pembaca Jawi pada zaman itu. Pada ejaan Jawi Za’ba dan DKBM penambahan huruf vokal ya telah berlaku pada suku kata awal tertutup yang dieja ڤينجم bagi menggantikan sistem baris bawah yang telah dihilangkan lambangnya. Perubahan ejaan yang berlaku dalam ejaan Jawi Za’ba dan DKBM dapat membantu generasi sekarang yang kurang mahir membaca Jawi untuk membaca perkataan tersebut dengan betul. Selanjutnya, penggunaan vokal wau bagi menggantikan sistem baris depan pula terdapat pada perkataan satu. Dalam SSZA III, penulis telah mengejanya dengan ,yang masih ada pengaruh penulisan bahasa Arab. Namun dalam ejaan Kamus Wilkinson ساةejaan Jawi Za’ba dan DKBM ia telah dieja dengan ساتو. Ini bermakna ejaan dalam SSZA III menggunakan ejaannya sendiri dan tidak mengikut mana-mana ejaan walaupun pada ejaan Kamus Wilkinson sudah memakai huruf ta maftuhah (ت) yang diikuti oleh wau. Vokal wau ditambah bagi menggantikan sistem baris depan. Penambahan vokal wau dalam suku kata akhir terbuka itu telah menjadikannya sebagai ejaan lazim.

Dalam SSZA III, perkataan jajahan telah dieja ججاهن sama seperti ejaan Jawi Za’ba, manakala dalam ejaan Kamus Wilkinson perkataan tersebut dieja mengikut kata dasar jajah yang dieja جاجه. Hal ini menunjukkan ejaan Jawi Za’ba telah mengikuti sistem ejaan dalam SSZA III yang meletakkan vokal alif pada suku kata kedua walaupun vokal alif pada suku kata kedua itu digugurkan dalam ejaan DKBM. Ejaan yang digunakan dalam SSZA III dan ejaan Jawi Za’ba ini tidak boleh digolongkan dalam ejaan Lazim ataupun ejaan Mengikut Hukum kerana tidak memenuhi syarat sistem ejaan tersebut. Oleh sebab itu,ejaaninidiklasifikasikandalamejaanTradisi.DalamDKBMpulaperkataanjajahan dieja berdasarkan kata dasar. Kata dasar perkataan tersebut ialah jajah yang dieja جاجه sama ejaannya dengan ejaan Kamus Wilkinson manakala ejaan bagi perkataan jajahan dieja dengan جاجهن. Hal ini menunjukkan sistem ejaan Kamus Wilkinson dan DKBM mempunyai persamaan iaitu, meletakkan lambang vokal pada suku kata pertama terbuka /a/. Oleh sebab adanya penambahan vokal pada suku kata pertama, maka ejaan جاجه/ جاجهن inidiklasifikasikandalamejaanlazim.

Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini

57MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)

Begitu juga dengan perkataan berjumpa yang dieja برجمفا dalam SSZA III. Pada suku kata kedua ejaannya masih menggunakan sistem baris manakala pada suku kata akhir ejaannya telah diletakkan huruf vokal alif. Dalam ejaan Kamus Wilkinson hanya terdapat kata dasar jumpa yang dieja menggunakan ejaan sistem baris sepenuhnya seperti جمڤ. Hal ini menunjukkan ejaan dalam SSZA III mempunyai bentuk ejaannya sendiri, iaitu bentuk ejaan yang lebih moden berbanding ejaan dalam Kamus Wilkinson kerana sudah menggunakan huruf saksi/vokal. Seterusnya, ejaan yang digunakan oleh ejaan Jawi Za’ba dan DKBM pula adalah sama iaitu, dieja برجومڤا. Ejaan yang digunakan oleh ejaan Jawi Za’ba dan DKBM ini telah menambah huruf vokal pada semua suku kata. Oleh sebab semua suku kata diletakkan huruf vokal, maka ejaan ini termasuk dalam ejaan Lazim.

Berdasarkan SSZA III juga, pengkaji mendapati penulis warkah ini banyak menggunakan huruf saksi/vokal pada suku kata awal sahaja. Penggunaan sistem baris dan lambang vokal pada suku kata awal ini merupakan campuran pengaruh Arab dan Melayu. Jadual 7 berikut adalah contoh perkataan yang terdapat pengaruh Arab dan Melayu:

Jadual 7 Contoh Perkataan Pengaruh Arab dan Melayu

[pu.kul] فوكل tiada vokal [و] pada suku kata akhir tertutup[se.pu.cuk] سفوچق tiada vokal [و] pada suku kata akhir tertutup[pu.la] فول tiada vokal [ا] pada suku kata akhir terbuka [satu] ساة tiada vokal [و] pada suku kata akhir terbuka[bo.leh] بوله tiada vokal [ي] pada suku akhir tertutup[o.leh] اوله tiada vokal [ي] pada suku kata akhir tertutup[suatu] سواة tiada vokal [و] pada suku kata akhir terbuka

Oleh yang demikian, dapat dilihat sistem ejaan Jawi dalam SSZA III belum mempunyai peraturan yang mantap dalam penggunaan lambang-lambang vokal, namun ia masih ada keselarasan ejaan. Hal ini dapat dilihat pada penulisan lambang vokal yang ada kalanya tidak ditulis bagi menunjukkan lafaz bunyi vokal tersebut. Walau bagaimanapun, perkataan tersebut masih lagi boleh dibaca bagi orang yang sudah mahir dalam sistem tulisan Jawi.

Perubahan Ejaan Tradisi Kepada Ejaan Mengikut HukumMenurut Adi Yasran (2010, 79), ejaan Mengikut Hukum ialah ejaan bagi kata Melayu jati berdasarkan kaedah tertentu yang tidak termasuk dalam ejaan Tradisi dan juga ejaan Lazim. Ejaan Mengikut Hukum ini terbahagi kepada lima jenis iaitu:

i. Derlungii. Luar Derlungiii. Ka dan Gaiv. Kata Dasar Tiga Suku Katav. Lampau Hukum

Norhafiza Alias, Adi Yasran Abdul Aziz dan Wan Muhammad Wan Sulong

58 MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)

Namun begitu, kajian ini, tidak akan membincangkan kelima-lima hukum tersebut kerana data yang dikaji hanya menemui tiga aspek sahaja. Berikut dinyatakan contoh-contoh perkataan yang dieja mengikut ejaan Tradisi tetapi telah berubah kepada ejaan Mengikut Hukum dalam DKBM.

Perubahan Ejaan Tradisi kepada Hukum DerlungHukum Derlung ialah hukum yang digunakan bagi mengeja kata Melayu jati dan kata serapan selain Arab/Parsi dalam dua suku kata terbuka yang menggunakan pasangan vokal [a+a]. Jika ejaan suku kata akhir bermula dengan salah satu huruf-huruf Derlung iaitu،رد،) pada kedua-dua suku (ا) maka dalam ejaannya perlu menggunakan huruf vokal ,ل،و،ڠ)kata tersebut. (Adi Yasran dan Hashim Musa, 2008).

Jadual 8 Contoh Perubahan Perkataan daripada Ejaan Tradisi kepada Ejaan

Mengikut Hukum DerlungRumi SSZA III Wilkinson ZA’BA DKBMcakerawala چكروال چکراواال چکرواال چکروالtatkala تتكال تتکاال تتكل تتکالsegala سکل سݢال سݢل سݢاال

Berdasarkan SSZA III, pengkaji mendapati bahawa perkataan dalam Jadual 8 telah dieja mengikut ejaan Tradisi tetapi dalam DKBM ia telah dieja mengikut Hukum Derlung. Contohnya perkataan tatkala telah dieja dengan تتكال dalam SSZA III dan Kamus Wilkinson tetapi dalam ejaan Jawi Za’ba ia dieja تتكل dan dalam DKBM pula dieja dengan تتکاال. Ejaan dalam DKBM telah berlaku penambahan vokal [ا] pada kedua-dua suku kata terbuka /a/. Vokal alif diletakkan selepas bunyi /ka/ dan /la/ kerana kedua-dua suku kata tersebut merupakan suku kata terbuka /a/ dan huruf lam pula merupakan salah satu huruf Derlung. Mengikut hukum ini huruf alif hendaklah diletakkan selepas huruf Derlung tersebut.

Perubahan ejaan Tradisi kepada Hukum Luar DerlungSistem ejaan Jawi Mengikut Hukum Luar Derlung adalah berdasarkan syarat yang sama seperti Hukum Derlung, kecuali suku kata akhirnya yang dimulai dengan salah satu huruf selain (ڠو،لر،د،). Mengikut hukum ini, huruf alif tidak diletakkan pada akhir kata kecuali jika berlaku homograf atau mengelakkan kekeliruan seperti puas (ڤواس) -puasa (ڤواسا) (Adi Yasran dan Hashim Musa, 2008).

Jadual 9 Contoh Perubahan Perkataan daripada Ejaan Tradisi kepada Ejaan Hukum Luar Derlung

Rumi SSZA III Wilkinson ZA’BA DKBMbersama-sama برسما٢ سام سام برساما-سامkerana كارن كارن کران کران

Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini

59MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)

Jadual 9 menunjukkan ejaan Tradisi dalam SSZA III yang memenuhi syarat ejaan Hukum Luar Derlung. Berdasarkan jadual tersebut, didapati Ejaan Tradisi dalam SSZA III tidak membenarkan dua huruf vokal alif hadir dalam dua suku kata yang berurutan. Malah boleh dikatakan bahawa perkataan yang memenuhi syarat Hukum Luar Derlung pada masa kini dieja dengan Ejaan Tradisi, iaitu tanpa alif pada akhir kata. Dalam SSZA III perkataan bersama-sama telah dieja برسما٢ dengan meletakkan vokal alif pada suku kata akhir terbuka [a] dan dieja tanpa vokal alif pada suku kata terbuka praakhir bunyi [a] serta telah menggunakan simbol angka dua Hindi (2) untuk menandakan kata ganda. Dalam Kamus Wilkinson dan ejaan Jawi Za’ba pula, ejaannya sama dengan DKBM, iaitu menggunakan prinsip ekonomi bagi meminimumkan penggunaan huruf. Hal ini bermakna, prinsip ejaan Jawi Za’ba telah pun digunakan sejak awal abad ke-20 lagi. Berdasarkan ejaan DKBM,ejaantersebutdiklasifikasikandalamejaanMengikutHukumLuarDerlung.EjaanMengikut Hukum Luar Derlung ini digunakan apabila suku kata akhir dan praakhirnya berpola [a+a] yang diikuti oleh huruf selain huruf Derlung pada suku kata akhir. Oleh sebab itu,dalamDKBMejaaninidiklasifikasikandalamejaanMengikutHukumLuarDerlung.

Seterusnya, bagi perkataan karena, dalam SSZA III dan Kamus Wilkinson ia telah dieja dengan كارن. Pengkaji mendapati bahawa ejaannya tidak diletakkan vokal alif pada suku kata akhir terbuka bunyi [a], sebaliknya telah meletakkan vokal alif pada suku kata pertama. Bagi ejaan Jawi Za’ba dan DKBM perkataan tersebut dieja کران, iaitu dieja tanpa meletakkan vokal pada suku kata pertama. Ejaannya berbeza disebabkan perkataan karena telah berubah menjadi ‘kerana’. Memandangkan perkataan ini telah berubah menjadi ‘kerana’, maka perbandingan terhadapnya tidak dapat dilakukan.

Perubahan ejaan Tradisi kepada Kata Dasar Tiga Suku KataMenurut hukum ini, bunyi vokal [a] di suku kata pertama terbuka pada kata dasar tiga suku kata atau lebih (bagi kata Melayu jati) biasanya tidak ditulis dengan huruf alif. (DKBM, 2008). Contohnya terdapat pada Jadual 10 berikut:

Jadual 10 Contoh Perubahan Perkataan daripada Ejaan Tradisi kepada Ejaan Kata Dasar Tiga Suku Kata

Rumi SSZA III Wilkinson ZA’BA DKBMcahaya چهيا چهاي چهيا چهايbahawa بهوا بهوا بهوا بهاواpaduka فادک ڤدوک ڤدوک ڤدوک

Berdasarkan Jadual 10, pengkaji mendapati bahawa ejaan kata dasar tiga suku kata yang mempunyai urutan suku kata pertama terbuka [a] dan yang diikuti huruf ha pada suku kata kedua dalam SSZA III, dieja tanpa menggunakan huruf vokal alif. Tetapi bagi suku kata akhir bunyi [a] pula diletakkan vokal alif, seperti perkataan cahaya dan bahawa yang dieja Hal ini menunjukkan bahawa pengejaan kata dasar tiga suku kata [a] berurutan .بهوا dan چهياyang diikuti bunyi /ha/ pada zaman tersebut telah dieja secara seragam. Ejaan ini juga telah digunakan dalam ejaan Za’ba. Ini bermakna ejaan Za’ba yang menggunakan prinsip

Norhafiza Alias, Adi Yasran Abdul Aziz dan Wan Muhammad Wan Sulong

60 MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)

ekonomi telah digunakan pada awal abad ke-20. Prinsip ini digunakan bagi meminimumkan penggunaan huruf, tambahan pula ejaannya sudah difahami oleh masyarakat pengguna pada zaman itu.

Namun begitu, dalam ejaan Kamus Wilkinson dan DKBM pula, perkataan cahaya dieja dengan چهاي, tetapi bagi perkataan bahawa ejaan bagi kedua-duanya berbeza, iaitu dalam Kamus Wilkinson ejaannya sama dengan ejaan dalam SSZA III dan Za’ba manakala dalam ejaan DKBM dieja بهاوا. Hal ini menunjukkan bahawa ejaan dalam Kamus Wilkinson tidak ada keseragaman kerana ejaan yang terdapat dalam kamus ini berdasarkan perkataan yang dikumpulkan daripada karya kesusasteraan Melayu klasik. Walau bagaimanapun, bagi menyelaraskan ejaan tersebut DKBM telah membuat satu kaedah, iaitu Pengejaan Kata Dasar Tiga Suku Kata atau Lebih yang dinamakan sebagai Hukum Kata Dasar Tiga Suku kata dalam kajian ini. Hukum ini diambil daripada kaedah 9.3 dalam PUEJBM (DKBM 2008) yang menyatakan bahawa “…bunyi vokal [a] (yang didahului oleh konsonan) di suku kata pertama terbuka pada kata dasar tiga suku kata atau lebih (bagi kata Melayu jati) biasanya tidak ditulis dengan huruf alif…”. Contoh perkataan yang termasuk dalam hukum ini ialah haloba, cakera, pajeri, baginda dan gamelan.

Seterusnya, dalam SSZA III perkataan paduka telah dieja فادک. Pada suku kata kedua perkataan itu tidak diletakkan lambang vokal /و/ untuk bunyi /u/ tetapi pada suku kata pertama bunyi /a/ diletakkan lambang vokal /ا/. Ejaan ini berbeza dengan Kamus Wilkinson, Za’ba dan DKBM yang telah menggugurkan vokal alif pada suku kata pertama untuk mematuhi Hukum Tiga Suku Kata atau Lebih. Ejaan yang digunakan oleh SSZA III masih digolongkan dalam ejaan Tradisi kerana ejaan ini menggunakan sistem baris pada suku kata keduanya dan tidak memenuhi syarat sistem ejaan Lazim ataupun ejaan Mengikut Hukum.

KESIMPULANBerdasarkan analisis di atas, dapat disimpulkan bahawa terdapat sedikit perbezaan antara ejaan Tradisi dengan kekecualian yang terdapat dalam kaedah (10) PUEJBM DKBM yang menyenaraikan perkataan yang dikecualikan daripada sistem ejaan yang diterangkan sebelumnya. Perbezaan tersebut adalah pada perkataan اڤ dan اد yang dikeluarkan daripada senarai kerana termasuk dalam ejaan Mengikut Hukum. Selain itu, terdapat enam perkataan baharu telah ditambah pada senarai tersebut, iaitu dia, iaitu, manusia, manusiawi, di dan syurga yang menjadikan jumlah ejaan keseluruhannya ialah 19 perkataan. Daripada 19 perkataan tersebut didapati 12 daripadanya terdapat dalam SSZA III dan ejaannya kekal sehingga sekarang. Hal ini membuktikan bahawa ejaan Tradisi sudah mantap dan turut digunakan dalam urusan rasmi kerajaan khususnya kerajaan negeri Terengganu awal abad ke-20 melalui warkah SSZA III dan tidak perlu diubah lagi.

Selain itu, seperti ejaan Jawi dalam bahasa Melayu Klasik yang lain, terdapat banyak ejaan Tradisi yang telah mengalami perubahan ke arah bentuk yang lebih moden, iaitu dengan penambahan huruf vokal. Ejaan ini telah berubah kepada ejaan Lazim dan ejaan mengikut hukum. Antara ejaan Tradisi yang berubah kepada ejaan Lazim ialah oleh, beroleh, serta dan pinjam. Manakala antara ejaan Tradisi yang berubah kepada ejaan Mengikut Hukum pula ialah segala, cahaya, tatkala dan paduka. Perubahan yang berlaku ini dapat membantu generasi kini untuk membaca dan menulis Jawi dengan lebih mudah

Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini

61MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)

dan lancar. Di samping itu, perubahan-perubahan yang berlaku pada sistem ejaan Jawi ini boleh dijadikan sumber rujukan untuk masyarakat membaca ejaan Jawi lama. Contohnya, membuat satu modul asas untuk sistem ejaan Jawi lama. Oleh itu, dengan adanya modul ini masyarakat sekarang boleh membaca dan memahami isi kandungan bahan bertulisan Jawi lama dengan mudah. Selain itu, disarankan subjek sistem tulisan Jawi diajarkan di semua universiti kerajaan dan juga di kolej swasta sebagai subjek wajib bagi pelajar Melayu dan elektif bagi pelajar bukan Melayu. Hal ini dapat memberikan pendedahan kepada pelajar untuk mengenali sistem tulisan Jawi. Dengan itu, tulisan ini dapat dikuasai dan terus digunakan secara meluas dalam masyarakat hari ini.

RUJUKANAdi Yasran Abdul Aziz & Nurhidayah Jumaat (2010). Sistem Ejaan Jawi dalam Manuskrip Risalah Hukum

Kanun Melaka. Jurnal Filologi Melayu 17: 73-91.

Adi Yasran Abdul Aziz & Hashim Musa (2008). Isu Homograf dan Cabarannya dalam Usaha Pelestarian Tulisan Jawi, Jurnal Aswara 3(1): 109-126.

Adi Yasran Abdul Aziz & Nurhidayah Jumaat (2010). Sistem Ejaan Jawi dan Kosa Kata pada Batu Bersurat Piagam Terengganu Jurnal Aswara 5(1): 3-7.

Adi Yasran Abdul Aziz (2011). Batu Bersurat Terengganu: Perbandingan Sistem Tulisan Jawi dan Kosa Kata pada Batu Bersurat Piagam Terengganu dengan Manuskrip Undang-undang Melaka dan Kedah.

Amat Juhari Moain (1996). Perancangan Bahasa: Sejarah Aksara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj Omar (1991). Bahasa Melayu Abad ke- 16: Satu Analisis Berdasarkan Teks Melayu Aqa’id al- Nasafi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj Omar. (2009). Rahsia Ejaan Jawi Edisi Ejaan Rumi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi (Edisi Kedua) (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi. (Edisi Pertama) (2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamdan Abd Rahman (2014). Panduan Menulis dan Mengeja Jawi. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Musa (2006). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Musa (2006). Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Dahaman (1991). Translitersi Jawi kepada Rumi. Jurnal Dewan Bahasa, 46- 57.

Khazriyati Salehuddin (2012). Penilaian ke Atas Kerumitan Kognitif dalam Proses Membaca Jawi. GEMA Online® Journal of Language Studies, 1179-1190.

Matlob (2003). Modul Cekap Jawi, Siri 4 dan 5. Kuala Lumpur. Penerbitan Matlob.

Mohd. Alwee Yusoff (2005). Perkembangan Tulisan Jawi dan Aplikasinya daalam Masyarakat Islam di Malaysia. Jurnal Usuluddin, 21, 23-38.

Mohamed Anwar Omar Din (et. al) (2011). Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Kuala Terengganu: Yayasan Diraja Sultan Mizan.

Norhafiza Alias, Adi Yasran Abdul Aziz dan Wan Muhammad Wan Sulong

62 MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)

Mahpol, S. (2002). Penguasaan tulisan jawi di kalangan pelajar Melayu: Suatu kajian khusus di UiTM cawangan Kelantan. Universiti Malaya: Tesis Sarjana

Mohd Hussien Baharuddin. (2002). Sistem Tulisan Jawi. Batu Caves: Pustaka Wira.

Muhammad Bukhari Lubis (peny.) (et. al) (2006). Tulisan Jawi Sehimpun Kajian. Universiti Teknologi MARA, Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu (1996). Edisi Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pedoman Transliterasi Perkataan Arab ke Ejaan Rumi (2008). Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Utusan Malaysia, (Februari 18, 2012). Tahap kuasai jawi membimbangkan Arkib Utusan Online. (Atas Talian) Muat turun 25 Mac 2012, dari http://202.190.126.92/utusan/info.asp?y=2012&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia

&sec=Timur&pg=wt_01.htm

Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) (1949). Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi. Tanjung Malim: Pejabat Karang Mengarang S.I.T.C.

MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: -Diterima: -

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Zamri Mahamod), [email protected] (Sharlina Mohamad Shamsuddin)*Penulis penghubung

Tahap Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar, Daerah Meradong, Bintangor, Sarawak

Zamri Mahamod1* dan Sharlina Mohamad Shamsuddin2

1Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia2Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, Malaysia

ABSTRAKMotivasi ialah elemen penting dalam membangkitkan dorongan dalaman seseorang terhadap sesuatu perkara. Motivasi sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat menentukan hala tuju dan keberkesanannya. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap motivasi dan pencapaian akademik bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah luar bandar di daerah Meradong, Bintangor. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang memanipulasikan sampel seramai 306 orang pelajar sekolah rendah yang dipilih secara rawak. Tinjauan dilaksanakan menggunakan instrumen soal selidik. Analisis deskriptif dan inferensi digunakan dalam menganalisis data dengan perisian SPSS versi 19.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar terhadap pembelajraan bahasa Melayu adalah pada tahap tinggi. Tahap motivasi murid perempuan lebih tinggi daripada tahap motivasi murid lelaki. Ujian kolerasi menunjukkan wujudnya hubungan yangsignifikanantaratahapmotivasiterhadapbahasaMelayudenganpencapaianakademikpelajar.Justeru, aspek motivasi perlu diberikan penekanan untuk memastikan bahawa pencapaian seseorang pelajar itu dapat ditingkatkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta dapat melahirkan modal insan yang mempunyai keterampilan dan kecekapan berbahasa yang tinggi.

Kata kunci: Motivasi, pencapaian akademik, proses pembelajaran, pembelajaran bahasa Melayu, pelajar luar bandar

Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin

64 MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)

The Motivation and Academic Achievement in Malay Language among Primary School Students at Meradong District, Bintangor, Sarawak

ABSTRACTMotivation is an important element in raising a person’s inner impulse towards something. Motivation is very important in the learning process because it can determine the direction and effectivess the learning situation. This study was conducted to identify the level of motivation and academic achievement of Malay language among primary school pupils in the rural areas of Meradong, Bintangor. This research surveys a sample of 306 primary school students who were randomly selected. The survey was conducted using a questionnaire. Descriptive and inferential analysis were used to analyze the data using SPSS version 19.0. The results showed that the level of motivation of students toward Learning the Malay language has a high level of motivation. Female students showed higher level than the level of motivation displayed by male pupils. Correlation tests were conducted to show the existence of a significant relationship between the level of motivation toward the Malay languge and academic achievement of students. Thus, motivation should be emphasized in school to ensure the achievement of a student. This would help language learning and can produce human capital with the relevant skills for higher language proficiency.

Keywords: Motivation, academic achievement, learning process, learning Malay, rural students

PENGENALANDalam konteks pendidikan bahasa Melayu di Malaysia, kajian tentang penguasaan bahasa pelajar, terutama dalam kalangan pelajar bahasa kedua sering dilakukan oleh para penyelidik. Antaranya, kajian yang telah dilakukan oleh Saadiah (2003), Suwarnee et al (2008) dan Rosalind (2009). Hal ini disebabkan penguasaan bahasa kedua bagi pelajar bukan Melayu seperti pelajar Cina, India dan peribumi sama ada di Sabah atau di Sarawak tidak berlaku secara semula jadi tetapi didorong oleh berbagai-bagai motif seperti untuk mengelakkan pemencilan, memajukan kerjaya, meningkatkan ilmu pengetahuan, dan sebagainya.

Rasionalnya ialah semua manusia itu dilahirkan mempunyai dwibahasa (Zamri 2016a, 2016b), dan hal tersebut menyebabkan pembelajaran bahasa kedua di bilik darjah perlu terancang dan berkesan. Memandangkan terdapat perbezaan antara pemerolehan bahasa pertama dengan bahasa kedua dalam kalangan pelajar, Krashen (1988) telah menggunakan istilah penguasaan (acquisition) untuk bahasa pertama dan istilah pembelajaran untuk bahasa kedua. Sungguhpun begitu, Gardner (1985), Krashen (1988) dan Zamri (2016) mengatakan bahawa bahasa kedua boleh dipelajari melalui keadaan semula jadi (sebelum tempoh masa kritikal tamat), dan melalui kaedah terancang (selepas tempoh masa kritikal). Sehubungan hal itu, Steinberg (2002) memberikan lima sebab pembelajaran terancang bagi pemerolehan bahasa kedua di bilik darjah yang amat berbeza dengan pembelajaran semula jadi. Antara sebab tersebut ialah keadaan bilik darjah memaksa pelajar menyesuaikan diri kepada proses kumpulan, disiplin dan tatacara bilik darjah, kurikulum terancang dipatuhi oleh guru untuk menyempurnakan tujuan tertentu berkenaan bahasa yang dipelajari.

Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Bintangor, Sarawak

65MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)

Di samping itu, pelajar perlu mempunyai motivasi yang tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu supaya mereka dapat berkomunikasi dalam bahasa Melayu serta dapat meningkatkan pencapaian dalam bahasa Melayu dalam suasana pembelajaran yang kondusif. Malah, penguasaan bahasa Melayu dapat meningkatkan kecekapan berbahasa berlandaskan konteks dan fungsi yang betul di sekolah mahupun dalam kehidupan seharian mereka. Azizi dan Jaafar (2006), mengatakan bahawa motivasi dianggap sebagai unsur yang membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, ia menjadikan proses pembelajaran berlaku dalam situasi yang bermakna, berfaedah dan menyeronokkan. Oleh itu, guru perlu sentiasa memberikan peneguhan serta-merta kepada pelajarnya apabila mereka memperlihatkan tingkah laku positif. Peneguhan ini boleh diberikan dalam pelbagai bentuk seperti pujian, senyuman ataupun hadiah. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan aras motivasi serta prestasi pelajarnya.

Motivasi pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada keinginan perubahan sikap yang perlu dilakukan oleh pelajar tersebut. Menurut Zamri (2015), kebanyakan pelajar mengatakan bahawa mereka telah mengubah sikap walaupun pada realitinya masih pada tahap lama. Beliau mendapati ada dalam kalangan mereka telah menghadiri kem motivasi beberapa kali tetapi hanya berubah dalam jangka masa pendek, khususnya selama beberapa hari, beberapa minggu atau beberapa bulan dan akhirnya kembali mengamalkan sikap lama yang pasif. Menurut Saniah et al. (2000), para guru pada dasarnya bersetuju bahawa semua jenis tingkah laku yang dilakukan oleh pelajar disebabkan oleh faktor motivasi. Hal ini kerana tahap motivasi dalam diri seseorang individu dapat bertindak sebagai tenaga yang dapat menghala tingkah laku kepada matlamat yang diingininya. Malah, ahli psikologi berpendapat bahawa tingkah laku manusia seringkali dipengaruhi oleh beberapa faktor. Ada kalanya manusia bertindak berasaskan perasaan dan nalurinya sendiri dan juga pengaruh persekitarannya. Aspek motivasi mendorong seseorang berusaha untuk mencapai tujuan yang diingininya. Oleh itu, motivasi bukan sahaja melibatkan sesuatu keperluan yang mengerakkan tingkah laku seseorang itu tetapi juga hala tuju yang ingin diambil oleh seseorang itu untuk memuaskan keperluannya secara optimum.

PENYATAAN MASALAHKedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 juga memperakui bahawa kemajuan negara dari segi ekonomi, sosial, rohani, moral dan etika perlu dicapai melalui satu sistem pendidikan kebangsaan yang berbahasa pengantar bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama serta menggunakan satu bentuk kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama. Malah, melalui sistem pendidikan ini juga diharapkan dapat memenuhi tuntutan dan aspirasi negara untuk menjadikan Malaysia negara maju sepenuhnya pada 2020.

Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin

66 MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)

Kelemahan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar ini berkait rapat dengan sikap dan motivasi pelajar untuk mempelajari bahasa berkenaan. Sikap merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan pelajar dalam mempelajari bahasa kedua (Zamri 2016a). Sikap negatif seperti membenci atau memandang rendah sesuatu bahasa menyukarkan pembelajaran bahasa. Selain sikap, motivasi juga memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran bahasa kedua.

Secara umum, motivasi berkait rapat dengan kemahuan dalam diri seseorang individu untuk melakukan sesuatu dalam usaha mencapai matlamat dan objektif. Motivasi juga mempunyai hubungan untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap perkara yang dilakukan (Zamri 2016b). Analoginya, seorang pelajar yang mempunyai keinginan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan cemerlang, maka usaha gigih yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut menggambarkannya seorang yang bermotivasi.

Antara ciri pelajar yang bermotivasi termasuklah mereka yang sentiasa datang awal ke sekolah, gemar ke perpustakaan, membudayakan amalan membaca, gemar belajar dan menganggap peperiksaan khususnya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) itu satu cabaran. Pelajar yang berjaya lazimnya mempunyai motivasi yang tinggi terhadap pembelajaran mereka. Relevannya ialah motivasi merupakan satu daya yang paling kuat untuk memperoleh kecemerlangan (Zamri 2015). Menurut beliau lagi, pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang memfokuskan faktor yang menyebabkan kecemerlangan. Pelajar berkenaan akan memberikan tumpuan dengan memperuntukkan masa, tenaga dan usaha yang secukupnaya kepada aktiviti yang penting dan kritikal dalam usaha mencapai keputusan yang cemerlang.

Beberapa kajian telah dijalankan tentang faktor sikap dan motivasi dalam pembelajaran bahasa kedua. Zamri dan Zarina (2001) telah mengkaji sikap murid Cina terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Abdullah (2004) telah mengkaji sikap dan motivasi murid Dusun terhadap pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Roslind (2003) telah menjalankan kajian di Sri Aman, Sarawak terhadap pelajar tingkatan 2 dan 5 dalam pembelajaran bahasa Melayu. Belum ada kajian yang dijalankan tentang sikap dan motivasi pelajar Iban di sekolah rendah dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Maka pengkaji bermiat untuk membuat kajian tentang tahap motivasi pelajar luar bandar terhadap pembelajaran bahasa Melayu dan melihat hubungan antara motivasi dengan pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di sekolah luar bandar.

Justeru, pengkaji akan membuat kajian tentang aspek motivasi ini dengan meninjau tahap motivasi pelajar luar bandar terhadap pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dan hubungannya dengan pencapaian akademik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar di daerah Meradong. Kajian ini turut memberikan faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu serta tahap motivasi mengikut jantina dan kaum. Dapatan kajian ini dapat menentukan tahap sebenar motivasi mereka. Seterusnya, akan memudahkan para guru bahasa Melayu untuk merancang pengajaran yang lebih berkesan untuk menarik minat pelajar terhadap bahasa Melayu dengan matlamat ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang dalam pencapaian akademik selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara.

Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Bintangor, Sarawak

67MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)

OBJEKTIF KAJIANKajian ini bertujuan untuk memberikan gambaran tentang tahap motivasi pelajar luar bandar terhadap pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Objektif yang mendasari kajian ini ialah mengenal pasti:

1. tahap motivasi pelajar sekolah rendah di luar bandar terhadap pembelajaran bahasa Melayu

2. tahap pencapaian pelajar sekolah rendah di luar bandar terhadap pembelajaran bahasa Melayu

3. faktor yang mempengaruhi pelajar mempelajari bahasa Melayu4. hubungan antara motivasi dengan pencapaian bahasa Melayu pelajar luar bandar

PERSOALAN KAJIANPersoalan kajian ini berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan di atas, iaitu:

1. Apakah tahap motivasi dalam kalangan pelajar sekolah rendah di luar bandar terhadap pembelajaran bahasa Melayu?

2. Apakah tahap pencapaian pelajar sekolah rendah di luar bandar terhadap pembelajaran bahasa Melayu?

3. Apakah faktor yang mempengaruhi pelajar mempelajari bahasa Melayu?4. Apakah terdapat hubungan antara motivasi dengan pencapaian bahasa Melayu

pelajar luar bandar?

KEPENTINGAN KAJIANKajian ini mempunyai kepentingan dan berpotensi untuk menjadikan mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran yang diminati oleh semua pelajar yang mengikutinya melalui usaha meningkatkan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu serta melengkapkan pengetahuan dan pemahaman pelajar dalam penggunaan bahasa Melayu dengan fungsi dan konteks yang betul dalam kehidupan seharian. Kajian ini juga diharapkan dapat meningkatkan prestasi pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar. Selain itu, kajian ini penting, khususnya kepada guru untuk mengenal pasti permasalahan yang berkaitan, dan seterusnya menyusun strategi yang tepat untuk meningkatkan motivasi pelajar melalui pendekatan pedagogi abad 21 dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu serta mewujudkan pembelajaran yang kondusif.

METADOLOGI

Reka Bentuk KajianKajian ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan. Data dikumpul melalui instrumen soal selidik. Dapatan data seterusnya akan dihuraikan secara deskriptif. Menurut Azizi (2006), tinjauan secara deskriptif digunakan untuk mendapatkan ukuran atau

Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin

68 MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)

gambaran berkaitan keadaaan ataupun ciri populasi. Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang soalan kajian serta maklumat yang diperlukan daripada responden, iaitu maklumat yang yang berkaitan dengan motivasi instrinsik dan ekstrinsik.

Populasi dan Sampel KajianPopulasi kajian ini terdiri daripada pelajar tahap 2 sekolah rendah di luar bandar di Bintangor,Sarawak.Terdapat15buahsekolahdaripada32sekolahyangdiklasifikasikansebagai sekolah luar bandar. Daripada 400 orang populasi kajian, seramai 306 orang pelajar dipilh sebagai sampel. Responden yang dipilih terdiri daripada pelajar tahap 2. Responden juga terdiri daripada variasi kaum, iaitu Melayu, Iban, Melanau dan Cina. Persampelan kajian ini menggunakan teknik persampelan berkelompok, iaitu kluster.

Instrumen KajianKajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang telah disesuaikan daripada Index Maehr’s (1984) menggunakan skala empat mata (1 hingga 4: 1 sangat tidak setuju- 4 sangat setuju). Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data bagi kajian ini ialah soal selidik yang disesuaikan daripada soal selidik yang digunakan oleh Abdullah (2004) dalam kajiannya untuk mengukur sikap dan motivasi pelajar Dusun terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Bagi maksud kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan, satu ujian rintis telah dijalankan. Hasil kajian rintis ini menunjukkan bahawa nilai alpha Cronbach berada pada min (1994), nilai yang melebihi 0.74 dianggap boleh diterima sebagai instrumen lain 0.80. Menurut Zaidatun dan Mohd Salleh (2003), nilai yang melebihi daripada 0.70 dianggap boleh diterima sebagai instrumen yang boleh dipercayai. Dalam kajian ini, analisis data dibuat menggunakan skor min. Untuk mengukur tahap motivasi responden, tiga market dibua,t iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1 Julat skor min tahap motivasi cara belajar mata pelajaran Bahasa Melayu

Julat Skor Motivasi Cara Belajar Tahap1.00-2.00 Rendah2.01-3.00 Sederhana3.01-4.00 Tinggi

Analisis DataDalam kajian ini, dua bentuk analisis digunakan untuk menganalisis dapatan data secara sistematik. Kaedah pertama ialah analisis secara deskriptif yang menggunakan min, kekerapandanperatusan.Peratusandigunakanuntukmengenalpastiprofilrespondenseperti aspek jantina dan kaum. Manakala min digunakan untuk mendapatkan skor min

Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Bintangor, Sarawak

69MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)

bagi setiap objektif bagi item soalan bahagian A, B, C dan D. Analisis yang kedua ialah analisis statistik interensial menggunakan Perisian Statistik 14.0, iaitu menggunakan ujian ANOVA dan ujian kolerasi Pearson sebagai bukti kepada analisis data daripada responden.

DAPATAN KAJIAN

Demografi RespondenDalamkajianini,terdapattigaaspekprofilresponden,iaitujantinadankaum.Jadual2berikutialahmaklumatyangterkandungdalamprofilrespondenmenunjukkantaburandanperatusan responden mengikut jantina. Seramai 140 orang, iaitu 38.8 peratus responden terdiri daripada pelajar lelaki, manakala 200 orang, iaitu 58.82 peratus responden ialah pelajar perempuan. Dari segi kaum pula, kaum Melayu mencatat peratusan sebanyak 39.2 peratus (120 orang), diikuti oleh Kaum Iban yang mencatat 31.37 peratus (96 orang). Kaum Melanau seramai 60 orang responden, iaitu 19.6 peratus. Kaum Cina pula hanya 9.8 peratus, iaitu 40 orang. Keseluruhan responden ialah 306 orang murid yang bersekolah di luar bandar Meradong, Bintangor. Pemilihan responden daripada pelbagai kaum membolehkan pengkaji melihat gambaran motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Melayu secara luwes.

Jadual 2 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina

Kategori Kekerapan (N – 306) Peratusan (%)Jantina Lelaki

Perempuan140166

45.7654.24

Kaum MelayuIbanMelanauCina

120966040

39.2331.3719.609.80

Tahap Motivasi Mengikut Jantina dan KaumApakah tahap motivasi dalam kalangan murid sekolah rendah di luar bandar terhadap pembelajaran bahasa Melayu? Jadual 3 menunjukkan tahap motivasi pelajar luar bandar di daerah Meradong, Bintangor. Berdasarkan dapatan, didapati bahawa majoriti responden mempunyai tahap motivasi yang tinggi terhadap tahap pembelajaran bahasa Melayu, iaitu seramai 160 orang responden dengan jumlah peratusan 52.29 peratus. Diikuti tahap motivasi rendah terhadap pembelajaran bahasa dengan jumlah peratusan sebanyak 34.64 peratus, iaitu seramai 106 orang responden. Seterusnya, seramai 40 orang pelajar yang bermotivasi tahap rendah dengan jumlah peratusan 13.07 peratus.

Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin

70 MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)

Jadual 3 Taburan motivasi pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah luar bandar di daerah Bintangor, Meradong

Kategori Motivasi Kekerapan (N – 306) Peratusan (%)Tahap rendah 40 13.07Tahap Sederhana 106 34.64Tahap Tinggi 160 52.29Jumlah 306 100

Jadual 4 menggambarkan tahap motivasi mengikut jantina. Berdasarkan dapatan, data skor min responden perempuan, iaitu 3.29 melebihi min skor responden lelaki, iaitu 3.27. Walau bagaimanapun, min skor berdasarkan jantina tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Hal ini menunjukkan bahawa faktor jantina bukan faktor utama mempengaruhi pelajar luar bandar mempelajari bahasa Melayu.

Jadual 4 Tahap motivasi mengikut jantina

Jantina N Min Sisihan Piawai df tLelaki 100 3.27 4.638 333 0.708Perempuan 206 3.29 3.666

*p>0.05

Jadual 5 menunjukkan tahap motivasi pelajar dalam pembelajaran bahasa Melayu mengikut kaum pelajar sekolah luar bandar di daerah Bintangor, Meradong. Analisis data menunjukkan bahawa responden Melayu mempunyai motivasi paling tinggi untuk mempelajari bahasa Melayu dengan jumlah peratusan sebanyak 45.0 peratus. Hal ini diikuti oleh responden kaum Iban mencatat 35 peratus. Tahap motivasi pelajar kaum Melanau (11 peratus) dan murid kaum Cina (9 peratus) menunjukkan tahap motivasi paling rendah untuk mempelajari Bhasa Melayu.

Jadual 5 Tahap motivasi pelajar dalam pembelajaran bahasa Melayu murid sekolah luar bandar di daerah Bintangor, Meradong

Kaum Kekerapan (N – 306) Peratusan (%)MelayuIbanMelanauCina

1401103521

45.7535.9511.446.86

Jumlah 306 100.0

Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Bintangor, Sarawak

71MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)

Tahap Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Bahasa MelayuApakah tahap pencapaian pelajar luar bandar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu? Jadual 6 menunjukkan tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Tahap pencapaian ini dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan Akhir 2015 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Pada umumnya, kebanyakan pencapaian responden dalam bahasa Melayu pada tahap tinggi, iaitu seramai 166 orang dengan 54.68 peratus. Responden yang mempunyai tahap motivasi pada tahap tinggi dengan memperoleh skor markah antara 80-90, iaitu mendapat gred A. Seterusnya, diikut tahap pencapaian sederhana, iaitu 100 orang responden dengan 32.68 peratus dengan skor markah antara 60-79, iaitu gred B. Hanya 40 orang responden, iaitu 13.07 peratus masih berada pada tahap pencapaian rendah dalam bahasa Melayu kerana hanya memperoleh markah C, iaitu 40 -50 markah.

Jadual 6 Tahap pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah di daerah Meradong, Bintangor.

Kategori Pencapaian Kekerapan Peratusan (%)Tahap rendah 40 13.07Tahap Sederhana 100 32.68Tahap Tinggi 166 54.25Jumlah 306 100

Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Pelajar dalam Mempelajari Bahasa MelayuApakah faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar luar bandar mempelajari Bahasa Melayu? Merujuk Jadual 7, faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar luar bandar mempelajari bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor “Saya ingin lulus dengan cemerlang dalam Bahasa Melayu” mendapat min skor tertinggi, iaitu 3.90, SP =0.548. Hal ini diikuti oleh faktor ‘Aktiviti pengajaran guru sangat menarik dan menyeronokkan” dengan min skor 3.83, SP 0.461.Seterusnya, faktor “Guru selalu memberi pujian dan motivasi selepas pembelajaran” dengan min skor 3.80, SP 0.484. Faktor “Dapat berkomunikasi dengan rakan pelbagai kaum dengan mudah” pula dengan min skor 3.53, SP 0.571. Min skor terendah 3.33, SP 0.661 ialah faktor “Bahasa Melayu mudah difahami”. Kesimpulannya, nilai min yang tinggi ini menunjukkan bahawa mempelajari bahasa Melayu banyak memberikan motivasi kepada pelajar luar bandar.

Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin

72 MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)

Jadual 7 Faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar luar bandar mempelajari bahasa Melayu

Bil Item Pengukuran Min Sisiahan Piawaian

1. Bahasa Melayu mudah difahami 3. 33 .6612 Saya ingin lulus dengan cemerlang dalam Bahasa Melayu 3.90 .5483 Dapat berkomunikasi dengan rakan pelbagai kaum dengan mudah 3.53 .5714 Aktiviti pengajaran guru sangat menarik dan menyerokkan 3.83 .4615 Guru selalu memberikan pujian dan motivasi selepas pembelajaran 3.80 .484

Hubungan antara Tahap Motivasi dengan Pencapaian PelajarAdakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap motivasi dengan pencapaian bahasa Melayu pelajar luar bandar? Jadual 8 menunjukkan hasil ujian kolerasi Pearson. Berdasarkan keputusan ujian kolerasi tersebut didapati bahawa nilai pekali Pearson, r = 0.428 dan nilai sig. =0.00 bermakna satu hubungan positif yang sederhana dan nilai ini adalahsignifikan (p<0.05). Hasil analisis ujian kolerasi ini menunjukkan bahawa terdapat hubunganpositifyangsederhanadansignifikanantaratahapmotivasibelajardenganpencapaian murid dalam pelajaran Bahasa Melayu (r= 0.428, n 306, p<0.05). Melalui dapatan analisis ini jelaslah bahawa tahap motivasi seseorang individu relatifnya akan mempengaruhi tahap pencapaian akademik responden. Lazimnya, minat akan mewujudkan motivasi instrinsik. Seterusnya motivasi inilah yang akan mendorong seseorang pelajar untuk lebih fokus kepada pembelajarannya, sama ada dari aspek latihan atau ulang kaji terhadap sesuatu mata pelajaran yang diminati secara optimum. Maka, tahap motivasi sesorang pelajar inilah yang akan menjadi tunjang kepada pencapaian cemerlang dalam peperiksaan.

Jadual 8 Kolerasi antara motivasi belajar dengan pencapain pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

KorelasiPencapaian Bahasa Melayu Motivasi Belajar

Skor Bahasa Melayu Pearson Correlation 0.428 .0.428*Sig.(2 –tailed) 0.00 .000N 306 306

**Correletionissignificantatthelevel0.01level(2–tailed)

Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Bintangor, Sarawak

73MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)

PERBINCANGANDalam bahagian ini, perbincangan dibuat berdasarkan tiga aspek, iaitu tahap motivasi, faktor yang mempengaruhi motivasi dan hubungan motivasi dengan pencapaian.

Tahap Motivasi Berdasarkan kajian yang dijalankan, tahap motivasi pelajar sekolah luar bandar daerah Meradong terhadap pembelajaran bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi. Tahap motivasi pelajar ini didorong oleh beberapa faktor seperti keinginan mendapat markah yang tinggi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan keinginan untuk berjaya mencapai cita-cita. Selain itu, motivasi pembelajaran turut disokong dengan suasana pembelajaran yang kondusif dan efektif di sekolah, di samping pendekatan gaya pengajaran guru yang efektif dan menyeronokkan. Pelajar juga berpendapat bahawa motivasi mereka terhadap pembelajaran bahasa Melayu juga disebabkan keinginan untuk berjaya dalam mata pelajaran tersebut. Menurut Gardner dan Lambert (1972), motivasi terbahagi kepada dua, iaitu motivasi integratif dan instrumental. Apa yang pasti ialah apabila pelajar mempunyai motivasi integratif dan instrumental yang tinggi, mereka lebih mudah mempelajari dan menguasai bahasa kedua. Dapatan kajian ini, selari dengan dapatan kajian Jerie dan Zamri (2011) yang mendapati bahawa motivasi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban turut berada pada tahap yang tinggi.

Merujuk kepada aspek motivasi mengikut jantina, didapati tidak terdapat banyak perbezaan antara kedua-dua jantina. Dapatan kajian menunjukkan bahawa motivasi pelajar perempuan lebih sedikit sahaja nilai minnya berbanding dengan min skor motivasi pelajar lelaki dalam kadar perbezaan yang sangat rendah. Kesediaan mempelajari bahasa Melayu dalam kalangan pelajar perempuan meningkatkan motivatisi dan minatnya untuk mempelajari bahasa Melayu berbanding dengan pelajar lelaki. Sikap mencintai bahasa ibunda mungkin antara faktor penerimaan bahasa kedua dalam kalangan pelajar agak lemah. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Zamri et al. (2013) yang mendapati bahawa sikap dan motivasi pelajar bukan Melayu mempengaruhi minat dan motivasi pelajar ketika belajar bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, Norsidah et al. (2010) dalam kajiannya mendapati bahawawujudperbezaanyangsignifikandarisegisikapdanmotivasiantarapelajarlelakidengan pelajar perempuan terhadap pembelajaran bahasa Melayu.

Merungkai persoalan berkaitan tahap motivasi mengikut kaum pula, dapatan kajian didominasikan oleh responden kaum Melayu. Tahap motivasi yang tinggi mempelajari bahasa Melayu dipengaruhi oleh faktor bahasa Melayu baku mempunyai banyak persamaan dari aspek leksikal, makna perkataan, imbuhan dan unsur binaan ayat. dengan bahasa Melayu Sarawak berbanding dengan bahasa Melanau, dan Cina yang jauh berbeza. Unsur ekstralinguistik yang merangkumi aspek penggunan bahasa harian, pendedahan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.

Tahap motivasi pembelajaran bahasa Melayu yang rendah dalam kalangan responden pelajar kaum Cina disebabkan faktor dwibahasa dan pengaruh bahasa pertama responden. Bahasa Melayu merupakan bahasa ketiga bagi responden berbangsa Cina selepas bahasa ibunda dan bahasa Inggeris. Penguasan yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini menyebabkan berlaku kesalahan bahasa dari aspek leksikal, sintaksis dan semantik

Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin

74 MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)

apabila mereka berkomunikasi secara lisan mahupun dalam bentuk penulisan karangan khususnya. Faktor kesalahan bahasa ini menyebabkan tahap motivasi pelajar cenderung rendah untuk mempelajari bahasa Melayu yang dianggap sukar.

Penguasaan kosa kata yang lemah menyukarkan responden untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan betul apatah lagi menggunakan bahasa Melayu mengikut fungsi dan situasi yang betul. Tambahan pula bahasa Melayu hanya digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah. Fenomena ini sangat ketara bagi responden yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Meradong. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah tinggi dengan jumlah 166 orang (54.25 %) responden mendapat Gred A dalam Ujian Akhir 2015. Tahap pencapaian yang tinggi ini menunjukkan bahawa sikap positif dan kesediaan pelajar untuk mempelajari seterusnya memperoleh keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sentiasa wujud dalam kalangan pelajar. Dalam konteks meningkatkan motivasi pelajar terhadap bahasa Melayu, guru juga harus mahir dalam mengelolakan bahan pengajaran sehingga dapat menarik minat pelajar untuk terus mengikuti pembelajaran bahasa tersebut. Di samping itu, motivasi pelajar juga dapat ditingkatkan dengan melaksanakan penilaian pengajaran. Penilaian ini secara tidak langsung dapat memberitahu pelajar tentang kelemahan dan kekuatannya dalam proses penguasaan bahasa. Oleh itu, guru perlu melaksanakan pengajaran yang mempertimbangkan kepelbagaian pendekatan, kaedah, teknik, aktiviti dan bahan untuk memenuhi kepelbagaian pelajar yang datang daripada pelbagai negara.

Faktor Mempengaruhi Motivasi Seterusnya, aspek faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Melayu dilihat melalui lima item pengukuran. Motivasi pelajar terhadap faktor Saya ingin lulus dengan cemerlang dalam Bahasa Melayu sebagai memaparkan motivasi yang tinggi. Komponen ini berkaitan dengan motivasi instrumental. Pelajar Iban sedar bahawa Bahasa Melayu ialah subjek yang wajib lulus dalam mana-mana peperiksaan awam. Mereka juga percaya bahawa bahasa Melayu boleh mengembangkan pengetahuan mereka, di samping boleh membantu mereka mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan kerana kebanyakan subjek lain diajar dalam bahasa Melayu. Dapatan kajian ini juga selari dengan kajian Abdullah (2004) yang mengatakan bahawa pelajar Dusun belajar bahasa Melayu dengan tekun dan bersungguh-sungguh kerana adanya motivasi instrumental. Kajian Nurul Huda (2010) juga selari dengan dapatan ini yang mengatakan bahawa pelajar bukan Melayu dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik kerana mempunyai kemahuan yang tinggi untuk mempelajari bahasa Melayu yang merupakan subjek penting dan wajib lulus untuk melanjutkan pengajiaan ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, faktor yang memotivasikan pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu ialah peranan yang dimainkan oleh tenaga pengajar. Teknik penyampaian dan strategi yang digunakan oleh tenaga pengajar mampu menarik minat mereka untuk terus mengikuti pembelajaran. Faktor aktiviti pengajaran guru sangat menarik dan menyeronokkan dan faktor guru selalu memberikan pujian selepas pembelajaran bahasa Melayu juga mendapat min skor kedua dan ketiga tinggi dalam kalangan responden. Dapatan ini bersesuaian

Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Bintangor, Sarawak

75MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)

dengan dapatan yang diperoleh oleh Azizi dan Jaafar (2006) yang mengatakan bahawa guru perlu sentiasa memberikan peneguhan positif kepada pelajar dalam proses pembelajaran bahasa. Pernyataan ini turut disokong oleh kajian oleh Zamri (2014) yang mengatakan bahawa guru bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam menentukan proses pembelajaran bahasa berjalan dalam suasana yang kondusif dan efektif.

Hubungan Motivasi dengan PencapaianDari segi hubungan antara motivasi belajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,kajianmendapatibahawaterdapathubunganyangsignifikanantaramotivasidengan pencapaian pelajar. Namun, hubungan tersebut berada pada tahap sederhana. Dalam erti kata lain, apabila pelajar mempunyai tahap motivasi yang tinggi, kadar peningkatan pencapaian pelajar meningkat pada tahap yang rendah. Dapatan kajian ini juga selaras dengan kajian Abdullah Hakim terhadap faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat menengah rendah. Dapatan kajian ini juga menunjukkanhubungansignifikanyangsederhana.Abdullah(2004)dalamkajiannyamendapati bahawa kelulusan dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia tidak dipengaruhi oleh sikap dan motivasi yang ditunjukkan oleh responden. Ini dapat dilihat melalui dapatan kajian yang menunjukkan bahawa hampir semua responden (99.2 peratus) mendapat kelulusan dengan pangkat kepujian dalam Bahasa Melayu mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang tinggi dalam mempelajari mata pelajaran tersebut.

IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIANGuru Bahasa Melayu yang bermasalah untuk menyampaikan isi pelajaran yang menarik dan sesuai kepada pelajar luar bandar yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Kedua mereka. Guru Bahasa Melayu perlulah diberi galakan untuk menghadiri kursus dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Kursus berkaitan dengan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran perlu diadakan selalu, sama ada kursus tersebut dalam jangka masa pendek ataupun jangka panjang. Pengisisan kursus juga hendaklah berkaitan dengan aspek morforlogi, semantik dan sintaksis untuk meningkatkan penguasaan guru dalam bahasa Melayu.

Selain itu, guru juga hendaklah kreatif dan inovatif dalam menyediakan bahan bantu mengajar, seperti lebih kerap menggunakan bahan autentik, pendekatan, kaedah dan teknik yang dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen didik hibur perlu diterapkan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan kerana pelajar lazimnya menyukai elemen muzik dan audio visual dalam kehidupan mereka. Guru Bahasa Melayu juga perlu segera menyedari tahap penggunaan bahan bantu mengajar yang sama sahaja sepanjang prosespengajaran akan menjadikan pengajaran yang disampaikan oleh seseorang guru itu hambar dan kurang mendapat perhatian pelajar. Hal ini ditegaskan oleh Abdul Rasid dan Arbaie (2001) bahawa penggunaan bahan pengajaran yang menarik dapat mempertingkatkan motivasi pelajar .Dengan cara ini, guru akan dapat mencari pendekatan pengajaran yang sesuai untuk murid mereka.

Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin

76 MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)

Para guru perlu mempelbagai kaedah pedogogi yang menarik berasaskan penggunaan ICT sebagai bahan bantu belajar untuk meningkatkan motivasi dan perasaan seronok mempelajari bahasa Melayu sehingga boleh membentuk kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan fasih. Menurut Zamri et al. (2015), dalam konteks pembelajaran, sesorang individu yang bermotivasi tinggi mempunyai kesediaan melakukan tugas yang bermakna. Sebaliknya, seseorang yang tiada inspirasi dianggap sebagai tidak bermotivasi dalam melakukan sesuatu perkara. Malah, guru juga mestilah melengkap diri dengan pelbagai bentuk ilmu pengetahuan berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kemampuan guru sendiri dalam bahasa Melayu hendaklah ditingkatkan, terutamanya dari segi tatabahasa, sintaksis, ejaan dan sebutan. Guru perlu menyedari hakikat bahawa matlamat akhir pengajaran mereka adalah untuk membakukan penggunaan bahasa Melayu kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, adat resam dan kebudayaan.

Selain itu, aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu perlulah aktiviti yang menarik minat dan bersesuaian dengan peredaran masa dan umur pelajar. Aktiviti yang dijalankan perlu mempunyai objektif yang jelas dan tepat serta dapat mencungkil bakat serta kebolehan murid pelajar. Dalam hal ini juga, pihak pentadbir sekolah perlulah memilih guru bahasa Melayu yang benar-benar aktif agar persatuan Bahasa Melayu dapat memainkanperanannyadenganlebihefisiendanberkesan.Aktivitiyangdianjurkanjugapenting untuk membentuk keyakinan pelajar berbahasa Melayu dengan betul melalui pengajuran pelbagai aktiviti seperti pertandingann bercerita, pidoata, perbahasan, bicara berirama, deklamasi puisi, lakonan dan drama.

KESIMPULANKesimpulannya, keupayaan, penguasaan dan kesediaan mempelajari bahasa kedua dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Sikap positif dalam mempelajari bahasa Melayu merupakan tunjang utama untuk meningkatkan motivasi dan minat, seterusnya membina kecekapan berbahasa serta menggunakan bahasa Melayu dengan fungsi dan semantik mengikut konteks yang betul dalam kehidupan seharian. Kesedaran akan kepentingan menguasai bahasa Melayu bukan sekadar sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar, malah sebagai bahasa ilmu supaya pelajar menjadi modal insan yang dan mampu bersaing dalam arena pekerjaan. Kenyataan ini selaras dengan Kajian Suwarnee et al. (2000) yang mendapati bahawa pelajar Melayu terdorong untuk mempelajari bahasa Melayu bukan sahaja untuk mendapatkan keputusan yang baik, tetapi kerana minat dan kesedaran tentang persaingan peluang pekerjaan pada masa hadapan.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, Penguasaan variasi bahasa dalam kalangan individu juga selaras dengan aspirasi pelajar melalui penguasaan kedwibahasaan seperti yang ditekankan dalam Pelan Pembangun Pendidikan Malaysia (2013-2025).Tahap motivasi yangtinggisertaterdapathubungansignifikanantaramotivasidenganpencapaianbahasaMelayu dalam Kalangan pelajar menggambarkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan diterima oleh masyarakat Sarawak dengan baik.

Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Bintangor, Sarawak

77MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)

BIBLIOGRAFIAbdul Hamid Mahmood. (1990). Penguasaan Bahasa Malaysia baku di kalangan pelajar pelajar. Jurnal Dewan

Bahasa, 34 (4): 613-615.

Abdul Rasid Jamian & Arbaie Sujud. (2001). Media pengajaran: Pengajaran bahasa dan sastera. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

AbdulRasidJamian&ZulkifliAbuZarin.(2008).Penguasaankemahiranmembacadanmenulisdalamkalangan murid sekolah rendah. Prosiding KONPEN 2008. 1-4 Jun.

Abdullah Musa. (2004). Sikap dan motivasi pelajar Dusun terhadap pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azizi Yahya & Jaafar Sidek Latif. (2006). Siri kaunseling: Membentuk identiti remaja. Bentong: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Chew Fong Peng dan Lee Tan Luck. (2009). Masalah pembelajaran bahasa Melayu di kalangan pelajar Cina dan Melayu di Kuala Terenganu. Kertas kerja 2nd International Conference Issues in Language Teaching and Learning Amongst Non-Narative Speaker:Language Competence and Performance, 2-3 Disember.

Gardner, R. C. (1985). Social psychology and second language learning. London: Edward Arnold.

Gardner, R. C. & Lambert, W. E. (1972). Attitudes and motivation in second language learning. Rowley, MA: Newbury House.

Hurlock, B.E. (2000). Developmental psychology: A life span approach. Edisi Ketiga. New Delhi: Tata McGraw-Hll.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.

Krashen, S.D. (1988). Second language acquisition and second language learning. Mew York: Prentice-Hall.

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norsidah Ab. Hamid, Jamaludin Badushah & Fairose Sulaiman. (2010). Kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan pada peringkat menengah rendah. Prosiding Seminar Antarabangsa Pendidik Bahasa Melayu, 12-18 Jun.

Nurul Huda Ong Abdullah. (2010). Motivasi pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid bukan Melayu.Prosiding Seminar Antarabangsa Pendidik Bahasa Melayu, 12-18 Jun.

Robiah Sidin. (1998). Pemikiran dalam pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Roslind Mawing. (2003). Hubungan antara gaya pengajaran guru dengan sikap pelajar terhadap bahasa Melayu. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti KebangsanMalaysia, Bangi.

Saadiah Mohamad. (2003). Hubungan Motivasi dalaman (motivasi instrink) dan peranan motivasi luaran (motivasi ekstrinsik) dengan pencapaian akademik pelajar tahun akhir Kursus sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, 2001/ 2002, Kolej Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat.

Sekaran, U. (1992). Research method for business: A skill building approach. 2nd Edition. New York: John Wiley & Son.

Sternberg, R. J. & Williams, W. M. (2002). Educational psychology. Boston: Allyn & Bacon.

Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin

78 MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)

Suwarnee Mohd Solah, Fairose Shamsudin, Elmiyusni Mohd Yusop & Zamri Mahamod. (2008). Pengaruh sikap dalam pemelajaran bahasa pertama dan bahasa kedua dalam kalangan pelajar Melayu. Dlm. Zamri Mahamod (Pnyt). Psikolinguistik dalam pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: 145-169. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

Zamri Mahamod & Zarina Othman. (2001). Sikap pelajar Cina terhadap pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Dewan Bahasa, Februari: 40-43.

Jerie anak Peter Langan & Zamri Mahamod. (2011). Sikap dan motivasi murid Iban dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 13-25.

Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. (2015). Kepelbagaian pelajar dan perbezaan pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zamri Mahamod, Yahya Othman, Jamaludin Badusah & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2013).Sikap dan minat pelajar bukan Melayu ketika belajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Dlm. Zamri Mahamod, Mohd Izham Mohd Hamzah, Abdul Razaq Ahmad & Mahdum. (Pnyt.). Himpunan penyelidikan pendidikan serantau,29: 371-384. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zamri Mahamod. (2015). Kepelbagaian pelajar dan perbezaan pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zamri Mahamod. (2016a). Psikolinguistik dan pengajaran bahasa. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod. (2016b). Sosiolinguistik dan pengajaran bahasa. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zaidatun Tasir & Mohd Salleh Abu. (2003). Analisis data berkomputer SPSS 11.5 for windows. Kuala Lumpur: VENTON Publishing.

ZulkifleyHamid.(1996).Bahasa: Konsep, fungsi dan penguasaannya oleh penutur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: Diterima:

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Nurulain Abdul Razak), [email protected] (Che Ibrahim Salleh), [email protected] (Hashim Musa)* Corresponding author

Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik

Nurulain Abdul Razak*, Che Ibrahim Salleh dan Hashim MusaJabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia.

ABSTRAKKajian ini merupakan penelitian aspek retorik dalam titah ucapan KDYMM Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan ke-29. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti teknik retorik dalam teks rasmi diraja, untuk menganalisis dan menghuraikan aspek penggunaan kosa kata, kekuatan dan keberkesanan seni pengucapan Sultan Muhammad V. Data kajian ini dianalisis secara kuantitatif untuk meneliti peratusan penggunaan teknik retorik, dan secara kualitatif, iaitu dengan huraian deskriptif teks berlandaskan prinsip ketiga teori retorik moden Enos dan Brown (1993), iaitu untuk memberikan kesan mendalam terhadap ujaran atau penulisan. Sebanyak 251 ayat telah dicerakinkan daripada tiga teks ucapan, di samping terdapat 27 jenis teknik retorik yang telah dikenal pasti dengan ditandai ungkapan tertentu berdasarkan kategori Lakuan Bahasa. Hasil kajian mendapati bahawa Sultan Muhammad V menggunakan beberapa elemen retorik dalam titah ucapannya, iaitu aliterasi, polisindeton, repitisi, soalan retorik, metafora, simile, alusi, dan kosa kata asing daripada bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Teknik dan elemen yang dimanfaatkan dalam pengucapan ini mampu memberikan kesan terhadap kefahaman khalayak.

Kata Kunci: Elemen retorik, kosa kata asing, lakuan bahasa, teknik retorik

ABSTRACTThis study focuses on the rhetoric of the speeches of Royal Highness Sultan Muhammad V, the 29th Sultan the state of Kelantan. The objectives of the study are twofolds, viz. to identify the rhetoric techniques utilised by His Royal Highness, the vigour and effectiveness of his speech and finally to analyse the messages embedded in his three official addresses,

selected as the data of this study. The study uses both the qualitative and quantitative approaches, base on the one principles of modern rhetoric developed by Enos and Brown (1993). The principles are the deep impact factor and the understanding capacity in the rhetoric expression used. A

Nurulain Abdul Razak, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa

80 MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)

total of 251 sentences were analysed taken from three texts of the His Highness’s official speeches. There are 27 rhetoric technique types that have been identified based on Speech Act categorization. It is also found that there are certain rhetoric techniques that are more in use than others. Some of the techniques used were alliteration, polysyndeton, repetition, rhetorical question, metaphor, simile, allusion, and foreign languages words such as English and Arabic. Technique and element benefited in this expression afford to give impact towards audience comprehension.

Keyword: Elements of rhetoric, foreign word, rhetorical techniques, speech acts

PENGENALANUcapan sebagai wahana penyampaian mesej dan idea kepada khalayak boleh ditakrifkan sebagai ungkapan atau keupayaan untuk meluahkan pemikiran dan perasaan dengan suara yang jelas. Henry Guntur Tarigan (1981, ms.15) mengatakan bahawa ucapan merupakan suatu bahagian yang secara keseluruhannya menunjukkan keperibadian, mencerminkan lingkungan seorang pengucap, keadaan hubungan sosial dan tahap pendidikannya. Manakala, titah ucapan boleh dikenali sebagai ucapan khas atau rasmi yang disampaikan oleh sultan ataupun raja. Titah ucapan biasanya akan disampaikan dalam majlis tertentu dan dengan tujuan tertentu. Dalam erti kata lain, titah ucapan oleh golongan diraja ini tidak boleh disampaikan sekiranya tiada majlis rasmi yang diperkenankan.

Dalam penganalisisan ini, pengkaji telah memilih teks titah ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Muhammad V yang merupakan al-Sultan Negeri Kelantan Darul Naim yang ke-29 dan telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang keempat belas pada tanggal 13 Disember 2011. Pelantikan yang bersejarah ini telah menzahirkan rasa gembira dan kesyukuran rakyat Negeri Kelantan khususnya dan seluruh Malaysia amnya. KDYMM Sultan Muhammad V merupakan Sultan Kelantan yang mentadbir Negeri Kelantan dengan penerapan unsur Islam kepada rakyat yang dinaungi baginda. Pengkajian titah ucapan Baginda Sultan dalam bidang retorik adalah untuk meneliti aspek seni berbicara yang berkesan dalam pengucapan rasmi diraja.

Dori Wuwur Hendrikus (1991, ms.14) mengatakan bahawa retorik ialah seni berbicara, yang bererti mengucapkan kata atau kalimat kepada seseorang atau sekumpulan manusia untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu. Berbicara ialah salah satu kemampuan yang dimiliki khusus oleh manusia. Bahasa dan pembicaraan itu muncul ketika manusia mengungkapkan dan menyampaikan fikirannya kepada manusia lain yang menjadi khalayak.Manakala,AsmahHajiOmar(2007,ms.163)mendefinisikanretoriksebagaikeupayaan menggunakan bahasa secara berkesan, yang juga merupakan ciri penting dalam bahasa. Keberkesanan sesuatu yang dibicarakan bergantung pada bahasa yang dituturkan, sama ada difahami maksudnya atau sebaliknya. Tahap kefahaman sesuatu bahasa yang digunakan pula mencapai keberkesanan bergantung pada keupayaan seseorang individu itu menggunakan ciri yang ada dalam sesuatu bahasa tersebut.

Bidang retorik yang pada asalnya merupakan seni berucap adalah untuk mempengaruhi pemikiran khalayak. Kesenian dalam penggunaan bahasa ketika berucap bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan. Seseorang pengucap

Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik

81MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)

akan menggunakan jenis bahasa yang lebih berseni, halus dan formal jika dibandingkan dengan bahasa yang digunakan semasa proses perbualan sehari-harian.

PERNYATAAN MASALAHKajian retorik teks ucapan yang dianalisis sebelum ini lebih memberikan tumpuan kepada teks ucapan politik. Pelbagai pengelasan subgolongan teknik retorik dalam ucapan telah dinyatakan oleh beberapa pengkaji. Misalnya, oleh Lee Ai Chat (2001) yang meneliti teknik retorik dalam teks ucapan politik yang lebih kepada penyampaian maklumat politik dan meraih sokongan khalayak. Manakala Zoriati Osman (2005) pula hanya meneliti secara mendalam jenis retorik pemujukan dari segi kepentingan pemanfaatannya dalam bidang politik. Seterusnya, Abdul Mua’ti (2007) menganalisis struktur retorik dalam ucapan politik Tun Mahathir berdasarkan sembilan teknik retorik oleh Cook (1989). Kajian mereka ini telah memperjelas teknik retorik yang kebiasaannya digunakan dalam pengucapan politik seperti teknik pemujukan, teknik pernyataan maklumat, teknik menghasut dan pelbagai teknik untuk memperoleh sokongan politik. Namun begitu, kajian tentang penggunaan ungkapan yang halus dan beradab belum dilakukan. Lompang inilah yang akan diisi oleh kajian ini. Kajian teks titah ucapan diraja Kelantan mempunyai kelainan yang ditandai dalam ungkapan untuk menentukan teknik retorik yang digunakan. Teknik yang digunakan lebih kepada menasihati, menyeru, pernyataan perasaan, dan seumpamanya. Pemanfaatan teknik retorik dalam teks ucapan diraja adalah berbeza dengan teks ucapan biasa kerana sifatnya yang lebih formal dan penggunaan ungkapan atau bahasa yang lebih halus dan beradab.

Selain pengkaji teks ucapan politik, terdapat juga pengkaji yang meneliti teks ucapan diraja seperti Choong Kee Foong (2003). Choong Kee Foong hanya memberikan fokus terhadap isu perlembagaan negeri Brunei dan rancangan Malaysia dengan meneliti strategi retorik yang digunakan oleh KDYMM Sultan Omar Ali Saifuddien III terhadap isu Perlembagaan Negeri Brunei dan isu Rancangan Penubuhan Malaysia. Pendedahan terhadap kefahaman bahasa diraja yang digunakan juga tidak disentuh. Keadaan ini juga memberikan lompang kepada pengkaji untuk meneliti retorik ucapan rasmi titah ucapan diraja. Oleh itu, dalam kajian retorik teks titah ucapan diraja ini, pengkaji akan turut meneliti prinsip dan gaya bahasa diraja yang terdapat dalam pengucapan rasmi baginda. Penelitian teknik retorik dan gaya bahasa dalam teks ucapan KDYMM Sultan Muhammad V ini dapat meningkatkan kefahaman rakyat terhadap maksud dan tujuan yang disampaikan oleh baginda.

OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalah seperti yang berikut: 1. Mengenal pasti teknik retorik yang terdapat dalam teks ucapan KDYMM Sultan

Muhammad V.2. Menganalisis dan menghuraikan aspek penggunaan kosa kata, kekuatan dan

keberkesanan seni pengucapan KDYMM Sultan Muhammad V berasaskan elemen retorik.

Nurulain Abdul Razak, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa

82 MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)

KEPENTINGAN KAJIANUcapan ialah satu proses berkomunikasi antara seseorang pengucap dengan pendengar. Pengucapan melibatkan penghantaran mesej berbentuk lisan dan juga bukan lisan. Pengucapan bukan sahaja menyampaikan mesej daripada maksud percakapan tetapi juga melalui bahasa badan, penampilan dan tingkah laku serta etika.

Kajian tentang retorik pengucapan yang memberikan fokus kepada titah ucapan rasmi Baginda Sultan Kelantan perlu dilakukan kerana sehingga hari ini tidak ada kajian dalam bidang ini yang dilakukan terhadap teks titah ucapan KDYMM Sultan Muhammad V dalam Malaysia. Sebagai rakyat yang taat setia kepada sultan, dalam negeri Kelantan khususnya, luar negeri Kelantan umumnya perlu memahami maksud titah ucapan baginda semasa mendengar ucapan yang disampaikan oleh Baginda Sultan. Amanat yang disampaikan oleh Baginda Sultan lebih kepada menasihati, merangsang dan bersifat galakan untuk melahirkan pemimpin dan masyarakat yang lebih baik pada masa akan datang.

Selain itu, kajian ini melampirkan teks ucapan Baginda Sultan sebagai dokumen rasmi yang penting, mendatangkan manfaat kepada seluruh rakyat jelata yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat termasuk para pelajar, warga pendidik, para pentadbir, dan sebagainya.

SOROTAN LITERATURAnalisis teks ucapan DYMM Sultan Kelantan masih belum mendapat perhatian pengkaji, terutamanya dalam bidang retorik. Antara pengkaji bidang retorik dalam negara ialah, ZulkifliAhmadHamid(2005),SobariahBaharum(2008),SitiSaniahAbuBakar(2009),Lee Ai Chat (2001), Zoriati Osman (2005), Nor Azuwan Yaakob (2008), Choong Kee Foong (2003) dan Abdul Mua’ti @ Zamri (2007).

ZulkifliAhmadHamid(1985)antarapengkajilamayangpernahmemberikanfokuspengkajian dalam bidang retorik. Kajian beliau berdasarkan Hukum Retorik Klasik Aristotle untuk meninjau peristiwa politik yang bersejarah di Persekutuan Tanah Melayu pada zaman sebelum kemerdekaan. Kajian ini juga meneliti sifat keperibadian Tunku Abdul Rahman yang mempengaruhi kerjayanya sebagai seorang pembina negara. Terdapat empat puluh dua skrip ucapan Tunku telah diteliti antara 1951 hingga 1957, iaitu 17 skrip tentang isu berkerajaan sendiri, 15 skrip tentang isu perpaduan negara dan sepuluh skrip tentang isu keselamatandalamnegeri.KajianZulkifliinimemfokuskanpenelitiandanpengenalpastianstrategi retorik inversi, disposisi, gaya bahasa dan penyampaian skrip ucapannya ke atas isu kemerdekaan di Persekutuan Tanah Melayu.

Berdasarkan dapatan kajian beliau dari segi retorik inversi, penekanan telah dibuat ke atas bukti logik, bukti emosi dan bukti etika. Penelitian dari sudut disposisi pula, penekanan telah dilakukan terhadap bahagian pengenalan, isi dan kesimpulan. Manakala, darisegigayabahasa,ZulkiflitelahmenelitiskripucapanTunkuberdasarkan4kualitigayabahasa yang tradisional, iaitu kejelasan bahasa, ketepatan bahasa, kesesuaian bahasa dan kebiasaan bahasa. Beliau telah mendapati bahawa Tunku memaparkan ungkapan bahasa yangspesifik,katayangsederhana,unsurkemudahfahamanpadasesetengahkataatauayat ciptaan Tunku. Tunku juga menggunakan kata yang tepat dalam aspek diksi dalam ucapannya.Halinibersesuaiandengankonteksbahasa,budayabahasasertastratifikasisosial pengucap dan pendengar.

Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik

83MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)

Manakala, Zoriati Osman (2005), dalam kajian beliau telah meneliti teks ucapan politik Abdul Hadi Awang dari segi retorik. Lima buah teks ucapan politik Abdul Hadi Awang telah dipilih sebagai korpus kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengupas keberkesanan penggunaan bahasa dan kepelbagaian teknik pemujukan yang digunakan oleh pemeran berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Hunt (1987 dlm. Zoriati Osman, 2005). Dalam kajian ini, Zoriati Osman membincangkan retorik pemujukan, dan jenis retorik pujukan serta elemen pemujukan dalam bidang politik, iaitu semasa menjalankan aktiviti kempen pilihan raya. Berdasarkan dapatan kajian beliau, dua aspek bahasa yang paling menonjol dalam ucapan Abdul Hadi Awang, iaitu penggunaan unsur ragam bahasa, dan bahasa kiasan. Pengkaji juga turut membincangkan aspek pemilihan diksi yang terdapat dalam teks kajian yang dipilih. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Abdul Hadi Awang telah mengadun pelbagai teknik pemujukan dan aspek kebahasaan dalam ucapan pemujukannya untuk menghasilkan sebuah ucapan politik yang berkesan dan menarik.

Choong Kee Foong (2003) dalam “Analisis Strategi Retorik Sultan Omar Ali Saifuddien III tentang Isu-isu Perlembagaan Negeri Brunei dan Rancangan Malaysia, 1959-1963” telah mengkaji teks titah Sultan Omar Ali Saifuddien III. Kajian ini meneliti strategi retorik yang digunakan oleh Sultan Omar Ali Saifuddien III terhadap isu Perlembagaan Negeri Brunei dan isu Rancangan Malaysia. Dalam setiap isu itu, aspek inversi, disposisi dan gaya bahasa dikenal pasti dan dihuraikan. Sebanyak 36 buah titah terpilih Sultan Omar Ali Saifuddien III telah digunakan untuk analisis. Satu perbandingan perbezaan kekerapan penggunaan strategi retorik dalam ketiga-tiga aspek itu dilakukan bagi setiap isu tersebut. Beliau menggunakan Hukum Retorik Aristotle untuk analisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 35 jenis strategi retorik yang dapat dikenal pasti dalam teks titah Sultan Omar Ali Saifuddien III. Bagi isu Perlembagaan Negeri Brunei, strategi retorik yang paling kerap digunakan ialah inversi manakala bagi isu Rancangan Malaysia, strategi retorik yang paling kerap digunakan ialah disposisi. Hasil kajian ini mendapati bahawa Sultan Omar Ali Saifuddien III lebih kerap menggunakan bukti logik dalam titah untuk majlis rasmi, dan bukti emosi dalam majlis tidak rasmi.

SKOP KAJIAN Dalam kajian ini, perbincangan dibataskan kepada ucapan KDYMM Sultan Muhammad V yang dipilih berdasarkan kepentingan pemahaman dan penghayatannya oleh rakyat jelata. Teks kajian itu terdiri daripada tiga buah teks ucapan rasmi KDYMM Sultan Muhammad V, iaitu pada tahun 2010, 2012 dan 2014, iaitu:1. Teks ucapan baginda sempena Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Kali Yang Ketiga

(Belanjawan) bagi Tempoh Penggal yang ke-3 Dewan Negeri Kelantan, Yang Ke-12 pada 7 November 2010.

2. Teks ucapan baginda dalam Istiadat Pembukaan Penggal ke-5 Dewan Negeri ke-12 pada 1 Mac 2012.

3. Teks ucapan baginda dalam Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan ke-13 pada 4 Mac 2014.

Nurulain Abdul Razak, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa

84 MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)

KAEDAH KAJIANKajian ini akan menggunakan sebanyak tiga teks ucapan rasmi KDYMM Sultan Muhammad V sebagai korpus dalam kajian analisis bahasa. Kesemua teks ini diperoleh daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) antara tahun 2010 sehingga tahun 2014. Untuk memastikan bahawa analisis dilakukan secara bersistematik, pengkaji akan mencerakinkan teks ucapan yang terpilih kepada ayat demi ayat untuk memudahkan pemahaman pembaca terhadap penganalisisan. Sebanyak 251 ayat telah diambil daripada tiga teks yang dipilih dan dicerakinkan untuk memudahkan pengkaji menganalisis teknik yang digunakan oleh KDYMM Sultan Muhammad V.

Ketiga-tiga teks ini adalah pada tahun 2010, 2012, dan 2014 dan akan dinamakan sebagai Teks 1, Teks 2, dan Teks 3. Manakala ayat yang dicerakinkan akan ditandai dengan singkatan; ‘P’ untuk perenggan dan ‘b’ untuk baris. Contohnya; lokasi T1 P2 b1-4 bermaksud petikan yang terdapat dalam teks pertama, iaitu pada 2010, berada di perenggan kedua dan dalam baris pertama sehingga baris keempat. Oleh itu, untuk memastikan bahawa analisis dapatan kajian nanti supaya lebih jelas, kaedah kuantitatif akan diaplikasikan untuk memberikan gambaran jelas peratusan kekerapan teknik retorik yang dimanfaatkan oleh KDYMM Sultan Muhammad V dalam setiap titah ucapan baginda.

DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 27 teknik yang dimanfaatkan oleh Baginda Sultan dalam tiga teks ucapan dengan 251 ayat yang telah dicerakinkan. Sebanyak 12 teknik retorik dikenal pasti digunakan dalam teks ucapan Baginda Sultan dan daripada 12 teknik ini, pengkaji telah membahagikannya kepada 21 subgolongan. Teknik Pernyataan Perasaan [TPP] dibahagikan kepada 6 subgolongan, Teknik Pernyataan Maklumat [TPM] dibahagikan kepada 6 subgolongan, 3 subgolongan daripada Teknik Didaktik [TD], 2 subgolongan daripada Teknik Pengukuhan [TPK], dan 4 subgolongan daripada Teknik Penerangan [TPN]. Selebihnya ialah Teknik Kesopanan [TKS], Teknik Kepastian [TKP], Teknik Permintaan Tindakan [TPT], Teknik Pernyataan Tolak Ansur [TPT/A], Teknik Perundingan[TPD],danTeknikPenafian[TPF].Jadual1danRajah1dibawahinimenunjukkan peratusan kekerapan pemanfaatan teknik retorik yang diperoleh daripada penganalisisan tiga teks yang dipilih.

Jadual 1 dan Rajah 1, telah memaparkan peratusan kekerapan pemanfaatan teknik retorik dalam tiga teks ucapan KDYMM Sultan Muhammad V. Bilangan ayat yang menandai teknik retorik yang paling tinggi ialah sebanyak 43 ayat (17%), iaitu Teknik Pernyataan Perasaan jenis harapan [TPP (h)], kedua tertinggi ialah Teknik Didaktik jenis seruan [TD (s)], iaitu sebanyak 30 ayat (12%). Ketiga tertinggi pula ialah Teknik Pengukuhan secara sumber [TPK (s)] dengan 22 ayat (8.8%). Keempat tertinggi pula ialah Teknik Penerangan dengan kenyataan umum [TPN (ku)], iaitu sebanyak 20 ayat (8%). Teknik selebihnya adalah sekata dan tidak jauh berbeza kekerapan penggunaannya dalam pengucapan Baginda Sultan. Teknik retorik yang paling rendah ialah Teknik Pernyataan Perasaan kecewa [TPP (c)] dan Teknik Pernyataan Maklumat tambahan konteks masa [TPM (t-km)], iaitu masing-masing hanya dua pemanfaatannya dalam ucapan. Beberapa contoh teknik adalah seperti yang berikut;

Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik

85MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)

Teknik Pernyataan Perasaan jenis harapan [TPP (h)]Pengkaji mendapati bahawa Baginda Sultan paling kerap menyatakan perasaan melalui harapan, iaitu sebanyak 43 kali kekerapan dengan 17% pemanfaatannya dalam ketiga-tiga titah ucapan yang dikaji. Teknik jenis ini menunjukkan ungkapan yang digunakan oleh pengucap, dengan menyatakan harapan Baginda kepada khalayak pendengar, iaitu Ahli Yang Berhormat dan rakyat jelata dengan tujuan segala yang diharapkan itu dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Antara ungkapan yang digunakan untuk menyatakan teknik ini adalah seperti beta harap, berharap, semoga, Insya-Allah, dan beta berhasrat.

T1 P21 b16-21 Dalam hal ini beta menaruh harapan agar semua tanah-tanah yang telah dibuat pengambilan diberi keutamaan khusus dalam pelan pelaburan sektor awam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

T1 P22 b1-8 Beta juga menaruh harapan yang tinggi agar pihak kerajaan persekutuan dapat menyediakan agihan peruntukan yang sesuai dan adil dalam pelaksanaan pelan pelaburan sektor awam Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi negeri ini selaras dengan agenda pembangunan negeri Kelantan.

Berdasarkan data kajian yang diperoleh, dapat dilihat teknik pernyataan perasaan jenis harapan dimanfaatkan oleh Baginda Sultan secara berurutan dalam dua contoh ayat yang telah dicerakinkan. Penggunaan teknik ini mempamerkan harapan baginda terhadap sesuatu perkara yang akan dilaksanakan kepada rakyat jelata.

Rajah 1: Peratusan Kekerapan Pemanfaatan Teknik Retorik

Nurulain Abdul Razak, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa

86 MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)

Teknik Didaktik dengan seruan –[TD (s)]Teknik didaktik secara seruan merupakan teknik kedua yang paling kerap dimanfaatkan oleh Baginda Sultan, iaitu sebanyak 30 kali kekerapan dengan 11.9%. Teknik jenis ini berfungsi sebagai ajakan atau anjuran yang bertindak memanggil atau menyeru khalayak untuk bertindak. Subgolongan teknik ini ditandai dengan ungkapan seperti perlulah, hendaklah, marilah, mestilah.

T1 P12 b11-15 Beta mengingatkan bahawa semua aktiviti pelancongan yang hendak dilaksanakan perlulah selari dengan tuntutan syarak dan tidak bercanggah dengan kesucian agama Islam.

JADUAL 1 Jumlah Pemanfaatan Teknik Retorik mengikut Teks Ucapan.

Bil Teknik Teks 1 Teks 2 Teks 3 Jumlah Peratus (%)1 TKS 3 4 3 10 42 TKP 3 1 1 5 23 TPP (gm) 2 3 2 7 2.84 TPP (gm-ks) 5 1 1 7 2.85 TPP (gm-pj) 5 3 2 10 46 TPP (c) - - 1 1 0.47 TPP (h) 14 17 12 43 178 TPP (k/s) 2 1 - 3 1.29 TPM (c) 2 - 1 3 1.210 TPM (l) 5 10 1 16 6.411 TPM (t) 5 7 7 19 7.612 TPM (t-t) 1 3 2 6 2.413 TPM (t-km) - 1 1 2 0.814 TPM (t-pk) 4 3 2 9 3.615 TD (l) 1 - - 1 0.416 TD (n) 1 1 1 3 1.217 TD (s) 10 10 10 30 11.918 TPK (s) 10 9 3 22 8.819 TPK (m) 1 3 - 4 1.620 TPN (ku) 9 10 1 20 821 TPN (s) 5 - - 5 222 TPN (pjl) - 1 1 2 0.823 TPN (tj) 1 4 2 7 2.824 TPT 4 5 3 12 4.825 TPT/A 1 1 - 2 0.826 TPD - 1 - 1 0.427 TPF - 1 - 1 0.4

Jumlah ayat 94 100 57 251 100

Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik

87MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)

T3 P6 b7-10 Semua pihak perlu berhemat dalam berbelanja. Rakyat perlu merancang menggunakan kemudahan sedia ada dengan sebaiknya dan pihak kerajaan perlu mengurus tadbir kewangan secara telus dan bijaksana.

Baginda memperlihatkan sikap mengambil berat dan perihatin terhadap perihal rakyat jelata dengan menyatakan ungkapan nasihat seperti ajakan, galakan dan saranan untuk memastikan bahawa setiap perkara yang dilakukan tidak merugikan dan berlandaskan syariat agama.

Teknik pengukuhan secara sumber [TPK (s)]Teknik pengukuhan telah dimanfaatkan oleh Baginda Sultan sebanyak 22 kali kekerapan, iaitu dengan 8.8%. Teknik jenis ini bermaksud usaha pengucap untuk mengukuhkan sumber maklumat dengan menggunakan ungkapan seperti; berdasarkan, merujuk kepada, beta difahamkan, beta dimaklumkan.

T2 P13 b1-3 Beta dimaklumkan bahawa pelbagai program pelancongan telah dirancang sepanjang tahun sempena tahun melawat Kelantan dua ribu dua belas ini.

T3 P11 b1-3 Beta mendapat maklum bahawa Program Bertani Satu Ibadah telah memberi impak yang positif kepada sektor pertanian negeri.

Kedua-dua contoh yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa penggunaan ungkapan yang membawa erti, diberitahu atau dimaklumi oleh pihak tertentu dalam menyatakan sesuatu fakta atau informasi yang benar berdasarkan sumber yang sahih. Baginda Sultan sentiasa mengambil berat perihal berkaitan negeri mahupun luar negeri Kelantan dalam memastikan bahawa keadaan rakyat jelata tidak terabai.

Teknik penerangan kenyataan umum [TPN (ku)]Teknik ini menggunakan ungkapan untuk menjelaskan dan menerangkan sesuatu, sama ada yang telah diketahui atau maklumat baharu yang belum diketahui kepada khalayak. Teknik ini ditandai dengan ungkapan seperti; adalah, ialah, ini bermaksud, merupakan.

T1 P17 b1-6 Dasar kerajaan negeri bagi melahirkan rakyat berdikari adalah satu usaha termasuk mengekalkan produk seni dan kraf Kelantan yang sudah mahsyur sejak sekian lama seperti batik, songket, ukiran kayu dan sebagainya.

T2 P29 b1 Pendidikan merupakan asas penting dalam kehidupan manusia.

Berdasarkan dua contoh yang dinyatakan di atas adalah menjadi bukti kepada penggunaan teknik penerangan secara kenyataan umum yang dimanfaatkan oleh Baginda Sultan dalam menjelaskan tentang sesuatu perkara. Contoh pertama, baginda mengatakan bahawa dasar kerajaan negeri Kelantan yang dibina adalah untuk membentuk masyarakat yang boleh berdikari dalam menghasilkan pelbagai produk untuk menambah pendapatan keluarga.

Nurulain Abdul Razak, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa

88 MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)

Teknik pernyataan maklumat secara tambahan [TPM (t)]Teknik Pernyataan Maklumat secara tambahan berlaku apabila pengucap menyampaikan maklumat, dan kemudiannya membuat penambahan pada maklumat yang sedang disampaikan. Teknik ini digunakan adalah untuk memastikan bahawa setiap perkara yang disampaikan jelas dengan penerangan tambahan yang lengkap. Teknik retorik ini ditandai dengan ungkapan seperti; dan, juga.

Contohnya:

T1 P6 b6-8 Pertumbuhan ini didorong kuat oleh permintaan domestik dan diperkuatkan oleh prestasi eksport.

T3 P12 b11-14 Begitu juga dengan projek jalan persisiran pantai dan projek-projek infrastruktur yang lain dapat dilaksanakan dengan segera

Penggunaan dua ungkapan seperti yang terdapat dalam contoh di atas, jelas membuktikan bahawa terdapat penambahan maklumat daripada isu yang dinyatakan oleh Baginda Sultan dalam penyampaian sebelumya. Misalnya contoh T3 P12 b11-14, Baginda Sultan sebelumnya menyatakan tentang projek pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai yang tergendala sejak sekian lama. Teknik pernyataan maklumat yang dimanfaatkan oleh baginda menunjukkan masalah yang berurutan dan tidak diselesaikan sepenuhnya.

Teknik pernyataan perasaan gembira (kesyukuran) [TPP (gm-ks)]Teknik jenis ini ditandai dengan ungkapan seperti; syukur, Alhamdulillah, segala puji-pujian dan kesyukuran, beta bersyukur, dan beta berterima kasih.

T1 P28 b11-17 Beta bersyukur dengan situasi semasa yang wujud di negeri ini, Islam amat menitikberatkan sikap toleransi, bekerjasama, salin memahami antara satu sama lain untuk kebaikan bersama kerana ianya akan mendapat rahmat dari Allah subhanahu Wata’ala.

Berdasarkan contoh yang dinyatakan, Baginda Sultan menggunakan beberapa ungkapan untuk menggambarkan rasa kesyukuran baginda terhadap kebaikan, kelebihan serta nikmat yang diperoleh rakyat baginda dalam sesuatu perkara. Sikap baginda ini jelas memperlihatkan sikap rendah diri dan sikap ambil berat terhadap keadaan rakyat jelata tanpa mengira susah dan senang.

Teknik Penafian [TPF]Teknik ini turut dikenali sebagai teknik penyampaian yang mempunyai unsur penyangkalan, iaitusebagaipenafian.Teknikjenisinididapatihanya1kalikekerapanpenggunaannyayang dikenal pasti, iaitu terdapat dalam teks 2. Pengucap menggunakan teknik ini untuk menyangkal sesuatu perkara yang disampaikan. Antara ungkapan yang digunakan adalah seperti tidak, tidak benar, bukan.

Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik

89MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)

T2 P35 b2-3 Dasar pemerintahan Islam tidak menolak kepentingan penganut agama lain.

Teknik ini tidak kerap digunakan oleh Baginda Sultan dalam pengucapan rasmi kerajaan yangmelibatkanAhliDewanUndanganNegeri.Teknikpenafianbukansahajaberunsurnegatif tetapi juga membawa erti penolakan.

Secara keseluruhannya, penggunaan teknik retorik dalam titah ucapan KDYMM Sultan Muhammad V adalah untuk meningkatkan daya keseimbangan dalam mengungkapkan kata agar memberikan kesan kepada khalayak pendengar dan seterusnya mendapat perhatian serta tindakan terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, sebagai rakyat kita seharusnya bertindak serta mengambil peranan dengan setiap perkara yang dibangkitkan seperti soal pembangunan negeri dan kemaslahatan seluruh rakyat jelata agar dapat diselesaikan seterusnya dipertingkatkan ke arah yang lebih baik. Sebagai rakyat yang taat setia, kita perlu memahami dan bertindak dengan setiap perkara yang diperkatakan oleh Baginda Sultan untuk membuktikan bahawa kita rakyat yang taat dan patuh dengan titah KDYMM Sultan Muhammad V sebagai pemerintah.

ELEMEN RETORIKPengkaji mendapati bahawa Baginda Sultan menggunakan bahasa yang sama dengan khalayak, tetapi mungkin mempunyai kosa kata yang sedikit berbeza. Penggunaan kosa kata dikaitkan dengan penerapan elemen retorik yang digunakan oleh Baginda Sultan adalah untuk mencapai tahap keberkesanannya kepada khalayak. Aristotle (1984) pernah mengatakan bahawa pengucap perlulah menggunakan bahasa yang tepat, benar dan dapat diterima, pemilihan perkataan yang jelas, penggunaan ungkapan yang indah dan bersesuaian dengan khalayak yang menjadi sasaran pengucapan.

Penerapan elemen retorik dalam pengucapan Baginda Sultan adalah bertujuan untuk memberikan kesan mendalam terhadap pengucapan. Sebanyak tujuh elemen retorik yang telah dikenal pasti dalam titah ucapan perasmian KDYMM Sultan Muhammad, iaitu aliterasi, simile, alusi, polisindeton, dan hiperbola.

Aliterasi Menurut Dowis (2000), aliterasi bermaksud pengulangan beberapa bunyi awal dalam setiap perkataan. Manakala, Beebe dan Beebe (2003) pula mengatakan bahawa aliterasi sebagai pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal frasa, klausa, atau ayat. Contohnya adalah seperti yang berikut;

T2 P9 b6-9 Dalam masa yang sama “Bertani Satu Ibadah” bukan sahaja diketahui tetapi dihayati dan diterapkan secara serius dalam semua aspek pertanian, perikanan dan penternakan …

T2 P30 b1-5 Beta berharap penilaian pencapaian mutu pendidikan bukan sahaja berdasar kepada keputusan peperiksaan, tetapi para meter penghayatan, pengamalan ilmu itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan terutama dari segi penghayatan akhlak yang mulia

Nurulain Abdul Razak, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa

90 MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)

Contoh T2 P9 b6-9 memperlihatkan pengulangan suku kata pertama dalam baris yang sama, iaitu imbuhan awalan ‘di’ yang menunjukkan kata kerja pasif untuk perbuatan. Pengulangan ini digunakan adalah untuk memberikan penekanan terhadap tindakan khalayak terhadap pernyataan dasar “Bertani Satu Ibadah” yang telah diperkenalkan. Manakala contoh T2 P30 b1-5 menunjukkan pengulangan imbuhan awalan kata nama ‘peN-’ yang digunakan oleh baginda bagi beberapa kata dasar dalam ayat yang sama.

PolisindetonMenurut Gorys Keraf (1984), polisindeton merupakan penggunaan kata hubung yang berlebihan, iaitu beberapa kata, frasa, atau klausa yang digunakan secara berurutan dihubungkan satu sama lain dengan kata sambung. Contohnya adalah seperti yang berikut:

T2 P9 b13-19 Perkembangan sains dan teknologi terkini terutama sekali dalam bidang bioteknologi yang sedang diterokai oleh kerajaan negeri pada masa ini diharap dapat meningkatkan hasil dan menambah mutu dan kualiti pengeluaran dan secara langsung dapat menambah nilai hasil tersebut dan memberikan pendapatan yang lebih kepada petani, penternakan dan nelayan.

Contoh ini membuktikan bahawa Baginda Sultan juga menyatakan sesuatu maklumat secara berterusan dengan hanya menggunakan kata hubung ‘dan’, iaitu dengan tidak mengakhiri sesuatu ayat dengan tanda noktah. Penggunaan kata hubung ini akan menjadikan sesuatu ayat itu panjang dan sarat dengan maklumat yang berkaitan antara satu sama lain.

SimileSimile merupakan elemen retorik untuk menyatakan perbandingan atau persamaan yang secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan dua objek atau lebih melalui beberapa kata hubung seperti, bagai, bak, dan seumpamanya. Gorys Keraf (1984), menjelaskan simile sebagai persamaan yang membawa maksud perbandingan yang bersifat eksplisit, iaitu secara langsung menyatakan bahawa sesuatu itu sama dengan hal yang lain. Dalam pengucapan rasmi, pengkaji mendapati bahawa baginda tidak kerap menggunakan elemen ini disebabkan oleh keberkesanan penerapan elemen simile adalah perlu memenuhi syarat penggunaan ungkapan yang segar dan asli, idea bandingan juga perlu sesuai dengan subjek yang dikemukakan, dan selari dengan konteks penggunaannya. Buktinya:

T2 P36 b1-5 Beta ingin mengingatkan kepada semua pihak sama ada di kalangan umat Islam atau kalangan bukan Islam, dalam sebuah negara seperti Malaysia yang penduduknya berbilang kaum, berbilang anutan agama, polimik tentang agama harus diurus dengan cermat dan berhemah …

Berdasarkan contoh di atas, jelas penggunaan elemen simile adalah untuk menyatakan perlambangan tentang Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki kepelbagaian bangsa, agama dan kepercayaan.

Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik

91MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)

AlusiAlusi ialah perbuatan pengucap memberikan bayangan atau merujuk kepada sesuatu secara tidak langsung. Secara jelas alusi ialah rujukan ringkas berdasarkan beberapa perkara seperti orang, tempat atau peristiwa. Gorys Keraf (1984) berpandangan bahawa alusi merujuk kepada sesuatu secara eksplisit atau implisit kepada tokoh, peristiwa, atau tempat dalam kehidupan nyata, mitos, atau dalam karya sastera yang terkenal. Contoh yang terdapat dalam teks adalah seperti yang berikut:

T3 P17 b3-6 Beta difahamkan satu Pusat Latihan Belia sedang dirancang pembinaannya di Pengkalan Chepa untuk memberi kemudahan latihan dalam pelbagai bidang.

Contoh yang diberikan ini membuktikan bahawa elemen alusi diterapkan oleh Baginda Sultan untuk berkongsi maklumat yang diterima dengan khalayak. Baginda membayangkan kepada khalayak tentang pembinaan Pusat Latihan Belia yang dirancang untuk memberikan kemudahan latihan kepada belia di negara ini.

Penggunaan kosa kata asing

Bahasa ArabBaginda Sultan kerap menggunakan beberapa istilah bahasa Arab untuk menyatakan pelbagaidefinisitentangsesuatuperkarayangdisampaikan.

T2 P28 b12-14 Kepimpinan kini telah berjaya menerapkan nilai-nilai tarbiyah dan disiplin dalam membentuk imej pemain dan penonton sukan di negeri ini.

T3 P16 b3-7 Beta berharap agar penambahbaikan kepada gerakan amar makruf nahi mungkar dapat dilaksanakan, terutama melalui penguatkuasaan undang-undang oleh semua pihak yang berkaitan.

Kata ‘tarbiyah’ dalam contoh T2 P28 b12-14 bermaksud pendidikan atau pengasuhan yang mengajak umat manusia memahami dan beramal dengan nilai Islam untuk membentuk disiplin dalam diri seseorang. Baginda Sultan menghubungkaitkan sesuatu tindakan atau amalan dengan konteks agama Islam. Manakala contoh T3 P16 b3-7, penggunaan istilah Arab ‘amar makruf nahi mungkar’ memberikan maksud mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Baginda Sultan mengharapkan pelaksanaan gerakan melalui penguatkuasaan untuk mengajak rakyat jelata melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran terus ditingkatkan.

Bahasa Inggeris

T1 P18 b5-13 Beta mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan dengan cadangan projek central spine road iaitu pembinaan jalan baru dan menaiktaraf jalan persekutuan laluan lapan …

Nurulain Abdul Razak, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa

92 MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)

T2 P25 b4-8 … pembangunan Bandar Baru Tunjong yang semakin rancak di samping kesan berganda multiplier effects yang akan dapat dinikmati oleh rakyat negeri Kelantan hasil dari projek-projek yang telah diluluskan tahun lepas.

T3 P12 b1-4 Beta difahamkan bahawa negeri Kelantan telah diberikan siling peruntukan sebanyak satu perpuluhan tujuh billion ringgit bagi pelaksanaan pelbagai projek di bawah rolling plan ketiga Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Baginda Sultan juga sering kali menggunakan kosa kata bahasa Inggeris untuk menjelaskan sesuatu perkara agar lebih jelas dan difahami. Berdasarkan tiga contoh yang dinyatakan di atas, kebiasaannya baginda menggunakan istilah bahasa Inggeris adalah untuk menjelaskan secara tepat tentang sesuatu perkara atau projek yang dilaksanakan.

Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa sebanyak lapan elemen retorik terdapat dalam teks titah ucapan KDYMM Sultan Muhammad V, iaitu aliterasi, repitisi, metafora, simile, alusi, polisindeton, hiperbola dan penggunaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Setiap elemen retorik yang digunakan oleh KDYMM Sultan Muhammad V dalam titah ucapan berupaya menyatakan maksud, nada, rasa dan pemikiran baginda. Bahasa yang digunakan juga tidak bersifat memaksa tetapi lebih kepada menyarankan khalayak pendengar secara menyenangkan.

KESIMPULANSebagai kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa penggunaan teknik retorik dalam titah ucapan KDYMM Sultan Muhammad V adalah untuk meningkatkan daya keseimbangan dalam pengungkapan kata agar memberikan kesan kepada khalayak, dan seterusnya mendapat perhatian serta tindakan terhadap sesuatu perkara. Sebagai khalayak, Ahli Dewan Undangan Negeri sebagai wakil rakyat perlu bertindak serta mengambil peranan dengan setiap perkara yang dibangkitkan seperti soal pembangunan negeri dan kemaslahatan seluruh rakyat jelata agar dapat diselesaikan, seterusnya dipertingkatkan ke arah yang lebih baik.

Manakala penerapan elemen retorik yang digunakan oleh Baginda Sultan adalah untuk memberikan kesan kepada khalayak. Elemen ini digunakan oleh Baginda Sultan untuk memberikan keindahan melalui ketepatan kosa kata, kejelasan dan kesesuaian bahasa dengan khalayak yang menjadi sasaran dalam pengucapan. Di samping itu juga, Baginda Sultan ingin menjelaskan maksud sebenar ucapan kepada khalayak, agar diberikan perhatian serius, dan diambil tindakan sewajarnya.

BIBLIOGRAFIAbdul Mua’ti @ Zamri Ahmad. (2007). Pemikiran Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Kuala Lumpur: Universiti

Malaya.

Aristotle. (1984). The rhetoric and the poetics of Aristotle (R. W., Roberts, Penterjemah). New York: The Modern Library.

Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik

93MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)

Asmah Haji Omar. (2007). Bahasa diraja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Beebe, S. A. & Beebe, S. (2003). Public speaking: An audience-centered approach. Boston: Allyn and Bacon.

Choong Kee Foong. (2003). Analisis strategi retorik Sultan Omar Ali Saifuddien III tentang isu-isu perlembagaan negeri Brunei dan rancangan Malaysia, 1959-1963, (Disertasi Doktor Falsafah). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Cook, J. S. (1989). The element of speechwriting and public speaking. New York: Macmillan Publishing Company.

Dori Wuwur Hendrikus. (1991). Retorika. Yogyakarta: Penerbit Kanisius.

Dowis, R. (2000). The lost art of the great speech. New York: American Management Association Publications.

Enos, T. & Brown, S. C. (1993). Defining the new rhetoric. New York: Sage Language Society.

Gorys Keraf. (1984). Diksi dan gaya bahasa. Jakarta: Penerbit PT Gramedia

Henry Guntur Taringan. (1981). Berbicara sebagai suatu keterampilan berbahasa. Bandung: Penerbit Angkasa Bandung.

Lee Ai Chat. (2001). Analisis teks ucapan politik Bahasa Melayu dari segi retorik; Satu kajian kes terhadap ucapan politik Dr. Mahathir Mohamad (Disertasi Sarjana). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Nor Azuwan Yaakob. (2008). Retorik kewartawanan Melayu akhbar Berita Harian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Saniah Abu Bakar. (2009). Retorik dalam wacana iklan radio (Disertasi Doktor Falsafah). Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Sobariah Baharum. (2008). Retorik dalam Novel-novel Abdullah Hussain (Disertasi Doktor Falsafah). Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Zoriati Osman. (2005). Retorik pujukan: Kajian kes ceramah Haji Hadi Awang (Disertasi Sarjana). Serdang: Universiti Putra Malaysia.

ZulkifliAhmadHamid.(1985).A Rhetorical analysis of the selected speeches of Tunku Abdul Rahman Putra on the issues of independence for Malaya, 1951-1957 (Disertasi Doktor Falsafah). Ohio: University of Ohio.

MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: 10 Ogos 2015Diterima: 21 Oktober 2015

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Yuhastina Sinaro), [email protected] (Che Ibrahim Salleh)* Penulis Penghubung

Tunjuk Ajar Melayu sebagai Pandangan Dunia

Yuhastina Sinaro* dan Che Ibrahim SallehJabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM, Serdang, Selangor Malaysia

ABSTRAK Makalah ini membicarakan tunjuk ajar sebagai pandangan dunia (world view) bagi orang Melayu yang menjadi sumber pedoman hidup manusia, khususnya dalam pantun. Analisis kontekstual digunakan untuk memahami makna teks tunjuk ajar Melayu dengan metode yangmenghubungkan teksdengan tigahubunganpentingdalamlogikaberfikirdanbertindak dalam alam Melayu. Tiga hubungan tersebut ialah hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan alam, dan manusia dengan Allah selaku pencipta alam semesta. Konsep sosiobudaya tersebut merupakan nilai sosial keagamaan bagi orang Melayu tentang dunianya yang menunjukkan bahawa hubungan tersebut saling memberikan impak dan menjadi prinsip untuk mengasihi antara satu sama lain.

Kata Kunci: Melayu, pandangan dunia, pantun, sosiobudaya, tunjuk ajar

ABSTRACTThis paper discusses about ‘tunjuk ajar’ in ‘pantun’ as a world view concept for the Malays, which function as a source of guidance for human life. Contextual analysis is used to understand the meaning of the Malay ‘tunjuk ajar’ text through linking the text with three fundamental relationships in logical thinking and action in the Malay world. The three fundamental relationships comprise the relationships between human beings, human dan nature, and human and God as the creator of the universe. This sociocultural concept represents the socio-religious value of the Malay, about the world which indicates the relationships have impact on each other and have become the principal for loving and caring.

Keywords: Malay, ‘pantun’, sociocultural, ‘tunjuk ajar’, world view.

PENGENALANMakalah ini akan mengetengahkan persoalan atau isu yang berkaitan dengan peranan pantun sebagai pewujudan pandangan dunia Melayu. Dalam konteks sosiobudaya

Yuhastina Sinaro dan Che Ibrahim Salleh

96 MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016)

Melayu, pantun sarat dengan ajaran yang diadun dengan bahasa kiasan sebagai panduan untuk generasi yang akan datang. Pemahaman terhadap karya sastera seperti pantun, yang dipandang sebagai salah satu pewujudan pandangan dunia, memerlukan metodologi untuk mentafsirkan makna pantun sebagai ilmu pengetahuan bagi masyarakatnya. Ini demikian kerana pantun merupakan cara berkomunikasi yang tidak berterus terang, tetapi berkias sebagai “beating about the bush phenomenon” (Wan Ab Kadir Wan Yusoff, 1996, ms.7). Dari segi penggunaannya, pantun lebih disyaratkan oleh kehendak sosial yang membawa nilai kemasyarakatan. Tunjuk Ajar Melayu merupakan kumpulan pantun masyarakat Islam Melayu. Sejarah Islam dan hubungannya dengan pantun telah dihujahkan oleh Sir Richard Winstedt. Beliau telah menganalisis pantun secara mendalam (Winstedt, 1977, ms.178-207).

Masyarakat Melayu yang beragama Islam memiliki hasil kebudayaan berupa pantun yang diekspresikan oleh mereka secara lisan. Secara metodologi, pantun dapat dikaji dari sudut pandangan Islam. Al-Faruqi (1983, ms.34-38) menghujahkan bahawa prinsip pertama yang penting dalam metodologi Islam ialah “the unity of Allah; the unity of creation; the unity of truth and the unity of knowledge; the unity of life; and the unity of humanity”. Al Faruqi berhujah bahawa dalam penganalisisan fenomena, kebudayaan dan agama bukanlah sebagaidualisme.Inibermakna,fikirandantindakanbukanlahduaaspekyangterpisah,tetapi kesatuan yang mempengaruhi satu sama lain. Hal ini menurutnya dapat terjadi kerana akal dan wahyu (bersumberkan Al-Quran) terkait secara terus menerus sehingga bukanlah entiti yang terpisah dan menjadi dasar bagi pengetahuan dan metodologinya.

Pengetahuan dan bahasa juga merupakan satu kesatuan. Bahasa dalam hal ini, merupakan perantara untuk menyampaikan pesan yang berasaskan pengetahuan daripada individu yang satu kepada yang lainnya dalam suatu masyarakat, dalam bentuk bunyi yang bersifat simbolik. Dalam hal ini, terdapat hubungan antara penghasil bahasa dengan penerima bahasa. Peristiwa kebahasaan tersebut merupakan proses transmisi gagasan, warisanbuahfikiryangdijadikansarananideal.Pemahamantentanggagasandisebalikbahasa akan menghasilkan tanggapan bagi penerimanya, sama ada gagasan itu diterima atau ditolak. Apabila diterima, maka gagasan akan disepakati dan disebarluaskan sebagai pengetahuan bersama, yang kemudian akan diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lainnya, membentuk pandangan dunia (world view) yang menjadi sumber tunjuk ajar untuk menuntun kehidupan manusia. Ini bererti bahawa tunjuk ajar memiliki sistem nilai yang berisi etika, moraliti, pilihan hidup, prioriti hidup yang digunakan oleh individu, kelompok mahupun masyarakat untuk mencapai sesuatu yang diharapkan secara bersama.

Objektif kajian ini, untuk menghuraikan ajaran penting tunjuk ajar Melayu yang tersurat dan tersirat dalam pantun, dalam konteks sosiobudaya Melayu. Kaedah kepustakaan digunakan untuk memperoleh bahan dan data kajian, dan kaedah analisis teks untuk huraian.

SOSIOBUDAYA MELAYUVygotsky (1986) menjelaskan betapa pentingnya aspek sosiobudaya. Beliau menjelaskan bahawa seorang individu tidaklah dapat dikaji secara sendirian, namun, haruslah dikaitkan dengan konteks dunia sosiobudaya di sekitarnya sebagai tempat individu tersebut berkembang. Sistem sosiobudaya tersebut terdiri daripada persekitaran berupa

Tunjuk Ajar Melayu sebagai Pandangan Dunia

97MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016)

masyarakat yang bergaul dan berhubungan satu sama lain, dan membentuk struktur sosial berdasarkan peranan dan statusnya. Aspek kebudayaan, dalam pandangan Faruqi (1986), tidaklah terpisah dengan agama (din). Dalam pandangan ilmu sosial moden, kebudayaan dipandang sebagai konstruksi sosial. Ini demikian kerana dalam kebudayaan, terdapat unsur akal, fikiran, pengertian, kefahaman, pendapat, perasaan, ikhtiar, kekuatan, kesanggupan dan kemampuan. Dari sudut tersebut, ilmu pengetahuan moden menjadi terpisah dengan agama, kerana agama bukanlah konstruksi sosial, namun, merupakan kebenaran wahyu dari sudut pandang Faruqi (1986, ms.34-38), sehingga kebudayaan dan agama bukanlah dualisme. Dalam konteks masyarakat Melayu yang menghasilkan pantun, sesungguhnya kewujudan kesatuan antara hasil kebudayaan (dalam hal ini pantun) dengan agama begitu jelas. Ini bererti, aspek agama dalam pantun merupakan aspek sosiobudaya yang penting dan memberikan pengaruh terhadap sistem nilai (pengetahuan) yang berlaku untuk menjadi panduan dan tindakan.

Aspek budaya dalam hal ini memiliki dua sifat, iaitu yang bersifat benda dan bukan benda. Aspek sosiobudaya bukan benda merupakan gagasan, norma atau nilai (ketentuan atau peraturan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat), termasuk agama yang digunakan untuk menuntun kehidupan manusia. Budaya juga membawa pengertian sikap dan pandangan hidup, serta unsur peradaban (Asmah Haji Omar, 2005, ms.2). Tunjuk ajar Melayu ialah salah satu contoh budaya bukan benda, yang menjadi pedoman bagi manusia untuk memiliki gagasan yang sesuai dengan nilai ideal yang diharapkan untuk menjadi manusia yang mulia dan bermaruah seperti yang diajarkan oleh agama Islam. Sementara itu, aspek material merupakan hasil karya berupa benda kreatif manusia yang didasarkan pada tunjuk ajar yang berlaku pada masyarakat Melayu sehingga benda material tersebut tidak bertentangan dengan tunjuk ajar yang berlaku. Dengan demikian, tunjuk ajar sesungguhnya merupakan cara pandang (world view) tentang dunia dalam konteks Melayu.

Budaya yang mengandung sistem nilai menjadi asas penting untuk berperilaku berdasarkan kesepakatan bersama. Menurut Koentjaraningrat (1979), rangkaian sistem budaya meliputi tujuh unsur, iaitu sistem keagamaan (yang terdiri daripada sistem kepercayaan, nilai dan pandangan hidup, komunikasi keagamaan serta upacaranya), sistem kemasyarakatan dan organisasi sosial (yang meliputi kekerabatan, sistem kenegaraan, sistem kesatuan hidup, dan asosiasi), sistem pengetahuan (pengetahuan tentang alam raya,manusia,floradanfauna,waktudanruang,sertamatematika),sistembahasa(lisandan tulisan), sistem kesenian (seni reka bentuk, sastera, suara, musik, dan lukis), sistem teknologi dan peralatan (transportasi, komunikasi, pakaian, dan rumah), sistem mata pencarian hidup atau ekonomi (Koentjaraningrat, 1979, ms.203-204).

Dalam hal ini, sistem nilai orang Melayu, salah satunya terdapat dalam pantun Melayu. Pantun merupakan puisi tertua dalam tradisi budaya Melayu yang menggambarkan kepelbagaian fenomena gejolak jiwa dan jati diri bangsa Melayu. Fenomena ini dijelmakan dalam pelbagai cara, sama ada untuk mengetengahkan idea atau perasaaan, atau untuk maksud sindiran, jenaka, hiburan dan nasihat secara tersurat dan tersirat, sesuai dengan anak-anak, remaja, antara generasi. Isi pantun ialah tunjuk ajar untuk berhubungan dalam kehidupan di dunia ini, apakah berhubungan dengan sesama manusia, sesama makhluk

Yuhastina Sinaro dan Che Ibrahim Salleh

98 MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016)

Allah, manusia dengan alam sekitar, dan hubungan manusia dengan sang pencipta alam semesta, Allah. Pantun ialah khazanah budaya yang amat tinggi nilainya. Dalam pantun, tergambar bagaimana tingginya peradaban Melayu tentang ilmu pengetahuan. Dalam pantun, terkandung ilmu pengetahuan tentang alam, adat dan adab yang memiliki budi bahasa yang halus dan tinggi.

Pantun memberikan arahan asas kepada manusia untuk berperilaku dalam kehidupan sehari-hari. Para leluhur yang menciptakan pantun memiliki penguasaan ilmu pengetahuan yangamatluas.Merekamenguasaiunsurdanfenomenaalam,danjugailmugeografiuntukmengetahui lokasi dan nama kampung, kota, gunung, sungai, pantai, tasik, laut, termasuk ciritopografi(lautyangbanyakkarang,lautyangcetek/dalam,pantaiyangpasirputih)serta fungsinya. Pencipta pantun juga harus memiliki pengetahuan tentang sejarah, adat, agama, falsafah dan ilmu pengetahuan lainnya (Noriah Taslim, 2010, ms.63-72). Pelbagai pengetahuan tersebut kemudian diungkapkan melalui bahasa yang indah dan memiliki rima untuk memudahkan pendengar dalam mengingat syair demi syair, berlogika ketika merumuskanpantun,danjugamemberikanruangbagipendengarnyauntukberfikirdanmentafsirkan pengetahuan yang ada di dalamnya.

Menurut Muhammad Haji Salleh (2014, ms.8), pantun merupakan wujud puisi lisan. Lebih lanjut beliau juga menghujahkan bahawa suara pantun yang diucapkan “menghidupkan muzik bahasa yang terjalin dalam bahasa itu”. Dalam hal ini menurutnya, pemantun memberikan warna pribadi terhadap pantun yang disuarakannya, dan suara tersebut membina kembali pantun berdasarkan tafsiran suara peribadi yang melagukannya (Muhammad Haji Salleh, 2014, ms.10). Pantun juga memiliki kandungan ilmu pengetahuan tentang alam yang terbentang dari gunung, daratan, lautan, dan langit, serta bulan, matahari dan bintang. Ilmu pengetahuan tentang alam yang dipantunkan sesungguhnya juga merupakan cara masyarakat untuk mengingat ilmu pengetahuan melalui cara lisan.

Pantun merupakan bentuk kebudayaan yang dikenal masyarakat Nusantara, bahkan banyak mengilhami sasterawan dalam berkarya. Menurut Afrizal Malna (2014), karya Sitor Situmorang misalnya, sangat terilhami oleh bentuk pantun tentang alam seperti pada masyarakat Minangkabau yang disebut sebagai patuntun, kemudian pada masyarakat Sunda disebut paparikan, dan pada masyarakat Jawa disebut parikan. Menurut Ding Choo Ming (2012, ms.268-269), pantun berakar pada tradisi dan budaya Melayu dalam konteks regional masyarakat Nusantara, yang menjadi medium untuk mengekspresikan gagasan dan pelbagai hal yang bersifat individual, baik oleh individu mahupun komunitinya.

Pantun diekspresikan secara lisan dalam majlis berbalas pantun untuk pernikahan, sunatan, dan pelbagai acara adat lainnya yang diselenggarakan oleh masyarakat. Pantun merupakan tradisi lisan yang disampaikan daripada satu generasi kepada satu generasi berikutnya untuk memberikan tuntunan (panduan hidup) dalam kehidupan sehari-hari. Dalam tradisi ini, kemampuan untuk mengingat sangatlah penting. Ingatan tersebut bukan hanya ingatan individual, namun juga ingatan kolektif masyarakat, kemudian sistem nilai juga dirakam, sekali gus dilakukan melalui proses berpantun secara aktif dalam masyarakat sehingga nilai yang ada dalam pantun disebarluaskan ke seluruh anggota masyarakat. Pantun ialah tunjuk ajar, yang berisi segala jenis petuah, petunjuk, nasihat, amanah, pengajaran dan contoh teladan yang bermanfaat bagi kehidupan manusia dalam arti luas (Tenas Effendy, 2006, ms.7-8).

Tunjuk Ajar Melayu sebagai Pandangan Dunia

99MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016)

AJARAN PENTING TUNJUK AJAR MELAYUTenas Effendy (2006), mengatakan bahawa Tunjuk ajar Melayu mempunyai tiga (3) kategori hubungan penting untuk menuntun arah kehidupan manusia. Pertama, hubungan manusia dengan Tuhan; kedua, hubungan manusia dengan manusia; ketiga, hubungan manusia dengan alam. Ajaran ini berpandukan ajaran Islam yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis. Untuk memahami ketiga-tiga aspek hubungan tersebut, kajian ini akan menganalisis satu persatu berdasarkan urutannya. Tunjuk ajar yang menuntun kehidupan manusia berdasarkan hubungannya dengan Allah, salah satunya dapat kita lihat daripada pantun di bawah ini:

Apa tanda Melayu jati,dengan Islam ia bersebatiApa tanda Melayu bertuahhidup bertakwa kepada AllahApa tanda Melayu berakal,di dalam Islam ia beramalApa tanda Melayu pilihan,hidup matinya dalam berimanApa tanda Melayu benar,kepada Islam ia bersandar

(Tenas Effendy, 2006, ms.33-35)Pantun di atas menunjukkan bahawa dalam hubungan antara manusia dengan Allah,

akalfikiranmerupakanhalyangpalingpentinguntukmemahamiajaranagama.Akalsebagai sumber pengetahuan diyakini sebagai pemberian Allah sang pencipta alam semesta yang berfungsi untuk memahami dunia sekeliling dan juga keberadaan Allah. Dalam memahami keberadaan Allah melalui ajaran agama, akal digunakan untuk memahami kalam Allah dalam Al-Quran, kerana ia ialah petunjuk untuk memahami pelbagai hubungan yang terkait antara satu sama lain, terutama dengan manusia. Pemahaman tersebut kemudian akan membawa kepada terbentuknya iman terhadap Islam. Iman diertikan bahawa sebagai manusia haruslah bersandar kepada Islam dalam pengertian Islam sebagai jalan untuk mencapai keselamatan yang mulia dan bermaruah. Jalan yang Islami tersebut adalah menghargai hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam semesta kerana semuanya itu ialah amanah ajaran agama. Dalam hal ini, amanah tersebut diwujudkan dalam bentuk pantun tunjuk ajar Melayu.

Hubungan antara manusia dengan manusia dalam tunjuk ajar Melayu, dapat dikategorikan menjadi dua aspek penting. Pertama, ialah hubungan dalam keluarga, dan kedua, ialah hubungan dalam kehidupan bermasyarakat. Contoh hubungan dalam keluarga dapat kita lihat daripada pantun yang berupa petua dan amanah daripada orang tua kepada orang muda (anak). Dalam tradisi budaya Melayu, petua dan amanah yang disampaikan daripada orang tua kepada anak agar anak tersebut menjadi manusia yang berperilaku yang baik terhadap sesama mereka. Baik buruknya anak amat erat kaitannya dengan pendidikan

Yuhastina Sinaro dan Che Ibrahim Salleh

100 MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016)

daripada orang tua, keluarga dan masyarakatnya. Contoh pantun tersebut adalah seperti yang berikut ini:

Elok anak karena emak,baik anak karena bapakAdat menjadi orang tua,Wajib memberi petuah amanahSebelum anak bertambah besar,Wajib diisi tunjuk ajarKalau anak hendak jadi orang,Tunjuk ajarnya janganlah kurang

(Tenas Effendy, 2006, ms.467)Pantun di atas bukan hanya menunjukkan hubungan antara orang tua dengan anak,

namun juga terkandung pengetahuan yang bersifat turun temurun daripada satu generasi kepada generasi berikutnya. Tradisi memberikan petua dan amanah ialah bahagian daripada budaya Melayu dalam menjaga nilai yang penting untuk kehidupan. Tradisi ini bertujuan untuk mewariskan nilai luhur kepada generasi penerus. Petua dan amanah ini lazimnya disampaikan secara langsung dengan membuka peluang untuk berdiskusi sehingga mengembangkan pemikiran generasi belia. Ini menunjukkan bahawa budaya Melayu juga memiliki karakter terbuka, sehingga menerima soal jawab meskipun itu datang daripada kaum lebih muda. Petua dan amanah juga disampaikan oleh orang tua ketika anak akan pergi merantau sebagai bekal dalam kehidupan bermasyarakat. Meskipun petua dan amanah ini berupa nasihat orang tua kepada anak, yakni hubungan manusia dengan manusia, petua di bawah ini juga mengandung ajaran tentang hubungan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam.

wahai anak dengarlah petuahkini dirimu besar panjangumpama burung dapat terbangumpama kayu sudah berbatangumpama ulat mengenal daunumpana serai sudah berumpuntapi walaupun begitu,banyak petuah yang belum tahubanyak amanah yang belum ditimbabanyak amanah belum kau dapatbanyak pengajar belum kau dengarbanyak petunjuk belum kau saukbanyak kaji belum terisimaka sebelum engkau melangkahterimalah petuah dengan amanahsupaya tidak tersalah langkah

Tunjuk Ajar Melayu sebagai Pandangan Dunia

101MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016)

supaya tidak terlanjur lidahapalah petuah amanah hambapetuah amanah orang tua-tuayang berketurunan jadi pusakayang dipakai nenek moyang kitayang mengandung syarak dan sunnahyang mengandung adat lembagaada undang dengan hukumnyaapa pula pantang larangnyapetuah amanah jadikan bekalke mana pergi jangan kau tingga;peganglah dengan hati yang pukalsupaya kelak tidak menyesalpetuah amanah hamba sampaikanmelepaskan hutang meringankan bebansupaya tidak jadi sesalanmana yang elok engkau kerjakansebelum engkau melangkah pergiluruskan niat di dalam hatikebaikan juga engkau carikepada Allah berserah diri

(Tenas Effendy, 2006, ms.468-469)Pantun di atas pada baris pertama mengajarkan kepada anak tentang erti kedewasaan

dan kemandirian dengan mengambil contoh kepada alam. Hal ini juga bererti sang anak juga diajarkan untuk memperhatikan lingkungan alam. Alam dalam dunia Melayu, kerana ciptaan Allah, dipandang memiliki pesan kepada manusia. Oleh sebab itu, berhubungan dengan alam pun memerlukan pengetahuan yang mendalam untuk memahaminya. Kemudian, pantun baris kedua dan ketiga menjelaskan bahawa meskipun alam sudah memberikan tanda, tetapi belum tentu orang memahaminya. Oleh sebab itu, perlu memiliki kepekaan rohaniah atau ilmu rohaniah untuk memahami alam. Lebih lanjut, pada baris keempat dan kelima mengandung ajaran tentang hubungan manusia dengan manusia, khususnya belajar daripada orang yang telah berpengalaman dalam kehidupan, iaitu atuk, ayah dan ibu. Ini juga bermakna, kita menghargai ilmu pengetahuan orang yang lebih berpengalaman dalam hidup. Baris ke enam sampai kesembilan mengandung ajaran tentang hubungan manusia dengan Tuhan untuk hidup di jalan yang diredai oleh Allah. Secara keseluruhan, pantun tersebut di atas memiliki kandungan yang berasaskan konsep habluminalam, habluminanas, dan habluminallah, yang bersumberkan Al-Quran.

Dalam konteks hubungan manusia dengan manusia yang merupakan bahagian daripada kehidupan bermasyarakat, pantun juga memberikan panduan tentang berbudi bahasa. Adat Melayu mengutamakan perilaku berbudi bahasa, tidak mengira waktu, tempat, keturunan dan bangsa. Budi ialah perilaku yang baik, manakala bahasa ialah wahana yang indah, yang membawa perutusan yang indah pula (Muhammad Ariff Ahmad, 2007, ms.69). Keadaan ini

Yuhastina Sinaro dan Che Ibrahim Salleh

102 MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016)

dijelmakan dalam ungkapan ‘yang baik budi, yang indah bahasa’, ‘bahasa jiwa bangsa’, ‘bahasa menunjukkan bangsa’, dan sebagainya. Nilai budi dan bahasa adalah setara, seperti kuku dengan isi, yang amat erat dan mesra. Budi merangkumi segala perilaku manusia, sedangkan bahasa bersifat unik lagi bitara, menyerlahkan elemen estetika dan ketuntasan jiwa bangsa. Dari kaca mata Melayu, yang baik ialah sifat terpuji, dan yang indah ialah perhiasan sejati dan abadi. Kedua-duanya sama mulia dan suci murni. Apabila budi dan bahasa dibaurkan dan digembleng bersama, maka budi bahasa merupakan manifestasi peribadi insan Melayu. Fenomena ini dijelmakan dalam ungkapan ‘budi bahasa tak dijual beli’, yang bermaksud nilai atau harga budi dan bahasa tidak terpermanai (terlalu banyak, tidak terkira jumlahnya). Tidak terkira oleh dacing dan kati. Sehingga dikatakan ‘hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati’ atau ‘hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga’.

Salah satu ciri orang Melayu adalah suka menanam budi dan membalas budi. Bahawa sebaik-baiknya manusia ialah manusia yang tahu berbudi dan tahu membalas budi. Budi tidak dapat dibalas seperti membayar hutang benda atau wang. Jika seseorang telah termakan budi maka seumur hidup akan selamanya terhutang hingga akhirat. Mengikut Hashim Musa (2008, ms.2), seseorang yang berhati budi mulia ialah seorang budiman yang memiliki budi pekerti yang mulia, budi bahasa yang halus, budi bicara yang bernas, dan hati yang tinggi dan luhur, yang pemurah, penyayang dan suka berbakti, adalah sangat berguna dan bermanfaat kepada individu lain dan masyarakatnya. Oleh sebab itu, hutang budi haruslah diingat dan tidak baik jika dikhianati. Pantun tersebut seperti berikut ini:

Hutang emas dibayar emasHutang budi dibawa matiMati semut karena gulaMati Melayu karena budiApa tandanya Melayu jati,Bertanam budi sebelum matiTermakan budi ianya matiApa tanda Melayu jati,Hidup ikhlas menanam budiApa tanda Melayu jati,Elok perangai mulai pekertiSakit senang menanam budiApa tanda Melayu jati,Hidupnya tahu membalas budiApa tanda Melayu jati,membalas budi sampailah mati

(Tenas Effendy, 2006, ms.188-189)Pantun tentang balas budi di atas, sesungguhnya bukanlah sekadar menuntun hubungan

manusia dengan manusia semata, namun, kerana manusia ialah ciptaaan Allah, maka masalah balas budi juga secara automatik terkait dengan keberadaan Allah, bukan hanya

Tunjuk Ajar Melayu sebagai Pandangan Dunia

103MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016)

manusia. Perilaku membalas budi amat penting demi menyemai dan memupuk jati diri, sahsiah dan keperibadian dengan mengambil kira aspek budi pekerti dan adat sopan yang mulia, budi bahasa dan budi bicara yang santun, indah, bernas dan berwibawa, hati budi dan akal yang tinggi dan bijaksana (Rozita Che Rodi & Hashim Musa, 2014, ms.269). Penegasan akan pentingnya hubungan dengan Allah tampak selalu ditegaskan dalam setiap pantun tunjuk ajar Melayu. Hati budi yang luhur dalam masyarakat Melayu mempunyai nilai dan citra yang tinggi. Nilai dan citra yang tinggi ini ditonjolkandalam ungkapan pantun berikut:

wahai ananda ibu bermadahmembalas budi janganlah lengahbudi termakan hutang tak sudahbalas olehmu karena Lillahwahai ananda intan dikarangbertanam budi janganlah kurangkalau termakan budinya orangbalas olehmu pagi dan petangwahai ananda mustika ibu,membalas budi hendaklah tahubudi yang mulia tempat bertumpuperbuatan baik jadi amalmuwahai ananda perbanyaklah budi,tetapi jangan minta dipujiikhlas dan rela dalam memberisupaya amalmu Allah ridhoi

(Tenas Effendy, 2006, ms.396-399)Sementara itu, dalam konteks hubungan seorang individu dalam masyarakat, tunjuk

ajar Melayu juga memberikan pengetahuan yang sangat demokratis. Pengertian demokratis dalam hal ini haruslah diletakkan dalam pengertian musyawarah, muafakat, dan berunding untuk mengambil keputusan demi kepentingan bersama. Ini bererti, prinsip demokrasi dimiliki oleh bangsa Melayu yang berdasarkan ajaran agama Islam. Dalam beberapa hal dasar, demokrasi tersebut memiliki titik temu dengan prinsip demokrasi Barat yang sekarang ini menjadi asas berpolitik secara moden. Meskipun demikian, ada perbedaan besar dan penting antara kedua-duanya. Perbedaannya ialah demokrasi Barat berpinsip pada prinsip “kalah dan menang” melalui pengambilan suara. Sementara itu, demokrasi dalam masyarakat Melayu lebih menunjukkan prinsip “menang dan menang” melalui proses musyawarah sehingga mewujudkan keputusan bersama. Ini juga bererti, masyarakat Melayu ialah masyarakat yang demokratis jauh sebelum demokrasi Barat digunakan sebagai asas untuk berpolitik. Masyarakat Melayu juga bersifat ceria, luwes dan terbuka. Ertinya tidaklah serius dan emosional. Prinsip tersebut dapat kita hayati daripada pantun berikut ini:

Yuhastina Sinaro dan Che Ibrahim Salleh

104 MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016)

apa tanda Melayu bermarwah,dalam berunding ia berlembut lidahapa tanda Melayu bermarwah,dalam mufakat ia amanahapa tanda Melayu bermarwah,memegang teguh hasil musyawarahapa tanda Melayu berilmuadat musyawarah ianya tahuapa tanda Melayu berilmu,sebelum berbuat, mufakat dahulu

(Tenas Effendy, 2006, ms.254-258)Prinsip yang demokratis itu bukanlah dimonopoli oleh generasi tua, namun juga

menjadi petua bagi generasi muda. Ini bererti, reproduksi nilai sosial tentang pentingnya musyawarah, muafakat dan berunding juga perlu untuk dilakukan oleh generasi muda sebagai penerus masyarakat dan nilai Melayu. Prinsip demokratis untuk generasi muda tersebut dapat kita lihat daripada pantun berikut ini:

wahai ananda dengarka0,5s.259-261)Berdasarkan pantun di atas, tunjuk ajar Melayu mengajarkan bagaimana seseorang

individu berpolitik secara benar dan bermaruah. Berpolitik secara bermaruah adalah melaksanakan strategi secara benar dan halal, dengan tidak mencelakakan atau untuk mengalahkanpihaklainmelaluicarayangtidakbermaruahsepertifitnah.Memfitnahpihak yang menjadi lawan politik sama sekali tidak dibenarkan dan merupakan perbuatan yangdiharamkan.Iniialahdasarberfikir“menangdanmenang”dalampengertiantidakmenyakiti dan tidak merendahkan (mengalahkan) salah satu pihak dalam perbedaan politik. Prinsip politik bangsa Melayu adalah berunding, bermuafakat dan bermusyawarah secara mulia bukan dengan cara pengambilan suara secara perseorangan. Ini bererti, kebersamaan bagi bangsa Melayu lebih penting dibandingkan dengan perseorangan. Di sinilah letaknya perbedaan yang mendasar dengan prinsip berpolitik Barat yang berasaskan kepentingan perseorangan atas kebersamaan. Oleh sebab tujuannya adalah untuk kebersamaan, maka berpolitikdenganfitnahataumengada-adaceritatentulahbukanmerupakantunjukajarMelayu,kerana tunjukajarmemberikanajaranuntukberfikirsecarabenardan jujursehingga berkata dan bertindak pun juga secara benar dan jujur. Kebenaran dan kejujuran tersebut bertujuan untuk mencapai kemuliaan yang bermaruah bukan sekadar pemenuhan kepentingan yang bersifat perseorangan.

Selain hubungan manusia dengan manusia dalam konteks keluarga dan masyarakat, tunjuk ajar Melayu juga mengajarkan bagaimana orang Melayu menghargai alam semesta yang berhubungan erat dengan kita, kerana menghargai alam semesta itu ertinya menjalankan cara kehidupan yang rahmatan lil alamin (kasih sayang untuk seisi alam) sesuai dengan ajaran Islam. Hal ini penting kerana alam semesta juga menyediakan bahan yang penting untuk kehidupan manusia. Oleh sebab itu, sebagai orang Melayu, kita pun perlu dan wajib untuk menghargai alam. Keserakahan untuk menguasai alam sangatlah

Tunjuk Ajar Melayu sebagai Pandangan Dunia

105MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016)

bertentangan dengan tunjuk ajar Melayu, kerana keserakahan untuk menguasai alam hanya akan menghasilkan bencana bukan sahaja bagi manusia itu sendiri, namun juga makhluk lain mahupun kerusakan bagi benda yang tidak bernyawa yang ada di sekitar manusia. Tunjuk ajar yang menunjukkan pentingnya kita sebagai orang Melayu untuk menghargai alam semesta dapat kita hayati daripada pantun berikut ini:

tanda orang memegang adat,alam dijaga, petuah diingattanda orang memegang amanah,pantang merusak hutan dan tanahtanda orang berfikiran panjang,merusak alam ia berpantangtanda orang berbudi pekerti,merusak alam ia jauhitanda ingat ke anak cucu,merusak hutan hatinya malu

(Tenas Effendy, 2006, ms.664)Pantun di atas jelas sekali menunjukkan bahawa kita tidak boleh merusak hutan,

kerana hutan merupakan manifestasi kasih sayang Allah kepada manusia dan makhluk hidup lainnya. Merusak hutan akan mengganggu keseluruhan sistem ekologi yang dapat membawa bencana. Banjir yang melanda beberapa wilayah di Malaysia pada penghujung 2014 dan awal 2015 diduga tidak terlepas daripada tindakan merusak hutan. Menurut berita yang disiarkan oleh Mongabay, NASA (National Aeronautics and Space Administration) telah mengenal pasti bahawa perusakan hutan di Malaysia pada perempat tahun pertama 2014 meningkat mencapai 150% (“Nasa detects surge”, 2014).

Perusakan hutan itu menunjukkan bahawa ada individu yang tidak memegang amanah untuk menjaga hutan dengan penuh kasih, tidak lagi memegang adat dan tunjuk ajar Melayu,tidakberbudipekerti,tidakberfikiranpanjang,sehinggakerusakanalamterjadi.Akibatnya, bencana yang membawa mangsa manusia mahupun kehidupan lainnya pun terjadi dan menyengsarakan banyak pihak. Bahkan anak cucu pun menjadi mangsa kerana masa depannya telah dihadapkan dengan kerusakan alam.

Oleh sebab itu, tunjuk ajar Melayu pun menyedarkan kita semua, sebagai bangsa Melayu Islam, kita harus berlaku sebagai khalifah tidaklah menyalahkan alam, namun haruslah menyalahkan diri sendiri kerana telah melanggar amanah nenek moyang agar tidak merusak hutan mahupun merusak alam seperti yang dapat kita hayati dalam tunjuk ajar berupa pantun di bawah ini.

siapa sadar dirinya khalifah,terhadap alam takkan menyalahberamu tidak merusak kayuberotan tidak merusak hutanbergetah tidak merusak rimbaberumah tidak merusak tanah

Yuhastina Sinaro dan Che Ibrahim Salleh

106 MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016)

berkebun tidak merusak merusak dusunberkampung tidak merusak gunungberladang tidak merusak padang

(Tenas Effendy, 2006, ms.666)Sesungguhnya tunjuk ajar Melayu yang merujuk pada surat Ar-Rahman mengajarkan

kita untuk menikmati pemberian Allah dengan menghargai alam semesta dan dengan tidak mendustakan nikmat yang diberikan Allah kepada umat manusia. Ketika meramu kayu, kita pun tidak diperbolehkan merusak kayu, ini bererti kita diharuskan untuk mengambil kayu yang telah jatuh dan kering, bukan merusak kayu yang masih hidup. Ketika mengambil rotan, kita pun tidak boleh merusak hutan. Ketika kita mengambil getah tidak boleh kita merusak rimba. Ketika kita membina rumah kita pun tidak boleh merusak tanah. Gunung dan padang pun harus dijaga, meskipun kita berladang dan berkampung di atas gunung. Apa yang terjadi sekarang ini, banyak gunung yang diratakan untuk perumahan moden. Hutan pun kita habisi ketika manusia memerlukan tempat untuk mereka hidup. Manusia Melayu moden banyak yang melupakan tunjuk ajar Melayu, sehingga bencana pun kita peroleh kerana terlupa dan lalai untuk menghargai alam semesta secara baik.

KESIMPULANTunjuk ajar berupa pantun telah mewarnai kehidupan masyarakat Melayu dini. Pantun juga memiliki pengetahuan yang luar biasa kerana menjelaskan kepada bangsa Melayu bahawa sebagai seorang manusia, ia tidaklah berdiri sendiri, namun terkait dengan manusia lainnya, alam semesta dan Allah. Dengan demikian, tunjuk ajar Melayu menjelaskan bahawa manusia itu hidup bermasyarakat serta berhubungan dengan makhluk hidup lain, termasuklah benda yang tidak bernyawa seperti hutan, gunung, sungai dan laut. Ini menunjukkan bahawa masyarakat dini belajar daripada alam, yang kemudiannya dijelmakan melalui pemikiran yang tinggi dan mendalam. Isinya padat dan kemas serta menggambarkan kehalusan dan keprihatinan masyarakat Melayu terhadap alam dan budaya, bukan setakat alam rasa, tetapi menjangkau nilai budi dan pandangan sarwa. Keadaan ini menjadikan pantun bukan sahaja menyatakan keindahan penyusunan kata, malahan pantun menyatakan manifestasi minda masyarakat.

Selain itu, perhubungan dengan Allah sebagai sang pencipta alam semesta beserta isinya merupakan rahmat bagi seluruh makhluk hidup dan alam semesta. Oleh sebab semua bentuk hubungan tersebut merupakan rahmatan lil alamin, maka perilaku manusia haruslah memuliakan sesama manusia dan ciptaan Allah lainnya yang bertujuan bukan semata-mata untuk kepentingan manusia tetapi juga untuk kepentingan seluruh isi alam semesta.

BIBLIOGRAFIAfrizal Malna. (22 Disember 2014). Sitor Situmorang: Ilmu alam di bawah kata. Harian Indoprogress 2014.

Dicapai melalui wwwindoprogress.com

Al-Faruqi, Ismail Raji, (1983). Al-Tawheed; Its implications for thought and life. Kuala Lumpur: International Islamic Federation of Student Organization.

Asmah Haji Omar. (2005). Budaya dan bahasa kiasan. Jurnal Peradaban Melayu. 3/2005, 1-3.

Tunjuk Ajar Melayu sebagai Pandangan Dunia

107MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016)

Ding Choo Ming. (2012). Kajian baru pengarangan manuskrip & kreativiti pantun Melayu. Bangi: Institut Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hashim Haji Musa. (2008). Hati budi Melayu: Pengukuhan menghadapi cabaran abad ke-21. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Koentjaraningrat. (1979). Pengantar ilmu antropologi. Jakarta: Aksara Baru.

Muhammad Ariff Ahmad. (2007). NILAM: Nilai Melayu Menurut Adat. Singapura: Majlis Pusat Pertubuhan Budaya Melayu Singapura.

Muhammad Haji Salleh. (2014). Ghairah dunia dalam empat baris: Sihir pantun estetikanya. Kuala Lumpur: PTS Akademia.

NasadetectssurgeindeforestationinMalaysia,Boliviaduringfirstquarterof2014(21April2014).Dicapaimelalui news.mongabay.com/2014/0421-glofdas-2014q1. html.

Noriah Taslim. (2010). Lisan dan tulisan teks dan budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rozita Che Rodi & Hashim Musa. (2014). Bahasa Melayu bahasa negara bangsa Malaysia”, Mahawangsa: Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu. 1(2), 257-272.

Tenas Effendy. (2006). Tunjuk ajar Melayu. Yogyakarta: Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu.

Vygotsky, L. (1986). Thought and language. Massachussets: The MIT Press.

Wan Ab Kadir Wan Yusoff (Peny.). (1996). Pantun manifestasi minda masyarakat. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Winstedt, Sir Richard. (1977). A History of classical Malay literature. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

MAHAWANGSA 3 (1): 109 - 112 (2016)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

1Puteh Noraihan A Rahman sedang melanjutkan pengajian doktor falsafah di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya semenjak 2013. Kepakaran beliau adalah tentang kepercayaan Melayu lama dan sastera Melayu klasik. Beliau juga merupakan seorang pensyarah di University Taylors (Lakeside campus), Malaysia2Zahir Ahmad (Dr.) merupakan pensyarah dan Professor Madya di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Bidang dan kepakaran beliau ialah kesusasteraan Melayu klasik

Ulasan Buku

An Analysis of Malay Magic. oleh K.M. Endicott

Puteh Noraihan A Rahman1 dan Zahir Ahmad2

Buku K. M. Endicott yang berjudul An Analysis of Malay Magic diterbitkan pada 1970 oleh Oxford University Press. Buku ini membincangkan secara mendalam tentang kepercayaan dan amalan sihir di Semenanjung Malaysia. Sebelum menelusuri kandungan buku ini secara lanjut, para pembaca perlu mengetahui bahawa analisis tentang ilmu kebatinan masyarakat Melayu telah lama dikaji oleh penulis kolonial seperti R. O. Winstedt, W. W. Skeat, F. A. Swettenham dan J. M. Gullick yang menggelar ilmu ini sebagai “agama lama” masyarakat Melayu. Terdapat juga persoalan mengapakah buku K.M. Endicott dipilih walhal buku ini agak terlalu lama, iaitu penerbitannya pada 1970. Pada pendapat kami, pemilihan sesebuah karya adalah bergantung kepada skop dan objektif kajian tanpa berasa bias kepada tahun penerbitan sesebuah karya. Keunikan penulisan Endicott sememangnya dapat dilihat melalui struktur penganalisisan dan penjelasan beliau yang teratur.

Usaha beliau dilihat lebih kritikal kerana bukan sahaja membuat kompilasi dapatan kajian oleh penulis lalu tetapi melakukan kritikan tentang hipotesis mereka. Penulisan Endicott menjadi menarik kerana kritikan yang dibuat penulis lalu terhadap perkataan, konsep serta pandangan mereka yang kurang relevan dan sesuai. Kaedah strukturalisme yang diaplikasikan oleh Endicott membantu dalam menampakkan esei ini lebih analitikal dan kritikal berbanding dengan Windstedt dan penulis lain yang cenderung dengan penulisan yang lebih naratif, yang mungkin disebabkan metode kajian mereka. Pengaruh W. W. Skeat dalam beberapa bahagian esei ini dan gaya penulisan beliau dalam mengekalkan tema sihir Melayu mengikut cara tersendiri menjadikan karya beliau adalah distingtif. Ketakjuban beliau dalam pengkajian budaya lama masyarakat Melayu ini jelas tergambar tatkala beliau menyimpulkan bahawa bomoh atau pawang merupakan satu profesion kerana keistimewaan mereka dalam berinteraksi dengan alam ghaib dan menyembuhkan penyakit.

SalahsatuideayangsignifikantentangsihirMelayutelahditerangkandalambabempat. Beliau menyentuh tentang asas kepada sihir Melayu. Apakah faktor utama yang menyebabkan orang Melayu percaya kepada sihir? Bermula dengan unsur binatang,

Endicott memegang pendirian yang sama seperti Winstedt yang menganggap amalan Melayu purba mementingkan antropomorfik.Pengaruhhaiwandiberikanpenekanan dalam pandangan semesta Melayu. Tidak hairanlah, penceritaan

Puteh Noraihan A Rahman dan Zahir Ahmad

110 MAHAWANGSA 3 (1): 109 - 112 (2016)

dalam kisah rakyat menggunakan binatang sebagai peranan utama dalam menyampaikan nilai moral kepada pembaca. Malah, sebahagian besar daripada cerita rakyat Melayu merangkumi cerita tentang haiwan dan unsur semula jadi. Endicott juga memperbandingkan teoriyangberbezadaripadapenulis lalu.Pertama, tentangteoriantropomorfikSkeat.Endicott juga menyelidiki teori sumangat oleh Cuisinier dalam kepercayaan Melayu. Idea tentang sĕmangat ialah sesuatu yang teras dan boleh dikatakan kesemua pengkaji kepercayaan Melayu lama menganggap kefahaman tentang konsep sĕmangat adalah amat penting. Endicott menggariskan beberapa prinsip untuk menilai elemen sĕmangat seperti sĕmangat sesuatu jisim dan tidak berjisim. Sĕmangat juga boleh dibuat, dibuang dan dimaipulasi kerana terdapat upacara membuat sĕmangat. Sĕmangat boleh mengalami proses berkurangan atau pertambahan dengan menggunakan sihir Melayu. Beliau turut bersetuju dengan pendapat Skeat yang menyimpulkan bahawa sĕmangat merupakan ciri utama kepada keseluruhan sistem sihir Melayu. Terdapat juga perspektif lain tentang konsep sĕmangat melaluiamalanSufi.EndicottmenjelaskanbagaimanaamalanSufismemenjadiperantaraan untuk menghubungkan sĕmangat dalambadanfizikalmanusiadenganalammetafizikal.DalamamalanSufisme,interaksiantaramanusiadenganTuhanberlakudibawah minda separa sedar.

Dalamdefinisiyanglebihstruktural,Endicottmenghuraikankonsepnyawa, roh dan sĕmangat. Endicott menganggap bahawa jiwa manusia dapat terbahagi kepada roh, nyawa and sĕmangat. Beliau mengambil kira laporan Robinson dan Annandale yang membezakan konsep tersebut berdasarkan pemerhatian mereka terhadap orang Pattani. Endicott juga mengutarakan pandangan beliau tentang kelas sĕmangat kerana terdapat sĕmangat yang boleh mencapai keramat. Terdapat juga sĕmangat rohbebassepertihantupĕlĕsit, polong, bajang, bĕlian serta jin-jin. Terdapat juga perbincangan tentang roh yang berhubung kait dengan kematian dan kelahiran (vampires) seperti bajang, pontianak, penanggalan dan langsuir. Dalam bab tersebut juga, Endicott menjelaskan perihal transformasi yang berlaku terhadap roh selepas kematian, seperti roh kanak-kanak yang mati semasa kelahiran, dan sebagainya. Rentetan daripada huraian cara kematian seseorang, kemudian menjadi roh berkeliaran dan ada yang menjadi hantu penghisap darah, dan sebagainya. Selain itu, komponen yang dibincangkan dalam bab ini ialah perkaitan badi denganfizikalataubadan manusia. Pada akhir bab, Endicott mengeluarkan pandangan tentang hubungan antara sĕmangat manusia dengan haiwan. Beliau turut mengkritik penulis yang keliru dengan pandangan masyarakat Melayu dengan Barat. Misalnya, pendapat Annandale yang mendakwa orang Melayu Pattani tidak membezakan haiwan dengan manusia dan mempunyai taraf yang sama. Hal ini disebabkan sĕmangat binatang dapat memasuki diri seseorang seperti kejadian seperti harimau jadian. Sebaliknya, Endicott menjelaskan bahawa orang Barat sememangnya menyamakan manusia dengan haiwan mengikut kategori mamalia tetapi sudah tentulah kriteria haiwan dan manusia adalah berbeza.

Mungkin ada antara pembaca yang berminat untuk mengkaji penulisan penulis yang lebih awal seperti Skeat, Windstedt, Anandale tetapi permulaan yang baik sebelum mengkaji buku penulis di atas adalah membaca karya An Analysis of Malay Magic ini terlebih dahulu. Penulisan yang lebih tersusun dan huraian yang jelas membantu bagi kajian yang lebih mendalam tentang sihir Melayu. Bermula daripada bab dua sehinggalah bab terakhir,

An Analysis of Malay Magic. oleh K.M. Endicott

111MAHAWANGSA 3 (1): 109 - 112 (2016)

Endicotttidakakanlupauntukmengingatipembacatentangpengelasanroh,sĕmangatdan nyawa agar pembaca tidak hanyut dalam konsep yang seakan-akan sama. Tambahan pula, sesuatu yang menarik bagi pembaca kerana beliau akan melakukan kritikan terhadap penulis lain sekiranya terdapat kekeliruan atau konsep yang sukar difahami. Contohnya, seperti ‘reflection of souls’ oleh Skeat. Kritikan sebegini adalah penting untuk mengelakkan sebarang kekeliruan kepada pembaca yang masih dalam proses memahami konsep dalam sihir Melayu.

Bagi kajian antropologi, terutamanya tentang kepercayaan lama orang Melayu, keramat merupakan perkara asas yang perlu diketahui. Keramat dipercayai mempunyai kuasa semula jadi dan masih disembah oleh masayarakat kini walaupun pada hakikatnya amalan sebegini adalah berlawanan dengan pandangan semesta Islam. Usaha Endicott adalah begitu baik dalam menerangkan pengertian keramat. Bagi beliau, keramat bergantung kepada berapa faktor seperti kesucian, keganjilan bentuk, kecacatan, keagamaan dan ketaksuban kepada sesuatu sĕmangat. Tiada rujukan yang lebih mudah selain karya Endicott kerana beliau berjaya melakukan kompilasi, komentari dan mengetengahkan kajian lalu tentang sihir Melayu. Falsafah beliau melalui analisis yang sistematik dalam kerangka ilmu sihir Melayu memberikan keistimewaan kepada Endicott untuk memberikan kesimpulan yang baik serta melakukan kritikan yang bernas kepada penulis lalu.

Terdapat satu sistem berhubung dengan falsafah dunia kebatinan Melayu. Kami mendapati bahawa Endicott menjelaskan pengkategorian ilmu sihir Melayu mengikut wilayah yang berbeza. Berlainan dengan pendapat pengkaji terdahulu yang menetapkan ilmu sihir Melayu terbahagi kepada empat tempat. Selain itu, isu lain adalah berkaitan dengan elemen alam sekitar yang mempunyai peranan dan pengaruh dalam ilmu kebatinan orang Melayu. Bahagian alam sekitar seperti hutan-air, tanah-hutan, tanah-air serta tempat tinggal manusia mempunyai kaitan dengan upacara, kejadian hantu, kejadian luar biasa, pusat bagi alam ghaib, dan sebagainya. Beliau berpendapat bahawa hubungan antara roh dengan alam sekitar adalah bersifat abstrak dan berbeza.

The analysis of Malay Magic berakhir dengan begitu baik sekali kerana bab yang terakhir berhubung dengan operasi sihir Melayu. Endicott menekankan bahawa manifestasi dan praktis pawang atau bomoh yang mahir melalui kepandaian mereka dapat membuatkan roh di alam ghaib berinteraksi. Pawang ini juga berupaya untuk mengawal serta memanipulasikan sĕmangat. Endicott turut mengenal pasti jenis jampi dan beberapa peralatan yang diguna pakai dalam ritual yang dijalankan oleh pawang. Antara elemen untuk“menguatkansemangat”,berlindungdaripadabadidanmenjampipĕlĕsitadalahdengan penggunaan emas, besi dan perak. Elemen yang seterusnya adalah berkenaan dengan melemahkan dan membuang sĕmangat yang tidak baik seperti upacara mandi dan menepung tawar. Terdapat juga elemen “pemegang” kepada roh dan sĕmangat, iaitu dengan penggunaan limau, telur dan kain kuning, hitam atau putih. Dalam masa yang sama, Endicott menghuraikan bahan perantaraan seperti pembakaran kemenyan, lilin beserta jampi tertentu untuk memanggil roh dan hantu. Perkara seterusnya untuk dipersembahkan kepada hantu dan roh ialah beras kunyit, telur, tepung dan kepala, sirih, air setengah cawan. Dalam upacara dan ritual, nombor juga memainkan peranan kerana terdapat nombor tertentu dalam pelaksanaan upacara sihir. Pada akhir bab, beliau menghuraikan upacara “semanagat

Puteh Noraihan A Rahman dan Zahir Ahmad

112 MAHAWANGSA 3 (1): 109 - 112 (2016)

padi”, dan upacara “berhantu” dan turut membincangkan tafsiran penulis seperti Skeat, Cuisinier, Gimlett dan Annandale tentang upacara ini.

Apa yang menjadikan buku beliau menarik ialah cara penyusunan yang sistematik. Permulaan yang baik dengan memberikan pendahuluan tentang sihir Melayu dan penggunaan kaedah strukturalisme mudah dijadikan panduan dalam menganalisis sihir Melayu jika hendak dibandingkan dengan penulis yang lain. Secara keseluruhan, teknik memperjelas konsep asas bagi sihir Melayu dalam bab dua, dan membuat perbandingan terminologi dan konsep sihir Melayu dalam bab tiga melancarkan proses pembacaan buku ini. Kajian komprehensif tentang sĕmangat dan pengelasannya juga ditekankan kerana ia merupakan asas untuk memahami keseluruhan konteks sihir Melayu. Perkaitan peranan alam sekitar seperti hutan,air, tanah dan tempat tinggal manusia serta pengaruh lain seperti sosial, masa, dan ruang penting membantu dalam memahami ilmu sihir Melayu. Akhir sekali, pengakhiran tentang operasi atau pelaksanaan sihir mengakhiri penulisan yang baik ini. Kepercayaan yang diberi untuk kami mengulas karya beliau ialah sesuatu yang amat berharga kerana analisis yang baik oleh K. M. Endicott merupakan suatu permulaan yang baik bagi kajian tentang ilmu sihir masyarakat Melayu. Sayangnya kami tidak dapat memberikanbiografi tentangK.MEndicottkeranamaklumat tentangbeliauadalahterhad. Akhir kalam, buku ini dapat memberikan maklumat yang berguna tentang budaya masyarakat Melayu lama, terutamanya dari segi sihir Melayu.

PertanikaGerbang sebaran hasil penyelidikan berkualiti tinggi

MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)

Garis Panduan Penulisan dan Tatacara Serahan

Semakan: Ogos 2015

Sila baca dan patuhi garis panduan dengan teliti. Makalah yang memenuhi spesifikasi yang diberikan akan membantu melancarkan proses penerbitan. Lembaga Editorial berhak menolak makalah yang tidak mematuhi garis panduan ini.

LATAR BELAKANGPertanika merupakan jurnal berwasit antarabangsa yang berfungsi sebagai medium penerbitan dan perbincangan isu pertanian tropika serta bidang berkaitan. Pertanika memulakan penerbitan pertama pada 1978 sebagai Journal of Tropical Agricultural Science. Pada 1992, Pertanika diselaraskan kepada tiga jurnal berasingan, iaitu Journal of Social Sciences & Humanities (JSSH), Journal of Tropical Agricultural Science (JTAS) dan Journal of Science and Technology (JST), sebagai memenuhi keperluan jurnal yang lebih khusus dalam bidang pengajian. Pengasingan ini memberikan ruang tumpuan yang khusus terhadap kekuatan bidang yang pelbagai di universiti. Pada 2013, siri terbaharu dalam Pertanika telah diwujudkan, iaitu Jurnal Pertanika MAHAWANGSA. Siri jurnal ini lebih tertumpu kepada bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu. MAHAWANGSA diterbitkan dalam bahasa Melayu dengan kekerapan dua kali setahun, iaitu pada Jun dan November dan dibuka kepada penulis dari seluruh dunia.

MATLAMATMenyebarluaskan penyelidikan berkualiti tinggi kepada umum.

KUALITI Pertanika menyasarkan kecemerlangan melalui profesionalisme dalam penerbitan. Keputusan penerimaan makalah dijamin dalam tempoh 14 minggu. Tempoh masa daripada serahan makalah sehingga penerbitan artikel adalah dalam purata 5-6 bulan.

INDEKS PETIKANPertanika menyasarkan kecemerlangan melalui profesionalisme dalam penerbitan. Keputusan penerimaan makalah dijamin dalam tempoh 14 minggu. Tempoh masa daripada serahan makalah sehingga penerbitan artikel adalah dalam purata 5-6 bulan.

VISIPertanika akan terus mempertingkatkan kandungan, khidmat penyelidikan dan capaian arkib jurnal kepada umum. Pertanika berusaha merealisasikan wawasan baharu yang akan memberikan manfaat kepada ahli akademik dan masyarakat umum. Kemunculan medium atas talian menjadi pemacu utama sebaran berita penyelidikan terkini untuk pembaca Pertanika.

SKOP DAN MATLAMATMatlamat MAHAWANGSA adalah untuk menjadi peneraju utama dalam bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu merentas multidisiplin. Kandungan penulisan boleh berbentuk konseptual, teoritikal, empirikal, sejarawi, dan sebagainya dalam kerangka kebahasaan, kesusasteraan, pendidikan, kebudayaan dan warisan Melayu. Ranah pengajian mestilah meliputi alam Melayu dan diaspora Melayu.

Kenyataan RedaksiPertanika ialah jurnal rasmi Universiti Putra Malaysia. Singkatan untuk Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu ialah MAHAWANGSA.

GARIS PANDUAN PENULISAN

Dasar PenerbitanDasar Pertanika MAHAWANGSA melarang penghantaran makalah yang sama untuk penilaian serentak oleh dua atau lebih penerbitan. Penerbitan semula mana-mana makalah yang telah diterbitkan oleh pihak penerbitan lain sama ada secara menyeluruh atau sebahagiandaripadanya juga dilarang. Penerbitan semula makalah yang telah diterbitkan secara keseluruhan dalam bentuk prosiding juga dilarang.

Proses EditorialPenulis akan dimaklumkan tentang penerimaan makalah, status dan sebarang keputusan berkaitan dengan proses penerbitan oleh pihak Editorial dari semasa ke semasa.

Proses Pewasitan: Makalah yang sesuai untuk diterbitkan akan dimajukan kepada sidang editorial dan/atau pewasit. Penulis digalakkan untuk mencadangkan pewasit yang berpotensi untuk pewasitan. Makluman keputusan sidang editorial lazimnya mengambil masa 8 hingga 10 minggu daripada tarikh penerimaan makalah. Sidang editorial tidak menjamin penerbitan setiap makalah.

Kebenaran Penulis: Penulis bertanggungjawab terhadap semua kenyataan yang disiarkan dalam makalah tulisannya, termasuk perubahan yang dilakukan oleh editor. Penulis perhubungan diminta bersedia untuk berunding dengan editor jurnal untuk menjawab soalan semasa proses editorial dan meluluskan salinan makalah yang telah disunting. Penulis akan menerima versi makalah yang telah disunting untuk kelulusan akhir. Untuk melancarkan proses penerbitan, sebarang perubahan pada makalah yang sudah disunting dan diluluskan adalah tidak dibenarkan.

Penyediaan MakalahPertanika Mahawangsa menerima serahan empat jenis makalah. Setiap serahan diklasifikasikan sebagai makalah atau karya asli, ulasan buku, nota penyelidikan dan juga cadangan untuk terbitan isu khas. Makalah harus ditulis dalam bahasa Melayu dan mestilah tepat, jelas, mudah difahami dan berupaya menyampaikan isi dengan baik menggunakan aturan bahasa Melayu yang gramatis.

Penulis digalakkan membuat semakan bahasa sebelum dimajukan kepada pihak editorial. Makalah yang lemah dalam pengunaan tatabahasa akan ditolak serta-merta.

Penggunaan singkatan perkataan adalah diterima. Penggunaan slang, jargon atau singkatan yang tidak jelas adalah dilarang. Unit dalam sukatan metrik dibenarkan dan sekiranya unit ukuran (penjelasan) dalam bahasa Inggeris digunakan, unit tersebut hendaklah dimasukkan di dalam kurungan. Sebarang singkatan perkataan hendaklah dieja penuh pada setiap kali penggunaan pertama dalam teks

Pewasitan Makalah yang diterima disemak melalui proses pewasitan. Pewasit bagi setiap makalah terdiri daripada pakar bidang dalam skop makalah. Pewasit akan dipilih oleh sidang editor jurnal atau dipertimbangkan melalui cadangan pewasit yang telah dinamakan oleh penulis.

Pewasit akan mengemukakan penilaian bertulis yang menyatakan kekuatan dan kelemahan makalah bagi tujuan penambahbaikan dan pengenalpastian bahan sokongan tambahan yang sesuai untuk makalah tersebut.

Makalah akan dinilai oleh dua hingga tiga orang pewasit. Penulis digalakkan untuk mencadangkan nama pewasit yang berpotensi dan dinyatakan dalam borang penilaian. Walau bagaimanapun, cadangan yang dikemukakan tetap tertakluk kepada keputusan akhir editor.

Makalah dinilai berdasarkan kandungan. Oleh itu, editor berhak membuat suntingan pada teks untuk mengelakkan kekaburan makna dan pengulangan serta meningkatkan komunikasi antara penulis dengan pembaca. Makalah akan dikembalikan kepada penulis untuk semakan sekiranya perubahan perlu dilakukan.

Proses Semakan Jurnal

Tujuh langkah proses semakan editorial:

1. Editor Eksekutif meneliti makalah untuk menentukan kesesuaiannya dengan skop jurnal. Makalah yang tidak sesuai dengan skop jurnal akan ditolak. Penulis akan dimaklumi sekiranya makalah ditolak.

2. Editor Eksekutif akan menghantarkan maklumat identifikasi makalah kepada dua hingga tiga pewasit. Salah seorang pewasit biasanya terdiri daripada sidang editorial jurnal, sementara dua orang pewasit lain mewakili pakar dalam bidang atau disiplin perbincangan makalah tersebut. Proses penilaian melibatkan dua borang, iaitu (a) ‘Borang Pewasitan’ dan (b) ‘Borang Ulasan Pewasit’ bersama ‘Panduan Pewasitan’. Proses pewasitan ini mengambil masa dua hingga tiga minggu. Ulasan yang diberikan merangkumi kesesuaian kerangka teori dan konseptual, sorotan kajian, metodologi, dapatan, perbincangan dan kesimpulan. Pewasit biasanya akan menyertakan bersama cadangan penambahbaikan. Ulasan dan penilaian yang dibuat adalah berdasarkan kepentingan dan sumbangan makalah terhadap perkembangan disiplin ilmu.

3. Editor Eksekutif meneliti laporan pewasitan. Editor Eksekutif akan berunding dengan Ketua Editor untuk memutuskan sama ada sesebuah makalah wajar ditolak atau diserahkan semula kepada penulis untuk pembetulan. Keputusan akhir

tertakluk kepada sidang editorial yang berhak menolak apa-apa bahan untuk diterbitkan. Dalam beberapa keadaan, makalah diterima dengan hampir tiada semakan. Laporan pewasitan akan dimajukan kepada penulis dengan sedikit penambahan daripada editor untuk memudahkan penulis mengambil tindakan mengikut cadangan panel pewasit.

4. Penulis memberikan jawapan terhadap ulasan penilaian. Penulis dikehendaki menghantarkan edisi semakan makalah kepada Editor Eksekutif bersama-sama maklumat khusus yang memerihalkan respons terhadap laporan pewasitan.

5. Setelah selesai proses semakan, Editor Eksekutif, sidang editorial dan Ketua Editor akan membuat semakan terhadap laporan pewasitan. Keputusan sama ada makalah tersebut diterima untuk penerbitan atau memerlukan semakan semula atau ditolak akan dibuat pada peringkat ini.

6. Makalah yang memerlukan semakan semula akan dihantar kepada penilai selain penilai asal makalah tersebut.

7. Makalah yang diterima akan dihantar kepada Bahagian Penerbitan untuk dicetak. Proses cetakan makalah mengambil masa lebih kurang 3 bulan. Pihak penerbit akan memastikan bahawa makalah mematuhi gaya penulisan yang ditetapkan (petikan, rujukan, jadual, kejelasan dan tatabahasa). Penulis diminta memberikan kerjasama terhadap sebarang keperluan dan pertanyaan daripada pihak penerbitan. Halaman yang sudah siap disemak akan dihantar kepada penulis utama untuk pengesahan akhir. Sebarang perubahan pada penulisan pada tahap ini hanya melibatkan perubahan yang penting. Makalah yang telah melalui kesemua proses ini akan diterbitkan dalam talian pada keluaran semasa.

Jurnal Pertanika menerima makalah berbentuk:

1. Makalah

Definisi: Karya asli yang menampilkan kajian empirikal. Kajian asal yang dirujuk mestilah disertakan dengan rujukan yang jelas. Sementara itu, penjelasan berkaitan penemuan dalam kajian haruslah yang terkini.

Panjang Makalah: Jumlah perkataan tidak melebihi 6000 perkataan (tidak termasuk muka surat abstrak dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, rujukan, jadual serta gambar rajah).

2. Ulasan Buku

Definisi: Penilaian ringkas tentang sesuatu karya (buku, hasil seni, makalah dan sebagainya). Panjang Ulasan: Jumlah perkataan tidak melebihi 6000 perkataan (tidak termasuk muka surat absrak dalam bahasa Melayu dan Inggeris, rujukan, jadual serta gambar rajah).

3. Nota Penyelidikan

Definisi:- Maklumat baharu berkaitan sebahagian atau keseluruhan dapatan kajian dalam bentuk penulisan ringkas yang rinci. Nota penyelidikan sesuai untuk penerbitan berkaitan disiplin teknikal atau penemuan baharu tentang mana-mana disiplin atau subdisiplin ilmu yang mempunyai hubungan dengan budaya, warisan dan bahasa Melayu.

Panjang Laporan:- Jumlah perkataan tidak melebihi 3000 perkataan (tidak termasuk muka surat abstrak dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, rujukan, jadual serta gambar rajah).

4. Isu Khas

Definisi: Bahan daripada hasil kajian yang telah dibentangkan dalam persidangan, seminar, kongres atau simposium.

Panjang Makalah: Jumlah perkataan tidak melebihi 4000-8000 perkataan (tidak termasuk muka surat absrak dalam bahasa Melayu dan Inggeris, rujukan, jadual serta gambar rajah).

5. Lain-lain

Definisi: Laporan ringkas, kajian kes, komen, Surat kepada Editor, dan balasan pada makalah sebelum ini yang disiarkan boleh dipertimbangkan.

Panjang Makalah: Jumlah perkataan tidak melebihi 2000 perkataan.

FORMATPenulis digalakkan untuk menyediakan makalah dalam format Microsoft Word. Teks ditulis dalam satu ruang lajur (column) dengan margin 4cm dan langkau 2 baris. Penulis digalakkan untuk menggunakan rupa taip Times New Roman, dengan saiz fon 12 poin. Penulis dinasihati agar memberikan perhatian pada penggunaan aksara/rupa taip khas dalam penulisan sekiranya penulisan tersebut menggunakan jenis rupa taip berbeza daripada aksara khas, terutamanya fon Symbol dan Mincho.

Penulis diminta meninggalkan satu jalur kosong antara setiap perenggan teks dan rujukan. Jadual dan gambar rajah perlu diasingkan daripada teks ataupun diletakkan pada ruang lampiran.

Pengarang dikehendaki memberikan penomboran pada setiap muka surat.

JUDULJudul bagi setiap jenis penulisan hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan tidak melebihi 10 perkataan. Judul ditulis menggunakan fon dan saiz fon yang sama dengan penulisan teks penuh.

ABSTRAKAbstrak perlu ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan tidak melebihi 200 perkataan bagi makalah dan tidak kurang daripada 100 perkataan bagi nota penyelidikan. Abstrak perlu ditaip menggunakan saiz fon 11poin dengan langkau sebaris (single spacing). Penulis perlu menyertakan 5 hingga 8 kata kunci pada ruang di bawah abstrak untuk menjelaskan keseluruhan isi kandungan makalah.

SUNAN MAKALAH Halaman 1: JudulJudul mestilah tidak melebihi 10 perkataan. Singkatan bagi judul makalah perlu diletakkan di jidar bahagian atas setiap halaman makalah (header).

Halaman 2: Maklumat Penulis dan Penulis Utama:Halaman ini harus mengandungi judul makalah beserta nama penulis, institusi dan alamat penuh serta saluran untuk dihubungi (sambungan pejabat, telefon bimbit, fax dan alamat e-mel). Nama penulis mestilah ditulis dalam bentuk singkatan sebagaimana yang digunakan dalam sistem penamaan antarabangsa. Misalnya, Salleh, A.B., Tan, S.G., atau Sapuan, S.M.

Alamat PenulisBagi makalah yang ditulis oleh lebih daripada seorang penulis dengan alamat yang berbeza, alamat setiap penulis perlu diberikan penomboran dengan menggunakan superskrip.

George Swan1 dan Nayan Kanwal2

1 Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Duke, Durham, Carolina Utara, USA.2 Pejabat Timbalan Naib Canselor (P&I), Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia.

Halaman 3: Halaman ini mengandungi tajuk penuh makalah beserta abstrak (sila rujuk Subtajuk Abstrak untuk panduan penulisan abstrak).

Halaman 4 dan seterusnya: Halaman ini harus dimulai dengan pengenalan makalah. Perbincangan subtajuk selepasnya bermula daripada halaman 5 dan seterusnya.

SingkatanSebarang singkatan yang digunakan dalam penulisan hendaklah dinyatakan dengan jelas dan disusun mengikut abjad. Perkataan atau frasa yang menggunakan singkatan perlu ditulis penuh pada setiap kali penggunaan kali pertama dalam teks dan disertakan singkatan baginya dalam kurungan ( ).

Nota kakiAlamat semasa penulis sekiranya berbeza dengan paparan di bahagian jidar atas halaman perlu dinyatakan pada nota kaki.

KandunganMakalah perlu mengandungi bahagian pengenalan, bahan dan kaedah, dapatan dan perbincangan dan penutup.

JadualSemua jadual hendaklah tekal dengan format dan kesesuaian isu semasa jurnal dan hendaklah dinomborkan dengan angka Arab (1,2,3...). Bahan rujukan perlu disertakan dalam bentuk jadual dan nota kaki. Setiap jadual dilampirkan dalam halaman yang berasingan.

Perhatian: Jadual bagi makalah yang diterima untuk penerbitan mestilah diserahkan dalam bentuk:- .doc, .rtf, excel atau powerpoint- jadual yang diserahkan dalam bentuk data imej tidak boleh disunting untuk penerbitan.

Formula dan PersamaanSebarang rumus, persamaan dan formula yang digunakan dalam makalah perlu dinyatakan dengan jelas dan ditaip dengan langkau 3 baris . Penomboran rumus ditulis dalam tanda kurung siku [ ] dan diposisikan di margin kanan penulisan.

Rajah dan GambarPenulis yang melampirkan rajah atau gambar dinasihati agar menggunakan aplikasi yang menyediakan fail TIFF beresolusi tinggi. Secara umumnya, pihak editorial menerima resolusi. 300 dpi atau yang lebih tinggi untuk lampiran berwarna dan karya hafton; 1200 dpi atau yang lebih tinggi untuk lukisan garis.

Bagi fail bersaiz besar, penulis boleh melampirkan rajah beresolusi rendah yang jelas untuk memastikan bahawa saiz makalah sesuai untuk penghantaran secara atas talian. Penulis boleh memohon persembahan ilustrasi berwarna dengan kos tambahan sebanyak Ringgit Malaysia 50 bagi setiap halaman berwarna.

RUJUKANNama penulis dan tahun terbitan hendaklah diletakkan bagi petikan rujukan dalam teks. Bagi rujukan yang ditulis oleh lebih daripada dua orang , nama penulis pertama perlu diikuti dengan ‘et al.,’

Swan dan Kanwal (2007) melaporkan bahawa ...

Dapatan kajian ini ditafsirkan sebagai ... (Kanwal et al., 2009).

Senarai rujukan perlu disusun mengikut abjad nama penulis. Bagi penulis yang sama atau kumpulan penulis yang sama, rujukan perlu disusun secara kronologi. Sekiranya penulis mempunyai lebih daripada satu penerbitan dalam tahun yang sama, angka ‘a’, ‘b’ dsb ditambahkan pada tahun terbitan.

Sekiranya teks rujukan ditulis oleh lebih daripada 11 orang penulis, senaraikan 5 penulis dan diikuti dengan et al.,

Dilarang menggunakan ensotan (indent) dalam penulisan rujukan. Gunakan langkau baris untuk mengasingkan setiap rujukan. Nama jurnal perlu ditulis penuh.

Contoh:Mellers, B. A. (2006a). Choice and the relative pleasure of consequences. Psychological Bulletin, 126, 910-924.

Mellers, B. A. (2006b). Treatment for sexually abused children and adolescents. American Psychologist, 55, 1040-1049.

Hawe, P. (2005). Capturing the meaning of “community” in community intervention evaluation: Some contributions from community psychology. Health Promotion International, 9,199-210.

Braconier, H., & Ekholm, K. (2006). Swedish multinationals and competition from high and low wage location. Review of International Economics, 8, 448-461.

Sebarang data yang belum diterbitkan dan komunikasi peribadi tidak dianggap sebagai petikan rujukan. Bagaimanapun, penulis boleh menyatakan bahan tersebut dalam kurungan ( ). Artikel yang sudah diterima untuk penerbitan (in press) boleh dijadikan rujukan dengan menyatakan penerbit dan tarikh terbitan bagi artikel tersebut dalam rujukan (jika ada).

Contoh petikan rujukan:

Monograf: Kalimapour, Y.R. (2004). Images of the U.S. Around the World: A Multicultural Perspective. Albany, NY: State University of New York Press.

Bab dalam buku: Bjork, R. A. (2007). Retrieval inhibition as an adaptive mechanism in human memory. Dalam H. L. Roediger III & F. I. M. Craik (Eds.), Varieties of memory & consciousness (pp. 309-330). Hull: Hull University Press.

Prosiding: Amir Awang. (2006). Counseling, human resources development and counseling services. Dalam Sulaiman M. Yassin, Yahya Mat Hassan, Kamariah Abu

Bakar, Esah Munji dan Sabariah Mohd. Rashid (Eds.), Proceedings of Asia Pacific Conference on Human Development (p. 243-246). Serdang: Universiti Putra Malaysia.

GAYA MAKALAHMakalah yang diserahkan untuk penerbitan harus mematuhi panduan versi terkini Manual Penerbitan American Psychological Association (APA). Jurnal ini menerima ejaan Amerika dan British untuk penulisan yang melibatkan penggunaan bahasa Inggeris. Penulis boleh menggunakan edisi terkini Oxford Advanced Learner’s Dictionary sebagai panduan untuk ejaan British.

PENYERAHAN MAKALAH Surat IringanPenyerahan manuskrip perlu disertakan dengan surat iringan yang menyatakan maklumat makalah yang diserahkan. Makalah yang diterima untuk penerbitan dalam jurnal ini ialah tulisan yang asli dan belum pernah diterbitkan atau dihantar kepada mana-mana syarikat penerbitan. Perkara ini perlu dinyatakan dalam surat iringan.

Penulis juga perlu memaklumkan dalam surat iringan bahawa kesemua penulis telah memberikan sumbangan dalam proses penulisan makalah dan telah bersetuju dengan kandungan makalah yang dihantar untuk penerbitan.

Surat iringan perlu mengandungi (i) tajuk; (ii) nama penuh penulis; (iii) alamat institusi; (iv) poskod dan alamat e-mel, faksimili dan nombor telefon penulis perhubungan. Alamat semasa bagi penulis yang berbeza dengan alamat insititusi hendaklah dinyatakan pada ruangan nota kaki.

Suntingan BahasaPertanika menitikberatkan aspek ketepatan dalam penggunaan bahasa bagi setiap makalah yang diterbitkan. Penulis dinasihati untuk memastikan bahawa manusrip yang dihantar menggunakan bahasa Melayu yang baik, jelas dan tepat dari segi tatabahasa. Khidmat semakan profesional boleh digunakan bagi tujuan ini. Makalah yang baik dari segi bahasa akan memudahkan dan mempercepat urusan semakan untuk penerbitan.

Polisi ArkibPenulis yang memerlukan pemulangan sebarang bahan yang ditolak untuk penerbitan harus menyatakan sedemikian dalam surat iringan. Hal ini kerana pihak Editorial akan melupuskan semua bahan bercetak dan elektronik sekiranya tiada tuntutan daripada penulis secara bertulis seperti yang disebutkan.

Hak ciptaPenulis dikehendaki menandatangani Borang Akuan yang menyatakan bahawa penulis telah mendapat kebenaran untuk menggunakan bahan hak cipta dan bahan terbitan sebelumnya. Sekiranya penulis utama menandatangani Borang Akuan bagi pihak penulis yang lain, syarat yang digariskan dalam Borang Akuan hendaklah dibaca dan dipersetujui oleh kesemua penulis yang terlibat sebelum ditandatangani. Makalah tidak akan diterbitkan selagi Borang Akuan hak cipta belum ditandatangani.

Jeda MasaJangka waktu keputusan penerimaan dan penolakan makalah ialah tiga hingga empat bulan (lebih kurang 14 minggu). Jangka waktu antara penyerahan makalah dengan penerbitan adalah lebih kurang lima hingga enam bulan.

Salinan Cetak Jurnal dan Cetak UlangPenulis utama akan menerima satu salinan cetak (hardcopy) jurnal yang mengandungi makalah tulisannya.

PROSEDUR SERAHANMakalah perlu diserahkan bersama-sama ‘Surat Iringan’ dan ‘Kit Penyerahan Makalah’ yang telah lengkap diisi. Makalah yang dihantar perlu memenuhi garis panduan dan tatacara yang telah dinyatakan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan makalah dipulangkan dan menimbulkan kelewatan penerbitan. Penyerahan makalah dalam bentuk CD adalah diterima. Penulis dinasihati untuk menyimpan salinan makalah dan dokumen berkaitan untuk rujukan peribadi. Penulis dikehendaki memaklumkan sebarang pertukaran alamat pada makalah yang dihantar sebelum suntingan akhir.

Makalah hendaklah diserahkan melalui Ketua Editor untuk tindakan seterusnya ke alamat seperti yang berikut::

Ketua Editor MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)Pejabat Dekan Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia

e-mel: [email protected]; [email protected]

Tel: + 603-8946 8661/ 8929 / 8723/ 8753

Pengarang dinasihatkan untuk menyimpan salinan makalah dan dokumen berkaitan untuk rujukan peribadi. Pengarang dikehendaki memaklumkan sebarang pertukaran alamat pada makalah yang dihantarsebelum suntingan akhir.

Why should you publish in Pertanika?

BENEFITS TO AUTHORS

PROFILE: Our journals are circulated in large numbers all over Malaysia, and beyond in Southeast Asia. Our circulation covers other overseas countries as well. We ensure that your work reaches the widest possible audience in print and online, through our wide publicity campaigns held frequently, and through our constantly developing electronic initiatives such as Web of Science Author Connect backed by Thomson Reuters.

QUALITY: Our journals’ reputation for quality is unsurpassed ensuring that the originality, authority and accuracy of your work is fully recognised. Each manuscript submitted to Pertanika undergoes a rigid originality check. Our double-blind peer refereeing procedures are fair and open, and we aim to help authors develop and improve their scientific work. Pertanika is now over 35 years old; this accumulated knowledge has resulted in our journals being indexed in SCOPUS (Elsevier), Thomson (ISI) Web of Knowledge [BIOSIS & CAB Abstracts], EBSCO, DOAJ, Google Scholar, AGRICOLA, ERA, ISC, Citefactor, Rubriq and MyAIS.

AUTHOR SERVICES: We provide a rapid response service to all our authors, with dedicated support staff for each journal, and a point of contact throughout the refereeing and production processes. Our aim is to ensure that the production process is as smooth as possible, is borne out by the high number of authors who prefer to publish with us.

CODE OF ETHICS: Our Journal has adopted a Code of Ethics to ensure that its commitment to integrity is recognized and adhered to by contributors, editors and reviewers. It warns against plagiarism and self-plagiarism, and provides guidelines on authorship, copyright and submission, among others.

PRESS RELEASES: Landmark academic papers that are published in Pertanika journals are converted into press releases as a unique strategy for increasing visibility of the journal as well as to make major findings accessible to non-specialist readers. These press releases are then featured in the university’s UK-based research portal, ResearchSEA, for the perusal of journalists all over the world.

LAG TIME: The elapsed time from submission to publication for the articles averages 4 to 5 months. A decision on acceptance of a manuscript is reached in 3 to 4 months (average 14 weeks).

About the JournalPertanika is an international multidisciplinary peer-reviewed leading journal in Malaysia which began publication in 1978. The journal publishes in three different areas — Journal of Tropical Agricultural Science (JTAS); Journal of Science and Technology (JST); and Journal of Social Sciences and Humanities (JSSH).

JTAS is devoted to the publication of original papers that serves as a forum for practical approaches to improving quality in issues pertaining to tropical agricultural research- or related fields of study. It is published four times a year in February, May, August and November.

JST caters for science and engineering research- or related fields of study. It is published twice a year in January and July.

JSSH deals in research or theories in social sciences and humanities research. It aims to develop as a flagship journal with a focus on emerging issues pertaining to the social and behavioural sciences as well as the humanities, particularly in the Asia Pacific region. It is published four times a year in March, June, September and December.

now accepting submmissions...

Pertanika invites you to explore frontiers from all key areas of agriculture, science and technology to social sciences and humanities.

Original research and review articles are invited from scholars, scientists, professors, post-docs, and university students who are seeking publishing opportunities for their research papers through the Journal’s three titles; JTAS, JST & JSSH. Preference is given to the work on leading and innovative research approaches.

Pertanika is a fast track peer-reviewed and open-access academic journal published by Universiti Putra Malaysia. To date, Pertanika Journals have been indexed by many important databases. Authors may contribute their scientific work by publishing in UPM’s hallmark SCOPUS & ISI indexed journals.

Our journals are open access - international journals. Researchers worldwide will have full access to all the articles published online and be able to download them with zero subscription fee.

Pertanika uses online article submission, review and tracking system for quality and quick review processing backed by Thomson Reuter’s ScholarOne™. Journals provide rapid publication of research articles through this system.

For details on the Guide to Online Submissions, visit http://www.pertanika.upm.edu.my/guide_online_submission.php

Questions regarding submissions should only be directed to the Chief Executive Editor, Pertanika Journals.

Remember, Pertanika is the resource to support you in strengthening research and research management capacity.

Address your submissions to: The Chief Executive EditorTel: +603 8947 1622 [email protected]

Journal’s profile: www.pertanika.upm.edu.my

Call for Papers 2016-17

—SEPTEMBER 2015

Pertanika Granted CREAM Status

by MOHE

MA

HAW

AN

GSA

Vol. 3 (1) Jun. 2016Penerbit U

PM, M

alaysia

VOL. 3 (1) JUN. 2016

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia43400 UPM SerdangSelangor Darul EhsanMalaysia

http://www.mahawangsa.upm.edu.my/E-mail: [email protected]: +603 8947 1621 / 1619

http://www.penerbit.upm.edu.my/E-mail: [email protected]: +603 8946 8855

Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu

Kandungan

MAHAWANGSA

Vol. 3 (1) Jun. 2016

(Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)

Artikel PenyelidikanAsimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka 1

Paramasivam Muthusamy dan Che Ibrahim Salleh

Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis 11Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said

Kepelbagaian Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan 25Nor Saadah Mohd Salleh dan Hashim Musa

Maksim Kesantunan sebagai Strategi Menghindar dalam Komunikasi: Sebuah Kes dalam Perkumpulan Warga Surakarta

37

Agus Hari Wibowo

Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini 47

Wan Muhammad Wan Sulong

Tahap Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar, Daerah Meradong, Bintangor, Sarawak

63

Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin

Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik

79

Nurulain Abdul Razak, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa

Tunjuk Ajar Melayu sebagai Pandangan Dunia 95Yuhastina Sinaro dan Che Ibrahim Salleh

Ulasan BukuAn Analysis of Malay Magic. oleh K.M. Endicott 109

Puteh Noraihan A Rahman dan Zahir Ahmad