4
KEPENTINGAN MEMANASKAN BADAN DAN MENYEJUKAN BADAN SECARA PROGRESIF. Kepentingan Memanaskan Badan Secara Progresif. Memanaskan badan merupakan aspek yang paling penting dalam permulaan latihan sukan. Aktiviti ini perlu dilakukan dengan intensiit yang rendah atau perlakuan yang ringan dan secara berperingkat melibatkan keseluruhan anggota tubuh dan system tubuh. Aktiviti seperti berjalan pantas, berlari anak, keregangan, dan kalistenik hendaklah dijalankan secara static dan dinamik, bertujuan untuk meningkatkan system peredaran darah dan meregangkan otot serta mobility sendi. Selain itu memanaskan badan dapat juga diertikan sebagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara progresif bermula dari ringan ke kompleks bertujuan untuk menghadapi latihan dan gerak kerja atau perlakuan yang sebenarnya.Memanaskan badan melibatkan fenomena fisiologi melalui aktiviti fizikal dalam meningkatkan suhu badan. (Handley, R.D) Objektif Memanaskan Badan. a. mengadaptasikan atlit secara mental dan fizikal untuk menghadapi keadaan latihan yang sebenar. b. Mengelakan daripada risiko kecederaan. c. Meningkatkan suhu tubuh badan dan membantu system pernafasan serta melancarkan system peredaran darah. d. Berkesan terhadap perubahan fisiologi dan psikologi. Klasifikasi.

Warm Up & Warm Down Siap

Embed Size (px)

DESCRIPTION

K

Citation preview

1

KEPENTINGAN MEMANASKAN BADAN DAN MENYEJUKAN BADAN SECARA PROGRESIF.

Kepentingan Memanaskan Badan Secara Progresif.

Memanaskan badan merupakan aspek yang paling penting dalam permulaan latihan sukan. Aktiviti ini perlu dilakukan dengan intensiit yang rendah atau perlakuan yang ringan dan secara berperingkat melibatkan keseluruhan anggota tubuh dan system tubuh. Aktiviti seperti berjalan pantas, berlari anak, keregangan, dan kalistenik hendaklah dijalankan secara static dan dinamik, bertujuan untuk meningkatkan system peredaran darah dan meregangkan otot serta mobility sendi.

Selain itu memanaskan badan dapat juga diertikan sebagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara progresif bermula dari ringan ke kompleks bertujuan untuk menghadapi latihan dan gerak kerja atau perlakuan yang sebenarnya.Memanaskan badan melibatkan fenomena fisiologi melalui aktiviti fizikal dalam meningkatkan suhu badan. (Handley, R.D)

Objektif Memanaskan Badan.

a. mengadaptasikan atlit secara mental dan fizikal untuk menghadapi keadaan latihan yang sebenar.

b. Mengelakan daripada risiko kecederaan.

c. Meningkatkan suhu tubuh badan dan membantu system pernafasan serta melancarkan system peredaran darah.

d. Berkesan terhadap perubahan fisiologi dan psikologi.Klasifikasi.

a. Aktif.

Pergerakan yang aktif melibatkan pergerakan fizikal yang khusus yang melibatkan penggunaan otot-otot utama seperti otot harmstring dan quadriceps.

Pergerakan yang aktif melibatkan pergerakan fizikal yang tidak khusus yang melibatkan keseluruhan otot.

b. Pasif.

Aktiviti yang tidak melibatkan pergerakan fizikal iaitu menggunakan haba pada tubuh seperti Turkish Bath, Sauna Bath dan Diathermy (Electrical Induction Heat.)Nilai-nilai fisiologi.

-Ahli-ahli fisiologi latihan berpendapat terdapat dua prinsip iaitu :-

a. membantu pencapaian atlit dalam perlakuan.

b.perubahan dalam pencapaian.

-Memanaskan badan dapat meningkatkan suhu badan dan mempengaruhi fungsi otot.

a. Peningkatan suhu otot akan menurunkan kekentalan otot (viscosity) dan akan menambahkan kepantasan dan daya pada tahap halaju serta meningkatkan penghasilan kuasa.

b. Proses metabolik akan meningkatkan proses penukaran tenaga yang dihasilkan dengan lebih pantas melalui peningkatan kepantasan reaksi kimia dalam proses penguncupan (myosin).

c. Hemoglobin dapat melepaskan oksigen dengan lebih pantas pada suhu yang lebih tinggi.-Perubahan pengangkutan kinatik oksigen.

Peningkatan suhu badan akan mengakibatkan darah mengalir dengan lebih mudah, pantas dan membantu penghantaran atau pembekalan oksigen kepada otot yang memerlukan. Memanaskan badan merupakan satu rangsangan untuk menggerakan Sistem Pengangkutan Oksigen yang bertindak mempercepatkan metabolisme aerobik semasa perlakuan serta dapat membantu mengelakan pengurangan oksigen apabila diperlukan. (Andzel dan Golin, 1976)

-Mengurangkan risiko kecederaan.

Memanaskan badan dapat mengelakan atlit daripada menghadapi kecederaan tetapi ia perlu dikendalikan dengan memilih aktiviti yang sesuai.

a. Aktiviti memanaskan badan yang sesuia ialah aktiviti yang melibatkan pergerkan yang aktif pada sendi yang membantu ketebalan permukaan cartilage sendi untuk mengelakan tekanan.

b. Otot yang panas akan menjadi anjal dan dapat berfungsi dengan cekap dan dapat mengelakan kecederaan dan kerosakan otot.

c. Peningkatn suhu badan akan mengakibatkan otot antigonis menjadi lebih relax dan mengurangkan geseran pada permukaan.

Kepentingan Menyejukan Badan Secara Progresif.

Aktiviti menyejukan badan merupakan aktiviti yang bertujuan mengembalikan sistem-sistem badan kepada keadaan rehat. Sistem-sistem badan yang terlibat yang terlibat ialah :-

Kadar denyutan jantung.

Kadar pernafasan.

Kadar peredaran darah.

Kelenturan dan ketegangan otot, ligamen dan tendon.

Sistem fisiologi yang terlibat dalam melakukan aktiviti penyejukan badan ialah penguraian asid laktik yang terkumpul dalam otot dan organ-organ lain semasa melakukan aktiviti fizikal.Aktivti menyejukan badan.

Melibatkan dua aktiviti yang utama.

a. Regangan

Aktiviti regangan semasa menyejukan badan dapat mengurangkan kelesuan otot dan juga meningkatkan keanjalan otot, tendon dan ligamen kerana peningkatan suhu dalaman sebaik sahaj selesai menjalankan aktiviti fizikal utama.b. Jogging berintensiti rendah.

Aktiviti joggin dapat mengembalikan darh yang telah dipamkan oleh jantung kehujung anggota badan seperti kaki dan tangan semasa aktiviti sukan utama. Tindakan berhenti secara serta merta setelah selesai satu sesi aktiviti sukan yang lama atau berintensiti tinggi akan membentuk pengumpulan darah (blood pooling) di bahagian kaki. Hal ini akan menyebabkan penurunan tekanan darah. Kesannya atlit itu akan bersa pening, loya atau mungkin pengsan.

Melalui aktiviti-aktiviti menyejukan badan, atlit dapat mengurangkan kelesuan otot dan dapat mengembalikan sistem fisiologi badan ke keadaan asal dan juga dapat menikmati faedah latihan dan aktiviti sukan dengan berkesan.