2
WADAH MAKLUMAT KESIHATAN ANDA INFO SIHAT Oleh : Tn Hj Rosnani Ab. Hamid Sebagai pengguna kita harus prihatin dengan memperuntukan sedikit masa untuk meneliti label-label bungkusan makanan yang dibeli. Bersifat bijak membantu kita daripada menjadi mangsa penipuan, terbeli makanan yang mengandugi bahan yang bertentang dengan nilai agama dan kepercayaan atau membeli makanan yang mengandungi fakta nutrisi makanan yang tidak tepat. Pelabelan makanan begitu penting dalam membendung gejala obesiti atau penyakit yang dikaitkan dengan amalan pemakanan. Di Negara kita, perundangan yang mengawal kehendak-kehendak pelabelan makanan yang dikilang, dibungkus atau dijual adalah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Kehendak-kehendak wajib pelabelan yang diperlukan di setiap bungkusan makanan adalah antara lain- 1. SEBUTAN SEBENAR MAKANAN sebutan kandungan makanan hendaklah tidak mengelirukan; 2. BAHAN YANG DILARANG - Makanan yang dibungkus hendaklah tidak mengandungi apa-apa bahan yang dilarang oleh perundangan, contoh logam berat, pemanis tidak berkhasiat dsbnya; 3. BAHASA YANG DIGUNAKAN - Jika makanan dikilang, disediakan dan dibungkus di Malaysia pelabelan hendaklah dalam bahasa Malaysia atau jika makanan di import hendaklah dalam bahasa Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris atau terjemahan bahasa apa-apa bahasa lain; 4. SEBUTAN SEBENAR MAKANAN – hendaklah berdasarkan bahan utama makanan tersebut dan jika terdapat campuran, maka perkataan “Campuran” hendaklah dinyatakan; 5. KANDUNGAN BABI DAN LEMBU - Jika terkandung di dalamnya daging lembu atau babi, atau apa-apa bahan darinya, atau alkohol, maka perlunya dibuat pernyataan “MENGANDUNGI BABI” atau “MENGANDUNGI DAGING LEMBU”, atau “MENGANDUNGI ALKOHOL”; 6. BERAT BERSIH - Pernyataan berat bersih / isipadu bersih sesuatu makanan; 7. ALAMAT - setiap bungkusan makanan wajib mempunyai alamat lengkap perniagaan pengilang, pembungkus, agen atau pengimport; 8. TARIKH LUPUT pernyataan tarikh luput hendaklah dinyatakan bagi makanan tertentu; 9. FAKTA NUTRISI - pernytaan fakta nutrisi makanan hendaklah dinyatakan bagi makanan tertentu; Sebagai pengguna yang bertanggungjawab, jika kita menemui makanan yang terdapat di pasaran yang tidak mematuhi perundangan, kita boleh melaporkan mengenai ketidak kepatuhan ini kepada Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau terus kepada Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementeran Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Di bawah seksyen 16, Akta Makanan 1983, mana-mana orang yang jika disabitkan kesalahan di bawah mana-mana peraturan kerana gagal mematuhi apa-apa peruntukan pelabelan yang ada, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi 3 tahun atau denda atau kedua-dua sekali. SIDANG REDAKSI PENASIHAT : DATO’ HALIMI ABD MANAF Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan EN. TAN LAI SENG Timb. Ketua Pengarah (T) Jabatan Kerajaan Tempatan PENYELARAS : DR. HASNAH BIBON TN. HJ. SUHAILI SIRUN TN. HJ. ROSNANI AB HAMID EN. PETER NGALANG KETUA EDITOR : EN. SAHHIR KUNJU ABD. KARIM EDITOR : EN. KAMARUZAMAN KHAN EN. RAJENDRAN KOBALU EN. MOHAMAD RIDZUAN EN. MOHAMAD FAZLY ZAINAL EN. SOMASUNDRAM VETHIAH TN. HJ. ABD HAMID OSMAN CIK KAYRUL HIDAYAH MANSOR CIK NADYA SURIA MOHD SALLEH SEKRETARIAT ; EN. M.HARAWI HARUN PN. NAJUAH ABDUL HALIM PN. NURUL AISHAH MOHD TAIB EN. MOHD SHAHARUDIN DAUD PN. HASNILMILA OSMAN DITERBITKAN OLEH : BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN Aras 26, 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya 03-88913374 [email protected] BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN TOPIK BULAN INI EDISI : JULAI 2013 BERHATI-HATI : BACA LABEL SEBELUM BELI …….

WADAH MAKLUMAT KESIHATAN ANDA INFO SIHAT Sihat/2013...WADAH MAKLUMAT KESIHATAN ANDA INFO SIHAT BAHAGIAN KESIHATAN PERSEK JABATAN KERAJAAN TEMPATAN CIK 6. Oleh : Tn Hj Rosnani Ab. Hamid

  • Upload
    others

  • View
    74

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

WADAH MAKLUMAT KESIHATAN ANDA

INFO SIHAT

Oleh : Tn Hj Rosnani Ab. Hamid Sebagai pengguna kita harus prihatin dengan memperuntukan sedikit masa untuk meneliti label-label bungkusan makanan yang dibeli. Bersifat bijak membantu kita daripada menjadi mangsa penipuan, terbeli makanan yang mengandugi bahan yang bertentang dengan nilai agama dan kepercayaan atau membeli makanan yang mengandungi fakta nutrisi makanan yang tidak tepat. Pelabelan makanan begitu penting dalam membendung gejala obesiti atau penyakit yang dikaitkan dengan amalan pemakanan. Di Negara kita, perundangan yang mengawal kehendak-kehendak pelabelan makanan yang dikilang, dibungkus atau dijual adalah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Kehendak-kehendak wajib pelabelan yang diperlukan di setiap bungkusan makanan adalah antara lain- 1. SEBUTAN SEBENAR MAKANAN – sebutan kandungan makanan hendaklah tidak

mengelirukan; 2. BAHAN YANG DILARANG - Makanan yang dibungkus hendaklah tidak

mengandungi apa-apa bahan yang dilarang oleh perundangan, contoh logam berat, pemanis tidak berkhasiat dsbnya;

3. BAHASA YANG DIGUNAKAN - Jika makanan dikilang, disediakan dan dibungkus di Malaysia pelabelan hendaklah dalam bahasa Malaysia atau jika makanan di import hendaklah dalam bahasa Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris atau terjemahan bahasa apa-apa bahasa lain;

4. SEBUTAN SEBENAR MAKANAN – hendaklah berdasarkan bahan utama makanan tersebut dan jika terdapat campuran, maka perkataan “Campuran” hendaklah dinyatakan;

5. KANDUNGAN BABI DAN LEMBU - Jika terkandung di dalamnya daging lembu atau babi, atau apa-apa bahan darinya, atau alkohol, maka perlunya dibuat pernyataan “MENGANDUNGI BABI” atau “MENGANDUNGI DAGING LEMBU”, atau “MENGANDUNGI ALKOHOL”;

6. BERAT BERSIH - Pernyataan berat bersih / isipadu bersih sesuatu makanan; 7. ALAMAT - setiap bungkusan makanan wajib mempunyai alamat lengkap perniagaan

pengilang, pembungkus, agen atau pengimport; 8. TARIKH LUPUT – pernyataan tarikh luput hendaklah dinyatakan bagi makanan

tertentu; 9. FAKTA NUTRISI - pernytaan fakta nutrisi makanan hendaklah dinyatakan bagi

makanan tertentu; Sebagai pengguna yang bertanggungjawab, jika kita menemui makanan yang terdapat di pasaran yang tidak mematuhi perundangan, kita boleh melaporkan mengenai ketidak kepatuhan ini kepada Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau terus kepada Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementeran Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Di bawah seksyen 16, Akta Makanan 1983, mana-mana orang yang jika disabitkan kesalahan di bawah mana-mana peraturan kerana gagal mematuhi apa-apa peruntukan pelabelan yang ada, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi 3 tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

SIDANG REDAKSI

PENASIHAT : DATO’ HALIMI ABD MANAF Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan EN. TAN LAI SENG Timb. Ketua Pengarah (T) Jabatan Kerajaan Tempatan PENYELARAS : DR. HASNAH BIBON TN. HJ. SUHAILI SIRUN TN. HJ. ROSNANI AB HAMID EN. PETER NGALANG KETUA EDITOR : EN. SAHHIR KUNJU ABD. KARIM EDITOR : EN. KAMARUZAMAN KHAN EN. RAJENDRAN KOBALU EN. MOHAMAD RIDZUAN EN. MOHAMAD FAZLY ZAINAL EN. SOMASUNDRAM VETHIAH TN. HJ. ABD HAMID OSMAN CIK KAYRUL HIDAYAH MANSOR CIK NADYA SURIA MOHD SALLEH SEKRETARIAT ; EN. M.HARAWI HARUN PN. NAJUAH ABDUL HALIM PN. NURUL AISHAH MOHD TAIB EN. MOHD SHAHARUDIN DAUD PN. HASNILMILA OSMAN

DITERBITKAN OLEH :

BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN Aras 26, 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya 03-88913374 [email protected]

BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN

TOPIK BULAN INI EDISI : JULAI 2013

BERHATI-HATI : BACA LABEL SEBELUM BELI …….

Sarapan pagi adalah bahagian yang sangat penting dalam diet harian kita. Jika anda gemar ponteng sarapan, berikut adalah beberapa sebab mengapa anda dinasihatkan supaya ubah cara anda itu. Setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita sebenarnya kekurangan tenaga. Sarapan adalah penting untuk kembalikan semula tenaga yang hilang untuk anda mulakan hari anda seperti biasa. Mendapat nutrien penting di pagi hari Terdapat kumpulan makanan yang menjadi sebahagian hidangan sarapan pagi seperti bijirin, buah-buahan dan susu. Jika anda melangkau sarapan pagi, anda mungkin tidak mendapat nutrien tersebut. Tingkatkan metabolisme badan Paras gula dalam darah adalah rendah pada waktu pagi. Oleh itu, anda perlukan tenaga untuk mengimbangkan semula paras gula dalam darah. Anda perlu makanan yang boleh beri tenaga di waktu pagi untuk memastikan metabolisme anda sentiasa berterusan. Sebaiknya-baiknya, anda harus sarapan dalam tempoh dua jam selepas anda bangun dari tidur. Sarapan boleh menurunkan berat badan Sarapan pagi setelah semalaman perut kosong secara tidak langsung boleh meningkatkan metabolisme dan bererti proses pembakaran kalori akan menjadi lebih efisen. Penyelidik telah mendapati bahawa orang-orang yang makan sarapan pagi lebih cenderung untuk mengekalkan dan mengurangkan berat badan. Walaupun orang mengelak untuk sarapan dengan harapan berat mereka akan turun dan makan lebih semasa tengah hari tetapi sebenarnya ini akan menyebabkan berat badan semakin bertambah. Sarapan mampu tingkatkan kemampuan otak Kajian yang dibuat di Universiti Swansea Wales mendapati sebahagian tenaga dalam bentuk glukosa telah habis digunakan sebelum kita tidur. Oleh itu, sarapan pagi yang mengandungi glukosa akan digantikan semula dan ia juga merupakan salah satu bahan yang sangat penting untuk otak yang cerdas. Membantu dalam menunjukkan teladan yang baik Jika anda mempunyai anak-anak, pasti anda sentiasa mahu menunjukkan contoh yang baik bagi mereka. Dengan meluangkan masa untuk bersarapan, sekurang-kurangnya anda akan menunjukkan kualiti kepimpinan melalui teladan. Ponteng sarapan boleh membuat anda marah-marah Oh ya! Jika anda telah terlepas untuk bersarapan dan anda berada dalam suasana yang tidak baik, perkara ini mungkin boleh membuat anda cepat marah. Anda mungkin tidak sedar dan terus tertanya-tanya kenapa anda begitu cepat marah!

Sumber laman web http://www.wanista.com/2013/03/info-sihat-5-sebab-kenapa-sarapan-itu-penting/ dan http://www.jiwasyamsul.com/2012/07/8-sebab-kenapa-sarapan-pagi-amat.html

INFORMASI

Anda gemar meminum minuman berkarbonat ?

Oleh : Nadya Suria Mohamad Salleh Tahukah anda setiap 1 tin minuman berkarbonat (kola) mengandungi 7 sudu besar gula? Dan jika diambil selama seminggu iaitu 7 hari, ianya bersamaan dengan 70 sudu besar gula! Jika anda bosan dengan rutin meminum air kosong, maka boleh ditambah dengan kiub ais yang disejukkan bersama buah-buahan berries atau daun mint dan lemon untuk rasa yang lebih menyegarkan tanpa menambah kalori kepada minuman anda …..

TAHUKAH ANDA ?

KEPENTINGAN MENGAMBIL SARAPAN PAGI Oleh : Juliyanah Sama’an