9
Water proofing Jenis ; SIKA TOP SEAL- 107 Diskripsi produk : merupakan 2 bahagian ubahsaian polimer pengkalis air sebatian mortar bersimen yang terdiri dari polimer cecair dan campuran berasaskan simen beserta Bahan campuran istimewa. Digunakan pada konkrit dan mortar untuk menghalang serapan air. Bahan A adalah dalam bentuk cecair (latex) seberat 4.5kg, manakala bahan B adalah dalam bentuk serbuk Bahan B Bahan A Kegunaan : 1. Pengkalis air dan pengkalis lembapan luaran dan dalaman bagi permukaan konkrit, lepaan simen, batu bata dan batu blok (lantai dan dinding) 2. Melindungi struktur konkrit dari kesan serangan de-icing dan freeze thaw 3. Pengkalis air luaran bagi basement dalam pembinaan baru atau yang di baikpulih 4. Penutup liang-liang 5. Pengkalis air bagi tangki air, kolam renang dll 6. Penutup rekahan halus (hair line crack) pada permukaan konkrit, yang bukan disebabkan oleh gerakan struktur. 7. Melindungi dinding basement bahagian dalam dari lembapan 8. Meratakan mortar bagi tujuan kerja pembaikan konkrit Karekter bahan : 1. Daya lekatan yang baik (adhesion) 2. Meningkatkan ketahanan terhadap garam dan frost 3. Melindungi dari serapan air dan ‘concrete carbonation’ 4. Tidak beracun, selamat dan sesuai untuk kegunaan berkaitan air minuman 5.Tidak mengaratkan besi (non corrosive) 6.Sangat konsisten bila digunakan secara slurry (sebatian) atau dengan menggunakan trowel

Water Proof

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Water Proof

Water proofing Jenis ; SIKA TOP SEAL- 107 Diskripsi produk : merupakan 2 bahagian ubahsaian polimer pengkalis air sebatian mortar bersimen yang terdiri dari polimer cecair dan campuran berasaskan simen beserta Bahan campuran istimewa. Digunakan pada konkrit dan mortar untuk menghalang serapan air. Bahan A adalah dalam bentuk cecair (latex) seberat 4.5kg, manakala bahan B adalah dalam bentuk serbuk

Bahan B Bahan A Kegunaan : 1. Pengkalis air dan pengkalis lembapan luaran dan dalaman bagi permukaan konkrit, lepaan simen, batu bata dan batu blok (lantai dan dinding) 2. Melindungi struktur konkrit dari kesan serangan de-icing dan freeze thaw 3. Pengkalis air luaran bagi basement dalam pembinaan baru atau yang di baikpulih 4. Penutup liang-liang 5. Pengkalis air bagi tangki air, kolam renang dll 6. Penutup rekahan halus (hair line crack) pada permukaan konkrit, yang bukan disebabkan oleh gerakan struktur. 7. Melindungi dinding basement bahagian dalam dari lembapan 8. Meratakan mortar bagi tujuan kerja pembaikan konkrit Karekter bahan : 1. Daya lekatan yang baik (adhesion) 2. Meningkatkan ketahanan terhadap garam dan frost 3. Melindungi dari serapan air dan ‘concrete carbonation’ 4. Tidak beracun, selamat dan sesuai untuk kegunaan berkaitan air minuman 5.Tidak mengaratkan besi (non corrosive) 6.Sangat konsisten bila digunakan secara slurry (sebatian) atau dengan menggunakan trowel

Page 2: Water Proof

Penyediaan Permukaan Permukaan yang hendak dikalis air mestilah dibersihkan secara mekanikal seperti high pressure water jet, needle gun, blast cleaning, scabbler dll. Kemudian permukaan tersebut hendaklah dibasahkan sehingga permukaannya dalam keadaan kering tanpa air bertakung tetapi lembab kerana air yang terserap. Jika terdapat lubang atau liang, pastikan tidak terdapat sebarang bendasing di dalamnya. Bagi permukaan lantai, bersihkan permukaan lantai tersebut secara mekanikal dan pastikan tidak ada bendasing seperti lebihan mortar/konkrit serta semua lapisan (coatings) sedia ada hendaklah dibuang. Semua liang dan lubang termasuk honeycomb mestilah didedahkan. Permukaan ini mestilah dalam keadaan sedia untuk menerima kekuatan lekatan yang maksima. Permukaan konkrit yang rosak hendaklah dibaiki terlebih dahulu. Pastikan permukaan tersebut bebas dari objek tertonjol(projections), lubang (voids), bendasing terlerai (loose materials) dan apa jua bendasing yang boleh menghalang daya lekat pengkalis air ke permukaan konkrit.

Kerja-kerja membaiki permukaan termasuk membuang lebihan konkrit dan mortar pada permukaan lantai Semua bucu (pertemuan permukaan vertical dengan horizontal) mestilah di isi dengan mortar (mortar fillet), 25mm x 25mm

Page 3: Water Proof

PENYEDIAAN BAHAN 1.BANCUHAN Apabila kedua-dua bahan dicampurkan, ia akan menghasilkan satu sebatian (slurry). Konsistensi sebatian ini boleh disesuaikan dengan mengurangkan bahan A m sebagai contoh , apabila aplikasi menggunakan trowel, bahan A hanya digunakan sebanyak 90% Gunakan bekas yang bersih. Tuangkan perlahan-lahan bahan B ke dalam bahan A dan gunakan pembancuh mekanikal. Gunakan kelajuan yang rendah.

Membancuh menggunakan pembancuh mekanikal 2.Masa bancuhan : 3 minit 3.Tempoh penggunaan selepas dibancuh (Pot life) : 30 minit pada suhu 30*C. Pada suhu yang lebih tinggi, hayatnya lebih pendek.

Page 4: Water Proof

4.Kaedah aplikasi Permukaan yang hendak dikalis air hendaklah dalam keadaan terserap air, kering tanpa air bertakung. Lapisan pertama hendaklah dibiarkan kering selama 4 – 8 jam pada suhu 20*C sebelum lapisan ke dua dibuat. Aplikasi secara sebatian (slurry) Sapukan sebatian ini dengan tangan menggunakan berus plastic keras atau penyapu plastic. Sapukan dalam arah yang sama. Sapuan untuk lapis kedua hendaklah dibuat dalam arah yang melintang.

Aplikasi pengkalis air dalam bentuk sebatian dengan menggunakan penyapu plastic keras

Lapisan pertama dibiarkan kering antara 4 – 8 jam. Sapuan pengkalis air diteruskan sehingga 300mm ke permukaan dinding

Page 5: Water Proof

Pipe sleeve hendaklah dipotong rata sebelum Lapisan kedua dibuat setelah 4-8jam kerja-kerja mengkalis air dibuat lapisan pertama dibuat,sekiranya melebihi 12 jam, basahkan lapisan pertama dengan merenjiskan air Aplikasi secara mortar Kurangkan bahan A aebanyak 10%. Gunakan trowel. Aplikasi ini digunakan apabila permukaan yang rata dan licin diperlukan. Apabila kedapatan lubang atau liang pada permukaan, keraskan penggunaan trowel pada tempat tersebut supaya tertutup dengan bahan pengkalis air. Untuk mengelakkan kerosakan pada lapisan pertama, lapisan ke dua hendaklah dibuat sebelum tempoh 24 jam. Sekiranya dibuat selepas 12 jam, lapisan pertama hendaklah dibasahkan terlebih dahulu menggunaka semburan halus. Setelah lapisan kedua dibuat, gunakan span yang kering untuk menggosok permukaannya sekiranya mahukan permukaan yang cantik. 5.Membersih peralatan Peralatan yang digunakan dalam kerja ini hendaklah segera dibasuh dengan air biasa bagi mengelakkan ianya mengeras. KAWALAN DI TAPAK Jangan sesekali menutup bahan kalis air yang telah dibuat sebelum ianya diperiksa oleh pihak yang berkenaan, cth: Jurutera/clerk of work/ UJIAN Sebelum kerja-kerja lain dibuat di atas bahan kalis air tersebut, ujian limbahan air (flood testing) mestilah dibuat. Ujian ini dibuat setelah lapisan ke dua kering. Tutup semua lubang outlet dan airkan ruang tersebut sehingga kedalaman 50mm atau 12.5mm di atas lapisan kalis air. Biarkan selama 72 jam. Sekiranya terdapat kebocoran, lakukan pembaikan dan ulangi ujian limbahan air sehingga tiada lagi kebocoran.

Page 6: Water Proof

Ujian limbahan air (water ponding test) Air dibiarkan selama 72jam dan periksa sebarang kebocoran yang mungkin ada. Masa permulaan dan masa akhir ujian ini hendaklah dicatatkan. Setelah itu, alirkan air keluar dan biarkan permukaan lantai kering. PENGKALIS AIR PADA LUBANG PAIP Lubang-lubang paip pada lantai seperti lubang untuk floor trap dan pipe penetration untuk wc, sinki dan lain-lain juga perlu dikalis air bagi mengelakkan kebocoran. Bahan yang digunakan adalah dari jenis berbitumin, sebagai contoh : XYLASTIC 500

1.0 Diskripsi Xylastic 500 adalah merupakan komposisi bahan Polyurethene dan sebatian bitumen terubah di dalam didalam cairan beraroma.

Page 7: Water Proof

2.0 Maklumat bahan Komposisi bahan-bahan (dalam ukuran berat) adalah:= Bitumen/asphalt 50 -60% Polyurethane 15 – 25% Cairan aroma(aromatic solvent) 25 – 35% - merupakan komponen berbahaya Sifat Fizikal dan kimia Bentuk fizikal Cecair Warna Hitam Bau Berbau Flash point(20*C) Min. 23*C (Abel closed cup) Masa aliran (flow time) Min 50sec. (4mm flow cup pada 23*C) Flammability Boleh terbakar 3.0 Sifat bahaya Mudah terbakar dan bahaya bila disedut atau tersentuh pada kulit. 4.0 Pembungkusan Di dalam bekas 7kg dan 20kg 5.0 Penyimpanan Tempat kering dan sejuk. 6.0 Jangka hayat 9 bulan dari tarikh dikilangkan jika bekas tidak dibuka, 7.0 Kadar litupan Dalam keadaan biasa 0.50kg/m padu bagi satu lapisan 8.0 Perawatan (curing) Masa kerja antara lapisan 20*C = 6 – 8jam 30*C = 5 – 6jam Ketahanan hujan Selepas 5 jam Laluan kaki Selepas 5 – 16jam 9.0 Had penggunaan 1. Mesti dilindungi dan jangan dedahkan pada laluan 2.Jangan gunakan melebihi kadar yang dicadangkan kerana akan mengakibatkan gelembung udara yang banyak

Page 8: Water Proof

10.0 Pembaikan Sekiranya rosak, xylastic 500 boleh dibaiki dengan hanya menyapu bahan yang sama pada tempat yang rosak. Permukaan yang rosak hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. 11.0 Kegunaan Bahan ini juga sesuai untuk: 1.Bumbung 2.Concourse pejalan kaki 3.Kotak tanaman 4.Terowong dan struktur bawah tanah 5.Asas 12.0 Kelebihan Kelebihan bahan ini adalah 1. Tahan kepada tekanan hidrostatik 2.Sifat ‘crack bridging’ yang baik (tahan merekah) 3.Boleh dicat 4.Senang diguna 5.Daya lekat yang sang baik pada konkrit, kayu dan besi 6.Tahan pada akar 7.Cepat merawat (fast curing) 13.0 Pengunaan Xylastic 500 sebagai pengkalis air pada lubang paip Xylastic 500 adalah bahan berbitumin, oleh itu amat sesuai untuk digunakan pada permukaan yang sentiasa bersentuhan dengan air seperti lubang-lubang paip pada perangkap lantai dan lubang paip untuk wc dan sinki. 13.1 Penyediaan permukaan adalah sebagaimana penyediaan untuk Sika Top Seal 107. Namun begitu, pastikan pipe sleeve dipotong rata separas lantai sebenlum di kalis airkan dengan Xylastic 500 ini. 13.2 Penyediaan bancuhan Bancuh dengan menggunakan pembancuh ekektrik selama 1 – 2 minit dan biarkan udara yang terperangkap keluar. 13.3 Aplikasi Boleh dibuat dalam satu lapisan atau 2 lapisan dengan menggunakan trowel, squeegee, roller atau penyembur tanpa udara. Kadar penggunaan bahan adalah: Lapisan pertama –0.3kg/m persegi Lapisan kedua - 0.5kg/m persegi Lapisan ke tiga mungkin diperlukan di kawasan tekanan hidrostatik melampau atau kawasan tekanan haba tinggi (high anticipated thermal stress)

Page 9: Water Proof

13.4 Cadangan aplikasi

Xylastik 500 disapu pada lubang paip di lantai. RINGKASAN MASA KERJA MENGKALIS AIR MENGGUNAKAN SIKA TOP SEAL 107 DAN XYLASTIC 500 SIKA TOP SEAL 107 lapisan pertama Biarkan kering antara 4-8 jam SIKA TOP SEAL 107 lapisan kedua Biarkan kering antara 4-8jam UJIAN LIMBAHAN AIR Biarkan selama 72 jam XYLASTIC 500 lapisan pertama Biarkan selama 6 – 8jam pada 20*C atau

5 – 6 jam pada suhu 30*C XYLASTIC 500 lapisan ke dua Biarkan selama 6 – 8jam pada 20*C atau

5 – 6 jam pada suhu 30*C

outlet

Cement /sand angle fillet Xylastic 500

Sika top seal 107