19
See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/327988081 ‘Wasatiyyah’ Personaliti Usahawan Unggul Berteraskan Manhaj al-Qur’an dan al-Hadith Article · October 2018 CITATIONS 0 READS 9 2 authors: Some of the authors of this publication are also working on these related projects: PEMBANGUNAN MODEL MOTIVASI KEUSAHAWANAN BERTERASKAN ISLAM View project Solahuddin Abdul Hamid Universiti Utara Malaysia 17 PUBLICATIONS 14 CITATIONS SEE PROFILE Che Zarrina Saari University of Malaya 75 PUBLICATIONS 37 CITATIONS SEE PROFILE All content following this page was uploaded by Solahuddin Abdul Hamid on 01 October 2018. The user has requested enhancement of the downloaded file.

‘Wasatiyyah’ Personaliti Usaha wan Unggul Berteraskan ... · Jurnal Muamalat.Bil. 5.2012/1433H 76 Abstract Islamic economic system is a comprehensive and everlasting field. It

  • Upload
    vokhanh

  • View
    219

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/327988081

‘Wasatiyyah’ Personaliti Usahawan Unggul Berteraskan Manhaj al-Qur’an dan

al-Hadith

Article · October 2018

CITATIONS

0READS

9

2 authors:

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

PEMBANGUNAN MODEL MOTIVASI KEUSAHAWANAN BERTERASKAN ISLAM View project

Solahuddin Abdul Hamid

Universiti Utara Malaysia

17 PUBLICATIONS   14 CITATIONS   

SEE PROFILE

Che Zarrina Saari

University of Malaya

75 PUBLICATIONS   37 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Solahuddin Abdul Hamid on 01 October 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.

Jurnal Muamalat. Bil. 5.2012/1433H

74

Jurnal Muamalat. Bil. 5.2012/1433H

75

‘Wasatiyyah’ Personaliti Usahawan Unggul Berteraskan Manhaj al-Qur’an dan al-Hadith

Solahuddin bin Abdul Hamid1

Universiti Utara Malaysia

Che Zarrina Binti Sa’ari2 Universiti Malaya

Abstrak

Sistem ekonomi Islam adalah suatu bidang yang bersifat komprehensif dan berpanjangan. Perbahasannya terhadap seluruh aktiviti pengeluaran, pengedaran dan penggunaan sentiasa diselangi dengan huraian hukum-hakam, peraturan serta prinsip-prinsip yang mesti dilaksanakan demi keadilan dan keseimbangan, antara kebebasan dan kemaslahatan serta antara tanggungjawab keagamaan dan tuntutan kehidupan material di dunia. Lanjutan itu, bidang keusahawanan yang merupakan nadi kepada sistem tersebut bukan sekadar satu usaha untuk memperolehi keuntungan melalui penambahan modal dan usaha atau sebagai mekanisme pertukaran barang-barang keperluan sahaja, malah ia turut merupakan satu gambaran spiritual agama melalui konsep tolong-menolong, menawarkan khidmat sosial kepada masyarakat serta membina ketamadunan umat dan masa depannya. Maka, melalui falsafah, tasawwur dan sistemnya yang bersifat holistik, maka konseptual personaliti usahawan Islam seharusnya didasari dengan asas-asas al-Din yang berfungsi sebagai fundamental untuk diterjemahkan ke dalam tingkahlaku manusia supaya program pembangunan yang dilakukan tidak tergelincir dari landasan Islam. Justeru, personaliti usahawan Islam seharusnya berbeza daripada situasi usahawan berdasarkan perspektif konvensional kerana mereka bukan sekadar perlu memiliki ciri-ciri usahawan yang bersifat universal yang merentasi ras, budaya, mahupun batasan geografikal, malah ia turut menuntut kepada kesepaduan ciri-ciri tersebut dengan elemen-elemen kerohanian yang telah dinyatakan dengan jelas dalam al-Qur’an dan al-Hadith.

Kata kunci: wasatiyyah, usahawan, al-Qur’an dan Hadith.

1Solahuddin bin Abdul Hamid PhD, Pusat Pengajian Umum, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia, email: [email protected] 2Che Zarrina binti Sa’ari PhD, Professor Madya di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, email: [email protected].

Jurnal Muamalat. Bil. 5.2012/1433H

76

Abstract

Islamic economic system is a comprehensive and everlasting field. It includes the whole production, distribution and consumption process that is according to the rules and principles of Islam that need to be uphold for justice and balance, freedom and benefit and religious duty and life requirements in the world. As such, entrepreneurship that is pulse to that system not just an effort to gain profit through expanding capital or means to successful exchange of necessities. It is a form of social service in building the civilization and future of the society. Thus, through its philosophy and holistic concept, Muslim entrepreneur’s personality should be based on al-Din that serves as the fundamental interpretation of human’s behavior as to ensure that changes will not stray them from the teachings of Islam. The personality of Muslim entrepreneur should be different from the western perspective because they not just should possess universal characteristics that across racial, cultural or geographical limitation. Most importantly, it also demanded integration these characteristics with the spiritual elements that have been clearly stated in the al-Qur’an and Hadith.

Keywords: Wasatiyyah, entrepreneur, al-Qur’an dan Hadith

1. Pendahuluan

Manusia adalah makhluk dualistik yang memikul tanggungjawab besar untuk mengimbangi

kehidupannya supaya tidak terjerumus ke dalam asetisisme mutlak atau materialisme

sepenuhnya. Sebagai khalifah3 mereka berhak menggunakan segala kekuatan akal dan fizikalnya

untuk membangun dan memajukan alam hingga ke peringkat semaksima mungkin manakala

sebagai hamba4, kebebasan bertindak adalah terhad dan tertakluk kepada sempadan dan garis

panduan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.. Justeru, tasawwur Islam secara konsisten telah

menetapkan bahawa selain daripada ciri-ciri bersifat universal yang merentasi ras, budaya,

mahupun batasan geografikal, personaliti usahawan yang berjaya juga perlu mengimbanginya

dengan elemen-elemen spiritual. Ini kerana, apabila sesuatu kerjaya dikaitkan dengan agama

Islam, maka segala pemikiran, perkataan dan tingkahlaku mereka perlu dilakukan secara holistik

berdasarkan petunjuk dan kaedah Islam.

3 Surah al-Baqarah (2): 30, al-An ‘am (6): 165, al-Fatir (35): 39 dan al-Hadid (57): 7. 4 Surah al-Dhariyat (51): 56.

Jurnal Muamalat. Bil. 5.2012/1433H

77

2. Tasawwur Islam Terhadap Aktiviti Keusahawanan Tasawwur Islam melalui syariatnya telah menyeru umat Islam supaya bersungguh-sungguh

melibatkan diri dalam aktiviti5 keusahawanan. Seruan tersebut adalah berdasarkan kepada

manfaatnya yang tidak terhad kepada individu terbabit dan keluarganya sahaja, malah bidang

komersil ini dianggap berkeupayaan mencetus dan mempengaruhi transformasi sosioekonomi

sesebuah masyarakat dan negara melalui inovasi para usahawan.

Manifestasikan galakan ini telah disebut secara jelas di dalam al-Qur’an melalui seruan-seruan

seperti ‘berusaha mencari, menggunakan segala bentuk sumber yang ada di dunia dan

mewujudkan peluang baru untuk tujuan yang sama’6. Ketika menghuraikan ayat-ayat bertema

komersil tersebut, AbulHasan M. Sadeq (1990) mengatakan bahawa pengertian di sebalik seruan

ini tidak hanya sekadar bekerja untuk orang lain, tetapi semua aktiviti ini merangkumi bidang

pertanian, perlombongan, perdagangan, perniagaan, perkilangan dan pelbagai aktiviti ekonomi

yang lain yang lebih merupakan gambaran kepada fungsi-fungsi keusahawanan7. Selain daripada

ayat-ayat berbentuk umum tersebut, terdapat beberapa ayat al-Qur’an yang secara jelas

menyebutkan perkataan perniagaan (tijarah)8 atau jual beli (al-bay')9 berbentuk khusus kepada

aktiviti tersebut.

Galakan ini juga adalah merujuk kepada pengiktirafan tertinggi yang telah diberikan oleh Syarak

kepada personaliti usahawan yang jujur dan amanah. Abi Sa’id meriwayatkan bahawa Rasulullah

s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Seseorang peniaga yang jujur dan amanah akan bersama nabi-nabi, para

siddiqin dan para syuhada10”

5 al-Qaradawi, Yusuf (1972), al-Halal wa-al-Haram fi al-Islam, c. 6. Beirut: al-Maktab al-Islami, h. 132, dan Shahadah al-Natur et al. (1996), al-Nizham al-Islamiyyah, al-Tasyri’iyyah wa la-Siyasah wa al-Iqtisadiah wa–al–Ijtimaiyyah wa–Difa’iyyah, c. 2. Irbid: Dar al-Amal, h. 157. 6 Rujuk surah al-Jatsiyah (45):12-13, al-Hijr (15):19-22, al-An’am (6):141, al-Najm (53):39, al-Nur (24):37, al-Jumu’ah (62):9 dan al-Tawbah (9):24. 7 AbulHasan M. Sadeq (1990), “Entrepreneurship, Achievement Motivation and Economic Development”, Light on Islamic Economics, v. 2. November 1990, Issue 1, h. 42. 8 Surah al-Nisa’ (4): 29, al-Baqarah (2): 282, al-Nisa’ (4): 29, al-Tawbah (9): 24, al-Saf (61): 10, Fatir (35): 20, al-Jumu’ah (62): 11. 9 Surah al-Baqarah (2):275, al-Baqarah (2): 253, Ibrahim (14); 31, al-Nur (24): 37, al-Jumu’ah (62): 9. 10 al-Tirmidhi, Abi ‘Isa Muhammad Bin ‘Isa Bin Surah (1987), Al-Jami’ al-Sahih, Sunan al-Tirmidhi, Kitab Buyu’,’Bab Ma’ Ja'a Fi al-Tijar wa Tasmiah al-Nabi s.a.w Iyyahum, no. Hadith: 1209, h. 515. Beliau menyatakan Hadith ini bertaraf hassan.

Jurnal Muamalat. Bil. 5.2012/1433H

78

Rafiq Yunus al-Misri (2007) menjelaskan, Hadith tersebut telah meletakkan kedudukan para

peniaga kepada suatu tahap yang tertinggi iaitu bersama-sama para nabi, siddiqindan syuhada’

di akhirat kelak. Bagaimanapun, untuk mencapai tahap ini (benar dan amanah) adalah sukar

memandangkan aktiviti perniagaan mudah bercampur dengan pembohongan, penipuan dan

pelbagai elemen negatif lain. Justeru, apabila mereka berjaya melepasi pelbagai elemen negatif

tersebut untuk menjadi usahawan yang bersifat benar, amanah dan ikhlas, maka martabat mereka

turut terangkat untuk bersama para nabi, siddiqin, syuhada’ dan salihin11. Bagi menjelaskan

situasi ini, Ibrahim al-Nakha’i seorang imam pada zaman tabi’in pernah ditanya tentang

pilihannya antara seorang peniaga yang jujur dan seorang ahli ibadah yang menghabiskan

masanya untuk beribadah. Beliau memilih peniaga yang jujur dengan alasan mereka sentiasa

berada dalam keadaan berjihad. Peniaga perlu berjihad melawan godaan syaitan pada setiap

timbangan dan sukatan serta pada setiap pembelian dan penjualan12.

Yusuf Kamal Muhammad et al. (2001)13 pula mengatakan, galakkan terhadap keusahawanan

bukan sahaja berdasarkan aktiviti ini telah dibenarkan kepada umat Islam semasa dan selepas

mereka menunaikan ibadat haji14, malah ia juga telah digambarkan seperti berjihad di jalan Allah

S.W.T15. Hujah beliau juga berdasarkan kepada Hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Rasulullah s.a.w. pernah di tanya tentang pekerjaan yang paling afdal? Baginda

menjawab“hasil usaha seseorang dengan tangannya dan jualbeli yang mabrur16”

Manakala menurut Badr al-Din al-‘Ayni, kedudukan Kitab al-Buyu‘ yang diletakkan selepas

perbahasan mengenai ibadah dalam susunan Kitab Sahih al-Bukhari, jelas menggambarkan kepentingan bidang perniagaan berbanding bab-bab lain seperti perkahwinan, kekeluargaan dan jenayah. Manusia mampu untuk mengelak daripada berkahwin tetapi semua manusia tidak akan

terlepas daripada memasuki bidang keusahawanan sama ada sebagai penjual, pembeli ataupun 11 al-Misri, Rafiq Yunus (2007), al-Iqtisad wa al-Akhlak, c. 1. Damsyik: Dar al-Qalam. h. 28-29. 12 al-Qaradawi, Yusuf (2001), Dawr al-Qiyam wa-al-Akhlaq fi al-Iqtisad al-Islami, c. 2. Kaherah: Maktabah Wahbab, h. 43. 13 Yusuf Kamal Muhammad et al. (2001), Kayfa Nufakkir Istiratijiya Asas al-Iqtisad al-Islami. Dar al-Tawzi’ wa al-Nashr al-Islamiyyah, h. 130. 14 Rujuk surah al-Baqarah (2): 198. 15 Rujuk surah al-Muzammil (73): 20. 16 Ibn Hanbal Ahmad bin Muhammad (1993), Musnad Ahmad, Kitab Musnad al-Shamiyin, Bab Hadith Rafi’ bin Khadij, no. Hadith 16628, j. 35, Beirut: al-Maktab al-Islami, h. 137.

Jurnal Muamalat. Bil. 5.2012/1433H

79

pengguna. Justeru, jika usaha-usaha perniagaan ditinggalkan nescaya terhenti kehidupan dan

musnah sebahagian besar makhluk tanpa dimanfaatkan kejadiannya.

Selain itu, Allah S.W.T. juga telah mengharamkan hamba-hambaNya daripada memakan harta

orang lain dengan cara yang batil, tetapi mereka diharuskan untuk memperolehinya melalui

perniagaan yang disyariatkan. Bentuk perniagaan yang dimaksudkan tidak terhad kepada suatu

tempat yang tertentu sahaja, malahan terdapat galakkan supaya aktiviti perniagaan diperluaskan

daripada satu kawasan ke satu kawasan yang lain walaupun terpaksa merentasi lautan yang

luas17.

Selaras dengan agama yang bersifat teori dan praktikal, konsep pembangunan keusahawanan

Islam merealisasikan galakan tersebut selari dengan penawaran pelbagai kaedah yang tidak

membebankan para usahawan melalui kontrak-kontrak yang terkandung dalam sistem

muamalatnya. Antaranya, terdapat tawaran kemudahan pinjaman dan kredit seperti

“Mudarabah”, “Musharakah” dan sebagainya yang melindungi usahawan daripada menanggung

beban kerugian sepenuhnya. Selain itu, sebagai merealisasikan fungsi infaq dalam pembangunan

ekonomi, lebihan perolehan atau keuntungan para usahawan akan diagihkan semula kepada

masyarakat melalui kontrak pemberian bantuan modal berbentuk pinjaman kebajikan (Qardal-

Hasan), zakat perniagaan, sedekah dan sebagainya untuk membantu dan menggalakkan

masyarakat terlibat dalam bidang keusahawanan. Justeru, umat Islam seharusnya mempunyai

motivasi yang kuat untuk menceburkan diri dan memajukan bidang keusahawanan berasaskan

dorongan dan kemudahan yang ditawarkan.

3. Wasatiyyah Dalam Pembangunan Personaliti Usahawan

Dari sudut pandangan teologi Islam, elemen utama kejadian manusia terdiri daripada al-jism dan

al-nafs. Manakala keperluan asas yang berlandaskan kepada asal kejadian mereka meliputi al-

nafs, al-‘aql, al-qalb, al-ruh dan al-fitrah. Masing-masing mempunyai daya (quwwah) tersendiri

kecuali al-jism yang hanya memiliki daya menterjemahkan atau menzahirkan perintah al-nafs18.

17 Rujuk surah al-Fatir (35):12 dan al-Rum (30): 46. 18Dimensi-dimensi jiwa manusia juga memiliki sifat-sifat dan keperluan dasar. Al-Jism bersifat fizikal yang memerlukan biologi. Al-nafs bersifat kehidupan kerana dengan nafsu manusia mempertahankan dan melanjutkan kehidupannya, memerlukan ketenteraman dan keamanan. al-‘Aql bersifat pemikiran dan rasional memerlukan

Jurnal Muamalat. Bil. 5.2012/1433H

80

Feryad Hussain (2007) mengatakan pembangunan personaliti yang baik berlaku apabila wujud

keseimbangan antara enam konsep asas iaitu insaniyyah, ruh, qalb, dhikr (mengingati Allah

S.W.T., kesedaran, beriman dan komitmen), ‘aql (pemikiran, refleksi, intelektual dan kognitif)

dan fiqh/‘ilm (ilmu yang benar)19. Manakala Syed Muhammad Naquib al-Attas (2009)

merumuskan, terminologi qalb, nafs, ruh dan‘aql adalah berhubungkait dengan kerohanian.

Elemen-elemen tersebut merujuk kepada kebendaan atau fizikal manusia serta bukan kebendaan

atau spiritual20. Taraf manusia sebagai sebaik-baik kejadian akan menjadi lebih rendah daripada

binatang tanpa keimanan yang sebenar dan kerja-kerja yang baik21. Dalam pada itu, al-Qur’an

juga telah mengulangi lafaz al-ajr (balasan) lebih daripada 100 kali selari dengan kekuatan,

amanah, ihsan, takwa, pemurah, kasih sayang kepada kerabat, gandaan ganjaran dan tanpa rasa

takut kepada sesama makhluk22.

Dalam erti kata lain, untuk mencapai atau memperolehi sesuatu yang diinginkan, manusia perlu

berusaha dan bekerja kerana ia adalah sebagai ‘fitrah’ bagi memenuhi keinginan23.

Bagaimanapun, Islam telah meletakkan beberapa prinsip asas bagi mengawal keinginan

pencapaian dalam tingkahlaku umatnya seperti ia perlu dikendali, diarah dan dipenuhi dalam

batas-batas yang diperkenankan Syariat, tanpa berlebih-lebihan atau melanggar batas-batas

tersebut24 demi kebaikan individu dan masyarakat dan alam seluruhnya.

penghargaan kendiri. al-Qalb bersifat supra-rasional, perasaan dan emosional yang memerlukan cinta dan kasih sayang. al-Ruh bersifat spiritual yang memerlukan dasar kewujudan diri atau aktualisasi diri (manusia sebagai khalifah) manakala al-fitrah bersifat suci dan memerlukan dasar kepada agama. Oleh itu, manusia perlu memenuhi keperluan bersifat jismiyyah, nafsiyyah dan ruhaniyyah (spiritual). Lihat, Baharuddin (2004), Paradigma Psikologi Islami, Studi Tentang Elemen Psikologi Dalam al-Quran. Yogyakarta: Pustaka Pelajar, h. 240-243. 19Feryad Hussain (2007), “Reflections on One Model of Islamic Psychology and The Impact of Implementation on Iman”, The Islamic Quarterly, bil. 51, isu 1, h. 83. 20Terminologi spiritual merujuk kepada aspek ‘keimanan’ iaitu percaya kepada Allah S.W.T., para Mala’ikatNya, para RasulNya, Kitab-kitab, Hari Kiamat dan Balasan Baik dan Buruk. Lihat, Achoui, Mustapha (2009), “Human Nature from a Comparative Psychological Perspective”, dalam Amber Haque dan Yasien Mohamed (eds), Psychology of Personality, Islamic Perspective, Singapura: Cengage-Learning Asia Pte Ltd, h. 64. 21Syed Muhammad Naquib al-Attas (2009) “The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul”, dalam Amber Haque dan Yasien Mohamed (eds), Psychology of Personality, Islamic Perspective, Singapura: Cengage-Learning Asia Pte Ltd., h. 133. 22al-Shaykh, Badwi Mahmud (2000), al-Judah al-Shamilah fi al-‘Amal al Islami, c. 1. Kaherah: Dar al-Fikr al-‘Arabi, h. 66-67. 23 Surah al-Hud (11): 61. 24Surah al-Ma’idah (5): 87-88, al-Baqarah (2): 190 dan al-A‘raf (7): 31-32.

Jurnal Muamalat. Bil. 5.2012/1433H

81

Imam al-Ghazali telah membahagikan jiwa manusia kepada empat fakulti iaitu keilmuan,

kemarahan, keinginan dan keadilan. Setiap fakulti kecuali keadilan mempunyai dua ekstrem iaitu

terlalu banyak dan terlalu sedikit. Tahap pertengahan adalah kedudukan yang paling baik

sementara ekstrem adalah kedudukan yang dikeji. Kedudukan yang lebih jauh daripada

pertengahan iaitu ekstrem akan menghasilkan keburukan. Fakulti keinginan akan menghasilkan

sikap tamak apabila terlalu banyak, ketiadaan nafsu apabila terlalu sedikit dan apabila di

pertengahan ia akan menghasilkan ketabahan. Gambaran orang yang menyeleweng daripada

jalan pertengahan adalah seperti meninggalkan ibadat kepada Allah S.W.T. kerana terlalu

berputus asa atau melakukan ibadat secara berlebih-lebihan kerana terlampau takut kepadaNya

sehingga mendatangkan kemudaratan ke atas diri dan keluarga25.

Justeru, doktrin wasatiyyah iaitu pertengahan atau kesederhanaan ini tidak bermaksud umat

Islam hanya perlu memberikan 50 peratus daripada pemikiran atau tenaganya dalam aktiviti

ekonomi. Sebaliknya doktrin ini mempunyai konotasi yang lebih mirip kepada kesempurnaan,

keseimbangan dan keadilan26 kerana pada asasnya, kedudukan pertengahan adalah yang paling

ideal dalam Islam. Keinginan manusia untuk mencari keredaan Allah S.W.T. bukanlah sebagai

penghalang kepada mereka untuk mencari keuntungan duniawi dan mewujudkan persaingan

yang merupakan asas dalam sistem keusahawanan konvensional hari ini. Persaingan juga

merupakan salah satu daripada dorongan kejiwaan yang dipelajari seseorang dari kebudayaan di

sekelilingnya. Al-Qur’an telah mendorong manusia supaya sentiasa bersaing dalam bertakwa

kepada Allah S.W.T., berbuat kebajikan, berpegang teguh kepada nilai kemanusiaan yang luhur,

mengikuti manhaj Rabbani dalam hidup27 serta menjalinkan hubungan yang baik dengan Allah

S.W.T., keluarga dan masyarakat bagi mendapatkan kurniaan dan keredaanNya.28. Begitu juga,

pengejaran kepentingan diri tidak semestinya sesuatu yang buruk, malah ia juga merupakan satu

keperluan kepada manusia.

Bagaimanapun, keperluan ini akan bertukar menjadi suatu ancaman sosial apabila keutamaannya

telah melampaui batas atau had-had yang sepatutnya seperti wujud dalam jiwa seseorang 25al-Ghazali, Abi Hamid Muhammad bin Muhammad (1996), (1996), Ihya’ ‘Ulum al-Din, , j. 4, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyahh. 153-154. 26al-Qaradawi, Yusuf (2001), op. cit., h. 86. 27Surah al-Baqarah (2): 148, Surah al-Hadid (57): 21 dan Surah al-Ma’idah (5): 48.28 Najati, Muhammad ‘Uthman (2001), Al-Qur’an wa ‘ilm al-Nafs, c.7. Kaherah: Dar al-Shuruq, h. 48-49.

Jurnal Muamalat. Bil. 5.2012/1433H

82

usahawan kecintaan yang bersangatan terhadap harta29. Kepentingan diri dengan skop yang

terbatas kepada dunia semata-mata sudah pasti akan menyuburkan sifat tamak, boros dan

mengabaikan kepentingan orang lain30. Tindakan berlebih-lebihan dalam memenuhi pelbagai

keinginan, ketidakmampuan manusia untuk mengendali serta mengusainya akan menimbulkan

konflik antara keinginan tersebut dengan tugas manusia sebagai hamba dan khalifah Allah

S.W.T.. Lanjutan itu, pembentukan personaliti usahawan Islam yang unggul sudah semestinya

berbeza dengan perspektif Barat.

4. Personaliti Usahawan Berdasarkan Manhaj al-Qur’an dan Hadith

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, definisi konsep personaliti usahawan Islam bukan

sekadar mengandungi ciri-ciri konvensional yang bersifat universal tersebut. Malah, ia turut

menekankan kesepaduannya dengan elemen-elemen spiritual. Huraian seterusnya akan

mengklasifikasikan beberapa ciri personaliti usahawan Islam berdasarkan manhaj al-Qur’an dan

Hadith.

i. Akidah Sebagai Asas

Berbakti kepada manusia bukan penghujung segala-galanya kepada usahawan Islam. Sebagai

sistem yang berpaksikan kepada tauhid, ukuran mutlak kejayaan usahawan tidak terbatas kepada

tahap kepuasan diri dan pelanggan semata-mata, tetapi turut merangkumi keredaan Allah S.W.T.

terhadap pekerjaan yang dilakukan31.

Objektif ini hanya dapat dicapai jika segalanya diniatkan kerana Allah S.W.T. dengan

berbekalkan semangat keimanan dan ketakwaan32, sentiasa mengagungkanNya, membangunkan

bumi berteraskan Rububiyyah dan Uluhiyyah33, menjadikan Allah S.W.T. sebagai tempat

bergantung34 serta aktiviti keusahawanan tidak menyebabkan mereka lalai daripada

29Surah al-An‘am (8): 142. 30Chapra, M. Umer (1992), Islam and the Economic Challenge. United Kingdom: The Islamic Foundation, h. 218.31Secara umumnya, firman Allah S.W.T. yang bermaksud “serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)” dalam surah al-Juma‘ah (62):10 tidak bermaksud menghabiskan masa dengan ibadat khusus semata-mata, sebaliknya mengamalkan cara hidup yang lebih bertanggungjawab berdasarkan norma-norma Islam dalam segala urusan kehidupan. Lihat, Ibn Kathir, ‘Imad al-Din Abi al-Fida’ Isma‘il bin Kathir (t.t.) Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, j. 4, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi., h. 367. 32Surah al-A‘raf (7): 96 dan al-Ahzab (33): 71, al-Ma’idah (5): 66 dan Hud (11): 3. 33Surah al-Hujarat (49):2. 34Surah al-Mulk (67): 21.

Jurnal Muamalat. Bil. 5.2012/1433H

83

mengingatiNya terutama dalam menunaikan ibadat fardhu yang lain35. Nabi s.a.w. pernah

bersabda kepada sekumpulan manusia yang sedang berjual beli yang bermaksud:

“Wahai para peniaga, maka mereka pun menyahut panggilan nabi s.a.w. dengan

mengangkat tengkok dan pandangan mereka ke arahnya. Lalu baginda bersabda:

Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat sebagai fujjar

(jahat, ahli maksiat, ahli neraka) kecuali sesiapa yang bertakwa kepada Allah,

berlaku adil dan berkata benar36”

Bertakwa kepada Allah S.W.T. dalam konteks Hadith ini ialah tidak pernah melakukan sebarang

penipuan dan khianat, berbuat baik kepada manusia dalam perniagaan, menguruskan perniagaan

dengan taat kepada Allah S.W.T. dan beribadat kepadaNya serta berkata benar pada sumpah atau

seluruh percakapannya37. Yusuf al-Qaradawi (1997) menegaskan, Islam memandang tinggi

terhadap usahawan yang berjaya serta berpegang teguh kepada prinsip agama, malah mereka

dianggap sebagai pejuang terhadap nafsu serta layak digelar sebagai pejuang di jalan Allah

S.W.T.. Ini kerana, dalam keghairahan mengejar keuntungan, adalah terlalu mudah bagi

golongan usahawan untuk mengabaikan ajaran agama, malahan kadangkala mereka mungkin

lalai terhadap soal halal dan haram38.

ii. Berilmu

Apabila menuntut ilmu adalah suatu kewajipan, maka tuntutan tersebut juga merangkumi ilmu

yang berkaitan dengan keusahawanan. Budaya keusahawanan yang dibina berteraskan nilai ilmu

tidak hanya kerana tuntutan k-economy yang banyak dikaitkan dengan realiti perekonomian masa

kini, tetapi sememangnya Islam menjunjung tinggi nilai ilmu. Melalui ilmu pengetahuan, mereka

35Surah al-Nur (24): 37. 36 Imam al-Tirmidhi (1987), op. cit., Bab Ma Ja’a fi al-Tujjar wa Tasmiyyah al-Nabi Salla Allah ‘Alayh wa Sallam Iyyahum, no. Hadith 1210, j. 3, h. 515-516. 37Taraf Hadith ini adalah hassan sahih. Lihat al-Mubarakfuri, Abi al-‘Ula Muhammad ‘Abd al-Rahman Ibn ‘Abd al-Rahim (1995), Tukhfah al-Ahwazi bi Sharh Jami‘ al-Tirmidhi, j. 4. Beirut: Dar al-Fikr, h. 322-323. 38al-Qaradawi, Yusuf (2001), op. cit., h. 123.

Jurnal Muamalat. Bil. 5.2012/1433H

84

diharap akan sentiasa berhati-hati, dapat membezakan antara yang halal dan haram serta

menjauhkan diri dari segala yang bertaraf syubhat dengan sedaya-upaya mungkin39.

Dalam pada itu, keterbatasan keupayaan akal dan kebebasan manusia untuk menggunakannya

menyebabkan ia perlu diberi panduan, tunjuk ajar dan bimbingan supaya akal dapat berfungsi

dengan baik sejajar dengan tujuan asal ia diciptakan oleh Allah S.W.T.. Sumbernya pula mesti

berpandukan kepada asas utama pemikiran epistemologi Islam yang terkandung dalam al-Qur’an

dan Hadith serta dijelaskan secara praktikal oleh para sahabat dan al-salaf al-salih40.

Dalam konteks hubungan antara ilmu dan keusahawanan, Imam Abu Hanifah pernah ditanya

kenapa beliau menghimpunkan antara ilmu dan perniagaan. Beliau menjawab bahawa

perniagaan adalah amalan mulia selagimana ia jauh daripada sifat tamak dan eksploitasi. Boleh

jadi perniagaan ini adalah semulia-mulia amalan kerana ia berada di tengah-tengah

pertembungan antara dua nilai berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud “Allah

menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba”41. Oleh itu, usahawan yang terlibat perlu

kepada mengetahui asas dan hukum-hakam berkaitan perlaksanaannya42.

iii. Ibadat Sebagai Asas

Konsep ibadat dalam Islam adalah berbeza dengan agama lain. Apabila tujuan hidup adalah

mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. secara sukarela, maka seluruh tindakan harus dilakukan

sebagai tindakan pengabdian semata-mata, iaitu dilakukan dengan bersungguh-sungguh selari

dengan sebahagian daripada perancangan universal Allah S.W.T.43. Justeru, menjadikan aktiviti

keusahawanan sebagai ibadat bukan sahaja berkelayakan untuk mendapat ganjaran pahala

39al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad (1996), op. cit , j. 2, h. 73-74 dan al-Qarni, ‘Abd al-Hafiz Faraghli ‘Ali (1987), al-Buyu‘ fi al-Islam, c.1, Kaherah: Dar al-Sahwah li al-Nashr wa al-Tawzi‘, h. 14.

40Mohd Fauzi Hamat (2002), “Pembangunan Minda Ummah Berasaskan Asas Utama Pemikiran Epistemologi Islam: Satu perbincangan”, Jurnal Afkar, bil. 15, Julai, h. 36. 41al-Shak‘ah, Mustafa (1991), al-A’immah al-Arba‘ah, c. 3. Kaherah: Dar al-Kitab al-Misri, h. 99-100. 42Lihat, al-‘Asqalani, Ahmad bin ‘Ali bin Hajar (1989), Fath al-Bari bi-Sharh Sahih al-Bukhari, c. 1, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h. 360, al-Hakimi, ‘Ali bin ‘Abbas (1994), al-Buyu‘ al-Manhi ‘Anha Nassan fi al-Shari‘at al-Islamiyyah wa ‘Asr al-Nahyi fiha min Haisu al-Haramat wa al-Batalan. al-Mamlikah al-‘Arabiyyah al-Sa‘udiyyah, h. 1 dan al-‘Ayni, Badr al-Din Abu Muhammad Mahmud bin Ahmad (2001),‘Umdah al-Qari Sharh Sahih al-Bukhari. j. 11, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h. 226.43Asad, Muhammad (1982), Islam at The Crossroads, Gibraltar: Dar al-Andalus, h. 19.

Jurnal Muamalat. Bil. 5.2012/1433H

85

daripada Allah S.W.T., malah rezeki yang tercurah adalah hasil daripada keredaanNya bukan

rezeki yang bersifat istidraj sebagaimana yang berlaku kepada Qarun.

iv. Menghubungkan Silaturrahim

Manusia secara semulajadi adalah berbeza di antara satu sama lain sama ada dari segi kekuatan

tenaga, ilmu, amalan, pekerjaan dan sebagainya. Fitrah kelainan yang juga sebagai manifestasi

kesempurnaan sifat Rububiyyah Allah S.W.T. ini menyebabkan hasil kerja yang diusahakan oleh

manusia adalah berbeza antara satu sama lain.

Justeru, manusia tidak boleh hidup bersendirian, bersikap mementingkan diri sendiri serta tamak.

Sebaliknya mereka perlu bersikap tolong menolong, berkasih sayang dan saling bekerjasama

untuk menyempurnakan keperluan hidup masyarakat. Peniaga berjaya kerana adanya pengguna

yang berbelanja, manakala pengguna sejahtera kerana adanya peniaga yang bertindak sebagai

perantara. Oleh itu, tidak sepatutnya ada sebelah pihak atau dari kedua-duanya bersifat lepas

tangan membiarkan kepincangan salah satu anggota yang saling bergantung itu sehingga

menyebabkan ketidakseimbangan antara mereka44. Melalui tuntutan menghubungkan

silaturrahim, Islam telah menekan pembentukan konsep jaringan sosial yang lebih holistik dari

segi sifat dan matlamatnya. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

“Barang siapa suka diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka

peliharalah silaturrahim45”

Ibn Hajar (1989) menjelaskan, maksud keluasan rezeki dalam Hadith tersebut adalah

memperolehi keberkatan, manakala maksud dipanjangkan umur adalah diberikan kekuatan

fizikal. Menjalinkan hubungan silaturrahim adalah sedekah. Manakala sedekah dapat

mengembangkan harta dan menambahnya, justeru ia akan menjadi berkembang dan suci46.

v. Bersedekah

44Surah al-Isra’ (17): 7. 45 al-Bukhari, Abi ‘Abd Allah bin Isma‘il bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah (t. t.), Sahih al-Bukhari, Kitab al-Buyu‘, Bab Man Ahabba al-Basta fi al-Rizq, no. Hadith 2067, Dar al-Ihya’ al-Kutub al- ‘Arabiyyah, h. 161. 46Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani (1989), op. cit., h. 379.

Jurnal Muamalat. Bil. 5.2012/1433H

86

Antara amalan utama yang digalakkan Islam kepada para usahawan adalah bersedekah dengan

ikhlas47. Yusuf al-Qaradawi (2001) mengatakan, seruan supaya bersedekah adalah untuk

membersihkan segala keraguan semasa berniaga seperti senda gurau, sumpah atau mungkin juga

berbohong48. Situasi ini telah dijelaskan oleh Ibn Khaldun (t. t.) bahawa sebahagian besar aktiviti

perniagaan penuh dengan tipu muslihat dan lebih cenderung untuk mendapatkan laba di antara

harga belian dan harga jualan49. Qays Ibn Abu Gharzah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. pernah

bersabda yang bermaksud:

“Wahai sekelian peniaga, sesungguhnya perniagaan mendatangkan senda gurau

dan sumpah, maka bersihkanlah ia dengan bersedekah50”

Dalam erti kata lain, seruan pembersihan dengan sedekah adalah sebagai kaffarah terhadap

percampuran dan apa yang berlaku di antara mereka seperti berbohong dan sebagainya. Tiada

kadar sedekah yang ditentukan kerana ia adalah sebagai kaffarah ke atas pembohongan dan

perkara sia-sia sahaja51. Selari dengan tasawwur Islam yang menekankan konsep infaq,

usahawan yang suka bersedekah sebenarnya sudah dianggap sebagai berjaya52 malah rezekinya

juga akan semakin bertambah53.

vi. Berakhlak

Dalam konteks ini, usahawan Muslim perlu mengutamakan nilai-nilai akhlak dengan mengelak

daripada menjual perkara-perkara yang diharamkan, menyorok barang54, menghapuskan

47Surah al-Hashr (59): 9. 48Yusuf al-Qaradawi (2001), op. cit., h. 302. 49Ibn Khaldun (t. t.), al-Muqaddimah, Kaherah: Dar al-Sha‘b, h. 346. 50Imam al-Tirmidhi (t. t.), op. cit., Kitab al-Buyu‘, Bab Ma Ja’a fi al-Tujjar wa Tasmiyyah al-Nabi Salla Allah ‘Alaih wa Sallam Iyyahum, no. Hadith 1208, j. 3. h. 514. 51al-Sayuti, Jalal al-Din (1992), Sharh Sunan al-Nasa’i, Bab al-Amr bi al-Sadaqah li Man Ya‘taqid al-Yamin bi Qalbihi fi Hal Bai‘ihi, no. Hadith 4475. j. 7, Beirut: Dar al-Ma‘rifah, h. 283 dan Abadi, Abi Tayyib Muhammad Shams al-Haq al-‘Azim dan al-Jawziyyah, Shams al-Din Ibn Qayyim (t.t.) ‘Auwn al-Ma‘bud Sharh Sunan Abi Dawud, j. 9. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h. 124-125. 52Lihat surah al-Hashr (59): 9. 53Surah al-Baqarah (2): 276. 54Surah Ali-‘Imran (3): 180.

Jurnal Muamalat. Bil. 5.2012/1433H

87

keluaran yang berlebihan agar harga tidak jatuh55, membeli atau menjual barangan curi dan

mengelak daripada bersumpah ketika berniaga56. ‘Abd Allah ‘Abd al-Muhsin al-Tariqi (1417H)

mengatakan akhlak berperanan mewujudkan suasana kesucian, keharmonian dan kasih sayang

dalam hubungan antara penjual dan pembeli57.

Ketika menghuraikan konsep akhlak dan pembangunan ekonomi dalam Islam, Yusuf al-

Qaradawi (2001) mengatakan bahawa adalah haram membenarkan pengedaran arak, kelab-kelab

tarian dan aktiviti maksiat lain sebagai galakkan kepada aktiviti perlancongan dan mendapatkan

matawang asing. Beliau berhujah berdasarkan pengharaman perlaksanaan ibadat haji ke atas

golongan Musyrikin selepas tahun ke 9 Hijrah. Mereka yang berkunjung ke Masjid al-Haram

ketika itu telah melakukan amalan-amalan tradisi yang pelik serta bertawaf mengelilingi Ka’bah

dalam keadaan bertelanjang dengan alasan baju yang dipakai setiap hari telah dilumuri maksiat

yang mengotorkan badan mereka58. Larangan tersebut menyebabkan puluhan ribu orang

Musyrikin tidak dapat melaksanakan ibadat tersebut dan secara tidak langsung ia merupakan satu

kerugian ekonomi yang besar bagi kaum Muslimin. Namun, orang Islam telah diperingatkan

supaya bersabar menanggung risiko tersebut demi mencapai kesempurnaan iman59. Oleh kerana

ekonomi Islam adalah ekonomi berakhlak, maka tidak mungkin aktiviti keusahawanan Islam

dapat dipisahkan daripada nilai-nilai akhlak Islam.

vii. Sabar dan Bersungguh-sungguh

Menurut Muhammad ‘Uthman Najati (2001), sebahagian besar objektif kehidupan manusia

dalam bidang sosial, ekonomi, politik atau ilmiah memerlukan banyak waktu dan kesungguhan

untuk merealisasikannya sama ada secara teori dan praktikal. Kesabaran adalah asas kerana ia

mengajar manusia bersungguh-sungguh dalam sesuatu pekerjaan terutama bagi pekerjaan yang

sukar dan berisiko. Oleh itu, kesabaran dan kesungguhan dalam pekerjaan mempunyai hubungan

55Surah al-Baqarah (2): 205. 56Surah al-Maidah (5): 89. Manakala Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sumpah itu melariskan barang dagangan tetapi menghapuskan keberkatannya”. Lihat, Imam al-Bukhari (t.t.), op. cit., Kitab al-Buyu‘, Bab Yamhaq Allah al-Riba wa Yarbi al-Sadaqat, j. 2, h. 8-9. 57al-Tariqi, ‘Abd Allah ‘Abd al-Muhsin (1417H), al-Iqtisad al-Islami Asusun wa Mabadi’ wa Ahdaf, c. 4, Riyadh: Muassasah al-Jarisi Liltawzi‘, h. 16. 58al-Qaradawi, Yusuf (2001), op. cit., h. 58. 59Surah al-Tawbah (9): 28.

Jurnal Muamalat. Bil. 5.2012/1433H

88

dengan keinginan yang kuat untuk mencapai objektif-objektif yang ditetapkan60. Manakala

Muhammad Mahmud Isma’il mendefinisikan seseorang yang bersungguh-sungguh sebagai

mempunyai ciri-ciri seperti mengikut undang-undang, menjauhi fikiran dan tingkahlaku yang

menghasut, dapat memberikan gambaran sebenar sesuatu matlamat, berpandangan jauh serta

mempunyai perancangan yang sempurna61.

Islam bukan sekadar menyeru ke arah berusaha sendiri mencari nafkah hidup, malah

menekankan usaha bersungguh-sungguh serta sabar dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Terdapat banyak seruan dalam al-Qur’an62 dan Hadith63 supaya umat Islam bekerja dengan

bersungguh-sungguh untuk mencapai kehidupan bahagia di dunia dan akhirat, merancang dalam

melakukan sesuatu pekerjaan64, menghargai masa65 terutamanya di awal pagi66, melakukan

sesuatu yang terbaik67 dan bersifat kompetitif68 jika mahu berjaya dalam kehidupan.

viii. Nasihat-menasihati

Antara ciri penting pembangunan insan ialah mengambil tauladan dan pengajaran daripada

keadaan manusia lainnya, terutamanya seperti yang pernah berlaku dalam sejarah69. Menurut

Imam al-Ghazali, manusia boleh mengenalpasti kekurangan dirinya melalui empat cara iaitu

pertama, duduk berhadapan guru yang melihat kekurangan diri dan memerhati bahaya-bahaya

yang tersembunyi. Kedua, mencari teman yang benar dan beragama untuk menilai dirinya.

Ketiga, mengetahui kekurangan diri melalui lidah musuh kerana mata yang penuh kemarahan

akan melihat segala keburukan berbanding teman yang berpura-pura menyanjung dan memuji

serta menyembunyikan segala keburukan. Keempat, bercampur gaul dengan masyarakat. Melalui

60Najati, Muhammad ‘Uthman (2001), op. Cit., h. 299. 61Isma‘il, Muhammad Mahmud (t.t.), al-‘Amal wa al-Jaza’ wa ‘Adl al-Ilahi, Mesir: Dar al-Nadwah., h. 17. 62Surah al-Nur (24):38, Hud (11): 7 dan al-Kahfi (18): 7 dan 30.63Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu mengerjakan amalannya dengan tekun”, Lihat, al-Tibrani (t. t.), al-Mu‘jam al-Awsat, Kitab al-Alif, Bab Min Ismihi Ahmad, no. Hadith 909, j. 2, h. 408. 64Surah al-Hashr (59): 18. 65Surah al-‘Asr (103), 1-3. 66Rasulullah s.a.w. juga pernah berdoa yang bermaksud: “Ya Allah! Berkatilah ummatku di dalam masa pagi-paginya”. Lihat, Imam al-Tirmidhi (1987), op. cit., Kitab al-Buyu‘, Bab Ma ja’ a fi al-Tabkir bi al-Tijarah, no. Hadith 1212, j. 3, h. 517. 67Surah al-Mulk; (67): 2 68Surah al-Baqarah (2):148. 69Surah al-Haj (22): 46.

Jurnal Muamalat. Bil. 5.2012/1433H

89

pergaulan, segala kekurangan dan celaan pada orang lain hendaklah dilihat pada diri sendiri70.

Manakala Yusuf al-Qaradawi (2001) mengatakan, unsur yang menyempurnakan dan menguatkan

nilai kejujuran dan amanah adalah menyukai kebaikan dan manfaat untuk orang lain dengan

memberitahu kerosakan-kerosakan tersembunyi yang tidak diketahui pemiliknya71.

Dalam erti kata lain, para usahawan seharusnya mengambil iktibar seperti berjumpa pakar atau

pegawai yang berkenaan untuk mendapatkan khidmat nasihat, mewujudkan jaringan sosial yang

baik, mengambil berat kritikan daripada pelanggan dan orang ramai, malah daripada pesaing

serta banyak bergaul dan membuat pemerhatian dalam masyarakat.

Rumusan

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa personaliti usahawan berdasarkan tasawwur

Islam adalah berbeza dari segi roh dan matlamatnya berbanding dengan usahawan konvensional.

Pembentukan personaliti usahawan Islam adalah berdasarkan falsafah keusahawanan Islam yang

berlandaskan kepada falsafah ekonomi Islam itu sendiri iaitu perniagaan yang berasaskan kepada

Rabbani ataupun prinsip-prinsip ketuhanan. Syariat Islam yang yang bersifat syumul, tetap dan

anjal juga telah memasukkan kawalan metafizik yang bersifat abstrak seperti dosa, pahala,

neraka dan syurga yang menjadi daya pencetus dan kawalan kepada tingkah laku manusia dalam

rangka konsep pembangunan usahawan. Manakala implikasi daripada konsep harta sebagai

amanah, ujian, alat dan pemilikannya yang tidak mutlak akan menjadikan usahawan Islam lebih

berhati-hati dalam mencari dan membelanjakan. Natijah daripada aktiviti kedua-duanya mungkin

sama iaitu untuk mendapatkan keuntungan, tetapi Islam berpegang kepada prinsip matlamat

tidak menghalalkan cara.

Rujukan Achoui. Mustapha (2009), “Human Nature from a Comparative Psychological Perspective”,

dalam Amber Haque dan Yasien Mohamed (eds), Psychology of Personality, Islamic Perspective, Singapura: Cengage-Learning Asia Pte Ltd.

Asad, Muhammad (1982), Islam at The Crossroads, Gibraltar: Dar al-Andalus. 70al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad (1996), op. cit., j. 3, h. 69-70.71al-Qaradawi, Yusuf (2001), op. cit., h. 273-275.

Jurnal Muamalat. Bil. 5.2012/1433H

90

al-‘Asqalani, Ahmad bin ‘Ali bin Hajar (1989), Fath al-Bari bi-Sharh Sahih al-Bukhari, c. 1, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

al-‘Ayni, Badr al-Din Abu Muhammad Mahmud bin Ahmad (2001),‘Umdah al-Qari Sharh

Sahih al-Bukhari. j. 11, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Baharuddin (2004), Paradigma Psikologi Islami, Studi Tentang Elemen Psikologi Dalam al-

Quran. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

al-Bukhari, Abi ‘Abd Allah bin Isma‘il bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah (t. t.), Sahih al-Bukhari, Dar al-Ihya’ al-Kutub al- ‘Arabiyyah.

Chapra, M. Umer (1992), Islam and the Economic Challenge. United Kingdom: The Islamic

Foundation. al-Ghazali, Abi Hamid Muhammad bin Muhammad (1996), (1996), Ihya’ ‘Ulum al-Din, Beirut:

Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. al-Hakimi, ‘Ali bin ‘Abbas (1994), al-Buyu‘ al-Manhi ‘Anha Nassan fi al-Shari‘at al-

Islamiyyah wa ‘Asr al-Nahyi fiha min Haisu al-Haramat wa al-Batalan. al-Mamlikah al-‘Arabiyyah al-Sa‘udiyyah.

Ibn Hanbal, Ahmad bin Muhammad (1993), Musnad Ahmad, Kitab Musnad al-Shamiyin, Bab

Hadith Rafi’ bin Khadij, no. Hadith 16628, j. 35, Beirut: al-Maktab al-Islami. Ibn Kathir, ‘Imad al-Din Abi al-Fida’ Isma‘il bin Kathir (t.t.) Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Beirut:

Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. Ibn Khaldun (t. t.), al-Muqaddimah, Kaherah: Dar al-Sha‘b. Isma‘il, Muhammad Mahmud (t.t.), al-‘Amal wa al-Jaza’ wa ‘Adl al-Ilahi, Mesir: Dar al-

Nadwah. al-Jawziyyah, Abi Tayyib Muhammad Shams al-Haq al-‘Azim Abadi dan Shams al-Din Ibn

Qayyim (t.t.) ‘Auwn al-Ma‘bud Sharh Sunan Abi Dawud, j. 9. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Hussain, Feryad (2007), “Reflections on One Model of Islamic Psychology and The Impact of

Implementation on Iman”, The Islamic Quarterly, bil. 51, isu 1, h. 83. al-Misri, Rafiq Yunus (2007), al-Iqtisad wa al-Akhlak, c. 1. Damsyik: Dar al-Qalam. Mohd Fauzi Hamat (2002), “Pembangunan Minda Ummah Berasaskan Asas Utama Pemikiran

Epistemologi Islam: Satu perbincangan”, Jurnal Afkar, bil. 15, Julai, h. 19-36. al-Mubarakfuri, Abi al-‘Ula Muhammad ‘Abd al-Rahman Ibn ‘Abd al-Rahim (1995), Tukhfah

al-Ahwazi bi Sharh Jami‘ al-Tirmidhi, j. 4. Beirut: Dar al-Fikr, h. 322-323.

Jurnal Muamalat. Bil. 5.2012/1433H

91

Najati, Muhammad ‘Uthman (2001), Al-Qur’an wa ‘ilm al-Nafs, c.7. Kaherah: Dar al-Shuruq. al-Qarni, ‘Abd al-Hafiz Faraghli ‘Ali (1987), al-Buyu‘ fi al-Islam, c.1, Kaherah: Dar al-Sahwah

li al-Nashr wa al-Tawzi‘. al-Shaykh, Badwi Mahmud (2000), al-Judah al-Shamilah fi al-‘Amal al Islami, c. 1. Kaherah:

Dar al-Fikr al-‘Arabi. Syed Muhammad Naquib al-Attas (2009) “The Nature of Man and the Psychology of the Human

Soul”, dalam Amber Haque dan Yasien Mohamed (eds), Psychology of Personality, Islamic Perspective, Singapura: Cengage-Learning Asia Pte Ltd.

Sadeq, AbulHasan M. (1990), “Entrepreneurship, Achievement Motivation and Economic

Development”, Light on Islamic Economics, v. 2. November 1990, Issue 1, h. 42. al-Sayuti, Jalal al-Din (1992), Sharh Sunan al-Nasa’i, Bab al-Amr bi al-Sadaqah li Man Ya‘taqid

al-Yamin bi Qalbihi fi Hal Bai‘ihi, no. Hadith 4475. j. 7, Beirut: Dar al-Ma‘rifah. Shahadah al-Natur et al. (1996), al-Nizham al-Islamiyyah, al-Tasyri’iyyah wa la-Siyasah wa al-

Iqtisadiah wa–al–Ijtimaiyyah wa–Difa’iyyah, c. 2. Irbid: Dar al-Amal. al-Shak‘ah, Mustafa (1991), al-A’immah al-Arba‘ah, c. 3. Kaherah: Dar al-Kitab al-Misri. al-Tariqi, ‘Abd Allah ‘Abd al-Muhsin (1417H), al-Iqtisad al-Islami Asusun wa Mabadi’ wa

Ahdaf, c. 4, Riyadh: Muassasah al-Jarisi Liltawzi‘. al-Tirmidhi, Abi ‘Isa Muhammad Bin ‘Isa Bin Surah (1987), Al-Jami’ al-Sahih, Sunan al-

Tirmidhi, Kitab Buyu’,’Bab Ma’ Ja'a Fi al-Tijar wa Tasmiah al-Nabi s.a.w Iyyahum, no. Hadith.

Yusuf Kamal Muhammad et al. (2001), Kayfa Nufakkir Istiratijiya Asas al-Iqtisad al-Islami. Dar

al-Tawzi’ wa al-Nashr al-Islamiyyah. al-Qaradawi ,Yusuf (1972), al-Halal wa-al-Haram fi al-Islam, c. 6. Beirut: al-Maktab al-Islami. al-Qaradawi Yusuf (2001), Dawr al-Qiyam wa-al-Akhlaq fi al-Iqtisad al-Islami, c. 2. Kaherah:

Maktabah Wahbab.

View publication statsView publication stats